Laporan Lawatan Ke Loji Rawatan Air, Kelantan [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Laporan Lawatan Ke



LOJI RAWATAN AIR KELANTAN



PENGENALAN SYARIKAT



Kerajaan negeri Kelantan telah mengambil keputusan untuk menswastakan pengurusan bekalan air di Kelantan melalui penubuhan syarikat usahasama milik bersama Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN) dan Thames Water PLC yang diberi nama Kelantan Water Sdn Bhd (KWSB). Pada peringkat permulaan Thames Water PLC memiliki saham sebanyak 70% manakala YAKIN memiliki saham sebanyak 30% dalam KWSB. Perjanjian pemilikan saham dalam KWSB adalah selama 25 tahun dan diakhiri perjanjian tersebut saham Thames Water PLC akan menurun 30% manakala saham YAKIN akan meningkat menjadi 70%. KWSB mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Oktober 1995 setelah mengambil alih semua tanggungjawab dari Jabatan Bekalan Air. KWSB juga bertanggungjawab untuk mengendalikan bekalan air sedia ada, perawatan air dan sistem pembekalan termasuk mengeluarkan bil dan mengutip hasil serta memajukan keperluan penduduk negeri Kelantan. Setelah beberapa tahun beroperasi di bawah KWSB, pada 29 April 1999, Nama KWSB telah ditukar kepada Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) setelah PMBK memiliki saham sepenuhnya 100% dalam AKSB merupakan sebuah syarikat swasta milik Kerajaan Negeri atau ‘government link company’ (GLC). AKSB mempunyai pejabat operasi di setiap jajahan di Kelantan iaitu di Kota Bharu, Bachok, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Machang, Kuala Krai, Jeli, dan Gua Musang. Bagi pejabat jajahan Kota Bharu ianya telah di bahagi kepada 3 kawasan kerana keluasannya yang besar iaitu Kota Bharu Utara, Timur, dan Selatan. Semasa AKSB mengambilalih pengurusan daripada KWSB dahulu jumlah pengeluaran bekelan air bersihbagi semua loji rawatan air di Kelantan adalah sebanyak 184 juta liter air sehari (JLH).



1



Laporan Lawatan Ke



LOJI RAWATAN AIR KELANTAN



SEJARAH PENUBUHAN MAKMAL PUSAT



Makmal Pusat Air Kelantan mula beroperasi pada Mac 1996 dengan kos kapital sebanyak RM 450,000 dan terletak di tingkat atas bangunan pentadbiran Loji Rawatan Air Kampun Puteh, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, Kelantan. Idea penubuhan asal dicetuskan oleh perunding dari syarikat Thames Water London pada tahun 1995. Pihak perunding berpendapat keperluan untuk mengadakan sebuah makmal dalaman bagi menguji mutu air mentah dan air minum secara berjadual. Oleh itu fungsi utama penubuhan Makmal Pusat Air Kelantan adalah untuk menjalankan aktiviti pemantauan kualiti air di loji (end product) dan sistem agihan. Pihak makmal pusat akan memberikan khidmat nasihat teknikal kepada pihak pengurusan demi memastikan kualiti bekalan air yang disalurkan kepada pengguna mematuhi piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Aktiviti persampelan dan penganalisaan ke atas semua sampel air dibuat mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak KKM. Terdapat dua bilik makmal di sini iaitu makmal mikrobiologi dan makmal analitikal.



2



Laporan Lawatan Ke



LOJI RAWATAN AIR KELANTAN



FUNGSI MAKMAL PUSAT



Aktiviti utama yang dijalankan adalah penganalisaan sampel air. Analisis yang dijalankan termasuklah ujian kimia bukan organik, mikrobiologi, kandungan besi dan kandungan organik. Kesemua parameter ujian dikelaskan di dalam kumpulan I, II, III dan IV. Aktiviti lain yang dijalankan ialah menangani masalah kualiti air yang di hadapi oleh pengguna dengan melawat premis berkenaan untuk mengenal pasti punca sebenar masalah. Pihak makmal turut memberi nasihat dan bantuan teknikal/saintifik kepada pihak operasi, individu dan pihak lain yang memerlukannya seperti pihak istana, sekolah, hospital, perkapalan dan lain-lain agensi, khususnya dalam hal-hal berkaitan kualiti air.



3



Laporan Lawatan Ke



LOJI RAWATAN AIR KELANTAN



MAKLUMAT LAWATAN Tarikh Lawatan



:



28 Hb Oktober 2014



Lokasi Lawatan



:



Loji Rawatan Air Kampung Puteh, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, Kelantan.



Bil. Pelajar Terlibat



:



24 Orang



Cuaca



:



Baik



Tentatif Lawatan



:



8.30 am



-



Pelajar berkumpul di perkarang bas.



9.00 am



-



Bas bertolak ke LRA Kg. Puteh.



9.30 am



-



Pelajar tiba di LRA Kg. Puteh dan sarapan pagi di bilik mesyuarat.



