Isu Etika Guru [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PENGENALAN Guru merupakan orang yang penting dalam pembentukan diri seseorang pelajar kerana mereka menghabiskan sebahagian besar masa di sekolah. Seorang kanak-kanak berhadapan dengan guru bermula sejak umur mereka 6 tahun iaitu di peringkat prasekolah sehingga peringkat remaja. Guru akan memuji, menegur, menguji dan menengking mereka semasa menjalankan tugas. Segala gerak laku dan perbuatan guru yang disenangi atau sebaliknya akan diperhatikan dan ditiru oleh pelajar. Oleh itu, segala tingkah laku dan perbuatan guru akan mempengaruhi sikap dan pembelajaran pelajar. Contohnya cara guru berpakaian, gaya berjalan, cara pertuturan dan lain-lain penampilan diri guru akan menjadi perhatian dan ikutan pelajar terutama guru yang menjadi idola kepada pelajarnya. Oleh itu, guru yang mempunyai personaliti baik serta perwatakan bersih akan dapat melahirkan generasi yang berakhlak. Bahkan, guru yang mengamalkan tingkah laku yang beradab akan lebih disukai oleh pelajar ( Atan Long, 1991 ). Cara hidup yang beragama, bermoral dan berdisiplin dapat membimbing pelajar menjadi seorang insan yang baik secara tidak langsung. Reformasi pendidikan mementingkan agama, pendidikan moral dan penerapan nilai-nilai murni dalam kurikulum ( Esah, 1998). Oleh itu, guru harus menunjukkan ciri-ciri teladan kepada para pelajar. Guru yang mempunyai ciri-ciri peribadi yang baik dan terpuji setiap waktu dapat mengatasi masalah tingkah laku pelajar dengan mudah. Guru akan suka bergaul mesra dengan pelajar, cuba memahami perasaan dan kehendak mereka serta bimbing mereka menjadi orang yang baik. Etika (etimologi) menurut modul KKD 2063 Pembangunan Sahsiah ialah berasal dari bahasa Yunani adalah Ethos yang membawa maksud watak kesusilaan atau adat kebiasaan(costum). Etika biasanya berkait rapat dengan perkataan moral yang merupakan istilah dari bahasa Latin, iaitu Mos dan dalam bentuk jamaknya Mores, yang bererti juga adatkebiasaan atau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik (kesusilaan), dan menghindari perkara-perkara tindakan yang buruk (Keith, 2006). kumpulan tersebut. Ia juga merupakan suatu sistem yang berkaitan dengan 1



dasar akhlak atau tingkah laku bagi sesuatu kumpulan atau organisasi. Sistem dasar meliputi aspek-aspek moral yang baik atau buruk serta yang betul atau salah sebagai panduan kepada ahli-ahli. Dalam kehidupan, manusia perlukan satu sistem atau panduan untuk menentukan mereka bertingkah



laku.



Perkara



ini



mendasari



perkembangan



etika dalam



masyarakat tersebut. Menurut para sarjana, etika adalah aturan perilaku, adat kebiasaan manusiadalam pergaulan antara sesamanya dan menegaskan kebenaran dan keburukan. Etika berkaitan dengan norma-norma, nilai-nilai, kaedahkaedah dan ukuran-ukuran bagi tingkah laku manusia yang baik atau buruk dan boleh diikuti atau sebaliknya. Menurut William(1971), etika ialah “The normative science of the conduct of human beings living in societies-a science which judges this conduct to be right or wrong, to be good or bad or in some similar way”



(Sains normatif mengenai perilaku manusia dalam



masyarakat di mana sains ini menentukan sesuatu perilaku sebagai betul atau salah, baik atau buruk dan lain-lain). Seribu warna tingkah laku guru-guru di setiap sekolah perlu dihimpunkan dengan segera dan diberi pemantapan dalaman secara berhemah. Matlamatnya ialah melahirkan golongan guru yang secara sendiri sedar tentang perubahan total yang perlu dilaksanakan dan seikhlas hati memimpin diri sendiri ke arah perubahan. Golongan guru-guru ini pula harus tidak jemu-jemu menunjukkan contoh teladan kepada guru-guru yang lain agar mereka juga mendapat ikhtibar tentang kepentingan pembinaan sahsiah yang berkualiti dalam diri mereka. Pendekatan secara paksaan haruslah dielakkan kerana ianya tidak mencerminkan sahsiah ,etika dan budi pekerti guru unggul. Kekuatan dan keistimewaan guru unggul adalah melalui tingkah laku yang menarik hati untuk didekati dan tidak memaksa orang lain membuat perubahan seperti dirinya. Malahan orang lain akan terpaut untuk meneladani tingkah laku mulianya secara sukarela dan keikhlasan inilah yang menjadi tunjang konsistensi kepada jati diri. Namun begitu, dewasa ini kita juga sentiasa dengar tentang guru-guru yang



bermasalah



yang



boleh



mendatangkan 2



keburukan



terhadap



pekembangan pendidikan di Malaysia ini kerana guru adalah seorang yang diberi amanah untuk membentuk dan mendidik pelajar menjadi insan yang berguna. Oleh itu semua pihak hendaklah memainkan peranan mengatasi masalah ini terus menjadi-jadi. Terdapat pelbagai jenis salah laku yang dilakkan oleh guru yang mana bukan hanya melanggar etika profesion perguruan tetapi juga telah terlibat dengan akta jenayah. Isu-isu seperti ini sudah tentu akan mencemarkan martabat profesion perguruan sebagai satu profesion yang mulia pada pandangan masyarakat. Apa yang dimaksudkan dengan Isu ialah kebiasaannya dikaitkan dengan sesuatu perkara yang diperkatakan dan boleh menjadi sesuatu yang besar. Tidak banyak definisi isu yang dapat dinyatakan namun menurut satu laman web (artikata.com), isu adalah seuatu masalah yang dikedepankan (diperkatakan) untuk ditanggapi oleh orang ramai. Ia juga adalah suatu khabar yang tidak jelas asal usulnya dan tidak terjamin kebenarannya. Berikut merupakan isu-isu yang melibatkan etika guru di sekolah. pelbagai isu yang sering berlaku di sekolah serta mampu mencemarkan nama baik profesion perguruan di negara kita. Berikut adalah tiga isu-isu yang sering berlaku di sekolah. saya akan bincangkan ketiga-tiga isu tersebut dan kesannya terhadap profesion perguruan dan apakah langkah-langkah yang harus digunakan dalam mengatasi masalah tersebut.



ISU PERTAMA : PONTENG ATAU TIDAK MASUK KELAS Isu seperti ini sudah menjadi isu yang sering diperkatan dan disiarkan di dalam media massa mahu pun di dada akhbar. RANAU: Kementerian Pelajaran menerusi Jabatan Pelajaran memandang serius isu ketidakhadiran guru di sekolah, tegas Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Datuk Dr Muhiddin Yusin. Beliau berkata hasil pemantauan dan pemeriksaan pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) pada 22 Februari 2010, mendapati seramai 117 guru dari 11 sekolah tidak hadir bertugas, manakala pada 25 Mei 2010 pula seramai 157 guru dari 14 sekolah juga tidak hadir bertugas. 3



Beliau menegaskan walaupun kejadian itu mungkin terpencil, namun hal berkenaan tidak boleh



dibiarkan berterusan



kerana



ia mampu



melumpuhkan sistem pendidikan negara jika tidak ditangani sewajarnya. “Dengan itu, juga difikirkan keperluan untuk JPNS mewujudkan satu lagi program iaitu Program AKUN yang bakal dilaksanakan pada tahun 20122016. “Ia bertujuan meningkatkan peratusan kehadiran guru di sekolah sekaligus memantapkan lagi keberkesanan penyampaian serta penyebaran maklumat pekeliling dan peraturan di semua peringkat, menerusi empat strategi pelaksanaan iaitu e-Cerap, Pemantauan Silang, Pemantauan Bersepadu dan e-Hadir,” katanya. Menurut beliau lagi, program itu yang bersifat serampang empat mata akan menekankan pemantapan kualiti perkhidmatan di peringkat sekolah yang menjadi cermin kejayaan dan pencapaian sebenar pendidikan.



