Kemahiran Membaca BM [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

ISI KANDUNGAN 1.0 Soalan 1.1 Kemahiran membaca



2



1.2 Rancangan pengajaran kemahiran membaca



4



1.2.1



Kekuatan



8



1.2.2



Kelemahan



8



1.3 Bacaan mekanis 1.3.1 Aktiviti bacaan mekanis



9 10



2.0 Soalan 2.1 Sinopsis Cerpen



13



2.2 Pengenalan tentang cerpen



13



2.3 Aktiviti pengajaran kemahiran bahasa



15



2.4 Rumusan



16



3.0 Lampiran



17



4.0 Bibliografi



20



SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU



1.0 Soalan 1 (a) Kemahiran membaca dan memahami diajarkan kepada murid-murid supaya dapat bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Daripada kemahiran ini, mereka dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahan tulis. Rancangkan satu sesi pengajaran kemahiran membaca menggunakan teknikteknik yang sesuai. Buat refleksi tentang kekuatan dan kelemahan teknik pilihan anda.



1.1



Kemahiran Membaca Menurut Kamus Dewan, kemahiran boleh didefinisikan sebagai kecekapan dan kepandaian yang diketahui oleh seseorang dalam sesuatu perkara. Manakala membaca pula didefinisikan sebagai aktiviti seseorang sama ada belajar, menelaah, merujuk, memahamkan, meneliti, menghafaz, mengaji, mengkaji, melafazkan, mengucapkan, mendeklamasi, menuturkan, berkata, mentafsir, meramal, menyimpulkan, menilik, meneliti, melihat dan memerhati. Daripada definisi kemahiran dan membaca, maka bolehlah didefinisikan bahawa kemahiran membaca adalah merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Proses membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambanglambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya. Membaca berbeza daripada mendengar kerana ia melibatkan kedua-dua aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Apabila kita membaca kita akan menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang sama kita akan menghuraikan pertuturan itu kepada pemikiran. Kemahiran membaca diajar pada semua peringkat pembelajaran iaitu bermula dari tahun satu hingga ke tahun enam. Tahap pembacaan tahun satu lebih kepada kebolehan murid membaca dengan lancar dan memahami perkara yang dibaca. Manakala bagi murid tahun enam ialah penekanan kepada proses membaca, memahami dan mengenalpasti isi-isi penting yang terdapat dalam petikan yang diberi. 5 8



2



SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU



Antara teknik membaca yang boleh digunakan oleh guru sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran ialah teknik SQ3R, teknik KWLH dan teknik DR-TA. Teknik SQ3R merupakan satu kaedah membaca yang memerlukan seseorang mempersoal maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca. SQ3R adalah singkatan bagi survey (tinjau) iaitu langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung di dalam bahan yang dibaca. Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut. Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telah disenaraikannya. Recite (imbas kembali) ialah pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca. Review (baca semula) ialah pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang dibuatnya. Manakala teknik KWLH pula ialah teknik yang digunakan apabila pelajar mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca. KWLH adalah singkatan bagi K (know) iaitu apa yang telah diketahui sebelum membaca, W (want) iaitu apa yang hendak diketahui (sebelum membaca), L (learned) iaitu apa yang telah diketahui selepas membaca. Murid akan mencatat isi penting, menjawab soalan yg dibina berdasarkan teks yang dibaca. H (how) pula ialah bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan. Teknik DR-TA pula telah diperkenalkan oleh Russel Stauffer pada tahun 1969/1975. Beliau menyatakan bahawa teknik ini membolehkan pelajar membina satu set tujuan apabila mereka membaca bahan bacaan, lalu memproses idea dan menguji jawapan dengan mengambil bahagian dalam pusingan membaca. Pelajar boleh meramal dan mengesahkan isi maklumat yang dibaca. Pendekatan yang digunakan ialah dengan cara guru membimbing murid. Kaedah yang digunakan ialah kaedah kelas. Manakala terdapat dua fasa dalam perlaksanaan teknik membaca ini. Fasa yang pertama ialah fasa kitaran proses membaca-berfikir iaitu menjelaskan tujuan pembaca membaca bahan



3



SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU



tersebut. Fasa yang kedua ialah hasilan atau produk DR-TA iaitu peluasan dan pemurnian pendapat dan pemikiran murid melalui bahan bacaan yang dibaca oleh mereka.