10.15 am



-



Mendapat taklimat ringkas daripada En. Azman & En. Wan Khairuddin.



10.50 am



-



Melawat makmal mikrobiologi.



11.30 am



-



Melawat proses rawatan air.



12.05 pm



-



Pelajar bertolak ke ILPKB.



4



Laporan Lawatan Ke



LOJI RAWATAN AIR KELANTAN



MAKLUMAT DIPEROLEHI Loji Rawatan Air, Kg. Puteh mempunyai kapasiti 45.00 MLD pengambilan air. Jenis pengambilan air di loji ini ialah pengambilan air bawah tanah.



5



Laporan Lawatan Ke



LOJI RAWATAN AIR KELANTAN



Proses Rawatan Air Di Loji Terdapat dua sumber air mentah bagi loji-loji di Kelantan iaitu sumber air permukaan (air sungai) atau air bawah tanah (air telaga). Kelebihan AKSB ialah satu-satunya syarikat perawatan air minum yang menggunakan air bawah tanah sebagai sumber air mentahnya. Secara asasnya, proses rawatan air terbahagi kepada 5 peringkat iaitu:-



AIR MENTAH DARI SUNGAI/ BAWAH TANAH



PENGUDARAAN



PENGENTALAN & PENGGUMPALAN



Pre – Chlorine & Pre -Lime



Larutan Alum & Polimer



PEMENDAPAN (Aliran Mendatar Plet Lamella) PENAPISAN (Rapid Sand Graviti)



PENGKLORINAN



Post – klorin



PEMBETULAN pH



Post – Lime



PENGAGIHAN AIR (Tangki Simpanan Air)



6



Laporan Lawatan Ke



LOJI RAWATAN AIR KELANTAN



Pengambilan Sumber Air Pengambilan air bawah tanah (telaga) jenis telaga tiub digunakan untuk mendapatkan sumber air di LRA Kg. Puteh. Pembinaan telaga tiub memerlukan kos yang lebih tinggi. Air yang dikeluarkan dari telaga tiub selalunya mempunyai kualiti yang baik dan boleh terus digunakan. Peralatan yang sesuai digunakan untuk mengorek sehingga sampai ke akuifer tertakung yang mungkin terletak berates meter ke dalam tanah. Batang paip dengan saiz yang sesuai akan dimasukkan ke dalam lubanag yang dikorek untuk menjadikan telaga tiub. Lubang yang dikorek mestilah tegak untuk memudahkan kemasukan batang paip tersebut. Batang paip yang akan dimasukkan kedalam akifer mestilah berliang untuk memudahkan air masuk ke dalam telaga. Batang paip lain yang tidak berliang di atas akuifer akan menahan kemasukan air dan bahan cemar lain ke dalam telaga. Batang paip tersebut akan menahan kemasukan air dan bahan cemar lain ke dalam telaga. Batang paip tersebut seharusnya mempunyai diameter luar yang sama dengan diameter telaga supaya kedudukan tiub stabil dan kukuh di dalam tanah. Papak konkrit dibina di permukaan tanah di bahagian atas telaga untuk mengelakkan air cemar bertakung dan meresap masuk ke dalam telaga.



Penyaringan Pada permulaan, serpihan kayu, dedaun, tumbuhan akuatik dan bendasing yang terapung akan diasingkan melalui proses saringan. Selepas disaring, bahan terampai yang lebih padat akan dibuang dengan membenarkan air mengalir melalui kebuk yang mana ia akan mendap ke dasar.



7



Laporan Lawatan Ke



LOJI RAWATAN AIR KELANTAN



Pengudaraan Air mentah yang dipam dicampur dengan udara di ruang pengudaraan. Proses pengudaraan menghasilkan oksigen dari atmosfera bagi pengoksidaan besi dan mangan terlarut kepada bentuk tidak larut bagi tujuan menyingkirkannya. Proses ini juga membantu membuang rasa dan bau yang tidak menyenangkan.



Koagulasi dan Flokulasi Koagulan, lazimnya tawas ditambah bagi membentuk partikel mikroskopik di dalam air. Ia kemudiannya diadun dengan lembut bagi membolehkan partikel kecil di dalam air berlaga dan bergabung bagi membentuk kentalan yang boleh mendap.



Sedimentasi Kentalan dibenarkan mengalir melalui tangki sedimentasi seseragam yang mungkin untuk suatu tempoh yang cukup panjang untuk membolehkannya mendap. Air yang jernih akan dikumpulkan dari bahagian atas. Bagi kentalan yang ringan, proses yang berbeza akan digunakan. Gelembung udara minit digunakan di dalam proses ini. Kentalan akan melekat pada gelembung udara dan terapung ke atas. Air jernih akan dikumpulkan dari dasar tangki. Proses ini dinamakan Pengapungan Udara Terlarut.



