Isu Guru Ponteng Serius [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Isu Guru Ponteng Serius



Artikel



: Isu Guru Ponteng



Masalah ponteng sekolah sudah menjadi isu yang hangat secara bertahun-tahun yang lepas. Akan tetapi pada kebelakangan ini, terdapat isu guru ponteng yang dipaparkan di surat khabar dengan tajuk “Guru Ponteng Isu Serius”. Kes ini berlaku di negari Sabah, Ranau. “Pada 22 Februari 2010, mendapati seramai 117 guru dari 11 sekolah tidak hadir bertugas, manakala pada 25 Mei 2010 pula seramai 157 guru dari 14 sekolah juga tidak hadir bertugas.” (The Borneo Post Online, 24/12/2011) Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Oleh itu, ponteng merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Bukan sahaja murid yang ponteng sekolah, guru yang bertanggungjawab sebagai seorang pendidik turut terbabit dalam gejala ponteng ini. Menurut Supriyadi 1999, guru adalah seorang yang berilmu, berahklak, jujur dan baik hati, disegani serta menjadi teladan bagi masyarakat. Manakala dalam pasal 1 Undang-undang No. 14 tahun 2005 Tentang Guru dan Dosen, “Guru adalah pendidik profesional dengan tugas utama mendidik, mengajar, membimbing, mengarahkan, melatih, menilai, dan mengevaluasi peserta didik pada pendidikan anak usia dini jalur pendidikan formal, pendidikan dasar, dan pendidikan menengah”. Di sini, dapat kita dihat bahawa guru memainkan peranan yang amat penting dalam sesebuah masyarakat. Apa yang menyebabkan seorang guru itu ponteng kerjanya? Apa yang tindakan yang dilakukan oleh kerajaan untuk menangani masalah guru ponteng di Malaysia? Ponteng kerja adalah antara perkara serius yang dilakukan oleh individu-individu yang tertekan. Menurut laporan akhbar (Utusan Malaysia Online: 20 Mei 2008) terdapat seorang guru di Perak yang tidak menghadirkan diri ke sekolah selama lebih dari 30 hari tanpa sebarang alasan yang kukuh. Akibat dari perlakuan tersebut, pihak Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan disiplin yang tegas terhadap guru terbabit termasuk memecatnya. Perkara ini dikhuatiri ada kaitannya dengan tekanan kerja yang dihadapi oleh guru. Ramai menganggap isu guru ponteng ini suatu perkara yang terpencil. Kebanyakannya berlaku di kawasan luar bandar dan pedalaman sehingga menyebabkan Jabatan Pelajaran Negeri sukar untuk mengambil tindakan. Bagaimanapun, perkara ini jika berlarutan boleh memberi kesan yang tidak baik kepada kualiti pembelajaran di sekolah. Yang menjadi mangsa pastinya anak-anak murid yang mengharapkan pendidikan yang sempurna daripada guru sesuai dengan gaji mereka perolehi saban tahun.



Pada pendapat saya, beberapa faktor yang akan menyumbang kepada isu guru ponteng ini. Antaranya adalah bebanan kerja guru yang semakin meningkat. Guru juga terpaksa berhadapan dengan perubahan demi perubahan dalam bidang pendidikan sehingga wujudnya beban yang keterlaluan. Contohnya apabila ada pegawai baru di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan Pelajaran Negeri atau di peringkat kementerian, banyaklah idea dan tugasan baru yang harus dipikul oleh guru. “Bebanan ini bertambah dalam keadaan jumlah guru yang tidak seimbang dengan peningkatan jumlah murid” (Harian Metro, 2005).