Beliau memaklumkan e-Hadir dan e-Cerap membolehkan pemantauan kehadiran guru dan anggota kakitangan sokongan serta pelaksanaan proses pencerapan dilakukan secara online. Sementara pemantauan bersepadu dan silang akan dapat menyelia pelbagai elemen di luar bidang masing-masing untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan termasuk ruang dan peluang kepada Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) memantau semua sekolah di bawah kawalan masing-masing melalui pendekatan antara zon dan sekolah. Dengan tema „Transformasi Sikap Ke Arah Integriti‟, program itu dapat menyediakan



ruang



bagi



kakitangan



Jabatan



Pelajaran



untuk



mentransformasikan sikap ke arah lebih bertanggungjawab, komited dan berintegriti. “Program AKUN ini juga tentunya memberi ruang dan peluang kepada pentadbir di sekolah dan PPD memberi khidmat serta bimbingan dengan lebih terus, bersepadu dan komprehensif,” jelas beliau dan mengharapkan kepada semua warga pendidikan supaya membuat penilaian kendiri bagi meningkatkan kopetensi dalam pengajaran di dalam kelas kerana setiap



orang



akan



dipantau,



seterusnya



mampu



menangani



isu



ketidakhadiran guru di sekolah. Dipetik daripada Utusan Boneo Post Sabah.



4



Guru seperti yang disebutkan di atas sememangnya mementingkan kehendak dan kepuasan diri tanpa memikirkan nilai sahsiah dan moral yang sepatutnya dimiliki oleh seorang guru. Selain menggelapkan masa depannya sendiri, tindakan di luar kewarasannya itu turut memusnahkan masa depan pelajarnya yang sepatutnya di menjadi tanggungjawabnya untuk mendidik dan member ilmu kepada pelajarnya. Malah kepercayaan yang diberikan oleh keluarga pelajar turut dimusnahkan dengan pengkhianatan dan kesalah tersebut. Profesion perguruan adalah sebuah profesion yang amat mulia dan dipandang tinggi oleh semua lapisan masyarakat. Dengan kesalahankesalahan segelintir guru yang melanggar etika perguruan sesungguhnya akan mencemarkan kemuliaan profesion itu.



Kesalahan individu sering kali dilihat sebagai kgagalan individu itu sendiri, namun jika diteliti dan diperhalusi, ada beberapa faktor yang turut menyumbang kepada berlakunya keadaan ini. Tanpa pegangan agama yang kuat, kewarasan akal kadang-kadang tidak dapat menyekat kehendak naluri individu itu untuk terus cenderung melakukan kesalahan. Jika mengikut teori Maslow, kegagalan mendapatkan sesuatu keperluan yang utama boleh menyumbang kepada seseorang cenderung melakukan kesalahan demi mengisi keperluan yang dihajatinya. Psikoanalitik yang diasaskan oleh Sigmund Frued (1856-1939) melihat manusia dilahirkan denagn sifat semulajadi dan tingkah lakunya lebih kepada naluri kehaiwanan yang hanya dapat dibendung dengan pengalaman-pengalaman dalam masyarakat dan sosialisasi. Jika pengalaman ini tiada atau kurang, ia cenderung kearah merosakkan peraturan-peraturan dalam masyarakat. Selain itu, menurut pada pendapat Cascio (2005), ketidakhadiran bermaksud



apa-apa



sahaja



kegagalan



seseorang



pekerja



daripada



melaporkan diri ataupun tidak berada di tempat kerja mengikut masa yang telah ditetapkan atas apa alasan sekalipun. Ini menunjukkan apabila seseorang pekerja itu tidak datang ke pejabat pada waktu bekerja maka mereka dianggap sebagai tidak hadir. Sekiranya seseorang pekerja tidak hadir tanpa sebarang sebab yang munasabah, ianya boleh dianggap sebagai ponteng kerja. Perkara yang sama boleh diperkatakan kepada pelajar sekolah 5



yang tidak ke kelas ataupun sekolah pada waktu persekolahan tanpa sebarang alasan, mereka juga akan dianggap sebagai ponteng sekolah. Dalam konteks guru pula, diakui terdapat segelintir dari guru yang terlibat dalam gejala ponteng ini disebabkan oleh sebab-sebab tertentu. Menurut Randolfi (1996), salah satu daripada kesan tekanan yang terlalu tinggi dalam kalangan pekerja boleh mengakibatkan pelbagai kesan seperti psikologi, fizikal, tingkahlaku dan organisasi di mana salah-satu daripada kesan organisasi ialah ianya membawa kepada ketidakhadiran pekerja. Disebabkan kerjaya guru yang mencabar sudah pastinya mereka akan berhadapan dengan pelbagai jenis tekanan sepanjang berada di sekolah. Akibat daripada tekanan yang dihadapi, tidak mustahil bagi seseorang guru bertindak untuk ponteng kerja seiring dengan kenyataan Randolfi. Secara umumnya faktor-faktor yang mendorong kepada kelakuan tersebut boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:



i.



Faktor sekolah yang berada jauh dari tempat tinggal



Kemungkinan guru bertindak demikian supaya mereka berada jauh dari sekolah dan segala tekanannya untuk mendapatkan ketenangan jiwa. Perkara ini turut disokong oleh Ho (1997), yang mengatakan tekanan di dalam organisasi semakin merisaukan pengamal pengurusan kerana memberi kesan terhadap keberkesanan perjalanan sesebuah organisasi.



ii.



Sikap guru itu.



Sikap guru ini termasuklah rasa bosan yang terbit dalam diri guru setelah mereka bertahun-tahun di sekolah yang sama dan menjalani rutin harian yang sama. Guru tersebut akan mula berasa bosan dengan perkara yang hampir sama dilaluinya setiap hari. Sikap guru yang tidak bertanggungjwab dan tidak memegang amanah serta mengabaikan kod etika perguruan juga cenderung melakukan kesalah ini secara tidak sengaja. Malah mereka tidak menyedari bahawa mereka telah melakukan kesalahan yang amat berat dan melanggar 6



etika keguruan dan secara tidak langsung merendahkan martabat keguruan dalam diri mereka itu sendiri. Selain ini minat yang hilang untuk mengajar juga merupakan salah satu faktor menyebabkan guru hilang motivasi untuk memberi komitmen yang sepenuhnya kepada sekolah.



iii.



Persekitaran



Apabila dikaitkan dengan persekitaran, guru yang ditugaskan di persekitaran sekolah yang harmonis akan memberikan komitmen sepenuhnya berbanding sebaliknya. Rakan-rakan kerja yang komited akan mempengaruhi sedikit sebanyak persembahan guru tersebut dalam pekerjaannya. Sekiranya guru itu ditugaskan di sekolah yang persekirannya agak pasif maka guru tersebut akan menjadi pasif dan akhirnya hilang motivasi kerja dan tidak memberi komitmen yang sepenuhnya.



iv.



