Koleksi Petua Warisan [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Menghindari Penyakit Makan sedikit garam kemudian minum segelas air suam pada waktu pagi. Selain dapat menghindari penyakit, ia juga dapat membersihkan jantung dan paru-paru. Menahan Nafas Menahan nafas ketika minum air dapat mengekalkan kesihatan badan. Memulihkan Sakit Jantung Rebus beberapa tangkai bunga betik jantan bersama air dan sedikit gula. Minumlah air rebusan tersebut sehari dua kali pada waktu pagi dan malam. Menghindarkan Sakit Jantung Elakkan tidur pada waktu siang. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 15 minit sehari. Menghilangkan Bisa-bisa Tulang 1. Masukan sedikit garam ke dalam air suam. Rendamkan kaki ke dalamnya selama 15 minit. Lakukan 3 kali seminggu. 2. Rebus ayam muda dengan kacang merah sehingga mendidih. Setelah sejuk, minum air tersebut. Amalkan meminumnya selama dua minggu. 3. Ambil satu sudu cuka makan, taungkan sedikit pada tapak tangan. Gosokkan pada bahagian yang sakit. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bersihkan dan mandi seperti biasa. Luka Bersalin Bagi ibu-ibu yang baru bersalin, petua untuk menyembuhkan luka dengan cepat seperti berikut :-



Repacked by: [email protected]



1. Rebus segenggam daun jambu batu muda sehingga mendidih. Apabila suam, gunakan air ini untuk mencuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari hingga luka sembuh. 2. Ikan haruan dipotong dan dicuci bersih. Rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makan bersama nasi atau dibuat sup. 3. Rebus gamat dengan air yang banyak hingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya atau sapukan di tempat yang luka. 4. Campurkan biji kani, halia, akar kayu dengan air. Rebus kesemua bahan tadi sehingga mendidih. Dalam keadaan masih panas(suam), minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari. 5. Minumlah air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daripada direbus, daun pegaga juga boleh dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus. Membanyakkan Air Susu Badan Selepas Bersalin Jika anda mengalami masalah kekurangan air susu badan terutama selepas bersalin, amalkan petua ini:1. Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setaip hari. 2. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari. 3. Parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. 4. Rebus jantung pisang dan makan sebagai ulam dengan nasi. Telinga Dimasuki Air Jika telinga kiri anda dimasuki air, mengiringlah ke sebelah kiri. Lakukan juga seperti ini sekiranya telinga kanan anda dimasuki air. Mengelakkan Kelesuan Ketika Haid Cara untuk mengatasinya ialah : 



Rebus sedikit ketumbar, kunyit hidup, asam jawa dan sedikit gula merah. Biarkan mendidih. Setelah sejuk, minumlah dua kali sehari.



Memerahkan Bibir 1. Sapukan hampas halia yang telah ditumbuk pada bibir perlahan-lahan setiap hari. 2. Ambil sedikit ubat gigi dan sapukan pada bibir setiap malam sebelum tidur. Rawatan Anak Demam Panas Ramaskan hingga keluar lendir, lima helai daun bunga raya, dua helai daun rambutan dan sedikit daun jambu batu dengan sedikit air. Sapukan pada dahi dan rambut anak.



Repacked by: [email protected]



Demam Panas Ramas semangkuk asam jawa dengan beberapa kuntum bunga raya. Selawat sebanyak tiga kali kemudian sapukan ke kepala dan seluruh badan. Biarkan seharian. Apabila Terkena Air Panas Gosok perlahan-lahan bahagian yang melecur dengan air sabun mandi. Lakukan sehingga bahagian yang melecur tidak sakit lagi. Bawang Putih Bunuh Kutu Tumbuk tiga atau empat ulas bawang putih hingga lumat. Gaul dengan tiga sudu minyak kelapa. Lumurkan pada rambut rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Kemudian sikat dengan penyikat kutu. Bengkak Akibat Terjatuh Campurkan asam jawa, garam dengan sedikit air. Sapukan ke tempat yang benjol atau bengkak. Dalam masa beberapa minit bengkak akan menjadi susut. Batuk Batuk akan menyebabkan rasa sakit di perut dan gatal-gatal di kerongkong. Cubalah mengikut petua ini: 1. Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi. 2. Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih. 3. Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu. 4. Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari. Sakit Angin Jika anda terkena senak perut dan selalu sendawa angin minumlah air rebusan ini :1. Rebus empat atau lima tangkai cili kering (tangkainya sahaja), dua ulas bawang putih bersama tiga cawan air. Campurkan sedikit halia bersama rebusan tersebut. Minumlah beberapa kali. 2. Amalkan meminum air rebusan daun mengkudu dan halia. Memulihkan Tenaga Lelaki 1. Kisar satu batang lobak merah, ibu kunyit sebesar jari dan setengah gelas air. Tapis dan campurkan dengan kuning telur ayam kampung. Setelah itu campurkan pula gula batu dan satu sudu makan madu. Minum tiga kali seminggu.



Repacked by: [email protected]



2. Makan sebiji telur ayam kampung dengan madu setiap hari. Kemudian diikuti dengan meminum akar kayu. Mengubati Sakit Mulut Anak anda mengalami sakit mulut. Rawatilah dengan cara berikut.   



Masak santan dari sebiji kelapa dengan satu cawan air. Bila hampir menjadi minyak, masukkan dua atau tiga tangkai daun pucuk manis sehingga warnanya putih. Angkat dan sejukkan. Sapukan dalam mulut anak anda.



Bibir atau Lidah Pecah Akibat Tergigit 1. Sapukan getah pokok sena yang berwarna merah ke tempat yang pecah. Dalam masa dua hari, luka akan sembuh. 2. Sapukan garam atau marjerin cair pada tempat yang sakit. Rasanya agak pedih sedikit. Cairkan Lendir di Tekak Makan anggur tiga kali seminggu untuk mencairkan lendir di tekak. Daun Pucuk manis Ubat Pitam Ramas sedikit pucuk manis dengan air. Embunkan semalaman. Pada keesokkan paginya, lumurkan di kepala. Lakukan beberapa kali. Daun Sirih Ubat Kembung Perut Kebiasaannya bayi berusia enam bulan ke atas mengalami kembung perut, cara yang paling mudah mengubatinya ialah : Layurkan dua helai daun sirih. Setelah itu barutkan pada perut bayi. Penawar Sakit Kepala 1. Jika anda sering diserang sakit kepala, selain makan ubat amalkan petua ini : o Ramas beberapa helai daun sirih di dalam mangkuk yang berisi air. o Kemudian basahkan kepala dengan air dan daun sirih tersebut sambil memicit-micit kepala selama 15 minit. 2. Tumbuk enam helai daun sawi hingga lumat. Campurkan dengan sedikit garam, lumurkan serta gosokkan perlahan-lahan pada dahi dan pelipis. 3. Ramas asam jawa sebesar telur ayam dengan secawan santan lalu tapis. Kemudian basahkan kepala dengan air suam lalu bungkus. Biarkan seketika dan kering di kepala, barulah basuh bersih. Rasa sakit akan berkurangan dan rambut jadi lembut. 4. Tumbuk dua atau tiga helai daun setawar hingga lumat. Kemudian tempekkan di kepala dan balutkan. Biarkan semalaman.



Repacked by: [email protected]



5. Rebus beberapa biji kulit manggis dengan tiga gelas air. Biarkan sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan buangkan hampasnya. Berkumur setiap hari tapi jangan sampai terminum pula airnya. Menambahkan Darah Cara-cara untuk menambahkan darah (yang hilang) dalam badan anda ialah : 1. Bersihkan dan tumbuk akar bayam duri. Campurkan air dan perah serta tapis. Kemudian campurkan lagi dengan kuning telur, madu dan segelas santan. Masukkan sedikit garam kemudian kacau. Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum makan selama 10 hari berturut-turut. Sekiranya anda sering buang air atau sakit perut, hentikan dahulu dan ulangi meminumnya sehingga sakit perut hilang. 2. Amalkan memakan sayur bayam merah yang direbus. Mengurangkan Tekanan Ubat untuk anda mengurangkan tekanan ialah dengan mengambil air kelapa muda. Campurkan dengan air perahan limau nipis. Minum dengan satu nafas sahaja. Memulihkan Rasa Gatal di Kemaluan Rebus beberapa helai daun sirih dan daun inai. Biarkan sehingga mendidih dan warna air berubah menjadi kekuningan. Tunggu hingga suam kemudian gunakan untuk membasuh kemaluan setiap kali anda kencing atau rasa kurang selesa. Penawar Batu Karang Didihkan sebatang pokok matahari bersama akarnya. Biarkan sehingga airnya tinggal kira-kira satu gelas. Setelah sejuk, tapis dan minum seperti air teh dan ulangi sehingga beberapa hari. Anak-anak Demam Berlarutan Ramaskan beberapa helai daun pucuk bunga raya dan bawang. Lumurkan keseluruh kepala terutama ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali. Elak Keracunan Udang atau Ketam Sebelum memasak, rebus dahulu udang/ketam dengan sedikit arang kayu. Biarkan selama lima minit. Kemudian masaklah mengikut kesukaan anda. Mententeramkan Jiwa Cara untuk mententeramkan jiwa ialah dengan membaca al-Quran sekurang-kurangnya sekali sehari pada waktu malam atau pagi. Gusi Berdarah Terdapat dua cara di sini untuk merawati gusi berdarah :



Repacked by: [email protected]



1. Ambil segelas air suam. Campur dengan setengah sudu teh garam. Kemudian berkumur. Lakukan setiap kali bangun tidur selama tiga hari berturut-turut. Insya-Allah gusi tidak berdarah lagi. 2. Rebus dua helai daun bacang dan daun inai dalam periuk. Apabila mengelegak, campurkan sedikit asam gelugur dan garam. Biarkan seketika. Apabila suam berkumurlah. Amalkan setiap pagi dan malam Bibir Pecah Akibat Kepanasan Campurkan segelas air kelapa muda dan sebiji telur ayam kampung. Kacau sehingga rata. Selepas itu, minumlah ketika cuaca panas. Hentikan Muntah Muntah biasanya terjadi akibat salah makan. Ini akan menyebabkan badan penat dan terasa sakit. Langkah yang sebaik-baiknya ialah mengambil buah pelaga yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air panas. Berikan kepada yang sedang muntah untuk diminum. Hilangkan Rasa Pijar 1. Jangan basuh bahagian yang pijar. Sapukan dengan minyak kelapa. Biarkan seketika. Pijar pasti hilang. 2. Ambil seuncang daun teh yang belum digunakan dan rendamkan di dalam air batu buat seketika. Kemudian tekapkan pada bahagian yang terasa pijar. Rendamkan berulangkali agar uncang teh itu terasa sejuk. Jadam Legakan Bengkak Campurkan sedikit jadam sebesar ibu jari kaki ke dalam air perahan sebiji limau nipis. Panaskan sehingga jadam itu cair. Kemudian sapukan pada bahagian bengkak dan balut dengan daun pisang atau kertas plastik. Biarkan semalaman. Tersusuk Duri 1. Sapukan getah betik ke tempat yang tertusuk duri tersebut. Insya-Allah pada pagi esoknya sakit akan sembuh dan duri akan keluar dengan sendirinya. 2. Celupkan sebiji bawang merah ke dalam sedikit minyak masak. Kemudian bakar hingga hangus. Tampalkan di tempat yang kena duri tersebut. Ruam Bayi yang baru lahir biasanya mudah diserang ruam panas. Untuk menyembuhkan ruam panas ini, gunakan kanji nasi . Caranya ialah :1. Masak nasi hingga menjadi bubur. Kemudian ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain jarang. Ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Air kanji ini akan disapukan pada ruam panas. 2. Tumbuk ragi yang sederhana besar. Selepas itu diayak. Kemudian campurkan dengan bedak. Sapukan pada kulit bayi.



Repacked by: [email protected]



3. Satukan sedikit tepung ubi atau sagu ubi hingga sebati.Sapukan pada kulit yang dipenuhi ruam. Ulangi beberapa kali sehingga ruam itu sembuh. Penawar Bisul 1. Ambil sedikit kapur makan dan sapukan di tempat yang ditumbuhi bisul. Lakukan selalu, Insya-Allah ia akan hilang dan sembuh 2. Tumbuk bawang putih hingga hancur.Sapukan bawang putih ditempat yang kena bisul dan balutkan supaya bawang putih tidak jatuh. Lakukan beberapa kali hingga bisul itu hilang. 3. Tumbuk beberapa tangkai pucuk daun semalu hingga lumat.Tampalkan pada keliling bisul. Biarkan sehingga ia kering. Amalkan selalu sehingga bisul itu sembuh. 4. Rendam segenggam beras dan beberapa ketul kunyit hidup dengan air sejuk. Kemudian tumbuk hingga hancur. Letakkan pada bisul sehingga ia kering. 5. Asah kulit buah delima yang basah. Campurkan dengan daun lidah buaya. Sapukan pada permukaan bisul. Mencantikkan Kulit Bayi Campurkan tiga suku tepung kanji dengan air suam. Kacau kemudian mandikan bayi. terus lapkan badan bayi tanpa bilasan air lain. Ketuat 1. Ambil abu ubat nyamuk. Bancuhkan dengan air. sapukan pada ketuat setiap hari. Dalam beberapa hari ketuat akan hilang. Insya-Allah. 2. Sapukan sedikit kapur masak pada bahagian yang ditumbuhi ketuat. Biarkan ia kering beberapa minit sehingga ketuat itu tanggal dengan sendirinya tanpa rasa sakit, pedih, juga tidak meninggalkan parut yang hodoh. Menghilangkan Rasa Lenguh dan Letih 1. Buah anggur basah jika dimakan selalu dapat menghilangkan rasa lenguh dan letih. 2. Gosokkan dua daun sirih yang agak muda pada tapak tangan hingga mengeluarkan air. Sapukan pada bahagian yang lenguh. Lakukan sekerap yang mungkin sehingga hilang lenguh-lenguh tersebut. Mengubat Kaki Terseliuh Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak. Sapukan pada tempat yang sakit. Kemudian balutkan dengan daun tembaga suasa. Kurangkan Bercakap Banyak bercakap boleh menyebabkan didatangi penyakit.