Laporan awal Jawatankuasa Menangani Beban Tugas Guru telah mendapati guru- guru di Selangor, Johor, Melaka dan Kuala Lumpur sebagai `guru terbeban' memandangkan mereka terpaksa mengambil masa 74 jam seminggu untuk menjalankan tugas keguruan seperti 50.4 jam atau 68 peratus berkaitan kurikulum. Dapatan dari laporan awal itu juga didapati 12.7 peratus masa guru di negara ini dihabiskan untuk aktiviti ko-kurikulum, 8.9 peratus untuk hal ehwal murid dan 1.2 peratus untuk pengurusan asrama. Jawatankuasa itu turut mendapati 4.3 peratus daripada masa guru digunakan untuk pengurusan, 2.4 peratus kewangan, 1.1 peratus masing-masing untuk latihan dan hubungan komuniti manakala 0.1 peratus untuk pembangunan fizikal sekolah. Resolusi yang dipersetujui oleh Persidangan Pertubuhan Buruh Sedunia (ILO) (1930) telah mengkelaskan guru-guru yang bertugas melebihi 48 jam seminggu termasuk dalam tugas perancangan, persediaan, penilaian, penyediaan kurikulum dan perhubungan dikategorikan sebagai terbeban (Utusan Malaysia, 6 julai 2005). Para pendidik hari ini mempunyai tanggungjawab yang berat dalam menyediakan sumber tenaga manusia yang mampu menghadapi cabaran masa hadapan khususnya ke arah wawasan 2020. Tugas guru bukan sahaja mengajar dan mendidik terpaksa kerja- kerja tambahan seperti kerja mentadbir, perkeranian, pembantu makmal, tukang kebun atau pembantu am rendah yang sepatutnya dilakukan oleh orang lain tetapi terpaksa dilakukan oleh guru-guru (Minda pengarang, Berita Harian, 15 Januari 1997). Ekoran dari bebanan tugas yang berat yang terpaksa dipikul oleh guru-guru telah menyebabkan mereka tidak menyempurnakan tugas mereka dengan baik dan seterusnya ditegur atau dimarahi oleh majikan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami “stres”. Ketegangan yang berpanjangan boleh mempengaruhi psikologi seseorang seperti hilang keyakinan, cepat meradang, agresif dan hilang daya konsentrasi. Ini menyebabkan seseorang guru itu kurang bersemangat dan tidak bermotivasi di dalam menjalankan tugasnya (Abdul Malik, 2000). Ini turut diakui oleh Zubaidah Aman (1999) yang mendapati bebanan waktu mengajar, jumlah mata pelajaran dan bebanan tugas di sekolah mempengaruhi keletihan emosi guru. Tekanan emosi gurulah yang menjadi faktor kedua dalam isu guru ponteng. Menurut Kyriacou (2000), stres guru merujuk kepada pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada tugasnya sebagai seorang guru. Maka stress merupakan tindak balas fizikal yang biasa terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berlaku. Bebanan kerja yang semakin meningkatkan menyumbang kepada tekanan emosi guru. Pada abad ke-21 ini, guru menghadapi cabaran yang lebih ketara dengan tuntutan daripada ibu bapa, masyarakat, pihak pengurusan sekolah dan kementerian demi meningkatkan kualiti pendidikan. Perubahan dalam sistem pendidikan yang menuntut perubahan paradigm dalam kalangan guru akan secara langsung atau tidak membawa kepada tekanan terhadap guru. Tekanan emosi sememangnya berlaku kerana guru berhadapan dengan pelbagai tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak pengurusan selain perlu menunaikan tugas harian atau tugas utama mereka di dalam bilik darjah. Dalam proses melaksanakan tugas dan tanggungjawab, guru kian menemukan halangan, kesuntukan masa dan perselisihan faham antara guru. Jika guru tidak dapat menyelesaikan masalah atau menangani cabaran yang dihadapi, mereka akan mengalami tekanan emosi.



Berdasarkan kepada kajian oleh Jesus (2000), yang telah dijalankan di Portugal, lebih daripada 50% daripada guru yang menjawab borang soal selidik mengakui mereka mahu mencari kerja lain akibat tekanan yang berlebihan di sekolah. Adalah menjadi satu kerugian yang besar kepada negara sekiranya kebanyakan daripada guru yang tertekan meneruskan niat mereka untuk berhenti kerja kerana ianya akan menggangu proses pendidikan di sekolah dan akhirnya yang akan menjadi mangsa sekali lagi ialah para pelajar. Kerajaan juga perlu mengeluarkan kos yang besar dan menghabiskan masa yang panjang untuk melatih guru-guru baru bagi menggantikan kekosongan tersebut.



