Surat Lawatan Kerja [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA No. 87, Lorong Bertam Indah 1 Taman Bertam Indah 13200 KEPALA BATAS PULAU PINANG Tel: 604-575 5930 / 579 2300



Faks: 604-575 9300



Rujukan Kami : KKKB/700-5/6 Jld. 3 ( ) Tarikh



: 23 Oktober 2020



PENGARAH KOLEJ KOMUNITI MANJUNG LOT 31, PERSIARAN PM 2/2, PUSAT BANDAR SERI MANJUNG SEKSYEN 2, 32040 SERI MANJUNG, NEGERI PERAK Tuan, MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENGADAKAN LAWATAN PENANDA ARAS UNIT KEUSAHAWANAN KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS, PULAU PINANG KE KOLEJ KOMUNITI MANJUNG, PERAK Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa Unit Keusahawanan Kolej Komuniti Kepala Batas akan mengadakan Lawatan Penanda Aras (Unit Keusahawanan KKKB) ke tempat Tuan seperti butiran berikut Tarikh



: 2 November 2020



Masa



: 2.45 petang – 4.45 petang



Bil. Peserta



: 4 Orang Pegawai Unit Keusahawanan KKKB.



3. Justeru itu, pihak kami mohon jasa baik pihak Tuan untuk mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Unit Keusahawanan Kolej Komuniti Manjung bagi melihat amalan baik yang mungkin boleh diadaptasi oleh Unit Keusahawanan Kolej Komuniti Kepala Batas. 4. Kerjasama dari pihak Tuan untuk mempertimbangkan permohonan kami dahului dengan ucapan terima kasih. Sekiranya terdapat sebarang kesulitan, bolehlah berhubung terus dengan Pn Fatimah Binti Saidin di talian 016-4629341 atau Pn Norhasifah Binti Md Noor di talian 017-8082636 Sekian,Terima Kasih. “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ” Saya Yang Menjalankan Amanah



(MOHD RUZI BIN HAMZAH) Pengarah Kolej Komuniti Kepala Batas Kementerian Pengajian Tinggi