Kuliah 1 - Penduduk Sebagai Sumber [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PENDUDUK SEBAGAI SUMBER MANUSIA



PENDUDUK SEBAGAI AGEN PERUBAHAN



1



HASIL PEMBELAJARAN   



1.0 Mentakrifkan konsep penduduk sebagai sumber manusia. 2.0 Membezakan pengukuran sumber manusia secara kuantiti dan kualiti. 3.0 Menjelaskan konsep penduduk sebagai agen perubahan a) Perubahan sosioekonomi b) Perubahan landskap budaya c) Perubahan landskap fizikal. 2



Penduduk sebagai sumber manusia merupakan aset, tenaga buruh atau tenaga kerja dalam sesebuah negara yang diukur berdasarkan kuantiti dan kualiti. Sumber manusia diukur berdasarkan kuantiti iaitu jumlah dan saiz penduduk, struktur umur dan jantina. Dari segi kualiti pula, sumber manusia diukur berdasarkan taraf pendidikan, tahap kemahiran, kesihatan, sikap keterbukaan dan mobiliti.



3



Secara kuantiti penduduk sebagai sumber diukur berdasarkan kepada : bilangan penduduk/saiz penduduk yang menentukan jumlah buruh, jantina dan struktur umur penduduk. Kuantiti penduduk sangat penting kepada keupayaan tenaga buruh dalam 4 sesebuah negara.



Secara kualiti pula Penduduk sebagai sumber diukur berdasarkan kpd: • Tahap kesihatannya • Tahap pendidikan dan kemahiran. • Sikap dan keterbukaan • Darjah mobiliti buruh – buruh rentas sempadan • Kemenjadian.



5



KEPENTINGAN KUANTITI SUMBER MANUSIA • Jumlah penduduk yang ramai membantu menyediakan sumber tenaga yang mencukupi bagi sektor-sektor ekonomi seperti perindustrian, pertanian, perkhidmatan dan sebagainya. Keadaan ini membantu memajukan sesebuah negara. • Negara yang mempunyai jumlah penduduk yang banyak berkemampuan menjana pelbagai sektor ekonomi, meluaskan saiz pasaran, meningkatkan kutipan cukai dan memiliki ramai jumlah anggota keselamatan (tentera). 6



KEPENTINGAN KUANTITI SUMBER MANUSIA • Selain itu elemen kecergasan, keupayaan dan ketahanan dengan tugas yang berat juga sangat dititikberatkan dalam konteks kuantiti tenaga buruh. Misalnya, bagi membina bangunan yang tinggi, hanya buruh yang berdaya tahan, cergas dan berani sahaja yang dapat melakukannya. Oleh itu taraf kesihatan, kekuatan mental dan ketahanan diri adalah unsur penting dalam mengukur kuantiti buruh. •Semakin ramai bilangan buruh lelaki muda yang sihat, cergas dan berani maka semakin tinggi kuantiti dan keupayaannya untuk mengerakkan aktiviti ekonomi sesebuah negara. Oleh itu semakin banyak dan pelbagai kerja berat yang dapat dilakukannya. 7



KEPENTINGAN KUANTITI SUMBER MANUSIA • Umur dan jantina penduduk juga menjadi elemen penting untuk mengukur aspek kuantiti sumber manusia. Struktur umur dan jantina boleh mempengaruhi corak guna tenaga yang ada di sesebuah kawasan atau negara. •Penduduk muda dan dewasa yang terlatih boleh menyumbang secara produktif kepada ekonomi negara. Sementara kehadiran ramai penduduk tua dan kanak-kanak selalunya dikaitkan dengan besarnya jumlah tanggungan keluarga dan negara. 8



KEPENTINGAN KUANTITI SUMBER MANUSIA • Jantina pula boleh dikaitkan dengan jenis aktiviti ekonomi, misalnya sektor industri berat yang memerlukan kekuatan tenaga fizikal manusia lazimnya mengupah lebih ramai pekerja lelaki. Contohnya kilang memasang kereta di Shah Alam, Selangor, kilang membungkus baja dan kilang petrokimia di Kerteh, Terengganu. • Manakala industri yang berintensif buruh yang memerlukan tahap ketekunan dan kehalusan yang tinggi pula lazimnya mengupah ramai pekerja wanita. Contohnya kilang produk barangan elektrik dan elektronik di Bayan Lepas, Pulau Pinang. 9



