G. Langkah Terapi Bercerita [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Langkah-langkah Perlaksanaan Terapi Bercerita Terdapat tiga langkah utama bagi melaksanakan terapi bercerita, iaitu sebelum, semasa dan selepas. Sebelum melaksanakan terapi bercerita, iaitu pada fasa perancangan dan persedian guru hendaklah bermula dengan memilih sebuah cerita yang sesuai. Tema cerita yang dipilih hendaklah mengandungi nilai moral yang murni. Oleh itu guru hendaklah teliti semasa memilih bahan yang hendak digunakan. Selain itu, guru hendaklah memastikan cerita yang dipilih itu menarik dan perkataan yang digunakan semasa bercerita sesuai dengan pengalaman murid. Guru hendaklah memastikan masa yang diperuntukkan sesuai dengan panjang atau pendek cerita tersebut. Bagi memastikan terapi tersebut dapat dilaksanakan dengan baik, guru hendaklah menghafal dan bercerita secara sendiri sekurang-kurangnya sekali. Hal ini supaya guru dapat bercerita sambil memandang mata murid-murid agar murid memberikan perhatian semasa guru bercerita di hadapan. Sebagai pesediaan, guru perlu menyediakan alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambar atau topeng-topeng bagi menarik minat murid, agar sesi terapi dapat berjalan dengan baik. Bagi menguji kefahaman murid semasa terapi bercerita dijalankan, guru hendaklah menyediakan soalan-soalan yang bersesuaian untuk murid berdasarkan cerita yang bakal diceritakan kepada murid. Soalan ini bertujuan untuk memastikan murid sentiasa menngikuti sesi terapi yang guru sedang laksanakan. Susunan tempat duduk murid juga memainkan peranan penting dalam keberkesanan terapi tersebut, oleh itu sebelum memulakan terapi, guru hendaklah menyusun tempat duduk murid dengan baik agar semua murid dapat mendengar dan melihat ekspresi guru. Semasa memulakan sesi bercerita, guru hendaklah memastikan dia menggunakan set induksi yang menarik agar murid dapat memberikan perhatian kepada guru di hadapan. Guru hendaklah menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang dapat menarik perhatian murid dan membantu murid memahami cerita. Semasa melaksanakan terapi bercerita, guru hendaklah memastikan setiap murid telah meberikan perhatian secara sepenuhnya. Guru juga boleh menggunakan soalan yang digunakan tadi untuk membimbing murid mengikuti perkembangan cerita. Untuk menjadikan terapi ini berkesan, guru hendaklah bercerita dengan lebih bersemangat dan memahami apa yang guru hendak sampaikan. Ekspresi wajah memainkan peranan penting, oleh itu guru perlu menunjukkan ekspresi muka yang betul ketika sesi bercerita. Ekspresi wajah adalah penglahiran rasa hati, emosi, fikiran, penilain dan keadaan seseorang individu itu. Oleh itu, adalah penting bagi



