Refleksi Jahitan [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Dalam pengajian saya pada semester 3 PISMP Reka Bentuk Dan Teknologi, saya dikehendaki mempelajari mata pelajaran Reka Bentuk Pakaian RBT 3106 dengan bimbingan pensyarah iaitu Pn. Rohani Binti Seman.Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya yang banyak membantu saya dalam menjalankan projek jahitan ini disampin dengan sokongan rakan-rakan. Sebelum saya memulakan aktiviti menjahit dan menghasilkan baju, saya telah didedahkan dengan ilmu pengetahuan asas mengenai jahitan seperti kajian fabrik, seni reka pakaian, proses jahitan dan rekod kerja. Pendedahan terhadap ilmu pengetahuan baru ini telah memberi saya sesuatu yang berharga dimasa akan dating. saya dapat mengenali lebih mendalam mengenai pakai dan jenis febrik. ini dapat membantu saya dalam mengetahui fabrik, corak, jenis pakaian yang sesuai dengan saya. Tugasan yang diterima kali ini juga amat mencabar kerana saya terpaksa membuat baju blaus. Ketika menjalankan tugas ini berbagai dugaan seperti kesilapan dan kerosakan terjadi pada balus yang saya jahit. Dengan dibimbing dan diberikan tunjuk ajar oleh pensyarah, saya berjaya menghasilkan baju pada masa yang ditetapkan. Saya juga dapat merasa dan menjadikan ini pengalaman yang amat penting bagi saya untuk menjadikan salah satu panduan pada masa akan datang. Setelah selesai menyediakan blaus. saya diminta untuk menyediakan satu rekod kerja. Dalam menyediakan rekod ini saya dapat mengimbas kembali ilmu yang telah saya pelajari. Ilmu ini amat penting bagi diri saya untuk masa akan datang. Dalam menyediakan rekod kerja ini juga dapat memupuk diri saya untuk bersabar dan belajar cara untuk menguruskan maklumat dan penyusunan ilmu pengetahuan. Saya juga dapat merapatkan hubungan sesama rakan. Sikap tolong menolong, kerjasama dan sebagainya.Saya juga berasa bangga dengan hasil kerja saya sendiri dan pada masa ini,Insyaallah saya mampu untuk menjahit dan dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas yang telah saya pelajari dalam matapelajaran ini.