Kemahiran Pengurusan Dan Pentadbiran Dalam Pendidikan [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN Nurul Syuhaida Mohamed1, Nur Faeqah Binti Mohd Zakwan 2, Nur Anina Shuada Binti Abdul Rahman 3, Nurul Natasha Amira Bt Othaman4, Burhanuddin Bin Yazid5 Fakulti Pendidikan Teknik & Vokasional, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.



ABSTRAK Penulisan ini bertujuan untuk mengupas mengenai peranan pengetua sekolah dalam pentadbiran sekolah. Di samping itu, kemahiran dan kompentensi pentadbiran serta kepimpinan sekolah juga akan dikupas dengan lebih lanjut lagi. Penulisan ini dilaksanakan bagi mengetahui peranan dan tanggungjawab Guru Besar sebagai seorang pemimpin utama di sekolah dan bagaimana seorang Guru Besar mengetuai kepimpinan pentadbiran sekolah. Kesimpulannya, sorotan artikel ini membantu Guru Besar atau pihak terlibat untuk meningkatkan lagi prestasi sekolah dan mengetahui kepimpinan Guru Besar dalam menguruskan pentadbiran sekolah. Kata Kunci: Pentadbiran Sekolah, Peranan Guru Besar & Kepimpinan. 1. PENGENALAN



Guru Besar merupakan individu yang memainkan peranan yang penting dalam mengendalikan organisasi pentadbiran di sekolah. Pendapat yang dinyatakan oleh Bity, Basri, Ramlee & Sani (2010) bahawa pengurusan dan kepimpinan Guru Besar adalah faktor utama yang menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Oleh itu, Guru Besar harus memiliki kompetensi yang diperlukan agar mampu bertindak dengan cemerlang dalam mengurus dan memimpin sekolah. Menurut Sani (2013), pentadbiran yang berkesan akan mewujudkan peranan sekolah yang berkesan di bidang pentadbiran dan dalam semua bidang seperti pembangunan kurikulum dan kegiatan akademik. Proses transformasi dalam organisasi dan pentadbiran sekolah haruslah dilakukan untuk meningkatkan lagi prestasi dan sistem pendidikan agar setanding dengan negara luar. Reformasi pendidikan merupakan sesuatu yang kerap berlaku di kebanyakan negara bertujuan untuk menambahbaik sistem pendidikan yang sedia ada (Izham&Norziana, 2015). Perkembangan terkini sistem pendidikan di Malaysia telah menunjukkan berlakunya reformasi



pendidikan yang amat ketara di pelbagai peringkat samada di kementerian, jabatan dan di sekolah. Selain itu, Sani (2013) menyatakan peranan Guru Besar dalam konteks pengurusan sekolah adalah sebagai perancang, penggubal dan pembuat dasar manakala pengurusan pertengahan merupakan pegawai penyelaras yang membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran tertinggi bagi memantau dan memastikan segala perancangan serta dasar-dasar dimantapkan, dilestarikan dan dilaksanakan oleh kumpulan akar umbi iaitu peringkat kepanitiaan dan guru-guru mata pelajaran. Bukan itu sahaja, Guru Besar haruslah memberikan kepimpinan yang baik terhadap pentadbiran di sekolah visi dan misi sekolah dapat dicapai. Yusri & Aziz (2014) menyatakan bahawa pemimpin sekolah yang efektif merupakan faktor utama yang menentukan kejayaan sesebuah sekolah. Tambahan pula, kepemimpinan Guru Besar mempunyai hubungan yang positif dengan pencapaian dan kejayaan akademik pelajar. Dapat disimpulkan bahawa Guru Besar haruslah memimpin pentadbiran dengan efektif dan setiap peringkat pentadbiran hendaklah memahami dan mengetahui bidang tugas masing-masing agar perjalanan pentadbiran menjadi lancar dan pengurusan menjadi efektif kerana bidang pengurusan bergerak melalui kerjasama kumpulan (Sani, 2013). Kepemimpinan pengajaran sebagai aktiviti yang dilakukan oleh Guru Besar untuk mengembangkan produktiviti dan persekitaran kerja yang memuaskan kepada guru dengan matlamat utama untuk mempertingkatkan pembelajaran dan pencapaian murid (Yusri & Aziz, 2o14). Malahan, pengukuran amalan kepimpinan guru adalah penting dalam meningkatkan dan mentransformasikan struktur organisasi sekolah dan meningkatkan sifat kepimpinan guru serta dapat meningkatkan mutu pengajaran guru di sekolah. Menurut Asma, Asri, Rohaila & Hamidah (2015), pengukuran amalan kepimpinan guru bertujuan memberi arah kepada penyelidikan baharu dan dapat membangunkan model kepimpinan guru untuk menyediakan guru-guru yang berkualiti pada masa akan datang. Tuntasnya, Guru Besar yang memiliki kompetensi sebagai pengurus dan pemimpin sekolah akan mencapai tahap pengurusan dan kepimpinan yang tinggi serta mampu membawa pendidikan ke tahap kualiti setaraf pendidikan dunia (Bity, Basri, Ramlee & Sani, 2010).



2. KEMAHIRAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN DALAM PENDIDIKAN 2.1 Tanggungjawab, Tugas Dan Peranan Guru Besar Menurut Hussein Mahmood (2005), kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada corak kepimpinan yang diamalkan di sekolah itu. Dalam menghadapi transformasi pendidikan, penambahbaikan perlu dilaksanakan di sekolah-sekolah selaras dengan 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia(20132025). Perubahan dunia yang pesat di dalam bidang teknologi maklumat dan ekonomi menuntut perubahan di dalam bidang pendidikan bagi melahirkan modal insan yang berwawasan di masa hadapan. Kemenjadian dan keberhasilan pencapaian pelajar dan sekolah pada masa yang akan datang dicorakkan dengan penambahbaikan yang dilakukan pada masa sekarang. Menurut Rahimah Haji Ahmad (2005), sekolah merupakan agen yang penting dalam pembinaan generasi masa depan. Menurut Ibrahim Mamat (1998), Guru Besar ialah orang yang mengetuai atau memimpin sesebuah sekolah. Pada diri seorang Guru Besar itu sebenarnya terdapat ciri-ciri ketua dan ciri-ciri orang tua. Sabri Salleh (1998) pula menyatakan Guru Besar merupakan orang yang bertanggungjawab untuk mengambil inisiatif bagi menggerakkan perubahan di sekolahnya. Penampilan seorang Guru Besar yang hebat dan disegani berkaitrapat dengan stail kepimpinan yang dipaparkan. Dalam usaha menggapai kecemerlangan pendidikan di sekolah, kepemimpinan Guru Besar sering dilihat sebagai fokus utama. Ini bermakna bahawa Guru Besar sering dilihat sebagai punca kejayaan atau sebaliknya sebagai punca masalah dalam pelaksanaan program kecemerlangan sekolah. Oleh itu, Guru Besar haruslah berpandangan jauh, proaktif dan berani dalammelaksanakan perubahan sejajar tuntutan arus perdana pendidikan masa kini. Semua guru mempunyai tanggungjawab, tugas dan peranan masing-masing didalam sekolah. Begitu juga dengan guru besar. Untuk mentadbir sekolah, guru besar perlu mengenalpasti tanggungjawab, peranan serta tugas mereka yang perlu dilaksanakan.



2.1.1 Tanggung Jawab Dan Tugas Guru Besar Tanggung jawab dan tugas merupakan perkara yang perlu dilakukan dan dilaksanakan oleh guru besar di sekolah. Bidang tugas guru besar meliputi pelbagai aspek. Antaranya ialah pengurusan pentadbiran sekolah, pengurusan kurikulum, pengurusan kokurikulum, dan lain-lain lagi. Setiap tugasan mempunyai skop tugasnya. Berikut merupakan bidang tugas guru besar: a) Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi: Dalam bidang pentadbiran, Guru Besar adalah bertanggungjawab secara langsung dalam segala pengurusan perjawatan dan perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru di sekolah sebagaimana berikut: i.



Melaksanakan segala prosedur perlantikan dan pengesahan dalam jawatan



ii.



semua kakitangan di bawah kelolaan dan bidang kuasanya. Melaksanakan segala prosedur perlantikan ke jawatan yang lebih tinggi



iii.



bagi semua kakitangan di bawah jagaannya. Melaksanakan prosedur bagi menamatkan perkhidmatan perletakan,



iv.



persaraan, penggantungan, pelepasan guru-guru dan kakitangan. Mewujudkan struktur organisasi sekolah bagi menentukan pembahagian kerja dan tugas kakitangan sekolahnya.



b) Pengurusan Kurikulum i. Skop tugasan guru besar di bawah pengurusan kurikulum adalah seperti berikut: Menentukan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan berjalan ii.



dengan teratur, berkesan dan mengikut perancangan. Memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum yang



iii.



ditentukan oleh Kementerian Pendidikan berjalan mengikut peraturan. Merancang dan memastikan pelaksanaan sukatan pelajaran atau kurikulum



iv.



di sekolah berjalan dengan sempurna. Menubuhkan panitia mata pelajaran atau Lembaga Kurikulum Sekolah untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya.



c) Pengurusan Kokurikulum: Setiap sekolah perlu mempunyai aktiviti kokurikulum.