Bebanan kerja



Bebanan kerja guru yang semakin hari semakin meningkat merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah guru ponteng. Tekanan kerja yang dibebani kadang kala menyebabkan mereka tidak bersedia untuk mengajar demi untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Guru mengambil langkah mudah dengan meminta murid untuk melakukan kerja masingmasing sementara guru tersebut menyiapkan tugasan yang diberikan kepadanya oleh pihak pentadbir. Masalah bebanan kerja ini perlu diteliti semula kerana bebanan kerja yang melampau akan menganggu proses P&P guru dan memberi tekanan emosi kepada guru sehinggakan minatnya untuk mengajar terganggu. Berdasarkan pada kelakuan segelintir guru yang sentiasa ponteng daripada masuk kelas atau sentiasa melewatkan diri dari hadir pada tepat pada waktunya akan memberi banyak kesan kepada semua pihak sama ada terhadapa profesion,jabatan, sekolah, pentadbir, rakan sekerja, murid-murid



7



mahu pun terhadap dirinya sendiri. Berikut adalah beberapa kesan daripada masalah tersebut iaitu :



I.



Kesan terhadap pembangunan sahsiah guru tersebut



Permasalahan ini adalah merosotnya kerja guru dan pencapain pelajar di sekolah. Serta motivasi sesorang guru tersebut akan kurang dan terjejas kearah tanggungjawab yang telah di amanahkan ke atasnya. Selain itu, kurangnya kepercayaan daripada guru lain terhadap guru tersebut. Serta ia akan memberi kesan yang negetif terhadap motivasi dirinya untuk terus maju.



II.



Kesan



terhadap pembangunan



sahsiah



guru



secara



keseluruhannya Sahsiah ini merupakan keperibadian, sikap dan tingkah laku guru. Apabila isu ini berlaku, keperibadian seorang guru itu boleh disangkalkan. Sikap serta tingkah



laku



guru



haruslah



sentiasa



positif



dan



menjurus



kepada



pembangunan dan kejayaan modal insan murid-murid bukannya kepada satu sikap yang negatif. Isu tersebut akan memberikan impak kepada sahsiah guru-guru yang lain dimana keperibadian, sikap dan tingkah laku yang dilakukan oeleh guru dipersekolahan akan terus dianggap negatif oleh semua lapisan masyarakat. Ini akan mengakibatkan pembangunan sahsiah guru tidak akan meningkat dan berkembang dari semasa ke semasa kerana anggapan negatif dan pandangan serong masyarakat serta orang awam terhadap apa sahaja tingkah laku guru yang dilakukan. Apabila steriotaip ini menjadi kebiasaan dan melekat di minda masyarakat, perfesion perguruan tidak lagi menjadi satu profesion yang mulia lagi di masa akan datang. Ini akan menjejaskan kejayaan dan pembangunan dalam bidang pendidikan di negara kita.



8



Oleh hal yang demikian, isu guru ponteng, tidak masuk kelas dan sebagainya haruslah dipandang serius dan dititik beratkan supaya profesion perguruan tidak akan dianggap satu profesion yang tidak efesien seperti dahulu. Guru diibaratkan seperti lilin yang membakar dirinya sendiri untuk kejayaan anak didiknya, bukan menjadi duri dalam daging yang akan memberikan kehancuran dan kemusnahan kepada anak didik mereka.



III.



Kesan terhadap kelancaran aktiviti-aktiviti sekolah



Aktiviti-aktiviti kokurikulum juga tidak akan berjalan dengan lancar tanpa kehadiran guru untuk memberi khidmat nasihat dan panduan berguna kepada persatuan dan kelab. Pentadbiran sekolah juga turut bergerak perlahan kerana tidak mendapat kerjasama penuh daripada guru yang bertindak “menghilangkan diri” dalam memastikan segala laporan, kertas kerja dan data pelajar dihantar tepat pada waktunya untuk memudahkan pihak sekolah membuat perancangan tahunan. Oleh demikian, Dalam memastikan masalah ini tidak berlarutan dan akan menjadi kebiasan dikalangan guru serta menjaga keterampilan unggul dan tidak melanggari kod etika keguruan, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia haruslah memberi kursus dan latihan yang selengkapnya dalam melahirkan guru yang berwibawa pada masa akan datang. Seterusnya kerjasama daripada pihak pentadbir yang terdiri daripada Guru Besar mahupun Pengetua Sekolah yang tidak pilih kasih tetapi turut menilai prestasi guru-guru bawahannya secara adil dan saksama. Pihak atasan juga tidak seharusnya memberi tekanan kepada guru. Bahkan guruguru yang bakal dikeluarkan seharusnya menguasai elemen-elemen yang terdapat dalam kod etika keguruan di Malaysia sebelum mereka di tempatkan untuk mengajar kelak. Di samping itu, Pihak kementerian pelajaran juga hendaklah mengambil tindakan tegas kepada guru-guru yang melanggar etika perguruan agar tidak lagi berlaku guru-guru yang melanggar etika keguruan. Penegasan



9



dalam undang-undang juga akan memberi kesedaran kepada guru-guru lain agar tidak melakukan kesalahan yang sama dan berulang.



ISU KEDUA : GANGUAN SEKSUAL ATAU ROGOL Isu pada mada kini yang sering dikaitkan dengan profesion guru ialah masalah ganguan seksual dan rogol terhadap murid di kalangan guru lelaki. Masalah ini adalah salah satu isu yang melanggar etika dalam profesion perguruan. Gejala seperti ini haruslah dibendung dengan cepat demi menjaga nama baik profesion perguruan di mata masyarakat. Sejak akhir-akhir ini kita juga sering mendengar di akhbar-akhbar mengenai isu ini. Kebiasaannya, murid-murid takut untuk melaporkan jenayah yang dilakukan oleh guru ini kerana mereka telah diugut oleh guru supaya tidak memberitahu sesiapa akan jenayah yang telah mereka lakukan. Perbuatan terkutuk ini haruslah dipandang serius oleh setiap lapisan masyarakat mahu pun pihak kerajaan supaya profesion perguruan akan lebih terjamin dan terus menjaga nama baik profesion tersebut. Menurut pada pendapat Ee Ah Mend (2003) guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada semua murid. Maka secara tidak lansung, guru profesional juga harus mempunyai pengetahuan dan menguasai ilmu terhadap mata pelajaran yang hendak di ajar. Ini kerana guru merupakan ibu bapa kedua kepada murid-murid di sekolah dan segala tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada anak didiknya. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak lansung akan diterapkan dalam jiwa murid.1 Sepertimana yang kita lihat dah selidik permasalahan yang timbul ini adalah disebabkan daripada guru itu sendiri di mana ada segelintir guru-guru tidak menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka sendiri apabila memegang jawatan sebagai seorang guru bahkan ada di kalangan mereka terdiri dari pada guru yang beragama Islam ini yang memalukan kita kerana



1



Syed Ismail Syed Mustapa. Ahmad Subki Miskon. 2013. Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional. m/s 15.



