Tutorial 1 Perbandingan Antara Sumber Lisan Dan Sumber Bertulis [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Perbandingan antara sumber lisan dan sumber bertulis Dari aspek definisi, sumber lisan merupakan keterangan sejarah yang diperoleh secara lisan biasanya dalam bentuk rakaman. Sumber bertulis pula merupakan sumber sejarah yang diperoleh melalui rekod bertulis yang mengandungi keterangan sejarah. Dari aspek tingkat sumber, sumber lisan merupakan sumber sejarah yang hanya menjadi penyokong kepada sumber bertulis serta mengisi kekosongan dan kekurangan yang ada pada sumber bertulis. Bagi sumber bertulis, sumber ini merupakan sumber sejarah yang utama. Dalam kategori sumber, sumber lisa terbahagi kepada dua, iaitu sumber primer yang melibatkan keterangan proto dan keterangan saksi mata. Keterangan kata dengar ialah sumber sekunder. Sumber bertulis pula merupakan sumber primer meliputi manuskrip, surat, catatan harian, rekod kerajaan, surat perjanjian, dan lain-lain. Sumber bertulis bertulis ini jarang digunakan untuk kajian sejarah melainkan untuk perbandingan dan hujah. Dalam proses penyelidikan, sumber lisan dijalankan melalui proses wawancara dengan orang sumber, kemudiannya ditranskripsi dan dikritik sebelum didokumentasikan. Manakala sumber bertulis dijalankan melalui proses kritikan sumber dan tafsiran sebelum dijadikan sumber yang boleh digunakan. Dari aspek objektiviti, keterangan sumber lisan kebiasaannya dipengaruhi oleh emosi, bias, memori yang lemah, dan penyembunyian fakta. Sumber bertulis lebih bersifat objektif kerana kebanyakan sumber bertulis bersifat fakta bertulis, terutamanya rekod-rekod kerajaan. Dari aspek akses dan transmisi, transmisi berlaku dari mulut ke mulut yang sebahagiannya diturunkan dari generasi ke generasi dan akhirnya membawa kepada tradisi lisan dalam sumber lisan. Manakala sumber bertulis pula bersifat statik. Akses kepada sumber bertulis sbahagiannya bersifat prosedural dan sulit demi kerahsiaan dan keselamatan. Bagi aspek keterlansungan, sumber lisan adalah singkat sekiranya tiada usaha pengkajian dan pendokumentasian. Penurunan dan transmisi secara turun-temurun akan menjadikannya sebagai tradisi lisan tidak terkawal yang tidak lagi berguna sebagai sumber sejarah. Sumber bertulis pula bersifat keterlangsungan merentas masa melalui proses penyimpanan yang bersistematik di arkib. Dari segi ketulenan, sumber lisan hanya dianggap tulen sepenuhnya apabila keterangan lisan disampaikan oleh sumber proto dan saksi mata. Manakala sumber bertulis bersifat tulen yang kebiasaannya adalah sumber primer dan sekunder. Manakala bagi aspek keutamaan, sumber lisan ditolak oleh sebahagian sejarawan, terutamanya aliran objektif yang dipelopor oleh Leopold Von Ranke. Sumber bertulis pula diterima oleh kesemua ahli sejarah sebagai tingkat sumber paling utama dan digunakan secara meluas sebagai sumber sejarah.