Laras Bahasa Kreatif [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

LARAS BAHASA KREATIF ( SASTERA ) Aspek penting dalam Laras Sastera: Bersifat imaginatif dan figuratif -hasil pengabungan realiti dan imaginasi penulis dan agak kerap menampilkan ungkapan dan pengalaman yang bersifat peribadi. -pemilihan kata-kata dilakukan dengan berhati-hati supaya dapat menimbulkan suasana yang benarbenar mengusik perasaan. -Sifat figuratif yang ada pada laras sastera, mempunyai penyimpangan makna daripada pengucapan bahasa biasa, namun ia tidaklah bererti laras ini mengetepikan peraturan tatabahasa. -Gaya retorik, kiasan dan sindiran yang terlibat dengannya dipercayai dapat menimbulkan kesan yang kuat kepada pembaca atau pendengar. *sila klik link INI to support us* Banyak menggunakan bahasa-bahasa kiasan: -Ungkapan dan pelbagai perkataan tambahan digunakan dengan baik sebagai hiasan kepada karya atau sesuatu penulisan. -dalam bahasa Ilmiah, kemungkinan laras sastera adalah suatu pembaziran tetapi dalam pandangan laras bahasa sastera, bahasa hiasan yang digunakan sangat berperanan penting dalam menyerikan hasil sesuatu penulisan @ karya. Penggunaan bahasa baku: -pemilihan kata dan ketepatan diperlukan untuk menerangkan mengenai hal-hal dan perkara-perkara yang fractual. -dalam memilih kata-kata atau ungkapan, perlu diperhatikan agar tidak merosakkan suasana. -Contoh karya A. Samad Said, Daerah Zeni, muka surat 112. *sila klik link INI to support us* Bunga-bunga yang dipertiknya dari hutan sekitar itu kini menimpa dan melorot dari kepala nisan, serentak mengejutkan rama-rama dan pepatung tadi. Menggunakan sudut pandangan orang pertama: -Laras bahasa sastera dikaitkan dengan penggunaan sudut pandangan orang pertama, umpamanya : Aku, saya, kami, kita dan sebagainya. -Bahasa seperti ini cuba menarik rapat dan menjadikan pembaca berkeadaan intim dengan pengarang. -contoh ayat : kalau ayah tidak dapat menolong mak, walaupun dalam keadaan susah begini, kewajipan itu jatuhlah ke bahu saya sebagai anaknya, kata Arman menahan air mata yang hampir kerana terlalu hiba. tak mengapa, ayah. Tuhan bersama saya. Saya akan berikhtiar agar emak sembuh seperti sediakala. Saya berjanji.  *sila klik link INI to support us* bernada puitis; -Pemilihan Diksi, ungkapan dan ayat tertentu sering menimbulkan ekspresi yang indah, seni dan mencuit perasaan pembaca atau pendengar. Bersifat Komunikatif -semua hasil karya kreatif bersifat komunikatif iaitu membentuk satu perhubungan langsung antara penulis dengan pembaca. -penglahiran idea dan plot penceritaan yang pengarang sampaikan dalam laras bahasa kreatif lazimnya dapat membawa pembaca bersama menghayati apa yang ingin disampaikan oleh pengarang. *sila klik link INI to support us* Bersifat Ambiguiti -perkataan ambiguiti bermaksud unsur kekaburan dan ketidakjelasan yang digambarkan dala laras bahasa kreatif itu sendiri. -kadangkala penggunaan imejan oleh pengarang menimbulkan unsur ambiguiti. Imejan mental -berfungsi sebagai menajam atau mendorong pembaca untuk mencari makna dan maksud perkataan tersebut.



Imejan Figuratif -digunakan untuk menjelaskan maksud ungkapan dalam penulisan kreatif seseorang penulis. -bentuk yang terlibat dalam imejan figuratif ini adalah unsur personifikasi, metafora, hiperbola dan sebagainya. please help us to click any link above to support us. 1 click, 1 donation. thank you.. :)



6.      Laras Bahasa Klasik Ciri-cirinya: 1.      Teks asal ditulis dalam tulisan Jawi. 2.      Tidak menggunakan tanda bacaan, dan tiada berperenggan 3.      Banyak menggunakan struktur ayat pasif. 4.      Terdapat penggunaan kata praklausa atau kata pembuka ayat, seperti arakian, hatta, kalakian, dll. 5.      Mengandungi kosa kata bahasa istana. 6.      Tidak terdapat imbuhan asing seperti dalam penggubalan istilah sains dan teknikal. 7.      Laras Bahasa Kreatif Ciri-cirinya: 1.      Menggunakan struktur ayat aktif dan ayat pasif. 2.      Menggunakan bentuk dialog atau kata bual seperti dalam skrip drama. 3.      Menggunakan bahasa perlambangan dan kiasan. 4.      Bersifat kreatif imaginatif, menggunakan bunga bahasa, dan bahasa hiasan. 5.      Tidak terdapat ciri khusus bahasa teknikal dan penggunaan ilustrasi. 6.      Terdapat unsur ambiguiti (ketaksaan) dari segi penggunaan kata dan struktur ayat. 7.      Terdapat penyimpangan (deviasi) dari segi fonologi, morfologi atau sintaksis. 8.      Menggunakan alat stilistik untuk tujuan menimbulkan kesan, misalnya menggunakan unsur imejan.