Kerpasan Klimatologi [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

NOR SYAMIMI SYAZWANI BINTI MOHD AMIN (BA15110409) TULIS SATU ESEI RINGKAS TENTANG PERBANDINGAN DUA (2) TEORI KERPASAN.



Kitaran Hidrologi adalah kitaran yang digunakan untuk menerangkan pertukaran air yang berterusan dimana tidak ada titik permulaan dan penamat. Air tersejat ke dalam atmosfera dari lautan, membentuk wap-wap air yang berkumpul menjadi awan. Hal ini demikian kerana apabila wap air apabila mencapai ke peringkat tepu akan turun sebagai kerpasan sama ada dalam bentuk hujan, embun, salji dan sebagainya. Kerpasan merupakan proses jatuhan titisan air dari awan ke bumi. Kitaran ini juga melibatkan proses kerpasan di bahagian daratan yang akan dialirkan dalam pelbagai cara seperti melalui larian air permukaan atau sistem sungai ke laut. Sebahagian kerpasan akan menyusup ke dalam tanah dan mengalir sebagai air bawah tanah. Proses ini juga adalah lembapan yang terpeluwap dan jatuh ke permukaan bumi dalam bentuk cecair atau pepejal. Jenis kerpasan ialah hujan, hujan batu, hujan gerimis dan salji. Sebelum berlakunya kerpasan, mesti berlaku proses pemeluwapan dan pemejalwapan atau kedua-duanya sekali. Kedua-dua proses ini akan menghasilkan awan dan apabila awan tersebut sudah tepu barulah kerpasan akan turun. Justeru itu kerpasan merupakan proses terakhir dalam fasa hidrologi di atmosfera. Jenis kerpasan hujan adalah titisan air yang jatuh dari awan komulunimbus. Terdapat pelbagai saiz dan bentuk bergantung kepada jenis hujan. Manakala, hujan batu (hail) merupakan titisan air yang membeku apabila proses pemeluwapan berada di bawah takat beku dimana hujan batu turun dari awan komulunimbus yang tinggi dan disertai ribut petir dengan arus udara yang lembap. Bagi hujan beku (steet) pula ia adalah titisan air hujan yang menjadi beku apabila jatuh melalui lapisan udara yang sejuk berhampiran bumi. Hujan jenis ini ialah bintik-bintik ais yang jernih dan kecil. Embun juga salah satu jenis kerpasan dimana wap air yang terpeluwap menjadi titisan air dan melekat pada daun serta rumput pada waktu pagi. Pembentukan embun dibantu oleh keadaan daun dan rumput yang menyejuk pada waktu malam hari yang terang. Jenis kerpasan juga melibat salji dimana titisan air yang beku dan menghasilkan bentuk hablur ais akibat proses pemeluwapan dalam jisim udara yang sedang naik dan disejukkan kepada suhu di bawah takat beku. Salji hanya wujud di kawasan iklim sejuk dan iklim pergunungan dan ianya terjadi akibat takat atau paras beku terlalu hampir dengan permukaan bumi. Kerpasan yang berlaku di Tropika Lembab boleh dikategorikan kepada beberapa jenis seperti hujan perolakan dan hujan orografik (hujan bukit). Hujan perolakan adalah yang terbentuk akibat daripada pergeraakaan udara yang tidak stabil ke troposfera, kemudian membentuk awan kumulus dan kumulonimbus. Hujan ini terjadi apabila permukaan bumi dipanaskan oleh bahangan matahaari dimana udara dibahagian atas dipanaskan terlebih dahulu melalui proses perolakan haba. Manakala, air dipermukaan bumi pula akan berubah menjadi wap dan mengembang apabila ia menjadi lebih ringan dan meningkat ke aras yang lebih tinggi. Semasa tahap pemeluwapan, sebahagian daripada akan bertukar menjadi awan kumulus dan di paras yang lebih tinggi akan menjadi awan kumulonimbus dan menjadi semakin sejuk daripada awan di sekelilingnya. Oleh itu, semakin besar dan berat awan ia akan turun sebagai hujan. Manakala hujan orografik adalah hujan yang terbentuk akibat daripada



