Sejarah Takaful Di Zaman Rasulullah [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

SEJARAH



PERKEMBANGAN



TAKAFUL



DI



ZAMAN



RASULULLAH



DAN



PERLAKSANAANNYA DI MALAYSIA 1.0



Pendahuluan



Takaful diwujudkan bagi menggantikan konsep insurans konvensional yang diperkenalkan masyarakat barat. Namun, hakikat sebenarnya ialah masyarakat barat yang meniru amalan yang diamalkan masyarakat Arab Jahiliyyah dan dikembangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW dan khalifah Islam seterusnya.



Mencari sesuatu yang halal untuk dimakan atau digunakan dalam kehidupan seharian adalah merupakan suatu kewajipan yang difardukan oleh Allah SWT ke atas setiap Muslim, kerana mengambil yang halal itu dapat menambah cahaya iman dan membuat termakbulnya doa dan diterima amal ibadah, sebagaimana memakan yang haram boleh menghalang doa dan ibadat dari diterima oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Anas bin Malik meriwayatkan dari Rasulullah SAW, bersabda; “Mencari yang



halal



adalah



suatu



kewajipan



ke



atas



setiap



Muslim”.



Diriwayatkan oleh al-Thabarani dengan sanad yang baik (hasan).



Penubuhan takaful adalah rentetan keputusan Majlis Fatwa Dunia Pertama mengatakan hukum insurans konvensional adalah haram berdasarkan wujudnya gharar, maisir dan riba’. Keputusan yang dibuat pada tahun 1960 di Kaherah, Mesir itu turut diulang pada persidangan kedua di Makkah, Arab Saudi dan pada 16 Jun 1972, ketika persidangan kali kelima yang diadakan di Kuala Lumpur, masih mengekalkan keputusan yang sama.



Sejurus daripada perbincangan Majlis Fatwa Dunia Pertama di Malaysia , Lembaga Pengawasan Syariah telah ditubuhkan bertujuan untuk memastikan semua syarikat takaful di Malaysia berdaftar dan diluluskan secara rasmi di bawah Lembaga Pengawasan Syariah. Lembaga Pengawasan Syariah juga berfungsi sebagai penasihat supaya unsur-unsur haram yang terdapat dalam insurans konvensional tidak terdapat dalam insurans Islam atau takaful.



1



2.0 Definisi Takaful dan Insurans Menurut Akta Takaful 1984, takaful ditakrifkan sebagai satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada para peserta jika diperlukan di mana para peserta bersama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu (IBFIM , 2010).



Insurans pula didefinisikan sebagai pemindahan risiko daripada seorang individu atau sebuah organisasi kepada syarikat insurans. Individu atau syarikat tersebut akan dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran dalam bentuk premium dan sekiranya individu atau syarikat tersebut mengalami kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan.



3.0 Sejarah Perkembangan Takaful pada zaman Nabi Muhammad SAW Sistem perlindungan sama ada dijalankan dalam bentuk konvensional atau patuh syariah mempunyai sejarah yang sangat panjang. Ini kerana manusia sering terdedah dengan sebarang kemungkinan dan risiko yang tidak diingini. Lantaran itu, keperluan terhadap mewujudkan mekanisme perlindungan sangat penting untuk menjaga kebajikan masyarakat. Kajian ini akan membincangkan tentang sejarah perkembangan sistem perlindungan dari zaman nabi Muhammad SAW sehingga kini.



3.1 Sejarah Takaful Pada Zaman Nabi Umum mengetahui bahawasanya, negara-negara Timur Tengah merupakan lokasi terawal yang mana penduduknya mula menggunapakai konsep insurans terutamanya dalam kalangan masyarakat Arab sejak zaman Rasulullah lagi. Konsep ini sebenarnya telah diamalkan terlebih dahulu oleh penduduk pada zaman Arab Jahiliah sebelum penghijrahan rasulullah ke Madinah lagi namun konsep ini masih diteruskan dan diterima oleh kerana konsepnya yang tidak berlawanan dengan syariat Islam.