Ini bertujuan untuk



membantu dan menyokong pelajar sewaktu pelajar mahu menyambung pelajaran pada peringkat yang lebih tinggi atau meminta pekerjaan. Selain itu ia bertujaun



untuk mengasah bakat dalam diri pelajar. Berikut merupakan skop tugasan guru besar di bawah pengurusan kokurikulum: i. Memastikan penubuhan persatuan, dan kelab sukan dan permainan dan ii.



pasukan-pasukan unit pakaian seragam. Menentukan bahawa unit-unit ko-kurikulum itu berjalan dengan cergas, baik, teratur dan sempurna dengan susunan program yang lengkap, sesuai



iii.



& praktikal. Menentukan perkembangan bakat dan potensi para pelajar dalam kegiatan ko-kurikulum seperti persatuan dan kelab, sukan dan permainan dan juga pasukan unit berunifom.



d) Pengurusan Hal Ehwal Pelajar: Berikut merupakan skop tugasan guru besar di bawah pengurusan hal ehwal pelajar: i. Menubuhkan Lembaga Disiplin Pelajar di sekolahnya dan memastikan ii.



bahawa pelaksanaannya berjalan dengan berkesan. Menetap dan menggariskan satu peraturan dan undang-undang sekolah



iii.



yang praktikal untuk dipatuhi sepenuhnya oleh semua pelajar. Menubuhkan sebuah Lembaga Pengawas Sekolah yang terdiri daripada pelajar yang cergas, baik dari segi tingkah laku, berbudi pekerti dan bagus



iv.



dalam akademik dan sukan. Menentukan perjalanan Lembaga Disiplin Pelajar, peraturan dan undangundang dan Lembaga Pengawas dilaksanakan dengan baik, sempurna dan adil.



e) Pengurusan Kewangan Guru besar perlu menguruskan semua kewangan di sekolah.



Mereka perlu



memantau setiap nilai keluar masuk kewangan disekolah. Berikut merupakan skop kerja guru bagi pengurusan kewangan: i. Menyediakan anggaran belanjawan sekolah seperti perbelanjaan mengurus ii.



dan perbelanjaan pembangunan. Mengurus dan menyempurnakan segala tuntutan perkapita dan lain-lain geran yang dikemukakan oleh pihak yang berkaitan dari semasa ke semasa.



iii.



Mengurus dan menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan



iv.



gaji, elaun dan lain-lain bagi guru dan kakitangan. Mengurus dan menyelenggarakan buku tunai untuk Akaun Wang Kerajaan, Wang Suwa dan Asrama serta Panjar Wang Runcit.



f) Pengurusan Pentadbiran Pejabat: i. Urusan pentadbiran perlu dilakukan disemua tempat termasuklah disekolah. Disekolah salah satu bidang tugas guru besar ialah melaksana dan memantau pengurusan pentadbiran pejabat. Berikut merupakan skop ii.



kerja bagi tugas tersebut. Menentukan sistem penyelenggaraan fail dilaksanakan dengan cara yang



iii.



teratur dan sempurna. Merancang dan memastikan pelaksanaan takwin sekolah yang telah



iv.



disusun dan ditetapkan itu berjalan dengan lancar. Memastikan bahawa segala retan-retan yang disediakan itu dilakukan dengan sempurna dan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.



g) Pengurusan persekitaran dan kemudahan Fizikal Sekolah: Pengurusan persekitaran dan kemudahan fizikal sekolah juga merupakan tugasan seorang guru besar. Guru besar perlu memantau dari masa ke semasa setiap kemudahan fizikal sekolah supaya tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Berikut merupakan skop kerja yang perlu dilakukan oleh guru besar di bawah tugasan ini. i. Melaksanakan pengawasan fizikal sekolah dan menentukan perjalanannya ii.



dilakukan dengan cara yang baik dan teratur. Mengambil langkah-langkah penyelenggaraan bangunan sekolah dan



iii.



kawasan sekolah dari semasa ke semasa. Merancang dan menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan



iv.



kecil yang diadakan di sekolah. Merancang pertambahan fizikal sekolah jika ada dan jika perlu seperti pembinaan dan pembaikian, memerlukan bangunan tambahan dan sebagainya.



h) Pengurusan Pembangunan Sumber Manusia: Skop kerja guru besar dibawah tugasan ini adalah seperti berikut: i. Merancang dan melaksanakan program dan kursus bagi kemajuan guru dan bukan guru untuk pengayaan dirinya.



ii.