Repacked by: [email protected]



Kurangkan Panas Badan Anak Campurkan dua ulas bawang jantan dengan satu sudu cuka. Jaramkan di kepala anak anda. Kurangkan Penyakit Darah Tinggi 1. Ramas asam jawa dengan segelas air panas. Kemudian campurkan satu sudu gula merah ke dalam air asam jawa. Minum dan bawa berehat. 2. Tumbuk secekak daun bunga raya hingga lumat. Bancuh dengan segelas air. tapis dan minum setiap hari. 3. Campurkan isi kelapa muda dengan air limau nipis. Minum dua kali sehari. Amalkan selalu. 4. Amalkan memakan belimbing besi setiap hari. Mabuk Kenderaan 1. Minum tiga sudu besar madu lebah asli yang dicampurkan dengan sedikit garam sebelum memulakan perjalanan. 2. Kupas ubi keledek yang berwarna kuning. Makan mentah-mentah apabila terasa loya semasa dalam perjalanan. Mandul Cubalah untuk mengatasi kemandulan dengan berusaha makan taugeh mentah dan rojak nanas seminggu sekali. Lakukan sehingga sekitar lima bulan. Keputihan 1. Makan sekuntum bunga siantan (menjarum) bersama dengan daun sirih. Sebagai ulam pula, makanlah kuntum bunga inai putih. Amalkan setiap hari. 2. Rendamkan lima tangkai bunga cempaka dalam air panas. Tutup dan biarkan semalaman. Minum airnya setiap hari di waktu pagi dan petang. Bunga itu boleh direndamkan berulang-ulang hingga rasa pahitnya hilang. 3. Rebus secekak daun pegaga dengan akarnya sekali.Campurkan sedikit garam. Minum dua kali sehari sehingga sembuh. Merawat Lebam Akibat Tercedera Tumbuk hingga halus bawang merah, bawang putih dan daun jambu batu mengikut sukatan yang tertentu. Setelah itu tempekkan pada bahagian yang lebam dan balutkan dengan kain yang bersih. Biarkan lebih kurang 2 jam. Melegakan Cirit Birit 1. Jika anda mengalami cirit-birit untuk melegakan dengan cepat, ambil satu cawan teh o pekat kemudian diminum. 2. Hancurkan beberapa helai daun ketumbit hingga lumat. Tempelkan pada perut dan balutkan dengan kain



Repacked by: [email protected]



3. Kunyah daun jambu batu dan buah jambu batu yang masih muda dan kecil. Amalkan selagi anda mengalami cirit-birit. Sukar Buang Air Besar Kupas kentang lalu dihiris. Tempelkan hirisan tersebut pada bahagian pinggang dan dubur anda. Biarkan hingga warna kentang menjadi kelabu atau kering, berbeza dari warna asalnya. Bayi Sukar Buang Air Besar Ramas beberapa helai daun keledek. Ambil lendir tersebut dan sapukan pada perut bayi. Biarkan ia kering. Lakukan dua atau tiga kali sehari Melegakan Sakit Akibat Terkepit Parut kelapa muda campur dengan cuka makan. Balut pada tempat yang sakit. Ulangi beberapa kali. Sakit lebam tersebut akan berkurangan. Melegakan Tekak Perit Rendamkan sebiji buah kembang semangkuk dan rendamkan ke dalam sebuah mangkuk. Biarkan seketika. Kemudian minum airnya. Menajamkan Penglihatan 1. Jika anda ingin menajamkan penglihatan, satu tindakan yang baik ialah dengan kerap memandang sesuatu yang hijau. 2. Salah satu petua ialah memandang wajah orang yang kita sayangi seperti wajah ibu, suami, anak-anak dan saudara sejenis dan elakkan memakan benda yang manis. 3. Bercelak ketika hendak tidur. 4. Kerap duduk mengadap kiblat. 5. Makan lobak putih selalu. Bengkak Pipi Akibat Sakit Gigi Tumbuk lumat segenggam daun bunga raya. Letakkan pada pipi yang bengkak. Biarkan sehingga sakit gigi lega. Mencegah Penyakit Buasir Melakukan senaman pada setiap pagi hari sebelum berjalan. Angkat kedua belah kaki anda ke atas dan kedua tangan anda di bawah punggung kedua-duanya. Kemudian tahan nafas ketika naik kaki ke atas dan lepaskan nafas ketika anda turunkan kaki. Kemudian ulangi tiga kali setiap hari. Mudah-mudahan sembuh. Jika Terminum Racun Minum air kelapa sebanyak yang boleh, kemudian segeralah dapatkan rawatan selanjutnya dari doktor.



Repacked by: [email protected]



Mengelakkan Kepedihan Ketika Mengupas Bawang Mengupas bawang kadangkala memedihkan mata. Untuk mengelakkannya, rendamkan bawang tersebut terlebih dahulu. Kemudian barulah dikupas kulitnya. Mengatasi Mual Ketika Mengandung Jangan minum air lain setiap hari kecuali air suam. Mengemukkan Anak-anak Yang Kurus Jika anak anda kurus, cubalah rawatinya dengan memberi air beras yang mendidih. Amalkan memberi minuman ini selama seminggu. Menghidap Barah Rahim Untuk mengubati barah rahim, rebus dan minum air benalu teh yang tumbuh di dataran tinggi (750 meter dari aras laut). Amalkan selama tiga bulan. Menghilangkan Rasa Gatal di Tekak Perah tiga atau empat biji limau kasturi. Campurkan dengan sebiji garam jantan, minum tiga kali sehari. Menghilangkan Angin Caranya ialah dengan merebus buah mata kucing bersama halia dan gula melaka (ikut cita rasa anda). Apabila suam, minumlah airnya setiap hari. Lebih elok diminum selepas makan nasi. Menghilangkan Kesan Gigitan Nyamuk Bagi menghilangkan kesan daripada gigitan nyamuk dan menghilangkan gatal-gatal pada kulit, campurkan garam dan air, jangan biarkan garam itu terlarut. Kemudian sental garam tadi di bahagian yang kena gigitan. Selepas itu, anda tidak akan terasa gatal-gatal lagi dan kesan gigitan juga hilang. Mengubati Kulit Terpercik Minyak Panas 1. Cara pertama : sapukan tempat tadi dengan minyak zaitun. Insya-allah kulit tidak akan melecur dan tidak akan meninggalkan kesan. 2. Parut beberapa biji bawang merah. Tampalkan pada bahagian yang terkena minyak panas. Kemudian dibalut dengan kain bersih. Biarkan beberapa hari barulah pembalut itu dibuka. 3. Masak lemak ayam dengan api yang sederhana. Sejukkan dan simpan dalam botol. Apabila terkena minyak panas, sapukan lemak tersebut. Mengubati Senggugut 1. Minum air rebusan rumpun jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.



Repacked by: [email protected]



2. Tumbuk secekak daun cili padi, tujuh biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan dua sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya tiga kali sehari selama tiga hari. 3. Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam jantan atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama tiga malam. 4. Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum dua kali sehari dalam masa tiga hari. Menyedapkan Suara Jika suara anda mengalami gangguan, rawatilah dengan menyediakan secawan air pada waktu malam. Biarkan semalaman dan kemudian apabila bangun pagi, minum air tersebut tanpa perlu membasuh muka dahulu. Merawat Hidung Berdarah Layurkan sehelai daun sirih. Gulungkan menjadi kecil dan sumbatkan pada hidung yang berdarah. Pada waktu yang sama, ambillah ketulan ais lalu dibungkus ke dalam kain atau tuala. Kemudian letakkan di atas dahi. Menyegarkan Badan> Mandi haid, selain dari mandi dengan air biasa, elok juga mandi dengan air yang telah diramas daun bidara untuk kesegaran badan. Caranya :   



Sebelum mandi, mestilah berwudhuk dengan sebaiknya. Sesudah mandi, sediakan perca kain atau kapas yang sudah diwangikan dengan minyak wangi atau kasturi. Lalu digosokkan di dinding kemaluan.



Merawat Luka 1. Kunyah daun rumput atau daun senduduk sehingga lumat. Kemudian tempekkan pada luka tersebut. Darah akan cepat berhenti dan tidak akan keluar lagi. 2. Parut anggaran 6 sm halia bersama sebiji bawang besar, dan campurkan dengan sedikit garam halus. Letakkan pada luka dan balutkan dengan kain bersih. Memang agak pedih sedikit tetapi hasilnya akan memuaskan. 3. Lap dahulu bahagian yang terluka dengan kain basah. Ambil sebatang kulit kayu manis dan tumbuk sehingga lumat. Campurkan setitik madu lebah. Sapukan pada bahagian yang luka. 4. Ramas segenggam daun turi. Setelah itu gosokkan pada bahagian yang luka. Lakukan beberapa kali sehingga kesan luka hilang. 5. Apabila luka akibat terkena pisau dan mengalami pendarahan yang lama, siramkan sedikit minyak tanah pada luka. Darah akan terhenti dan tidak akan terasa pedih lagi.



Repacked by: [email protected]



Cengkam Kuku Yang Bernanah Gunting cili di bahagian hujung cili kering. Kemudian salaikan pada api dalam tempoh lebih kurang lima saat, jangan sampai hangus. Selepas itu titiskan minyak perlahan-lahan ke bahagian kuku yang bengkak. Anda akan terasa panas dan sakit sedikit, tetapi hanya sebentar dan akan kembali seperti sediakala. Sakit Kuning Hiris nipis-nipis sedikit rebung. Kemudian rebus sehingga mendidih. Amalkan meminum air rebusan tersebut. Ulangi sehingga sembuh. Hindari Bayi Dari Penyakit Kuning Kadangkala bayi yang bbaru dilahirkan kelihatan kekuningan. Rebus daun bunga raya dan daun sirih dengan air kelapa. Kemudian mandikan pada bayi. Kanak -kanak Sesak Nafas Siang belut seperti ikan dan digoreng tanpa dibuang kulitnya. Berikan pada kanak-kanak yang mengalami sesak nafas. Sesak Nafas Campurkan satu biji telur ayam kampung dengan satu sudu kecil serbuk kopi. Parut dua biji bawang merah. Campurkan semua bahan tadi dengan satu liter air, kemudian minum setiap pagi sebelum sarapan. Berkudis Cara untuk menyembuhkan anda yang berkudis ialah dengan menumbuk daun inai dan kemudian tempekkan pada luka atau kudis tersebut. Senang Bersalin Supaya mudah bersalin, telanlah sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum waktu untuk melahirkan anak. Selesema 1. Ambil secawan air didihan beras (sewaktu mendidih). Biarkan suam barulah diminum. Amalkan selalu sehingga rasa gatal atau kering pada tekak itu sembuh. 2. Letakkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih di atas sehiris limau. Panggang dan perah airnya. Kemudian minum sekali sehari. 3. Selesema pada musin hujan atau panas terik boleh diubati dengan cara membasahkan ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali. 4. Mandilah dengan air suam pada waktu petang dan elakkan mandi malam. Amalkan minum air halia seminggu sekali Bayi Selesema Sapukan sedikit minyak kelapa pada hidung bayi. Biarkan kering. Jika tidak sembuh, dapatkan rawatan selanjutnya dari pakar/doktor.



Repacked by: [email protected]



Bengkak Kaki Waktu Hamil Bersihkan taugeh besar, buang semua batangnya.Rebus di dalam kuali. Masukkan satu gelas air ke dalamnya. Apabila telah suam, minum airnya. Ulangi sehingga bengkak tersebut surut. Resdung Hiris tiga biji bawang merah. Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan ke muka anda. Amalkan selalu. Suami Ketagih Rokok Bantu suami berhenti menghisap rokok dengan memberikan tasbih. Setiap kali tangannya gatal untuk menghisap rokok, zikir menjadi gantinya. Menghapuskan Bulu Roma Ramas pucuk daun cili padi dengan kapur barus. Sapukan seluruh tangan atau kaki yang ditumbuhi bulu roma. Biarkan ia kering seketika kemudian bilas dengan air bersih. Gastrik 1. Parut satu inci kunyit hidup dan perahkan airnya. Kemudian campur dengan tiga sudu madu lebah dan satu biji telur ayam. Amalkan meminumnya dua kali seminggu. Anda akan rasa perbezaannya. 2. Parut dan perah kunyit tua sebesar ibu jari. Air perahan kunyit itu dicampur dengan kuning telur ayam kampung. Kacau sebati kemudian minum. Ulangi meminumnya beberapa hari dan anda akan terhindar dari sakit pedih ulu hati. 3. Campurkan buah tamar dengan sedikit susu kambing atau susu lembu asli yang segar. Kemudian minumnya dua kali sehari. Batu Karang Buang kulit sebiji kelapa muda (hijau). Kemudian bakar kulit ini selama 15 minit. Ambil air dan isinya dan bancuhkan dengan tiga biji telur ayam kampung kemudian di minum. Bengkak-bengkak di Badan Parut sepotong kunyit hidup, bubuh sedikit kapur sirih dan air. Panaskan di atas api dan biarkan sejuk. Setelah itu sapulah tempat yang bengkak dan gatal itu. Insya-Allah dalam masa 5 minit, ia akan sembuh. Meredakan Demam Campak yang Menyerang Anak 1. Ramas segenggam daun Melur sehingga hancur bersama semangkuk air. Sapukan dari kepala sehingga ke hujung kaki anak anda. Ulangi dua hingga tiga kali dalam sehari. 2. Segera beri minum air kelapa yang muda.