Menurut Izdihar Shuhaimi, terdapat Kitab Sirah Ibn Hisyam yang menerangkan bentuk insurans yang diamalkan di kalangan kaum Muhajirin iaitu; “Kaum Muhajirin dari Quraisy tetap mempunyai hak mereka; mereka senasib sepenanggungan dan menerima wang tebusan darah (diat) sesama mereka (kerana pembunuhan tidak sengaja) dengan cara baik dan adil di kalangan orang-



2



orang beriman. Bani “Auf (dari Yathrib) tetap mempunyai hak mereka, tanggung - menanggung wang tebusan diri; setiap keluarga mereka membayar bersama wang tebusan dengan baik dan adil di kalangan orang- orang beriman.”



Selain itu, sesuatu bentuk hukuman yang dinamakan sebagai diyat juga telah mula dilaksanakan. Diyat didefinisikan sebagai hukuman yang telah ditetapkan Allah berdasarkan alQuran dan hadis yang dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang melakukan pembunuhan yang tidak sengaja, pembunuhan yang sengaja dan pembunuhan yang sengaja tetapi dimaafkan oleh waris mangsa. Hal ini dapat dijelaskan lagi dengan firman Allah, yang bermaksud: “Sesiapa yang dapat memperolehi sebahagian keampunan daripada saudaranya (waris kepada mangsa yang dibunuh), maka hendaklah diikuti dengan cara yang baik (iaitu menuntut ganti rugi dengan tidak melampaui batas).Dan tunaikanlah bayaran



diyat



itu



dengan



ihsan.



Yang



demikian



itu



adalah



suatu



keringanan/kemudahan yang diberikan oleh Allah SWT. Serta satu rahmat daripada Tuhan kamu ( makna rahmat adalah kasihan belas daripada Allah SWT kepada sekelian hambaNya). Sesiapa yang melampaui batas selepas daripada itu, maka baginya azab yang pedih.”



(surah al-Baqarah(1):178)



Oleh hal yang demikian, dapat dilihat bahawa perlaksanaan diyat telah berlaku pada zaman Rasulullah lagi. Diyat ialah hukuman penggantian yang utama bagi hukuman qisas jika gugur hukuman qisas dengan sebab-sebab menggugurkannya ataupun jika pesalah dimaafkan oleh mangsa atau waris (Abdul Qadir ‘ Audah, t.thn). Manakala menurut Yunus Abdul Qawi Said Syafieie (2003), mengatakan diyat dan qisas ialah apa-apa kesalahan yang dihukum dengan hukuman diyat dan qisas dan setiap daripada qisas dan diyat itu adalah hukuman yang telah ditetapkan bagi tiap-tiap seseorang. Seterusnya, menurut Sobri Solomon (1989), terdapat tiga sistem yang terus dikekalkan yang terkandung dalam skim ini iaitu sistem aqilah, qasamah dan akad muawallah.



3



Pertama: Sistem Aqilah Setelah Rasulullah berjaya mendamaikan dan merpersaudarakan Ansar dan Muhajirin, sistem aqilah pula mula dijalankan. Sistem aqilah bermaksud si pelaku yang melakukan pembunuhan secara tidak sengaja itu perlu mengutip kutipan derma daripada saudara maranya terdekatnya bagi bertanggungjawab atas membayar ganti rugi terhadap pembunuhan tersebut. Sistem mengaplikasikan hukum diyat kerana si pelaku jenayah perlu membayar keluarga waris sebagai pampasan dan ganti rugi. Faedah yang dapat diperoleh daripada sistem ini ialah bantuan dapat dihulurkan dengan menyediakan sejumlah wang bayaran kepada ahli keluarga yang membunuh secara tidak sengaja.