10



dalam Islam telah mengharamkan jenayah tersebut dan melanggar normanorma kehidupan. Selain itu juga, guru-guru yang bermasalah seperti ini kurangnya



pendedahan



agama



yang



kuat



serta



tidak



mempunyai



tanggungjawab yang tinggi terhadap anak didik mereka. Bahkan ada di kalangan mereka juga menganggap jawatan guru yang dipegangnya itu adalah sekadar untuk mengajar di dalam kelas sahaja. Guru merupakan satu profesion mendidik dan membentuk modal insan yang cemerlang serta melahirkan satu golongan generasi yang berjaya di masa hadapan. Profesion guru bukan untuk disalah gunakan dengan menganggap ia merupakan satu profesion yang mudah dan menyenangkan. Tanggungjawab dalam membentuk modal insan adalah merangkumi semua aspek kehidupan. Guru seharusnya memberikan masa depan yang cerah kepada anak didiknya, bukan memberikan jalan yang gelap serta kehancuran kepada anak didik mereka. Pada 27 Januari 2012, Guru rogol murid dapat padah, telah dijatuhkan hukuman atas kesalahan merogol murid. Di petik dari akhbar Sinar Harian “ KOTA



BHARU,



Demi



nafsu



buasnya,



seorang



guru



yang



diberi



tanggungjawab mendidik bertindak di luar batasan apabila sanggup merogol dan mencabul anak muridnya sendiri. Padahnya, guru terbabit dijatuhi hukuman 12 tahun penjara dan tujuh sebatan rotan oleh Hakim Rofiah Mohamad di Mahkamah Sesyen di sini, semalam. Selain itu pesalah Yek Hock Soon, 29, didapati bersalah pada pertuduhan pertama mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan kerana merogol mangsa yang ketika itu berusia 12 tahun tiga bulan, antara jam 8 pagi dan 3 petang pada awal Ogos 2009. Dia juga disabitkan bersalah pada pertuduhan kedua mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana melakukan kekerasan dengan niat hendak mencabul kehormatan mangsa pada jam 12.15 tengah hari, 17 Ogos tahun sama. Lebih kejam, kedua-dua kes tersebut dilakukan di tempat guru terbabit mengajar di makmal sebuah sekolah jenis kebangsaan di Pasir putih. Menurut Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nor Hamizah Ghazali, mangsa mengalami trauma akibat perlakuan guru bahasa Cina dan sains itu. Oleh itu pencegahan untuk membendung 11



jenayah seperti ini adalah penting dan semua pihak hendaklah saling bekerjasama agar jenayah seperti ini dapat dibendung agar terus tidak berlaku. Ini kertana hubungan antara guru dan anak murid sepatutnya suci dan bertanggungjawab. Selain itu, Harian Metro melaporkan mengenai tindakan seorang guru tuisyen yang mencabul pelajarnya dengan menyatakan gadis berkenaan akan menjadi pintar sekiranya dia dibenarkan menyentuh serta membelai tubuhnya. Jenayah berat seperti ini akan membentuk satu pandangan negatif terhadap profesion perguruan. Isu ini merupakan salah satu daripada isu yang melanggar etika profesion perguruan di mana isu ini merupakan satu jenayah berat dan boleh dikenakan hukuman yang berat kepada pesalah yang melakukan jenayah ini. Justeru itu, jenayah rogol atau pencabulan yang dilakukan oleh guru terhadap anak murid haruslah dibendung dan dipandang serius. Semua golongan termasuk ibu bapa, masyarakat, kementerian pelajaran serta pihak berkuasa juga bertanggungjawab dalam membendung dan membenteras jenayah ini daripada terus berleluasa di masa akan datang dan dikalangan guru-guru di Malaysia. Faktor yang menjadi penyumbang kepada perlakuan guru tersebut antaranya ialah :



1. Pengaruh media massa. Dengan kemajuan teknologi pada masa kini dapat memberi banyak kesan negetif kepada masyarakat. Menurut kajian yang dilakukan pengaruh media elektronik lebih banyak dari pengaruh media massa. Kerana pengaruh media elektronik boleh didapati tanpa sekatan.



2. Masalah keluarga atau masalah peribadi. Kerjaya guru cuma berkaitan dengan usaha-usaha mengajar dan mendidik manusia agar berjaya dalam hidup mereka. Dunia guru telah membataskan pergaulan dan interaksi mereka dengan rakan setugas dan para pelajar sahaja. Peluang mereka untuk bergaul dengan masyarakat luar begitu terhad. 12



Segala keterhadan ini akan membataskan peluang orang ramai untuk mengenali dan memahami peranan guru. Lebih ketara lagi apabila guru-guru tidak mempunyai apa-apa kuasa atau pengaruh terhadap urusan hidup masyarakat moden seperti sekarang.



3. Kurang memahami etika keguruan. Selain itu, faktor yang mendorong guru tersebut berkelakuan begitu ialah kurang memahami etika keguruan. Oleh itu, bagi menjaga imej profesion, setiap guru perlu patuh kepada etika profesionalisme, etika pengajaran, etika tingkah laku dan etika perkhidmatan awam.Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di seklah. Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Selain itu, Gangguan seksual atau merogol merupakan perkara yang mampu mewujudkan implikasi yang kompleks terutamanya kepada :



1. Merosakkan nama baik profesion perguruan Ini kerana guru merupakan pendidik yang sepatutnya menjadi „role model‟. Antara impaknya termasuklah impak kepada psikologi, impak kepada emosi, impak kepada kesihatan fizikal, impak kepada hubungan sosial dan ikatan sosial dan impak kepada tekanan kerjaya. Menurut American Psychological Association pada tahun 1999 melaporkan ramai mangsa mengalami tekanan berat selepas menerima gangguan seksual. Ini termasuklah kesan psikologi iaitu rasa rendah diri dan sering menyalahkan diri sendiri. Apabila mereka mengalami perkara ini terlampau lama mereka akan mengalami penyakit neurosis termasuk fobia. Bahkan isu ini akan mendatangkan kesan jangka masa pendek terhadap profesion perguruan ialah profesion perguruan akan dipandang 13



rendah oleh masyarakat. Masyarakat tidak memandang profesion ini sebagai profesion yang penting. Profesion ini juga tidak akan dianggap mulia kerana masyarakat menganggap profesion ini bukanlah selamat untuk anak mereka lagi. Tambahan pula profesion ini tidak lagi dihormati oleh masyarakat. Kesan jangka masa panjang kepada profesion perguruan ialah generasi muda tidak lagi mahu menjadi pelapis terhadap profesion ini. Penyusutan kuasa untuk menjalankan tugas secara professional menyebabkan profesion perguruan menurun di kaca mata masyarakat. 2. Kesan terhadap murid-murid Murid yang mengalami gangguan seksual akan mengubah corak hidup mereka kepada pendiam dan jarang bergau. Selain impak yang diberikan kepada psikologi dan emosi ganggaun seksual juga memberi impak kepada kesihatan fizikal. Contohnya ialah mangsa gangguan seksual juga sering kali mengalami pening kepala dan muntah-muntah serta mengalami sindrom seperti tidak selera makan dan sukar untuk tidur. Kesan ini biasanya dialami mangsa kerana terlampau memikirkan perkara yang berlaku ke atas diri mereka dan jika berterusan ia akan menjadi lebih parah sehingga mengalami sakit mental jika tidak mendapat rawatan awal.



