Lawatan Ke Rumah Warga Emas [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE RUMAH WARGA EMAS QI EN ANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING DENGAN KERJASAMA PANITIA MORAL SERTA PANITIA SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN



1.0



PENGENALAN Warga emas adalah insan yang banyak berjasa kepada kita secara lansung atau tidak lansung dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang berjaya dalam bidang akademik. Mereka juga adalah insan-insan yang kesunyian lantaran ditinggalkan oleh anak-anak yang begitu sibuk dalam mencari harta dunia. Oleh itu, sewajarnya program ini dianjurkan oleh kami bagi menjejak kasih sayang warga tua yang ditinggalkan oleh insan yang bernama anak dan bagi menghargai jasa mereka. Kami membawa kasih sayang yang berada dalam jiwa kami sebagai seorang anak, agar mereka dapat merasakan secebis kasih sayang daripada kami dan rasa sedikit keprihatian daripada masyarakat sekeliling.



Selain itu, program ini dapat memberikan kepada kami sedikit input yang berguna dalam memahami sifat-sifat warga tua dengan lebih mendalam dan mengambil cara-cara terbaik dalam menguruskan warga tua yang mungkin mengalami masalah kesihatan dan emosi. Di samping itu, kehadiran kami di Rumah Warga Emas Qi En, Selangor adalah membawa sedikit ilmu yang ada pada kami kepada warga tua di sana dalam mencari erti kasih sayang dan menerima ketentuan Tuhan sebagai satu ujian untuk diri. Kami membawa diri kami dengan jiwa yang ikhlas kerana kami sedar, kami perlu berkongsi kasih sayang agar insan lain juga merasakan disayangi dan diambilberat.



Anak-anak murid yang mengikuti lawatan ini akan berpeluang beramah mesra dengan warga tua. Sehubungan ini, hubungan silaturahim yang terjalin antara anak murid dan warga tua dapat membina ikatan yang erat dan mengurangkan sedikit perasaaan terpinggir dalam diri warga-warga tua. Program ini dapat memberikan impak yang besar terhadap anak murid agar timbul kesedaran untuk menyayangi insan-insan lain, menghargai peluang muda yang hanya datang sekali dan belajar 1



menghargai ibu bapa masing-masing. Selain itu, kehadiran murid sekolah kami di sana dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat sekeliling tentang pentingnya



dalam memberi keprihatinan kepada warga tua dengan menghadiri



atau melawat mereka.



2.0



DEFINISI WARGA EMAS 



Warga Emas (WE) merujuk kepada individu yang berumur sama atau melebihi 60 tahun dan ke atas seperti yang diterima pakai dalam United Nations World Assembly on Ageing di Vienna (PBB, 1982) dan dalam kalangan negara-negara ASEAN.



3.0



MATLAMAT Matlamat utama pelaksanaan program dan aktiviti ialah; 3.1



Mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang memboleh dan membantu supaya warga emas hidup sejahtera dan produktif kepada negara.



3.2



Membudayakan nilai, sikap dan amalan saling menghormati, menghargai serta menyayangi sesesama insan.



3.3



Memanfaatkan pengetahuan, kepakaran dan pengalaman warga emas bagi meningkatkan kerohanian, sahsiah dan jati diri dalam kalangan murid dan remaja.



3.4



Menggalakkan aktiviti kesukarelaan di pusat jagaan warga emas atau kediaman warga emas di dalam kawasan penempatan murid dalam kalangan warga sekolah.



3.5



Mempromosikan warga emas sebagai aset negara dan memupuk nilai menghormati warga emas menerusi kempen menghormati warga emas.



4.0



OBJEKTIF 5.1



Menerapkan rasa simpati, empati, kasih sayang dan keprihatinan kepada golongan kurang bernasib baik dan terpinggir serta mengeratkan sillaturahim antara masyarakat tanpa mengira perbezaan umur. 2



5.2



Mempelajari, mengetahui dan menghargai apa itu erti kasih sayang ibu bapa.



5.3



Memberikan secebis perasaan kasih sayang kepada semua masyarakat tanpa mengira pangkat dan darjat.



5.4



Membantu mereka yang susah dan mengurangkan kesedihan orang lain.



5.5



Murid-murid dapat mengaplikasi cara bersosial dengan masyarakat yang mana telah mereka pelajari di sekolah di samping meningkatkan kemahiran bersosial dalam diri para murid.



5.7



Membantu warga tua mengurangkan kesedihan yang mereka alami setelah diabaikan dan dibuang oleh anak-anak mereka.



5.8



Dapat mengenali dengan lebih mendalam sifat-sifat warga tua agar dapat mendidik diri para murid menjadi insan yang sayang akan warga tua .



6.0



TARIKH DAN HARI 21 September 2013 (Sabtu)



7.0



TEMPAT Rumah Warga Emas Qi En, Taman Setia Rawang, 48000 Rawang



8.0



JENIS KEGIATAN / PROGRAM 



Beramah mesra dengan warga tua.







Membersihkan tempat tinggal warga tua.







Mengadakan aktiviti-aktiviti yang santai untuk warga tua bagi menggembirakan hati mereka.







9.0



Makan bersama dan memberikan sedikit sumbangan kepada warga tua.



PESERTA 13 orang murid SJK ( C ) Bukit Tangga, Bukit Beruntung, Rawang



11.0



STRUKTUR ORGANISASI Sila rujuk lampiran A



3



12.0



ATURCARA PROGRAM Sila rujuk lampiran B



13.0



ANGGARAN PERBELANJAAN Sila rujuk lampiran C



14.0



PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG 14.1



Guru bertanggungjawab di atas keselamatan murid dan penggunaan alatan.



14.2



Murid mematuhi arahan dan mesti sentiasa bersama guru.



14.3 Sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku hendak disiasat dan dilaporkan kepada pengetua/guru besar dengan segera. 14.4 Kenderaan yang digunakan untuk membawa pelajar hendaklah mematuhi syarat-syarat Jabatan pengangkutan Jalan. 14.5 Memastikan ibu bapa/penjaga murid menandatangani surat kebenaran bagi anak-anak mereka. 14.6 Memastikan keadaan kesihatan anak murid dalam keadaan baik sebelum dibenarkan anak-anak mereka mengikuti rombongan ini.



15.0



LAIN-LAIN PERKARA 15.1



Pakaian Murid sekolah yang mengikuti lawatan ini mestilah berpakaian baju sukan.



15.2



Tatasusila Setiap murid yang mengikuti lawatan sambil belajar dikehendaki berkelakuan baik semasa berada di luar sekolah demi menjaga nama baik sekolah.



16.0



PENUTUP Diharapkan program ini dapat dijayakan dengan sebaik-baiknya dan para murid dan guru mendapat impak yang positif. Semoga dengan penyertaan program ini, para murid dan guru lebih sayang kepada masyarakat sekeliling, menghargai ibu bapa mereka dan lebih menghargai masa muda yang mereka miliki pada saat ini.



4



Disediakan oleh,



LAI KOK LING Penyelaras Program Lawatan ke Rumah Warga Emas Qi En



Disemak oleh,



PN SOO LAI PIN Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SJK ( C ) Bukit Tangga, Bukit Beruntung, Rawang



Disokong oleh,



EN. TAN KEAN LONG Penolong Kanan Ko-kurikulum SJK ( C ) Bukit Tangga, Bukit Beruntung, Rawang



Diluluskan oleh,



EN. TANG AH HAI Guru Besar SJK ( C ) Bukit Tangga, Bukit Beruntung, Rawang



5



LAPORAN LAWATAN KE RUMAH WARGA EMAS QI EN Pada 21 September 2013 yang lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Panitia Pendidikan Moral serta Panitia Sivik dan Kewarganegaraan SJK ( C ) Bukit Tangga, Bukit Beruntung, Rawang telah mengadakan lawatan ke Rumah Warga Emas Qi En. Rumah tersebut merupakan tempat berlindung, berteduh dan bergantung bagi orang-orang tua



meneruskan



kehidupan



mereka



pada



usia



senja. Lawatan



itu



disertai



oleh 15 orang anak murid sekolah dan diketuai oleh empat orang guru. Tujuan lawatan ini adalah untuk menyedari anak-anak murid dan para guru sendiri tentang nasib orang tua yang disisihkan oleh masyarakat.



Rombongan ini bertolak pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki kereta guru. Lebih kurang 40 minit perjalanan, kami tiba di pintu depan Rumah Warga Emas Qi En. Ketibaan kami disambut oleh kakitangan rumah warga emas berkenaan. Pengurus Rumah Warga Emas Qi En, Puan Zhen melahirkan rasa gembira dan bersyukur atas kunjungan yang dilakukan. Kami dibawa ke bilik tetamu untuk mendengar taklimat tentang pengurusan rumah warga tua berkenaan.



Setelah mendengar taklimat, kami diperkenalkan dengan 15 orang warga emas di sini yang berumur antara 65 tahun hingga 92 tahun. Apabila melihat kedatangan kami, wajah mereka kelihatan begitu ceria.



Seterusnya kami memulakan aktiviti-aktivit yang telah kami rancang sebelum ini. Mula-mula, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan dalam menolong warga emas membersihkan tempat tinggal mereka. Antaranya seperti mengemas bilik warga emas, mencabut rumput, mencuci lantai dan sebagainya. Semua anak murid dan guru menjalankan tugas dengan penuh bersemangat.



Dalam pada itu, kami turut membuat persembahan yang menarik seperti menyanyi dan bercerita kepada warga emas. Mereka kelihatan sangat gembira. Pada wajah mereka terukirnya senyuman yang manis. Selepas persembahan, anak murid dan guru turut menolong warga emas mengopek ikan bilis sambil berbual-bual dengan mereka. Terdapat beberapa orang warga emas telah menceritakan kisah lalu mereka kepada anak murid dan



6



guru. Mereka juga menasihati kami supaya menjadi manusia yang berakhlak mulia dan sentiasa mengenang budi orang lain.



Sebelum berakhirnya lawatan, kami telah menjamu selera bersama warga tua di sini. Dalam masa hampir 30 minit ini, kami berasa sungguh gembira kerana dapat berbualbual dengan mereka sambil makan tengah hari. Rasa gembira telah terukir di atas muka warga tua di sini. Selepas makan, ketua guru mewakili kami memberikan sumbangan dan wang saku kepada para warga emas. Sumbangan itu berupa barang-barang keperluan harian mereka. Warga tua berasa terharu terhadap kami.



