Ulasan Filem Puteri Gunung Ledang [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

0



SINOPSIS Puteri Gunung Ledang merupakan sebuah naskah yang diarahkan oleh Saw Teong Hind an dibintangi daripada pelakon-pelakon terkenal tanahair seperti M.Nasir dan Tiara Jacquelina selaku watak utama. Filem ini berunsurkan tentang sejarah Melayu yang mengangkat peristiwa antara cinta Hang Tuah dengan Puteri Gunung Ledang ketika zaman empayar Majapahit dan zaman Melaka. Filem yang berunsur sejarah ini sememangnya telah membawa satu perubahan baharu kepada aspek penerimaan masyarakat dan secara umumnya, file mini berjaya menambat hati penonton terutama dari segi kupasan penceritaan yang sarat dengan nilai-nilai sejarah dan pengajaran. Berdasarkan penceritaan di dalam filem ini, sinopsinya pada awalnya pengarah membawa kepada peristiwa menceritakan empayar Majapahit dilanda kegawatan akibat diserang oleh Putera Demak dari Jawa. Mengelak dari kejadian menjadi bertambah buruk, raja Majapahit, Gusti Adipati Handaya Ningrat menawarkan Demak berkahwin dengan adiknya, Gusti Putri Retno Dumilah. Tanpa pengetahuannya, Gusti Putri telah melarikan diri dengan berlayar ke Gunung Ledang untuk bersama cinta hatinya Hang Tuah. Gusti Adipati terpaksa menjalinkan perkaitan dengan Melaka pula dengan menawarkan adiknya pada Sultan Mahmud Shah pula. Gusti Putri menentang perkahwinan tersebut kerana cintanya hanya pada Hang Tuah. Sultan Mahmud menghantar utusan yang diketuai oleh Hang Tuah ke Gunung Ledang, tetapi dihalang oleh kuasa ajaib Gusti Putri. Akhirnya, setelah pelbagai cabaran, Gusti Putri terpaksa menurut permintaan Hang Tuah yang taat pada Sultan, tetapi dengan 7 syarat. Perutusan pulang ke istana Melaka tanpa Hang Tuah yang kecewa atas kegagalannya. Sultan Mahmud murka dengan kedegilan Gusti Putri dan sanggup menerima cabaran ketujuh-tujuh syarat walaupun bakal meragut nyawa anaknya sendiri.



ULASAN DARI SUDUT NILAI PENGAJARAN Biarpun secara umumnya filem ini bertemakan cinta di antara dua insan, namun masih terdapat pengajaran yang masih kita boleh amati. Antaranya ialah pengajatan kita tidak seharusnya berhajat terlalu tinggi sehingga dapat mengabaikan tanggungjawab kehidupan yang sebenar. Sebagai contoh, Sultan Mahmud dalam file mini telah menanam hajat yang tinggi untuk menjadikan Puteri Gunung Ledang sebagai teman



1



hidup hingga mengikut segala kemahuan dan syarat yang ditetapkan oleh Puteri Gunung Ledang yang sememangnya tidak logik dan jauh daripada reality kehidupan sebenar. Antara syaratnya seperti Sultan Mahmud harus menyediakan tujuh dulang hati kuman dan hati nyamuk yang sebenarnya perumpaan tersebut menggambarkan sikap Sultan Mahmud yang sanggup menggadaikan hati-hati rakyat jelata semata-mata demi mencapai matlamat yang dihajatkan. Seterusnya, pengajaran yang boleh di dapati dalam filem ini ialah kita tidak seharusnya kabur dan lalai hanya disebabkan cinta dan nafsu. Sebagai contoh,



sikap keinginan Sultan Mahmud yang ingin



mengahwini Puteri Gunung Ledang sehingga sanggup mengikut tujuh syarat yang ditetapkan. Sultan Mahmud juga mempunyai sikap yang agak negatif iaitu menggunakan anak-anak dara sebagai gundik dan dipisahkan daripada keluarga.



