Standard Pengajaran & Pembelajaran Dan Standard Pentaksiran [PDF]

  • Author / Uploaded
  • andi
  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

STANDARD PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DAN STANDARD PENTAKSIRAN UBAHSUAI DARIPADA KSPK



Prinsip Pembelajaran a. Prinsip Pembelajaran yang dijadikan Fokus b. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dibina berlandaskan prinisip Amalan c. Bersesuaian dengan Perkembangan dan teori pembelajaran konstruktivisme di mana: • Murid membina pengetahuan sendiri, pengajaran tidak dijalankan secara spoon feeding. • Murid diberi peluang untuk berfikir dan menyelesaikan masalah. • Perbezaan individu dibenarkan. • Murid belajar mengikut kadar sendiri. • Guru mengajar dengan mengaitkan dengan pengalaman seharian murid.



Standard Pengajaran & Pembelajaran



Standard Pengajaran dan Pembelajaran menerangkan apa yang perlu diketahui dan dilakukan oleh guru prasekolah semasa pengajaran dan pembelajaran.



Standard Pengajaran dan Pembelajaran Pertama



1. Guru prasekolah perlu membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keperluan kurikulum dan keperluan kanakkanak. 2. Guru prasekolah perlu membuat perancangan jangkamasa panjang (contohnya Rancangan Tahunan) dan jangkamasa pendek (contohnya Rancangan Harian) berdasarkan keperluan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan dan keperluan kanak-kanak.



3. Guru prasekolah merancang pengajaran dan pembelajaran yang dapat menyokong perkembangan murid dalam aspek berikut: • Kreativiti • Pemikiran logikal • Kemahiran Menaakul • Perkembangan Rohani • Pembentukan sikap positif dan nilai murni • Perkembangan fizikal dan kesihatan • Kreativiti dan estetika 4. Guru prasekolah memilih kandungan, bahan dan kaedah pengajaran yang sesuai dengan minat, tahap kebolehan, pengalaman dan pengetahuan murid-murid.



5.



Guru prasekolah membimbing dan menjadi fasilitator dalam pembelajaran murid dengan: • Mengenalpasti dan memberi respons kepada diversiti murid dan menggalak semua murid berfikir secara kritis dan kreatif. • Memodelkan proses berfikir kritis dan kreatif. 6. Guru menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menyokong pembangunan komuniti murid yang kreatif dan berfikiran terbuka dengan: • Menunjukkan sikap positif terhadap idea baru murid. • Memberi peluang kepada murid untuk terlibat dalam proses membuat keputusan. • Memberi tanggungjawab kepada murid terhadap pembelajaran mereka sendiri.



Standard Pengajaran dan Pembelajaran Kedua: 1. Guru prasekolah perlu menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak(developmentally appropriate) supaya pembelajaran berkesan dan membawa makna kepada murid. 2. Guru prasekolah perlu menggunakan pendekatan berikut mengikut kesesuaian standard kandungan dan standard pembelajaran yang hendak dicapai: • Pembelajaran Berpusatkan murid • Inkuiri Penemuan • Belajar Melalui Bermain • Pendekatan Bersepadu • Pendekatan Bertema



• • •







Pembelajaran Berasaskan Projek Pembelajaran Masteri (terutamanya dalam penguasaan bahasa dan kemahiran) Pembelajaran Kontekstual (menggunakan pengalaman murid, alam persekitaran murid) Pembelajaran berdasarkan kepelbagaian kecerdasan (Multiple intelligences)



Standard Pengajaran dan Pembelajaran Ketiga: • Guru prasekolah menjalankan pentaksiran secara berterusan menggunakan pelbagai kaedah seperti yang dinyatakan di Standard Pentaksiran.



Standard Pengajaran dan Pembelajaran Keempat: • Guru prasekolah perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam bilik prasekolah. • Guru prasekolah menyediakan persekitaran yang selamat, ceria, selesa dan mesra dalam kelas. • Guru prasekolah mewujudkan pusat-pusat pembelajaran dalam kelas prasekolah. • Guru prasekolah melengkapkan pusat pembelajaran dengan bahan yang sesuai, mencukupi dan updated. • Guru prasekolah memastikan pusat pembelajaran sentiasa kemas. • Guru prasekolah melibatkan murid dalam merekabentuk pusat pembelajaran.



