Laporan Lawatan Ke Puspen Benta [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

LAPORAN LAWATAN KE PUSPEN BENTA Pada 31 Oktober 2018, pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan telah merangka sebuah aktiviti bagi memenuhi ruang masa pelajar semester lima yang baru sahaja menamatkan sesi praktikum bagi fasa yang pertama. Unit yang terlibat ialah unit PAI, BM SJK(T), BM SJK(C), PSV, Pemulihan 1, PAKK, BT dan Pemulihan SJK(C). Kami telah bertolak dari IPG pada jam 6.45 pagi bagi trip yang pertama dan 7.30 pagi bagi trip yang kedua. Setelah semua pelajar dan pensyarah JHEP sampai di PUSPEN Benta, kami telah diberi taklimat asas terlebih dahulu oleh seorang pegawai tempat tersebut yang berpangkat Sarjan. Kami diperingatkan agar tidak menggunakan sebarang peranti elektronik seperti telefon bimbit. Kami juga dilarang untuk mengambil sebarang gambar yang menunjukkan wajah pelatih di situ. Hal ini kerana demi menjaga aib pelatih yang sedang menjalani sesi pemilihan di situ. Kami di bawa terus masuk ke dalam Dewan As-Syakirin. Setibanya kami di dewan tersebut, kesemua pelatih telah berdiri dan menunggu kehadiran kami. Program pada pagi tersebut bermula sekitar jam 8.30 pagi. Program ini dimulakan dengan sesi perhimpunan bulanan sesi Oktober 2018 untuk semua pelatih PUSPEN Benta. Kemudian, telah diadakan sesi penyampaian anugerah perkhidmatan cemerlang bagi fasilitator serta tenaga pengajar di situ. Setelah selesai majlis tersebut, kami dipertontonkan dengan sesi ‘morning meeting’. Sesi ‘morning meeting’ ini adalah sesi mereka (pelatih) meluahkan perasaan ketidakpuasan hati terhadap rakan meraka yang kurang menyenangkan. Mereka akan lebih terbuka pada sesi tersebut. Namun, walaupun sesi tersebut kelihatan tegang, mereka masih mampu menasihati rakan mereka. Satu frasa yang amat menarik perhatian kami adalah ‘sejahtera sahabat’ yang sering diucapkan selepas setiap daripada mereka memberi nasihat. Di akhir sesi ‘morning meeting’ ini, mereka akan adalah sedikit hiburan untuk menutupi ketegangan tersebut. Dua orang pelatih telah menyanyikan dua buah lagu yang sangat mencuit hati kami.



Yang lebih menarik perhatian kami, selepas sesi ‘morning meeting’ seorang daripada pegawai PUSPEN tersebut telah mengumumkan lima nama yang akan dibebaskan pada hari itu. Muka kelima-lima pelatih tersebut kelihatan gembira bercampur kesedihan. Mereka mungkin gembiran sudah dibebaskan dan mereka juga mungkin sedih untuk meninggalkan sahabat di dalam pusat pemulihan itu. Namun, mereka tetap harus meneruskan kehidupan di dunia luar setelah menjalani sesi pemulihan selama 12 bulan. Kesemua pelatih dan pegawai bersalam-salaman buat kali yang terakhir dengan lima orang pelatih tersebut. Kemudian, sekitar jam 10 pagi kami di bawa melawat ke sekitar kawasan PUSPEN itu. Tempat pertama yang kami lawati ialah asrama penghuni di situ. Terdapat lima blok asrama yang menempatkan pelatih di situ. Kami telah diberi kebenaran untuk melawat ke asrama Cenderawasih. Menariknya, asrama ini menempatkan pelatih yang masih dalam tempoh intervensi. Mereka akan ditempatkan di asrama ini terlebih dahulu selama 14 hari tanpa dibenarkan keluar sebelum menjalani sesi pemulihan seperti pelatih biasa. Tujuaanya adalah untuk menghilangkan rasa gian terhadap dadah yang pernah diambil oleh mereka. Kami dibenarkan bersoal jawab dengan pelatih asrama tersebut. Mereka menceritakan pengalaman mereka bagaimanakah mereka boleh mengambil bahan terlarang tersebut. Rupa-rupanya, ada dalam kalangan mereka yang dihantar ke sini dari Langkawi kerana kekurangan tempat di sana. Mereka juga ada menasihati kami agar tidak mengambil bahan terlarang ini. Banyak kesan yang amat buruk yang bakal menimpa sesiapa sahaja yang mengambilnya. Selepas itu kami di bawa melawati masjid yang menjadi tempat ibadah bagi pelatih dan pegawai yang beragaa Islam. Di sinilah tempat mereka mengerjakan solat fardhu dan solat sunat. Mereka juga belajar membaca al-Quran di masjid ini. Semasa kami melawati masjid tersebut, ada dalam kalangan mereka yang menjalani kelas bacaan al-Quran. Kami lebih lama di sini kerana pegawai-pegawai pusat pemulihan ini banyak memberi penerangan kepada kami tentang bahaya dadah dan siapakah yang banyak menghuni pusat pemulihan ini.