Masalah disiplin sememangnya boleh menggugat emosi guru. Masalah disiplin pelajar di sekolah pada hari ini berada pada paras yang agak serius walaupun kadangkala kenyataan ini telah ditolak oleh pihak-pihak tertentu. Apabila guru memasuki kelas yang bermasalah, maka mereka akan sentiasa terbayang-bayangkan sikap dan perlakuan pelajar-pelajar sebegini sehinggakan kadangkala menimbulkan trauma pula kepada guru tersebut. Menurut Nogueira, kebiasaannya guru akan berfikir secara negatif apabila berhadapan dengan pelajar, contohnya “Aku bosan dengan kelakuan pelajar ini”. Pemikiran sebegini sebenarnya banyak dipengaruhi oleh sikap para pelajar yang bermasalah seperti ponteng kelas, bergaduh, malas membuat kerja sekolah, membuat bising dan sebagainya. Apabila guru berhadapan dengan perkara yang sama setiap kali sesi pengajaran bermula, maka mereka akan berasa tertekan dengan keadaan tersebut. Dengan ini, guru kadangkala akan mengambil jalan mudah dalam menyelesaikan masalah disiplin pelajar seperti menengking pelajar dan tidak menghadirkan diri ke kelas terbabit. Semasa saya berpraktikum di sekolah, terdapat seorang guru kelas yang dibuli oleh muridnya sendiri. Murid tersebut memberontak dan melawan guru tersebut dengan menolak mejanya. Akibatya, guru tersebut menangis di hadapan kelas tersebut lalu mengadu kepada pihak atasan. Pada keesokkan harinya, guru tersebut tidak hadir ke sekolah. Dengan ini jelas menyatakan bahawa disiplin dan sikap murid yang buruk menyebabkan guru tersebut hilang minat terhadap kerjanya dan seterusnya akan menyebabkan guru tersebut mengalami stres. Selain itu, terdapat juga guru yang ponteng kerana ingin balik kampung semata-mata. Salah satu kes yang berlaku di Sri Aman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin Snowdan Lawan berkata “Ibu bapa ada mengadu guru-guru kerap ponteng mengajar kerana hendak pulang ke kampung masing-masing sebelum hujung minggu.. Kadang-kadang ada yang mengajar cuma tiga dan empat hari se-minggu kerana hendak balik.” (NamaBerita.Com, 27 Jun 2010)



Punca-punca tekanan yang dialami oleh guru tidak boleh dipandang enteng kerana ianya boleh membawa kesan yang jauh lebih dahsyat kepada kemajuan pendidikan negara amnya dan kepada pembangunan pelajar khasnya kerana mereka bakal menjadi pemimpin pada masa depan . Guru yang ponteng kerja akan menyebabkan proses pembelajaran dan pentadbiran di sekolah terganggu untuk satu jangka masa yang panjang. Akibatnya, banyak perkara yang tidak boleh diselesaikan dengan segera seperti kegagalan menghabiskan silibus pengajaran dan kelewatan menganjurkan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Selain itu, rancangan pengajaran yang telah ditetapkan juga tidak dapat diikuti lagi kerana telah tersasar dari perancangan asal menyebabkan perancangan yang baru perlu disusun semula. Akhirnya, pelajar-pelajar kelas terbabit juga akan menerima padah apabila mereka tidak mampu menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik terutamanya peperiksaan besar seperti SPM dan STPM , kesan daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak lancar. Guru-guru yang ponteng kerjanya sebenarnya telah melanggar kod etika perguruan sebagai seorang guru. Guru perlu mematuhi kod etikanya sendiri demi mermartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana telah menyediakan garis panduan bagaimana guru harus beringkah laku dalam profesion perguruan. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang akauntabilitii guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Salah satu kod etika profesion keguruan yag dilanggar adalah “Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan”. Apabila seorang guru yang ponteng kerja, ini akan memberikan imej yang tidak baik kepada pihak pengurusan, murid dan juga pihak ibu bapa. Apabila kes ini dihebohkan di kalangan ibu bapa, maka masyarakat akan berpendapat bahawa guru-guru di sekolah tersebut tidak beretika dan tidak menjalankan tanggungjawabnya sepenuhnya. Bak kata pepatah “Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga”, hanya kerana salah seorang guru yang membuat kesalahan, semua guru dan sekolah mendapat nama yang buruk. Terdapat satu kes di mana seorang guru yang mengabaikan seorang murid yang hiperaktif dalam kelas dan akhirnya ibu murid tersebut memohon untuk berhenti sekolah selamanya. Ibu tersebut mengatakan dia berasa



