Mental State Examination [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PENGENALAN Mental state assessment atau nama lainnya MSE ialah sebuah ujian yang dilakukan untuk menilai tahap kewarasan seseorang melalui dari segi percakapan, keterampilan pesakit serta tingkah laku. Selain itu juga gaya dari segi pertuturan dan gangguan persepsi pesakit dapat dinilai dalam ujian ini. Ia adalah sebahagian daripada satu cara atau langkah bagi menilai tahap kesihatan pesakit dari segi kita mewawancara dengan mereka. Walaupun kita melihat dari pandangan kasar bahawa sesetengah pesakit ini seperti orang biasa, akan tetapi apabila meneliti dan mendalami dalam proses wawancara ini, dari situ dapat menilai status mental seseorang pesakit tersebut. Penilaian status mental iaitu memerhati keadaan pesakit, percakapan dengan pesakit, eksplorasi saat melakukan wawancara dengan pesakit serta pemeriksaan secara formal. Melihat kepada pengkaji MSE ini, iaitu Guy E Brannon (2013) menyatakan pemeriksaan status mental adalah alat yang paling penting dan perlu digunakan untuk mendiagnosis dalam kesihatan psikiatri seorang pesakit dengan cara mendapatkan maklumat pesakit untuk membuat diagnosis yang tepat. Proses pemeriksaan pesakit perlu dimulakan sejak awal lagi agar kita dapat menilai tentang masalah dan penyakit yang dihadapinya. Oleh demikian juga, saya ada memperolehi maklumat dari fakta internet di laman ensiklopedia telah menyatakan bahawa pemeriksaan status mental. Adalah penting untuk menilai dalam memproses penilaian keadaan pesakit bagi pesakit-pesakit psikiatrik. Ia adalah cara untuk memerhati dan menerangkan keadaan pemikiran pesakit dari semasa ke semasa dengan menyelaraskan keadaan pesakit serta sikap tingkah laku, perasaan dan affect, percakapan, proses pemikiran, kandungan pemikiran, persepsi, kognitif dan kewarasan mental dalam membuat keputusan.



TUJUAN MELAKUKAN MENTAL STATE EXAMINATION Tujuan pemeriksaan status mental adalah untuk menilai tahap pemulihan dan kemerosotan mental seseorang. Dalam fungsi kognitif yang dapat dicari dalam temubual diantara pesakit adalah dalam menilai status mental termasuk masa, tempat serta identiti diri dan ingatan yang kuat dalam hal-hal jangka masa panjang atau pendek. Selain itu juga, keupayaan dalam matematik dan intelektual, pemeriksaan masalah yang diberikan kepada orang tua dan pesakit lain sedang dinilai dalam kemahiran keseluruhan fungsi pesakit diantaranya kesukaran dengan bahasa pengiraan yang mudah, perancangan dalam melakukan sesuatu tugasan dan juga masalah dalam kehilangan ingatan. Keputusan pemeriksaan status mental mungkin memberikan cadangan ujian lanjut atau jenis ujian tertentu yang diperlukan. Langkah pemeriksaan status mental perlu dilakukan secara berulang kali agar dapat menilai tahap normal dan keabnormalan terhadap keadaan pesakit.



TANDA-TANDA PESAKIT MENGALAMI GANGGUAN ATAU MASALAH MENTAL Terdapat banyak tanda manifestasi klinikal penyakit mental dapat diketahui sekiranya kita memberi perhatian terhadapnya. Antara tanda-tanda penyakit tersebut ialah 1. Paranoid (cemas atau perasaan takut) pada masalah yang biasa, manakala bagi orang normal tidak perlu ditakuti atau dicemaskan. 2. Terjadi perubahan diri yang cukup bererti kepada pesakit 3. Kekacauan dalam alam pikir iaitu yang dapat dilihat dari isi perbicaraannya, misalnya dalam percakapan 4. Jiwa kacau sehingga tidak dapat membezakan realiti dan fantasi 5. Terjadi perubahan sistem pemakanan yang tidak seperti biasa 6. Pola tidur terjadi akibat perubahan yang tidak seperti biasa atau normal 7. Memiliki emosi atau perasaan yang mudah berubah-ubah. Merasa depresi, sedih atau stress yang meningkat tinggi secara berterusan 8. Kesulitan dalam melakukan pekerjaan atau tugasan harian walaupun pekerjaan tersebut telah dilakukan selama bertahun-tahun dan telah menjadi kebiasaan 9. Memiliki pemikiran untuk mengakhiri masa hidup atau dengan cara yang membunuh diri 10. Delusi adalah keyakinan seseorang yang tidak rasional (tidak masuk logic akal) meskipun telah dibuktikan secara objektif bahawa keyakinannya itu tidak rasional, namun penderita tetap meyakini tentang kebenarannya. Sering berfikir atau mengelamun yang luar dari realiti 11. Perasaan pesakit (affect) tumpul dan mendatar. Gambaran perasaan ini dapat terlihat dari wajahnya yang tidak menunjukkan ekspresi 12. Menarik diri atau mengasingkan diri (withdrawn). Tidak mahu bergaul atau kontak dengan orang lain, suka mengalamun( day dreaming). 13. Halusinasi tentang sesuatu perkara sehingga menunjukkan seseorang itu menjadi tidak normal.