Rasulullah S.A.W menerima baik konsep ini dan mengamalkannya dalam kalangan masyarakat Ansar dan Muhajirin dengan mengadakan tabung kewangan bersama yang mana tabung tersebut dinamakan sebagai ‘kunz’. Seterusnya, tabung tersebut dapat dijadikan tempat simpanan kutipan-kutipan yang dibayar. Selain peristiwa itu, baginda juga pernah menyelesaikan pertelingkahan anatara dua orang wanita daripada kaum Huzail. Salah seorang wanita tersebut yang tidak sengaja telah membunuh lawannya yang sedang mengandung dengan membaling batu lalu terkena pada rahimnya. Maka Rasulullah S.A.W telah memutuskan supaya saudara mara wanita yang memukul itu untuk mengumpul dana membayar diyat. Hal ini sebgaimana yang diriwayatkan dalam hadis oleh yang bermaksud: Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Sesungguhnya ada dua orang wanita dari Bani Huzail salah seorang darinya memukul yang lain, sehingga menyebabkan janinnya keguguran. Maka Nabi s.a.w memutuskan kepada wanita yang telah memukulnya itu untuk membayar diyat yang berupa seorang hamba lelaki atau perempuan.



Pengaplikasian takaful dapat dijelaskan lagi dengan wujudnya skim yang dinamakan khairat kematian. Skim ini melibatkan kesemua penduduk kampung yang mengumpul wang sesama mereka untuk membantu keluarga yang ahlinya meninggal dunia menguruskan jenazah (Paiz Hassan et al., 2015).



4



Konsep aqilah mengajar kita untuk sentiasa bersiap sedia misalnya seperti menjalankan usaha mengumpul dan menabung dana bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang memerlukan wang yang banyak dalam masa yang singkat. Dalam pada itu, konsep ini juga amat berkait rapat dengan istilah premium yang digunakan dalam insurans dan takaful pada masa kini.



Kedua : Sistem Qasamah Seterusnya, sistem qasamah turut dijalankan sejak zaman Rasulullah lagi. Qasamah dari segi bahasa bermaksud sumpah manakala dari segi istilah pula ialah suatu cara untuk membuktikan sesuatu dengan adanya sumpah dan melafazkannya oleh lima puluh orang. Akan tetapi para ulama berbeza pendapat dalam hal kepada siapa sumpah itu diberikan terlebiih dahulu dan apakah kepada penuntut atau terdakwa. Konsep qasamah berbeza sedikit berbanding konsep aqilah kerana di dalam konsep qasamah tidak perlu membayar diyat dan pembunuhnya tidak diketahui dan dikenal pasti. Tujuan sistem ini adalah untuk memelihara darah dan nyawa dan mengurangkan gejala membunuh daripada terus berleluasa serta memastikan tidak berlaku penganiayaan terhadap golongan yang tidak bersalah.



Dalam pada itu, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum melaksanakan qasamah. Antaranya ialah yang terbunuh itu seorang manusia tanpa perlu mengira dari segi kewarasan,tahap umur, jantina mahupun agama. Yang kedua, ada kesan pembunuhan seperti luka, kesan pukulan, cekikkan dan sebagainya.Sekiranya terdapat darah mengalir dari mulut, hidung atau kemaluannya berkemunkingkinan ianya bukan satu pembunuhan dan tidak perlu menjalankan qasamah kecuali darah yang mengalir daripada mata atau telinga. Yang ketiga, tidak mengetahui siapa pembunuh yang sebenar kerana jika pembunuh diketahui, maka qasamah bukanlah jalan penyelesaiannya tetapi pembunuh tersebut akan dikenakan hukumn qisas atau diyat mengikut syarat-syarat tertentu. Yang keempat, waris mangsa wajib mengemukakan dakwaan kerana sumpah tidak wajib dilakukan tanpa dakwaan dan dakwaan tersebut haruslah menrima kata sepakat dalam kalangan ahli keluarga si mati. Yang kelima, pihak yang tertuduh perlulah menolak dawaan tersebut kerana qasamah adalah tidak relevan sekiranya pihak yang didakwa mengaku bersalah. Yang keenam, tuntutan hak oleh pihak pendakwa kerana sekiranya tiada permintaan maka qasamah tidak perlu dijalankan.Yang ketujuh, lokasi mayat ditemui perlulah dimilik oleh seseorang atau dalam kekuasaan seseorang.