1.2



Rancangan Pengajaran Kemahiran Membaca Mata Pelajaran: Bahasa Melayu Tema



: Kekeluargaan



Tajuk



: Keluarga harmoni hidup diberkati



Tahun



: 5 Ibnu Qaldun



Tarikh



: 10 Mac 2010



Masa



: 8.40 pagi-9.40 pagi



Bil. Murid



: 34 orang



Objektif : Pada akhir pelajaran murid akan dapat : i. Membaca dan mengecam isi-isi penting daripada bahan bacaan. ii. Mengkelaskan maklumat berdasarkan topik yang dibincangkan dengan betul. iii. Memberi maklumat tentang kepentingan hidup berkeluarga dengan jelas dan tersusun. Fokus Utama



: 6.3 Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks.



Aras : 1 (i) Membaca dan mengecam isi-isi penting daripada pelbagai bahan bacaan. Fokus Sampingan : 3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk dengan menggunakan kata, istilah, frasa, struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang betul. Aras : 1 (i) Mengelaskan maklumat berdasarkan sesuatu topik yang dibincangkan. Aras : 1 (ii)Menyampaikan maklumat yang bernas dengan jelas dan tersusun.



4



SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU



Teknik yang digunakan : Teknik SQ3R Kemahiran Bahasa



: Mendengar, membaca dan menulis.



Tatabahasa



: Imbuhan akhiran



Ilmu



: Kajian Tempatan dan Pendidikan Islam



Nilai Murni



: bertanggungjawab, kerjasama, yakin dan bersyukur.



Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) Kemahiran Berfikir : menghubung kait, membuat inferen dan menjana idea. Kemahiran Belajar : mendengar aktif, mengumpul, memproses, mencatat dan melaporkan maklumat. Kecerdasan Pelbagai : interpersonal, verbal-linguistik, intrapersonal. Pengetahuan Sedia Ada : murid pernah berkelah bersama-sama keluarga di pantai. Bahan Bantu Belajar : komputer, slaid power point,buku teks, kertas dan alat tulis.



5



SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU



Langkah/ Masa



Isi Pelajaran



Set Induksi



Soalan mengenai gambar keluarga berkelah di tepi pantai.



(5minit) (lampiran 1)



Langkah 1



-Membaca petikan



Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran



1. Guru menunjukkan murid slaid KB : Power Point yang memaparkan -Menghubung kait gambar keluarga berkelah di tepi pantai. BCB : -Mendengar aktif 2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang gambar tersebut. BBM : -Slaid power point 3. Guru mengaitkan jawapan gambar keluarga murid dengan tajuk pelajaran. berkelah ditepi pantai 1. Guru memaparkan slaid. 2. Murid di minta meneliti petikan yang tertera di skrin masing-masing.



(10min)



Catatan



3. Murid diminta membaca petikan dengan gaya dan intonasi yang betul secara kumpulan dan individu. 5. Guru dan murid membuat rumusan tentang petikan tersebut.



KB : -Menjana idea BCB : -Mendengar aktif KP : -Verbal-linguistik -Interpersonal Nilai : -Kesyukuran BBM : -Komputer -Slaid power point Teknik -Survey -Read



Langkah 2



Perbincangan dan soal-jawab



1.Guru bersoal-jawab dengan murid tentang isi kandungan petikan yang telah dibaca.



(15minit) 2. Guru menyoal murid tentang imbuhan akhiran yang terdapat di dalam teks.



KB : -Menjana idea KP : -Verbal-linguistik Nilai : 6



SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU



-Yakin 3. Murid diminta untuk membina ayat daripada perkata imbuhan akhiran. 4.Beberapa orang murid diminta untuk membacakan ayat mereka. Langkah 3



Pengumpulan maklumat



(15minit)



Aktiviti Kumpulan: Bincang dan tulis kepentingan hidup berkeluarga.



1. Guru meminta murid klik pada pautan yang telah disediakan mengikut kumpulan masing-masing. 2. Setiap kumpulan diminta melantik seorang ketua dan seorang pencatat. 3. Murid diminta untuk membincangkan soalan yang telah disediakan berdasarkan petikan yang telah dibaca bersama ahli kumpulan masingmasing.



BBM : -Komputer -Slaid powerpoint Teknik : -Question KB : -Membuat inferen BCB : -Mengumpul, memproses dan mencatat maklumat KP : -Verbal-linguistik -Intrapersonal Nilai : -kerjasama BBB : -Kertas -Alat tulis Teknik -Read -Recite



Langkah 4



Pembentangan maklumat



1.Guru meminta wakil setiap kumpulan untuk berdiri dihadapan kelas.