seorang guru kaunseling mempamerkan ekspresi wajah yang dapat meyakinkan murid. Di samping itu, guru hendaklah peka kepada mesej yang dilahirkan melalui wajah murid dan meseej yang dilahirkan melalui wajah guru itu sendiri. Sebagai seorang guru kaunseling, semasa menjalankan terapi guru hendaklah sentiasa memberikan kontak mata kepada murid dan mengelakkan melarikan pandangan mata ke arah lain ketika terapi sedang berjalan. Selepas selesai melakukan terapi bercerita, guru membuat penutup. Penutup ini bertujuan untuk membantu murid mengukuhkan nilai-nilai murni yang telah diterapkan dalam isi cerita itu. Semasa melakukan fasa penutup ini, guru hendaklah menyoal murid tentang isi cerita uang hendak disampaikan dan menuruh murid menggulung isi cerita dengan menggunakan perkataan sendiri.perkara ini dilakukan untuk mematikan murid memahami cerita yang disampaikan oleh guru tadi. Selepas itu, guru hendaklah melakukan perbincangan dengan murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam isi cerita tersebut. Selepas melakukan terapi bercerita, guru boleh meminta murid untuk berlakin berdasarkan isi cerita yang telah disampaikan dan dibimbing oleh guru itu sendiri. Selain itu, semasa penutup, guru juga boleh menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita yang telah didengar. Guru yang baik hendaklah dapat menjalankan terapi bercerita dengan baik dan mendapat perhatian daripada murid yang mengikuti terapi tersebut. Oleh itu guru hendaklah menyampaikan terapi dengan bertenaga. Hal ini kerana tahap tenaga guru turut memberikan “mood” kepada sesi terapi yang dijalankan. Guru yang menunjukkan tahap tenaga yang rendah akan membina mood yang rendah juga semasa terapi dijalankan. Murid akan membuat penilain terhadap gurunya. Tahap tenaga dapat diukur dengan memerhatikan tingkah laku guru semasa bersama murid melalu gaya duduk atau berjalan, nada suara dan juga mimik muka, seperti yang dijelaskan di perenggan atas. Guru juga hendaklah sentiasa memberikan galakan kepada murid-murid. Guru kaunseling perlu lebih peka dan memberi sokongan serta penghargaan kepada murid yang mengikuti sesi terapi. Semasa menjalankan terapi ini, guru juga perlu mempunyai kemahiran memfokus yang baik. Memfokus bermakna memberi perspektif terhadap sesuatu yang baru sahaja dinyatakan oleh murid. Hal ini akan membantu murid untuk menumpukan perhatian kepada sesuatu isu dengan lebih tepat dan jelas selain dapat mengelak dari sesuatu kekeliruan serta ketidakpastian. Kemahiran ini sering digunakan apabila murid kerap kali tidak memberikan perhatian kepada guru.



Perlu diingatkan, penstrukturan sangat penting dalam menjalankan terapi ini. Patterson & Welfel (2000) dalam Kemahiran Asas Kaunseling menyatakan penstrukturan



menjelaskan



semua



pernyataan



pembimbing



atau



pengamal



kaunseling yang membolehkan klien mengetahui apa yang boleh dijangkakan tentang proses dan hasil aktiviti kaunseling. Perkara yang perlu diambilkira semasa membuat penstrukturan ialah jangkamasa yang diperuntukkan setiap kali sesi kaunseling dijalankan, dolam konteks ini terapi membaca tersebut. Seterusnya peranan guru iaitu mendengar, memahami dan membantu isu yang dihadapi oleh murid. Selain itu, peranan murid juga hendaklah diambil kira, jika dala sesi kaunseling biasa murid menceritakan dengan bebas dan memilih tajuk perundingan, tetapi di dalam terapi bercerita, murid berperanan mendengar cerita guru dan memberi respon semasa guru bertanyakan soalan. Jika, selepas sesi terapi tersebut guru mendapati masalah murid ini tidak dapat diselesaikan oleh guru, guru hendaklah merujuk murid ini kepada yang lebih pakar. Perkara yang paling penting ialah penstrukturan yang dibuat haruslah ringkas dan mudah agar tidak menjadi isu kepada murid-murid yang mengikuti terapi tadi.



Kesimpulan Terapi bercerita mempunyai kelebihan yang tersendiri. Melalui terapi bercerita kanak-kanak dapat meluahkan perasaan terpendam dan berkongsi maklumat sesama kawan. Hal ini secara tidak langsung dapat membolehkan mereka berasa diri mereka dihargai. Terapi ini juga memberi kelebihan kepada guru kaunseling kerana dapat memahami konflik murid dengan lebih senang. Melalui aktiviti bercerita, guru akan memberi murid satu watak dan secara tidak langsung cara mereka menyelesaikan masalah dalam cerita yang perlu mereka ceritakan akan menonjolkan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid. Melalui ini, guru akan dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid terutamanya yang bersikap pasif di dalam kaunseling kelompok. Melalui perwatakan yang ditonjolkan semasa memegang sesuatu watak, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan yang terpendam secara reflek melalui terapi ini sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Selain itu, kanak-kanak juga dapat mengembangkan lagi kemahiran fizikal mereka dalam bercerita dan ekspresi emosi mereka melalui bahasa tubuh. Kemahiran pengamatan yang tinggu perlu dikuasai oleh guru untuk membaca tingkahlaku murid sepanjang terapi ini dijalankan agar guru dapat membantu murid menyelesaikan masalah yang murid hadapi. Perhatian dan sokongan hendaklah sentiasa diberikan kepada murid agar mereka lebih terbuka dengan guru kaunseling. Terapi ini juga bagus kerana tidak memberi tekanan kepada murid-murid. Mereka tidak merasakan mereka sedang berada dalam satu sesi kaunseling tetapi merasakan berada dalam satu suasana bercerita yang menarik dan murid dapat mengekspresikan diri mereka yang sebenar tanpa ada sebarang tekanan yang menggangu mereka. Terapi bercerita juga adalah terapi yang sangat berkesan dalam membina raport antara guru dan murid kerana dalam terapi bercerita guru dapat mengenali murid dengan lebih mesra lagi. Selaini itu, terapi bercerita ini