Repacked by: [email protected]



Mengubati Kecacingan Tumbuk beberapa potong pinang kering. Kemudian rendam dalam air panas. Campurkan dengan air panas. Minum setiap hari sehingga sembuh. Cacing Kerawit Kisar lobak merah dengan air masak. Kemudian tapis dan minum setiap hari Kurang Darah Akibat Kemalangan Tumbuk dua kerat lempoyang sebesar ibu jari, sedikit kunyit hidup dan sedikit gula merah. Rebus dengan tiga gelas air. Telinga Dimasuki Serangga 1. Tutup hidung dan telinga yang tidak dimasuki semut. Hembuskan nafas sekuatkuatnya sehingga serangga keluar. 2. Masukkan minyak kelapa pada telinga yang dimasuki semut. Tercekik Tulang Kepal-kepalkan nasi, kemudian terus telan. Jika tidak berkesan, dapatkan rawatan seterusnya di hospital. Menggemukkan Binatang Peliharaan Campurkan hampas kelapa dengan tahi ikan bilis kemudian berikan pada binatang peliharaan untuk dimakan. Ini akan mengemukkannya. Melawas Kencing 1. Kisar dua potong nanas yang kurang masak dengan dua gelas air. Tapis dan minum dua kali sehari. 2. Rebus secekak daun pegaga. Tinggalkan sehingga menjadi dua gelas air. Minumlah sekali sehari. Mengubati Gelgata 1. Layurkan beberapa helai daun sirih. Sapukan pada bahagian yang ditumbuhi gelgata. 2. Hancurkan beberapa helai daun kunyit. Kemudian sapukan pada bahagian yang terkena gelgata. Segarkan Saraf Rebus daun serai wangi, daun pandan dan daun nangka. Biarkan airnya kering sehingga menjadi satu cawan. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Lelah



Repacked by: [email protected]



1. Rebus beberapa biji bawang merah yang kecil sehingga lembut. Kisar dan tapis airnya. Minum seminggu sekali. 2. Rebus sehingga lembut beberapa biji bawang merah kecil. Kisar sehingga hancur. Tapis airnya. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Sakit Disengat Lebah Tumbuk asam jawa dengan sedikit air. Tampalkan pada tempat yang disengat lebah. Jika tidak sembuh, dapatkan rawatan lanjut dari doktor. Berkhatan Cepat Sembuh Rebus beberapa helai daun jambu batu dalam periuk kecil. Biarkan sehingga mendidih. Campurkan dengan air sejuk dan basuh kemaluan dengan air itu. Kejang Perut Tumbuk beberapa helai daun betik. Perah airnya dan minum sekali sehari. Amalkan seminggu dua kali. Penawar Kencing Manis 1. Cabut sebatang bunga matahari. Bersihkan dan potong kira-kira satu inci dari bahagian akarnya. Rebus sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan minum sekali seminggu. 2. Kisar beberapa helai daun mengkudu sehingga lumat. Rebus sehingga airnya tinggal kira-kira secawan. Minum tiga hari berturut-turut. Petua Mengelakkan Barah 1. Minumlah air rendaman daun teh (hijau atau hitam, tetapi bukan herba) kerana ia mengandungi antioksidan. Ia boleh mencegah sel kanser daripada berkembang. 2. Makanlah tomato kerana ia penuh dengan vitamin C, yang boleh membantu mencegah kerosakan sel. 3. Makan kacang soya, kerana phytoestrogen di dalam kacang soya mungkin menolong melindungi daripada kanser payu dara dan prostat. 4. Makan sayur brokoli, kobis, dan bunga kobis kerana sayur-sayuran ini mengandungi bahan melawan kanser. Juga mengandungi pelbagai zat yang lain. 5. Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan kanser. 6. Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain bauh sitrus yang mengandungi bahan-bahan meransang sel-sel kebal membunuh kanser. Mengandungi vitamin C yang banyak. 7. Jangan ketinggalan juga memakan anggur merah kerana ia mengandungi bahan yang menghalang pengeluaran enzim oleh badan yang digunakan oleh sel kanser. 8. Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh menolong mengurangkan risiko beberapa jenis kanser. 9. Dapatkan omega - 3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana ia membantu melawan kanser payu dara, prostat dan pankreas.



Repacked by: [email protected]



10. Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boelh mengurangkan risiko kanser payu dara, bawah usus, prostat, rahim dan pankreas.



PETUA KESIHATAN 1



01- Masalah kencing tidak lawas Copy/Paste Dari: www.familiazam.com Atasi masalah kencing tidak lawas dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Minum air basuhan tersebut segelas setiap hari dan lihatlah perbezaannya. [.] 02- Bibir Merekah Minum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. Amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya. [.] 03- Segarkan Kulit Muka Sapukan jus epal hijau kemuka dan biarkan selama 5 hingga 10 minit kemudian cuci muka dengan air bersih. [.] 04- Rawati Kulit Melecur Tuangkan susu cair atau susu pekat manis keatas bahagian yang terkena air panas. Pastinya ia tidak akan mengelembung dan berparut. [.] 05- Merawat Sakit Tekak Copy/Paste Dari: www.familiazam.com Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan sembuh seperti sediakala. [.] 06- Mengurangkan Batuk Ambil satu ataupun dua sudu nasi panas yang baru saja masak. Kemudian masukkan ke dalam cawan dicampurkan sedikit air. Setelah itu, embunkan nasi tersebut selama semalam. Keesokan harinya, minumlah air tersebut. Ulangi petua ini hingga beberapa hari. Insya Allah, batuk anda akan sembuh dengan segera. [.] 07- Asma/Sesak Nafas



Repacked by: [email protected]



Ambil 4-5 helai daun buah keras laut. Ramaskanlah daun tersebut dengan air bersih. Kemudian saringlah setengah gelas. Embunkan semalaman sebaik-baiknya dilakukan pada waktu pagi. Apabila bangun tidur, ambil air tersebut dan dicampur dengan sedikit madu. Minumlah berulangkali setiap pagi ramuan ini. [.] 08- Menurunkan panas badan Copy/Paste Dari: www.familiazam.com Daun bunga raya amat berguna unutk menurunkan panas badan ketika demam. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas di dalam air hingga hancur.Sapukan pada kepala dan seluruh tubuh hingga basah. Biar kering sendiri dan ulang lagi hingga reda panasnya. [.] 09- Manfaat Air Nenas Kencing batu karang menyakitkan, badan berasa tidak arah dan demam. Setiap kali buang air berasa sakit. Mungkin petua ini dapat membantu anda. Kupas sebiji nenas dan cincang.Campur segelas air serta sedikit garam dan dikisar halus.Minum air nenas segelas setiap hari sehingga penyakit anda nampak pulihnya. [.] 10- Menyegarkan Mata Gatal dan Letih Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya. [.] 11- Penawar Resdung Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan. [.] 12- Sembuhkan luka selepas bersalin Copy/Paste Dari: www.familiazam.com Bagi wanita yang baru bersalin dan ingin luka cepat sembuh, anda boleh amalkan petua berikut: Mulamula ambil beberapa helai daun jambu batu dan dua keping asam keping. Kemudian rebus sehingga mendidih. Biarkan seketika sehingga air tadi menjadi suam. Cuci bahagian luka tadi dengan menggunakanair tersebut. Insya Allah luka akan cepat sembuh. [.] 13- Legakan Sakit Kepala Setiap orang mungkin mengalami sakit kepala yang amat sangat akibat tekanan di tempat kerja dan sebagainya.Jadi untuk menghilangkan rasa sakit kepala itu, ambil tiga atau empat keping asam gelugor atau asam keping. Rendamkan dalam air suam semalaman. Minum air tersebut pada keesokkan harinya. Insyaallah sakit kepala anda akan hilang serta merta. [.] 14- Kilatkan rambut dengan biji betik Ambil biji betik yang sudah masak sebanyak dua genggam, Bersihkan kulit biji yang berair itu, dan



Repacked by: [email protected]



jemursampai kering. Bila sudah kering, gorengkannya tanpa minyak sampai hangus. Setelah itu bolehlah ditumbuk atau digiling biji betik itu hingga lumat. Pindahkan pada piring dan bancuh dengan air. Sebelum menggunakannya bersihkan rambut anda terlebih dahulu . Keringkan rambut anda dan sapukan bahan tadi tanpa syampu. Anda akan dapat lihat hasilnya. Rambut anda akan kelihatan hitam dan berkilat. [.] 15- Hilangkan Lemak Copy/Paste Dari: www.familiazam.com Jika anda mengalami masaalah berat badan anda boleh menggunakan air asam jawa sebagai minuman harian.ini kerana, air asam jawa boleh menjadi alternatif bagi mengurangkan lemak dalam badan anda. Caranya; Ambil sebuku asam jawa, Ramas dengan air sebanyak satu gelas. Masukkan air asamjawa tadi kedalam peti sejuk. Minum air tadi selepas makan tengahari atau selepas makan malam. Amalkan meminumnya setiap hari dan anda akan dapati tubuh anda bertambah segar dan langsing. [.] 16- Merawat Ketumbit Jika ada dikalangan keluarga atau rakan-rakan anda menghadapi masaalah ketumbit di mata, Tak perlulah risau kerana ianya mudah dirawat dengan bawang putih sahaja. Caranya, ambil seulas bawang putih, guris sedikit bahagian hujungnya dengan kuku agar keluar airnya dan sapukan pada kelopak mata yang ber ketumbit tadi 3 kali sehari. Insyaallah ketumbit akan beransur baik dalam masa singkat. [.] 17- Menghilangkan Panau. Panau adalah sejenis penyakit kulit yang tidak menyakitkan. Namun ianya membuat kulit anda kelihatan tidak menarik. Oleh yang demikian jika anda mengalami masaalah panau, cubalah petua di bawah ini: Ambil lengkuas atau bawang putih, gosokkan pada panau itu sehingga kulit anda terasa perit dan kemerah-merahan. Ulangi selama seminggu. Insyaallah panau anda akan beransur hilang dan kulit anda akan kelihatan lebih menarik. [.] 18- Melangsingkan badan. Copy/Paste Dari: www.familiazam.com Melangsingkan badan,cara paling mudah dan murah ialah: 1-Dua biji lobak merah dipotong 2-Sebiji mentimun segar, 3-Sebiji limau nipis, Kemudian ketiga-tiga bahan ini dikisar dan diperah airnya untuk diminum.Amalkan dua kali sehari setiap pagi dan malam. Insyaallah badan yang gedempol akan beransur langsing dan menarik. [.] 19- Awet muda dan menarik. Wajah anda kelihatan tua kurang menarik dan berminyak. Amalkan ketiga-tiga cara di bawah. 1-Banyakkan ketenangan, berzikir dan sentiasa mengingati Allah. 2-Minum segelas air suam setiap pagi sebaik bangun tidur. 3-Makan sehelai daun pegaga segar setiap hari selama 40 hari.