amat kecewa dengan semua guru disebabkan kes tersebut. Di sini, kita dapat lihat bahawa guru haruslah bertingkah laku baik supaya tidak menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion keguruan. Seterusnya, guru yang ponteng kerja turut melanggar kod etika “Guru haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh baik kepada muridnya”. Kita tahu bahawa gejala ponteng amat serius dalam kalangan pelajar. Salah satu sebab murid ponteng kelas atau sekolah disebabkan sikap guru semasa pengajaran dijalankan. Guru-guru terutamanya guru di sekolah menengah yang sering ponteng kelas, tidak masuk kelas semasa waktu pengajaran akan menyebabkan murid-murid hilang minat terhadap subjek tersebut dan lama-kelamaannya murid akan ponteng kelas seperti apa yang ditunjukkan oleh guru tersebut. Ada di kalangan guru yang memberikan alas an terlalu banyak kerja yang perlu dibereskan. Malahan kadangkala memberikan alasan kononnya dipanggil guru besar atau pengetua. Apabila seseorang guru tidak melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh keikhlasan, maka tidak akan mendapat rasa hormat daripada murid-murid. Hal ini adalah kerana guru tersebut telah menunjukkan contoh yang tidak baik kepada muridnya. Menurut Dr. Ragbir Kaur (2005), setiap guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku mengawal kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif. Ini membawa maksud guru hendaklah berusaha untuk membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif. Untuk mencapai matlamat ini, guru sendiri haruslah menunjukkan satu contoh yang baik. Datuk Muhiddin Yusin, Pengarah Pelajaran Negeri Sabah (JPNS) menegaskan walaupun kejadian itu mungkin terpencil, namun hal berkenaan tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ia mampu melumpuhkan sitem pendidikan Negara jika tidak ditangani sewajarnya. Denagan itu, JPNS telah mewujudkan satu lagi program AKUN yang dilaksanakn pada tahun 2012 – 2016. Program AKUN ini bertujuan meningkatkan peratusan kehadiran guru di sekolah sekaligus memantapkan lagi keberkesanan penyampaian serta penyebaran maklumat pekeliling dan peraturan si semua peringkat, menerusi empat strategi iaitu e-Cerap, Pemantauan Silang, Pemantauan Bersepadau dan e-Hadir. Menurut Datuk Muhiddin lagi, program itu bersifat serampang empat mata akan menekankan pemantapan kualiti perkhidmatan di peringkat sekolah yang menjadi cermin kejayaan dan pencapaian sebenar pendidikan. Namun apa yang membataskan pelaksanaan sistem pemantauan kehadiran bersepadu e-Hadir ini adalah capaian internet di setiap sekolah di Negeri Sabah. Jika hendak dilaksanaakan pelaksanaannya, capaian internet di semua sekolah aruslah berkeadaan baik. Jika disekolah pedalaman bagaimana mahu mengunakan aplikasi ini kerana ada diantara sekolah-sekolah pedalaman yang masih belum mempunyai capaian internet. Oleh itu sesuatu perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini sebelum pelaksanaan sistem e-hadir dilaksanakan sepenuhnya. Buat masa ini sistem ini baru dilaksanakan di beberapa buah sekolah di kawasan-kawasan bandar sahaja dan sekolahsekolah yang mempunyai capaian internet yang baik. Diharap sistem ini dapat dilaksanaka untuk kesemua sekolah di negeri Sabah supaya isu ketidakhadiran guru di sekolah tidak menjadi duri dalam daging sistem pendidikan Jabatan Pelajaran Sabah.