5



Selain itu hal ini berkait rapat dengan sabda Rasulullah yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya: Sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Sekiranya manusia diberi peluang untuk membuat tuntutan mereka, nescaya mereka akan membuat tuntutan darah dan harta. (Kerana itu, penuntut mesti mendatangkan saksi). Tetapi, sumpah itu diwajikan ke atas orang yang terdakwa”



Ketiga : Sistem Muawallah Akad muwallah pula dikenali sebagai suatu bentuk perjanjian jaminan di mana penjamin berjanji untuk menjadi pelindung dan membayar diyat sekiranya orang yang dijamin itu melakukan jenayah. Secara ringkasnya, perjanjian ini dilakukan oleh dua pihak yang mana pihak pertama membuat perjanjian ini bagi mencari penjamin yang bersetuju untuk membayarkan diyat ke atas dirinya manakala pihak yang kedua bersetuju untuk membayar diyat pihak yang dijamin dan sebagai ganjarannya pihak kedua ini akan mewarisi kesesemua harta pihak yang dijamin itu setelah dia meninggal dunia selagimana warisnya tidak dikenalpasti. Oleh kerana itu, dalam sistem ini pihak penjamin menjamin seseorang yang tidak berwaris dan tidak diketahui asal-usulnya. Contohnya dapat dilihat konsep ini diamalkan oleh masyarakat Arab pada zaman Rasulullah semasa mereka saling berjanji untuk melindungi ahli keluara sahabat mereka. Seandainya ada antara mereka yang terkorban dalam peperangan, maka waris si mati akan mendapat harta dan kebajikan bagi mereka meneruskan kehidupan. Bahkan, amalan ini masih diteruskan oleh masyarakat kini dan kini metod ini lebih dikenali sebagai insurans. Daripada kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa kesemua konsep aqilah, qasamah dan muwallah ini bukanlah satu sistem yang baru kerana sistem ini sememangnya telah diamalkan dan diajarkan oleh Rasulullah semasa baginda memerintah bumi Madinah lagi bagi memberi kemudahan kepada seluruh umat Islam. Oleh itu, bersyukurlah kerana sehingga kini ilmu ini masih diaplikasikan sehingga zaman kini.



6



3.2 Sejarah Perkembangan Takaful Pada Zaman sahabat Pada zaman Khulafa al-Rashidin, iaitu pada zaman para sahabat, perkembangan insurans boleh dilihat pada masa zaman pemerintahan Sayidina Umar al Khattab. Pada zaman ini, masyarakat digalakkan oleh kerajaan untuk mempraktikkan sistem Al-‘Aqilah. Sayidina Umar telah mengarahkan di semua daerah perlu menubuhkan tabung mujahidin. Tabung ini mengandungi kutipan antara sesama mereka yang bekerjasama untuk membantu orang yang ditimpa masalah serta untuk menyumbang atau membayar hutang darah dalam kes pembunuhan tidak sengaja dalam kalangan kaum mereka.



Pada zaman pemerintahan Sayidina Umar, aplikasi Al-‘Aqilah ini telah dibangunkan secara lebih sistematik. Selain itu, sistem takaful juga berkembang pesat semasa zaman kehebatan Empayar Islam, dan mula mengalami proses kemodenan apabila Khalifah Umar r.a memperkenalkan Takaful Marin. Pada asasnya, insurans Islam telah dibentuk semenjak zaman Rasulullah s.a.w. secara beransur-ansur. Insurans Islam ini baru jelas terbentuk dengan baik ketika pada zaman Sayidina Umar al-Khattab (r.a.).



3.3 Sejarah Perkembangan Takaful Selepas Zaman Khulafa al-Rashidin Pada era selepas pemerintahan Khulafa al-Rashidin, perkembangan insurans Islam telah berkembang dengan luasnya. Insurans Islam bukan sahaja memfokuskan kepada jaminan atau ganti rugi terhadap kehilangan nyawa dan harta semata-mata bahkan turut mempunyai jaminan terhadap bantuan atau ganti rugi yang melibatkan aktiviti perniagaan mahupun kemalangan. Sebagai contoh, ini dapat dilihat pada akhir kurun ke-8, apabila orang Islam telah membentuk dan memperkembangkan sains lautan dan membina sebuah unit angkatan laut yang kuat di Mediterranean



(Asmak Ab



Rahman,2008).