Menjelang waktu tengah hari, dengan hati yang lara, kami pergi beredar meninggalkan Rumah Warga Emas Qi En. Pilu hati kami semasa hendak berpisah dengan penghuni rumah tersebut, setiap sayup pandangan mereka menampakkan kesedihan yang mampu mengalirkan air mata. Walau bagaimanapun kami semua berasa gembira kerana dapat mencurahkan bakti kepada mereka walaupun hanya seketika.



Lawatan itu sungguh berfaedah dan dapat memupuk anak-anak murid mahupun guru sendiri tentang kasih sayang terhadap ibu bapa dan warga tua serta menghargai jasa mereka kepada kita dan masyarakat. Selagi hayat mereka dikandung badan, selagi itulah tuntutan menjaga dan memelihara orang tua kita masih lagi terpikul di bahu kita. Ingatlah, walau segala cara pun kita berusaha membalas jasa mereka, tidak akan terbalas, walau ditebus dengan gunung emas dan perak sekalipun.



Di akhir lawatan yang singkat tetapi amat bermakna ini, semoga anak-anak murid dan para guru sendiri membuka pemikiran masing-masing betapa perlu dititikberatkan kasih sayang dalam institusi kekeluargaan terutama kepada ibu bapa yang melahirkan, membesarkan dan mendidik anak-anak sehingga dewasa dan berjaya dalam kehidupan. Iktibar dan kisah-kisah sedih para penghuni Rumah Warga Emas Qi En menjadi pedoman dan keinsafan supaya terpahat di minda untuk merenungi "dari mana, untuk apa dan kemanakah kita di penghujung sebuah kehidupan ini. Harapan dan hasrat supaya tidak diulangi kitaran hidup yang sama seperti kehidupan para penghuni rumah-rumah kebajikan ini.



7



SJK(C) Bukit Tangga, 48300 Bukit Beruntung, Selangor Darul Ehsan.



En. Ismail bin Yusof



Ruj.kami:Per PM/2013/1



Pegawai,



Tarikh: 12 Ogos 2013



Pusat Pendidikan Daerah, 48300 Kuala Kubu Bharu, Selangor Darul Ehsan.



Tuan, Lawatan ke Rumah Warga Emas Qi En Adalah saya merujuk kepada perkara di atas.



2. Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Panitia Pendidikan Moral serta Panitia Sivik dan Kewargenegaraan SJK (C) Bukit Tangga ingin mengadakan lawatan ke Rumah Warga Emas Qi En yang terletak di Batu 16, Rawang pada



21 September.



Sehubungan dengan itu, saya memohon kebenaran pihak tuan agar kami dapat menganjurkan lawatan tersebut. Kertas kerja berhubung perkara tersebut dilampirkan.



3. Tujuan lawatan ke rumah warga emas ini adalah untuk menjayakan Program Dasar Warga Emas Negara (DWEN) yang disarankan. Di samping itu, ia bertujuan untuk mendedahkan para murid tentang kepentingan sifat taat terhadap orang tua. Selain daripada itu, nilai-nilai moral lain turut dapat dipupuk dalam kalangan anak-anak murid melalui lawatan sebegini.



4. Dengan maklumnya, seramai 13 orang palajar SJK(C) Bukit Tangga menyertai lawatan tersebut. Lawatan ini dibimbing oleh 4 orang guru. Senarai nama dan maklumat para guru dan murid SJK(C) Bukit Tangga yang menyertai lawatan akan dilampirkan pada surat ini untuk rujukan pihak sekolah.



5. Kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan meluluskan permohonan kami ini. “Rakyat Didahulukan, Kepentingan Diutamakan”



8



Sekian, terima kasih.



Saya yang menurut perintah, ………………………………………… (Lai Kok Ling) Penyelaras Unit Bimbingan dan Kaunseling SJK (C) BUKIT TANGGA Diluluskan oleh,



…………………………………………… ( En. Tang Ah Hai ) Guru Besar SJK (C) BUKIT TANGGA



9



武 吉 丁 雅 华 文 学 校 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) BUKIT TANGGA JALAN KASTURI, BUKIT BERUNTUNG, 48300 RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN KOD SEKOLAH : BBC5024 Alamat e-mail: [email protected]



____________________ ____________________ 48300 Rawang, Selangor Darul Ehsan.



En Tang Ah Hai, Guru Besar, SJK ( C ) Bukit Tangga, Bukit Beruntung, 48300 Rawang, Selangor Darul EHsan.



____________



KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA Saya _________________ (nama) ibu / bapa / penjaga kepada _______________ (nama murid), Tahun _________ membenarkan anak / anak jagaan saya menyertai ________________________________________________ pada ______________. 2. Saya faham bahawa pihak sekolah telahpun memberi segala penerangan dan akan mengambil langkah keselamatan dan pengawasan sepanjang lawatan tersebut diadakan. Lantaran itu, saya mengaku bahawa tidak akan mendakwa mana-mana pihak sekiranya berlaku kecederaan terhadap anak / anak jagaan saya semasa dalam perjalanan dan lawatan tersebut. 3. Saya memberi kebenaran kepada pihak sekolah atau wakilnya untuk memberikan apa-apa pertolongan cemas atau perubatan kepada anak / anak jagaan saya jika didapati perlu. Sekian, terima kasih.



_____________________ (



)



No. KP ………………………….. No. Telefon………………………



10



LAMPIRAN A



STRUKTUR ORGANISASI PROGRAM LAWATAN KE RUMAH WARGA EMAS QI EN



Penaung



: Kementerian Pelajaran Malaysia



Pengarah



: Jabatan Pelajaran Negeri



Penasihat



: En Tang Ah Hai



Penyelaras



: Pn Lai Kok Ling



Fotografi



: Cik Lau Mei



Kecemasan



: Cik Liew Siew Khien



Makanan



: Cik Pau Chai Fong dan En Fedoh



LAMPIRAN B ATURCARA PROGRAM LAWATAN MENJEJAK KASIH WARGA EMAS (21 September 2013 , Sabtu)



Masa



Aktiviti



7.30 pagi



- Berkumpul di sekolah / pendaftaran



8.00 pagi



- Bersedia untuk bertolak ke Rumah Warga Emas Qi En



8.40 pagi



- Tiba di Rumah Warga Emas Qi En



8.50 pagi



- Diberi taklimat ringkas oleh pegawai yang bertugas



9.00 pagi



- Melawat sekitar kawasan rumah warga emas (tempat tidur, tempat makan, tempat berisytirehat)



9.30 pagi



- Aktiviti-aktiviti bersama warga emas



12.00 tengah hari



- Makan tengah hari bersama warga emas



1.00 tengah hari



- Penyampaian sumbangan dan wang saku



1.30 petang



- Bertolak balik ke sekolah



11



LAMPIRAN C



PENDAPATAN 13.1



Peruntukan Unit Kokurikulum



RM 100.00



13.2



Derma Sukarela Daripada Guru



RM 300.00



Jumlah



RM 420.00



PERBELANJAAN 13.3



Bayaran Pengangkutan



RM



13.4



Makanan ( 33 orang )



RM 130.00



13.5



Sumbangan



RM



13.6



Wang Saku Untuk Warga Emas



RM 150.00



Jumlah



60.00



80.00



RM 420.00



12



TUGASAN 2 Moral berasal dari bahasa Latin moralitas yang bererti cara, perwatakan dan tingkah laku yang diterima. Konsep moral membawa pengertian kesedaran tentang ajaran atau pegangan berkenaan dengan baik buruk sesuatu perbuatan, sikap atau cara berkelakuan yang sejajar dengan tatasusila dan peratuaran masyarakat. Oleh itu, konsep moral ini merujuk kepada kawalan tingkah laku yang berlandaskan standard-standard yang dihayati serta diamalkan oleh seseorang individu. Seseorang yang dikatakan memiliki tingkah laku yang



bermoral



jika



tingkah



laku



tersebut



berdasarkan



prinsip-prinsip



atau



peraturanperaturan yang diterima.



Konsep moral merupakan aspek menyeru manusia supaya berbuat baik kepada semua orang. Contohnya apabila kita melihat warga tua berdiri di dalam bas, kita seharusnya bangun dan memberi tempat duduk tersebut kepada warga tua terbabit sebagai lambang bahawa kita merupakan seorang yang mempunyai moral yang tinggi. Selain itu, amalan tidak membuang sampah dan meludah di merata-merata tempat perlu disemai dalam diri murid. Setiap guru mesti mengharapkan anak murid sendiri melakukan yang terbaik untuk dirinya dan orang lain.



Sementara itu, agama dan moral sebenarnya harus diajar kepada kanak-kanak sejak kecil sehinggalah mencapai peringkat “mumaiyis” iaitu berumur tujuh tahun. Dalam lingkungan usia tujuh tahun kanak-kanak sudah mampu untuk membezakan antara perkara membandingkan yang baik dengan perkara buruk, perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Kolhberg (1970) misalnya menjelaskan moral adalah konsep di mana semua manusia perlu berbuat baik sesama manusia. Maksudnya di sini adalah: (a) Menjadi manusia yang baik di mata orang lain. Ini bermakna kita seharusnya menjadi orang yang baik pada pandangan orang lain. (b) Mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh masyarakat.



Pembentukan tingkah laku anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa kerana ibu bapa yang akan menjadikan anaknya Yahudi, Nasrani atau Majusi. Walaupun pepatah ini menekankan peranan ibu bapa dalam pembentukan moral anak-anak namun peranan guru juga penting kerana tempoh pelajar berada di sekolah adalah sebahagian hari. Oleh itu, guru turut dipertanggungjawabkan untuk membimbing akhlak anak murid.



13



Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada anak murid mahupun guru sendiri tentang warga tua yang tidak mempunyai tempat tinggal dan sekaligus memupuk rasa kasih sayang dan hormat kami kepada warga tua. Menyaksikan kehidupan sekumpulan warga tua yang menetap di rumah warga emas ini benar-benar membuka minda tentang bagaimana pentingnya ibu-bapa dalam kehidupan kita. Begitu menyayat hati melihat keadaan para ibu dan ayah yang kesunyian. Mereka kesunyian akan perhatian dan belaian anak-anak, sanak saudara malahan cucu mereka. Ada yang terlantar, ada yang sihat berjalan-jalan terbongkok-bongok, malah ramai yang termenung jauh mengenang nasib hidup. Mengapalah mereka dihantar oleh sanak saudara, bahkan oleh darah daging mereka dan sendirian menghadapi penghujung nyawa? Benar kata pepatah, ibu mampu untuk menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum mampu untuk menjaga seorang ibu. Besar harapan para guru agar anak-anak murid ini kelak tidak akan menjadi salah seorang individu yang akan menghantar ibu bapa mereka ke sini. Semoga anak murid kami akan mencurah bakti dan kasih sayang mereka terhadap ibu bapa masing-masing sehinggalah ibu bapa mereka menutup mata.