20- Khasiat bawang putih. Copy/Paste Dari: www.familiazam.com Mereka yang menghidap lelah dan semput seringkali menghadapi masaalah bila termakan makanan dingin seperti rambutan, mentimun dan betik. Untuk ke klinik kita akan mengambil masa dan kos yang tinggi, Oleh itu cubalah petua di bawah:



Repacked by: [email protected]



Dua ulas bawang putih-ditumbuk, Tiga sudu minyak masak. Campurkan kedua bahan tadi dan sapu pada leher, dada dan belakang. Dalam masa sepuluh minit kita akan lihat perubahannya. Ia juga boleh digunakan ketika batuk



PETUA KESIHATAN 2 21- Sakit Tekak Sakit tekak sewaktu bangun pagi?Terus kebilik air dan tepukkan air sejuk di tengkuk anda. pastinya kahak akan "longgar" dan mudah keluar selepas itu. Hilangkan atau elakkan sakit tekak dengan meminum air tomato seminggu 3 kali. Sakit atau perit tekak akan hilang. [ . Kesihatan 2 ] Copy/Paste Dari: www.familiazam.com 22- Merdukan Suara Merdukan suara dengan air suam yang diperahkan limau nipis. campurkan gula batu dan biarkan semalaman. Keesokkannya, sebelum gosok gigi atau berkumur dan minum air itu. [ . Kesihatan 2 ] 23- Rawat Muntah Rawati muntah kanak-kanak dengan daun limau purut. Tumbuk atau mesinkan dengan campurkan sedikit air. Minum seperti biasa. ia akan beransur sembuh. [ . Kesihatan 2 ] Copy/Paste Dari: www.familiazam.com 24- Hilangkan sedu Hilangkan sedu dengan menarik nafas sedalam yang boleh, lakukan 3 atau 4 kali. Pastinya sedu anda beransur hilang selepas itu. [ . Kesihatan 2 ] 25- Hilangkan kutu Hilangkan kutu pada rambut dengan beberapa biji bawang putih yang ditumbuk lumat. Campur dengan minyak masak dan lumurkan pada rambut. Balut dengan kain selama sejam sebelum dicuci. [ . Kesihatan 2 ] 26- Segarkan Diri Ingin segar diwaktu pagi? Selepas bangun daripada tidur, minum terus air suam. Amalan ini dipercayai awet muda sejak turun temurun. [ . Kesihatan 2 ] 27- Hilangkan batuk Copy/Paste Dari: www.familiazam.com Hilangkan batuk dengan mengambil sedikit gula melaka dan makan. anda akan lihat hasilnya yan memuaskan setelah beberapa ketika. [ . Kesihatan 2 ]



Repacked by: [email protected]



28- Segarkan Mata Segarkan mata dengan beberapa helai daun sirih muda, cuci bersih. Ramas dan masukkan kedalam air suam dan tapis airnya. Rendamkan mata sambil kerdipkan mata berulangkali. Segarkan mata dengan menggunakan uncang teh yang telah digunakan. Tekap ke mata anda. Hasilnya mata anda akan terasa sejuk dan segar. [ . Kesihatan 2 ] 29- Gusi bengkak Atasi bengkak gusi dengan menghancurkan umbut nenas. Campurkan dengan sedikit garam halus. Tampalkan pada gusi yang ada kesan bengkak. Biarkan sehingga kering. [ . Kesihatan 2 ] 30- Suara SerakCopy/Paste Dari: www.familiazam.com Atasi suara serak dengan sebuku asam jawa, rendam dan ramas didalam air. Kemudian campur dengan segelas air sejuk. Masukkan ke dalam peti sejuk. Minum dua kali sehari. Atasi suara serak dengan dua biji bawang besar, Buang kulit dan mesin hingga hancur, tapiskan dan ambil airnya. Minum sekadar dua kali sehari selama dua hari berturut-turut. Ubati suara serak dengan beberapa biji limau nipis dan mesinkannya dengan dicampur sedikit air lalu dipanaskan, kemudian sedutkan wapnya melalui mulut beberapa kali. [ . Kesihatan 2 ] 31- Badan Lesu Sekiranya anda sering diserang angin yang menyebabkan badan lesu, didihkan daun mengkudu dan sedikit halia. saringkan airnya dan minum pagi dan petang. [ . Kesihatan 2 ] 32- Sembuhkan luka Copy/Paste Dari: www.familiazam.com Sembuhkan luka dengan daun lidah buaya (aloe vera) dan sapukan lendirnya pada luka tersebut. dengan caratersebut, luka akan sembuh dengan lebih cepat. [ . Kesihatan 2 ] 33- Sengatan kala jengking Redakan kesakitan akibat disengat kala jengking dengan menumbuk lada hingga halus dan dicampur dengan minyak kelapa. Tampalkan pada tempat yang terkena sengat tadi. [ . Kesihatan 2 ] 34- Hilangkan jerawat batu Hilangkan jerawat batu dengan ambil sedikit beras, tumbuk hingga halus dan campurkan dengan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur, tiga kali seminggu. [ . Kesihatan 2 ] 35- Serikan wajah Copy/Paste Dari: www.familiazam.com Serikan wajah dengan rendamkan teh semalaman. Sapukan seluruh muka keesokkan harinya sebelum mandi. Wajah anda akan berasnsur-ansur licin serta kelihatan segar. [ . Kesihatan 2 ]



Repacked by: [email protected]



36- Menyegarkan kulit muka Segarkan kulit muka dengan perahan jus epal hijau yang dikatakan menyegarkan kulit muka. Sapu kemuka dan biarkan selama 5 hingga 10 minit kemudian cuci muka dengan air bersih. [ . Kesihatan 2 ] 37- Rawat kulit melecur Rawati kulit yang melecur dengan susu cair atau susu pekat manis. Tuang keatas bahagian yang terkena air panas. Pastinya ia tidak akan mengelembung dan berparut. [ . Kesihatan 2 ] 38- Hilangkan bau mulut Hilangkan bau mulut dengan menumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkih dan tiga ulas bawang putih. Gosokkan pada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukan 3 hari sekali. [ . Kesihatan 2 ] 39- Masalah kencing manis Ubati kencing manis dengan hempedu ayam. Simpannya di dalam peti sejuk. Esoknya ketika hempedu itu telah beku, telannya bersama air sejuk. Lakukan selama seminggu. [ . Kesihatan 2 ] 40- Minyak hilangkan ketuat Copy/Paste Dari: www.familiazam.com Jika minyak menggoreng anda sudah terlalu hitam, jangan di buang. Gunakan ia untuk menghilangkan ketuat. Caranya sapu minyak tersebut pada ketuat dan ulangi langkah tersebut 3-4 kali sehari sehingga ketuat itu hilang.



PETUA KESIHATAN 3 41- Timun atasi panas badan Copy/Paste Dari: www.familiazam.com Bagi ibu-ibu yang baru bersalin pasti akan mengalami panas di badan. Ambil timun kemudian kisar bersama garam. Tapis dan ambil airnya. Kemudian simpan di dalam peti sejuk. Barulah diminum. [. Kesihatan 3] 42- Masalah senggugut Daun betik dikatakan boleh menghilangkan sengugut. Ambillah segengam ditumbuk dan airnya hendaklah diminum pada setiap pagi selama tiga hari pada setiap bulan. [. Kesihatan 3] 43- Kulit perut berkedut Elakkan kulit dibahagian perut berkedut dengan sesudu air kecil air limau nipis, sesudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul dan sapu pada kesan-kesan pecah dalam masa dua minggu. [. Kesihatan 3]



Repacked by: [email protected]



44- Masalah kembung perut Copy/Paste Dari: www.familiazam.com Atasi masaalah kembung perut dengan dua ulas bawang putih. Bakar bawang putih tersebut dan kupas kulitnya dahulu serta makanlah bawang putih berkenaan. [. Kesihatan 3] 45- Masalah sesak nafas Atasi masaalah sesak nafas dengan merebus beberapa biji buah mata kucing. Apabila ia mendidih, sejukkan dan minum. Buat seberapa banyak yang boleh dan amalkannya selalu. [. Kesihatan 3] 46- Masalah kencing tidak lawas Copy/Paste Dari: www.familiazam.com Atasi masalah kencing tidak lawas dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Minum air basuhan tersebut segelas setiap hari dan lihatlah perbezaannya. [. Kesihatan 3] 47- Melegakan tekak perit Rendamkan sebiji buah kembang semangkuk di dalam mangkuk, biarkan seketika kemudian minum airnya. [. Kesihatan 3] 48- Elak gatal ulat bulu Parut sepotong kunyit, campurkan dengan kapur sirih dan air. panaskan ramuan ini di atas api dan setelah dingin, sapukan pada bahagian yang gatal dan bengkak.



PETUA DI DAPUR 1 01- Kacang cepat empuk Jika ingin membuat bubur kacang tentu anda mempunyai masalah semasa merebus kacang. Ini kerana kacang yang akan direbus itu memakan masa yang agak lama untuk empuk. Bagi mengatasi masalah ini, masukkan sudu bersama-sama kacang yang hendak direbus. Cara ini akan mempercepatkan masa untuk merebus kacang tadi. [. Di Dapur 1] 02- Menghilangkan bau hangit www.familiazam.com Sesetengah orang tidak tahan atau pening bila terhidu bau hangit. Cara menghilangkan bau hangit termasuklah hangit nasi atau masakan-masakan lain adalah dengan cara masukkan dua atau tiga tangkai cili kering ke dalam periuk. Kemudian, tutup dan biarkan seketika. Insya-Allah, bau hangit itu akan hilang. [. Di Dapur 1] 03- Cili giling terlalu pedas Masakan yang menggunakan cili kering yang digiling sememangnya sedap. Tetapi, jika cili terlalu pedas, mungkin mengakibatkan sakit perut. Untuk mengurangkan pedas cili tersebut, goreng seketika cili kering dengan minyak. Kemudian, tos dan



Repacked by: [email protected]



gilingkan cili tersebut. Pedasnya akan berkurangan dan warna cili tersebut akan kelihatan lebih cantik. [. Di Dapur 1] 04- Hilangkan lendir ikan air tawar www.familiazam.com Ambil sedikit daun pisang dan masukkan ke dalam bekas yang berisi ikan yang telah disiang. Lalu ramas dan cuci ikan dengan air sehingga bersih. Selamat mencuba! [. Di Dapur 1] 05- Mudah mengopek kerang Mudahkan mengopek kerang dengan mencampurkan sesudu minyak masak ke dalam air rebusan. Nescaya kerang akan tebuka sedikit dan memudahkan anda mengopeknya nanti. [. Di Dapur 1] 06- Tauhu tahan lama www.familiazam.com Bagi mencegah tauhu yang kita beli dapat bertahan lama, cuci dengan air bersih. Tus kan tauhu sehingga ia kering dan tuangkan air panas. Biarkan sehingga ia sejuk. [. Di Dapur 1] 07- Memotong buah-buahan Sebelum memotong buah-buahan, pisau hendaklah disapu dengan limau nipis terlebih dahulu. Dikatakan limau nipis mengelak potongan buah-buahan daripada menjadi lebam. [. Di Dapur 1] 08- Hindari Kumbang Beras Hindari beras daripada kumbang beras dengan meletakkan 7 hingga 8 tangkai cili kering kedalam tempat menyimpan beras. Cili kering tersebut hendaklah ditimbus ke dalam beras tadi. [. Di Dapur 1] 09- Masaalah Nasi Mentah www.familiazam.com Sekiranya nasi yang kita masak tidak cukup masak atau mentah, jangan risau kerana masaalah ini masih boleh diatasi. Caranya mudah saja. Anda hanya perlu isikan air panas kedalam sebiji mangkuk kecil yang tahan panas. Buatkan lekuk pada bahagian tengah nasi, kemudian masukkan mangkuk yang berisi air panas tadi. Tutup periuk rapat-rapat dan biarkannya diatas api yang perlahan beberapa minit sehingga nasi masak. [. Di Dapur 1] 10- Lauk Terlebih Masin Kadangkala tanpa disengajakan, lauk yang kita masak menjadi terlalu masin dan ini menjadikan ianya kurang enak untuk dimakan. Untuk mengatasi masalah ini, mula-mula ambil sedikit daun pisang, cucikannya sehingga bersih. Kemudian masukkan kedalam masakkan itu tadi. Insyaallah rasa masin akan berkurangan. [. Di Dapur 1]



Repacked by: [email protected]



11- Bubur kacang lebih enak www.familiazam.com Sebelum merebus kacang, elok digoreng tanpa minyak terlebih dahulu. Goreng sehingga agak garing sedikit dan berbau wangi. Matikan api. Selepas itu rendam dalam air lebih kurang 2 jam supaya ia cepat kembang dan lebih cepat masak nanti. Insya-Allah anda akan dapat bubur kacang yang lebih enak kerana bangkit bau wanginya, apatah lagi di tambah dengan durian sebagai perisa tambahan. [. Di Dapur 1] 12- Hilangkan lemak ayam Basuh ayam dengan mengunakan air bersih kemudian buangkan air tersebut dan ambil tepung gandum, sapukan pada ayam tersebut dengan sedikit air selepas tu bolehlah ia nya di bersih semula mengunakan air. Selepas itu barulah puan campurkan dengan apa sahaja bahan yang hendak dicampurkan sebelum memasakkannya... [. Di Dapur 1] 13- Melembutkan cucur kodok www.familiazam.com Kalau anda inginkan cucur kodok anda lembut setelah dimasak, bancuhlah dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Cucur pasti lembut walaupun setelah sejuk. [. Di Dapur 1] 14- Menghilangkan pahit peria Peria memang pahit. Untuk menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, sejatkan dan masaklah peria tadi mengikut resepi anda. [. Di Dapur 1] 15- Mengelakkan Tauhu melekat dikuali Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi. [[. Di Dapur 1] 16- Mudahkan mengupas kentang Basuh kentang terlebih dahulu, kemudian rebuslah kentang tersebut selama lebih kurang 5 minit atau sehingga hampir empuk. Sejukkan dan kemudian kupaslah kulitnya. Hasilnya kentang lebih cantik dan mudah mengupasnya. [. Di Dapur 1] 17- Membersihkan siput sedut www.familiazam.com Jika anda menghadapi masaalah untuk membersihkan siput sedut, petua dibawah ini mungkin berguna bagi anda. Ambil sebekas hampas kelapa, gaulkan siput sedut yang masih hidup itu dan biarkan semalaman. Esoknya barulah anda mula mengerat bahagian hujung cengkerang siput itu sebelum dimasak. dengan demikian bau lumpur dari siput itu akan hilang, malah bertambah rasa lemaknya apabila dimasak. [. Di Dapur 1] 18- Mengharumkan dapur Pada kebiasannya pada bahagian dapur anda akan berbau yang kurang menyenangkan, terutamanya apabila anda menyiang ikan. Bagi mengatasi masalah ini,rebuslah beberapa keping kayu manis, bunga cengkih dan cuka biasa. Kemudian sembur atau lapkan air rebusan itu pada kabinet, jubin dan sekitar dapur. Ia berkesan bagi menghilangkan bau hanyir serta bau lain yang kurang menyenangkan



Repacked by: [email protected]



[. Di Dapur 1] 19- Membersihkan minyak gorengan Jika anda menghadapi masaalah kehitaman pada minyak gorengan, ambil beberapa keping asam keping dan masukkan kedalam kuali bersama bahan gorengan anda. Asam keping tadi akan menyerap kehitaman pada minyak gorengan anda, dan hasilnya anda dapat menggunakan minyak gorengan tadi beberapa kali. [. Di Dapur 1] 20- Mengembalikan kesegaran sayur www.familiazam.com Jika anda menyimpan sayuran beberapa hari di dalam peti ais, kesegarannya akan hilang. Untuk mengembalikan kesegaran- nya, rendam sayuran tadi di dalam air yang dicampur sedikit cuka selama beberapa minit. Selain dari mengembalikan kesegaran sayuran itu, cuka juga bertindak menghilangkan kotoran pada sayur yang direndam tadi.



