Tugasan Peka 2 [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

TUGASAN PEKA 2 Kaji situasi di bawah. Rajah 1 menunjukkan jumlah kalori dua set cadangan hidangan makan tengah hari, A dan B.



A



B



250 Kalori



950 Kalori Rajah 1



Berdasarkan pemerhatian situasi di atas, rancang dan jalankan satu eksperimen untuk mengkaji situasi tersebut. Di akhir eksperimen, anda perlu menulis satu laporan eksperimen yang lengkap dan mengolah data dalam set komunikasi yang sesuai dan menjawab soalan berikut: 1. 2. 3.



4.



Nyatakan inferens bagi pemerhatian dalam eksperimen ini. Nyatakan hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasikan (PMP) dengan Pemboleh ubah bergerakbalas (PGB). Berdasarkan eksperimen ini, nyatakan definisi secara operasi (DSO) bagi nilai kalori.



6.



Pada pendapat anda, cadangkan bagaimana seseorang yang telah mengambil set A bagi makan tengah harinya untuk membakar kalori dalam badan mereka. Berdasarkan dapatan eksperimen ini, cadangkan penambahbaikan untuk mendapatkan data yang lebih jitu/tepat. Adakah data yang anda peroleh sah? Berikan alasan anda.



7.



Nyatakan kesimpulan bagi eksperimen ini.



5.



Semasa anda menjalankan eksperimen, kemahiran manipulatif dan amalan sikap saintifik dan nilai murni akan dinilai. 1|TUGASAN PEKA2/2021 | CikguRosiahSMKBBST



TAJUK



2.1 NILAI KALORI DALAM MAKANAN



1) Pernyataan masalah



Mengapakah nilai kalori set hidangan makan tengah hari A lebih tinggi berbanding set hidangan makan tengah hari B?



2) Hipotesis



Makanan berlemak mengandungi kalori yang lebih tinggi berbanding makanan mengandungi protein dan karbohidrat.



3) Tujuan



Untuk menganggarkan nilai kalori dalam beberapa sampel makanan dengan menggunakan kalorimeter.



4) Pemboleh ubah Dimanipulasikan Bergerakbalas dimalarkan 5) Radas dan bahan



Jenis sampel makanan Kenaikan suhu air suling / nilai kalori sampel makanan Jisim sampel makanan, Jisim air Tabung didih, termometer, kaki retort, penghadang, 1 gram kacang tanah, 1 gram ikan bilis, 1 gram roti, air suling, plastisin, jarum dan kapas



6) Susunan radas dan bahan Termometer Kapas Tabung didih Kaki retort



Air suling Kacang tanah



Penghadang



Plastisin



7) Prosedur



1. Sediakan susunan radas seperti dalam rajah di atas. 2. Masukkan 10 gram air suling ke dalam tabung didih. Suhu awal air suling, T1 dalam tabung didih diambil menggunakan termometer dan dicatat dalam jadual. 3. 1 gram kacang tanah dinyalakan menggunakan pemetik api. Perhati dan rekodkan suhu akhir air suling, T2, sehingga kacang tanah habis terbakar. 2|TUGASAN PEKA2/2021 | CikguRosiahSMKBBST



4. Ulang langkah 1 hingga 3 menggunakan ikan bilis dan roti. 5. Nilai kalori setiap sampel makanan dihitung menggunakan formula di bawah. Nilai kalori sampel makanan =



4.2 Jg-1oC-1 x Jisim air (g) x Kenaikan suhu air (oC) Jisim sampel makanan (g) x 10000



8) Pemerhatian



Nilai kalori sampel makanan =



4.2 Jg-1oC-1 x Jisim air (g) x Kenaikan suhu air (oC) Jisim sampel makanan (g) x 10000



Nilai kalori Kacang tanah



=



Nilai kalori Ikan bilis



Nilai kalori Roti



=



=



4.2 x 10 x 22.0 1 x 1000



4.2 x 10 x 18.0 1 x 1000



4.2 x 10 x 19.0 1 x 1000



= 0.92 kJg-1



= 0.76 kJg-1



= 0.80 kJg-1



3|TUGASAN PEKA2/2021 | CikguRosiahSMKBBST



9) Mentafsir data



Nilai kalori (kJg-1) 0.10



0.80



0.60



0.40



0.20



0.00



10) Perbincangan



Kacang tanah



Ikan bilis



Roti



Sampel makanan



1. Nilai kalori dalam kacang tanah paling tinggi kerana kacang tanah kaya dengan lemak. 2. Nilai kalori dalam sampel makanan berlemak lebih tinggi berbanding nilai kalori dalam sampel makanan yang mengandungi karbohidrat dan protein. 3. Nilai kalori ialah nilai tenaga yang ditunjukkan oleh kenaikan suhu air suling apabila 1 gram makanan lengkap terbakar dalam kalorimeter. 4. Nilai kalori set cadangan makan tengah hari A lebih tinggi kerana mengandungi lemak dan gula yang tinggi, manakala set cadangan makan tengah hari B pula mengandungi karbohidrat dan protein. Seseorang yang telah mengambil set A bagi makan tengah harinya perlu melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam untuk membakar lebihan kalori dalam badan mereka. Di samping itu, mengamalkan pengambilan gizi 4|TUGASAN PEKA2/2021 | CikguRosiahSMKBBST



seimbang melalui Konsep Pinggan Sihat Malaysia (suku bahagian pinggan diisi dengan sumber karbohidrat, suku pinggan diisi dengan sumber protein dan separuh pinggan lagi diisi dengan buah dan sayur). 5. Nilai kalori dalam sampel makanan yang ditentukan dengan menggunakan kalorimeter lebih kecil daripada nilai kalori dalam sampel makanan yang sebenar kerana sebahagian tenaga hilang ke persekitaran sebagai tenaga haba. Cadangan penambahbaikan untuk mendapatkan data yang lebih jitu/tepat: i) Pastikan sampel makanan dibakar sepenuhnya sebelum membaca suhu akhir air suling. ii) Pastikan sampel makanan yang dibakar diletakkan sedekat yang mungkin dengan tabung didih. iii) Menggunakan penghadang bagi memastikan tenaga haba daripada pembakaran sampel makanan dapat diserap sepenuhnya oleh air suling dan tidak terbebas ke persekitaran. 6. Data yang diperolehi adalah sah kerana langkah berjaga-jaga telah diambil dan eksperimen dijalankan sebanyak 3 kali untuk mendapatkan nilai purata kalori bagi setiap sampel makanan. 11) Kesimpulan



Hipotesis diterima. Makanan berlemak mengandungi kalori yang lebih tinggi berbanding makanan yang mengandungi protein dan karbohidrat.



5|TUGASAN PEKA2/2021 | CikguRosiahSMKBBST