Perlakuan yang mempunyai ciri-ciri bertujuan untuk menjaga kebaikan orang lain lebih daripada kepentingan diri sendiri telah diperlihatkan di dalam lawatan kali ini dalam kalangan anak murid mahupun guru sendiri. Perlakuan ini selaras dengan prinsip altruisme yang dikemukankan oleh pemikir-pemikir Pendidikan Moral. Mereka mengatakan bahawa dalam prinsip alturisme ini, apa-apa sahaja yang dilakukan oleh individu akan melibatkan orang lain terutamanya dalam membuat sesuatu pertimbangan. Pertimbangan tersebut akan lebih berperikemanusiaan dan bermoral jika perhubungan itu berdasarkan belas kasihan, simpati, memandang penting dan mengambil berat tentang kebajikan orang lain.



Di samping itu, amalan prinsip altruisme juga bermaksud individu akan menjauhi



daripada kejahatan dan mementingkan diri sendiri. Bak kata pepatah bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Lantarannya, melalui penerapan nilai ini dalam kalangan anak murid dapat mewujudkan suasana masyarakat yang hormani.



Sebenarnya guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan 14



mencabar.



Golongan



guru



hendaklah



memastikan



martabat



perguruan



sentiasa



dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Guru juga berperanan besar membentuk anak murid menjadi insan yang mempunyai nilai-nilai dan jati diri yang tinggi serta bermoral. Guru merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru adalah bersandarkan tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi. Selain itu, mereka berfungsi bukan saja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai–nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama.



Para pendidik juga berperanan menerapkan nilai kerjasama dan toleransi di kalangan anak murid. Jika dilihat, kita telah diikat oleh satu peraturan supaya hidup berjiran dan bersahabat dengan mereka. Hak jiran tidak boleh dikurangi dan tidak boleh dilanggari. Dengan ini, terciptalah satu masyarakat yang berbilang kaum dan kepercayaan demi mewujudkan kebahagiaan bersama dalam satu masyarakat dan satu negara. Sikap toleransi yang diterapkan oleh guru dapat membentuk hubungan yang baik dalam masyarakat yang mampu melahirkan integrasi nasional. Prinsip utama seorang guru yang cemerlang adalah ia mesti faham bahawa tugas 'mengajar dan mendidik serta meneladani adalah pekerjaan yang sangat mulia. Guru yang mengajar anak bangsanya perlu menganggap profesion ini sebagai satu jihad yakni menentang, membasmi dan mencegah kejahilan, kelemahan, kealpaan, kemunduran dan kehinaan akibat tidak berilmu pengetahuan dan menjadikannya sebagai suatu ibadah. Oleh itu seseorang guru itu akan memainkan peranan mengikut keadaan dan situasi secara penuh tanggungjawab, jujur dan ikhlas. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru berperanan untuk mengembangkan potensi insan yang berakhlak mulia, seimbang dari segi intelektual, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Guru mengajarkan adab dan budi pekerti. Dalam hal ini, guru haruslah memastikan yang adab dan budi pekertinya adalah di tahap yang cemerlang. Ini adalah kerana guru merupakan model kepada murid-murid dan masyarakat sekelilingnya. Guru tidak seharusnya umpama ketam mengajar anaknya berjalan betul. Di samping itu, guru bukan sahaja perlu mengajar nilai-nilai murni tetapi mesti mengamalkan nilai-nilai murni tersebut. Antara nilai murni yang perlu ada pada seorang 15



guru adalah sifat daya tahan dan tidak mudah menyerah kalah. Sifat yang demikian akan menjadikan guru lebih bermotivasi, kreatif dan inovatif. Guru seperti ini sentiasa berfikiran “Jika tidak boleh melalui satu pintu, saya akan keluar mengikut pintu lain atau saya buat pintu lain. Sesuatu yang saya mahu akan jadi , sama ada dalam gelap atau dalam terang”. Sikap inilah yang boleh menjadikan martabat guru dijulang tinggi dan terus berusaha tanpa mengira jemu dan putus asa terutama dalam mendidik generasi akan datang.



Sementara itu, adalah menjadi tanggungjawab bersama antara komuniti guru dan anggota masyarakat dalam membentuk pelajar supaya mempunyai jati diri dan kaya dengan nilai-nilai moral sejajar dengan Falsafah Pendidikan Malaysia iaitu ’Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,



berakhlak



mulia,



bertanggungjawab



dan



berkeupayaan



mencapai



kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara’. Rakyat Malaysia memang terkenal dengan amalan budaya ketimuran seperti berbudi bahasa dan bersopan santun. Melalui subjek Pendidikan Moral, nilai-nilai ketimuran dapat dipupuk kepada setiap anak murid awal-awal lagi. Ini juga amat berkait rapat dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan “Budi Bahasa Budaya Kita” yang boleh direalisasikan melalui amalan nilai murni yang terkandung di dalam Pendidikan Moral. Untuk itu, peranan Guru Pendidikan Moral adalah amat penting dalam melahirkan insan yang bermoral dan berakhlak mulia.



Menurut modul Pendidikan Moral Tahun 4 telah menyatakan insan bermoral merupakan individu yang melakukan kebaikan. Insan bermoral merujuk kepada individu yang mempunyai tingkah laku baik yang diterima oleh sesebuah masyarakat. Perlakuan seseorang individu itu biasanya menggambarkan bentuk atau sifat pemikirannya terhadap perlakuan tersebut. Insan yang bermoral adalah individu yang mempunyai niat yang baik dan dijelmakan dengan perbuatan yang baik. Secara keseluruhannya insan yang bermoral tidak akan melakukan perbuatan yang tidak bermoral walaupun niatnya baik. Ini kerana



16



perbuatan yang tidak bermoral itu bertentangan dengan nilai norma dan peraturan dalam sesebuah masyarakat.



Di samping itu, insan bermoral juga adalah lahir daripada amalan nilai murni berasaskan kepada dimensi dan pegangan prinsip moralnya. Kekuatan untuk mengamal dan mempertahankan prinsip moral yang selari dengan peraturan masyarakat menjadi faktor utama dalam melahirkan insan bermoral. Melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni yang diperoleh dalam pendidikan moral, sama ada secara formal atau tidak, akan dapat mewujudkan satu masyarakat yang bermoral tinggi. Amalan nilai murni suatu masyarakat itu bermula dari diri individu itu sendiri. Dengan perkataan lain, penaakulan moral bagi seseorang individu itu adalah berdasarkan kepada pemikiran yang bebas dan rasional yang mana penekanan utamanya ialah memahami tentang nilai-nilai moral dan bertindak atau menunjukkan tingkah laku yang berasaskan nilai-nilai murni yang diterima dalam sesebuah masyarakat. Contohnya dengan memahami nilai-nilai seperti menghormati ibu bapa, kasih sayang, mengenang jasa, baik hati dan semangat bermasyarakat, maka pihak sekolah dan guru menggalakkan anak-anak murid menyertai aktiviti kesukarelaan di pusat jagaan warga emas, membudayakan penglibatan warga emas dalam aktiviti sekolah dan sebagainya. Melalui aktiviti sebegini, nilai-nilai moral dapat dipupuk dan diperlihatkan pada diri anak murid.



Nilai Yang Boleh Diterapkan Dalam Lawatan Ke Rumah Warga Emas Nilai-nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang supaya segala tindakan mereka tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam masyarakat. Nilai-nilai murni ini dapat melahirkan insan yang unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional negara. Sejajar dengan itu, subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam telah diajar di sekolah-sekolah untuk membentuk generasi muda yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Selain itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk memastikan wujudnya nilai-nilai murni dalam diri anak-anak mereka.



Nilai-nilai murni penting dalam kehidupan untuk melahirkan insan yang berakhlak mulia. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan agama kita. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kini, bilangan pelajar di negara kita sejumlah 5 juta 17



orang, jika tidak diterapkan dengan nilai-nilai murni sejak di bangku sekolah maka mereka akan menjadi generasi yang akan merugikan negara pada masa kelak. Hal ini kerana, nilainilai murni akan mencerminkan suasana kehidupan yang harmoni di Malaysia.



Selain itu, perlu adanya nilai-nilai murni dalam kehidupan adalah untuk membentuk masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Kepatuhan kepada agama dapat membentuk insan mulia yang sentiasa patuh kepada Tuhan dan setia kepada negara. Di peringkat sekolah, didikan moral yang positif dan nilai murni yang diterapkan oleh guru, akan dapat mengelakkan diri pelajar daripada terjebak dalam pelbagai pengaruh negatif luar yang tidak memberikan apa-apa faedah dan manfaat. Bekas Perdana Menteri, Tun Sri Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan subjek Pendidikan Moral di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah adalah bertujuan memupuk nilai-nilai murni remaja sejak di bangku



sekolah.



Hal



ini



demikian



kerana



negara



memerlukan



generasi



yang



berpengetahuan, berwibawa dan berwawasan, berdisiplin, hemah tinggi, dedikasi, berfikiran luas serta positif.



Guru-guru dan keadaan sekolah yang kondusif boleh membantu para pelajar untuk mewujudkan nilai murni dalam diri mereka. Kewujudan nilai-nilai murni ini dapat melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga bidang kokurikulum. Sebagai contohnya, guru-guru yang menunjukkan sikap positif boleh menjadi role model kepada para pelajar. Tambahan pula, keadaan sekolah yang kondusif dan lengkap dengan kemudahan pembelajaran dapat memudahkan para pelajar belajar dan seterusnya dapat memupuk sikap posif dalam diri mereka. Begitulah caranya sekolah dapat membantu para pelajarnya menjadi seorang yang memiliki nila-nilai murni dalam diri mereka. A) Menghormati dan Mengenang Budi Ibu Bapa dan Orang Tua Amalan ini merupakan tanda menghargai golongan tua terutama sekali kedua ibu bapa kita yang banyak berjasa dan berkorban demi mewujudkan keadaan hidup yang bahagia dan selesa untuk seisi keluarga. Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak kita dalam kandungan lagi itu begitu besar dan tidak ternilai harganya. Kedua ibu bapa mencari nafkah, mengasuh dan mendidik kita sejak kecil sehingga dewasa. Mereka sanggup mengorbankan kepentingan diri dan mengharungi pelbagai cabaran demi masa depan anak-anak dan keluarga. Malah dalam keadaan tertentu, seorang ibu boleh menjaga dan mengasuh ramai anak. Tetapi mengapa sejak akhir18



akhir ini ramai anak sukar atau keberatan menjaga seorang ibu atau bapa yang sudah berusia?