KP : -Verbal-linguistik -Intrapersonal



2.Setiap kumpulan diminta untuk membentangkan hasil kerja mereka



Nilai : -Yakin



(10minit)



3. Guru berbincang bersama murid tentang jawapan yang telah diberikan. Penutup



Penutup kognitif



1. Guru meminta murid untuk



Teknik -Review



Teknik 7



SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU



(5minit)



-Membuat rumusan isi pelajaran Penutup sosial -Memberi pujian dan motivasi



1.2.1



membuat rumusan tentang tajuk pelajaran pada hari ini.



-Review



2. Guru memberi dorongan kepada murid supaya berusaha membaiki teknik pembacaan mereka supaya menjadi lebih baik.



Kekuatan Secara keseluruhannya, saya akan menggunakan lagi teknik SQ3R ini di dalam sesi pengajaran pada masa akan datang. Ini kerana, teknik ini memang sesuai untuk dilaksanakan di dalam bilik darjah. Teknik ini juga dapat membantu pelajar menggunakan kemahiran berfikir mereka dengan lebih efisyen bagi memahami teks yang dibaca. Bukan itu sahaja, penggunaan teknik ini dapat menguji pemahaman pelajar berdasarkan teks yang dibaca seperti yang dilakukan di dalam langkah tiga. Ia juga dapat membantu pelajar untuk menambah pemahaman mereka supaya dapat menjawab soalan yang diajukan dengan lebih baik. Teknik ini juga dapat membantu pelajar untuk mengingat kembali apa yang telah dipelajari supaya maklumat yang diterima dapat diingati.



1.2.2



Kelemahan Teknik SQ3R hanya boleh digunakan sekiranya pelajar yang diajar sememangnya pelajar yang pintar. Ini kerana teknik ini memerlukan pelajar untuk mendalami serta memahami teks yang dibaca supaya mereka dapat membuat ramalan terhadap teks yang dibaca. Saya tidak akan menggunakan teknik ini kepada pelajar yang berada di dalam tahap satu. Ia hanya sesuai digunakan untuk pelajar yang berada di tahap dua. Ini kerana, teknik yang digunakan sedikit kompleks dan sukar difahami oleh pelajar yang berada dalam tahap satu. Bukan itu sahaja, pelajar



8



SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU



juga perlu mempunyai ingatan yang baik supaya dapat melakukan aktiviti imbas kembali (recite). Jika teknik SQ3R ini diaplikasikan kepada pelajar yang lemah, mereka mungkin tidak akan dapat memahami apa yang diajar dan seterusnya boleh menyebabkan objektif pengajaran tidak dapat dicapai.



Soalan 1 (b) Sediakan satu aktiviti bacaan mekanis berdasarkan Teori Behaviourisme untuk membina kebolehan membaca dalam kalangan pelajar yang lemah membaca.



1.3



Bacaan Mekanis Menurut Raminah Haji Sabran,1993 beliau menyatakan bahawa bahasa merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia. Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran, pengetahuan, mendapatkan informasi, menambah ilmu, memahami orang lain dan sebagainya. Disebabkan itu, guru yang mengajar matapelajaran Bahasa Melayu perlu memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan pelajar mereka dalam penguasaan Bahasa Melayu, khususnya kemahiran membaca. Membaca bersuara atau juga dikenali sebagai membaca mekanis, membaca oral, membaca ulat dan membaca nyaring merupakan salah satu daripada empat jenis bacaan. Membaca mekanis ini merupakan satu aktiviti membaca yang disuarakan dengan jelas untuk menangkap dan memahamkan informasi, fikiran dan perasaan seseorang pengarang. Bacaan mekanis adalah bacaan bersuara yang menyuarakan tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang, dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca yang betul dengan menggerakkan alat-alat pertuturan. Orang yang membaca harus mempunyai kemampuan untuk memaknakan apa sahaja yang tersirat dalam bahan-bahan yang dibaca.



