Skema Pemarkahan Analitik Dan Holistik [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Skema Pemarkahan Skor yang diperolehi seseorang pelajar adalah bergantung kepada prestasi/kualiti jawapan yang diberikan bagi setiap soalan yang dijawab. Di samping prestasi jawapan, skor yang diperoleh juga dipengaruhi cara pemarkahan oleh guru/pemeriksa. Pada umumnya, dalam sesuatu ujian/peperiksaan, penggubal soalan/guru diminta menyediakan skema pemarkahan sebagai panduan semasa memeriksa skrip jawapan. Skema pemarkahan ini perlu disediakan guru lebih awal untuk membantu guru mengenal pasti soalan yang tidak sesuai, yang perlu diperbaiki atau dibuang yang menerangkan kepentingan perbincangan dalam penyediaan skema pemarkahan.



Dalam usaha menyediakan skema pemarkahan bagi memeriksa jawapan, tiga aspek perlu diberik perhatian oleh guru/penggubal soalan, iaitu: (a) Kandungan – mencakupi maklumat atau pengetahuan yang berkaitan. (b) Pengelolaan – aspek penggunaan bahasa yang lancar, tepat dan matang. (c) Proses – aspek ketepatan, munasabah, komprehensif, konsisten, keaslian dan daya kreatif menjawab. Secara umumnya, skema pemarkahan boleh disediakan dalam dua cara, iaitu skema pemarkahan holistik, dan skema pemarkahan analitik. (a) Skema Permarkahan Holistik Skema jenis ini disediakan secara umum sebagai panduan untuk memberi markah kepada jawapan pelajar. Skema ini sesuai bagi pemarkahan soalan berbentuk esei yang markahnya diberi berdasarkan impresi (impression). Pemarkahan secara holistik memerlukan pemeriksa membaca terlebih dahulu jawapan secara keseluruhan dan kemudian mengelas pencapaian mengikut kelompok pencapaian sebelum menganggar markah keseluruhan bagi sesuatu soalan. Pelajar bebas memberikan jawapan asalkan tidak menyeleweng daripada kehendak soalan. Pemeriksaan secara holistik ini memerlukan pemeriksa yang berpengalaman dan benar-benar menguasai bidang atau mata pelajaran berkenaan. Contoh skema pemarkahan secara holistik adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 1:



Jadual 1: Skema Permarkahan Secara Holistik Markah 5



Kriteria Cemerlang dan menguasai semua objektif serta dapat memberikan



4



hujah dengan baik dan berkesan. Baik dan menguasai kebanyakan objektif serta dapat memberikan



3



hujah dengan baik dan berkesan Lemah dan menguasai sebahagian kecil objektif dan memberi hujah



2



yang tidak memuaskan. Kurang memuaskan dan belum menguasai sebarang objektif dan



1



memberi hujah yang lemah Gagal dan gagal memberikan sebarang jawapan dan hujah yang diberikan amat lemah.



Skema pemarkahan secara holistik mempunyai kelebihan dari segi pemeriksaan kertas jawapan yang lebih cepat berbanding permarkahan secara analitik. Walaupun begitu, cara pemarkahan holistik dianggap sebagai kurang objektif. Langkah untuk meningkatkan keobjektifan dapat dibuat melalui mesyuarat penyelarasan markat antara pemeriksa-pemeriksa berkenaan. Dalam mesyuarat ini, ketua pemeriksa akan memberikan panduan memeriksa jawapan diikuti dengan perbincangan/maklum balas daripada pemeriksa-pemeriksa dan seterusnya latihan tertentu diberikan kepada mereka. (b) Skema Permarkahan Analitik Pemarkahan analitik merujuk kepada pemarkahan jawapan berbentuk esei secara lebih terperinci yang mana markah diberi berdasarkan kriteria yang lebih terperinci. Ia mengandungi nilai tara isi kandungan, pengelolaan dan proses yang lebih khusus. Misalnya, penentuan pemberatan jawapan, banyaknya fakta dan kualiti hujah yang diberikan dipertimbangan untuk diberikan markah penuh. Agihan markah dibuat berdasarkan aspek aspek seperti markah untuk isi/fakta, persembahan dan bahasa. Contoh skema pemarkahan analitik bagi ujian kemahiran lisan bahasa Melayu sekolah rendah adalah seperti Jadual .2 berikut: Pemarkahan secara analitik adalah lebih objektif berbanding dengan holistik. Hal ini disebabkan skemanya yang lebih terperinci. Walaupun begitu pemarkahan begini akan mengambil masa yang lama, lebih-lebih lagi sekiranya bilangan calon terlalu ramai. Bagi meningkatkan keberkesanan pemeriksaan jawapan berbentuk esei, langkah yang boleh anda lakukan sebagai pemeriksa/guru ialah seperti Jadual .3 berikut



Jadual 3: Langkah-langkah pemeriksaan



Tahap 8



Langkah-langkah Memahami kehendak soalan – pemeriksa/guru perlu benar-benar memahami kehendak soalan supaya skema jawapan yang disediakan tepat kepada



7



kehendak soalan Menyediakan skema pemarkahan - skema perlu fleksibel, iaitu boleh ditokok tambah atau dibaiki mengikut pemahaman dan jawapan caon. Calon mungkin memberikan jawapan yang tidak terdapat dalam skema tetapi idea itu boleh



6 5 4 3 2 1



diterima. Mengadakan mesyuarat penyelarasan penggubalan soalan. Mengadakan mesyuarat penyelarasan pemeriksaan jawapan. Memeriksa beberapa skrip jawapan calon terlebih dahulu. Memeriksa jawapan hingga selesai. Mengelakkan daripada mengenali nama pelajar. Memberikan ulasan pada kertas jawapan