ULASAN DARI SUDUT KOSTUM BUSANA Kostum busana yang digunakan merupakan busana klasik yang digunakan untuk menunjukkan pemakaian zaman dahulu kala iaitu lelaki memakai pakaian tradisional baju melayu serba lengkap dengan tengkolok beserta samping dan keris. Manakala wanita memakai pakaian tradisional seperti baju kurung lama bersama selendang. Bagi puteri gunung ledang busana yang dipakaikan adalah pakaian yang dipenuhi perhiasaan untuk menunjukkan perbezaan puteri dengan masyarakat biasa.



ULASAN DARI SUDUT TEKNIKAL



Dari segi teknikal, bajet yang besar diperuntukkan sememangnya tidaklah mengecewakan. Lihat sahaja kostum, senjata, penggunaan kuda, CGI efek, koreografi pertempuran serta silat, skor muzik iaitu oleh M. Nasir, sinematografi, kepelbagaian lokasi penggambaran dan yang paling menarik adalah pemilihan serta pengambilan pelakon yang hebat dalam memegang watak yang akan membuatkan filem epik ini laris di pawagam. Jadi, tidak mustahil jika filem ini akan kekal beberapa bulan lamanya di pawagam-pawagam, bermula serentak dengan hari ulangtahun ke 47



2



sambutan kemerdekaan tanahaira. Antara kesan khas yang amat menarik perhatian dan dilihat menonjol ialah semasa gugurnya daun-daun yang tertulis syarat-syarat peminangan Puteri Gunung Ledang. Walaupun jika dilihat sepintas lalu kurang serasi dengan imej sinematografi yang ada tetapi unsur-unsur magik itu dapat dilihat ada pada adegan tersebut. Di Istana Melaka, tulisan yang tertulis pada lantai Istana amat cantik sekali.



ULASAN DARI SUDUT KEPENGARAHAN Puteri Gunung Ledang adalah filem era fantasi epik Malaysia yang diarahkan oleh Saw Teong Hin. Filem ini berdasarkan legenda Melayu puteri Gunung Ledang, yang dikatakan hidup di atas Gunung Ledang, dan usaha Sultan Melaka untuk mengadilinya. Bintang filem Tiara Jacquelina (yang turut bersama bersama Shazalli Ramly), M. Nasir dan Adlin Aman Ramlie.



ULASAN DARI SUDUT IDEA UTAMA Idea asal untuk cerita ini telah disampaikan oleh Mamat Khalid iaitu ideanya untuk mewujudkan sebuah kisah cinta antara 'Puteri Gunung Ledang dan pahlawan legenda Hang Tuah untuk siri televisyen bertajuk Hikayat. Apabila Tiara Jacquelina mendengar cerita, dia menghalangnya daripada meneruskan projek itu, menegaskan bahawa cerita itu adalah terlalu baik untuk televisyen. Cerita ini akhirnya dikembangkan menjadi projek filem Lagenda Gunung Ledang ditetapkan semasa pemerintahan Sultan Mahmud. Pada masa ini, Hang Tuah sudah seorang lelaki tua pada akhir kerjayanya, kerana dia telah mula menjalankan perkhidmatan kebesarannya pada masa pemerintahan Sultan Mansur, yang merupakan datuk Sultan Mahmud. Filem ini mengubah dengan membuat Hang Tuah masih seorang lelaki yang mampu dari segi fizikal. Perubahan yang paling ketara kepada filem itu ialah legenda asal tidak menampilkan sebarang hubungan romantis antara Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang. Dalam beberapa versi kisah, Hang Tuah tidak sampai ke kawasan puncak Gunung Ledang, kerana dia sudah bermasalah dalam kesihatan. Orang yang berjaya ke puncak dan membentangkan cadangan itu pada kedudukan Hang Tuah adalah seorang pahlawan muda yang bernama Tun Mamat. Puteri juga tidak tertakluk kepada sebarang kutukan daripada Sultan, kerana dia adalah orang yang menolak beliau, tidak seperti yang digambarkan dalam filem itu. Perubahan kecil adalah bahawa Puteri



3



adalah seorang puteri manusia Majapahit dengan kebolehan luar biasa, manakala di legenda dia bukan dari dunia ini.