PETUA DI DAPUR 2 21- Minyak lembutkan kuih apam www.familiazam.com Kuih apam adalah makanan kegemaran semua generasi. Untuk menghasilkan kuih apam yang halus dan lembut, serta tahan lama kelembutannya, anda boleh gunakan minyak masak. Caranya ialah masukkan sesudu minyak masak ke dalam adunan kuih apam yang telah siap dibancuh dan gaul hingga sebati. Kemudian, kukus adunan kuih tersebut. Pastinya, apam yang terhasil akan halus dan tidak melekat pada acuan. [. Di Dapur 2] 22- Ikan panggang seenak bau dan rupa Ikan panggang memang menyelerakan. Baunya sahaja menaikkan selera makan kita. Sekiranya ingin bau wangi dan nampak menyelerakan, cubalah petua ini. Balut ikan tersebut dengan daun kunyit sebelum diperap. Kemudian, bakar ikan tersebut dengan api yang sederhana. [. Di Dapur 2] 23- Rangupkan cucur www.familiazam.com Bagi penggemar cucur udang, ikan bilis, jagung mahupun pisang, mungkin tidak mahu melepaskan peluang menikmati hidangan ini panas panas. Tambah tambah lagi dengan kerangupannya. Untuk merangupkan cucur supaya lebih enak dimakan, masukkan dua sudu besar minyak panas ke dalam bancuhan tepung cucur anda. Kacau bancuhan tersebut hingga sebati dan goreng. [. Di Dapur 2] 24- Hilangkan bau hanyir ikan sungai Bau nanyir ikan sungai sememangnya KurancimenyenaiiyKaii. lapi UIIIUK atasi masalah ini tidak susah, anda cuma perlu rendamkan ikan sungai yang telah disiang dengan air cucian beras. Biarkan selama beberapa minit, kemudian bilas dengan air bersih. Selepas itu bolehlah dimasak mengikut resipi kegemaran anda. [. Di Dapur 2]



Repacked by: [email protected]



25- Tanggalkan kesan getah nangka www.familiazam.com Buah nangka sememangnya enak di makan. Baunya saja sudah cukup menambat hati. Namun setiap kali memakannya kita tentu akan berdepan dengan masalah hendak menanggalkan getah nangka yang terkena pada tangan dan perkakas yang digunakan. Sekarang, tidak perlu risau lagi. Setiap kali terkena getah nangka, anda hanya perlu gos-okkan hampas kelapa pada tangan atau perkakas yang terkena getah tadi berulang kali sehingga bersih. Insya-Allah anda akan berpuas hati dengan hasilnya. [. Di Dapur 2] 26- Bawang goreng tahan lebih lama Untuk mendapatkan bawang goreng yang tahan lebih lama, mula-mula ren¬damkan bawang yang telah dimayang di dalam air garam selama 10 minit. Bilas dengan air bersih. Gorengkan bawang tersebut di atas api sederhana sehingga garing. Selepas itu simpan-kannya di dalam bekas kedap udara. InsyaAllah bawang goreng akan tahan lebih lama dan tidak mudah lemau. [. Di Dapur 2] 27- Tangan berbau hanyir www.familiazam.com Selepas menyiang ikan, tangan biasanya akan berbau hanyir dan akan membuat anda rasa tidak selesa. Untuk menghilangkan bau hanyir yang tidak menyenangkan ini, cuba lumurkan sedikit halia yang ditumbuk pada tangan anda. Insya-Allah bau hanyir akan hilang. [. Di Dapur 2] 28- Menggoreng ikan gelama masin Jika kita menggoreng ikan gelama masin kadang kala kepalanya akan terpisah dari badan atau lebih teruk lagi hancur terus apabila diterbalikkan dan diangkat setelah masak. Tapi kalau anda inginkan ikan gelama masin yang tergoreng cantik terutamanya untuk dihidangkan pada tetamu, bolehlah mencuba petua berikut. Mula-mula bersihkan seperti biasa. Kemudian ambil sedikit tepung gandum. Tabur atau lumurkannya pada bahagian ekor ikan. Selepas itu gorengkannya. Pasti ikan akan kelihatan cantik kekuningan. Selamat mencuba! [. Di Dapur 2] 29- Elakkan mata berair kerana bawang www.familiazam.com Rendam bawang dalam bekas berisi air, anda boleh mengupas terus bawang yang direndam tadi di dalam air. Ada satu cara lagi, anda boleh simpan bawang yang hendak digunakan esok hari di dalam peti sejuk tanpa mengupas kulitnya. Keesokkan harinya anda boleh mengupas dan memotong bawang tersebut tanpa mata rasa pedih dan berair. [. Di Dapur 2] 30- Limau nipis segarkan taugey www.familiazam.com Umum mengetahui bahawa sayur taugey tidak tahan lama untuk disimpan. Namun jika anda hendak menyimpan lebihan taugey yang tidak habis digunakan, bolehlah mengikut petua ini. Caranya masukkan taugey tersebut kedalam bekas berisi air kemudian perahkan limau nipis ke dalam bekas taugey tersebut. Gaulkan dengan sebati dan sayur taugey anda akan tahan lebih lama dari biasa. [. Di Dapur 2] 31- Tauhu tahan lama Bagi membolehkan tauhu yang kita beli dapat bertahan lama, cucu dengan air bersih. Tuskan tauhu sehingga ia kering dan tuangkan air panas. Biarkan sehingga ia sejuk. [. Di Dapur 2]



Repacked by: [email protected]



32- Hilangkan lemak ayam Basuh ayam menggunakan air bersih. Buangkan air tersebut dan ambil tepung gandum, sapukan pada ayam tersebutdengan sedikit air selepas itu bolehlah dibersihkan semula dengan air bersih. [. Di Dapur 2] 33- Hilangkan gatal sulur keladi Setelah dibersihkan celupkan sulur keladi dengan air asam jawa dan sedikit garam. Kemudian bolehlah dimasak mengikut citarasa anda.



PETUA KECANTIKKAN 1 01- Bibir merekah www.familiazam.com Atasi rekahan dibibir dengan meminum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya. [. Kecantikan 1] 02- Masalah jerawat Atasi jerawat dan jeragat dengan keringkan kulit buah rambai, dan dikisar halus. Campur dengan sedikit air mawar atau air masak. Sapukan kewajah, amalkan dua kali seminggu. [. Kecantikan 1] 03- Rambut kekal hitam www.familiazam.com Agar rambut kekal hitam, gunakan bunga tebu hitam yang dimasak dengan minyak kelapa dan sapu ke rambut. Ianya boleh mengekalkan rambut supaya ia kelihatan hitam. [. Kecantikan 1] 04- Jerawat batu Hilangkan jerawat batu dengan ambil sedikit beras, tumbuk hingga halus dan campurkan dengan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur, tiga kali seminggu. [. Kecantikan 1] 05- Seri wajah www.familiazam.com Serikan wajah dengan rendamkan teh semalaman. Sapukan seluruh muka keesokkan harinya sebelum mandi. Wajah anda akan berasnsur-ansur licin serta kelihatan segar. [. Kecantikan 1] 06- Atasi rambut gugur Bersihkan daun bunga raya yang hijau, ramaskan dalam segayung air. Sapu rambut dengan air tadi dan biarkan selama lima minit, kemudian barulah dibilas. [. Kecantikan 1] 07- Segarkan mata



Repacked by: [email protected]



Segarkan mata yang gatal dan letih dengan mengambil beberapa helai daun sireh muda, cuci bersih dan ramas-ramaskan ia. Masukkan dalam air suam. Tapis airnya dan rendamkan mata seketika. [. Kecantikan 1] 08- Agar rambut kekal hitam www.familiazam.com Gunakan bunga tebu hitam yang dimasak dengan minyak kelapa dan sapu ke rambut. Ianya boleh mengekalkan rambut supaya ia kelihatan hitam. [. Kecantikan 1] 09- Rambut beruban & kelimumur Ambil secawan air kelapa tua dan gosokkan pada kulit kepala perlahan-lahan. Lakukan setiap hari atau tiga kali seminggu. Insyaallah kelimumur dan uban akan hilang. Selamat mencuba. [. Kecantikan 1] 10- Menghilangkan bau kaki Sediakan sebesen air dan campurkan segengam asam jawa dan dua sudu garam. Rendam kaki yang bermasaalah dan gosokkan celah-celah jari kaki dengan asam jawa. Selain dapat menghilangkan bau kaki,Ia juga boleh menghilangkan masaalah ulat air atau gatal-gatal di kaki. [. Kecantikan 1] 11- Hilangkan tanda hitam www.familiazam.com Sediakan beberapa helai daun sirih, letakkan sedikit kapur dan minyak zaitun pada daun sirih tersebut. Gosokkan pada lutut dan siku beberapa minit. Amalkan setiap hari. Insyaallah kesan hitam pada lutut dan siku akan beransur pudar. Selamat mencuba. [. Kecantikan 1] 12- Memutihkan gigi Gunakan abu daun kelapa yang telah dibakar untuk menggosok gigi. Selain itu boleh juga menggunakan kulit manggis yang dibakar dan ditumbuk hingga halus. Gunakan ia seperti ubat gigi. Insyaallah gigi akan kelihatan putih berseri tanpa banyak belanja. [. Kecantikan 1] 13- Pulihkan kulit terbakar Parutkan jagung muda dan tomato, kemudian ambil patinya. Gaulkan dengan satu camca madu. Selepas itu sapukan ramuan itu tadi pada seluruh kulit yang terbakar. Biarkan selaman beberapa minit, kemudian bilaslah dengan air bersih. lakukan setiap hari dan lihatlah hasilnya. [. Kecantikan 1] 14- Menghilangkan kelemumur www.familiazam.com Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat, campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu disaring lalu usaplah air saringan tadi ke kepala anda yang ada kelemumur lalu bilas dengan air biasa. [. Kecantikan 1] 15- Mengekalkan kecantikan Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk



Repacked by: [email protected]



mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman. [. Kecantikan 1] 16- Kulit cerah dan licin Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum. [. Kecantikan 1] 17- Menghilangkan parut www.familiazam.com Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan untuk menghilangkan parut. [. Kecantikan 1] 18- Menegangkan kulit muka Ambil tepung ubi kayu dan mentimun.Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan.Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit.Kacau rata dan jangan terlalu cair..Selepas itu,sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh.Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar... [. Kecantikan 1] 19- Melembutkan rambut Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas.Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu. [. Kecantikan 1] 20- Merawat kulit berkedut www.familiazam.com Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan,lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.



PETUA KECANTIKKAN 2 21- Tegangkan kulit muka www.familiazam.com Tegangkan muka dengan campurkan sedikit kulit kayu manis, seketul kunyit hidup dan sedikit beras pulut, tumbuk lumat. Sapu di muka dan leher, 2 kali seminggu. [. Kecantikkan 2] 22- Masalah kulit perut berkedut www.familiazam.com Elakkan kulit dibahagian perut berkedut dengan sesudu air kecil air limau nipis, sesudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul dan sapu pada kesan-kesan pecah dalam masa dua minggu. [. Kecantikkan 2]



Repacked by: [email protected]



23- Atasi tumit pecah www.familiazam.com Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan setiap hari sebelum mandi. [. Kecantikkan 2] 24- Kulit pisang sebagai losyen www.familiazam.com Cuci dan potong kulit pisang kepada potongan kecil Masukkan kedalam setengan cawan susu segar dan kisar sehingga sebati. Simpan ramuan inin kedalam botol dan sejukkannya. Gunakan sebagai losyen untuk menyegarkan kulit kering atau bertompok.



LAIN-LAIN PETUA 01- Agar warna kain batik tahan lama www.familiazam.com Kekalkan warna kain batik dengan beberapa helai daun betik dan rebus bersama air. Ketika rebusan masih panas, masukkan kain batik dan rendam semalaman. Cuci seperti biasa. 02- Menghalau nyamuk Tumbuklah beberapa helai daun limau, kemudian diletakkan dalam piring/pinggan. Letakkan piring tersebut pada tempat yang banyak nyamuk terutama di tempat yang gelap.



03- Menghalau semut halus www.familiazam.com Seringkali bila kita meletakkan barangan terutamanaya makanan ada saja semut halus yang menghurunginya. Cara mudah untuk menghalangnya adalah dengan menconteng disekeliling barangan tadi dengan kapur tulis. Dengan demkian semut halus tidak akan menganggu barangan tadi. Serbuk kapur tulis juga boleh ditaburkan dilaluan semut-semut untuk menghalaunya.



04- Hilangkan kesan karat pada pakaian Untuk menghilangkan kesan karat lama atau baru pada pakaian, bersihkan pakaian terlebih dahulu. Sapu sedikit kapur pada kesan karat tersebut dan perahkan limau nipis keatasnya. Biarkan 30 minit dan bolehlah dibilas.



