Laporan Refleksi Dan Penilaian [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU 2014



LAPORAN REFLEKSI DAN PENILAIAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU



1. Apakah yang anda perolehi (e.g: perasaan, harapan, pengalaman, pembangunan diri dan sebagainya) setelah mengikuti PPGB ini sebagai Guru Baharu bersama dengan Guru Mentor? Pengalaman saya sebagai guru baharu atas bimbangan bersama dengan mentor adalah amat berharga dan bernilai kerana saya berpeluang mendapat bimbingan serta garis panduan yang betul semasa menjalankan perkhidmatan. Memandangkan saya masih baharu dalam bidang ini, maka peranan mentor amat diperlukan. Beliau telah banyak membimbing saya secara formal dan tidak formal dalam aspek PdP, malah membimbing saya dalam mengaplikasikan teori kepada amalan sebenar di bilik darjah. Oleh itu, saya berasa selesa semasa menjalankan tugas atas sokongan moral dan bimbingan daripada beliau dalam menghadapi cabaran dunia pendidikan. Maka, saya dapat membina keyakinan diri secara berterusan ke arah sahsiah pendidik yang lebih berkualiti terutama daripada segi pergaulan yang sihat dan pemupukan nilai profesionalisme keguruan.



2. Pada pandangan anda, apakah KEKUATAN dalam pelaksanaan PPGB secara keseluruhannya? Pada pandangan saya, kekuatan dalam pelaksanaan PPGB secara keseluruhannya adalah baik kerana dapat membantu guru baharu untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran, budaya serta komuniti sekolah. Selain itu, program ini juga dapat meningkatkan kualiti pengajaran guru baharu dari aspek amalan profesionalisme, kompetensi dan keyakinan diri. Seterusnya melalui pelaksanaan PPGB, ia dapat membantu guru mengurus hal ehwal peribadi berkaitan pengurusan stress, teknik 1



PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU 2014



belajar, motivasi kendiri dan pembentukan sahsiah. Misalnya dapat menangani masalah bukan sahaja dalam aktiviti di bilik darjah malah semasa kesukaran untuk melaksanakan kokurikulum dan pentadbiran. Segalanya menjadi lebih mudah dengan adanya program seumpama ini. 3. Pada pandangan anda, apakah KELEMAHAN / KEKURANGAN dalam pelaksanaan PPGB secara keseluruhannya? Pada pandangan saya, antara kelemahan dalam pelaksanaan PPGB secara keseluruhannya adalah dari segi kekangan masa, di mana pelaksanaan PPGB ini memerlukan masa dan fokus yang lebih. Memandangkan guru baharu masih baru dalam bidang pendidikan, maka mereka agak berat untuk membahagikan masa dengan baik antara fokus utama iaitu Pdp dengan program sampingan iaitu pelaksanaan PPGB ini. Maka kerjasama yang baik amat diperlukan daripada semua pihak di sekolah demi memenuhi hasrat dan memastikan kelestarian kualiti guru selaras dengan hasrat Anjakan keempat PPPM 2013-2025 iaitu mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan yang berfokus kepada meningkatkan kualiti program Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB).



4. Sila berikan cadangan anda bagi meningkatkan keberkesanan PPGB untuk dilaksanakan terhadap semua Guru Baharu pada masa akan datang? Cadangan saya bagi meningkatkan keberkesanan PPGB untuk dilaksanakan terhadap semua Guru Baharu pada masa akan datang adalah seperti berikut:  Mengadakan bengkel PPGB kepada guru baharu bagi membantu guru baharu dalam garis panduan yang betul dan pengetahuan yang lengkap mengenai pelaksanaannya selaras dengan hasrat yang ingin dicapai.  Mengadakan taklimat kepada Mentor/ pihak sekolah mengenai penetapan pelaksanaan PPGB dengan betul agar guru baharu dapat merujuk sebarang masalah semasa pelaksanaan PPGB dengan Mentor/ pihak sekolah. Sekiranya ia tidak dilaksanakan maka akan berlakunya penindihan maklumat dan tidak ada keselarasan dalam melaksanakan program PPGB dengan baik. 2



PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU 2014



3