Lebih menyedihkan adalah perkembangan terkini menunjukkan bahawa sikap mengabaikan tanggungjawab terhadap orang tua termasuk ibu bapa semakin banyak berlaku dalam masyarakat. Ramai golongan tua yang terbiar dan tak kurang pula yang dihantar ke rumah-rumah kebajikan. Malah terdapat anak yang sanggup mendera dan mencederakan orang tuanya disebabkan wang atau harta.



Demi mengelakkan perkara ini berleluasa, maka berharaplah melalui lawatan kali ini membolehkan anak murid mahupun para guru sendiri sentiasa mengingati bahawa sebagai anak, kita perlu sedari mulai saat ini bahawa menghormati, mentaati dan berbuat baik kepada orang tua terutama sekali kedua ibu bapa kita adalah amalan yang wajib dan mulia yang harus berterusan. Menghormati dan berbuat baik kepada mereka bukan setakat memberi wang ringgit semata-mata. Apa yang lebih utama dan sewajarnya diberikan tumpuan ialah hubungan kasih sayang dan silaturahim yang erat melalui penjagaan serta pemeliharaan yang sempurna dalam apa jua keadaan dan suasananya. Ini perlu diambil berat memandangkan tempat terbaik bagi warga emas atau



ibu



bapa



yang



telah



tua



adalah



bersama keluarganya



iaitu



anak-



anaknya. Tambahan pula, anak-anak merupakan sumber penenang jiwa, kasih sayang di samping merupakan orang yang terdekat dan sepatutnya membantu mereka dalam keadaan-keadaan tertentu.



Di samping itu, anak harus sentiasa menghargai jasa ibu bapa mereka. Nilai kesyukuran perlu ada pada setiap insan. Kata orang yang bijak pandai, “orang yang bersyukur ialah manusia yang bahagia kerana dapat menikmati segala kurniaanNya.” Rentetan daripada itu, setiap anak perlu menghargai segala nikmat yang diperoleh. Mereka perlu mengenang jasa ibu bapa seperti peribahasa, “hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati”. Untuk berterima kasih kepada ibu bapa yang mengasuh, membimbing dan mendidik kita, sebagai anak, kita harus taat dan hormat kepada mereka. Ketika hari jadi ibu bapa, anak boleh membuat kad hari jadi kepada mereka. Anak boleh membeli hadiah kepada ibu bapa dengan wang saku. Kad yang berharga satu dua ringgit itu membawa makna yang tidak ternilai kepada penerima kerana anak itu sedar akan kesusahan dan pengorbanan ibu bapa mereka. Ketika Hari 19



Bapa atau Hari Ibu, adik-beradik boleh menyediakan hidangan yang disukai oleh ibu bapa untuk mengambil hati mereka dan berusaha membahagiakan mereka.



B) Keikhlasan Dalam Melakukan Kerja Amal Kerja amal yang dilakukan oleh anak-anak murid dan para guru pada kali ini merupakan tindakan yang ikhlas. Ia dilakukan secara sukarela kerana mengambil berat terhadap kebajikan warga tua di situ. Ia turut berasaskan agama dan kepercayaan untuk melakukan sesuatu yang baik dengan membantu dari segi tenaga, kewangan dan kebendaan. Kerja amal merupakan suatu bentuk sokongan



sosial yang amat



diperlukan dan dihargai oleh semua lapisan masyarakat pada bila-bila masa. Kami rasa lebih seronok apabila dapat melakukan kerja seperti ini, apatah lagi melihat mereka yang memerlukan juga gembira dengan kehadiran kami.



Kita tidak sepatutnya membiarkan ego kita atau sikap mementingkan diri sendiri menghalang dari memberi bantuan kepada orang yang memerlukan. Jika hari ini kita kedekut untuk memberi pertolongan, mungkin esok ketika kita betul-betul memerlukan bantuan, tiada siapa yang sudi membantu kita. Sekiranya hari ini kita dengan ikhlas menghulurkan bantuan, mungkin esok ramai yang akan menghulurkan tangan ketika kita susah. Jadilah seorang yang prihatin terhadap situasi sekeliling. Jangan jadi seperti enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing. Sekiranya kita menyedari bahawa ada teman atau orang yang dalam kesusahan, biarlah kita terlebih dahulu yang menawarkan bantuan. Ada orang yang malu untuk meminta bantuan dan mungkin juga mereka tidak suka menyusahkan orang lain. Sekiranya kita sendiri yang menawarkan diri untuk menolong, sudah tentu mereka akan berbesar hati. Berharaplah kita dapat membantu orang yang memerlukan pertolongan kita dengan hati yang ikhlas.



C) Bekerjasama Semangat kerjasama merupakan salah satu elemen penting dan vital yang membantu melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan semangat cinta akan negara . Dengan itu, peranan sekolah amat penting dalam memupuk semangat kerjasama kepada murid-murid di sekolah. Misalnya, melalui pengajaran dan pembelajaran para guru boleh membimbing murid-murid tentang kepentingan semangat bekerjasama. Keadaan ini dapat dilihat melalui lawatan kami ke rumah warga tua ini baru-baru ini. Semangat bekerjasama ini telah diterapkan dalam kalangan anak-anak 20



murid dan para guru semasa membersihkan sekitar rumah orang tua bersama-sama. Di samping itu, pelbagai aktiviti seperti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah, mengemas dan menceriakan bilik darjah, menghias sekolah dengan jalur gemilang sempena



sambutan



Bulan



Kemerdekaan



dan



sebagainya



juga



dapat



diimplimentasikan. Hal ini jelas menunjukkan keharmonian kehidupan rakyat Malaysia melalui semangat bekerjasama yang diterapkan di peringkat sekolah ibarat melentur buluh biarlah dari rebungnya membolehkan keharmonian masyarakat terbentuk.



Lantarannya, semangat bekerjasama bukan sahaja penting dalam mengekalkan suasana harmoni dalam kalangan rakyat di negara kita malah sumbangannya cukup besar terutamanya bagi memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya saing pada masa akan datang kerana rakyatnya yang bersahsiah terpuji bagi melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang dapat memacu negara tercinta ke arah kegemilangan di puncak jagat.



D) Bertanggungjawab dan Prihatin Terhadap Warga Tua Salah satu peranan yang prioriti anak untuk menjamin kebahagiaan keluarga adalah bersahsiah mulia dan berbudi bahasa. Hal ini demikian kerana tingkah laku anak yang sopan dapat melegakan ibu bapa yang menghadapi pelbagai persaingan dalam kerjaya mereka. Sehubungan dengan itu, setiap anak perlu sentiasa bertutur dengan lemah lembut dan berhemah tinggi untuk melayani ibu bapa mereka. Kita tidak patut bertengkar dengan adik-beradik sehingga merisaukan orang tua kita. Sebagai jantung hati ibu bapa, anak hendaklah bersalam kepada orang tua dan mesti meminta kebenaran daripada mereka sebelum membuat sesuatu keputusan. Kata-kata hikmat harus sentiasa tertanam dalam bibir anak, seperti “ terima kasih”, “maafkan saya”, “bolehkah saya”, “tolong” dan lain-lain lagi. Segala penat lelah ibu bapa akan reda ketika menghadapi anak mereka yang berperangai murni. Tegasnya, tingkah laku anak yang berjati diri dan berbudi bahasa dapat meningkatkan keharmonian dalam rumah. Maka, lawatan kami kali ini sedikit sebanyak telah memberi iktibar kepada anak-anak murid dan para guru supaya bersopan santun dan prihatin terhadap ibu bapa yang kita sayangi.



Selain itu, anak perlu mendukung tanggungjawab untuk meringankan beban ibu bapa dengan melakukan kerja rumah tangga. Pada alaf baru yang sentiasa 21



berkompetitif, kebanyakan ibu telah bekerja di luar di samping memainkan peranan sebagai suri rumah tangga. Senario ini menyebabkan mereka sentiasa menghadapi lambakan kerja yang tidak pernah habis. Sebagai anak yang bertimbang rasa, kita juga patut melakukan kerja-kerja rumah tangga untuk meringankan beban ibu yang disayangi. Sebagai contoh, semasa melawat ke rumah warga tua ini, anak-anak murid telah mempelajari melakukan kerja-kerja seperti menyapu rantai, mengelap tingkap, mencuci longgang, membersihkan halaman rumah dan sebagainya. Semangat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing harus diamalkan antara ahli keluarga. Dengan demikian, anak yang sanggup melakukan kerja-kerja rumah tangga dapat meningkatkan kualiti kesejahteraan keluarga.



Seterusnya, anak yang bertanggungjawab dan prihatin hendaklah berdisiplin dan menjauhi kegiatan yang negatif. Sejak kebelakangan ini, ibu bapa sentiasa gelisah dan risau akan anak mereka yang terlibat dalam pelbagai kemelut sosial seperti vandalisme, melepak, merokok bahkan menagih dadah. Demi menjauhi kemelut sosial ini, ibu bapa atau pihak sekolah boleh menggalakkan anak murid melakukan sesuatu yang boleh membawa kebaikan kepada masyarakat misalnya dengan cara melawat ke rumah orang tua dan rumah anak yatim piatu. Aktiviti ini dapat memupuk nilai kerjasama, prihatin, sayang akan warga tua dan sebagainya. Paling penting ialah aktiviti sebegini membolehkan anak murid dapat menggunakan masa dengan baik dan tidak terlibat dalam kemelut sosial yang lain. Seandainya anak dapat mengamalkan prinsip yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan, mereka pasti dapat melepaskan diri daripada kepompong sindrom sosial. Lantarannya, perselisihan dalam keluarga pasti dapat diminimumkan.