Mengadakan 'in house training', kolokium, mengambil kursus di luar, kursus dalam perkhidmatan ataupun mengadakan kursus-kursus untuk



iii.



kakitangan di sekolahnya. Memberi segala galakan kepada guru dan kakitangan agar melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.



i) Pengurusan Perhubungan Luar: Hubungan kesinambungan pihak sekolah dengan pihak luar perlu dalam keadaan baik. Ini bertujuan untuk menjaga nama baik sekolah disamping menjaga hubungn kemasyarakatan antara guru-guru dengan ibu bapa. Skop kerja yang perlu dilaksanakan oleh guru besar adalah seperti berikut: i. Menjadi Penasihat Persatuan Ibu Bapa Guru dan memastikan bahawa ii.



segala keputusan dilaksanakan dengan teratur dan berkesan. Menghadiri mesyuarat di Pejabat Pendidikan Daerah, Zon Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan Malaysia atau jabatan-jabatan kerajaan yang lain.Bekerjasama dengan organisasi yang mempunyai kaitan dengan sekolah.



2.1.2 Peranan Guru Besar Mengikut Hussein (1993), peranan yang perlu dimainkan oleh Guru Besar itu meliputi tiga aspek iaitu sebagai pengurus, pentadbir dan pemimpin. Sebagai pengurus, Guru Besar bertanggungjawab terhadap belanjawan dan kewangan sekolah, pengagihan sumber dan sebagainya. Sebagai pentadbir Guru Besar bertanggungjawab terhadap tugas-tugas pentadbiran yang meliputi penilaian kerja-kerja stafnya, pengurusan ha-hal rasmi, penjadualan kerja dan waktu belajar. Guru Besar juga harus pakar dalam pendidikan. Dia diharapkan dapat menjalankan peranan sebagai pemimpin. Guru Besar sendiri perlu menunjukkkan contoh teladan yang boleh diikuti dan disegani oleh para guru dan pelajar sekolahnya. Tugas ini merupakan tugas pemimpin. Mc Pherson dan Crowson (1987) pula menyatakan peranan seorang Guru Besar bertindan-tindih sebagai seorang guru, pengurus dan pemimpin. Walau apa pun Guru Besar tidak boleh melarikan diri daripada melaksanakan peranan utamanya dalam aktiviti pengajaran. Peranan Guru Besar mengikut Drake dan Roe (1980) adalah functionally-dualistic.



Ini



bermaksud melihat peranan Guru Besar dari dua dimensi iaitu pentadbiran-pengurusan dan pemimpin pendidikan–pengajaran.



Sebagai pentadbir dan pengurus sekolah, Guru Besar



bertanggungjawab terhadap kelicinan perjalanan sesebuah sekolah dan kemajuannya. Manakala sebagai pemimpin pendidikan-pengajaran ialah memberi kepimpinan, galakan, sokongan kepada guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam masa yang sama Guru Besar perlu berusaha memimpin sekolah untuk mewujudkan persekitaran sosial yang sihat dan memberansangkan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Robiah Sidin & Warnoh Katiman (1999) peranan Guru Besar boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu: (a) Peranan Pentadbiran dan pengurusan: Dalam ketagori ini, peranan guru besar merangkumi hal-hal berkaitan perkhidmatan kakitangan, kewangan, bangunan dan pembangunan, perhubungan dengan pihak atasan, dan perbekalan. (b) Peranan Profesional: Dalam ketagori ini pula peranan guru besar merangkumi pengurusan kurikulum dan ko-kurikulum, perkembangan staf, pembimbing dan kaunselor, perhubungan antara sekolah dan komuniti, penyeliaan dan penilaian, pemimpin pengajaran dan hal ehwal pelajar. 2.2 Akauntabiliti dan Kepimpinan Guru Besar 2.2.1 Akauntabiliti Akauntabiliti ialah sifat yang perlu ada pada setiap individu umumnya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, akauntabiliti dedifinisikan sebagai sifat bertanggungjawab seseorang individu atau terhadap sesuatu tindakan, keputusan serta bersedia memberikan penjelasan atau justifikasi yang diperlukan. Ini bermakna akauntabiliti ini merujuk kepada individu atau tindakan yang bakal dilaksanakan. Tanggungjawab di sini bermaksud menjalankan tugas-tugas yang diarahkan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Akauntabiliti ini perlu ada kepada setiap individu tanpa mengira bidang atau latar belakang kerjaya mereka. Profesion keguruan juga mempunyai akauntabiliti tersendiri dipanggil Akauntabiliti Keguruan yang perlu diamalkan oleh setiap guru termasuklah Guru Besar dan Pengetua. Guru Besar merupakan individu penting dalam organisasi sekolah untuk memastikan segala perjalanan pentadbiran, sistem pendidikan, pencapaian sekolah dan sebagainya berjalan lancar.