Selain usaha kerajaan dalam menangani masalah ini, saya berpendapatan bahawa guru sendiri turut mempunyai tanggungjawab dalam mengelakkan masalah ini berlaku. Kebanyakan guru pada hari ini merungut mereka terlalu sibuk hingga tidak dapat menumpukan perhatian kepada pengajaran dalam kelas. Kemahiran pengurusan masa amat penting kerana tanpanya, guru mungkin akan menghabiskan banyak masa dengan melakukan aktiviti yang menghalangnya daripada mencapai matlamat. Menurut Stephen Covey (1989) dalam bukunya „The Seven Habits of Highly Effective People‟, menyatakan bahawa konsep masa mestilah dilihat secara menyeluruh dalam seluruh aspek yang membabitkan kehidupan manusia. Seseorng guru boleh melakukan kerja sambilan seperti mengajar piano ataupun belajar sesuatu yang diminati asalkan guru tersebut tahu membezakan mana aktiviti yang harus didahulukan dan mana pula yang harus dikemudiankan. Dengan mengamalkan kemahiran pengurusan masa yang baik, seseorang guru akan dapat melaksanakan tugasnya dengan efisien tanpa berasa stress dan tidak akan mempunyai niat untuk ponteng kerjanya.



Di samping itu, pemerhatian dan pemantauan berterusan hendaklah dijalankan. Guru besar atau orang-orang kanannya perlu sentiasa turun padang. Sesekali masuklah ke kelas ketika guru sedang mengajar, melihat hasil murid dalam kelas-kelas. Hal ini adalah kerana dari situ penilaian dapat dibuat secara spontan terhadap pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlaku di bilik darjah. Seperti apa yang saya dapat lihat di sekolah saya berpraktikum, guru besar sekolah tersebut akan meronda di sekeliling sekolah sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan untuk memastikan setiap guru berada dalam kelas mengikut jadual waktu yang ditetapkan. Dengan ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan kesedaran guru terhadap tanggungjawab sendiri sebagai seorang guru. Selain sebagai seorang guru, kita juga merupakan seorang pemimpin, adalanh menjadi tugas utama untuk menyahut cabaran dan perubahan sistem pendidikan supaya kita berupaya dan berkebolehan menjadi role model yang dapat memberi inspirasi dan motivasi kendiri kepada anak didik dan guru-guru lain di sekolah serta kepada ibu bapa. Sebagai seorang professional, kita harus bekerja dengan tidak ikhlas, yakni melakukan sesuatu dengan tidak mengharapkan „balasan‟, pupuklah rasa „cinta‟ kepada tugas dan cinta kepada organisasi tanpa mengira siapa murid yang diajar. Secara keseluruhannya, guru adalah orang yang selalu mendapati perhatian walau di mana mereka berada. Segala tindak tanduknya sentiasa diperhatikan oleh masyarakat sekeliling. Adalah menjadi satu kewajipan bagi guruguru mengamalkan penampilan diri dan menunjukkan kesantunan yang tinggi untuk memelihara martabat profesion perguruan. Oleh kerana guru menjadi idola dalam masyarakat, maka guru perlu berupaya menampilkan diri dan mengaplikasikan nilai-nilai kesantunan supaya dapat menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan yang dihadapinya.



Rujukan: 1. Syed Ismail Bin Syed Mustapa (2010). Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional. Selangor Darul Ehsan. Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. 2. Raja Maria Diana Bt. Raja Ali (2011). Faktor-fakor Yang Mendorong Tekanan Kerja (Stres) di Kalangan Guru Sekolah Menengah di Daerah Pasir Puteh. Diakses pada 21 Ogos 2012 dari http://eprints.oum.edu.my/666/1/faktor_raja_maria.pdf. 3. Mohd Fitri Bin Sahhari (2006). Tahap Beban Tugas Guru Sekolah Menengah Di Daerah Skudai: Kajian Kes. Diakses pada 21 Ogos 2012 darihttp://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/MOHDFITRIAP010212D2006TTP.pdf 4. Amaran Keras Kepada Guru Ponteng: Muhyuddin. Diakses pada darihttp://www.namaberita.com/2010/06/amaran-keras-kepada-guru-ponteng.html. 5. Guru Ponteng Isu Serius. Diakses pada darihttp://www.theborneopost.com/2011/12/24/guru-ponteng-isu-serius/



20



21



Ogos



Ogos



6. Guru Ponteng: Tindakan Tegas Akan Diambil. Diakses pada 21 Ogos darihttp://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2008/05/guru-ponteng-tindakan-tegas-akan.html Posted by ABSM at 10:00 AM



2012 2012 2012