GENERAL APPEARRANCE (PENAMPILAN UMUM) Penampilan umum adalah penting untuk dinilai bagi memberi gambaran awal tentang kemampuan pesakit dalam menguruskan penjagaaan kendiri serta menjalankan aktiviti harian kehidupan (ADL). Perhatikan samada keadaan muka, rambut serta kuku pada tangan pesakit. Perhatikan tahap kekemasan diri seseorang pesakit adalah kemas atau selekeh. Perhatikan samada pesakit kelihatan pucat, letih atau tidak bertenaga. Selain itu perhatikan juga badan pesakit samada kurus atau gemuk.



BEHAVIOUR (TINGKAH LAKU) Penilaian pesakit dalam tingkah laku adalah melalui pemerhatian secara tidak langsung terhadap kelakuan pesakit semasa sesi penilaian dilakukan. Perhatian yang perlu dperhatikan dalam aspek tertentu amat penting bagi menilai keadaan pesakit Berikut merupakan aspek yang diperhatikan dalam menilai tingkah laku pesakit iaitu 1. Consentration – adakah pesakit boleh beri perhatian pada perkara yang dicakap atau dilihat 2. Attension – adakah pesakit boleh memberi perhatian yang sepenuhnya? 3. Comperative – adakah pesakit boleh beri kerjasama 4. Aggressive – bertindak ganas atau kejam



MOOD DAN AIR MUKA Perbezaan diantara mood dan affect dalam MSE adalah tertakluk kepada beberapa percanggahan pendapat. Sebagai contoh, Trzepacz dan Baker (1993) menggambarkan menjejaskan sebagai ‘manifestasi luaran dan dinamik negara seseorang dalaman emosi” dan perasaan sebagai “ keadaan dalaman utama seseorang pada satu-satu masa”. Sedangkan bagi Sims(1995) merujuk kepada memberi kesan sebagai “perasaan tertentu berbeza” dan sebagai perasaan sebagai “keadaan yang lebih berpanjangan atau perpindahan. Penilaian yang dibuat terhadap keadaan mood pesakit seta air muka yang ditunjukkan melalui konsep kesepadanan mood yang dialami pesakit dengan air muka yang ditunjukkan. Air muka (affect) adalah merujuk kepada ekspresi yang ditunjukkan berdasarkan emosi manakala mood pula ialah emosi yang dialami dalam tempoh waktu yang tertentu. Individu normal akan menunjukkan mood dan affect yang sepadan seperti mood sedih dan diekspresikan dengan air muka. Mood dan air muka pesakit berpadanan dengan keadaan pesakit alami Berikut merupakan aspek yang diperhatikan dalam menilai mood dan affect. 1. Affect a. range: restricted, blunted, flat b. appropriateness (kesepadanan dengan mood): appropriate, inappropriate c. kestabilan: tidak berubah, berubah-ubah (labile) 2. Mood a. Happiness: eksatatik, elevated, lowered, depressed b. Irritability: explosive, irritable, calm c. Kestabilan



Langkah dari segi percakapan yang perlu kita lihat terhadap pesakit 1. Rasional: adakah jawapan munasabah 2. Relevant: adakah jawapan ada kaitan antara satu sama lain 3. Coherence: adakah jawapan boleh diterima 4. Pressure of speech: adakah jawapan yang diberi oleh pesakit mencurah-curah.



Kognitif Kognitif pula merujuk kepada kapasitii semasa pesakit dalam memproses maklumat 1. Tahap kesedaran: alert, drowsy 2. Orientation: oriented, not oriented 3. Fungsi memori: ingatan jangka pendek/panjang 4. Tumpuan dan perhatian: memberi perhatian, sukar memberi perhatian 5. Pengetahuan am: tahu/tidak tahu 6. Bahasa: keupayaan menamakan objek dan menerima arahan



Pemikiran Pemikiran pesakit biasanya adalah dengan dinilai melalui dari dalam pemikirannya dan proses pemikiran itu dijalankan sewaktu itu. Berikut merupakan aspek yang diperhatikan dalam menilai pemikiran pesakit iaitu 1. Konten pesakit 2. Delusi: memiliki kepercayaan yang kuat terhadap sesuatu yang nyata salah 3. Dibelenggu (preoccupied): pemikiran yang dibelenggu oleh sesuatu 4. Obsesi: pemikiran yang obses terhadap sesuatu 5. Pemikiran depresi: ingin membunuh diri, orang lain atau mencederakan 6. Anxiety: fobia 7. Proses dalam meniliti pesakit 8. Irrelevant: loose of association 9. Kerap berubah 10. Perkataan yang mengarut 11. Pressured speech



Persepsi Gangguan persepsi yang dinilai melalui persoalan yang khusus diajukan kepada pesakit. Gangguan persepsi mungkin berlaku dalam tiga keadaan samada dalam bentuk dissociative syndrome, halusinasi atau ilusi 1. Dissociative syndrome a. derealisation: pesakit merasakan dunia disekelilingnya adalan bukan realiti tapi khayalam semata b. dipersonalisation: pesakit merasakan dirinya bukan lagi dirinya.



2. Ilusi a. pesakit menganggap sesuatu yang wujud sebagai sesuatu yang lain berbeza dengan tangapan orang lain.



3. Halusinasi a. persepsi yang salah terhadap sesuatu tanpa wujudnya peransang kepada lima pancaindera iaitu visual, audio, olfactori, sentuhan dan lain-lain.



RUJUKAN 1. Ensiklopedia bebas, wikipedia, mental state examination. http://en.wikipedia.org/wiki/mentalstatusexamination 2. Romirianto.blogspot, pemeriksaan status mental http://romirianto.blogspot.my/2013/11/pemeriksaan-status-mental.html