Penapisan Air yang telah mendap akan melalui penapis yang memerangkap partikel halus dan bakteria. Air yang bersih kemudiannya akan memasuki tangki air jernih. Penapis akan dicuci menggunakan kaedah backwash dengan kerap melalui kombinasi adunan udara dan air bagi memastikan kelancaran operasi.



8



Laporan Lawatan Ke



LOJI RAWATAN AIR KELANTAN



Disinfeksi / Pelarasan pH Air di dalam tangki jernih akan diinfeksi bagi menghapuskan mikroorganisma yang kekal di dalam air selepas proses penapisan. Klorin bergas atau kompaun klorin lazimnya digunakan untuk tujuan pembasmian kuman. Paras pH diselaraskan menggunakan kapur atau abu soda.



Tangki Air Jernih Air yang telah dirawat akan dikumpul dan disimpan di dalam tangki air jernih bagi tujuan pengagihan. Pengagihan Air   



Takungan perkhidmatan Tangki Imbangan Stesen Pengepaman



Pengagihan Bekalan Air



Dari tangki air jernih di loji rawatan air, air terawat dipam melalui sistem saluran yang panjang bagi mengimbangi takungan dengan ketinggian yang mencukupi untuk pengagihan menggunakan graviti ke takungan perkhidmatan di dalam pelbagai pusat permintaan. Sistem pengepaman kedua akan digunakan bagi kawasan yang tidak dapat memanfatkan graviti bagi tujuan pembekalan air.



9



Laporan Lawatan Ke



LOJI RAWATAN AIR KELANTAN



Piawaian Air Minum Selamat Berpandukan Kementerian Kesihatan Malaysia Kumpulan



Parameter



Unit



Bacaan Standard



GII



Coliform



cfu/100ml



0



E-coli



cfu/100ml



0



Turbidity



NTU



Tidak melebihi 5



Colour



TCU



Tidak melebihi 15



pH



-



6.5 – 9.0



Free CI2



Mg/l



0.2 – 5.0



TDS



Mg/l



Tidak melebihi 1500



Chloride



Mg/l



Tidak melebihi 250



Ammonia



Mg/l



Tidak melebihi 1.5



Nitrate



Mg/l



Tidak melebihi 10



Iron



Mg/l



Tidak melebihi 0.3



Fluorida



Mg/l



0.4 – 0.6



Hardness



Mg/l



Tidak melebihi 500



Aluminium



Mg/l



Tidak melebihi 0.2



Manganese



Mg/l



Tidak melebihi 0.1



Cadmium



Mg/l



Tidak melebihi 0.003



Arsenic



Mg/l



Tidak melebihi 0.01



Cyanide



Mg/l



Tidak melebihi 0.07



Lead



Mg/l



Tidak melebihi 0.01



Chromium



Mg/l



Tidak melebihi 0.05



Copper



Mg/l



Tidak melebihi 1



GII



GII



10



Laporan Lawatan Ke



LOJI RAWATAN AIR KELANTAN



Zinc



Mg/l



Tidak melebihi 3



Sulphate



Mg/l



Tidak melebihi 250



Selenium



Mg/l



Tidak melebihi 0.01



Silver



Mg/l



Tidak melebihi 0.05



Magnesium



Mg/l



Tidak melebihi 150



Bromoform



Mg/l



Tidak melebihi 0.1



Mercury



Mg/l



Tidak melebihi 0.001



Sodium



Mg/l



Tidak melebihi 200



Chloroform



Mg/l



Tidak melebihi 0.2



Program Persampelan KKM – Air Terawat Air terawat ialah air minuman yang tulen yang boleh diminum dengan risiko yang rendah dan tidak memudaratkan kesihatan manusia pada jangkamasa panjang.ia telah melalui proses rawatan yang lengkap di loji air termasuklah proses disinfeksi iaitu menghapuskan mikroorganisma merbahaya seperti E.coli. (Berpandukan kepada National Standard For Drinking Water Quality, KKM, January 2004) Kumpulan



LOJI



SRO



DIST. SYST



Kump.1 (GI)



W



W



M



Kump.2 (GII)



M



M



Y/2



Kump.3 (GIII)



Y/4



Y/2



Y/2



Kump.4 (GIV)



Y/4



Y



Y



11



Laporan Lawatan Ke



LOJI RAWATAN AIR KELANTAN



GAMBAR LAWATAN



Proses pengudaraan



Proses pengentalan



Tangki pengenapan



Jentera digunakan untuk membuat telaga



Sistem perpaipan ke tangki pengudaraan



Sistem perpaipan keluar



Tangki simpanan air



Tempat untuk memasukan klorin



Ujian makmal



12



Laporan Lawatan Ke



LOJI RAWATAN AIR KELANTAN



Taklimat ujian makmal



Peralatan digunakan



Colilert untuk ujian air



Sepectrometer untuk menentukan pH value



Perlatan untuk ujian pH



Perbezaan hasil ujian pH



13