05- Jika kereta di masuki air www.familiazam.com Ada masanya tanpa kita sedari kereta kita dimasuki air menyebabkan permaidani menjadi basah. jika dibiarkan bau yang tidak menyenangkan pasti muncul, lagi pula kita bimbang akan berlaku kekaratan pada lantai kereta yang pasti akan memakan belanja yang besar untuk membaikpulih. Jika anda menghadapi masaalah demikian kami cadangkan anda mencuba petua ini. Keluarkan pelapik getah dan selakkan permaidani yang basah itu, Letakkan beberapa lapis akhbar lama dan tutup kembali. Letakkan juga beberapa keping akhbar lama diatas permaidani sebelum anda meletakkan semula pelapik getah tadi. Gantikan akhbar lama itu setelah 2 hari dan ulangi sehingga anda dapati kelembapan telah tiada lagi. Selamat mencuba.



06- Melancarkan laci yang tersekat Jika laci almari atau meja anda tersekat-sekat dan sukar ditolak-tarik, ambil lilin dan gosokkan pada



Repacked by: [email protected]



bahagian tepi-bawah laci anda. atau jika laci anda menggunakan rel di bahagian tengah, gosokkan lilin pada bahagian itu, selepas itu pasang kembali laci anda dan sorong tarik beberapa kali dan lihatlah hasilnya. Laci anda pasti akan lebih lancar.



07- Mengilap perabut lama www.familiazam.com Jika anda mempunyai perabut lama yang masih boleh digunakan, Untuk menambah serinya silalah ikuti petua di bawah: Ambil bekas air, isikan lebih kurang satu liter air kemudian masukkan dua sudu cuka. Lapkan perabut anda dengan menggunakan bahan tersebut dengan kain yang lembut. Mudah-mudahan perabut anda akan kembali berseri.



08- Mengharumkan bilik tidur Ambil beberapa helai daun pandan wangi, ramas-ramas dan pintalkan. Letakkan ditempat yang sesuai dalam bilik tidur anda. Atau anda boleh juga letakkan beberapa limau kasturi yang di belah dua di tempat sesuai. Bilik tidur anda akan sentiasa harum dengan adanya daun pandan atau limau kasturi berkenaan.



09- Lilin tahan lama Pada lazimnya kita akan menggunakan lilin apabila bekalan elektrik terputus.Tetapi kebiasaannya lilin akan cepat habis atau cair.Jadi untuk menjadikan lilin ini menyala lebih lama,cubalah anda simpan lilin ini di dalam peti sejuk selama lebih kurang 24 jam sebelum anda gunakan. Lihatlah hasilnya anda pasti kagum.



10-Jam tangan dimasuki air www.familiazam.com Beras banyak kegunaannya termasuklah mengatasi masalah jam tangan yang di masuki air. Caranya letak jam tangan di dalam beras semalaman. Keesokannya jam tangan tidak berair lagi. 11- Kulit bayi cantik Ibu-ibu yang mengandung enam bulan ke atas dinasihatkan meminum air kelapa muda bagi tujuan ini. Minumlah seminggu sekali dan jangan minum terlalu banyak. Cukuplah dengan segelas sahaja.



12- Hilangkan kesan gincu www.familiazam.com Untuk hilangkan kesan gincu pada pakaian atau tudung anda, tidak perlu menyental terlalu kuat. Ambil sedikit syampu dan gosok pada bahagian tersebut. Syampu juga lembut pada tempat yang terkena bahan kotoran lain. Bilas seperti biasa.



13 - Tajamkan gunting Gunting daun sirih satu persatu. Anda akan dapati gunting yang tumpul itu akan tajam semula.



14- Elak barang pecah Simpan peralatan memasak seperti periuk belanga ketika barang itu masih basah lagi untuk mengurangkan risiko pecah sewaktu mengangkat barang.



Repacked by: [email protected]



15- Petua mencabut gigi sendiri Ambil tempurung kelapa yang masih basah dan letakkan di atas cawan. Letakkan bara api di atas tempurung dan biarkan sehingga keluar minyak tempurung yang menitis kedalam cawan. celupkan kapas kedalam minyak tersebut dan letakkan kedalam gigi dan dititik ke gigi tersebut



Petua Tradisi Mengharumkan Air Mani Isteri Bahan:- seketul gula batu - limau nipis saiz biasa 1 biji - air suam setinggi seruas jari (disukat dlm gelas biasa) Cara penyediaannya:- tumbuk gula batu hingga lumat - masukkan kedalam gelas air suam - perah limau nipis ke dalam gelas ramuan tadi - kacau hingga sebati - selawat 3 x sambil niat moga ramuan ini menjadi ubat yg mujarab dengan izin Yang Maha Esa - minum hingga abis Ianya boleh diminum sama ada pagi atau malam ikut kesesuaian. Petua ini juga boleh melangsingkan badan isteri.



Repacked by: [email protected]



Petua Penjagaan Tayar Kereta



1. Penting sekali memilih tayar yang bersesuaian dengan keupayaan kereta. Jika kereta berenjin 1.3, cukuplah jika menggunakan rim sport bersaiz 14 inci (35 sentimeter). Jika anda menggunakan sport rim bersaiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan yang tepat, memendekkan jangka hayat peralatan penyerap hentak dan meningkatkan penggunaan petrol. 2. Selepas mendapat pilihan yang sesuai, cuba perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang seperti dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar di kilangkan (minggu dan tahun) dan batch pengeluaran di kilang. Jadi apabila tayar tidak memenuhi spesifikasi , maka senang bagi pihak pengeluar menarik balik tayar di pasaran. Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, tayar hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas di kilang (selepas tempoh itu getah tayar akan mati (keras) dan tidak selamt digunakan). Saya beri contoh rangkaian nombor yang ada 4001 bermaksud tayar tersebut di kilang pada munggu ke 40 tahun 2001 dan tarikh expired tayar tersebut sepatutnya minggu ke 40 tahun 2003. Jadi sekiranya kita dapat ada kedai yang menjual tayar dengan harga yang luarbiasa murahnya, cuba periksa tarikh tayar tersebut di kilang, mungkin tayar tersebut adalah tayar yang telah tamat tempoh penggunaannya. Dari pengalaman yang pernah diceritakan kepada saya, tayar yang telah tamat tempoh ini akan lebih senang meletup semasa kelajuan tinggi.



Repacked by: [email protected]



3. Mengenai saiz tayar, perhatikan pula rangkaian nombor dan huruf yang bercetak timbul pada permukaan tepi tayar. Sebagai contoh, cetakan 205/50 VR 16 membawa maksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 milimeter (mm), ketebalan tayar daripada rim ke permukaan jalan adalah 50 peratus dari kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim berdiameter 16 inci. VR bermaksud tayar sesuai untuk kelajuan sehingga 240 kilometer per jam (km/j) tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar. 4. Terdapat pelbagai jenama dan harga ditawarkan dipasaran seperti Michellin, Yokohama dan Falken. Penting untuk pembeli memikirkan pelbagai kebarangkalian dan faktor cuaca serta jangka hayat kereta. Biarpun sesetengah tayar dijual sedikit mahal, amat berbaloi untuk berbelanja lebih jika mengambil kira faktor kualiti dan iklim. Tentang jenis tayar pula, kebanyakkan kita lebih suka memilih tayar import terutama dari Japan. Harganya lebih mahal dan dikatakan lebih lembut. Memang benar, tayar seperti michelin, yokohama, falken etc. lebih lembut kerana, tayar tersebut dibuat berdasarkan iklim sederhana yang kurang panas dan apabila digunakan di Malaysia yang sememangnya panas terik, tayar tersebut akan mempunyai jangkahayat yang pendek (cepat habis bunganya). Kebisingan tayar adalah bergantung kepada bunga tayar. Lebih senyap sesuatu tayar, maka lebih rapat bunga tayarnya dan tidak sesuai untuk permukaan jalan yang basah. Lebih bising tayar, lebih mencengkam dan sesuai pada permukaan yang basah. Jadi kalau kita hendakkan tayar yang senyap, kita terpaksa lebih berhati-heti semasa hujan. 5. Tayar sepatutnya di tukar kedudukannya setiap 3 bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang (untuk 4 tayar sama saiz). Lebih baik sekiranya tayar simpanan/ganti juga di masukkan ke dalam rotation tukaran tayar. Caranya, masukan tayar ganti ke kanan belakang, belakang kanan ke depan kanan, depan kanan



Repacked by: [email protected]



ke belakang kiri, depan kiri ke dalam boot ganti, belakang kiri ke depan kiri. Semua rotation ini bergantung kepad jenis kereta, sistem pacuan dan sistem suspensi kereta. 6. Perhatikan juga keadaan bunga tayar sekali-sekala. Jika bunga tayar pada bahagian tepi tayar lebih cepat haus (menipis), ini bermakna tekanan udara dalam tayar tidak bersesuaian. Jika bahagian tengah lebih cepat haus, maksudnya tekanan udara terlalu tinggi dan jika haus pada bahagian luar saja, ini bermakna keselarian tayar perlu diperbetulkan. Jika bunga tayar yang haus tidak sekata (turun naik), maka penyerap hentakan (absorber) perlu diganti.



Elak Bekas Dari Berbau (Petua Dapur) Bekas menyimpan makanan yang terlalu lama digunakan akan meninggalkan bau yang tidak enak. Atasinya dengan merendamkan beberapa helai suratkhabar di dalam bekas tersebut dan biarkan selama dua hingga tiga jam. Bau tersebut akan diserap oleh kertas tadi dan bekas tidak lagi berbau.



Menghilangkan Hanyir Daging (Petua Dapur) Ada orang tidak makan daging kerana tidak suka bau hanyirnya. Cara mudah mengatasi masalah ini ialah basuh daging dengan menggunakan air basuhan beras. Basuh sehingga daging putih sedikit. Bau hanyir dan lendir daging juga akan hilang. Selamat mencuba.



Halau Semut Dalam Gula (Petua Dapur) Letak sebilah pisau di bawah bekas yang berisi gula. Biarkan beberapa ketika. Insya-Allah semut akan berkumpul di satu tempat dan ini memudahkan kerja-kerja membuangnya. Oleh itu anda tidak perlu membuang semua gula yang dikerumuni semut. Selamat mencuba. Oleh, Saniha Mohammad, Kota Bharu Kelantan.



Repacked by: [email protected]



Cara Mudah Kopek Kulit Udang (Petua Dapur) Ada beberapa cara untuk memudahkan anda mengopek kulit udang. 1. Campurkan sedikit garam ke dalam semangkuk air. Kemudian randam udang selama 10 minit. Kulit udang akan terbuka dengan sendirinya. 2. Perahkan limau nipis ke dalam semangkuk air. Masukkan udang. Biar selama 15 minit. 3. Rendam udang ke dalam air panas. Biarkan seketika. Oleh, Afmal Abd Rimman, Negeri Sembilan.



Hilangkan Hanyir Ikan Darat (Petua Dapur) Untuk menghilangkan hanyir ikan darat (sungai) sebenarnya agak sukar berbanding ikan laut. Cara berkesan untuk mencucinya ialah dengan mengambil beberapa helai daun serai dan sedikit asam jawa. Ramas keduanya dan gaul bersama ikan. Perapkan beberapa minit kemudian bilas dengan air bersih. Pasti ikan tidak hanyir lagi.



Bersihkan Getah Nangka (Petua Dapur) Gulai lemak nangka sememangnya merupakan hidangan yang cukup menyelerakan. Tetapi permukaan dalam periuk yang digunakan untuk merebus nangka tersebut seringkali meninggalkan kesan getah nangka yang sukar untuk dicuci. Cuba gosokkan periuk tersebut dengan sedikit minyak masak dan cuci sehingga bersih. Hasilnya getah nangka akan hilang. Oleh, Sarinah Sarian, Sandakan Sabah



Repacked by: [email protected]



Mengatasi Nasi Lembik (Petua Dapur) Masukkan dua biji telur ayam ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika. Hasilnya nasi akan menjadi kering dengan sempurna.



Ulam Kekal Rangup (Petua Dapur) Rendam ulam selama beberapa minit dalam air yang telah dicampurkan dengan sedikit cuka dan perahan limau nipis. Biarkan seketika barulah diangkat. Ulam tetap segar dan rangup biarpun telah lama dibeli. Oleh, Ruzila Mohd, Besut Terengganu.



Simpan Ikan Tanpa Peti Sejuk (Petua Dapur) Kalau tiada peti sejuk atau kemungkinan bekalan elektrik di rumah anda terputus, ada cara untuk mengelakkan ikan menjadi busuk sekurang-kurangnya untuk tempoh sehari. Caranya dengan menggaulkan ikan itu dengan nasi sejuk dan sedikit garam. Pada keesokannya basuhlah ikan itu dan masak seperti biasa. Oleh, Halimaton Saadiah Haji Zain, Kuantan Pahang.



Mengelakkan Lipas (Petua Dapur) Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat kegemaran lipas seperti almari pakaian dan ceruk-ceruk dapur. apabila daun pandan itu sudah layu, gantikannya dengan daundaun baru.



Repacked by: [email protected]



Kulit Pisang Sebagai Losyen (Petua Badan) Cuci kulit pisang masak dan potong kepada kepingan kecil. Masukkan ke dalam setengah cawan susu segar dan kisarsehingga sebati. Simpan ramuan ini ke dalam botol dan sejukkannya. Gunakan sebagai losyen untuk menyegarkan kulit kering atau bertompok.



