Karnival Bahasa [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

TUJUAN DAN OBJEKTIF KARNIVAL BAHASA



Sambutan Karnival Bahasa bertujuan memupuk dan memperkukuhkan penguasaan Bahasa Ibunda iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil serta meningkatkan kefasihan bertutur di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Perlaksanaan Karnival Bahasa ini juga adalah bertepatan dengan matlamat dan objektif bidang bahasa dalam merangkap aktiviti-aktiviti yang berfaedah untuk pelajar. Karnival Bahasa ini akan dijalankan selama sebulan bermula dari 16 sehingga 20 April 2012.Antara aktiviti-aktivi yang akan dijalankan sepanjang bulan ini adalah Pameran buku, ceramah, minggu bahasa kebangsaan, bercerita, klinik bahasa, Deklamasi Sajak dan lain-lain lagi. Diharap para pelajar dapat menyertai aktiviti-aktiviti yang telah disediakan sepanjang bulan Karnival Bahasa ini berlangsung.







Program Karnival Bahasa Peringkat sekolah ini seharusnya disokong memandangkan penglibatan dan impaknya yang meluas untuk semua murid.







Keberkesanannya melibatkan semua murid samada di sekolah dalam mengasah dan menunjukkan bakat mereka malah menanam minat terhadap Bahasa Malaysia.







Dalam memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, program seumpama ini dilihat dapat mewujudkan semangat perpaduan melalui penyatuan bahasa dalam Karnival Bahasa Melayu ini.







Antara lainnya program ini mengajak murid – murid mencintai dan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan melalui Program Karnival Bahasa ini.



SIGNIFIKAN PROGRAM KARNIVAL BAHASA



Sesungguhnya Program Karnival Bahasa ini amat bermakna kepada muridmurid. Melalui Karnival ini, tahap penguasaan berbahasa mereka akan bertambah baik. Banyak kemahiran-kemahiran berbahasa yang dikandung dalam Karnival Bahasa ini khususnya Bahasa Melayu. Murid-murid juga dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan berani dalam pengucapan awam. Pertandingan yang sihat ini juga secara tidak langsung dapat menyemai rasa perpaduan dalam kalangan murid-murid yang menyertai Karnival Bahasa Melayu. Guru-guru juga akan mendapat impak yang langsung dan tidak langsung melalui Karnival Bahasa Melayu ini. Guru-guru sebenarnya dapat menajamkan kemahiran berbahasa mereka. Apa tidaknya, melalui pertandingan dalam Karnival Bahasa ini, guru-guru akan menggunakan segala kemahiran berbahasa mereka untuk melatih anak-anak didik mereka agar mendapat kemenangan dalam pertandingan yang dianjurkan tersebut. Begitu juga guru-guru yang dijemput untuk menghakimi pelbagai pertandingan yang diketengahkan dalam Karnival Bahasa ini. Seterusnya wujud semangat bekerjasama dalam kalangan pentadbir atau pengendali program ini. Tanpa kerjasama yang erat adalah mustahil karnival ini akan dapat dijelmakan kelak. Karnival Bahasa Malaysia SJK(T) Peringkat sekolah merupakan satu agenda pendidikan yang berasaskan perkembangan dan pemantapan nilai bicara murid dalam bidang Bahasa Malaysia. Pertandingan yang kita jalankan ini merupakan satu usaha pihak sekolah merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia selaras dengan pelaksanaan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).



Sesungguhnya pertandingan ini menyediakan satu medan untuk murid-murid SJK(T) membina iltizam dalam memantapkan penguasaan Bahasa Malaysia serta mengasah bakat dan kreativiti, pengetahuan dan kemahiran dalam Bahasa Malaysia yakni Bahasa Kebangsaan yang termaktub dalam Dasar Pendidikan Negara. Harapan kami semoga program yang kami jalankan ini dapat mempertingkatkan minat dan penguasaan murid serta mengangkat martabat Bahasa Malaysia di persada dunia. Pertandingan ini juga merupakan wadah yang efektif bagi membina keyakinan diri murid-murid di samping mampu menyuntik, menyemai dan memperkukuh semangat perpaduan, memupuk semangat setia kawan antara para peserta tanpa mengira kaum dan rasa tanggungjawab terhadap perpaduan negara. Kami berharap agar kegemilangan program ini akan diteruskan bukan sahaja di sekolah malah turut dilaksanakan di semua negeri di Malaysia. Semoga matlamat dan objektif pertandingan ini berjaya mencapai sasarannya. Kepada semua warga sekolah. Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang telah menunjukkan ketrampilan diri dan semangat juang yang tinggi untuk bertanding ke peringkat negeri. Kami berharap peserta yang bertanding pada hari ini akan lebih cemerlang pada masa akan datang. Akhir kata, semoga Karnival Bahasa Malaysia SJK(T) Peringkat sekolah mampu merealisasikan matlamat untuk melahirkan semangat kebangsaan dalam kalangan murid dan seterusnya mewujudkan perpaduan yang sejati. Sekali lagi kami merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menjayakan pertandingan ini. Tanpa penglibatan dan komitmen daripada semua pihak sebagai satu pasukan sudah tentu pertandingan ini tidak akan berjalan lancar.