Secara



kesimpulan,



anak



memainkan



peranan



yang



penting



untuk



membahagiakan keluarga mereka. Anak yang bersopan, bertanggungjawab, berdisiplin, rajin dan menghargai jasa ibu bapa dapat membahagiakan ahli keluarganya. Walau bagaimanapun, setiap anggot keluarga perlu bermuafakat seperti peribasasa, “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat” untuk mewujudkan institusi kekeluargaan yang utuh dan sejahtera. Atas persefahaman dan kerjasama setiap anggota keluarga, progaram “Rumahku, Syurgaku” dan “Semakin Hari Semakin Sayang” baru dapat direalisasikan. Maka, berharaplah aktiviti melawat ke warga emas dapat membuka minda anak-anak supaya melaksanakan tanggungjawab sebagai 22



seorang anak yang menghormati, sayang, bersopan, prihatin terhadap kedua ibu bapa dan warga tua yang telah banyak berkorban atau berjasa kepada kita.



E) Memupuk Semangat Kesukarelaan Menurut Kamus Dewan, sukarela bermakna dengan kehendak sendiri, tidak dipaksapaksa, tidak dikerah dan dengan rela hati. Manakala kesukarelaan membawa makna sikap sukarela. Jadi, kesukarelaan dapat dimaksudkan sebagai melakukan sesuatu dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa atau dikerah, dengan niat yang ikhlas dan tidak mengharapkan apa-apa pulangan kepada diri sendiri. Dalam masyarakat tradisional, kesukarelaan antara lain dicerminkan konsep gotongroyong, dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat penyayang dan prihatin, seperti dalam kenduri-kendara, turun ke sawah, menguruskan sakit pening dan kematian, memindahkan



rumah



dan



sebagainya.



Namun



demikian,



kesukarelaan



telah



mengalami pengembangannya yang tersendiri. Kini, ia menyerlah dalam pelbagai bentuk. Daripada kerja-kerja sukarela secara sendirian kepada secara kumpulan. Daripada organisasi tidak formal kepada organisasi formal. Daripada peringkat kampung hingga peringkat kebangsaan. Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, aktiviti sukarelawan membolehkan rakyat di negara ini mempromosikan sikap bertanggungjawab, berdisiplin, bekerjasama, cintakan negara, prihatin kepada persekitaran, kerja secara gotong-royong, kesederhanaan, bersopan-santun dan berbudi bahasa serta rendah hati. Jadi, berharaplah melalui lawatan ini dapat memupuk semangat sukarelaan dalam kalangan anak murid dan para guru dan seterusnya dapat meneruskan semangat ini dalam apa jua keadaan yang memerlukan. F) Kasih Sayang Sebagai anak, kita haruslah mentaati ibu bapa dan menunjukkan kasih sayang kita kepada mereka. Pada pandangan saya, cara yang paling penting untuk kita mentaati ibu bapa ialah mencurahkan kasih sayang kita kepada ibu bapa sebagaimana mereka pernah menumpahkan kasih sayang dan menatang kita bagai minyak yang penuh. Sebagai contoh, kita bolehlah berbual-bual dengan ibu bapa, menghiburkan hati mereka dan membawa mereka melancong ke luar negara. Walaupun sesetengah anak sibuk dengan pekerjaan, tetapi sewajarnya mereka meluangkan masa untuk menemani ibu 23



bapa. Dengan berbuat demikian, kedua-dua ibu bapa akan berasa gembira dan tidak berasa diabaikan oleh anak-anak. Keadaan ini boleh dilihat semasa kami melawat ke Rumah Warga Emas Qi En. Warga tua di sana berasa begitu gembira atas kedatangan kami. Mereka begitu berharap agar kami merupakan anak mereka sendiri.



Mereka



begitu berharap supaya mereka dapat berbual-bual dengan kami. Selain itu, seseorang anak juga perlu sentiasa mentaati dan mendengar kata dan arahan ibu bapa. Hal ini kerana setiap kata-kata ataupun leteran ibu bapa kepada anak adalah untuk kebaikan. Sebagai insan yang lebih banyak makan garam, pastinya mereka telah mengharungi pelbagai cabaran yang belum kita tempohi. Perasaan orang tua sememangnya amat sensitif. Mereka perlu dibelai dan sentiasa diberi perhatian. Cuba untuk menunaikan setiap permintaan mereka tentu sekali dapat menggembirakan hati dan menyenangkan perasaan mereka.



Kesimpulan Daripada 26 juta rakyat Malaysia, tujuh peratus atau 1.75 juta adalah warga tua atau warga emas. Mereka yang berumur 60 tahun ke atas dikategorikan sebagai warga emas. Mengikut definisi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), warga emas adalah di kalangan mereka berusia 65 tahun ke atas. Warga emas menjadi sebahagian aset penting negara dan kehadiran mereka wajar dimanfaatkan. Kelebihan yang ada pada mereka ialah mampu memberi sumbangan kepada agama dan negara, terutama membabitkan aspek pembangunan diri, keluarga dan masyarakat. Di samping itu, pengalaman dan kepakaran dimiliki oleh warga emas tidak ada nilainya walaupun kemungkinan dari segi teorinya. Justeru, generasi muda jangan bersifat bongkak dan sombong apabila berdepan warga emas.



Hormatilah warga tua sekarang kalau kita minta dihormati apabila kita menjadi tua nanti. Hidup di dunia ini bagai satu roda yang berpusing kerana yang muda tidak akan muda selama-lamanya. Oleh itu, golongan muda jangan alpa ketika meniti kehidupan pada usia puncak yang menyeronokkan. Di tambah pula, warga emas dianggap aset penting negara dan hakikat ini tidak boleh ditolak, sebaliknya perlu dimanfaatkan. Walaupun sudah semakin berusia, sumbangan bagi pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara menerusi pengalaman, kepakaran serta kemampuan boleh terus dihulurkan. Ini adalah kerana golongan ini memang kaya dengan pelbagai pengalaman yang diperoleh dan dipupuk



melalui



pendidikan



awal,



hidup



berkeluarga,



berkerjaya



dan



bersosial. 24



Sememangnya perhatian terhadap warga emas adalah satu kewajipan yang tidak boleh diabaikan, yang akan menjadikan kita sebagai orang yang mengenang budi; yang akan menjadikan harapan sepanjang zaman. Tanpa mereka, hidup kita mungkin menjadi sia-sia kerana restu dan reda mereka akan menjadi sebahagian keberkatan dan kerahmatan Tuhan terhadap kita. Maka, dengan apa daya sekalipun kita hendaklah berusaha untuk menjaga hati mereka di samping memberi bantuan moral dan kewangan. Hendaknya kita melakukan yang terbaik untuk mereka ketika mereka melalui sisa-sisa hidup yang sedikit berbaki itu. Biarlah kasih sayang yang dicurahkan kepada warga tua dirasai mereka dengan sempurna. Jangan sesekali mengabaikan dan mensia-siakan mereka.



25



TUGASAN 3 Konsep Sosialisasi Menurut Kamus Dewan, Sosial boleh didefinisikan sebagai kegiatan manusia dalam masyarakat melalui pengalaman dan aktiviti. Sosiologi pula didefinisikan sebagai ilmu kemasyarakatan iaitu ilmu mengenai sifat dan pertumbuhan masyarakat. Ia merujuk kepada suatu bidang ilmu pengetahuan moden yang menghubungkan sosiologi dengan ”masyarakat”. Selain itu, sosialisasi juga boleh ditakrifkan sebagai satu proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial. Di samping itu Ia juga merupakan proses pembelajaran yang berterusan sepanjang hayat. Konsep sosialisasi mengkehendaki seseorang individu mempelajari dan menerima nilai, sikap, kemahiran dan peranan yang dapat membentuk personalitinya dan menyatukannya ke dalam kelompok masyarakat. Dengan erti kata lain, sosialisasi adalah sebuah proses seumur hidup yang berkenaan dengan bagaimana individu mempelajari cara-cara hidup, norma, dan nilai sosial yang terdapat dalam kelompoknya agar dapat berkembang menjadi peribadi yang dapat diterima oleh kelompoknya. Menurut Charlotte Buhler misalnya sosialisasi adalah proses individu-individu yang belajar dan menyesuaikan diri. Peter Berger pula menyatakan bahawa sosialisasi adalah suatu proses di mana seseorang anak belajar menjadi seseorang anggota yang



mengambil bahagian dalam masyarakat.



Manakala Bruce J. Cohen pula menyimpulkan sosialisasi adalah proses manusia mempelajari tata cara kehidupan dalam masyarakat.



Sosialisasi dapat dibahagikan kepada dua iaitu sosialisasi primer dan sosialisasi sekunder;  Sosialisasi primer berlaku pada zaman awal kanak-kanak yang baru cuba mempelajari konsep kendiri, personaliti, kemahiran, motor, penaakulan dan kemahiran bahasa. Di peringkat ini, ibu bapa dan ahli keluarga perlu membentuk sahsiah yang betul kerana pada usia ini, anak-anak mudah menerima dan mempelajari. Nilai-nilai positif ini yang menentukan tingkahlakunya kelak dalam membuat pertimbangan. Sebagai contoh, sejak Ahmad kecil, ibunya selalu mengajarkan bagaimana bersikap sopan santun kepada orang yang lebih tua dan juga selalu mengajarkan dia menggunakan tangan kanan saat makan dan menerima pemberian dari orang lain.  Sosialisasi sekunder pula berlaku di luar keluarga. Budaya dipindahkan kepada individu oleh agen-agen seperti rakan sebaya, sekolah, media massa dan juga



26



persatuan. Apabila seseorang berhadapan dengan sesuatu yang baharu di suasana yang baharu, dia perlu menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut. Individu tersebut perlu memilih peranan yang bersesuaian dengan dirinya. Individu haruslah dapat membuat pertimbangan yang sesuai dengan suasana baharunya.  Sosialisasi represif merupakan suatu bentuk sosialisasi yang bakal membawa kepada hukuman dan pemberian sesuatu ganjaran. Dalam sosialisasi ini, seseorang yang dapat menuruti kemahuan dari orang lain akan mendapatkan ganjaran yang berbentuk kebendaan mahupun bukan kebendaan. Sebaliknya, jika seseorang tersebut tidak dapat menuruti kemahuan dari orang lain maka dia akan mendapatkan sesuatu hukuman. Sebagai contoh, ibu ingin anaknya dapat hidup berdisiplin dan taat kepada aturan-aturan yang telah ditetapkannya. Jika anak tersebut melanggar aturannya, ibu akan memarahi bahkan memukul anaknya setiap kali tidak taat dan berdisiplin.