Hilangkan daki di leher (Petua Badan) Ambil tiga sudu besar tepung gandum, tiga sudu besar oath yang dikisar halus dan setengah cawan tairu. Gunakan tairu masam kerana ia merupakan agen pencerahan kuli semulajadi. Campurkan bahan-bahan ini menjadi bancuhan yang pekat. Sapukan pada leher seperti masker dan biarkan selama 15 minit. Kemudian gosok leher menggunakan kain yang agak kasar dan bilas dengan air suam sehingga bersih. Lakukan dua minggu sekali secara konsisten. Oleh, Mahadevy Surenthian, Teluk Intan Perak.



Hilangkan Parut (Petua Badan) Ramas sedikit asam jawa dengan sedikit air. Jangan terlalu cair. Sapukan air asam jawa pada tempat berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Oleh,Ghafarah binti Muhammad, Kota Bharu, Kelantan.



Mengatasi Mabuk Perjalanan Jauh (Petua Badan) Bancuh air didihan nasi bersama sedikit gula. minum ketika suam. amalkan selalu.



Repacked by: [email protected]



Merawat Kulit Berkedut (Petua Badan) Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. amalkan sehingga berkesan.



Mengatasi Sengal Tulang (Petua Badan) Patahkan ranting pohon kemboja dan ambil getahnya. sapukan getah itu kepada sendi-sendi tulang, di bahagian tubuh anda yang mengalami sengal terutamanya pada sebelah pagi.



Masalah Bau Badan (Petua Badan) Tawas dapat membantu mengelakkan bau badan yang keterlaluan. Selepas mandi, ambil seketul tawas. Sapukan air ke tangan dan sapukan tawas ke permukaan tangan. Selepas itu sapukan tangan ke badan. Elakkan menyapu tawas terus ke badan kerana permukaan tawas tidak licin. Ini mungkin akan mengakibatkan luka-luka kecil. Oleh, Azleeana Mohamad, Pasir Puteh Kelantan.



Hilangkan Sakit Kurap (Petua Badan) Penyakit kurap bukan sahaja memalukan malah membuatkan seseorang itu tidak berasa selesa. Keadaannya yang gatal boleh menyebabkan penyakit ini berjangkit. Cara mengatasinya ialah ambil beberapa helai daun lada kemudian gosokkan pada tempat yang terkena penyakit kurap itu. Amalkan setiap hari. Dari, Salina Mat Dawi, Kuantan Pahang.



Repacked by: [email protected]



Ketiak Berbau (Petua Badan) Campurkan sedikit lada putih yang ditumbuk bersama kapur barus, minyak tanah dan sedikit air kapur sirih serta perahan limau nipis. Bancuh sehingga sebati. Sapukan pada seluruh ketiak dan biarkan seketika baru dicuci dengan air bersih. Oleh Mior Ashrul Mior Azhar, Ipoh Perak.



Petua Wanita.



Petua Payu Dara Kembali Bugar (Petua Wanita) Saiz payu dara wanita yang hamil biasanya menjadi lebih besar seiring dengan meningkatnya jumlah dan ukuran kelenjar alveoli hasil daripada peningkatan kadar estrogen. Setiap payu dara terdiri daripada 15 hingga 20 lobus dari jaringan kelenjar. Jumlah lobus tiada kaitan dengan ukuran payudara. Setiap lobus terhasil daripada ribuan kalenjar kecil yang dipanggil alveoli. Kalenjar ini bersama-sama membentuk jumlah gumpalan, mirip buah anggur. Alveoli (alveolus dan acinus singular) menghasilkan susu sepanjang waktu menyusui anak. Menurut Setiawaty Md Radzi, ketika usia kandungan masuk empat hingga enam bulan, bentuk payudara mula menunjukkan perubahan kerana ketika itu kilang susu sudah mula menjalankan proses pembentukan susu. Ketika itu bakal ibu dapat melihat saiz payudara mereka berubah dan coli lama sudah tidak boleh dipakai. Semuanya kerana bentuk payudara menjadi semakin padat dan besar. Oleh kerana payudara tidak mempunyai otot dan membesar kerana pembentukan susu, maka jika susu telah kering bentuk payudara anda pasti akan berubah menjadi menggeleber. Justeru itu jika mahukan bentuknya terus mantap dan kekal bugar, anda perlu melakukan sesuatu. Kuasa Urutan



Repacked by: [email protected]



Urutan dapat memberi kelegaan kepada badan yang sengal-sengal. Urutan pada payudara turut memberi banyak kesan positif kepada wanita terutama yang hamil dan lepas bersalin. Menurut Setiawaty teknik uturan yang betul pada payudara dapat mengekalkan bentuknya terus mantap. “Bila kandungan masuk tujuh bulan, anda hendaklah rajin mengurut payudara supaya dapat melancarkan pengaliran air susu. Selain itu rajin-rajin juga menuam tuala suam pada payudara supaya susu tidak membeku”. Terangnya. Urutan secara putaran mengelilingi payudara juga dapat mengurangkan rasa berdenyut dan sakit apabila ia mengeras. Urutan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Ketika hamil, payudara kita berubah saiz daripada asal. Oleh itu, payudara memerlukan sokongan untuk menampung beratnya yang bertambah. Pemilihan coli yang bersesuaian (coli dengan dawai penyokong) turut membantu anda menjaga bentuk payudara agar tidak menggeleber selepas bersalin. Sebaik bersalin, payudara akan mengalami pembengkakan air susu. Tuam payudara dengan tuala suam untuk mengurangkan kesakitan. Biarpun payudara bengkak, anda perlu terus memakai coli sepanjang tempoh berpantang. Menurut Setiawaty jika tidak memakai coli, maka payudara akan lebih cepat tertarik dan ‘jatuh’ apabila susu badan sudah kering.



Repacked by: [email protected]



“Payudara yang mendapat sokongan coli yang bersesuaian semasa hamil dan selepas bersalin serta sentiasa diurut dengan teknik yang betul tidak mustahil untuk terus bugar biarpun ibu sudah beranak lima”. Ujarnya lagi. Senaman Payu Dara    



Tegakkan badan anda dan angkat kedua-dua tangan setentang dengan anda. Kedua-dua belah tapak tangan anda mengenggam pergelangan tangan kiri dan kanan. Tolak berlawanan arah dengan serentak. Lakukan ia 10 - 15 minit sehari atau mengikut selera anda. Senaman ini dapat membantu mengecangkan kembali payu dara.



Dipetik drp Pa&Ma



Payudara Kekal Cantik (Petua Wanita) Setiap wanita yang telah melahirkan anak, tentu mengalami masalah payudara yang kendur dan jatuh. Untuk mengatasi masalah ini, anda bolehlah mencuba petua untuk mendapatkan payudara yang segar, halus dan kulitnya anjal dengan memanaskan satu sudu minyak sapi. Setelah menjadi minyak, sapukan minyak ini ke payudara dan urut selama 15 minit. Selepas itu, lap dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam. Jika rajin mengamalkannya anda akan dapat merasai perubahannya.



Menghilangkan Keputihan (Petua Wanita) Bagi wanita yang mengalami masalah keputihan disarankan agar mencuba petua ini. Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya dan cuci bersih. Kemudian direbus di dalam periuk. Setelah mendidih campurkan sedikit garam dan biarkan suam. Kemudian ambil air rebusan yang suam tersebut dan cuci kemaluan. Lakukan 3 kali seminggu. Oleh, Yusliza Mohd Yusof, Jerantut Pahang



Repacked by: [email protected]



Elak Pakai Coli Lebih 12 Jam (Petua Wanita) Ada sebab mengapa saranan ini dibuat. Ia kerana memakai coli lebih daripada tempoh 12 jam sehari mampu meningkatkan risiko kanser payu dara. Sebabnya coli akan memberikan tekanan kepada payu dara terutama kepada sistem limfa. Sistem ini mengandungi sejenis saraf yang sangat kecil dan berfugsi untuk mengeluarkan toksin, sel debris, sel kanser, virus, bakteria dan sebagainya untuk keluar dari sistem payu dara. Namun begitu, coli juga penting kerana ia menyokong dan mengekalkan bentuk payu dara. Ramai wanita mengakui mereka tidak selesa jika tidak memakai coli. Sebagai penyelesaian, elakkan memakai coli semasa tidur. Ini adalah antara cara untuk membantu mengelakkan risiko kanser payu dara.



Meningkatkan Kesuburan (Petua Wanita) Untuk meningkatkan kesuburan seseorang, minumlah kacang soya setiap hari. Kalau boleh soya yang diperah secara asli (bukan dalam kotak). Ini disebabkan kacang soya membantu mengatasi penurunan hormon estrogen pada wanita kerana kacang soya mempunyai khasiat isoflavon iaitu khasiat yang mempunyai kesan yang sama seperti estrogen. Cubalah!!



Penawar Sakit Haid (Petua Wanita) Ketika hadi, bahagian perut dan pinggang akan berasa tidak selesa. Cara menghilangkan kesakitan ini, ambil sebiji telur ayam, 1 sudu kecil madu lebah dan sedikit lada putih. Gaul sebati dan minum sehari sekali sebelum sarapan. Minum selama tiga kali, insya-Allah sakit akan hilang. Ibu yang baru bersalin juga boleh minum selama tiga kali untuk mengembalikan tenaga yang hilang. Oleh Jahatun Ahmad, Klang.



Petua-Petua Tradisional Khas Untuk Perawan (Petua Wanita) Dalam masyarakat tradisi Melayu,terdapat banyak petua-petua untuk perawan (anak dara) yang elok dilakukan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga



Repacked by: [email protected]



merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak. Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan. 1. Bangkit Bersambut Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ketilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan. 2. Wajah Suci Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinva menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang. 3. Menyegarkan Payudara Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh. 4. Taman Semerbak Mewangi Amalkan makan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau. 5. Lubang Jarum Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari. 6. Suara Perindu Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. SeIalu minum air asam jawa.Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu. 7. Mengurut Pangkal Bunting Padi Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis.Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima’ setelah berkahwin nanti. 8. Payudara Montok Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam,kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.



Repacked by: [email protected]



Petua Wajah.



Menaikkan Seri Muka (Petua Wajah) Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit berlalu. amalkan selalu.



Hilangkan Bintik Hitam Pada Muka (Petua Wajah) Dapatkan 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garamkemudian ditumbuk halus. Campurkan dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan air suam. Amalkan memakainya pada muka setiap malam dan cuci pada keesokan hari. Lakukan sehingga bintik-bintik hitam hilang. Dari, Alipnah Aliphsen, Kuala Kangsar Perak.



Atasi Wajah Berkedut (Petua Wajah) Jika kulit wajah anda berkedut, langkah berikut mungkin boleh menjadi penyelesaian. Ambil satu biji kuning telur, satu sudu kecil minyak zaitun dan lima titis perahan limau nipis. Gaul sebati dan sapukan ke wajah anda. Biarkan selama 20 minit dan kemudian bilas dengan air hangat. Lakukan secara teratur seminggu sekali. Pasti kulit wajah terasa lebih segar dan tidak berkedut lagi. Dari, Sri Muslimah, Bukit Jalil Kuala Lumpur



Menghaluskan Kulit Muka (Petua Wajah) Petua 1 : Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit. Petua 2 : Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. Kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit. Selepas itu barulah dibilas.



Repacked by: [email protected]



Petua 3 : Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.



Menegangkan Kulit Muka (Petua Wajah) Petua 1 : Ambil tepung ubi kayu dan timun.Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar. Petua 2 : Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhlah bersama sedikit air dan sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.



Bibir Sentiasa Berseri (Petua Wajah) Ambil 1/3 cawan air kunyit hidup, 1/3 cawan santan kelapa yang pekat dan sedikit garam. Campurkan semua ramuan tersebut dan kacau rata-rata, minumlah setiap pagi. Dalam masa yang singkat, anda dapat melihat hasilny



Melembapkan Muka (Petua Wajah) Ambil beberapa kelopak kobis, tumbuk hingga lumat. Kobis tadi dicampurkan dengan madu. Tempekkan pada muka. Amalkan selama seminggu dan anda akan merasakan perbezaan pada kulit anda. Kulit anda akan menjadi lebih lembut dan masalah kulit kering akan diatasi.



Repacked by: [email protected]



Memerahkan Bibir (Petua Wajah) Petua 1 : Sapukan madu asli pada bibir tiap-tiap malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu. Petua 2 : Tumbuk seketul halia hingga hancur. Perah airnya, campur kuning telur ayam kampung dan makan setiap pagi dan malam. Bibir pucat akan menjadi merah seperti delima merekah. Oleh azdriana9



Serikan Kulit Wajah (Petua Wajah) Ambil segenggam kacang hijau, dikisar halus lalu dicampur sedikit kuning telur. Kacau hingga rata ramuan tadi dan disapu pada muka perlahan-lahan. Setelah lebih kurang 15 minit, basuh muka dengan menggunakan air suam. Hasilnya kulit muka akan cerah dan berseri.



Melicinkan Kulit (Petua Wajah) Tomato dan epal boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.



44 Pantang Larang Bakal Pengantin Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti. 1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri. 2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.



Repacked by: [email protected]



3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik. 4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit. 5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering. 7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir. 8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks. 9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis. 10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama. 11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi. 12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat) 13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir. 14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid. 15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga. 16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga. 17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin. 18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai. 19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri. 20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari. 21. Elakkan minum minuman keras dan merokok. 22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.