3. Kesan terhadap hubungan di antara murid dan guru. Hubungan guru dan murid menjadi renggang di mana semua murid akan menjadi takut untuk menuntut ilmu dengan guru tersebut. Dalam situasi ini murid berasa tidak selamat untuk meneruskan sesi pembelajaran. Selain itu hubungan guru dan rakan sejawat juga akan musnah kerana guru lain tidak akan percaya kepada guru tersebut. Guru tersebut juga akan mengalami masalah jiwa terjadap perbuatan yang dilakukannya. Oleh itu, semua pihak hendaklah bekerjasama untuk memastikan isu seperti ini lebih berleluasa berlaku di kalangan guru. Maka dengan perlu ada langka-langkah yang perlu di ambil untuk memastikan masalah ini dibendung. Antara langkah-langkah yang boleh di ambil ialah :



14



a. Mengwujudkan kemudahan khidmat kaunseling untuk guru-guru bermasalah. Pihak kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) perlu menyediakan kemudahan khidmat kaunseling khususnya kepada murid-murid yang mengalami gangguan seksual. Di setiap sekolah perlu diwujudkan khidmat bimbingan dan kaunseling yang dikhaskan untuk guru bagi menangani isu gangguan seksual di mana khidmat ini dikendalikan oleh individu yang pakar dalam masalah ini. Khidmat bimbingan dan kaunseling ini bertujuan untuk membolehkan guru mendapatkan bantuan dan nasihat dari pakar kaunseling jika mereka terjebak dengan masalah ini. Menurut Shertzer dan Stone (1981), mengatakan bahawa bimbingan sebagai perkhidmatan membimbing individu yang memerlukannya untuk mencapai kefahaman, pengetahuan dan kemahiran tertentu.



b. Memperkuatkan undang-undang Dengan memperkuatkan undang-undang juga adalah satu jalan mudah yang boleh diambil bagi mengatasi tingkah laku yang negatif. Penguatkuasaan undang-undang yang melibatkan kes gangguan seksual di kalangan murid ini perlulah dibanteras supaya masalah sepri ini dapat diatasi dengan segera.Dengan adanya penguatkuasaan undang-undang ini, tingkah laku negatif di kalangan murid mungkin dapat diatasi dan dibanteras dengan segera.



ISU KETIGA :



GURU MENJALANKAN KERJA SAMBILAN



Terdapat pelbagai kerja sambilan yang dilakukan oleh guru-guru pada masa kini. Ada antara mereka yang mengajar di pusat-pusat tuisyen, menjadi penceramah dalam sebarang khusus atau seminar, berniaga di pasar-pasar



15



malam, MLM, memandu teksi malah ada antara mereka yang mungkin turut terlibat dengan pekerjaan jenayah yang menyalahi undang-undang negara.2 Jesteru, fenomena guru menjalankan kerja sambilan telah mendapat perhatian daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Bagi mengatasi masalah tersebut, pihak kementerian telah mengeluarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1999 mengenai penglibatan pegawai dan kakitangan di bawah dalam Pekerjaan Luar. Menerusi surat tersebut, Ketua Jabatan telah diberi kuasa meluluskan permohonan dan membuat pemantauan terhadap mereka yang berkenaan. Namun begitu, sejak kebelakangan ini banyak aduan yang telah diterima dan dibangkitkan sama ada di media cetak mahupun elektronik mengenai salah laku pegawai yang terlibat sebagai guru tuisyen mahupun tenaga pengajar sambilan sama ada mereka telah diberi kebenaran atau tidak telah didapati tidak mengutamakan tanggungjawab ke atas tugas hakiki yang disandang malahan ada yang mengambil kesempatan menjadikan institusi pendidikan sebagai platform atau medan perniagaan dalam mempromosi khidmat tuisyen berbayar yang berunsur kepentingan peribadi. Berdasarkan daripada isu tersebut guru yang bekerja sambilan ini bukanlah satu trend atau khusus yang baru mucul di sesebuah tempat malahan di mana-mana tempat dan organisasi akan wujud kakitangan yang melakukan pekerjaan sampingan. Walaupun faktor kewangan dilihat lebih dominan dalam kalangan guru yang melakukan kerja sampingan (Livanos & Zangelidis 2008, McClintock et. al. 2004), menurut pndapat Robinson & Wadsworth (2007) beliau menyatakan ia bukan disebabkan masalah kewangan atau menerima gaji yang rendah daripada pekerjaan utama semata-mata. Sebaliknya terdapat juga pelbagai faktor lain yang turut menyumbang kepada seseorang itu mengambil keputusan untuk melakukan pekerjaan sambilan yang merangkumi faktor peribadi dan faktor kerjaya (Betts 2002).



2



Syed Ismail Syed Mustapa. Ahmad Subki Miskon. 2013. Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional. m/s 116.



16



Selain tiu, menurut Betts (2002), dalam laporannya beliau menyatakan salah satu faktor daripada pekerjaan sampingan itu dilakukan adalah kerana faktor peribadi. Pandangan ini juga turut diselari dengan para pengkaji yang lain di mana kerjaya sampingan yang dilakukan itu tidak berkaitan dengan faktor kewangan dan tidak dipengaruhi oleh unsur lain selain atas kehendak diri sendiri semata-mata. Kebanyakan mereka yang bekerja sambilan juga didapati sangat menyukai untuk melakukannya tanpa terikat dengan faktor kewangan (Hipple, 2010). Dickey et. al. (2011) dan Betts (2002) berpendapat seseorang yang menjalankan kerja sampingan adalah disebabkan oleh faktor peribadi iaitu untuk memenuhi minat serta mengisi masa lapang di luar waktu bertugas mereka. Bahkan wujud dalam kalangan mereka untuk memenuhi kepuasan mereka dalam bekerjaya di mana ia tidak diperolehi daripada pekerjaan utamanya (Dickey et. al. 2011, Panos et. al. 2011) dengan melakukan sesuatu pekerjaan lain yang diminati. Perbuatan ini mampu memburukkan nama baik profesion perguruan yang sepatutnya disanjung tinggi. Jesteru itu, guru berkenaan akan dikenakan tindakan tatatertib mengikut peraturan tatakelakuan yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dimana Pihak Berkuasa Tatatertib akan mengenakan hukuman gantung kerja kerana guru



tersebut



telah



disabitkan



melakukan



kegiatan



jenayah



dalam



penyalahgunaan dadah secara kerja sambilan. Malahan, baru-baru ini sudah terdapat isu berkenaan guru melanggar etika profesion perguruan iaitu bekerja sambilan telah dilaporkan menerusi Berita Harian Online: 4 Januari 2010 „Guru abai tanggungjawab calar imej profesion perguruan.‟ Menurut sumber, beberapa persatuan guru mengakui wujud kes terpencil guru lebih mengutamakan „kerja luar‟ berbanding tugas hakiki mereka di sekolah kerana mengejar pendapatan yang lumayan. Dalam laporan tersebut, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, Loke Yim Pheng, berkata tindakan segelintir guru yang lebih rajin mencari pendapatan tambahan itu umpama „nila setitik rosak susu sebelanga‟. Maka, keadaan ini akan memperlihatkan kesan negatif terhadap 17



bidang profesion perguruan dimana tindakan guru berkenaan boleh mencalarkan imej golongan pendidik kerana kebanyakan guru adalah komited menjalankan tanggungjawab mereka masing-masing. Guru yang disebutkan di atas sememangnya mementingkan kehendak dan kepuasan diri tanpa memikirkan nilai sahsiah dan moral yang sepatutnya dimiliki oleh seorang pendidik. Selain menggelapkan masa depannya sendiri, tindakan di luar kewarasannya itu turut memusnahkan masa depan pelajarnya ke arah melahirkan generasi yang sepatutnya di jaga dan dilindungi olehnya sekaligus memburukkan nama atau mencemarkan nama profesion perguruan. Malah keadaan ini bukan sahaja mencemarkan imej perguruan tetapi turut menjejaskan kredibiliti dan kepercayaan masyarakat setempat terhadap peranan guru sebagai pendidik. Profesion perguruan merupakan sebuah profesion yang sangat mulia dan dipandang tinggi oleh semua golongan lapisan masyarakat. Dengan kesalahan-kesalahan segelintir guru yang melanggar etika perguruan sesungguhnya telah mencemarkan kemuliaan profesion itu. Kegagalan sahsiah guru itu adalah kegagalannya secara individu, namun mungkinkah ianya adalah kegagalan pihak lain yang menyumbang kepada kesalahan dan pelanggaran nilai sahsiah dirinya sendiri. Jika kesalahan yang dilakukannya adalah



