Pengurusan Bilik Darjah [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Berdasarkan pelan lantai di atas dan dalam konteks bilik darjah di sekolah rendah di Malaysia, anda dikehendaki



i. Mengenalpasti persekitaran bilik darjah di atas yang mungkin menyumbang kepada masalah yang disenaraikan. Berdasarkan gambar rajah di atas, dapatlah kita ketahui bahawa persekitaran bilik darjah tersebut mungkin menyumbang kepada beberapa masalah. Antara masalahnya ialah susun atur bilik darjah tidak terancang. Hal ini dikatakan dimikian kerana tempat letak kertas, pensil dan pen marker terletak jauh daripada papan putih. Guru perlu membazirkan masa untuk mengambil benda dari tempat letak kertas pensil dan pen marker serta lain-lain. Pada masa ini, semestinya ada beberapa murid yang lebih aktif akan menggunakan masa ini untuk bercakap atau membuat perkara lain. Dengan ini, guru perlu membazirkan masa lagi untuk mengawal disiplin murid-murid kerana keadaan yang bising akan menjejaskan pengajaran guru. Lain daripada itu, tempat duduk murid ADHD akan memberi gambaran yang negatif kepada murid itu sendiri serta murid-murid lain. Hal ini demikian



kerana murid tersebut telah diasingkan dan perbuatan ini akan menyebabkan murid itu berasa bersendirian. Murid-murid lain juga akan berasa murid itu adalah tidak sama dengan mereka dan secara tidak langsung mereka tidak suka bergaul dengannya. Fenomena ini tidak akan membawa apa-apa kesan yang baik kepada murid ADHD itu. Tambahan pula, tempat duduk murid ADHD terletak jauh daripada papan putih dan hal ini menjadikan guru tidak dapat melihat pergerakkannya. Masalah yang seterusnya pula merupakan meja kumpulan kecil yang berbentuk bulatan tidak sesuai digunakan. Hal ini demikian kerana murid yang duduk membelakang papan putih amat susah untuk melihat papan putih dengan selesa. Perkara ini mungkin akan menjadikan murid tersebut menjadi rabun mata atau tidak dapat berfokus kepada pengajaran guru serta juga mengganggu murid-murid lain. Selain itu, kedudukan semua murid adalah disusun dalam bentuk kumpulan. Dengan itu, murid akan menjadi lebih mudah kehilangan fokus dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana mereka akan berbual-bual dan berbincang hal-hal yang tidak berkaitan dengan pembelajaran Di samping itu, akuarium yang diletakkan di tepi papan putih juga kurang sesuai kerana murid-murid yang masih kecil mudah tertarik minat kepada akuarium itu dan secara tidak langsung hilangkan fokusnya kepada guru yang sedang mengajar. Akhir sekali, kawasan puzzle dan mainan serta sudut perpustakaan terletak terlalu dekat. Hal ini menyebabkan konflik antara muridmurid sering berlaku kerana murid yang berada di kawasan mainan dan puzzle akan mengganggu murid yang sedang membaca buku di sudut perpustakaan. Oleh sebab itu, konflik antara mereka sering berlaku kerana suasana dalam kawasan puzzle dan mainan adalah sangat meriah dan seronok namun muridmurid yang ingin membaca buku memerlukan suasana yang senyap dan tenang.



ii. Sediakan pelan baharu dengan menyusun semula bilik darjah tersebut dan beri justifikasi untuk menyokong susunan pelan baharu ini.



Gambar rajah di atas ialah pelan baharu yang saya hasilkan untuk menyelesaikan masalah yang dinyatakan dalam soalan i. Berdasarkan gambar rajah di atas, jelas menunjukkan bahawa saya telah menyusun meja murid dan guru supaya murid-murid dapat melihat papan putih dengan lebih senang. Tempat duduk mereka juga akan disusun mengikut ketinggian mereka agar semua murid dapat melihat dengan jelas tanpa halangan. Tambahan pula, jarak antara papan putih dengan tempat penyimpanan pen dan marker juga tidak jauh. Oleh itu, guru dapat berjaya mengawal suasana murid-murid walaupun ingin mengambil benda daripada tempat penyimpanan pen dan marker. Lebih-lebih lagi, meja guru telah diletakkan di kawasan depan kelas supaya guru dapat mengawal suasana bilik darjah dengan baik dan berkesan.



Di samping itu, murid ADHD juga tidak lagi duduk bersebelahan guru. Tempat duduknya telah dipindah ke tempat duduk yang ditanda dengan warna biru. Dengan ini, murid ADHD dapat berkomunikasi dengan murid manakala guru dapat memerhati dan menjaganya. Secara tidak langsung, murid ADHD tidak akan berasa sedih kerana dirinya terasing daripada murid-murid lain. Selain itu, sudut perpustakaan dan kawasan puzzle dan mainan telah dipisahkan supaya murid-murid dapat menjalankan aktiviti bacaan atau mainan dalam keadaan yang sesuai. Rak penyimpanan puzzle dan mainan dan rak buku perpustakaan juga diletakkan dalam tempat yang berhampiran supaya murid-murid lebih mudah untuk mengambil benda-benda tersebut. Akuarium juga diletakkan berhampiran kawasan puzzle dan mainan supaya murid dapat berfokus kepada pengajaran guru.