KEPENTINGAN KUALITI SUMBER MANSIA



Banyak elemen yang digunakan untuk mengukur kualiti buruh. Antaranya ialah taraf pendidikan yang dimiliki oleh seseorang buruh. Buruh berijazah sudah tentu lebih berkualiti berbanding dengan buruh lepasan menengah, dan itupun bergantung kepada jenis pekerjaan yang diceburinya samada berkolar putih atau berkolar biru. 10



KEPENTINGAN KUALITI SUMBER MANSIA • Kemahiran yang dimiliki. Setiap pekerjaan memerlukan kemahiran yang berbeza. Dalam konteks ini kualiti manusia sangat bergantung kepada kecekapan dalam sesuatu bidang yang diceburinya. Misalnya bidang kedoktoran dan kejuruteraan sangat bergantung kepada kemahiran dan kecekapan “doktor dan jurutera” yang dilahirkan oleh institusi pengajian tinggi. • Kemahiran dan kecekapan ini akan diperolehi dan ditambah-baik melalui pengalaman kerja yang dilakukan. Semakin berpengalaman maka semakin berkualitilah sumber manusia itu. 11



KEPENTINGAN KUALITI SUMBER MANSIA • Selain itu kualiti buruh juga diukur berdasarkan kepada sikap, keterbukaan, minat dan kesediaannya untuk bekerjasama sebagai sebuah pasukan kerja, di samping kejujuran, kesetiaan dan amanah kepada majikan. • Justeru itu selain kemahiran, taraf pendidikan buruh yang baik (daripada segi akademik dan moral) memungkinkan seseorang buruh itu lebih bertanggungjawab, terbuka dan sedia untuk bekerjasama. Ciri-ciri inilah yang menyebabkan sumber manusia menjadi sumber yang berkualiti. 12



KEPENTINGAN KUALITI SUMBER MANUSIA • Kualiti sumber manusia juga diukur berdasarkan kepada ciri mobiliti buruh. Buruh yang berkualiti juga seharusnya bersifat “mobile” dan boleh serta mudah dipindah-pindahkan mengikut keperluan majikannya. Kesediaan untuk dihantar ke tempat yang jauh atau ditukarkan ke bahagian lain dalam sesebuah organisasi/firma adalah antara kualiti yang diukur dalam sumber manusia. • Ini amat bergantung kepada sikap keterbukaan dan daya saing yang dimiliki oleh seseorang buruh. Buruh yang bersifat global seharusnya bersedia untuk berkhidmat dimana-mana sahaja mengikut keperluan majikanya. 13



Nyatakan contoh sikap yang perlu dimiliki penduduk sebagai sumber yang berkualiti.



i. Mempunyai semangat kerja yang tinggi. ii. Berdaya saing. iii. Berinovasi.



14



Jelaskan cara untuk menghasilkan sumber manusia yang berkualiti di sesebuah negara.



i. Dasar pendidikan tinggi ii. Memperbanyakkan program kemahiran khas dalam bidang vokasional, kejuruteraan, sains, perubatan.



15



Nyatakan langkah untuk meningkatkan kualiti penduduk disesebuah negara.



i.



Dasar kerajaan – menambah sekolah vokasional, IKBN. ii. Meningkatkan kemahiran ICT. iii. Meningkatkan budaya kerja – dasar Bersih Cekap Amanah dan Dasar Pandang ke Timur. iv. Meningkatkan taraf pendidikan dan kesihatan.



16



Jelaskan sebab kualiti penduduk penting dalam pembangunan sesebuah negara.



i. ii. iii. iv. v.



Mudah dilatih dan dapat mencipta produk baharu. Menjamin kualiti produk dan berdaya saing. Memastikan kualiti dan kuantiti kerja tidak terjejas. Mempercepatkan pembangunan negara. Menyumbang tenaga kerja dan kepakaran.



17



Terangkan cara-cara penduduk di sesebuah kawasan mempengaruhi perubahan alam sekitar fizikal.



i. Aktiviti pertanian pindah. ii. Penggunaan baja kimia dan racun serangga. iii. Pelepasan asap kenderaan dan kilang. iv. Pembuangan sisa kumbahan. v. Pembuangan sisa pepejal. vi. Aktiviti perlombongan pasir. vii.Aktiviti pengangkutan perkapalan – tumpahan minyak.



