Mensyukuri Nikmat, Melestarikan Alam Sekitar [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN



TEKS KHUTBAH



Tajuk :



MENSYUKURI NIKMAT, MELESTARIKAN ALAM SEKITAR



Tarikh Dibaca :



24 Safar 1443H/ 1 Oktober 2021M



Disediakan oleh :



Cawangan Khutbah & Latihan Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan



Khutbah Jumaat



Mensyukuri Nikmat, Melestarikan Alam Sekitar



MENSYUKURI NIKMAT, MELESTARIKAN ALAM SEKITAR 1 Oktober 2021M/ 24 Safar 1443H



‫ أَ شْهَد ُ أَ ْن لا ِإلََٰه َ ِإلا‬،ِ ‫ُوب ِإلَيْه‬ ِ َ ‫الحمْد ُ لِلـه ِ ر‬ ُ ‫ نَحْمَد ُه ُ وَنَسْت َع ِي ْن ُه ُ و َنَسْت َغْف ِر ُه ُ وَن َت‬،َ‫ب الْع َالم َي ِن‬



‫َل و َسَل ِ ْم عَلَى نَب ِي ِنَا‬ ُ َ ‫ وَأَ شْهَد ُ أَ ن مُحَمدا ع َبْد ُه ُ وَر‬،ُ ‫ك لَه‬ َ ْ ‫اللـه ُ وَحْد َه ُ ل َا شَر ِي‬ ِ ‫ اَلله ُم ص‬،ُ ‫سو ْلُه‬



.ِ‫مُحَمدٍ وَعَلَى آلِه ِ وَصَ ح ْبِه ِ وَم َنْ د َعَا بِدَعْوَتِه ِ ِإل َى ي َو ْ ِم الد ِيْن‬



‫ي بتَِقْو َى اللـه ِ وَطَاع َتِه ِ لَعَلـك ُ ْم‬ ْ ِ ‫صي ْك ُ ْم و َن َ ْفس‬ ِ ‫ أ ْو‬،َ ‫ اِتقُو ْا اللـه‬،ِ ‫ فَيَا عِبَاد َ اللـه‬،ُ ‫أَ ما بَعْد‬ .َ‫تُفْلِحُون‬



‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬ ‫ﯛﯜﯝ ﯞﯟﯠﯡﯢﯣﯤ ﯥﯦﯧ‬ ‫ﯨ ﯩﯪ ﯫ ﯬ ﯭ ﯮ ﯯ ﯰ ﯱﯲ ﯳ ﯴ ﯵ ﯶ‬ Sidang Jemaah yang dirahmati Allah, Marilah



kita



meningkatkan



ketakwaan



kepada



Allah



SWT dengan



melaksanakan segala perintah-Nya serta meninggalkan segala laranganNya. Mudah-mudahan dengan takwa yang kita bangunkan, kehidupan kita akan menjadi lebih baik, diberkati dan dilimpahi rahmat Allah SWT. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong atas perkenan penambahan bilangan jemaah mengikut kapasiti sebenar masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan bagi solat Jumaat, solat 1



Khutbah Jumaat



Mensyukuri Nikmat, Melestarikan Alam Sekitar



fardu serta akitiviti pengimarahan. Justeru, marilah kita jadikan peluang ini untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Berdoalah agar Wilayah-Wilayah Persekutuan khususnya dan negara amnya dibebaskan daripada wabak COVID-19. Mimbar



pada



hari



ini



akan membicarakan khutbah



bertajuk,



“Mensyukuri Nikmat, Melestarikan Alam Sekitar”. Sidang Jemaah yang berbahagia, Alam sekitar adalah anugerah Allah SWT yang amat bernilai kepada kehidupan manusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-ganang sebagai pasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan, hujan sebagai sumber rezeki dan pelbagai lagi termasuklah sungai-sungai yang mengalir. Semua nikmat ini dijadikan Allah SWT supaya manusia bertanggungjawab ke atasnya. Firman Allah SWT menerusi surah Ibrahim ayat 32 yang bermaksud : “Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu; dan Dialah yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintah-Nya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya).” Justeru, menjaga alam sekitar adalah amanah daripada Allah SWT. Di samping itu, Allah SWT menjadikan alam ini ada sunnatullah dan sistemnya yang tersendiri yang mesti dituruti bagi mengelakkan sebarang kerosakan. Semua perkara ini mengandungi hikmah yang sangat besar. Sidang jemaah yang dirahmati Allah,