disebabkan



faktor kewangan



yang mendesak guru



tersebut



melakukan kerja sambilan dengan mengedar dadah untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan, perkara ini hendaklah dipandang serius oleh pihak-pihak tertentu supaya dapat memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap guru yang lebih mengutamakan kerja luar untuk kepentingan diri sendiri. Mungkinkah perkara ini tidak berlaku jika guru berkenaan dapat mengawal kemahuan peribadi yang menginginkan kehidupan mewah dan bergaya tanpa memikirkan keperluan utama atau dengan tujuan memenuhi kepuasan mereka dalam bekerjaya. Jesteru itu, sebagai seorang guru yang berprofesional harus bijak dalam menguruskan bidang kerjaya dan peribadi dari segi kewangan serta kecenderungan minat kerana kebijaksanaan dalam pengurusan ini akan memberi kesan kepada kejayaan pengajaran guru di 18



dalam kelas. Maka, guru perlu mengenalpasti dan merancang setiap keperluan dan kemahuan dalam kehidupan mereka bagi menjamin kejayaan dan kualiti hidup sebagai pendidik. Bahkan ada kalangan guru yang menganggap kerjaya mereka sebaagai sambilan dan mereka mengutamakan kegiatan mencari pendapatan tambahan dengan mengadakan kelas tuisyen di rumah mereka. Sehingga mereka



ini



lebih



menitikberatkan



kelas



tuisyen



berbanding



dengan



tanggungjawab mereka di sekolah.3 Setiap isu yang timbul atau ditimbulkan oleh guru sudah semestinya akan memberi implikasi secara langsung atau tidak langsung terhadap diri guru itu sendiri, pelajar, sekolah, masyarakat dan juga negara. Pembangunan sahsiah seseorang guru sebenarnya terbentuk sejak kecil lagi bahkan sejak di dalam kandungan ibunya dan suasana di dalam rumah tempatnya membesar. Peranan keluarga sangat penting sebagai memainkan peranan utama manakala pembangunan sahsiah di sekolah hanyalah program sokongan peneguhan dan pengayaan peribadi seseorang. Pembangunan guru juga bermula dari pembangunan individu dan ia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti baka dan persekitaran. Tahap pendidikan dan penghayatan ilmu membantu perkembangan dan pembangunan sahsiah ke arah lebih positif. Jika terdapat guru yang mempunyai sahsiah buruk dan menimbulkan isu yang negatif, pembangunan sahsiah di kalangan guru seolah-olah tidak berjaya dan ia sesuatu yang membimbangkan memandangkan guru merupakan golongan yang menjadi harapan untuk membangunkan bangsa dan negara. Golongan yang melakukan kerja sambilan ini memberi kesan tumpuan terhadap kerjaya utamanya sebagai pendidik. Guru berkenaan akan dilihat kurang memberikan komitmen terhadap tugas seterusnya organisasi mereka iaitu sekolah. Keadaan ini akan menyumbang kepada pelbagai masalah lain yang berhubungkait dengan bidang tugas yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. Selain itu, kurangnya komitmen terhadap kerjayanya telah 3



Noriati A. Rashid. Boon Pong Ying. Wong Kiet Wah. 2010. Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. M/s 43.



19



menyebabkaan prestasi menjadi merosot disebabkan hilang daya tumpuan semasa melakukan tugas. Hyder & Ahmed (2009) menyatakan individu yang menjalankan pekerjaan sampingan memperuntukkan masa selepas waktu bekerja utamanya hingga menjejaskan produktiviti dan prestasi mereka sendiri. Pendapat ini turut disokong oleh Champion (2010) yang menyatakan mereka yang bekerja sambilan ini mengalami masalah kekurangan tenaga dan kurang daya keupayaan sehingga menjejaskan tumpuan untuk menjalankan tugas. Ini kerana guru terbabit biasanya menjalankan kegiatan tersebut pada waktu malam dan memerlukan tenaga untuk menjalankan pekerjaannya. Maka, keadaan ini juga akan menyebabkan tahap poduktiviti berkurangan yang dilihat sebagai satu liabiliti kepada pihak sekolah. Sebagai cadangan langkah-langkah yang boleh diambil. Berdasarkan kepada huraian yang dijelaskan berkenaan isu guru melakukan kegiatan kerja sambilan, saya mencadangkan bahawa setiap guru perlu mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta boleh dicontohi oleh murid. Pembentukan sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati, sentiasa bersifat tenang dan mampu menguruskan kehidupan serta kewangan dengan lebih berkesan. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang diikutinya semasa menjalani kursus di institusi perguruan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran yang berkesan. Selain daripada menjalankan tugas di dalam bilik darjah, guru juga perlu sedar akan peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya, guru diharapkan menjadi pengganti ibu bapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukan sahsiah murid, menjadi kaunselor, pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang baik dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang terpuji kepada masyarakat. Sebagai seorang guru perlu membimbing generasi muda kini tentang keburukan penyalahgunaan dadah dan bukannya dia sendiri yang bertindak mengherat pelajarnya ke kancah dadah yang menjadi musuh pembunuh utama negara. 20



Pada masa yang sama, guru juga harus sentiasa mengikuti kursuskursus dan seminar motivasi pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah mengenai etika profesion perguruan. Sebagai contoh, guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan. Kursus-kursus pendidikan ini penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks selari dengan era globalisasi kini. Oleh kerana sistem pendidikan yang dilaksanakan adalah untuk



menyokong



usaha-usaha



kerajaan,



maka



profesion



keguruan



dharapkan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasakan ilmu dan pemikiran (Rohani Abdul Hamid, 1998) demi meletakkan nama negara setanding dengan negara maju yang lain. Selain daripada itu, saya juga ingin mencadangkan supaya pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mempelbagaikan aktiviti dan program kepada bakal pendidik semasa menjalani kursus latihan di institusi perguruan lagi. Contohnya, mengadakan bengkel, ceremah, seminar, pertandingan, aktiviti sukan dan sebagainya. Di dalam program ini guru-guru pelatih akan didedahkan dengan konsep sebenar berkenaan kod etika dan akauntabiliti keguruan. Penyediaan program dan aktiviti seperti ini akan melahirkan pendidik negara bangsa yang beretika dan mempunyai sahsiah yang tinggi. Seterusnya, sebagai guru terlatih kelak seharusnya menunjukkan penampilan diri sebagai pendidik dengan mempunyai pelbagai ilmu tradisional dan moden. Guru juga perlulah mempunyai kefahaman terhadap dasar dan aspirasi pendidikan negara dengan jelas dan mantap. Guru yang bersahsiah tinggi akan menunjukkan etika cemerlang dalam perkhidmatan mereka. Guru dengan etiket sosial tidak dapat dipisahkan. Etiket sosial merupakan perilaku, budi bahasa, kebijaksanaan, imej, gerak-geri yang elok mengikut kesesuaian semasa berinteraksi dan pergaulan sehariannya. Guru haruslah berupaya menjadi agen pembangunan dan pembaharuan dalam masyarakat dengan menampilkan etiket sosial yang disenangi.



