Laporan Lawatan Ke Loji Air [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

LAPORAN LAWATAN



1. Sejarah penubuhan : Loji Rawatan Air Sungai Terip terletak di Sungai Terip,Negeri Sembilan,Malaysia. Fasa III akan dibina dalam Rancangan Malaysia Kelapan tahun 2003. Loji Rawatan Air Sungai Terip mampu memproses dan merawat air minuman pada tahun 2013, sekitar 65 juta gelen sehari. Jumlah ini adalah kurang berbanding permintaan bagi kegunaan air bersih sebanyak 70 juta gelen sehari di daerah Seremban sahaja sedangkan kapasiti semasa pengeluaran air bersih dari Logi Rawatan Air Sungai Terip di sini adalah sekitar 65 juta gelen sehari. Selain Loji Rawatan Air Sungai Terip, Negeri Sembilan turut mengendalikan Loji Rawatan Air Sungai Ngoi-Ngoi bagi menjamin bekalan air bersih ke negeri itu.



2.



Objektif lawatan -Ingin mengetahui pemprosesan air yang bersih -Mengambil pengalaman suasana pekerjaan di loji air,negeri Sembilan. -Ingin mengetahui sejarah pembinaan loji-loji -Melihat struktur pembinaan empangan bagi kawasan negeri Sembilan.



3.



Jenis-jenis loji/Peringkat loji 1)loji untuk fasa 1(tangki mendapan).DIbina pada tahun 1985 2)loji untuk fasa 2(tangki mendapan).Dibina pada tahun 1992 3)loji untuk fasa 3(tangki apungan).Dibina pada tahun 2002. -Mendapat sumber air dari empangan dan sungai. -Antara lokasi empangan adalah di kerinci dan talam.



4.



Air terawat(air minuman) i Bermulanya pengambilan air dari sungai dan empangan yang akan membahagikan air kepada 2 iaitu fasa 3 dan fasa 1 atau 2 dimana fasa 3 merupakan tangki apung dan tapis.Fasa 1 dan 2 pula merupakan tangki mendapan. ii Pada fasa 3,bermula di aerator dimana ia akan mengalirkan air ke “dub”.Kemudian,bahan yang wajib diletakkan di dalam “dub” adalah annem.Fungsi annem adalah untuk membersihkan air.Manakala bahan-bahan yang lain seperti kapur,klorin dan klorida boleh juga diletakkan dalam “dub” sekiranya diperlukan. iii Kemudian,ia akan dimampatkan selama 72 jam tidak kurang atau lebih.Apabila ia dimampatkan,bahan kotoran yang terapung di atas air akan menjadi seakan-akan pasir.Air yang berada di bawahnya adalah air bersih.Kemudian air yang bersih itu akan mengalir ke saluran paip mengikut saluran yang betul.Selepas itu,bahan-bahan yang kotor diatas air akan mengalir ke satu tempat dipanggil “backwash”.Fungsi tempat ini adalah untuk memecahkan kotoran yang terapung itu. iv Pada fasa 1 dan 2 pula,bermula di tangki campuran.Bahan yang wajib diletakkan dalam tangki campuran adalah tawas.Tangki campuran ini merupakan tangki mendapan.Kemudian,air pada tangki campuran ini akan membahagikan kepada 2 iaitu di pessaltor pada fasa 2 dan fasa 1 pula tempatnya adalah di belakang bangunan.



v Air dari tangki campuran akan mengalir ke dalam rumah atau kotak masing-masing yang dipanggil pessaltor.Di pessaltor,air akan dimendapkan.Sekiranya air itu tidak bersih,bahan-bahan kotoran itu akan di perangkap oleh lamella yang berada di setiap kotak air itu.Fungsi lamella adalah untuk menapis air.Air yang bersih akan mengalir ke dalam saluran kecil yang berada di sebelah kotak air masing-masing.Kemudian,air yang bersih itu akan dikumpulkan di bawah tempat pentadbiran atau pengurusan. vi Pada fasa 1 pula,air dari tangki campuran akan mengalir ke saluran zig-zag.Fungsi saluran zig-zag ini adalah untuk sebatikan air dengan tawas.Kemudian,ia akan dikumpulkan dahulu di rumah atau kotak air masing-masing.Kemudian,untuk proses seterusnya adalah sama dengan fasa 2 Cuma yang berlainan adalah fasa 2 tidak ada saluran zig-zag manakala fasa 1 ada saluran zig-zag.Akhir sekali,air akan dikumpulkan dalam tangki air bersih. vii Selepas itu,pekerja di loji air akan memeriksa air yang telah terkumpul di makmal.pH untuk air yang sesuai adalah 5.5-9.0.Sekiranya pH air kurang dari 5.5 atau lebih dari 9.0,pekerja akan membuat semula rawatan air dari permulaan.Kaedah ini sangat bagus kerana dengan kaedah ini air yang dirawat itu boleh dilepaskan kepada orang ramai.Selain itu juga,air yang telah dirawat boleh dijadikan minuman dan boleh dijual di luar. 5.



Sistem yang digunakan dalam perawatan air selamat 1. Rawatan Air 2. Penyaringan 3. Koagulasi dan flokulasi 4. Sedimentasi 5. Penapisan 6. Disinfeksi/pelarasan pH 7. Tangki air bersih 8. Pengagihan bekalan air



LAMPIRAN