2



Khutbah Jumaat



Mensyukuri Nikmat, Melestarikan Alam Sekitar



Air merupakan salah satu khazanah alam yang amat bernilai dan menjadi unsur yang paling penting dalam kitaran kehidupan manusia dan alam sekitar. Sesungguhnya Islam sendiri mengajar umatnya supaya memastikan sumber air sentiasa bersih dan suci apatah lagi ianya sangat berkait rapat dengan ibadah kita. Justeru, Islam sangat menegah sebarang perlakuan yang boleh mencemarkan dan merosakkan sumber alam sekitar seperti sungai. Sebagai muslim, kita seharusnya mensyukuri nikmat sumber air sungai yang sangat banyak di negara ini bahkan kualiti air yang baik serta boleh diambil secara berterusan demi menjamin kelestarian alam sekitar sejak bertahun-tahun lamanya. Kita mestilah akui bahawa sungai-sungai inilah yang memenuhi keperluan air bagi seluruh rakyat. Namun kita juga seharusnya sedar dan mengambil peduli dengan masalah kekurangan bekalan air akibat pencemaran sungai dan penggunaan sumber air yang tidak terkawal. Sememangnya pencemaran sungai di negara ini adalah sesuatu yang sangat merugikan kita semua. Amat malang bagi kita apabila masih ada segelintir masyarakat dan pihak-pihak yang terlibat dengan perindustrian dan perkilangan yang tidak bertanggungjawab apabila melakukan perbuatan mencemarkan sungaisungai di negara kita dengan membuang sisa, bahan kimia dan sampah sarap ke dalam sungai. Perbuatan ini jelas suatu kemungkaran yang boleh membawa kepada kemusnahan alam sekitar bahkan ia turut menjejaskan kehidupan orang lain. Ingatlah, sebagai khalifah Allah SWT di atas muka bumi ini kita bertanggungjawab terhadap pemeliharaan alam sekitar dan ekosistemnya. Lantaran itu, Allah SWT mengurniakan akal kepada manusia sebagai nikmat yang sangat penting untuk mentadbir dan mengurus alam ini. Apa sahaja 3



Khutbah Jumaat



Mensyukuri Nikmat, Melestarikan Alam Sekitar



yang dilakukan oleh manusia pasti akan memberi kesan kepada alam ini sama ada baik atau buruk. Inilah intipati firman Allah SWT menerusi surah al-Rum, ayat 41 :



‫ﯾﯿﰀﰁ ﰂﰃﰄ ﰅﰆ ﰇ ﰈﰉ ﰊ‬ ‫ﰋﰌﰍ‬ Bermaksud: “Telah zahir berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangantangan manusia, (timbulnya demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). Mimbar ingin mengambil kesempatan bersempena dengan Sambutan Hari Sungai Sedunia yang bertemakan “Alur Air Dalam Komuniti”, marilah kita mendokong usaha dan tanggungjawab sebagai khalifah Allah SWT dan warganegara yang baik untuk terus berusaha melestarikan khazanah sumber alam di negara ini dengan sebaik mungkin. Jadilah insan yang prihatin dengan mengamalkan kehidupan yang bersih, mengambil berat tanggungjawab pemeliharaan dan pemuliharaan sungai dan alam sekitar serta menjayakan kempen yang diusahakan oleh pihak kerajaan. Sidang jemaah yang dirahmati Allah, Mengakhiri khutbah hari ini, renungkan beberapa kesimpulan untuk ingatan kita bersama : Pertama: Allah SWT menjadikan alam ini ada sunnatullah dan sistemnya yang tersendiri yang mesti dituruti bagi mengelakkan sebarang kerosakan.