Tujuan Sosialisasi  Membentuk pola perilaku dan keperibadian individu berdasarkan nilai dan norma sesuatu masyarakat.  Mewariskan nilai dan norma kepada generasi baharu.  Membantu individu untuk mengenal lingkungan sekitar (adaptasi)  Memberikan pengetahuan yang berhubungan dengan nilai dan norma yang harus dipelajari, diinteralisasi serta dilakukan oleh individu.  Menjaga hubungan sosial yang ditunjukkan dengan adanya integrasi dalam masyarakat. 



Mencegah terjadinya perilaku menyimpang yang akan dilakukan oleh seseorang atau sebagai dasar pengendalian sosial.



Sekolah Sebagai Agen Sosialisasi Dalam Pembentukan Moral Dan Akhlak Murid Sekolah atau dengan erti kata lain ialah tempat untuk mendapat pendidikan secara formal. Pendidikan sekolah adalah bertujuan supaya anak-anak mempelajari sesuatu yang baharu yang belum dipelajari dalam keluarga mahupun kelompok bermain seperti kemampuan membaca, menulis dan menghitung. Pendidikan dianggap sebagai proses membentuk seorang manusia yang sanggup berfikir kritis dan mempunyai daya kreatif. Sekolah juga ialah tempat untuk mendapat latihan untuk memberi kemahiran teknikal dan kegiatan psikomotor. Oleh itu, peranan sekolah ialah untuk memberi peluang kepada manusia, khasnya generasi muda, untuk menguasai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan 27



kemahiran yang difikirkan sesuai untuk menyesuaikan diri dalam perkembangan masyarakat dan kehidupan harian.



Maka fungsi sekolah sebagai medium sosialisasi antara lain adalah untuk mengenali dan mengembangkan karakteristik diri (bakat, minat dan kemampuan), melestarikan kebudayaan, merangsang peranan demokrasi melalui pengajaran keterampilan berbicara dan pengembangan kemampuan berfikir kritis, kreatif, rasional dan objektif dan untuk mengembangkan kemampuan menyesuaikan diri anak-anak.



Selain itu, di sekolah, guru bertanggungjawab mensosialisasikan muridnya. Guru merupakan role model kepada murid-muridnya. Selain memberi pendidikan formal seperi belajar membaca, menulis dan mengira, guru juga bertanggungjawab dalam membentuk peribadi muridnya supaya menjadi insan yang sempurna dan terbaik. Guru perlu menjaga tutur kata dan perilaku semasa berada dalam lingkungan muridnya supaya perilakunya boleh diambil sebagi contoh yang terbaik. Ini adalah kerana pendidikan mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku murid-murid mengikut nilai, norma dan kehendak masyarakat. Justeru itu, pendidikan memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan kebudayaan yang dianggap baik dalam masyarakat sosial. Misalnya, perkara-perkara yang berkaitan dengan moral seperti budi bahasa, sopan santun dan sifat hormat-menghormati biasanya dipelajari di sekolah. Selain daripada mendidik berkaitan dengan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian, guru juga seharusnya menerapkan norma dan nilai sosial yang baik kepada muridnya. Nilai yang diterapkan diharapkan



dapat



membantu



muridnya



bersosialisasi



dengan



lebih



baik



dalam



masyarakatnya. Guru juga diibaratkan sebagai seorang ayah dan ibu di sekolah, justeru guru yang cemerlang adalah guru yang mampu memberikan mutiara ilmu dan menjadi contoh teladan yang baik untuk murid-muridnya serta mampu untuk membimbing muridnya ke jalan yang direstui oleh norma masyarakat.



Sehubungan dengan itu, pendidikan di sekolah bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata, tetapi juga menanam sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna dan memetuhi peraturan masyarakat. Oleh itu, guru di sekolah perlu memainkan peranan sebagai agen sosialisasi dengan membawa perkembangan kualiti sosial murid mengikut arus perkembangan masa kini.



28



Kesimpulannya, sekolah sememangnya antara agen sosialisasi. Kewujudannya pada hakikatnya memberikan faedah yang cukup banyak kepada masyarakat sekitarnya. Perlu difahami, sekolah bukan hanya tempat menuntut ilmu, bahkan adalah satu institusi yang mampu membentuk insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dam berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan keluarga serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara seperti apa yang tercakup dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) negara kita.



Kurikulum Standard Pendidikan Moral Tahun 2 Di Sekolah Jenis Kebangsaan Era baru dalam pembentukan sahsiah golongan ini terpapar di hadapan mata kita. Era baru sahsiah golongan pelajar dan remaja kita yang dulunya pasif, malangnya bukan berubah atau bertukar menjadi manusia yang aktif malah memaparkan model kerosakan dan keruntuhan moral yang semakin menjadi-jadi sehingga mengancam masa depan Negara. Di manakah silapnya? Salahkah para guru mengasuh dan mendidik benih-benih muda ini? Atau adakah Dasar Pendidikan Negara tidak berkesan? Mungkinkah unsur-unsur luaran amat berpengaruh dan berkesan sehingga dapat mengubah hala tuju dan pendirian serta sikap para pelajar atau remaja kita? Segala-galanya berkemungkinan menjadi punca dan menjadi sebab akibat menularnya kepincangan moral yang berleluasa dan akan berterusan jika tidak dibendung secepat mungkin.



Sistem pendidikan negara kita masih menekankan pendidkan moral, nilai dan aqidah melalui Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral dan penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran. Untuk menjayakan pendidikan moral dan nilai dalam sistem pendidikan negara kita, setiap orang harus berusaha ke arah memperbaiki kerosakan dan keruntuhan akhlak yang menjadi-jadi, di samping terus menerapkan nilai-nilai akhlak yang baik selaras dengan tuntutan agama. Kesedaran terhadap pentingnya pengukuhan akhlak dan moral masyarakat telah diberi perhatian yang serius oleh kerajaan.



Dengan ini, Kurikulum Standard Pendidikan Moral di sekolah rendah misalannya ialah satu program mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral dan berakhlak mulia dengan menekankan aspek perkembangan penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral. Ia memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan 29



kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni universal yang terdapat dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu, murid dapat satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Ini membolehkan mereka menjadi individu yang berintegriti moral dan sosial terhadap segala keputusan dan tindakan yang dilakukan.



Antara prinsip utama yang telah dikenal pasti sebagai panduan dalam melahirkan insan yang menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial dalam Kurikulum Standard



Pendidikan Moral adalah seperti berikut; 



Bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain;







Berpegang teguh pada ajaran agama;







Prihatin kepada alam sekitar;







Mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup;







Bersemangat patriotik;







Menghormati hak asasi manusia; dan







Mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan



Di samping itu, Pendidikan Moral sekolah rendah turut memberi peluang kepada murid menguasai kemahiran tertentu seperti kemahiran generik, berfikir secara kritis dan kreatif, penyelesaian konflik, inovasi dan kreativiti dan kemahiran sosial. Penguasaan kemahirankemahiran ini akan menyediakan murid menghadapi dunia teknologi maklumat dan komunikasi. Ini membolehkan murid dan cabaran alaf baru dengan penuh keyakinan dan bertanggungjawab sosial dan moral. Penguasaan kemahiran ini juga akan membantu pembinaan daya tahan dan kebolehan menghadapi cabaran dan tekanan hidup dalam kalangan murid.



Kurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah Rendah digubal mengikut tema dan mengandungi enam (6) tema yang menjadi wahana untuk menyampaikan nilai-nilai universal. Penggubalan tema ini mengambil kira struktur hubungan murid dengan persekitarannya. Rajah di bawah merupakan tema-tema yang digubal mengikut tahun;



30



Tahun 1



• Diri Saya



Tahun 2



• Saya dan Keluarga



Tahun 3



• Saya dan Sekolah



Tahun 4



• Saya dan Jiran



Tahun 5



• Saya dan Masyarakat



Tahun 6



• Saya dan Negara



Bagi membolehkan nilai-nilai universal dipupuk secara berterusan dalam diri murid, nilai yang sama diajar setiap tahun iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Walaupun nilai itu diulang, tema dan standard kandungan adalah berbeza selaras dengan tahap perkembangan dan kematangan murid. Nilai-nilai universal Kurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah Rendah Tahun Dua adalah seperti jadual berikut;



Nilai-nilai



Kandungan Kurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah Rendah Tahun Dua



Kepercayaan



Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi



kepada Tuhan



segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara. 



Baik hati



Mematuhi amalan beribadat dalam keluarga



Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas. 



Memberi bantuan kepada keluarga kembangan



Bertanggungjawab Kesanggupan



untuk



memikul



dan



melaksanakan



tugas



serta



kewajipan dengan sempurna.  Berterima kasih



Melaksanakan tanggungjawab dalam keluarga



Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian. 



Hemah tinggi



Mengamalkan budaya berterima kasih dalam keluarga



Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian 



Mengamalkan budi pekerti mulia sesama ahli keluarga 31



Hormat



Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan. 



Kasih sayang



Menghormati ahli keluarga



Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. 



Keadilan



Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah. 



Keberanian



Mempertahankan maruah keluarga



Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan. 



Kerajinan



Menunjukkan sikap adil dalam keluarga



Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah. 



Kejujuran



Menyayangi ahli keluarga



Mengamalkan sikap jujur dalam keluarga



Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan bersemangat dalam melakukan sesuatu perkara. 



Kerjasama



Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama. 



Kesederhanaan



Mengamalkan sikap rajin dalam keluarga



Melaksanakan tugas bersama-sama keluarga untu kebaikan bersama



Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain. 



Toleransi



Mengamalkan sikap sederhana dalam keluarga



Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup. 



Mengamalkan sikap toleransi sesama ahli keluarga



32



Penambahbaikan Buku Teks Pendidikan Moral Tahun Dua Dalam Meningkatkan Sosialisasi Sesama Kaum dan Antara Kaum A) Memupuk Semangat Sukarelaan Kerja sukarela umumnya ialah kegiatan atau usaha yang dilakukan dengan rela hati dan ikhlas untuk masyarakat (atau orang lain) tanpa mengharapkan ganjaran wang atau kebendaan. Kerja ini biasanya dijalankan pada waktu lapang, yakni di luar waktu kerja rasmi seseorang. Dalam konteks masyarakat moden hari ini, kerja sukarela atau kesukarelaan adalah digalakkan kerana dianggap penting untuk memupuk dan mengembangkan nilai, amalan kerjasama dan perpaduan, demokrasi, hak-hak asasi manusia dan keadilan sosial dalam masyarakat. Maka, nilai dan aktiviti sukarelaan harus dilakukan dalam P&P Pendidikan Moral atau matapelajaran lain.