Mereka menggunakan kapal-kapal mereka untuk membawa banyak barangan dagangan untuk belayar ke Timur seperti di China, Filipina dan pulau-pulau di Lautan Atlantik dan Pasifik (Asmak Ab Rahman,2008). Pada zaman inilah, kontrak takaful mula diperkenalkan dan diamalkan oleh para pedagang Islam. Kontrak takaful ini berfungsi untuk melindungi kapal-kapal dan barangan dagangan mereka atas prinsip kepentingan dan perlindungan bersama (Asmak Ab Rahman,2008).



7



3.4 Sejarah Perkembangan Takaful di Malaysia Pada abad ke-20, insurans Islam telah mengalami satu perubahan yang sangat ketara. Pada masa tersebut, kewujudan insurans Islam telah menjadi alternatif utama bagi umat Islam selain daripada memilih insurans konvensional. Walaupun pada asalnya, sistem insurans Islam ini telah wujud sejak zaman kemunculan Islam dan zaman nabi, namun ianya terus lenyap akibat penguasaan barat dalam sistem kewangan dan insurans konvensional.



Pencetus kepada kewujudan takaful adalah hasil daripada kewujudan insuran laut yang menjadi keperluan dan mempunyai banyak kebaikkan pada masyarakat di zaman eropah pada tahun 1660-an. Menjadi satu kepentingan untuk semua pemilik kapal layar untuk memilikki insurans laut bagi menganti sebarang kerugian atau kerosakkan yang akan berlaku pada kapal semasa kapal berlayar seperti perompakkan lanun, bencana alam dan sebarang kemungkinan kerugian. Pada tahun 1660-an tersebut, para pedagang british telah berkumpul di sebuah coffeehouse di limbord street di London untuk membincangkan masalah yang dihadapi mereka dalam pelayaran laut. Hasil daripada perbincangan tersebut terhasil satu kontrak persetujuan untuk saling berkongsi keuntungan dan kerugian dalam pelayaran laut. Begitu juga untuk penganut agama Islam yang memerlukan insuran laut, namun adakah insurans tersebut menepati dan berlandaskan Syariah yang dianjurkan Islam?



Sejarah penubuhan takaful bermula dengan tertubuhnya Syarikat Insurans Islam pertama di Sudan pada tahun 1979. Sudan merupakan negara pertama yang menubuhkan takaful dan menjadi ikutan negara arab Saudi, luxembourg dan diikuti negara lain seperti Malaysia. Pada tahun sama juga lahir Syarikat Insurans Islam Arab, di Arab Saudi. Manakala Dar al-Maal al-Islami pula menubuhkan Syarikat Takaful Islam Luxembourg empat tahun kemudian yang berpusat di geneva. Begitu juga di Bahrain , sebuah syarikat insurans hayat Islam iaitu Islamic Takaful Company(ITC) yang berpusat di London telah ditubuhkan (Asmak Ab Rahman,2008). Syarikat takaful Sudan menjadi asas, garis panduan dan rujukan kepada semua negara.



Sejarah penubuhan takaful di Malaysia bermula pada tahun 1984.Di peringkat Malaysia, selari dengan perkembangan di peringkat antarabangsa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan insurans nyawa dan insurans konvensional yang terdapat di pasaran adalah haram.



8



Lanjutan daripada masalah tersebut pada 1982, satu Badan Petugas Khas ditubuhkan bagi mengkaji usaha mewujudkan insurans Islam di Malaysia. Dua tahun kemudian, satu laporan diserahkan kepada Parlimen, yang hasilnya pada tahun itu lahir syarikat takaful pertama di Malaysia selaras dengan Kerajaan meluluskan Akta Takaful 1984 pada tahun itu. Seksyen 2 akta takaful 1984, mentakrifkan takaful satu skim berasaskan perpaduan dan persaudaraan untuk menyediakan bantuan kewangan kepada ahli yang terlibat.