18



PENDUDUKSEBAGAI SEBAGAI PENDUDUK AGENPERUBAHAN PERUBAHAN AGEN



PERUBAHAN SOSIO EKONOMI



PERUBAHA N LANDSKAP FIZIKAL



PERUBAHAN LANDSKAP BUDAYA



19



SOSIO EKONOMI : Perubahan struktur ekonomi, pekerjaan, pendapatan perkapita, kualiti hidup, Pendidikan, kesihatan, infrastruktur dll. LANDSKAP FIZIKAL : Pandang darat semulajadi Seperti bukit, lurah. lembah, lembangan saliran, Pinggir pantai, hutan dll Contoh Perubahan Landskap Fizikal : Bukit Tergondol, hakisan dan tanah runtuh, hutan musnah LANDSKAP BUDAYA : Pandang darat buatan Manusia seperti jaringan pengangkutan, guna Tanah pertanian, pola dan jenis petempatan dll 20



PENDUDUK SEBAGAI AGEN PERUBAHAN Terdapat tiga perubahan yang dilakukan oleh penduduk melalui aktiviti pembangunan.



a)



Perubahan landskap fizikal . Penduduk



bertindak melalui pelbagai cara terhadap persekitaran fizikalnya . Antara tindakan yang dilakukan oleh penduduk termasuklah penerokaan tanah untuk kawasan kediaman, pembinaan petempatan desa dan bandar, pembukaan kawasan pertanian, perindustrian dan perniagaan, pembangunan rangkaian perhubungan dan pengangkutan. Tindakan ini akan menghasilkan perubahan ruang fizikal yang boleh dilihat dengan mata kasar seperti berlakunya hakisan cerun, tanah runtuh, kesan gegalur, penggondolan hutan dll 21



PENDUDUK SEBAGAI AGEN PERUBAHAN



b)



Perubahan landskap budaya . Menerusi



kegiatan sosioekonomi penduduk maka pandang darat berikut boleh terhasil:







Guna tanah pertanian seperti perladangan getah, kelapa sawit, sawah padi, kelapa, pertanian pindah dll.







Guna tanah pengangkutan seperti jaringan jalan raya, jalan keretapi, lapangan terbang dll.







Pola petempatan seperti berpusat, berjajar, berselerak berkelompok dll yang mencerminkan petempatan desa atau bandar.



22



PENDUDUK SEBAGAI AGEN PERUBAHAN c) Perubahan sosio ekonomi : • Aktiviti pembangunan sosioekonomi seperti penerokaan hutan, pembangunan pertanian, perlombongan, pembuatan dan perkhidmatan telah menyediakan pelbagai pekerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan, meningkatkan pendapatan perkapita seterusnya dapat mengurangkan kadar kemiskinan, dan meningkatkan taraf sosial penduduk. • Kemajuan ekonomi boleh dikesan melalui perubahan pekerjaan, pendapatan dan pemilikan harta benda. Aktiviti pembangunan sosioekonomi penduduk telah mengubah taraf sosial atau kualiti hidup penduduk. • Kemajuan ekonomi yang dijana melalui berbagai-bagai kegiatan ekonomi telah membantu kerajaan sesebuah negara menyediakan pelbagai prasarana sosial.



23



PENDUDUK SEBAGAI AGEN PERUBAHAN • Prasarana sosial ini telah meningkatkan kadar literasi di kebanyakan negara, meningkatkan taraf kesihatan penduduk dan mengubah mentaliti penduduk ke arah lebih moden. • Keadaan ini dikenali sebagai perubahan sosial. Perubahan sosial merupakan fenomena yang sentiasa berlaku dalam sesebuah masyarakat. Perubahan sosial bolehlah didefinisikan sebagai perubahan yang berlaku terhadap masyarakat dari satu tingkat kehidupan ke satu tingkat kehidupan yang lain. • Perubahan sosial dapat dilihat melalui peningkatan kualiti hidup seperti daripada segi taraf pendidikan, kesihatan, budaya dan pemikiran. 24



SOALAN TUTORIAL 1



a) Bezakan konsep kuantiti dan kualiti sumber Manusia [ 6 Markah ] b) Huraikan kepentingan kualiti sumber manusia Terhadap pembangunan sosio-ekonomi sesebuah Negara. [ 10 Markah] c)Jelaskan bagaimana aktiviti manusia telah Mengubah landskap fizikal sesebuah kawasan. [ 9 Markah]



25



GEOGRAFI ITU MUDAH PASTI DAPAT A



26