21



Tambahan lagi, guru merupakan golongan yang sentiasa mendapat perhatian walau di mana mereka berada. Segala tindak tanduknya sering diperhatikan oleh masyarakat sekeliling. Keadaan ini menjadi satu kewajipan bagi guru-guru mengamalkan penampilan diri dan menunjukkan contoh akhlak yang baik bagi memelihara martabat profesion perguruan. Oleh kerana guru ibarat idola dalam masyarakat, maka guru perlu berupaya menampilkan diri dan mengaplikasikan nilai-nilai kesantunan agar dapat menyesuaikan diri dalam sebarang keadaan yang dihadapinya.



RUMUSAN Secara keseluruhannya dapatlah saya rumuskan bahawa setiap individu telah dilahirkan dengan sifat-sifat yang baik dan faktor-faktor pembelajaran, nilai, pergaulan banyak mempengaruhi keputusan yang dibuat. Setiap isu yang timbul melibatkan guru sebenarnya bukan menunjukkan kegagalan guru secara keseluruhannya, namun ia hanyalah kegagalan guru terlibat secara individu disebabkan kegagalannya menterjemahkan sesuatu keburukan yang dilakukan akan meninggalkan impak terhadap dirinya serta banyak lagi pihak yang lain. Kebebasannya untuk membuat sesuatu pilihan dan keputusan menyebabkannya gagal menginterpretasikannya dalam keadaan yang betul lantaran wujud gangguan psikologi kawalan luaran yang menghalangnya daripada membuat keputusan yang terbaik. Semuanya adalah kerana kekurangan nilai dan moral serta akibat beberapa keperluan asasnya tidak dapat dipenuhi dengan baik.



22



REFLEKSI Selama tempoh menyiapkan tugasan Asas kepimpinan dan perkembangan profesional guru untuk semester ini lebih banyak membantu saya untuk lebih teratur dan berdisiplin untuk menjalani pelbagai jenis langkah-langkah untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan dapat menjawab segala persoalan dalam tugasan tersebut. Serta ianya mampu membuka mata saya bahawa pelbagai salah laku yang mampu melanggar etika perguruan yang sering berlaku pada masa kini bahkan ia isu ini semakin menjadi-jadi dilakukan segelintir guru yang hanya seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Guru tersebut tidak memikirkan kesan negetif yang akan timbul daripada perbuatan mereka dan hanya mementingkan kepetingan masingmasing. Selain itu, melalui tugasan ini memberi banyak input kepada saya bagainama untuk menjalankan satu kolaborasi yang baik di antara rakanrakan ini kerana tugasan ini merupakan satu tugasan berkumpluan maka melalui kolaborasi yang terbaik dan berkesan mampu membantu saya menyiapkan tugasan ini. Bahkan melalui tugasan ini saya berasa sangat bersyukur kerana dapat diberi peluang untuk meneroka isu ini dan membincangkan bagaimana untuk mengatasi masalah ini dengan merancang langkah-langkah yang perlu di ambil untuk mengatasi masalah ini lebih berlarutan dan mampu mencemarkan nama baik bidang perguruan. Tugasan ini juga menggalakkan saya untuk medalami tentang isu-isu keguruan yang wujud di arena pendidikan tanah air. Tingkah laku yang pada sesetangah pihak dianggap biasa namun jika dari aspek kod etika keguruan guru tidak seharusnya melakukan perkara sebegitu. Berdasarkan tugasan ini juga saya mendapat banyak maklumat selain menjaga tingkah laku sebagai seorang guru. Guru juga harus mementingkan keadaan murid dahulu. Guru perlu mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugas sebagai pendidik dengan baik. Pendedahan-pendedahan salah laku guru-guru boleh mengakibatkan kewibawaan profesion keguruan tergugat pada mata umum. Hal ini bertentangan dengan peranan dan tatasusila perguruan di Malaysia yang menyatakan guru perlu mematuhi kod 23



etika perguruan iaitu menjalankan tanggungjawabnya guru kepada pelajar, ibu bapa pelajar, rakan sejawat dan masyarakat dan Negara, bukannya mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku terhadap murid tetapi sebaliknya membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guru juga haruslah mempunyai inisiatif untuk mendalami kod etika keguruan.



24



RUJUKAN



Ahmad Jasmin, Muhammad Bazlan Mustafa 2011. Pembangunan Sahsiah : Unit 5- Pendekatan Kognitif Teori Pilihan dan Terapi Realiti. Perak : Universiti Perguruan Sultan Idirs.



Behavior



modification:Principal



and



procedures.(4



ed).Pasific



GroveCA:Brooks & Cole Publishing.



Mok Soon Sang 2007. Kursus Penilaian Tahap Kecekapan Guru (P.T.K) Pengajaran



dan Pembangunan (P&P). Selangor: Multimedia-Es



Resources Sdn Bhd.



Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan. (1993). Guru Dan Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



Rahmattullah Khan Abdul Wahab Khan,Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip 2001, Pembangunan Sahsiah KKD2063.Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan



Robiah Sidin.



Idris.



2002. Konsep guru profesional. Dalam Prosiding seminar



kebangsaaN profesion perguruan. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.



Syed Ismail Syed Mustapa. Ahmad Subki Miskon. 2013. Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional



25



ISU-ISU ETIKA GURU. 1. Apakah pandangan anda tentang isu-isu etika guru yang berlaku pada masa kini. Pada pandangan saya, isu-isu seperti ini harus diambil berat oleh semua pihak dan tidak terkecuali juga dikalangan masyarakat. Semua pihak haruslah sentiasa bekerjasama dalam memastikan isu-isu etika ini tidak akan menjadi kudis terhadap pendidikan di negara kita. Ini kerana jika kita lihat di dada-dada akhbar pelbagai isu-isu etika guru yang sering berlaku pada masa kini. Ini agak membimbangkan kita ini kerana guru merupakan satu profesion yang sangat mulia.



Bahkan masyarakat meletakkan harapan tinggi kepada guru dan tumpuan sepenuhnya perlu diberikan terhadap tanggungjawab yang perlu digalas dalam bidang kurikulum, kokurikulum juga pembinaan sahsiah anak didik. Guru adalah selaku agen perubahan perlu



memainkan



peranan



berkesan



dengan



cara



sentiasa



meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing. Ibu bapa, guruguru dan masyarakat amat bergantung harap sepenuhnya kepada guru supaya dapat membentuk dan mendidik anak-anak mereka menjadi insan yang berguna. Kepercayaan teguh yang diberikan oleh masyarakat kepada guru-guru haruslah dijadikan sebagai pembakar semangat supaya guru-guru dapat menjalankan tugas dengan lebih cekap dan efisyen.



26



2. Apakah faktor –faktor yang menyebabkan berlakunya isu-isu seperti ini. Sikap guru itu. Sikap guru ini termasuklah rasa bosan yang terbit dalam diri guru setelah mereka bertahun-tahun di sekolah yang sama dan menjalani rutin harian yang sama. Guru tersebut akan mula berasa bosan dengan perkara yang hampir sama dilaluinya setiap hari. Sikap guru yang tidak bertanggungjwab dan tidak memegang amanah serta mengabaikan kod etika perguruan juga cenderung melakukan kesalah ini secara tidak sengaja. Malah mereka tidak menyedari bahawa mereka telah melakukan kesalahan yang amat berat dan melanggar etika keguruan dan secara tidak langsung merendahkan martabat keguruan dalam diri mereka itu sendiri. Selain ini minat yang hilang untuk mengajar juga merupakan salah satu faktor menyebabkan guru hilang motivasi untuk memberi komitmen yang sepenuhnya kepada sekolah.