ULASAN DARI SUDUT LATAR



Filem Puteri Gunung Ledang mempunyai latar dari segi masa, tempat dan juga manusia. Latar masa merangkumi sekitar abad ke-15 iaitu zaman kebangkitan Kesultanan Melayu Melaka dan empayar Majapahit. Justeru, dalam file mini hanya berfokuskan kepada apa yang berlaku pada zaman tersebut, zaman di mana Islam masih tidak diterapkan secara total. Selain itu, dari aspek latar tempat pula, pengarah telah menggunakan Melaka dan Majapahit sebagai dua elemen penghubung dan tempat. Latar manusia pula, pengarah telah mengutamakan tiga watak utama iaitu Puteri Gunung Ledang, Hang Tuah, dan juga Sultan Mahmud. Latar manusia juga merangkumi masyarakat yang diceritakan dalam filem tersebut seperti orang laut, pedagang-pedagang dan sebagainya.



ULASAN DARI SUDUT PLOT



Empayar Majapahit dilanda gawat setelah diserang oleh Putera Demak dari Jawa. Mengelak dari kejadian menjadi bertambah buruk, raja Majapahit, Gusti Adipati Handaya Ningrat menawarkan Demak berkahwin dengan adiknya, Gusti Putri Retno Adjeng Dumilah. Tanpa pengetahuannya, Gusti Putri telah melarikan diri dengan berlayar ke Gunung Ledang untuk bersama cinta hatinya Hang Tuah. Maka, versi filem memaparkan yang Puteri Gunung Ledang sebenarnya puteri Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumillah dari Majapahit di Pulau Jawa yang merajuk dan membawa diri ke Gunung Ledang. Beliau sebenarnya menunggu masa untuk bertemu dengan Hang Tuah yang pernah ke Majapahit. Walau bagaimanapun, halangan berlaku di antara Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah apabila abang Gusti Putri, Gusti Adipati terpaksa mengahwinkan Gusti Putri dengan Sultan Melaka, Sultan Mahmud pula. Utusan peminangan diutus dan diketuai oleh Hang Tuah sendiri. Akhirnya, setelah pelbagai cabaran, Gusti Putri terpaksa menurut permintaan Hang Tuah yang taat pada Sultan, tetapi dengan tujuh



4



syarat. Perutusan pulang ke istana Melaka tanpa Hang Tuah yang kecewa atas kegagalannya. Sultan Mahmud murka dengan kedegilan Gusti Putri dan sanggup menerima cabaran ketujuh-tujuh syarat walaupun bakal meragut nyawa anaknya sendiri. Diantara petikan dari filem yang menyebut akan tujuh syarat peminangan Gusti Putri terhadap Sultan Mahmud yang diterjemahkan dari sanskrit Jawa adalah seperti "Pertama, air mata dara yang tidak berdarah, tujuh tempayan banyaknya...", "Kedua, pinang, bukannya kahwin kerana tidak tua, merah darahnya, tujuh tempayan banyaknya...", "Ketiga, merangkak bebas di daratan, darah juga kehendaknya, sifatnya, tujuh dulang banyaknya...", "Keempat, terbang bebas di udara, darah juga kehendaknya, sifatnya, tujuh dulang banyaknya...", "Kelima, darah putih rakyat untuk menambat darah kuning raja dari tapak ke takhta...", "Keenam, darah merah rakyat untuk menambat darah kuning raja dari tapak ke takhta...", "Ketujuh, darah Siguntang tetap mengalir, badan bersilih menanti, sebatil..." Melalui



petikan-petikan



tersebut,



sebenarnya



jelas



menunjukkan



permintaannya yang berunsurkan 'darah' yang menguatkan dan menegaskan lagi bahawa jawapan bagi peminangan itu adalah satu penolakan. Begitulah plot filem ini disusun bagi menyampaikan penceritaan yang tersusun kepada penonton.