Standard Pengajaran dan Pembelajaran Kelima: 1. Penglibatan ibubapa dan komuniti setempat amat penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Guru memainkan peranan yang penting dalam membina perhubungan antara sekolah dan ibubapa murid. 2. Pihak pengurusan sekolah dan guru perlu cuba menjalinkan perhubungan yang baik dengan ibubapa/penjaga melalui pelbagai cara. 3. Guru perlu membantu pihak pengurusan sekolah membentuk jawatankuasa yang melibatkan waris/ibubapa/penjaga murid. 4. Guru perlu mengaturkan perjumpaan dengan ibubapa/penjaga secara berkala, sekurang-sekurangnya dua kali setahun.



5. Pihak sekolah dan guru perlu melibatkan ibubapa dalam program dan aktiviti sekolah seperti Hari Sukan, Hari Keluarga, Gotong Royong, lawatan dan program keibubapaan.



6. Guru perlu memberi penerangan tentang kurikulum prasekolah termasuk kaedah pentaksiran kepada ibubapa. 7. Pihak pengurusan sekolah dan guru membuat lawatan ke rumah untuk murid yang bermasalah jika perlu. 8. Guru perlu berusaha mewujudkan kesinambungan pengajaran dan pembelajaran dari sekolah ke rumah.



Standard Pengajaran dan Pembelajaran Keenam: 1. Guru Prasekolah menghadapi keadaan di mana terdapat murid keperluan khas dalam kelas mereka. Guru prasekolah perlu membantu mengenalpasti murid keperluan khas ini dan memberi nasihat yang bersesuaian kepada ibubapa. 2. Guru perlu mengenalpasti murid keperluan khas menggunakan borang pengesanan yang telah disediakan di sekolah. 3. Pihak pengurusan dan guru perlu menasihatkan ibubapa untuk menghantar murid tersebut ke sekolah pendidikan khas jika perlu.



STANDARD P & P (Overview) 1. Guru prasekolah perlu membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keperluan kurikulum dan keperluan kanak-kanak. 2. Guru prasekolah perlu menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kanakkanak(developmentally appropriate) supaya pembelajaran berkesan dan membawa makna kepada murid. 3. Guru prasekolah menjalankan pentaksiran secara berterusan menggunakan pelbagai kaedah seperti yang dinyatakan di Standard Pentaksiran. 4. Guru prasekolah perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam bilik prasekolah.



5. Penglibatan ibubapa dan komuniti setempat amat penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Guru memainkan peranan yang penting dalam membina perhubungan antara sekolah dan ibubapa murid. 6. Guru Prasekolah menghadapi keadaan di mana terdapat murid keperluan khas dalam kelas mereka. Guru prasekolah perlu membantu mengenalpasti murid keperluan khas ini dan memberi nasihat yang bersesuaian kepada ibubapa.



STANDARD PENTAKSIRAN Standard Pentaksiran Pertama: Pentaksiran harus dijalankan konsisten dengan tujuan pentaksiran yang ditetapkan. Tujuan pentaksiran adalah untuk: • Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur. • Mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka secara menyeluruh. • Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa.



• Memberi maklumbalas terhadap kemajuan murid dalam semua aspek yang dirangkumi dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. • Mengesan keberkesanan pengajaran guru. Hasil pentaksiran dianalisiskan untuk membantu guru merancang tindakan susulan yang berkesan untuk: • Mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. • Membantu pembelajaran murid. • Memperbaiki pengajaran guru dan seterusnya meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran guru.



Standard Pentaksiran Kedua: • •







Pentaksiran harus dijalankan keatas pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dirangkumi dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Pentaksiran secara menyeluruh merangkumi semua Tunjang dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan termasuk: • Penerapan nilai • Pembentukan sikap • Penguasaan kemahiran • Status kecergasan • Status kesihatan • Kesediaan sosial (social readiness) Aktiviti kokurikulum dan ektra-kurikulum tidak harus ditaksirkan kerana pada peringkat umur ini murid tidak dapat menyertai aktiviti ini secara berdikari.