4



Khutbah Jumaat



Mensyukuri Nikmat, Melestarikan Alam Sekitar



Kedua: Sebagai khalifah Allah SWT kita bertanggungjawab terhadap pemeliharaan alam sekitar dan ekosistemnya. Gunakan akal dengan bijaksana untuk mentadbir dan mengurus alam ini. Ketiga: Jadilah warganegara prihatin dengan mengamalkan kehidupan yang bersih, memelihara dan memulihara sungai dan alam sekitar serta jayakan kempen kerajaan dalam melestarikan alam sekitar di negara ini. Marilah sama-sama kita hayati firman Allah SWT dalam surah al-Mukminun, ayat 18:



‫ﭷﭸﭹﭺﭻ‬ ‫ﭑ ﭒ ﭓ ﭔ ﭕ ﭖ ﭗ ﭘﭙ ﭚ ﭛ ﭜ ﭝ ﭞ ﭟ‬ Bermaksud : “Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang



tertentu,



serta



Kami



tempatkan



ia



tersimpan



di



bumi



dan



sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.”



ِ ‫َات وَالذِكْر‬ ِ ‫ن الآي‬ َ ِ ‫ن ال ْعَظِي ِْم وَنَف َعَنِي و َِإياك ُ ْم بِمَا فِيْه ِ م‬ ِ ‫ب َارَك َ اللـه ُ ل ِ ْي وَلـَك ُ ْم ب ِالْقُر ْآ‬



َ ‫ل قَو ْل ِ ْي ه َذ َا وَأَ سْ تَغْف ِر ُ اللـه‬ ُ ْ ‫ أَ قُو‬.ُ ‫ل م ِنِي وَمِنْك ُ ْم تِلاوَتَه ُ ِإنه ُ ه ُو َ السمِي ُع الْعَلِي ْم‬ َ ‫كي ِْم وَتَق َب‬ ِ َ ‫الْح‬ ‫ات الأَ حْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم‬ ِ َ ‫ات و َال ْمُؤْم ِنِي ْنَ وَال ْمُؤْم ِن‬ ِ َ ‫الْعَظِي ْم َ ل ِ ْي وَلـَك ُ ْم وَلِسَا ئِر ِ ال ْمُسْل ِمِيْنَ وَال ْم ُ ْسل ِم‬



.ُ ‫حي ْم‬ ِ ‫وَالأَ مْوَات فَاسْ تَغْف ِر ُْوه ُ ِإنه ُ ه ُو َ الْغَفُو ْر ُ الر‬



5



‫‪Khutbah Jumaat‬‬



‫‪Mensyukuri Nikmat, Melestarikan Alam Sekitar‬‬



‫خطبه كدوا‬ ‫ب الْع َالم َي ِنَ‪ ،‬وَالصلَاة ُ وَالسلَام ُ عَلى َ سَي ِدِنَا مُحَمدِ ِن النب ِ ِي الْأَ م ِينِ‪ ،‬وَعَلَى آلِه ِ‬ ‫الحمْد ُ لِلـه ِ ر َ ِ‬



‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِينِ‪.‬‬ ‫ن وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬ ‫صحَابِه ِ الطاهِرِي َ‬ ‫وَأَ ْ‬



‫سيِد َنَا مُح َمدا ع َب ْد ُه ُ وَرَسُولُه ُ‪.‬‬ ‫ك لَه ُ‪ ،‬وَأَ شْهَد ُ أن َ‬ ‫أَ شْهَد ُ أَ ْن لا ِإل ٓه َ ِإلا اللـه ُ وَحْد َه ُ لا َ شَر ِي ْ َ‬ ‫أَ ما بَعْد ُ‪ ،‬فَيَا عِبَاد َ اللـه ِ‪ ،‬اِتق ُوا اللـه َ حَق ت ُق َاتِه ِ و َاع ْلَم ُوا أن اللـه َ أَ مَرَك ُ ْم ب ِأَ ْمر ٍ عَظ ٍِيم‪ ،‬أَ مَرَك ُ ْم‬



‫ل الله ُ تَع َالَى‪ :‬ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ ﭶ‬ ‫ب ِالصلَاة ِ وَالتسْل ِِيم عَلَى نَب ِيِه ِ الـْكَر ِي ِم‪ ،‬فَق َا َ‬ ‫ﭷﭸ ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ‬ ‫ل سَي ِدِن َا م ُحَمدٍ كَمَا صَلي ْتَ عَلَى سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ وَعَلَى‬ ‫ل عَلَى سَي ِدِن َا مُحَمدٍ وَعَلَى آ ِ‬ ‫اَلله ُم َ‬ ‫ص ِ‬