Nama Program



: Karnival Bahasa Melayu Kebangsaan



Tarikh



: 16 – 20 APRIL 2012.



Hari



: ISNIN - JUMAAT.



Masa



: 7.30 pagi – 2.00 petang.



Tempat



: SJKT LADANG JAWI.



AHLI JAWATANKUASA KERJA BIL TUGASAN 1 Pengacara



AJK SJKT LADANG JAWI



BIDANG TUGAS - Mengacara majlis penutupan



majlis Pendaftaran



SJKT LADANG JAWI



- Membawa alas meja untuk



2



pendaftaran. - Menyediakan borang pendaftaran - Mencatat kehadiran peserta dan hakim - Menyerahkan senarai nama 3



Bacaan Doa



SJKT LADANG VICTORIA



4



Pengelola



SJKT BEDONG



Peserta



peserta berdaftar kepada hakim - Menyediakan teks doa dan membacanya di majlis perasmian dan penutupan. - Memastikan peserta berada di tempat pertandingan. - Mengumpul keputusan dan menyerahkan kepada Ketua



5



Persiapan



SJKT LADANG



Tempat



BYRAM



Jemaah Hakim . - Menyediakan tempat perasmian dan penutupan. - Menyediakan tempat-tempat



6



P.A. Sistem



SJKT LADANG BATU KAWAN



pertandingan. - Menyediakan p.a system di tempat yang terlibat. - Memastikan p.a. system berfungsi dengan baik



7



Hadiah &



SJKT LADANG JAWI



Cenderahati



- Menyediakan hadiah dan cenderahati untuk hakim, VIP dan pemenang. - Menyediakan dulang dan segala peralatan yang diperlukan. - Membantu pengacara dalam majlis



8 9



Back Drop



SJKT LADANG



penyampaian hadiah. - Menyediakan back drop di pentas



Buku



VICTORIA SJKT BEDONG



menggunakan LCD. - Menyediakan buku program untuk



Program



peserta dan tetamu. - Mengedarkan buku program



10



Sijil



SJKT LADANG BYRAM



kepada peserta dan tetamu. - Menyediakan sijil kepada peserta dan hakim . - Membawa printer untuk penyediaan sijil. - Mengedarkan sijil semasa majlis



11



Jamuan



SJKT LADANG BATU KAWAN



penutup. - Menyediakan tempat jamuan untuk peserta, hakim dan tetamu. - Menyediakan makanan dan



minuman kepada peserta, hakim dan tetamu. - Menjaga kebersihan di tempat 12



Disiplin &



SJKT LADANG



Kebersihan



VICTORIA



jamuan. - Memastikan tiada peserta yang berkeliaran. - Memastikan kebersihan terjaga di



13



Dokumentasi SJKT LADANG JAWI



sepanjang program dijalankan. - Membuat laporan bertulis dan bergambar sepanjang majlis berjalan. - Menyerahkan pelaporan yang telah lengkap dan siap kepada setiausaha Panitia.



LATAR BELAKANG KARNIVAL BAHASA



Apabila Kementerian Pengajian Tinggi baru-baru ini mewajibkan kesemua 65 ribu orang pelajar asing yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) di Malaysia agar mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu, kalangan pejuang bahasa menganggapnya sebagai langkah meletakkan semula kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pengajian tinggi di negara ini.



Dengan mewajibkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing di negara ini bolehlah mereka memahami budaya setempat dengan lebih baik dan sekali gus mengembangkan dan menambah bilangan penutur bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Sejarah membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa lingua franca. Pada zaman kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu dituturkan oleh semua pedagang dari Arab, China, India dan Eropah. Ketika itu, bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi antarabangsa. Demi memupuk perpaduan kaum di negara ini, maka dalam Laporan Razak 1956 dinyatakan bahawa, tujuan akhir dasar pendidikan negara ini adalah untuk menyatukan murid yang berlainan bangsa di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Walau bagaimanapun, kemajuan ke arah ini hendaklah dilaksanakan dengan berperingkat-peringkat dan tidak boleh dipaksa secara mendadak. Berdasarkan Laporan Razak jelas bahawa dasar pendidikan yang dilaksanakan dapat membentuk perpaduan kaum di negara ini. Malah dalam Laporan Rahman Talib 1960, kedudukan sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. Tujuan utama penukaran kedudukan ini adalah untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini di samping memantapkan lagi kedudukan bahasa Melayu secara berperingkat dalam sistem pendidikan kebangsaan.