Masyarakat muslim di Malaysia dicegah daripada mengambil insurans konvensional yang ditawarkan beberapa syarikat insurans di Malaysia. Hal ini disebabkan oleh terdapatnya elemenelemen terlarang yang terkandung dalam insurans konvensional. Memandangkan betapa pentingnya insurans sebagai perlindungan risiko, para ulama’ mencadangkan bahawa insurans Islamic perlu diperkenalkan untuk memenuhi keperluan manusia. Sehubungan dengan itu, Prof. Tan Sri Datuk Ahmad Ibrahim telah membentangkan kertas kerja “Towards An Islamic System” dengan mengusulkan supaya menubuhkan sebuah Badan Petugas yang terdiri daripada ulama syariah Islam, pakar perundagan, peguam negara atau wakil, ketua pengarah Insurans Malaysia, pengurus besar atau timbalan pengurus besar Syarikat Insurans Konvensional yang beragama Islam atau ahli-ahli yang difikirkan layak.



Selepas penubuhan syarikat insurans Islam yang pertama di Sudan, insurans Islam telah dibangunkan dengan pesat di serata dunia. Oleh hal demikian, kajian ini akan menerangkan tentang sejarah 12 syarikat Insurans Islam di Malaysia dari segi penambahan syarikat takaful, kemajuan insurans takaful, kemajuan dalam model-model takaful dan kepelbagaian pelan takaful yang ditawarkan. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa selepas 26 tahun syarikat Insurans Islam beroperasi di Malaysia, kini terdapat 10 syarikat takaful, 4 syarikat takaful semula dan peningkatan jumlah takaful yang diambil oleh rakyat Malaysia. Malaysia juga menandakan kehadirannya dalam pasaran takaful, yang merupakan pasaran takaful kedua terbesar di dunia kerana asetnya sebanyak AS $3.2 billion menguasai 26% daripada jumlah aset takaful global pada tahun 2009.



9



Di Malaysia, sistem takaful bermula apabila kerajaan telah meluluskan Akta Takaful pada 29 November 1984. Hal ini menunjukkan bahawa Syarikat Takaful Malaysia Sdn. Bhd. telah ditubuhkan dan dioperasikan sebagai syarikat sendirian berhad. Syarikat ini memulakan operasinya pada bulan Ogos 1985. Penciptaan dan pelancaran syarikat ini merupakan salah satu usaha yang dilakukan oleh kerajaan dan masyarakat di Malaysia untuk memperkenalkan Insurans Islam.



Syarikat Takaful Malaysia Sdn. Bhd merupakan sebuah syarikat insurans yang baru yang mempunyai pelbagai keunikan dari segi konsep dan objektif. Memandangkan konsep takaful tidak boleh digunakan untuk mengaplikasikan produk takaful dalam Akta Insurans 1963, maka akta baru telah ditubuhkan iaitu Akta Takaful 1984 bagi membolehkan penubuhan syarikat takaful dan pengenalan kepada produk-produk takaful. Selepas itu, Syarikat Takaful Malaysia Sdn. Bhd. telah diiktirafkan sebagai syarikat awam yang dikenali sebagai Syarikat Takaful Berhad (STMB) yang telah disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada 31 July 1996. Pada masa itu, sebagai cabang tambahan bagi Bank Islam Berhad (BIMB), sebanyak 65.5% saham telah ditaggung oleh bank ini. Pemegang saham yang lain yang mempunyai kepentingannya tersendiri dalam syarikat termasuklah Majlis Agama Islam Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan serta Amanah Saham Bank Islam (ASBI).



Kedua, syarikat takaful yang ditubuhkan di Malaysia adalah syarikat Etiqa Takaful Berhad (eTiQa Takaful). Pada 25 Ogos 2005, Maybank telah mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia bagi membincangkan tentang pengambil alihan kepentingan ekuiti PNB dan ARN-ASB di dalam MNI Holdings Berhad oleh bank dan juga subsidiarinya, Mayban Fortis Holdings Berhad. Perbincangan ini dilakukan bersama Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Amanah Raya Nominees Sdn. Bhd. Skim Amanah Saham Bumiputera (ARN-ASB). Pada 15 Oktober 1993, terdapat syarikat insurans Islam lain telah ditubuhkan di Malaysia. Syarikat tersebut dikenali sebagai Syarikat Takaful Nasional Sdn. Bhd. (TNSB) dimana dahulunya syarikat ini dikenali sebagai Malaysia Insurans Takaful Berhad (MNIT). Konsep dan objektif penubuhan syarikat takaful ini adalah sama seperti Syarikat Takaful Malaysia Berhad dimana kedua-duanya menyediakan perlindungan yang diperlukan oleh Masyarakat Malaysia serta mematuhi dan memenuhi segala keperluan dan garis panduan Islam. TNSB juga merupakan syarikat takaful yang pertama yang memperkenalkan sistem agensi yang menawarkan perkhidmatan yang lebih berkesan dan meluas. TNSB juga telah menawarkan pelbagai produk yang boleh memenuhi keperluan Malaysia. TNSB telah 10