Bebanan kerja Bebanan kerja guru yang semakin hari semakin meningkat merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah guru ponteng. Tekanan kerja yang dibebani kadang kala menyebabkan mereka tidak bersedia untuk mengajar demi untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Guru mengambil langkah mudah dengan meminta murid untuk melakukan kerja masing-masing sementara guru tersebut menyiapkan tugasan yang diberikan kepadanya oleh pihak pentadbir. Masalah bebanan kerja ini perlu diteliti semula kerana bebanan kerja yang melampau akan menganggu proses P&P guru dan memberi tekanan emosi kepada guru sehinggakan minatnya untuk mengajar terganggu.



Kurang Memahami Etika Perguruan



27



Selain itu, punca berlakunya kes penderaan yang melibatkan guru ini adalah disebabkan guru tersebut kurang memahami etika keguruan yang telah digariskan. Guru yang memahami etika keguruan tidak akan tergamak untuk melakukan perkara sedemikian terhadap anak muridnya sendiri. Hal ini berbeza pula dengan kes yang telah berlaku kepada guru tersebut kerana telah melanggar kod etika guru yang telah digariskan ini. Hal ini sedikit sebanyak telah memberikan gambaran bahawa guru tersebut tidak mengerti dan memahami kandungan yang telah termaktub di dalam kod etika guru. Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan bagi pembentukan tatasusila guru. Etika perguruan ini akan menjadi satu panduan kepada guru dalam melaksanakan tugasan harian sebagai guru. Berdasarkan kod etika perguruan yang telah ditetapkan, sepatutnya setiap ahli profesion iaitu guru sedia maklum tentang perkara yang boleh dilakukan serta perkara yang tidak boleh dilakukan sebagai seorang guru. Tetapi, apa yang berlaku di dalam kes ini adalah sebaliknya.



3. Sebutkan kesan-kesan yang akan timbul disebabkan isu-isu tersebut. Kita sering mendengar kini isu-isu dan masalah keguruan yang hangat diperkatakan kini. Hal ini secara tidak langsung akan membawa kesan buruk terhadap profesion keguruan. Kes-kes seperti „guru menampar murid‟, „murid didera guru sehingga mati‟, „guru mengambil rasuah‟, „sikap guru yang kurang ajar‟, sering dibincangkan melalui media massa. Oleh itu, guru sebagai insan terlatih perlulah bijak perlulah bijak dalam menangani masalah dan isu yang dihadapi mereka sewaktu di sekolah supaya kes-kes seperti tadi tidak akan berulang lagi dan menjatuhka nama profesion keguruan.



28



Isu-isu etika ini akan memberi Implikasi dari pelbagai sudut antaranya ialah : Kesan



terhadap pembangunan



sahsiah



guru



secara



keseluruhannya Sahsiah ini merupakan keperibadian, sikap dan tingkah laku guru. Apabila isu ini berlaku, keperibadian seorang guru itu boleh disangkalkan. Sikap serta tingkah laku guru haruslah sentiasa positif dan menjurus kepada pembangunan dan kejayaan modal insan muridmurid bukannya kepada satu sikap yang negatif. Isu tersebut akan memberikan impak kepada sahsiah guru-guru yang lain dimana keperibadian, sikap dan tingkah laku yang dilakukan oeleh guru dipersekolahan akan terus dianggap negatif oleh semua lapisan masyarakat. Ini akan mengakibatkan pembangunan sahsiah guru tidak akan meningkat dan berkembang dari semasa ke semasa kerana anggapan negatif dan pandangan serong masyarakat serta orang awam terhadap apa sahaja tingkah laku guru yang dilakukan. Apabila steriotaip ini menjadi kebiasaan dan melekat di minda masyarakat, perfesion perguruan tidak lagi menjadi satu profesion yang mulia lagi di masa akan datang. Ini akan menjejaskan kejayaan dan pembangunan dalam bidang pendidikan di negara kita.



Merosakkan nama baik profesion perguruan Ini kerana guru merupakan pendidik yang sepatutnya menjadi „role model‟. Antara impaknya termasuklah impak kepada psikologi, impak kepada emosi, impak kepada kesihatan fizikal, impak kepada hubungan sosial dan ikatan sosial dan impak kepada tekanan kerjaya. Menurut American melaporkan



ramai



Psychological mangsa



Association pada



mengalami



tekanan



tahun berat



1999 selepas



menerima gangguan seksual. Ini termasuklah kesan psikologi iaitu rasa rendah diri dan sering menyalahkan diri sendiri. Apabila mereka mengalami perkara ini terlampau lama mereka akan mengalami penyakit neurosis termasuk fobia. 29



4. Apahkah langkah yang perlu ambil oleh pihak berkuasa supaya mengatasi isu-isu etika guru.



Memperkuatkan undang-undang Dengan memperkuatkan undang-undang juga adalah satu jalan mudah yang boleh diambil bagi mengatasi tingkah laku yang negatif. Penguatkuasaan undang-undang yang melibatkan kes gangguan seksual di kalangan murid ini perlulah dibanteras supaya masalah sepri ini dapat diatasi dengan segera.Dengan adanya penguatkuasaan undang-undang ini, tingkah laku negatif di kalangan murid mungkin dapat diatasi dan dibanteras dengan segera.



c. Mengwujudkan kemudahan khidmat kaunseling untuk guru-guru bermasalah. Pihak kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) perlu menyediakan kemudahan khidmat kaunseling khususnya kepada murid-murid yang mengalami gangguan seksual. Di setiap sekolah perlu diwujudkan khidmat bimbingan dan kaunseling yang dikhaskan untuk guru bagi menangani isu-isu etika guru di sekolah di mana khidmat ini dikendalikan oleh individu yang pakar dalam masalah ini. Khidmat bimbingan dan kaunseling ini bertujuan untuk membolehkan guru mendapatkan bantuan dan nasihat dari pakar kaunseling jika mereka terjebak



dengan



(1981), mengatakan membimbing



masalah



ini.



bahawa



individu



Menurut



bimbingan



yang



Shertzer sebagai



memerlukannya



dan



Stone



perkhidmatan



untuk



mencapai



kefahaman, pengetahuan dan kemahiran tertentu.



5. Apakah peranan guru dalam memastikan isu-isu ini terus berlaku. Perlu memahami dan mendalami etika perguruan



30



Ini kerana Guru yang memahami etika keguruan tidak akan tergamak untuk melakukan perkara sedemikian terhadap anak muridnya sendiri. Hal ini berbeza pula dengan kes yang telah berlaku kepada guru tersebut kerana telah melanggar kod etika guru yang telah digariskan ini. Hal ini sedikit sebanyak telah memberikan gambaran bahawa guru tersebut tidak mengerti dan memahami kandungan yang telah termaktub di dalam kod etika guru. Dalam bidang keguruan, guru perlu mematuhi kod etika sebagi penjawat awam apabila ingin menjalankan sesuatu perkerjaan di luar bidang.



Guru



harus



lebih



bertanggungjawab



dan



mempunyai



akuantabiliti terhadap tugasanya demi menjada dan memartabatkan profesion perguruan . mereka perlu menguruskan masa dengan baik supaya dapat meningkatkan prestasi dan produktiviti organisasi.



31



ISI KANDUNGAN



Perkara



Halaman



PENGENALAN



1



ISU PERTAMA : PONTENG ATAU TIDAK MASUK KELAS



3



ISU KEDUA : GANGUAN SEKSUAL ATAU ROGOL



10



ISU KETIGA :



15



GURU MENJALANKAN KERJA SAMBILAN



RUMUSAN



22



REFLEKSI



23



RUJUKAN



25



32