9



SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU



Lazimnya, ia harus memiliki kecepatan mata yang tinggi serta pandangan mata yang jauh. Ia juga harus boleh mengelompokkan kata-kata dengan baik dan tepat agar jelas maknanya bagi para pendengar. Aktiviti bacaan mekanis berdasarkan Teori Behaviourisme boleh diaplikasikan kepada pelajar yang lemah membaca bagi membina kebolehan membaca mereka. Teori ini dipelopori oleh Bloomfeild, Edaward Sapir, Fries, Boas dan Brooks. Ahli psikologi bagi aliran Behaviourisme ini ialah Skinner, Pavlov, Hull dan Thorndike. Mereka menekankan kepada aspek pelaziman melalui Teori Pelaziman Klasik. Ini bermakna, sesuatu perkara perlu dilakukan secara lazim untuk membentuk kebiasaan dan perubahan yang berkekalan. Golongan ini juga berpendapat bahawa bahasa boleh dikuasai melalui proses pengulangan. Ini bermakna, sekiranya pengajaran bahasa khasnya membaca dibuat, ia seharusnya menekankan kepada pengulangan dan latihan yang banyak. Teori ini juga mementingkan kepada persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Persekitaran yang dimaksudkan termasuklah pelakuan guru, rakan-rakan serta suasana di dalam bilik darjah.



1.3.1 Aktiviti Bacaan Mekanis Antara aktiviti bacaan mekanis yang boleh dilaksanakan kepada pelajar lemah berdasarkan Teori Behaviourisme ialah dengan memberikan pelajar satu petikan. Petikan yang diberi perlulah ringkas dan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh pelajar yang lemah. (lampiran 2) Kemudian, pelajar akan diminta oleh guru untuk membacakan petikan tersebut secara perlahan atau disebut sebagai bacaan mental. Guru akan membantu pelajar sewaktu proses ini dilakukan. Sewaktu proses ini berjalan, guru perlulah sentiasa memberikan galakan dan kata-kata semangat kepada pelajar untuk terus membaca petikan yang diberi.



10



SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU



Seterusnya, guru akan menyoal pelajar tentang petikan yang diberi. Soalan yang diberikan oleh guru perlulah mudah dan senang difahami. Guru juga perlu menerangkan tentang perkataan yang agak sukar difahami oleh pelajar supaya mereka lebih memahami petikan yang diberi. Guru boleh menyoal pelajar untuk mengetahui perkataan mana yang mereka tidak fahami. Setelah itu, guru perlu membaca teks tersebut sebagai contoh kepada pelajar tentang bagaimana cara yang betul untuk membaca petikan yang diberi. Pelajar juga perlu menyemak bacaan guru dengan tekun. Kemudian, pelajar akan mengikut bacaan guru secara kelas, kumpulan dan individu. Langkah ini sesuai dilakukan kerana ia merupakan proses mengulang seperti yang terdapat di dalam teori behaviourisme. Proses mengulang ini penting kerana ia akan membantu pelajar yang lemah untuk menguasai kemahiran membaca. Apa yang perlu dilakukan oleh guru seterusnya ialah dengan mengadakan sesi soal jawab dengan pelajar. Guru boleh menyoal pelajar secara lisan atau bertulis untuk mengetahui sejauh mana mereka memahami teks yang diberi. Dalam proses ini, guru boleh memberikan respon yang positif kepada pelajar sekiranya mereka memberikan jawapan yang tepat. Seterusnya, guru akan meminta pelajar untuk menyebut perkataan yang mereka tidak fahami. Perkataan-perkataan yang disebut oleh pelajar akan ditulis oleh guru di papan tulis. Pelajar kemudiannya akan diminta untuk menyebut perkatan tersebut secara kuat berulang kali. Ini akan dapat membantu murid untuk lebih memahami dan seterusnya menguasai perkataan yang tidak mereka fahami dengan lebih baik. Proses ini sesuai dilakukan kerana di dalam teori behaviourisme, pengulangan akan dapat membantu pelajar menguasai kemahiran membaca. Aktiviti yang boleh dilakukan seterusnya ialah dengan memilih beberapa orang pelajar untuk membacakan perkataan-perkataan tersebut secara individu. Guru harus