‫ل سَي ِدِنَا مُحَمدٍ كَمَا ب َار َكْ تَ عَلَى سَي ِدِنَا‬ ‫ك عَلَى سَي ِدِن َا مُحَمدٍ و َعَلَى آ ِ‬ ‫ل سَي ِدِن َا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ و َب َارِ ْ‬ ‫آ ِ‬



‫مج ِي ْد‪.‬‬ ‫ل سَي ِدِنَا ِإ ب ْر َاهِي ْم َ فِي ال ْع َالم َي ِْنَ ِإن َ‬ ‫ِإ ب ْر َاهِي ْم َ وَعَلَى آ ِ‬ ‫ك حَمِي ْد َ‬



‫ن التاب ِع ِينَ وَتَابِع ِي‬ ‫شدِي َ‬ ‫ن الْخل ُُف َاء ِ الرا ِ‬ ‫ار َ‬ ‫ن و َ ع َنْ بَق ِية ِ الصح َابَة ِ أَ ْجم َع ِينَ‪ ،‬وَع َ ِ‬ ‫ض الله ُم ع َ ِ‬ ‫وَ ْ‬ ‫ض ع َنا مَعَه ُ ْم ي َا أَ ك ْر َم َ الْأَ ك ْرَم ِينَ‪.‬‬ ‫ار َ‬ ‫التاب ِع ِينَ وَم َنْ تَبِعَه ُ ْم ب ِِإحْ سَا ٍ‬ ‫ن ِإلَى يَو ْ ِم الد ِي ْ ِن و َ ْ‬ ‫ات‪.‬‬ ‫ات الأَ حْ يَاء ِ مِنْه ُ ْم وَالأَ مْو َ ِ‬ ‫ات وَالمُؤْم ِن ِينَ و َالمُؤ ْم ِن َ ِ‬ ‫الله ُم اغْفِر ْ لِل ْمُسْل ِمِينَ وَالمُسْل ِم َ ِ‬



‫الصحة ِ و َالسلَامَة ِ م َل ِـكَـنَا كـباوه د ُول ِي يڠ مَهَا م ُوليا‬ ‫ق وَال ْهِد َايَة ِ و َ ِ‬ ‫الله ُم أَ ي ِ ْد بِد َوَا ِم التو ْف ِي ْ ِ‬ ‫سري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ ‪ ،‬الس ُلطَان عَبْد ُ اللـه رِعَايَة ُ الد ِي ْن الـم ُصْ طَفَى‬



‫ست َع ِي ْن باللـه‪.‬‬ ‫َاج أَ حْم َد شَاه الـم ُ ْ‬ ‫ب ِاللـه شَاه ا ب ْ ِن المرحوم سُلْطَان ح ِ‬ ‫‪6‬‬



‫‪Khutbah Jumaat‬‬



‫‪Mensyukuri Nikmat, Melestarikan Alam Sekitar‬‬



‫ك كـباوه د ُول ِي يڠ مَهَا م ُوليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ‪،‬‬ ‫وَك َذل ِ َ‬ ‫حو ْم الـم ُت َوَك ِلْ عَلَى‬ ‫ْت الـمَر ْ ُ‬ ‫تُونكو)‪ (Tunku‬حاجه عَزِي ْزَةْ أَ م ِي ْنَة ْ م َيْمُو ْنَة ْ ِإسْ كَنْدَرِ يَة ْ بِن ِ‬



‫اللـه سُلْطَان ِإسْ كَنْد َْر الحَاج‪.‬‬ ‫ق وَال ْهِد َايَة ِ م َل ِـكَـنَا د ُول ِي يڠ مها موليا سلطان نَزْرِين م ُع ِز الد ِين شَاه‬ ‫و َأَ يِدِ الله ُم ب ِالتو ْف ِي ْ ِ‬ ‫حو ْ ِم سُلطَان أَ زْلَنْ مُح ِب الد ِين شَاه الم َغْفُو ْر لَه ْ‪ ،‬تيمبالن يڠ دڤرتوان اڬوڠ‪،‬‬ ‫ا ِب ْ ِن الم َر ْ ُ‬ ‫سالِي ْم‪.‬‬ ‫ك د ُول ِي يڠ مها موليا راج ڤرمايسوري ڤيرق دار الرضوان توانكو ز َارَا َ‬ ‫وَك َذل ِ َ‬ ‫ن وَأَ م َانٍ‪،‬‬ ‫الله ُم اجْ ع َلْ بلََد َن َا م َالِيز ِي َا آم ِنا م ُ ْطم َئ ًِّنا‪ ،‬سَ خَاء رَخ َاء‪ ،‬د َار َ ع َ ْد ٍ‬ ‫ل و َِإيمَانٍ‪ ،‬وَأَ ْم ٍ‬



