Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Kesihatan Tahun 4 - 2.1.2 & 2.1.2 [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Kesihatan Tahun 4



Mata Pelajaran



Pendidikan Kesihatan



Modul



Modul 2:Kesihatan Mental Emosi dan Sosial



Kelas



4



Masa



8.00 – 8 .30



Tajuk



Kesihatan Mental dan Emosi



Standard Kandungan



Pengurusan Mental dan Emosi 2.1 Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan cara mengurus emosi untuk meningkatkan kesihatan mental dalam kehidupan harian. 2.1.1 Menyatakan maksud konflik dan stres. 2.1.2 Mengenal pasti tanda-tanda konflik dan stres dalam diri sendiri. Pada akhir pembelajaran murid dapat: 1.Menyatakan maksud konflik dan stres. 2.Mengenal pasti tanda-tanda konflik dan stres dalam diri sendiri. 1.Tunjukkan gambar yang mempunyai pelbagai emosi contohnya: - Sedih -Muram -Gelisah(Lampiran 1- PPT)



Standard Pembelajaran



Objektif Pembelajaran



Aktiviti



2.Minta murid menyebut perkataan berpandukan gambar. 3.Guru menunjukkan gambar situasi yang menunjukkan stres dan menerangkan situasi dalam gambar. Guru menyoal: i) Jika perkara seperti itu apakah perasaan kamu? Guru membimbing murid menyebut perkataan stres dan menyatakan maksud stres.(Lampiran 2- PPT) 6.Tunjukkan gambar pergaduhan dalam keluarga. Guru menyoal: i) Apakah yang sedang berlaku dalam dalam gambar tersebut? Guru membimbing murid menyebut perkataan konflik dan menyatakan maksud konflik.(Lampiran 2-PPT)



8. Guru menunjukkan contoh tanda-tanda konflik dan stres berdasarkan gambar dan perkataan. Contohnya: -Gambar menangis - Makan dengan gelojoh - Gambar marah - murung (LAMPIRAN 3-ppt) 9.Aktiviti dalam kumpulan guru mengedarkan lembaran kerja, murid diminta melengkapkan ayat berdasarkan gambar situasi dengan menjelaskan pelbagai jenis emosi. Contoh : Gambar situasi dimarah guru Ayat: Apabila dimarah oleh guru saya menangis / sedih / kecil hati Kreativiti dan inovasi EK 1 – Membanding beza EK 2- Mengumpul dan mengelas Internet PPT , Lembaran Kerja



EMK



TMK BBM Penilaian



Impak/Refleksi



B3D4E1 Menjelaskan dengan contoh maksud konflik dan stres serta mengenalpasti tanda-tanda konflik dan stress dalam diri sendiri. Contoh refleksi: 1. 30 daripada 32 orang murid dapat menjelaskan maksud konflik dan stress dan mengenal pasti tanda-tanda konflik dan stres dalam diri sendiri. 2. 2 daripada 32 orang murid masih perlu diberi latihan menjelaskan maksud konflik dan stres dan mengenal pasti tandatanda konflik dan stres dalam diri sendiri. Murid yang tidak dapat menguasai akan diberi bimbingan dalam kelas seterusnya.



Disedikan oleh kumpulan 13: 1. 2. 3. 4.



Rosnani bt Hassan – SK Seri Yong Peng How Lay Tin – SJKC Kangkar Bahru Mohd Zulkpli bin Salleh-Sk Bukit Kuari K. Balachandran-SJK(T) Seri Pelangi