11



SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU



memberikan pujian kepada pelajar sekiranya mereka menyebut perkataan tersebut dengan betul. Tetapi sekiranya ada pelajar yang gagal menyebut perkataan tersebut dengan betul, maka mereka akan dihukum. Proses ini terdapat di dalam Teori Pelaziman Klasik Kemudian, setiap pelajar akan diminta oleh guru untuk membacakan petikan tersebut secara bergilir-gilir dengan rakan sekelas. Guru akan meminta pelajar untuk membaca petikan tersebut ayat demi ayat. Setiap pelajar yang dapat menyebut ayat tersebut dengan betul akan diberikan pujian, manakala pelajar yang gagal menyebut dengan betul akan diberikan hukuman. Sekali lagi Teori Pelaziman Klasik digunakan di dalam proses ini. Akhir sekali dengan menggunakan perkataan-perkataan sukar, pelajar diminta untuk membina ayat yang mudah sebagai pengukuhan. Ini kerana berdasarkan Teori Behaviourisme, pengukuhan amat penting dilaksanakan di dalam sesi pengajaran. Ia dilakukan supaya pelajaran yang telah diajar akan mudah diingati oleh pelajar. Jika ada pelajar yang gagal membina ayat dengan betul, guru perlulah segera membetulkan kesalahan tersebut. Ini kerana, menurut Teori Behaviourisme, pengajaran bacaan dan tatabahasa adalah berdasarkan kepada kaedah induktif atau juga disebut sebagai kaedah terus, dengar dan tutur, dan teknik latih tubi.



2.0 soalan 12



SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU



Pengajaran bahasa Melayu menggunakan bahan sastera banyak mengandungi unsur kebahasaan dan nilai sejagat yang sangat membantu dalam proses penerapan kemahiran bahasa. Berdasarkan genre cerpen, huraikan bagaimana anda merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa secara terancang.



2.1 Sinopsis Cerpen Tajuk: Berani kerana benar, takut kerana salah. Cerpen ini mengisahkan tentang kejadian kecurian yang sering berlaku di Sekolah Kebangsaan Tanjung Papat. Saiful selaku pengawas di sekolah itu cuba mencari pelajar yang melakukan kecurian tersebut. Setelah disiasat, ternyata Karim yang telah melakukan perbuatan mencuri itu. Karim merupakan pelajar baru di Sekolah Kebangsaan Tanjung Papat. Dia juga merupakan seorang murid yang mempunyai masalah disiplin. Ramai pengawas yang takut untuk melaporkan perbuatan Karim kepada guru disiplin. Namun Saiful tidak takut kerana papatah ada mengatakan bahawa berani kerana benar, takut kerana salah. Setelah Saiful membuat laporan kepada Cikgu Zamri, Karim didapati bersalah kerana mencuri dan diminta untuk memulangkan wang yang dicurinya. Dia juga diberikan amaran keras supaya tidak mengulangi perbuatan itu lagi di masa akan datang. (lampiran 3)



2.2 Pengenalan tentang Cerpen Cerpen atau cerita pendek adalah cerita benar atau rekaan yang berbentuk pendek. Di baca dalam masa yang singkat dan tidak mempunyai stuktur yang terlalu kompleks. Terdapat tujuh unsur utama di dalam cerpen iaitu tema, plot, watak, latar, sudut pandangan, gaya dan suasana cerita.



13



SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU



Dari sudut bahasa, cerpen mempunyai gaya bahasa yang ringkas, padat dan mudah. Ia lebih menumpukan kepada gaya bahasa yang menarik. Pembaca akan lebih memahami isi kandungan cerpen itu. Bukan itu sahaja, pembaca boleh menghabiskan membaca cerpen dalam waktu yang singkat kerana penggunaan bahasanya yang mudah. Tema dan persoalan, plot dan watak yang diutarakan dalam cerpen tidaklah sesukar genre novel. Cerpen lebih memberi tumpuan kepada tema utama sesebuah cerita. Plotnya juga lebih mudah dari segi penyusunannya. Walaupun cerita sesebuah cerpen itu pendek, pengarang akan tetap memberikan tumpuan kepada kesan, nilai dan pengajaran sesebuah cerita itu. Dalam memperkenalkan cerpen kepada pelajar, mereka boleh didedahkan kepada genre ini melalui pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Guru boleh memberi pendedahan kepada pelajar sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sumber yang boleh digunakan iala seperti media elektronik atau pun media cetak. Melalui pendedahan ini, ia akan dapat memberikan gambaran kepada pelajar bagaimanakah bentuk genre cerpen yang sebenarnya. Dalam merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa berdasarkan genre cerpen, pelbagai teknik boleh digunakan. Antaranya ialah teknik lakonan, teater pembaca, teater bercerita, kerusi panas, simulasi, improvisasi dan main peranan. Untuk tugasan ini, saya telah memilih teknik teater pembaca sebagai teknik yang sesuai digunakan di dalam pengajaran genre cerpen di sekolah. Teater pembaca ialah teknik yang melibatkan beberapa orang murid membacakan skrip cerita di hadapan kelas dengan menggunakan sebutan, nada dan intonasi yang betul bagi menggambarkan cerita yang dipersembahkan. Teknik teater pembaca ini juga mementingkan gerak badan yang sesuai dengan isi sesuatu cerita yang hendak dipersembahkan. Melalui teater pembaca ini, guru boleh membantu murid untuk membayangkan bahawa cerita itu seolah-olah sedang berlaku di hadapan mereka supaya penonton dapat memahami dan menghayati cerita mereka.