Oleh sebab pembangunan negara telah menyebabkan semangat sukarela di kalangan masyarakat negara ini semakin terhakis berbanding semangat yang pernah dimiliki oleh masyarakat dahulu, maka semangat sukarela ini perlu dipupuk semasa di bangku sekolah rendah lagi. Sejak dari usia muda, sejak dari tadika mereka perlu dididik dengan aspek budaya kesukarelaan, melakukan sesuatu tanpa mendapat sebarang upah dan ganjaran, melakukan sesuatu tanpa perlu mendapat pengiktirafan dan melakukan sesuatu kerana percaya bahawa perbuatan bantu-membantu sesama manusia adalah perbuatan mulia dan amat terpuji. Ini adalah kerana semangat sukarelawan atau tolong-menolong dalam kalangan masyarakat bukan hanya mampu meringankan kesusahan golongan yang memerlukan, juga mengeratkan hubungan antara masyarakat.



B) Pengajaran Di Zi Qui Dalam Sukatan Pendidikan Moral sekolah rendah harus menitikberatkan bacaan yang berunsurkan moral iaitu Di Zi Gui. Pengajaran Di Zi Gui ini telah diamalkan dengan meluas di negara-negara lain seperti Taiwan, Cina, Hong Kong dan Singapura atas keutuhannya dalam melahirkan modal insan yang unggul. Di Zi Gui merupakan satu pedoman yang bertujuan menjadi murid dan manusia yang baik.



Ia berdasarkan



kepada ajaran Confucius, iaitu seorang ahli falsafah dan pendidik Cina yang sangat terkenal. Beliau yakin bahawa pendidikan moral, perilaku luhur dan disiplin yang baik adalah pola pendidikan dasar bagi anak-anak. Tujuan pendidikan Di Zi Gui ini adalah 33



untuk membentuk manusia yang utuh, sihat dari segi jasmani dan rohani serta bermoral.



Ia menegaskan pentingnya pendidikan rumah tangga dalam membentuk



etika dan norma kehidupan yang sihat dan baik bagi seseorang.



Dengan ini,



pengajaran Di Zi Gui di sekolah adalah sesuai untuk membentuk modal insan yang berakhlak mulia serta seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti yang tertera di dalam FPK. Bukan setakat untuk menghafalkan pengajaran Di Zi Gui malah perlu mengaplikasikannya dalam kalangan anak murid melalui lakonan, bercerita, tontonan video yang berkaitan dan sebagainya. Dengan cara ini, anak murid akan mengaplikasikan pengajaran ini dalam kehidupan hariannya.



C) Penerapan Nilai Budaya dan Agama Kaum Lain Melalui Program Silang Budaya dan Silang Agama Memandangkan negara kita merupakan masyarakat majmuk yang bersilang budaya dan agama, jadi memerlukan setiap ahli masyarakat mengambil langkah untuk saling mengenali dan menyesuaikan diri antara satu sama lain. Prinsip hidup yang serupa itu perlu ditanam dalam diri setiap individu sejak dari kecil lagi demi mengekalkan keharmonian yang akhirnya membolehkan keamanan negara dikekalkan sepanjang masa. Misalannya, aspek kebudayaan dan kemasyarakatan perlu dititikberatkan kerana anak murid secara realitinya hidup dalam masyarakat yang berbilang bangsa, budaya dan agama. Tanpa pendidikan yang bercorak kepelbagaian budaya atau khususnya silang budaya dan silang agama, anak murid tidak akan mengenali jati diri masyarakat lain. Maka timbullah isu-isu yang bersifat perkauman di sekolah.



Lantarannya, pembelajaran silang budaya atau silang agama berlandaskan integrasi kaum harus diusahakan melalui P&P Pendidikan Moral dengan tujuan untuk menerapkan dan menyemai nilai-nilai murni melalui pembelajaran unsur-unsur budaya dan agam pelbagai kaum. Menerusi aktiviti perkongsian yang melibatkan ketiga-tiga kaum ini, anak murid didapati lebih prihatin akan isu-isu berkaitan integrasi kaum. Antara unsur-unsur budaya dan agama yang diketengahkan dalam aktiviti silang budaya ini ialah pemakanan, adab sopan dan perayaan serta agama sesebuah masyarakat. Natijahnya, anak-anak murid berpeluang untuk mengenali budaya dan sistem kehidupan kaum yang berlainan.



34



Pengajaran dan pembelajaran silang budaya dijalankan semasa waktu Pendidikan Moral atau Kurikulum. Antara persoalan yang boleh dikemuka dan dibincangkan dalam aktiviti silang budaya dan silang agama adalah seperti berikut; 



Tahukah anak murid tentang budaya dan agama sendiri, contohnya makan bersila dalam majlis khas, pakaian yang sesuai semasa menghadiri upacara kematian, jari yang betul memegang cawan dalam sesi meminum teh Cina dan kelebihan makan beralaskan daun pisang? Apakah makanan tidak halal bagi setiap kaum?







Aspek budaya manakah yang boleh dianggap penting dan mengapa kita harus mempertahankannya?







Mengapakah sikap bertoleransi diperlukan agar tidak menjadi punca bagi sebarang perselisihan faham? Integrasi kaum melalui aktiviti silang budaya dan silang agma amat penting bagi



menjamin kestabilan hidup yang harmoni. Setiap warganegara memainkan peranan tertentu. Remaja sebagai pemangkin masa hadapan seharusnya dapat memainkan peranan dan memberi sumbangan walaupun sekecil zarah dalam mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Hal ini demikian rupa kerana budaya adalah sebahagian daripada warisan yang diperturunkan dan dipelajari daripada nenek moyang dan akan diwarisi pula oleh generasi akan datang.



D) Aktiviti Kerja Amal Aktiviti kerja amal seperti melawat ke rumah orang tua, rumah anak yatim piatu, rumat orang kurang upaya, bergotong royong membersihkan kampung, balai orang awam dan sebagainya selain diajar secara teori dalam sukatan Pendidikan Moral, ia perlu diaplikasikan dalam kehidupan harian anak murid sejak dari kecil lagi. Maka, guru dengan kerjasama pihak sekolah dan ibu bapa harus mengadakan aktiviti di luar sekolah dalam menjayakan program aktiviti kerja amal ini. Dengan membawa anak murid melakukan aktiviti sebegini, mereka akan lebih memahami realiti hidup golongan yang kurang bernasib baik berbanding dengan diri mereka. Lantarannya mereka akan lebih menghargai apa yang mereka sedia ada.



E) Penambahan Cerita Yang Membawa Unsur Moral Dalam Buku Teks Sedia Ada Memandangkan anak murid Tahun Dua masih berumar 7 hingga 8 tahun, maka cerita yang menarik dapat memupuk minat mereka melalui proses P&P. Sekiranya hanya 35



ingin mengajarkan nilai moral melalui teori sahaja adalah tidak memadai. Anak murid peringkat ini lebih aktif dan suka bercerita. Jadi, guru boleh menerapkan nilai moral melalui teknik bercerita sama ada guru sendiri bercerita mahupun anak murid sendiri bercerita untuk kawan-kawannya. Guru boleh bercerita kepada anak murid semasa P&P dengan menggunakan cakear disk atau Internet. Teknik ini bukan sahaja dapat menarik minat anak murid, bahkan dapat menerapkan nilai moral demi memupuk akhlak yang mulia di kalangan mereka di samping dapat juga mengajarkan teknologi maklumat kepada anak murid. Guru boleh mengajar dan menyuruh anak murid mencari dan mendengar cerita yang bermoral melalui Internet.



Langkah-langkah Lain Demi Meningkatkan Sosialisasi Sesama Kaum Dan Antara Kaum Melalui Pembentukan Moral dan Akhlak Dalam Kalangan Anak Murid A) Pendekatan Langsung Melalui Pengajaran Pendidikan Islam dan Moral Pendekatan langsung membabitkan pengajaran dua mata pelajaran yang khusus di peringkat sekolah rendah dan menengah, yang bertumpu secara langsung terhadap perkembangan moral, etika, akhlak dan pendidikan nilai, iaitu mata pelajaran Pendidikan Islam bagi pelajar Islam dan Pendidikan Moral bagi pelajar bukan Islam seperti apa yang telah dijelaskan di atas.



B) Pendekatan Tidak Langsung Pendekatan tak langsung membabitkan penggunaan mata pelajaran-mata pelajaran dalam kurikulum sekolah sebagai alat untuk merealisasikan pendidikan nilai dan moral. Sebagai contoh, pengajaran Bahasa Melayu dan Sejarah membekalkan peluang atau sumber yang baik bagi pendidikan nilai dan moral. Para pelajar boleh mengenalpasti dilema moral, penaakulan moral dan membuat keputusan moral dalam novel dan penulisan sejarah. Pendekatan tak langsung adalah sebahagiannya berlandaskan andaian bahawa pemahaman tentang manusia dan kemanusiaan memerlukan perkembangan daya imaginasi dan intuisi yang membolehkan seseorang meningkatkan kepekaan moral dan kepekaan intelektual. Satu kaedah yang dapat memupuk beberapa nilai murni ialah pengajaran secara kooperatif. Pembelajaran ini bukan setakat pelajar duduk dalam kumpulan kecil tetapi kumpulan itu ada semangat kekitaan yang mana murid dapat bantu- membantu ahli kumpulan belajar dan meningkatkan prestasi sendiri dan kumpulan. 36



C) Aktiviti Kokurikulum Adalah dimaklumkan bahawa di sekolah masa kini terdapat pelbagai aktiviti kokurikulum seperti unit beruniform, persatuan dan kelab serta sukan permainan. Pada umumnya, setiap hari Rabu akan dikhususkan untuk kegiatan kokurikulum dan semua murid Tahap 2 di sekolah rendah manakala semua pelajar di sekolah menengah adalah diwajibkan terlibat. Begitu juga untuk guru, mereka perlu hadir ke sekolah pada hari kokurikulum ini. Aktiviti ini perlu dijalankan dengan menarik. Apabila semua pelajar sudah senang hati dan seronok, mereka tidak akan terfikir atau berpeluang untuk keluar ke tempat-tempat awam. Dengan cara ini mereka terhindar dari gejala sosial yang meruntuhkan akhlak.