pemeluwapan yang pesat oleh udara yang dipaksa mendaki lereng bukit atau banjaran gunung. Kebiasaanya, hujan jenis ini akan turun dicerun-cerun bukit atau banjaran gunung yang menghadap tiupan angin manakala cerun lindungan angin hanya menerima angin kering tanpa hujan. Proses pemeluwapan akan membentuk awan-awan kumulus dan nimbustratus. Keadaan ini berlaku apabila tiupan angin, ke atas awan-awan dan udara tersebut yang tidak stabil dipaksa mendaki lereng bukit atau banjaran gunung. Titisan air akan bercantum menjadi lebih besar dan sedikit demi sedikit akan gugur sebagai hujan. Selain daripada kerpasan itu mengalir ke laut, di fasa daratan juga berlaku proses seperti pintasan (interception), sejatan dari lembapan tanah dan juga sejat-peluhan tumbuhan, susupan (infiltrasi), storan (simpanan) serta rembesan air dalam tanah. Malahan, ketika di fasa lautan, kitar hidrologinya adalah lebih pendek dan lebih mudah. Kedua-dua proses ini akan menghasilkan awan dan apabila awan tersebut sudah tepu barulah kerpasan akan turun sebagai hujan,hujan batu dan salji. Kerpasan juga mempunyai beberapa jenisnya seperti hujan salji, hujan beku, hujan batu dan embun beku (rime). Faktor pembentukan kerpasan terbahagi kepada 2 teori iaitu teori Bergeron-findeisen yang bermaksud proses pertumbuhan hablur ais dan teori pelanggaran yang bermaksud pengumpulan atau penyatuan bintik-bintik air yang kecil melalui pelanggaran oleh titisan-titisan air yang jatuh. Teori Bergeron-findeisen adalah merujuk kepada Proses Bergeron-Findeisen adalah satu mekanisme di mana kristal ais berkembang daripada wap yang dibekalkan oleh titisan awan. Teori ini merujuk kepada mekanisme perbezaan titisan hujan dimana kelembapan bandingan udara adalah lebih tinggi di atas permukaan ais berbanding dengan permukaan air. Apabila suhu jatuh sehingga mencapai takat beku (0℃), tekanan wap atmosfera akan jatuh dengan cepat di permukaan ais berbanding dengan permukaan air. Keadaan ini secara tidak langsung menyebabkan tekanan wap tepu di permukaan air lebih tinggi daripada wap tepu pada permukaan ais dimana ia berlaku pada suhu -5℃ hingga -25℃. Sekiranya, titisan air terlampau sejuk dan hablur ais berada berhampiran dalam awan, titisan air akan tersejat dan terlekat pada hablur ais. Berdasarkan teori ini, wap air yang tersejat akan terus berubah kepada bentuk ais dalam proses pemeluwapan dan apabila hablur ais semakin besar dan berat ia akan menjadi tepu. Tambahan pula, tarikan graviti akan menyebabkan hablur ais ini jatuh dari awan. Hablur ini akan berubah bentuk kepada titisan air apabila melalui suhu panas dan turun ke permukaan bumi sebagai hujan. Daerah dominan yang sering mengalami kejadian ini adalah di kawasan sub Tropika dimana bentuk kerpasan seperti hujan ais. Malah, kejadian ini sering terjadi pada awan cumulus yang menjadi cuumulonimbus dimana puncak awan berada di bawah tahap beku. Teori pelanggaran pula mengemukakan bahawa berlaku pelanggaran hablur-hablur ais atau bintik-bintik air semasa jatuh dari awan sehingga menyebabkan percantuman antara bintik-bintik air tersebut. Tekanan suhu yang menyebabkan proses kerpasan ini dimana suhu berada >- 12 ̊ C. ketika kejadian Hablur dan bintik air yang mempunyai pelbagai saiz menyebabkan adanya kelajuan yang berbeza. Titisan air yang lebih besar akan jatuh dengan pesat dan menyerap titisan yang lebih kecil. Teori pembentukan hujan ini kurang berkesan dalam arus udara menegak yang perlahan kerana proses pemeluwapan yang perlahan. Titisan



air yang kecil akan turun sebagai hujan gerimis. Proses ini kebiasaanya berlaku di daerah Tropika dengan bentuk kerpasan seperti hujan.