mengembangkan sayapnya ke seluruh negara dengan 14 cawagan dan disokong oleh 7000 orang wakil.



Ketiga, Syarikat Takaful Ikhlas juga merupakan salah satu syarikat takaful di Malaysia. Takaful Ikhlas telah diperkenalkan pada 18 September 2002 dan merupakan anak syarikat kepada MNRB Holdings Berhad. Pada 5 Mei 2014, syarikat ini telah menukar statusnya kepada sebuah syarikat awam iaitu Syarikat Takaful Ikhlas Berhad. Syarikat tersebut banyak terlibat terutamanya dalam penyediaan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam yang berlandaskan prinsip dan hukum Syariah. Syarikat Takaful Ikhlas menyediakan perlindungan kewangan Islam yang berasaskan sistem takaful. Sistem ini meletakkan penekanan semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama para peserta. Objektif utama Syarikat Takaful Ikhlas Berhad adalah bagi menyediakan perlindungan kewangan Islam. Takaful Ikhlas didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal oleh Bank Negara Malaysia.



Keempat, Syarikat HSBC Amanah Malaysia bermula pada tahun 1884 apabila Hong Kong dan Shangkai Banking Corporation Limited menubuhkan cawangan pertamanya di negara ini pada tahun 1884 di Pulau Pinang dengan keistimewaanya untuk mengeluarkan nota mata wang. HSBC telah memperkenalkan perbankan Islam secara global pada tahun 1994. HSBC Amanah dilancarkan secara global dengan tujuan menjadikan HSBC penyelia perkhidmatan perbankan Islam terkemuka di seluruh dunia. Pada bulan September 2007, HSBC Bank Malaysia Berhad adalah bank asing pertama yang ditubuhkan di Malaysia untuk dianugerahkan lessen oleh Bank Negara Malaysia untuk menubuhkan anak syarikat perbankan Islam. HSBC Amanah Malaysia dimiliki sepenuhnya oleh HSBC Bank Malaysia dan ahli kumpulan HSBC. Syarikat ini telah diperbadankan pada Februari 2008 dan memulakan operasinya pada Ogos 2008.



Kelima, Prudential BSN juga termasuk dalam salah satu syarikat takaful di Malaysia. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2006. Syarikat ini mendapat lesen daripada Bank Negara Malaysia untuk menjalankan operasinya. Prudential BSN mempunyai lebih 16000 perunding takaful yang telah berkhidmat kepada pelanggan dengan pelbagai kedudukan pertama dalam industri takaful tempatan. Sejak tahun 2011, Prudential BSN merupakan Pengendali Takaful Keluarga nombor 1. Pada tahun 2017, Prudential BSN telah mencapai Pengeluaran Perniagaan Baru yang berjumlah RM467.5 11



dengan 31% bahagian pasaran seperti yang telah disahkan oleh agensi penarafan industri, Insurance Services Malaysia.



Keenam, Zurich Takaful Malaysia juga adalah salah satu syarikat takaful di Malaysia. Zurich mempunyai kedudukan yang unik di Malaysia yang menawarkan pelbagai penyelesaian Insurans dan Takaful yang meliputi produk konvensional Insurans Hayat dan Insurans Am. Penggabungan ZTMB ke dalam proses Zurich bermula pada 1 Julai 2016, sebaik sahaja MAAT secara rasmi menjadi sebahagian daripada kumpulan. ZTMB menyediakan lesen, produk, infrastruktur yang sesuai kepada Zurich untuk memasuki pasaran takaful.