Pengetua atau Guru Besar merupakan orang yang berperanan dalam menguruskan organisasi sekolah berasaskan pengurusan sumber utama iaitu kewangan, sumber manusia, sumber fizikal atau sebagainya. Pengurusan kewangan perlu diurus dengan baik. Kegagalan mengurus sumber ini selalunya dikaitkan dengan kelemahaan mengurus hal-hal kewangan dan belanjawan sekolah dengan berkesan dan bijaksana. Pengurusan sumber manusia juga sangat penting dan bertindak sebagai pemangkin kepada kecemerlangan sekolah sama ada dari aspek kurikulum, kokurikulum, hubungan dengan masyarakat setempat, dan meletakkan sekolah sebagai sebuah institusi yang mulia dan dihormati. Pengurusan sumber fizikal pula sebagai pelengkap kepada kejayaan dan keberkesanaan sekolah. Apabila semua sumber ini dapat diurus dengan baik dan berkesan, tidak mustahil sesebuah sekolah itu boleh berjaya dan cemerlang dari semua aspek. Di antara kepentingan akauntabiliti ialah: Pengurusan Sumber Kewangan bertujuan untuk memastikan organisasi mematuhi standard atau prosedur kewangan yang telah ditetapkan. Memang tidak dinafikan, sesetengah sekolah telah berjaya menguruskan sumber kewangan dengan baik dan cemerlang. Namun dengan adanya proses akauntabiliti, sekolah tersebut boleh terus mengekalkan tanggungjawabnya. Bagi sekolah yang pengurusan kewangannya sangat lemah, mereka harus bersedia memperbaiki kelemahan tersebut. Banyak kes sekolah yang tidak akur dengan prosedur kewangan. Misalnya, tidak menyelenggara Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (SP. Kew. Bil. 5/2002); tidak mematuhi syarat pemberian Bantuan SBT (SPI Bil. 1/2004); tidak mematuhi syarat pembelian komputer (SP Komputer Bil. 1/1997); dan sebagainya. Dari aspek Pengurusan Fizikal pula, ada juga pentadbir yang kurang peka terhadap keperluan fizikal dalam membantu mencapai kecemerlangan sekolah. Mereka berpendapat, semua ini tidak penting dan yang lebih penting ialah pencapaian akademik. Tetapi selepas keputusan peperiksaan diumumkan, pencapaian akademik sekolah tersebut juga belum begitu baik. Di antara pengurusan sumber fizikal ialah meliputi pengurusan persekitaraan sekolah serta pembangunan lanskap, peralatan dan kemudahan-kemudahan sedia ada. Menurut Fidler (1999), analisis sumber sesebuah sekolah dimulai dengan



bangunan sekolah dan pemeriksaan lokasi serta kemudahan tertentu seperti bilik darjah, bilik khas dan kemudahan-kemudahan lain. Justeru, selaku pengurus sekolah Pengetua atau Guru Besar perlu memainkan peranan dalam memastikan sumber fizikal sekolah seperti bilik darjah, tandas, padang permainan dan persekitaran seperti lanskap berada pada keadaan yang cukup baik dan kondusif. Keadaan fizikal yang kondusif boleh membantu kepada tahap keselesaaan, keselamatan dan meningkatkan pencapaian murid. 2.2.2 Kepimpinan Guru Besar Menurut Hussein Mahmood (2005), Guru Besar adalah berperanan dan bertanggungjawab untuk memastikan sekolahnya berada di landasan yang betul untuk mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi dan menjadi sebuah sekolah berkesan. Kejayaan sesebuah sekolah adalah bergantung kepada corak kepimpinan yang diamalkan di sekolah itu. Menurut Ramaiah (1999), kepimpinan di sekolah adalah satu aspek tingkahlaku dan juga sejenis pengaruh. Kepimpinan Guru Besar bergantung kepada kedudukan formal dalam struktur organisasi sekolah. Kepimpinan jenis ini dinamakan kepimpinan formal. Jawatan Guru Besar diberi pengiktirafan dan status yang berwibawa dalam kedudukan organisasi sekolah sebagai ketua sekolah serta mempunyai kuasa atas segala aspek pengurusan sekolah. Dalam kontek kepimpinan dalam pendidikan, Guru Besar perlu melaksanakan dasar-dasar yang digubal oleh Kementerian dan Jabatan. Guru Besar perlu memastikan bahawa