Repacked by: [email protected]



23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin. 24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan. 25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah. 26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil. 27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri). 28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat. 29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul. 30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama. 32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org. 33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi. 34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati. 35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar. 36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka. 37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis. 38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung. 39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri. 40. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu. 41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.



Repacked by: [email protected]



42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki. 43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit. 44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar. Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.



Hampas Teh Suburkan Tanaman (Petua Tanaman) Taburkan hampas teh di sekeliling pokok hiasan di dalam pasu dan siramlah tanaman itu seperti biasa, dalam beberapa hari, tanaman anda akan menjadi lebih subur dan hijau.



Menjaga Kesihatan Mata (Petua Mata) Petua ni sesuai diamalkan sesiapa shj. terutama pelajar atau individu yg bekerja dlm bidang berkaitan komputer & internet. Tak kiralah anda seorang programer, pereka laman web, pereka grafik, usahawan internet, penulis blog dsb. Ataupun saja suka-suka menghabiskan masa berjamjam di depan komputer misalnya main games, chatting, baca artikel di blog, cari info dsb. Petua Menjaga Kesihatan Mata 1. Setiap kali mandi atau berwudhu’ (bagi muslim), pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit. Walaupun tiada kajian saintifik mengenai petua ni, tapi setelah mengamalkannya beberapa lama, alhamdulillah setakat ni mata saya belum rabun lagi biarpun berjam-jam di depan komputer. 2. Untuk menyegarkan mata yg letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dgn kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas tu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh, pd mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali. Insya Allah mujarab.Tapi yang ni leceh sikit sebab sekarang ni susah nak cari daun sirih. 3. Amalkan senaman utk mata anda. Bukan badan je perlukan senaman, mata pun perlu bersenam juga. Caranya:



Repacked by: [email protected]



a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yg lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya la. Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek yg berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali sampai anda naik bosan atau naik menyampah…jangan sampai naik angin dah la ye. Dlm proses tadi sekiranya anda ternampak satu objek menarik(misalnya ada awek cun melintas) bolehlah fokuskan sekejap pd objek tu(kira senaman mata gak tu), tapi jangan tengok lama-lama ye, berdosa…hehe…dan mata anda juga berisiko utk terkena lontaran objek-objek berbahaya. b. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini. c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dsb, sesungguhnya warna hijau itu menenangkan & merehatkan mata anda. Tapi itu kalau siang, kalau malam camne pulak?? Itu senang jer, lawatlah blog saya ni selalu, ada banyak warna hijau di sini…kuikuikui terkena korang. 4. Amalkan makan makanan yg kaya dgn vitamin A & C- susu, sayur(terutama carrot & brokoli) dan buah2an (terutama aprikot & anggur) dsb. 5. Elakkan melihat benda-benda yg tak sepatutnya dilihat…terutamanya di internet ni macammacam bahan yg boleh merosakkan mata & minda anda…hehe, faham-faham sendirilah ye. Ok, setakat ni je, lain kali saya bagi petua lagi. P/S: Petua-petua ni utk org yg belum rabun lagi, tapi yg dah sedia rabun tu tak dapat dipastikan keberkesanannya, bolehlah cuba2 kot… Oleh ali@sihatsokmo



Petua Langsing



Langsing tanpa modal besar (Petua Langsing) Tidak perlu berbelanja besar, hanya cuba petua ini. Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campurkan dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan yang ideal.



Repacked by: [email protected]



Membuang Lemak Badan (Petua Langsing) Petua 1 : Sekiranya anda mengalami masalah lebihan lemak, cuba amalkan petua ini. Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama sebulan. Insya-Allah, dengan menjaga pemakanan dan bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai. Selamat mencuba. Petua 2 : Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.



Ingin Kekal Langsing (Petua Langsing) Zaman moden ini banyak jenis makanan yg mengandungi mudarat jika dimakan berlebihan. Makanan yg diproses dan juga makanan segera sering menjadi pilihan. Namun adakah kita prihatin dengan kesan sampingannya pada tubuh badan? Makanan yg ada di pasaran sering mengandungi gula dan lemak yg tersembunyi. Pengambilan secara berlebihan akan membawa kepada masalah kegemukan dan obesiti. Sebelum masalah ini terjadi pada kita, sewajarnya kita mengambil sikap berhati-hati. Manakala bagi mereka yg sedang berperang dengan masalah berat badan, jangan khuatir dan cepat putus asa kerana petua yg disarankan di bawah adalah petua yg mudah dan boleh diamalkan semua. Yang penting adalah keazaman untuk menjayakannya dan diamalkan secara berterusan dan bukan sekerat jalan. Selain itu, senaman dan mengawal nafsu makan yg keterlaluan adalah jalan terbaik untuk gaya hidup sihat. A. Caranya ialah mengubah cara pemakanan yang diamalkan daripada kebiasaan kepada satu kaedah yang baru iaitu: 1. Apa yang kita ambil untuk sarapan diwaktu pagi ditukar kepada apa yang sepatutnya dimakan ditengah hari dibawa dan dimakan diwaktu pagi. 2. Pada waktu tengah hari jangan makan makan yang mengenyangkan, cukup sekadar buahbuahan atau jangan makan langsung. 3. Makan malam diawalkan dan diambil dalam lingkungan waktu jam 7.00 malam. 4. Jangan makan selepas pukul 9.00 malam walaupun anda belum makan apa apa sebelumnya. Jika perlu juga cukup sekadar segelas susu atau buah- buahan atau makanlah sedikit tetapi jangan mengambil makanan yang telah dimasak (makan berat).



Repacked by: [email protected]



B. Cara yang kedua sebagai amalan tambahan, berpuasa 2 kali seminggu (setiap hari Isnin dan Khamis), mesti berpuasa dengan niat diwaktu malam yang kita hendak berpuasa pada hari esok. Bukan menahan lapar sahaja yang diikuti dengan makan sedikit atau minum. Pada hari ketika kita berpuasa sangat elok kita melakukan senaman. Walaupun manusia itu tahu bagaimana untuk menguruskan badannya, walaupun manusia itu memang sedar bahawa kegemukan itu mudah mengundang penyakit, namun manusia mudah lupa dan tidak berdaya untuk melakukannya lantaran tiadanya disiplin. Jadinya salahkanlah diri sendiri kerana “sikap adalah menghukum diri”. C. Ada satu lagi petua yg mudah diikuti. Setiap kali bangun pagi, waktu tengahari dan sebelum masuk tidur di sebelah malam, amalkan meminum secawan teh cina (hijau) yg dicampurkan dengan limau nipis atau kasturi. Insyaallah,anda akan lihat kesannya selepas 7-14 hari mengamalkannya. Oleh azdriana9



Petua Kecederaan.



Jika Terlekat Tulang (Petua Kecederaan) Celupkan jari ke dalam madu lebah. Dengan berselawat sebanyak tiga kali, masukkan jari ke dalam mulut dan hisap jari itu perlahan-lahan. InsyaAllah tulang yang terlekat akan keluar dengan mudah.



Hilangkan kesakitan dan bengkak pada Badan (Petua Kecederaan) Campurkan sedikit kapur sirih dengan parutan ibu kunyit dan air, buatkan seperti krim. Bubuh tempat yang terkena gigitan serangga dan biarkan kering. Kesakitan akan reda dan bengkak akan hilang. Oleh Arnie Sabli, Kota Kinabalu Sabah.



Repacked by: [email protected]



Terkena atau Terpijak Paku Berkarat (Petua Kecederaan) Ambil segera sebatang bawang putih yang berdaun buang kulitnya kemudian celup dalam minyak dan panaskan di atas api, apabila sudah panas tampalkan pada bahagian yang terluka berulang kali buatlah 2 kali sehari. Insyaallah baik. Oleh Kak Ziraa



Mengatasi Tumit Pecah (Petua Kaki) Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi. Oleh Lydiana Mohammed



Petua Jerawat.



Cara Untuk Menghilang Jerawat Batu@Besar (Petua Jerawat) Ambil telur putih sahaja , masukan telur putih dalam bekas kecil Ambil Kapas, dan ambil cebisan kapas kecil , sapukan telur itu di kapas.. letakkan di jerawat itu, sebolehnya lakukan cara itu sebelum tidur.. hasilnya ,jerawat itu akan melekat di kapas itu… selamat mencuba…



Hilangkan Jerawat Halus (Petua Jerawat) Seringkali jerawat halus ini menganggu fikiran kita. Walaupun tidak kelihatan jelas namun kulit muka masih menggerutu. Untuk mangatasi masalah ini ambil dua sudu tepung ubi. Kemudian



Repacked by: [email protected]



dicampurkan dengan air asam jawa. Biar kelihatan pekat. Simpan dalam pei sejuk selama 1/2 jam. Sebelum tidur pakai sebagai mask/topeng. Oleh, Ieyzann, Bagan Serai Perak



Menghilangkan Bekas Jerawat (Petua Jerawat) Petua 1 : Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan. Petua 2 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu. Petua 3 : Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu. Petua 4 : Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering. Petua 5 : Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam. Petua 6 : Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu. Petua 7 : Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.



Menghilangkan Jerawat (Petua Jerawat) Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke



Repacked by: [email protected]



seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus . Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih. Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang. Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat. Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu. Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan. Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu. Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu. Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut. Oleh azdriana9



Hilangkan Jerawat (Petua Jerawat) Ambil kayu cendana, basahkan dengan air dan asah pada batu. Kemudian sapukan ia pada jerawat dan hasilnya pasti memuaskan.



Repacked by: [email protected]



Petua Ibu&bayi



Buang Kerak di Kepala Bayi (Petua Ibu & Bayi) Ambil segenggam kelapa parut yang dicampurkan dengan dua atau tiga ketul garam kasar. Masukkan ke dalam kain perca dan ikat kemas. Ramas sedikit sehingga keluar santan. Setelah itu sapulah di atas kepala bayi dan biarkan seketika. Bukan sahaja kerak akan hilang tetapi rambut bayi akan lebat dan hitam.



Lebatkan Rambut Bayi (Petua Ibu & Bayi) Untuk melebatkan rambut bayi, ambil daun rambutan jantan yang tidak berbuah atau daunnya yang berwarna merah. Campurkan daun bersama air dan embunkan semalaman. Keesokan harinya sapukan air tersebut pada kepala bayi. Jika diamalkan hasilnya pasti memuaskan.



Kulit Bayi Sentiasa Halus (Petua Ibu & Bayi) Sejak dari bayi lagi sapukan bedak sejukdiseluruh tubuh bayi sebelum memandikannya. Selepas 15 minit, mandikan bayi seperti biasa. Jika dilakukan setiap hari, kulit bayi akan sentiasa lembut dan halus. Malah bayi tidak mudah mendapat ruam. Oleh, Doili Lugas, Tamparuli Sabah.



Melentikkan Bulu Mata Bayi (Petua Ibu & Bayi) Untuk melentikkan bulu mata bayi, setiap kali selepas menyusukan bayi anda, sapukan susu ibu ke bulu matanya. Anda akan dapati bulu mata bayi anda akan menjadi bertambah lebat, lentik dan cantik.



Mencantikkan Kulit Janin



Repacked by: [email protected]



(Petua Ibu & Bayi) Amalkan meminum air kelapa sewaktu mengandung agar anak yang bakal lahir nanti mempunyai kulit yang putih dan halus serta terhindar dari mendapat ruam lampin.



Ubat Kudis Api (Petua Ibu & Bayi) Ambil beberapa urat akar tuba, tumbuk sehingga lumat. Kemudian campurkan sedikit dengan santan kelapa. Sapukan pada kudis, teruskan amalan ini hingga kudis menjadi hitam. Selamat mencuba. Oleh, Rohamiza Robi, Rawang Selangor



Menghilang Batuk Pada Bayi (Petua Ibu & Bayi) Anak yang sihat menjadi idaman setiap ibu bapa. Jika anak anda mengalami batuk berkahak dan selsema, pasti anda tidak dapat tidur lena. Amalkan petua ini. Ramaskan daun kaduk yang dicampur sedikit kapur sirih dan air. Kemudian, lumurkannya di atas dada dan perut bayi anda. InsyaAllah kahak tersebut akan keluar bersama najisnya.



Kelebihan Tepung sagu (Petua Ibu & Bayi) Â Kebanyakan bayi biasa mengalami melecet di celah kelangkang, pelipat kaki atau bahagian tubuh lain. Hal ini mungkin diakibatkan oleh pemakaian lampin pakai buang yang tidak sesuai dengan kulit bayi. Untuk mengatasi masalah ini, anda bolehlah mencuba petua ini. Apabila dia mengalami kemerah-merahan di bahagian-bahagian tertentu, apa yang perlu anda lakukan ialah menyapu sedikit tepung sagu di tempat yang bermasalah. Anggaplan seperti anda menyapu bedak pada kulit bayi. Oleh, Norasyrin Ali, Kuala Langat Selangor Sekian. Sumber: Internet dan mailgroups.



Repacked by: [email protected]



=======================@@@@@@@@@@@@@@====================== REPACKED BY: [email protected]



-Group ini berkongsi Software (fully 100%craCked),ebooks,cerita jenaka,pantun,motivasi,MP3,tutorial, dan berita semasa. Terima kasih. nak jadi ahli TemanHidup, hantar Email kosong ke: [email protected] ********************************************* want to joint life partner group, send blank e-mail to: [email protected] We share, amazing picture,ebook,software,motivation article,news,mp3,video,humor, etc.



Repacked by: [email protected]



Repacked by: [email protected]