• Penyertaan dan kemenangan dalam pertandingan tidak boleh diambilkira sebagai hasil pentaksiran di peringkat prasekolah. Pada peringkat umur ini pemilihan untuk pertandingan melibatkan banyak faktor dan bukan sahaja atas kebolehan individu.



Standard Pentaksiran Ketiga: •



Pentaksiran dijalankan secara berterusan sepanjang masa.



Standard Pentaksiran Keempat: • Kaedah pentaksiran harus sah dan sahih, sesuai dengan perkembangan kanak-kanak dan berasaskan kaedah saintifik. • Kaedah yang digunakan adalah penilaian berasaskan kriteria dan bukan perbandingan antara murid. • Kaedah pentaksiran yang digunakan adalah seperti berikut: • Pemerhatian berterusan • Penilaian hasil kerja • Kaedah berikut tidak diiktirafkan dalam pendidikan awal kanak-kanak: • Ujian atau peperiksaan formal • Ujian kertas and pensil • Pentaksiran harus dijalankan secara adil, sah dan sahih.



• Proses dan kaedah pentaksiran tidak terlalu rumit. • Data yang dikumpulkan perlu dianalisiskan supaya inferens atau kesimpulan yang dibuat adalah sah dan sahih. • Merekod adalah aktiviti mencatat maklumat secara sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid . Contoh rekod adalah seperti berikut: • Senarai Semak. • Skala Kadar (berdasarkan skala kemajuan angka/ gred) • Rekod Anekdot. • Rekod Berterusan (Running Record). • Portfolio



Standard Pentaksiran Kelima: • Hasil pentaksiran digunakan untuk merancang tindakan susulan demi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dan untuk membantu pengajaran. • Hasil pentaksiran diserahkan kepada guru Tahun 1 selepas murid tamat prasekolah untuk tujuan kesinambungan pentaksiran formatif. • Hasil pentaksiran digunakan untuk memberi laporan dan maklumat kepada ibubapa mengenai kemajuan anak-anak mereka. • Hasil pentaksiran digunakan untuk mengenalpasti masalah murid-murid sama ada mereka perlu dirujuk kepada pakar.



Standard Pentaksiran Keenam: • • • • •



Pentaksiran harus dijalankan dengan penuh beretika, hak asasi kanak-kanak perlu dipatuhi. Hasil pentaksiran setiap murid tidak harus didedahkan kepada orang lain, ia hanya boleh ditunjukkan kepada ibubapa dan pihak tertentu sahaja. Hasil pentaksiran tidak boleh digunakan untuk melabelkan kanak-kanak. Pada peringkat umur ini kebolehan dan kemajuan murid amat dipengaruhi oleh kadar pertumbuhan mereka. Melabelkan kanak-kanak pada peringkat umur ini akan mempunyai kesan yang negatif dalam perkembangan kanak-kanak ini kelak.



• Kanak-kanak dalam peringkat ini memerlukan banyak motivasi, guru perlu elakkan daripada melabelkan murid sebagai mendapat ’A’ atau ’B’ dan seterusnya. • Kebolehan kanak-kanak dalam umur ini bukan sesuatu yang tetap tetapi boleh berubah, • contohnya kanak-kanak perempuan secara fisiologinya berkembang lebih cepat dalam penguasaan bahasa daripada kanak-kanak lelaki, adalah tidak wajar melabelkan murid lelaki sebagai lambat daripada perempuan.



Standard Pentaksiran (overview) • • • •



• •



Pentaksiran harus dijalankan konsisten dengan tujuan pentaksiran yang ditetapkan. Pentaksiran harus dijalankan keatas pengetahuan, kemahiran dan sikap yang dirangkumi dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Pentaksiran dijalankan secara berterusan sepanjang masa. Kaedah pentaksiran harus sah dan sahih, sesuai dengan perkembangan kanak-kanak dan berasaskan kaedah saintifik. Hasil pentaksiran digunakan untuk merancang tindakan susulan demi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dan untuk membantu pengajaran. Pentaksiran harus dijalankan dengan penuh beretika, hak asasi kanak-kanak perlu dipatuhi.