Karangan Yang Bertajuk Pengalaman Menyertai Lawatan Ke Rumah Orang Tua [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Tajuk : Pengalaman menyertai lawatan ke rumah orang-orang tua.



Contoh pengenalan : Contoh 1 : Pada minggu yang lepas, murid-murid Tahun Lima Merah dan 2 orang guru pengiring telah menyertai lawatan ke Rumah Warga Tua Sri Kenangan. Rumah orangorang tua itu terletak di Jalan Merdeka, Sibu. Tujuan lawatan itu adalah untuk memupuk sikap sayangkan orang-orang tua dalam kalangan generasi muda.



Contoh 2 :



“Rasa sayang hei rasa sayang-sayang hei……. Aku dan rakan-rakan sekelasku menyanyi dengan riang sementara menunggu ketibaan bas sekolah. Kelas kami telah menyertai lawatan ke Rumah Warga Tua Sri Kenangan pada minggu yang lepas. Rumah tersebut terletak di Jalan Merdeka, Sibu. Lawatan tersebut bertujuan untuk memupuk sikap sayangkan orang-orang tua dalam kalangan generasi muda. Sebelum bertolak, kami berkumpul di di dewan sekolah. Kami bertolak pada pukul tujuh pagi dengan menaiki bas sekolah yang telah disewa. Sepanjang perjalanan, kami berbual-bual dengan riang sambil menikmati keindahan dan kehijauan alam semula jadi. Tepat pukul lapan pagi, kami telah tiba di hadapan Rumah Warga Tua Sri Kenangan. Kedatangan kami disambut dengan mesra oleh pengurus rumah orang-orang tua itu. Sebelum memulakan lawatan, kami diberi taklimat dan penerangan yang ringkas oleh pegawai tersebut. Kami mendengar penerangan tersebut dengan penuh perhatian. Selepas itu, kami dibawa untuk mengunjungi sekitar kawasan rumah orangorang tua tersebut. Di situ ada ramai orang tua. Ada orang tua yang sihat dan ada yang kurang sihat. Kami juga ternampak beberapa orang warga tua sedang membuat bakul dan topi secara tradisional. Mereka begitu terharu dengan kehadiran kami sehingga ada yang berjuraian air mata.



Selain itu, kami turut bekerjasama membersihkan kawasan rumah orang-orang tua itu. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melaksanakan tugas masing-masing. Pengagihan kumpulan ini memudahkan kerja-kerja pembersihan dijalankan. Antara tugas tersebut termasuklan menyapu sampah, mencabut rumput, membersihkan longkang, mengutip sampah dan sebagainya. Kami bersatu hati menjayakan aktiviti gotong-royong ini bagai aur dengan tebing. Akhirnya, rumah orang-orang tua itu kelihatan bersih dan ceria. Sebelum bertolak pulang, kami bergambar bersama-sama dengan warga tua sebagai kenangan. Saya berasa gembira dan berpuas hati kerana berpeluang menyertai lawatan ini. Saya berharap dapat menyertai lawatan sedemikian lagi pada masa akan datang.