Ketujuh, AIA Public Takaful Bhd. dimiliki bersama oleh AIA Co. ltd. (AIA), Public Bank Berhad. Syarikat ini diperbadankan pada 11 Mac 2011. AIA Public memanfaatkan kedudukan kepimpinan AIA dan PBB Group serta rangkaian infrastruktur dan pengedaran dalam industri insurans dan perbankan untuk memacu pertumbuhan dan meningkatkan penembusan Takaful Keluarga di pasaran domestik.



Kelapan, Great Eastern Takaful Berhad (GETB) adalah sebuah syarikat yang usaha sama antara Great Capital Holdings Sdn Bhd (i-Great), anak syarikat Great Eastern Holdings Limited dan Koperasi Angkatan Tentera (M) Berhad. GETB telah dilancarkan pada tahun 2010, dan telah menerima pakai pendekatan Takaful for All, meletakkan pelanggan dan keperluan mereka di barisan hadapan focus mereka. Great Eastern Takaful yang beroperasi di Malaysia menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang memenuhi syariah dengan tujuan untuk mencapai jumlah sumbangan yang berjumlah RM 180 juta (US $ 57.2 juta) bagi tahun pertama.



Kesembilan, AmFamily Takaful Berhad merupakan salah satu syarikat takaful di Malaysia. Syarikat ini memasarkan produknya melalui ejen Takaful yang diberi kuasa, cawangan AmBank, dan pusat perkhidmatan. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 2012 dan berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia. AmFamily Takaful Berhad beroperasi sebagai anak syarikat AMAB Holdings Sdn. Bhd.



12



Kesepuluh, CIMB Aviva Takaful Berhad juga merupakan syarikat takaful di Malaysia. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2006 dan beroperasi di Kuala Lumpur, Malaysia. Syarikat ini menawarkan pelbagai produk insurans Takaful kepada semua masyarakat di Malaysia. Syarikat ini mengedarkan produknya melalui pelbagai saluran pengedaran termasuklah pemasaran langsung, perniagaan kerajaan dan korporat.



Kesebelas, Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad juga termasuk dalam senarai syarikat takaful di Malaysia. Syarikat ini merupakan syarikat takaful yang berlesen sejak tahun 2006 dan merupakan komponen penting dalam perkhidmatan kewangan Islam Hong Leong Financial Group (HLFG). Syarikat ini menawarkan Perbankan Islam, Pelaburan Islam, Pengurusan Kekayaan Islam dan Takaful yang memenuhi syariah.



Yang terakhir, salah satu syarikat takaful di Malaysia adalah NG PUBLIC Takaful Ehsan Berhad. NG PUBLIC Takaful Berhad dikenali sebagai Takaful Ehsan telah ditubuhkan pada Mac 2011 melalui satu pakatan strategic antar INC Management Holdings (Malaysia) Sdn. Bhd. (ING), Public Bank Bhd (PBB) dan Public Islamic Bank Bhd (PIBB) anak syarikat PBB. Takaful Ehsan mendapat nama dari falsafahnya. Perkataan Ehsan yang digunakan bermaksud melakukan kebaikan untuk memberi faedah kepada orang lain.



Penutup Kesimpulannya, takaful telah djalankan sejak zaman Rasulullah lagi bahkan konsep ini terus digunapakai oleh para sahabat, masyarakat di zaman khulafa al- Rasyidin sehinggalah masyarakat yang hidup di zaman moden ini. Hal ini dapat dibuktikan dengan adanya penubuhan syarikat-syarikat takaful yang terdapat di dalam negara kita. Selain itu, anatara salah satu sebab mengapa takaful masih diteruskan oeh umat Islam sehingga kini adalah kerana takaful tidak mangandungi elemen- elemen yang bertentangan dengan syariat Islam. Oleh itu, amatlah digalakkan bagi seluruh umat Islam memilih inisiatif yang sejajar dengan ajaran Islam berbanding memilih sesuatu jalan yang mendatangkan kemurkaan Allah.



13