Laporan Lawatan PJ Ipg Kota Bharu [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR IPG KBM SESI 2013/2014



LAPORAN KUNJUNGAN GURU PELATIH IPG KAMPUS KOTA BHARU KE IPG KBM 2013 Tarikh : 05-08 Februari 2013 Tempat : Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Pada tarikh 05 hingga 08 Februari 2013, seramai 21 orang guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 5 Ambilan Januari 2011 Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan telah menginap di IPG Kampus Bahasa Melayu. Kumpulan tersebut telah diiringi oleh dua orang pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPG KKB. Mereka telah menginap di Kolej Kediaman Dato’ Razali Ismail. Tujuan mereka ke Kuala Lumpur untuk mengadakan Program



Lawatan Ilmiah bagi kursus Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan



Jasmani dan Sukan (PJM 3112). Kami, barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG KBM membantu menyambut rombongan tersebut yang telah tiba di IPG KBM dengan bas IPG Kampus Kota Bharu pada malam 05 Februari 2013. Kemudian, kami membantu mengurus pendaftaran masuk ke asrama Kolej Kediaman Dato’ Razali Ismail. Semua guru pelatih lelaki menginap di Tingkat 5 manakala guru pelatih perempuan pula menginap di Tingkat 4 asrama. Majlis Penutupan diadakan pada tarikh 08 Februari 2013 yang bertempat di Dewan Rahim Kajai IPG KBM. Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG KBM, iaitu Yang Berusaha Puan Mahani binti Muhammad telah memberikan ucapan sebagai perasmian penutupan program mereka. Majlis diakhiri dengan acara penyampaian cenderamata dan sesi fotografi.



JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR IPG KBM SESI 2013/2014