semua



dasar



adalah



jelas



kepada



semua



anggota



di



sekolah, dan



sebarang peraturan yang digubalnya mestilah bersesuaian atau berharmoni dengan dasar yang sedia ada di mana dasar-dasar ini adalah petunjuk arah serta kenyataan visi. CiriCiri Kepimpinan Guru Besar Sekolah Cemerlang: a) Kualiti Pemimpin Berkesan Bagi melahirkan sekolah berkesan dan cemerlang kepimpinan Guru Besar hendaklah menunjukkan kualiti yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa kepimpinan Guru Besar bergantung kepada banyak faktor. Hussein Mahmood (1993) mengatakan antaranya termasuklah faktor keGuru Besaran sendiri, sikap dan orientasi (reaktif atau



proaktif), komitmen dan gaya kepimpinan. Guru Besar yang berkesan akan dapat memastikan kejayaan dan perlaksanaan strategi di sesebuah sekolah cemerlang. Ainscow (1991) menyatakan seorang Guru Besar yang berkesan harus mempunyai kualiti berikut: i. ii.



Mempunyai visi untuk organisasi. Berkebolehan untuk menyampaikan visi untuk memperolehi komitmen



iii. iv.



staf. Menukarkan visi kepada tindakan Stail pengurusan terbuka tetapi tegas.



Persell dan Cookson (1982) telah menjalankan kajian tentang keberkesanan kepimpinan di sekolah. Mereka telah mengenalpasti lapan ciri yang ada pada Guru Besar yang dapat mengurus dan mentadbir sekolah dengan berkesan. Lapan ciri itu ialah: i. ii. iii. iv.



Menunjukkan rasa tanggungjawab terhadap matlamat sekolah. Mewujudkan iklim jangkaan yang tinggi. Berfungsi sebagai ketua institusi. Bersedia berbincang secara berkesan dengan rakan lain.



Kajian tentang sekolah berkesan pula banyak menyarankan tentang kepimpinan cara demokratik yang dikatakan lebih berkesan daripada gaya kepimpinan yang lain. Kajian-kajian lain juga menunjukkan produktiviti sesebuah firma lebih bergantung kepada gaya kepimpinan ketuanya yang dikatakan lebih bercorak kepada gaya ‘orientasi tugas (task oriented) dan ‘orientasi manusia’ (person oriented). Ini bermakna kedua gaya kepimpinan iaitu gaya orientasi tugas dan orientasi manusia perlu digunakan mengikut keperluan keadaan. Pengkaji-pengkaji dalam bidang kepimpinan organisasi memang bersetuju tentang penggunaan pelbagai gaya kepimpinan oleh pemimpin mengikut keadaan. Hoyle (1986) menganggap seorang pemimpin berkesan bukan sahaja dinilai dari segi perhubungan peribadi tetapi juga dari segi kepekaan tentang prestasi tugas yang telah dilaksanakan. Menurut Hoy & Miskel (1987) terdapat lima dimensi kepimpinan yang boleh dikaitkan dengan sebuah sekolah yang cemerlang iaitu; i.



Aspek teknikal - pemimpin teknikal ialah seorang yang menguasai teknikteknik pengurusan yang cekap seperti pengurusan masa.



ii.



Aspek kemanusiaan – sentiasa memberi dorongan serta peluang untuk



iii.



maju kepada guru-guru dan staf sokongannya. Aspek pendidikan – Guru Besar sebagai pemimpin pendidikan perlu mempunyai kepakaran dan pengetahuan bidang profesional dan cekap dalam mengenalpasti masalah-masalah pendidikan serta memahami



iv.



kehendak kurikulum. Aspek simbolik - menyedarkan masyarakat sekolah tentang nilai-nilai



v.



yang dianggap penting seperti kerajinan. Aspek budaya - Guru Besar perlu mengukuhkan segala nilai dan unsur positif yang memberi identiti kepada sekolah.



b) Sifat Guru Besar Unggul Sebagai pemimpin dalam melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Guru Besar bertanggungjawab kepada pemerintah yang melantiknya, kepada ibu bapa yang menyerah anak-anak kepadanya, kepada guru-guru yang diajak bekerjasama, kepada murid-murid yang menyerahkan pendidikan mereka kepadanya. Justeru itu Guru Besar wajib memiliki syarat-syarat dan sifat pemimpin yang baik (Ibrahim Mamat 1998): i.



Syarat lahiriah - yang paling penting ialah kelulusan akademik dan



ii. iii.



profesional yang sesuai. Syarat Rohani – rasa tanggungjawab terhadap tugas. Kewibawaan - peribadi, pengetahuan, budi pekerti, pengalaman, sikap



iv. v.



terhadap Tuhan dan sesama makhluk. Dedikasi - semangat pengabdian terhadap tugas. Kebolehan - supaya dapat berhadapan dengan cabaran.