Selepas itu, kami kembali ke dewan untuk menjamah minum pagi yang telah disediakan oleh pihak PUSPEN Benta. Sekitar jam 11.30 pagi, satu sesi taklimat tentang aktiviti serta jadual pelatih PUSPEN Benta telah disampaikan oleh pegawai yang terlibat. Bagi diberi penerangan tentang bagaimana aktiviti di sini berjalan. Kami juga didedahkan jumlah sbeenar pelatih di sini. Banyak input yang kami peroleh daripada sesi ini. Kemudian, kami diberi peluang untuk mendengar sendiri kisah hidup tiga orang pelatih yang menjalani pemulihan di sini. Ketiga-tiga pelatih ini telah menceritakan nasib malang mereka yang telah terlibat dalam kancah dadah. Yang amat mengejutkan kami, ketiga-tiga pelatih ini merupakan pelajar yang cemerlang dan sudah mempunyai pekerjaan yang baik. Mereka menasihati kami bahawa janganlah dekati dengan najis dadah ini. Program ini berakhir pada jam 1.00 petang. Kami bersalaman dengan pegawai di situ sebelum berangkat pulang ke IPG. Seperti di sebelah pagi, dua trip diperlukan untuk menghantar kami pulang. Setibanya di IPG, kami disediakan makan tengah hari oleh pihak JHEP. Program ini berakhir dengan jamuan makan tengah hari.



KEKUATAN PROGRAM Setiap aktiviti yang dijalankan pasti ada kekuatan yang boleh dijadikan sudut pandang positif. Kekuatan bagi program ini yang pertama ialah sebagai satu usaha pencegahan awal kepada kami yang bergelar bakal guru. Seperti yang kami dimaklumkan, dadah ini bukan sahaja akn menjengah kepada mereka yang tiada pendidikan. Malah, mereka yang sudah menghafal 30 juzu al-Quran, mereka yang menjawatan jawatan tinggi juga terlibat dalam kancah dadah ini. Jadi langkah pencegahan seperti inilah yang perlu diterapkan. Kedua, program ini memberi kesedaran kepada semua orang tentang bahaya dadah. Kami juga diberi maklumat tentang jenis dadah yang sering digunakan dalam kalangan pelajar IPT. Kami juga diberi kesedaran bahawa penagih dadah ini boleh berubah. Semuanya perlu bermula dalam diri mereka sendiri dan yang paling penting adalah sokongan daripada sahabat dan ahli keluarga mereka. Jangan kita memandang hina terhadap mereka. Hal ini kerana mereka juga mempunyai peluang untuk berubah.



KELEMAHAN PROGRAM Seperti biasa, kelemahan itu pasti wujud dalam apa jua perkara sekalipun. Pertama ialah dari segi pengangkutan. Disebabkan kekurangan pengangkutan, pihak JHEP terpaksa mengadakan dua trip. Hal ini akan mengambil masa untuk sampai ke tempat lawatan.apabila lewat, maka semua perancangan program akan tergendala dan menjadi lewat. Kedua, pengawasan penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar semasa sesi lawatan di PUSPEN Benta dijalankan. Tiada pengawasan yang ketat dilaksanakan semasa lawatan. Hal ini dikhuatiri ada dalam kalangan pelajar yang mengambil kesempatan untuk mencuri-curi mengambil gambar penghuni pusat pemulihan itu. Maka akan membuka aib pelatih di situ.



CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Bagi kelemahan yang pertama ialah kekurangan dari segi pengangkutan. IPGKTAA mempunyai dua buah bas. Jadi, tidak menjadi masalah untuk menggunakan kedua-dua bas sebagai pengangkutan untuk menghantar pelajar ke tempat lawatan. Hal ini akan lebih menjimatkan masa dan memudahkan urusan semua pihak. Walau bagaimanapun, sekiranya bas roisak di saat akhir, kita semua tidak mampu berbuat apa-apa. Kedua ialah pengawasan penggunaan telefon bimbit. Sepatutunya pihak JHEP atau pengawai di PUSPEN Benta memungut telefon bimbit untuk langkah berjaga-jaga. Hal ini kerana untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang perkara yang tidak diingini seperti mengambil gambar tanpa kebenaran pihak yang berkaita.