Refleksi



Nama : Nurul Hamizah Binti Mohamad Latip



Syukur Alhamdulillah saya dapat menyiapkan tugasan berkumpulan ini pada masa yang ditetapkan. Semasa menerima tugasan ini, saya merasakan agak terbeban kerana ini adalah kali pertama saya mempelajari mengenai terapi bercerita. Saya tidak mempunyai pengalaman sebelum ini bahawa terdapat terapi dalam sesi kaunseling. Seperti yang kita sedia maklum, di Malaysia, kaunseling masih kurang mendapat sambutan dalam kalangan rakyat Malaysia. Bagi saya, subjek Bimbingan Dan Kaunseling ini banyak memberikan saya input baru dalam bidang kaunseling ini. Melalui tugasan yang diberikan ini, saya dapat memahami konsep, matlamat dan jenis-jenis perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Saya juga dapat mempelajari cara menjalankan terapi bercerita. Terapi bercerita adalah satu terapi yang sangat menarik bagi saya kerana kita sebagai guru kaunseling dapat merapatkan hubungan dengan murid melalui aktiviti bercerita. Aktiviti ini dapat menjadikan hubungan antara guru dan murid lebih mesra. Walaupun pada mulanya saya rasakan agak mencabar untuk menjalankan terapi ini, tetapi dengan membuat rujukan di internet dan membaca buku-buku berkaitan kaunseling saya dapat memahami sedikit demi sedikit cara melaksanakan terapi ini. Tugasan ini membantu saya untuk bersedia apabila keluar menjadi guru nanti dan diberi peluang untuk melaksanakan terapi bercerita di sekolah. Walaupun baru sedikit ilmu yang saya pelajari, tetapi saya yakin dengan diri saya. Saya akan berusaha menambah lebih banyak ilmu dalam bidang ini dengan membaca buku dan menjalankan temu ramah dengan guru kaunseling yang lebih berpengalaman. Saya rasakan seronok semasa melakukan terapi ini kerana, terapi bercerita dapat dijalankan menggunakan banyak bahan bantu yang dapat menarik minat murid. Apabila klien kita iaitu murid tertarik dengan cara kita menyampaikan cerita itu, secara tidak langsung perasaan seronok akan wujud di dalam diri kita dan akan mendorong kita untuk menimba lebih banyak ilmu agar sesi terapi yang dijalankan pada masa akan datang dapat menarik minat murid. Akhir sekali tugasan ini mengajar saya melakukan kerja dalam satu kumpulan yang kecil. Perkara ini sangat berguna apabila saya berada di dunia pekerjaan yang



sebenar nanti. Bukan senang untuk bekerja dalam kumpulan, perlu banyak toleransi. Perkara paling penting sebelum memulakan sesuatu kerja berkumpulan ialah melantik seorang ketua, selepas itu, ketua akan mengagihkan tugas kepada ahli yang lain. Tugasan ini banyak membantu saya membina semangat kerja dalam kumpulan dan tidak mementingkan diri. Tugasan seperti ini haruslah diteruskan pada masa akan datang agar dapat mendidik lebih ramai bakal guru. Sama ada melakukan kerja secara berkumpulan ataupun memahami bidang kaunseling dengan lebih baik. Tugasan ini benar-benar memberikan banyak manfaat ke atas diri saya.



Rujukan Mansor Abu Talib. (2010). Kemahiran Asas Kaunseling. Diakses pada 12 Februari http://www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/fem3107_1299483089.pdf