Seorang



Guru



Besar



juga



perlu



mewujudkan



personaliti



yang



baik, jujur, ikhlas, berprofesional, ada matlamat dan senang berinteraksi dengan orang ramai (Mohd. Salleh Lebar 2000). Walau bagaimanapun dapatan yang menarik tentang kepimpinan Guru Besar ialah kajian yang dijalankan oleh Dinham et. al (1995) di Australia bertajuk School climate and leadership di tiga buah sekolah menengah. Beliau mendapati sebenarnya tidak ada satu ‘resepi ‘ untuk berjaya bagi seorang Guru Besar.



2.3 Kemahiran Dan Kopetensi Pentadbir Dan Pengurus Guru Besar



Pengurusan dan kepimpinan pengetua adalah faktor utama yang menentukan kejayaan sesebuah organisasi ( abdul shukor 2004 ; Atan et al. 1991 ; Edmond 1979; Noordin dan Sharifudin 2004; Stogdill 1974: Trump 1981). Pendapat berkenaan jelas menunjukkan bahawa peranan pengetua merupakan kunci kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah di dalam bidang mengurus dan memimpin sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menetapkan asas penting bagi memastikan sekolah diurus dan dipimpin oleh pengetua yang kompeten. Antaranya dengan melantik pengetua berdasarkan senioriti dan kekananan dalam jawatan serta mengadakan kursus-kursus pengurusan dan kepimpinan dari semasa ke semasa. selain itu, kursus pengurusan dan kepimpinan turut diadakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. (bity et al. 2010) bertujuan melengkapkan para guru besar atau pengetua dengan kemahiran dan kopentensi yang sesuai di dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah. Kesungguhan guru besar di dalam melengkapkan diri dengan pengetahuan terkini amat penting ini kerana perubahan yang berlaku dari semasa ke semasa merupakan cabaran yang paling besar. Oleh itu, guru besar perlu memiliki kemahiran berkebolehan yang tinggi agar masalah tidak puas hati terhadap pengurusan dan pentadbiran sekolah tidak menjadi suatu isu yang sangat berat. Dalam beberapa situasi, pengetua kelihatan masih kurang proaktif, kurang kreatif, kurang inovatif, sering kali hilang fokus, dan sering kali hilag tumpuan kepada matlamat pengurusan sebenar kerana terlalu kerap dan rencam menghadapi masalah yang sama (Azlin Norhaini. 2006). Justeru tahap kompetensi pengetua seharusnya dikaji dengan lebih mendalam dengan menetapkan standard-standard asas di dalam mencapai nilai profesional dan kualiti peribadi yang di perlukan sebagai guru besar mahupun pengurus pentadbiran. KPM menyatakan bahawa tanggungjawab guru besar dan pengetua meliputi tujuh (7) bidang utama iaitu pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal-ehwal murid, pengurusan sekolah yang merangkumi pentadbiran, kewangan, perkhidmatan dan perjawatan, perhubungan dengan ibu bapa dan masyarakat setempat, kemajuan sekolah, pengajaran serta kepimpinan pengajaran dan penyelidikan pendidikan (Bahagian Sekolah. 2004) ini menunjukkan KPM amat peka terhadap perkembangan pendidikan negara. oleh itu, kebijaksanaan pemimpin membuat keputusan di dalam pentadbiran adalah sangat penting. Pendekatan ini perlu diusahakan kerana dalam usaha untuk melaksanakan dasar sistem pendidikan supaya matlamat-matlamatnya



tercapai, sistem tersebut memerlukan pemimpin pendidikan yang cukup cekap, adil, beramanah, berdedikasi, berdaya usaha, bertanggujawab, berdisiplin, berkebolehan dan berakhlak tinggi. Setelah diteliti dan diperhalusi, kesemua standard yang dikemukakan sama ada di dalam atau di luar negara mempunyai banyak persamaannya. Perbezaan cuma daripada segi istilah yang digunakan, namun banyak persamaan wujud daripada segi kandungan dan tugas yang perlu dilaksanakan oleh guru besar atau pengetua. Standard-standard ini juga adalah sama seperti Standard Kompetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM) yang dikemukakan oleh IAB pada tahun 2006. Dalam standard ini terdapat sembilan bidang pengurusan yang perlu dikuasai oleh pentadbir-pentadbir sekolah (IAB 2006a) iaitu pengurusan dan kepimpinan organisasi, pengurusan kurikulum, pengurusan kokurikulum, pengurusan hal-ehwal murid, pengurusan kewangan, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan persekitaran dan kemudahan fizikal, pengurusan dan pembangunan sumber manusia serta pengurusan perhubungan luar. Selain daripada SKKSM, beberapa ciri lain juga adalah penting dalam proses meningkatkan lagi pengurusan dan kepimpinan guru besar dan



pengetua di sekolah. Ini



termasuklah kualiti peribadi, pengetahuan teori, amalan pengurusan strategik, kemahiran dan teknik menangani perubahan. Kualiti peribadi yang dimaksudkan adalah seperti komunikasi, kepimpinan, inovasi, minat dan keyakinan. Sementara amalan pengurusan strategik pula melibatkan pengenalpastian masalah, perancangan strategik, pelaksanaan dan penilaian strategik



