Laporan Kejohanan Bola Tampar [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Laporan Kejohanan Bola Tampar Pada 22 Mac 2018 yang lalu, kami terdiri daripada guru pelatih kumpulan Dini 2 telah menganjurkan satu kejohanan bola tampar yang bertempat di gelanggang Bola Tampar Stadium Puteri Gunung Ledang Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka. Penganjuran kali ini mendapat sambutan yang agak baik daripada kalangan guru-guru pelatih. Kejohanan ini disertai oleh guru-guru pelatih DPLI KDC DINI Semester 1. Pertandingan ini telah berlangsung pada jam 5.00 petang sehingga 7:00 petang. Penganjuran kejohanan bola tampar kali ini merupakan kali pertama buat saya menjadikan saya begitu teruja dalam melaksanakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah pembimbing kami iaitu En.Shahrin bin Abidin. Selepas beliau menyerahkan tugasan ini kepada ketua kami, kemudian kami terus berbincang tentang penganjuran kejohanan ini. Antara perkara yang kami bincangkan ialah pembahagian tugasan dalam penganjuran yang bermula dari menyiapkan kertas kerja, pengadil permainan, urusetia, bahagian persegaran, bahagian penyediaan tempat, bahagian publisiti, bahagian peralatan dan bahagian keselamatan(pertolongan cemas). Pertandingan ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kami dengan aktiviti pengelolaan dan pengadilan bola tampar yang sistematik. Selain itu, kami juga dapat mempraktikkan segala kemahiran bola tampar yang telah dipelajari dalam interaksi pertama iaitu pada bulan Disember 2017. Dengan menganjurkan kejohanan ini, kami juga dapat menilai kemampuan diri dalam sukan bola tampar. Dalam pengeloaan tersebut, kami



telah berjaya mempraktikan cara mengisi borang skor, mencatat



markah, menjadi pengadil garisan, pengadil jaring dan pengadil pertandingan. Saya juga mendapat pendedahan tentang bagaimana sesuatu pertandingan itu dijalankan. Penganjuran pertandingan ini juga adalah untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran kokurikukum Bola Tampar.



1



Antara permasaalahan yang kami telah tempuhi semasa menganjurkan kejohanan bola tampar ialah proses pemilihan tarikh penganjuran dimana tarikh-tarikh yang kami senarai pendek sebelum ini telah bertembung dengan pertandingan hoki yang dianjurkan oleh kumpulan Dini 3, dan bagi mengelakkan pertembungan penganjuran dengan beberapa pengajuran sukan dari kumpulan Dini lain seperti pertandingan hoki, olahraga dan balapan . Namun begitu itu bukanlah satu permasalahan yang besar kerana kami berjaya memilih tarikh yang sesuai dan mampu dihadiri oleh semua peserta. Melalui penganjuran ini juga, saya mendapat pengalaman yang amat bermakna di mana saya dapat mengaplikasikan segala ilmu yang saya peroleh semasa sesi interaksi sebelum ini. Hal ini jelas dapat dilihat apabila saya dapat menggunakan segala pengetahuan tentang peraturan bola tampar semasa mengadili perlawanan. Secara tidak langsung pengalaman yang saya perolehi kali ini dapat saya gunakan terutama apabila menjadi guru kelak. Saya akan berusaha untuk menaik tarafkan permainan bola tampar ini dalam kalangan pelajar dengan menganjurkan perlawanan sebegini di sekolah. Hal ini kerana permainan bola tampar ini merupakan salah satu permainan yang dapat menyihatkan badan dan mampu memantapkan fizikal dan kognitif pelajar terutama dalam mengatur strategi dalam permainan. Selain itu saya juga dapat menimba pengalaman menjadi peserta dalam pertandingan hoki yang dianjurkan oleh kumpulan Dini 3. Antara pengalaman yang dapat saya kongsikan ialah saya lebih memahami cara untuk bermain hoki seperti kemahiran



asas



permainan



hoki,



kemahiran



seperti



memukul,



menggelecek,



menolak.Ianya kelihatan mudah dalam sesi latihan, tetapi agak sukar semasa mengaplikasikannya



dalam pertandingan. Pendapat



saya



kemahiran-kemahiran



tersebut penting untuk dikuasai supaya kita mampu bermain hoki dengan cara yang baik dan betul . Sebagai seorang guru bukan sahaja kaya dengan ilmu pengetahuan, tetapi juga perlu cergas dan cerdas dalam bidang sukan. Secara tidak langsung, kita mampu melahirkan pelajar yang berkembang secara menyeluruh. Saya juga berpeluang dalam menjalinkan hubungan positif dengan semua ahli kumpulan.



2



Tidak dapat dinafikan bahawa saya telah disedarkan dengan kepentingan sukan bagi manusia. Kehidupan manusia tidak dapat dipisahkan dengan sukan kerana ia banyak membawa manfaat kepada kita semua. Permainan hoki amat sesuai dimainkan oleh remaja dan patut diperkenalkan di semua sekolah. Permainan hoki mementingkan kerjasama pasukan, team work dan memerlukan kemahiran- kemahiran tertentu. Jadi, saya mampu mengaplikasikan kaedah latihan bagi meningkatkan tahap kecergasan fizikal berdasarkan prinsip- prinsip latihan. Kesimpulannya, saya akan mempraktikkan segala ilmu yang diperolehi dalam sukan bola tampar mahupun sukan hoki. Walaupun saya bakal mengajar matapelajaran agama dan bahasa arab, namun ianya bukan alasan untuk saya tidak bergiat aktif dalam sukan dan permainan ini. Insyaallah segala pengalaman yang saya timba di Institut Perguruan Guru Kampus Perempuan Melayu,Melaka hari ini akan saya aplikasikan semaksimum mungkin kelak. Disini saya lampirkan gambar aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa kejohanan bola tampar dan pertandingan hoki.



3



LAMPIRAN 1



PENDAFTARAN PESERTA



SESI REGANGAN



PERLAWANAN BOLA TAMPAR



PERLAWANAN HOKI



MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH



PESERTA BOLA TAMPAR&HOKI DINI 2



4