ULASAN DARI SUDUT PROP



Limpahan wang ringgit itulah yang telah memungkinkan kostum para pelakonnya direka dengan baik, set dibina untuk merealisasikan kegemilangan zaman kesultanan Melayu Melaka, solekan zaman tersebut yang menjadi dan kena pada zaman juga percikan api yang mengiringi pencak silat M.Nasir dan Alex Komang. Terdapat banyak prop yang digunakan di dalam filem ini dalam memastikan suasananya adalah mengikut masa yang betul seperti penggunaan senjata ketika berperang, prop-prop di dalam istana,



di kawasan kampung serta lain-lainya



5



memperlihatkan serta menggambarkan suasana ketika abad ke-15 itu sendiri. Antara prop senjata yang digunakan adalah seperti alat memanah, tunggangan kuda, keris, perisai perlindungan diri dan banyak lagi. Begitu juga antara prop yang kelihatan di dalam istana seperti pelamin raja, kedudukan pembesar-pembesar iaitu kerusinya, dulang-dulang yang dibawa oleh dayang istana. Boleh dilihat juga prop yang digunakan semasa mengangkat Sultan mahupun Puteri itu sendiri yang dibawa di dalam ruang khas yang dibawa oleh pemuda-pemuda istana. Kesemua prop yang digunakan itu sebenarnya adalah bagi menepati skop masa filem ini dan dapat dilihat prop-prop



yang



digunakan



adalah



dipilih



dengan



berhati-hati



ULASAN DARI SUDUT TEKNIK PENCERITAAN Filem Puteri Gunung Ledang telah menggunakan banyak teknik penceritaan didalamnya. Ianya juga penting untuk pengarah bagi menggembangkan plot supaya ceritanya lebih menarik. Teknik penceritaan dapat memberikan penjelasan dengan lebih dekat dengan penonton. Teknik penceritaan bagi filem Puteri Gunung Ledang, adalah yang sangat kelihatan ketara adalah teknik saspens yang ditonjolkan. Teknik saspens juga lebih dikenali sebagai ketegangan dalam cerita yang menimbulkan tanda tanya atau perasaan ingin tahu. Di dalam filem ini, antara isu saspens terjadi apabila serangan Demak ke Majapahit itu sendiri. Teknik kejutan juga digunakan. Teknik kejutan adalah kesan yang timbul daripada perubahan tidak sama dengan dugaan penonton. Misalnya semasa Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumilah telah dipaksa untuk berkahwin dengan Sultan Mahmud Shah dimana ianya membuatkan penonton tertanya-tanya akan pengakhirannya. Selain itu, antara teknik yang digunakan dalam penceritaan Puteri Gunung Ledang yang lain yang dapat dilihat ialah teknik monolog ataupun teknik yang merakam isi hati dan fikiran watak. Hal ini boleh dilihat kebanyakan sesuatu ‘scene’ penggambaran, banyak memperlihatkan watak-watak seperti Puteri Gunung Ledang berkata-kata di dalam hati dan kelainannya adalah watak ini bermonolog dan boleh didengari seperti sedang berkata-kata dengan watak yang lain seperti kata-kata dalam hati antara Puteri dengan abangnya iaitu Gusti Adipati Handaya Ningrat dan antara Hang Tuah. Hal ini menimbulkan keunikan filem ini dan selari dengan sejarah itu sendiri di mana penggunaan ilmu seperti kedukunan diterapkan mengikut zaman



6



tersebut. Oleh itu, teknik penceritaan dalam sesebuah filem amat perlu dititikberatkan. Hal ini kerana ianya dapat mendekatkan kisah tersebut dengan jiwa penonton. Di samping itu, di dalam filem ini juga terdapat teknik imejan atau “imagery” yang juga digunakan iaitu bahasa kiasan. Di dalam filem terdapat banyak watak yang menggunakan bahasa kiasan. Tambahan lagi, teknik intonasi yang baik di mana nada suara oleh watak yang turun naik sewaktu mengucapkan ayat. Hal ini dapat dibuktikan apabila Gusti Adipati Handaya Ningrat yang meninnggikan suara kepada pembesarnya apabila mengetahui bahawa Puteri Gunung Ledang telah melarikan diri.