Latihan 8 Pengajian Am [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

SITI NURAFIQAH BINTI ROSLAN LATIHAN 8 ( SOALAN 17 ) Jadual ini menunjukkan pola perubahan import bahan makanan mengikut jenis bahan makanan dari bulan April 2013 hingga Julai 2013 di Malaysia dan langkah-langkah negara dapat mengurangkan pergantungan pada bahan makanan yang diimport. Nilai import bahan makanan bagi hasil tenusu dan telur burung dari bulan April 201 hingga Julai 2013 menunjukkan peningkatan secara berterusan. Pada bulan April 2013, terdapat RM224 juta yang terus meningkat kepada RM336 juta pada bulan Julai 2013 iaitu peningkatan sebanyak RM112 juta bersamaan 50%. Nilai import bahan makanan bagi ikan, krulasea, moluska, dan sediaannya dari bulan April 2013 hingga Julai 2013 menunjukkan penurunan secara berterusan. Pada bulan April 2013, terdapat RM262 juta yang terus menurun kepada RM241 juta pada bulan Julai 2013 iaitu penurunan sebanyak RM20 juta bersamaan 7.63%. Antara langkah-langkah negara dapat mengurangkan pergantungan pada bahan makanan yang diimport ialah menggalakkan setiap isi rumah menanam sayur-sayuran. Hal ini kerana masyarakat dapat memiliki sumber tersebut tanpa melakukan pembelian di mana-mana pasar raya atau kedai runcit. Misalnya, menanam pelbagai jenis sayur-sayuran seperti cili, terung dan bendi di halaman rumah. Sebagai kesan, permintaan terhadap sayur-sayuran daripada negara luar akan dapat dikurangkan. Selain itu, langkah-langkah negara dapat mengurangkan pergantungan pada bahan makanan yang diimport ialah menggunakan teknologi moden dalam sektor pertanian. Hal ini demikian kerana hasil pengeluaran pertanian dapat ditingkatkan pada kuantiti yang mencukupi. Sebagai contoh, pengaplikasian kacukan baka padi yang membolehkan padi ditanam tiga musim setahun dengan menghasilkan tuaian yang lebih banyak dan berkualiti. Sebagai kesan, bekalan beras yang berterusan akan menjamin pasaran tempatan.



Kesimpulannya, nilai import bahan makanan mengikut jenis bahan makanan dari bulan April 2013 hingga Julai 2013 menunjukkan bahan makanan bagi hasil tenusu dan telur burung mengalami peningkatan secara berterusan dan bahan makanan bagi ikan, krulasea, moluska, dan sediaannya mengalami penurunan secara berterusan.