4. KESIMPULAN



Kesimpulannya, guru besar sebagai pemimpin sekolah memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan keberkesanan sekolah. Keberkesanan sekolah pula diukur jikas ekolah itu mencapai suatu status yang memenuhi kriteria-kriteria tertentu dan menghasilkan impak yang dihasratkan. Namun demikian, peranan guru-guru juga adalah penting kerana ia adalah sebahagian daripada proses perubahan dan penambahbaikan sekolah. Di sinilah letaknya kebijaksanaan seorang pemimpin untuk mengembeleng tenaga dan minda bersama-sama dengan warga sekolahnya untuk mencapai apa yang disasarkan selaras dengan visi sekolah iaitu “Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang”. Pemimpin sekolah juga perlu cekap mengesan dan mengenal pasti apa yang perlu dilakukan untuk membuat perubahan dan penambahbaikan segala kekurangan atau kelemahan



yang terdapat di sekolah. “Saya tidak pernah terjumpa sebuah sekolah yang baik dipimpin oleh seorang yang tidak baik”. Itu ialah persepsi Fred Hechinger, Ketua Pengarang akhbar New York Times terhadap pentingnya sebuah sekolah dipimpin oleh seorang pemimpin yang baik. Seterusnya, ialah samaada sekolah mengamalkan pendekatan musyawarah, berkongsi tanggungjawab serta melibatkan guru dalam membuat keputusan dan menekankan kepimpinan ketua jabatan panitia. Ciri ini juga menekankan samaada pemimpin sekolah sebenarnya professional dan berilmu yang dapat menawarkan kepemimpinan kurikulum, memantau kemajuan perlajar serta sedar dan tahu apa yang berlaku di dalam bilik darjah serta dapat membantu membaiki amalan dan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, dalam usaha untuk memastikan keberkesanan sekolah pemimpin perlu melaksanakan usaha penambahbaikan melalui amalan pembangunan profesionalisma guru di sekolah dengan memberi penekanan kepada polisi dan struktur pengurusan, analisis keperluan, perancangan, aktiviti serrta perlaksanaan dan tindakan susulan. Kepimpinan sekolah masa kini perlu berubah atau diperbaharui untuk memastikan sekolah mengalami perubahan yang berterusan (Rahimah Haji Ahmad, 2004). Pendidikan adalah satu bidang yang dinamik, kesan daripada perkembangan ilmu pengetahuan yang berterusan. Oleh itu, sebagai pemimpin guru besar harus melakukan satu perubahan untuk memajukan sekolah sejajar dengan perkembangan pendidikan semasa khususnya dalam bidang pembangunan profesionalisma guru-guru di bilik darjah.



5. RUJUKAN



M. Izham, M. H. & Norziana, A. (2015),



Peranan Pengetua Dalam Pengurusan



Kokurikulum Dari Perspektif Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Zon Keramat, Jurnal Pendidikan Malaysia. Vol 40 (2). 129-138 M/S. M. Sani. I. (2013). Peranan Guru Kanan Mata Pelajaran Dalam Mempertingkatkan Kualiti Pengajaran Guru-guru, Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. Bil 1. Isu 1. Bity. S. A ; A. Basri M. Y. ; Ramlee M. & M. Sani I. (2010). Analisis Kompetensi Pengetua Berdasarkan Kualiti Peribadi, Pengetahuan, Kemahiran Dan Amalan Dalam Bidang Pengurusan Sekolah Menengah Malaysia, Jurnal Pendidikan Malaysia. Vol 35(2). 31-41 M/S.



M. Yusri I. & Aziz A. (2014). Hubungan Model Kepemimpinan Pengajaran Pengetua Dan Kompetensi Pengajaran Guru, Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. Bil 2. Isu 1. Settaraming ; M. Anuar A. R. & Lokman M. T. (2012), Peranan Kepimpinan Pengetua Sekolah Dalam Membina Pembelajaran Berpasukan Guru Di Sekolah Menengah Daerah Soppeng, Jurnal Pendidikan Malaysia. Vol 37 (2). 1-9 M/S.