‫وَسَا ئ ِر َ بِلَادِ الْـمُسْل ِمِينَ‪.‬‬



‫الله ُم أَ عِز ال ِْإسْ لَام َ وَال ْمُسْل ِمِيْنَ ‪ ،‬وَد َم ِْر أَ عْد َاءَك َ أَ عْد َاء َ الد ِي ِن وان ْصُرْ م َنْ ن َصَر َ الد ِينَ‪،‬‬



‫ك ِإل َى ي َو ْ ِم الد ِيْنِ‪.‬‬ ‫ل كَل ِمَت َ َ‬ ‫وَاخْذ ُلْ م َنْ خَذ َ َ‬ ‫ل ال ْمُسْل ِمِيْنَ‪ ،‬وَأَ ع ْ ِ‬



‫ن الب َرَصِ‪ ،‬وَالْجن ُ ُونِ‪ ،‬وَالْج ُذ َا ِم‪ ،‬و َم ِنْ س َِي ِئ الْأَ سْ ق َا ِم‪.‬‬ ‫ك مِ َ‬ ‫الله ُم ِإنا ن َع ُوذ ُ ب ِ َ‬



‫يا اللـه‪ ،‬جاديكنله كامي همبا‪-‬همبامو يڠ طاعة ملقساناكن كواجيڤن صالة‪ ،‬ممباير زكاة كڤد‬ ‫ڤوست ڤوڠوتن زكاة مجليس اڬام إسالم واليه ڤرسكوتوان (‪ )PPZ-MAIWP‬دان مڠينفاقكن‬ ‫هرتا ماللوءي عباده وقف‪ .‬بركتيله دان رحمتيله سڬاال اوسها كامي دالم ممنوهي كواجيڤن‬ ‫زكاة دان وقف ڤد جالنمو‪ .‬جاديكنله هرتا زكاة دان وقف اين سباڬاي ساهم كامي دأخيرة‬ ‫كلق‪.‬‬ ‫يا اللـه‪ ،‬ڤرمودهكنله ‪ MAIWP‬دالم مڠاڬيهكن زكاة كڤد ڤارا اصناف دان مڠوروسكن هرتا‬ ‫وقف دڠن سباءيق‪-‬باءيقڽ دمي منفعة اومت إسالم دواليه ڤرسكوتوان‪.‬‬



‫‪7‬‬



‫‪Khutbah Jumaat‬‬



‫‪Mensyukuri Nikmat, Melestarikan Alam Sekitar‬‬



‫يا اللـه‪ ،‬كورنياكنله جوڬ كڤد كامي كسجهتراءن‪ ،‬كأمانن‪ ،‬كسالمتن سرتا ڤرليندوڠن درڤد‬ ‫مصيبة‪ ،‬باال بنچان دان وابق ڤڽاكيت بربهاي خصوصڽ ‪.COVID-19‬‬ ‫َاب النارِ‪.‬‬ ‫خرَة ِ َ‬ ‫حسَن َة وَفِي الْآ ِ‬ ‫ر َبنَا آتنَِا فِي الدن ْيَا َ‬ ‫حسَن َة و َق ِنَا عَذ َ‬ ‫عِبَاد َ اللـه ِ‪،‬‬



‫ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂﮃﮄ ﮅ ﮆ‬ ‫ﮇﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ‬ ‫فَا ْذك ُر ُوا اللـه َ ال ْعَظِي ْم َ ي َ ْذكُر ْكُمْ‪ ،‬وَاشْ ك ُر ُوه ُ ع َلَى نِعَمِه ِ يَز ِ ْدكُمْ‪ ،‬وَاسْ أَ لُوه ُ م ِنْ ف َضْ لِه ِ ي ُعْطِك ُ ْم‬



‫وَلَذِك ْر ُ اللـه ِ أَ كْ ب َر ُ‪ ،‬وَاللـه ُ يَعْلَم ُ م َا تَصْ ن َع ُونَ‪.‬‬



‫‪8‬‬