14



SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU



2.3 Aktiviti pengajaran kemahiran bahasa Pada permulaan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan genre cerpen ini, pelajar akan ditunjukkan dengan slaid gambar. Pelajar diminta untuk menilai dan seterusnya memberikan pendapat mereka tentang gambar tersebut. Setelah itu, guru akan memberikan penerangan sebenar tentang gambar tersebut dan apa yang mereka akan lakukan seterusnya. Guru mengedarkan skrip kepada pelajar. Pelajar diminta untuk membaca skrip tersebut. Guru memilih pelajar untuk memegang watak dalam cerita tersebut. Pelajar yang dipilih diminta untuk menghayati watak mereka. Mereka mesti menggunakan mimik muka dan intonasi yang betul berdasarkan situasi untuk membuat penonton yang terdiri daripada rakan-rakan mereka memahami dan menghayati jalan cerita itu dengan baik. Tugas pelajarpelajar yang lain adalah untuk mencatat maklumat penting yang terdapat di dalam skrip tersebut. Selain daripada teknik teater pembaca, guru juga boleh menyelitakan kemahiran tulisan berdasarkan bahan yang telah diberi. Pelajar boleh diminta untuk membina ayat berdasarkan perkataan yang terdapat di dalam bahan tersebut. Beberapa orang pelajar diminta untuk membaca membacakan ayat yang mereka bina. Aktiviti kumpulan juga boleh dilaksanakan dengan membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberikan tugasan. Ahli setiap kumpulan diminta untuk berbincang bagi menyelesaikan tugasan yang diberi. Kemudian, wakil setiap kumpulan diminta tampil ke hadapan kelas untuk membacakan hasil perbincangan mereka. Guru akan memberikan komen. Akhir sekali, guru mengedarkan latihan tambahan kepada pelajar. Guru menerangkan tentang latihan tersebut. Guru meminta pelajar untuk menyiapkannya di rumah. Guru dan murid sama-sama membuat kesimpulan tentang topik pembelajaran pada hari tersebut. 2.4 Rumusan 15



SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU



Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang menggunakan bahan sastera seperti cerpen dapat membantu menerapkan kemahiran bahasa kepada pelajar. Ini kerana bahan sastera ini banyak mengandungi unsur bahasa dan nilai murni yang boleh dijadikan contoh ikutan oleh pelajar. Bahan sastera ini juga mampu menimbulkan keseronokan dikalangan pelajar jika ia diajar dengan menggunakan kaedah yang betul. Secara tidak langsung, ia akan meningkatkan kemahiran bahasa pelajar ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Terdapat banyak teknik yang boleh dilakukan oleh guru untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu menggunakan bahan sastera. Guru juga harus bijak merancang aktiviti yang sesuai dengan tema cerpen yang hendak diajar. Ini kerana, pemilihan teknik yang salah boleh menyebabkan pelajar menjadi bosan. Bukan itu sahaja, penggunaan bahan sastera ini juga mampu mengasah bakat terpendam yang terdapat di dalam diri pelajar. Jadi, terpulanglah kepada guru untuk memilih dan menggunakan teknik yang sesuai dalam pengajarannya bagi memupuk minat pelajar untuk mempelajari bahan sastera ini.



Lampiran 16



SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU



Lampiran 1



Lampiran 2 Tajuk : Aku sehelai baju Aku dilahirkan di sebuah butik terkenal di ibu kota. Selepas dilahirkan, aku dipakaikan pada sebuah patung dan diletakkan di dalam cermin. Tanda harga yang terlekat di badanku menunjukkan RM 350. Setelah lima hari berada di situ, aku telah dibeli oleh seorang gadia bernama Linda. Linda memakaiku pada majlis hari jadinya. Sebaik sahaja kawan-kawan Linda melihat diriku mereka semua memuji kecantikan yang aku miliki. Selang beberapa bula, Linda ingin memakaiku sekali lagi. Apabila melihat badanku berkedut, dia mengambil seterika lalu menggosokku. Ketika badanku diseterika, telefon berdering. Linda berlari meninggalkan aku sehingga terlupa untuk menutup suis seterika. Badanku mula terasa panas. Aku cuba menahan keperitan, tetapi akhirnya aku hanya mampu menangis kerana terlampau sakit. Lama-kelamaan sebahagian badanku terbakar.