D) Sokongan daripada Pentadbir Sekolah Untuk membentuk akhlak para pelajar, pihak pentadbir sekolah khasnya pengetua dan guru besar harus memainkan peranan ini dengan bersungguh-sungguh. Mereka boleh menekankannya dengan memberi ucapan mingguan di samping pengumuman yang lain. Ucapan yang diberi hendaklah yang memberi penekanan kepada moral dan akhlak murid. Dengan cara yang demikian, anak murid akan merasa mereka diberi perhatian. Selain itu, program berbentuk pendidikan akhlak diadakan di sekolah atau di luar sekolah contohnya kem motivasi. Aktiviti perlulah menarik minat mereka seperti sukan, nyanyian dan di samping itu diberi pendidikan moral dan agama.



E) Kepimpinan Kerohanian Guru harus mempunyai corak kepimpinan ini kerana ia penting untuk membina sahsiah murid. Kepimpinan kerohanian ialah kepimpinan yang menekankan soal-soal moral, agama, ibadah, tingkahlaku yang baik, adab dan hubungan yang bersopan santun. Guru perlu membina sikap toleransi antara kaum dan budaya dalam kepimpinan pendidikan agar dapat membentuk budaya dinamik sekolah terutamanya keadaan sekolah yang mempunyai murid dan guru berbilang kaum, agama dan kepercayaan. Peranan kepimpinan kerohanian amat penting dalam pembentukan watak dan sahsiah seterusnya dapat membina kekuatan moral di kalangan murid dan guru. Tanpa agama dan moral yang baik, pendidikan akan gagal membentuk warganegara yang mempunyai asas-asas moral yang baik untuk dijadikan panduan dalam kehidupan mereka.



37



F) Pembelajaran koperatif Pembelajaran koperatif merupakan pembelajaran kumpulan kecil yang diperkenalkan dengan meluas sebagai sesuatu strategi pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dan sosialisasi. Pembelajaran koperatif adalah satu strategi pengajaran di mana muridnya bekerja secara koperatif dalam sesuatu kumpulan kecil. Pembelajaran koperatif sebenarnya membabitkan murid bekerja bersama untuk menyelesaikan masalah secara berkongsi dan seterusnya membantu pelajar untuk mengembangkan perasaan “satu kumpulan” dalam memperkenalkan keperluan saling membantu dan saling menyokong situasi pembelajaran. Anak murid akan bekerja bersama-sama, belajar untuk saling memberi dan menerima, bantu-membantu, berkongsi idea dan mencari cara baharu bagi menyelesaikan masalah. Kaedah pembelajaran ini memerlukan usaha guru melatih murid bekerja dalam kumpulan dengan betul, iaitu bersikap mahu mendengar pendapat orang lain, memberi pengukuhan, menjadi pemimpin atau ketua yang demokratik, membantu rakan sekumpulan dan berusaha mendapat kejayaan.



Agen-agen Sosialisasi Lain A) Keluarga Keluarga intipati agen ssosialisasi yang paling rapat antara individu adalah meliputi ayah, ibu, saudara kandung yang tinggal bersama dalam satu rumah. Menurut Gertrudge Jaedar, keluarga merupakan agen sosialisasi yang paling awal kepada anakanak kerana anak-anak sentiasa berada dalam lingkungan keluarga terutamanya ibu bapa mereka. Menurut George Herbert Mead, perkembangan kanak-kanak bermula pada tahap yang mana anak-anak mula melakukan kegiatan meniru perilaku orang terdekat meskipun perbuatan itu tidak sempurna.



B) Rakan Sebaya Rakan sebaya ataupun teman sepermainan memainkan peranan penting dalam agen sosialisasi. Ketika berada di luar rumah anak-anak akan mempunyai kawan-kawan untuk bermain dan berkongsi pendapat. Rakan sebaya banyak memainkan peranan dalam membentuk keperibadian seseorang individu. Dalam pergaulan, anak-anak akan memperlajari peraturan yang mengatur peranan dan kedudukan seseorang dan mepelajari nilai-nilai yang murni dalam masyarakat.



38



C) Kemajuan Teknologi Dan Media Massa Kemajuan teknologi membuatkan semua maklumat berada di hujung jari manusia. Kemajuan ini telah membuatkan manusia tidak ketinggalan dalam kemajuan dunia. Dengan kemajuan teknologi maklumat ini juga anak-anak kita mampu belajar sesuatu apabila melihat maklumat yang terkandung dalam internet. Media massa juga merupakan agen sosialisasi anak-anak kerana kebanyakan rumah mempunyai televisyen yang menyiarkan berbagai-bagai rancangan yang boleh membentuk perilaku anak-anak. Kanak-kanak mudah belajar melalui pemerhatian. Menurut George Herbert Mead, pada tahap meniru, kanak–kanak akan meniru apa yang dilakukan oleh orang dewasa dan apa yang dia lihat.



Kesimpulan Pengajaran dan pemupukan nilai-nilai murni ke dalam diri murid merupakan tugas suci (mission) sekolah sejak zaman berzaman. Sejak zaman dahulu, ahli-ahli pemikiran tradisional tanpa merasa jemu telah membuat penegasan bahawa fungsi utama pendidikan adalah ke arah membangun peribadi diri, khususnya aspek–aspek yang berkaitan dengan perkembangan moral dan akhlak. Di samping kepentingan peribadi, perwatakan dan sahsiah guru yang menjadi role model kepada murid-murid yang memberi sumbangan yang besar dalam menerapkan budaya moral dan akhlak yang baik, peranan Pendidikan Moral dan Agama Islam itu sendiri juga tidak boleh dipertikaikan. Secara teori, kerangka konseptual, matlamat dan organisasi kandungan, kurikulum Pendidikan Moral di Malaysia adalah sesuatu yang ideal, lengkap dan sempurna. Pelaksanaan Pendidikan Moral menuntut sekolah menyempurnakan dua tanggungjawab yang besar dan berat iaitu yang pertama (1) sekolah terpaksa mengajar nilai-nilai murni kepada anak murid yang mana nilai-nilai tersebut tidak diajar di rumah dan kedua (2) demi untuk menjamin proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan, sekolah mesti berperanan sebagai “caring moral communities” yang boleh membantu kanak-kanak yang terabai dari rumah agar mereka dapat dimotivasi dan dipupuk minat mereka kepada pelajaran, dapat mengawal perasaan marah dan kecewa, serta dapat merasai bahawa diri mereka sebenarnya masih disayangi dan berpotensi menjadi insan yang bertanggungjawab. Dalam menjayakan pendidikan moral dan akhlak sepenuhnya, semua pihak mesti melakukan reformasi terhadap diri masing-masing serta memandang ke hadapan dengan fikiran yang terbuka dan positif, mengamalkan cara hidup yang bermoral, berhemah tinggi serta 39



sanggup menjadi ’model’ dalam masyarakat. Guru terutamanya amatlah penting memahami bahawa penghayatan moral, nilai dan akhlak merupakan asas kepada kehidupan manusia dan asas martabat sesuatu profesion khasnya profesion keguruan yang bertanggungjawab untuk memanjangkan tradisi dan budaya masyarakat Malaysia. Di samping itu, penghayatan amalan moral dan akhlak yang baik di harap dapat merealisasikan matlamat pendidikan seperti yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta mencapai Wawasan 2020.



40



BIBLIOGRAFI Abd Rahman Aroff (1999). Pendidikan Moral Teori Etika dan Amalan Moral. Serdang: Penerbit Universiti Pertanian Malaysia.



Ahmad b. Khamis (1999). Etika (Pendidikan Moral) untuk institusi pengajian tinggi. K. Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.



Bahagian Pembangunan Kurikulum (2011). Dokumen Standard Kurikulum Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Moral Tahun 2: Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur.



Eow Boon Hin, Khoo See Ling, You Hsueh Hwei dan Lim Lee Suan (2011). Pendidikan Moral Tahun 2 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina: Beh-Er Publicatian Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.



Koo, K. P. & Tang, C. Y. (1990). Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.



Mok Soon Sang (2008). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI: Profesionalisme Keguruan Sekolah Rendah: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Subang Jaya.



http://replikamanusia.blogspot.com/2012/02/agen-sekunder-dan-agen-utama.html http://ajisje.blogspot.com/2009/04/guru-sebagai-agen-pembentukan-akhlak.html http://cikguskskr.blogspot.com/2012/08/pengenalanrakyat-malaysia-memang.html



41



LAMPIRAN Murid dan Guru Masuk ke Rumah Emas Qi En



Rumah Warga Emas Qi En



Dapur / Ruang Makan Rumah Warga Emas Qi En



42



Ruang Melakukan Kerja Sampingan



Bilik Tidur



Anak Murid Membersihkan Ruang Tamu



43



Guru dan Anak Murid Membersihkan Pintu dan Tingkap Grill



Guru Membersihkan Almari dan Kipas



44



Guru dan Anak Murid Mengopek Ikan Bilis



Guru Memberi Sumbangan dan Kuih Bulan Untuk Warga Emas



45



Guru Bersembang dan Mendengar Kisah Warga Emas



Guru dan Anak Murid Membuat Persembahan Untuk Warga Emas



Guru Memberi Nasi Ayam dan Wang Saku Untuk Warga Emas



46



Bersiap Sedia Untuk Balik



Kenangan Manis Saya…. Lawatan Ini Telah Menceriakan Dan Menyenangkan Hati Warga Emas Berharaplah Pada Masa Akan Datang Dapat Mengadakan Lawatan Yang Bermakna Ini Bersama Anak Murid Saya Lagi Senantiasa Mengingat Budi Dan Menghormati Kedua Ibu Dan Bapa



47



KASIH IBU BAPA Mari-mari kita sejenak mengingat Kasih ibu bapa yang tiada terkira Walaupun dirinya letih dan penat Namun di wajahnya tetap bergembira



Cubalah bayangkan kasih ibu bapa Yang mengasuh kita petang dan pagi Hanyalah dibayang banyaklah yang lupa Setelah dewasa tak terkenang lagi



Wahai anak muda janganlah lupa Taatlah kepada dua ibu bapa Jangan, jangan, jangan anda menjadi Anak yang derhaka pada ibu bapa



Balasan di dunia dah banyak terjadi Berbagai derita yang datang menimpa Bila ibu bapa dah dibawa pergi Menuju pusara meninggalkan kita Baginya permata tak berguna lagi Selain doa dari anak yang bertakwa



48