17



SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU



Apabila terhidu bau benda terbakar, Linda tergesa -gesa mendapatkanku. Tetapi sudah terlambat kerana aku tidak boleh diselamatkan lagi. Kini aku hanya menjadi penghuni setia almari usang.



Lampiran 3 Cerpen : Berani kerana benar, takut kerana salah. Sebaik sahaja masuk ke kelas selepas waktu rehat, pelajar Tahun 5 Berlian Sekolah Kebangsaan Tanjung Papat menjadi kecoh kerana beberapa orang pelajar kehilangan wang. “Siapa pula hilang wang kali ini?” Tanya Saiful ketika menghampiri kelompok pelajar di bahagian belakang kelas. “Munirah pula yang kena hari ini,” kata Mei Ling. Suaranya kedengaran penuh kesal. Kejadian kecurian pada waktu rehat semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. “Itulah, kenapa bawa yang banyak ke sekolah?” kata Saiful ketika menghampiri meja Munirah. Kelihatan air mata bergenang dikelopak mata Munirah “Saya membawa wang untuk membayar yuran kepada guru kelas kita selepas rehat nanti. Tapi apabila saya masuk ke kelas, meja dan beg saya berselerak. Apabila saya periksa, wang RM50.00 saya sudah hilang.” Jawab Munirah sambil teresak-esak. Mei Ling menepuk-nepuk bahu rakannya itu sambil menenangkannya. Saiful memanggil Ramesh dan Mei Ling ke mejanya untuk berbincang. Di dalam kelas itu, hanya mereka sahaja yang menjadi pengawas sekolah. “Kamu berdua syak ada sesiapa yang mencuri?” soal Saiful. “Tadi saya bertugas di blok kelas kita. Saya ada nampak pelajar baru dari kelas sebelah, kelas tergesa-gesa dari kelas kita.” Kata Ramesh. “Maksud kamu Karim, pelajar baru itu? Minggu lepas saya ada dengar pengawas lain bercakap bahawa Karim disyaki mencuri wang dikelas Tahun Lima Zamrud” kata Mei Ling. “Habis tu, dah buat laporan kepada guru disiplin?”tanya Saiful.



18



SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU



“Siapa berani buat laporan. Karim terkenal sebagai samseng dan ramai pula pengikutnya,”jawab Ramesh. “Itu sikap yang salah. Sebagai pengawas sekolah, kita perlu menjalankan tugas dengan penuh amanah. Bak kata pepatah, berani kerana benar, takut kerana salah,” kata Saiful penuh semangat. Kemudian, Saiful pergi berjumpa dengan guru disiplin dan menceritakan kejadian yang berlaku. Cikgu Zamri memuji cara Saiful bertindak. Tidak lama selepas itu, Karim dipanggil oleh guru disiplin untuk disiasat beberapa kes kecurian pada waktu rehat. Akhirnya Karim mengaku dan telah memulangkan wang yang telah dicurinya. Dia diberi amaran keras supaya tidak mengulanginya lagi.



19



SUTINA MUHAMMAD HANIP 830706-05-5058 AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009 HBML 1103 PENGENALAN PENDIDIKAN BAHASA MELAYU



Bibliografi 1. Mohd. Nasah bin Sukor, Zainal Ariffin bin Yusof, Khadijah binti Yusof. ( 2006 ).



Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu Tahun 5. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.



2. Fadzri bin Aris, Sharif Sharry, Zakaria binYap ( 2010 ). Kupasan dan Kajian



2010 Komsas. Petaling Jaya : Sasbadi Sdn. Bhd.



3. Bayrei Asrin, Jered Yutui, Kamillah Mohamed, Norhayati Mohamad, Siti Salbiah



Shafie. ( 2008). Kemahiran Membaca dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan Impaknya kepada Persediaan Guru di dalam Bilik Darjah: Pendidikan Awal Kanak-Kanak Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris.



4. http://mahirkb.tripod.com



5. http://www.slideshare.net



20