Laporan Reflektif BIG [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

1.0 Pengenalan Program Bina Insan Guru atau nama singkatannya iaitu BIG merupakan satu program yang wajib dihadiri dan dilaksana oleh para pelajar semester 5 di seluruh Institut Pendidikan Guru (IPG). Bukan itu sahaja, kesemua siswa dan siswi guru di IPG perlu mengikuti program Bina Insan Guru (BIG) sebagai syarat kelayakan untuk diangerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Menurut Norhiza Mohd Salleh, Faridah Nazir dan Farah Mukhtar (2014), program ini melibatkan aktiviti yang bersifatkan luar bilik darjah iaitu aktiviti perkhemahan, keyakinan diri ketika melakukan aktiviti air, keyakinan diri dalam melakukan aktiviti kembara, membina jaringan hubungan sosial yang baik serta penerapan nilai-nilai murni menerusi aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Selain itu, program ini juga mempunyai objektifnya yang tersendiri iaitu pada akhir program, peserta akan dapat meningkatkan kemahiran komunikasi mengikut persekitaran dan kepelbagaian budaya dalam sesuatu komuniti, meningkatkan sifat kepimpinan dengan kemahiran mengurus dan mengorganisasi sesuatu kursus dengan baik dan meningkatkan daya juang, daya tinggi, berfikiran kreatif dan mengamalkan nilai murni selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Guru yang menginginkan guru itu perlu lengkap dari kesemua aspek ini. Oleh kerana itu, pihak IPGM mengarahkan program BIG ini perlu diadakan bagi membolehkan para guru pelatih bersedia dari kesemua aspek sebelum bergelar seorang guru yang sebenar kelak.



1



2.0 Laporan Reflektif Bina Insan Guru Fasa 1 Program ini bermula pada hari Isnin, 9 September 2019 hingga hari Jumaat, 13 September 2019 iaitu mengambil masa sebanyak lima hari empat malam. Pada mulanya, satu arahan yang diberikan oleh pengerusi BIG iaitu Izyan Syahiran yang mengarahkan kami berkumpul di hadapan surau At-Taqwa untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh Tuan Haji Mustafa Kamal bin Mohammed Zahid selaku penyelaras BIG 2019. Tuan Haji Mustafa telah memberitahu tentang peraturan-peraturan BIG kali ini. Sebanyak dua buah bas dan satu coaster milik IPGKBM digunakan bagi membawa kami ke tapak perkhemahan di Mini Malaysian and ASEAN Cultural Park, Ayer Keroh, Melaka. Setibanya di sana, Tuan Haji Mustafa Kamal mengarahkan kami untuk melaksanakan tugas yang telah diberikan seperti memasang khemah, memasak makanan tengahari, membersihkan tempat solat dan membersikan tandas. Selesai makan tengahari dan solat jamak takdim, aktiviti Latihan Dalam Kumpulan 1 dan Ice Breaking telah pun bermula dan dikendalikan oleh Encik Rozidan. Sesi ini merupakan peluang yang sangat baik untuk saya mengenali rakan-rakan saya dengan lebih baik. Bermula pada jam 6.00 petang hingga 8:30 malam, aktiviti pengurusan diri, solat, tazkirah dan penyediaan makan malam dilaksanakan. Kemudian, pada jam 8:45 malam, aktiviti etiket atau protokol telah pun bermula dan dikendalikan oleh Encik Raymond. Pelbagai maklumat yang saya peroleh tentang protokol menggantungkan bendera kebangsaan dengan betul. Selesai sahaja aktiviti etiket atau protokol, saya dan rakan-rakan dikehendaki memberikan refleksi secara umum mengikut kumpulan. Terdapat giliran rondaan malam yang telah ditetapkan mengikut hari masing-masing. Pelajar yang ditugaskan perlu memantau keadaan dan keselamatan kem sepanjang tempoh rondaan. Pagi hari kedua dimulakan dengan tazkirah pagi yang disampaikan wakil pelajar lelaki semester 5 dan satu senaman pagi juga telah dilaksanakan. Selesai makan, kami dibawa ke Pusat Rekreasi Redtma. Sesampainya di sana, saya dan rakan-rakan diberi taklimat tentang cara yang betul tentang aktiviti abseiling. Walaupun ia satu perkara yang amat menakutkan bagi saya ekoran saya mempunyai sifat takut dengan tempat tinggi, namun ia juga satu pengalaman yang baru dan amat bermakna bagi saya kerana dapat mencuba perkara yang baru dan mencabar.



2



Selesai aktiviti abseiling, saya dan rakan-rakan dibawa ke tempat kembara dan ikhtiar hidup bertempat di Skytrex Melaka. Seperti aktiviti yang lain, kami diberi taklimat ringkas tentang peraturan-peraturan ketika masuk ke dalam hutan. Kami juga diberitahu tentang jenis-jenis pokok serta teknik menyelamatkan diri ketika tersesat di dalam hutan. Bahkan, kami turut melakukan aktiviti ikhtiar hidup iaitu memasak dengan menggunakan dua bahan sahaja iaitu mi segera dan telur dengan berbekalkan tiga batang mancis dan satu bekas. Kemudian, kami pulang ke tapak perkhemahan dan melaksanakan aktiviti pengurusan diri. Pada sebelah malam, satu aktiviti telah dikendalikan oleh Encik Aizuddin iaitu setiap kumpulan dikehendaki mencipta satu sorakan diiringi dengan gayanya sekali. Kami dikehendaki mempersembahkan sorakan itu di atas pentas dan dinilai oleh penyarah yang terlibat. Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Pada hari ketiga, aktiviti keyakinan air, berkayak dan berakit telah dilaksanakan di Pusat Rekreasi Redtma. Sewaktu aktiviti keyakinan air, kami dikehendaki terjun ke dalam tasik dengan menggunakan jaket keselamatan selepas diberi taklimat khas oleh tenaga pengajar. Selepas aktiviti keyakinan air, kami dikehendaki melakukan aktiviti kayak. Saya amat bernasib baik dalam aktiviti ini kerana saya pernah melakukan aktiviti kayak sebelum ini. Selepas makan tengahari, saya dan rakan-rakan dikehendaki melaksanakan aktiviti berakit. Kami tidak perlu memasang rakit dan hanya perlu menaikinya sahaja disebabkan kekangan masa. Meskipun penat berkayak belum hilang, ia tidak mematahkan semangat kami untuk mendayung rakit dari tepi tasik hingga ke tengah tasik. Pada sebelah malam pula, aktiviti penilaian refleksi telah diadakan dengan mengikut kumpulan masing-masing. Kumpulan saya iaitu kumpulan sembilan telah dinilai oleh Encik Zulkifly Bin Hussin. Pada masa ini, pelbagai pendapat dan pengalaman yang dikongsikan oleh rakan-rakan yang lain tentang perjalanan program yang sudah berlangsung selama tiga hari. Pada hari kelima bersamaan dengan 12 September 2019, kami dikehendaki bergerak ke sekolah masing-masing untuk melaksanakan aktiviti khidmat komuniti dan interaksi profesional. Saya dikehendaki melakukan khidmat komuniti iaitu membersihkan stor sukan di Sekolah Kebangsaan Gangsa bersama-sama rakan sekelas saya iaitu Ameera dan Auni. Sesampainya di sana, saya dan rakan-rakan diberi taklimat oleh guru



3



bertugas yang rupa-rupanya, beliau adalah bekas penuntut IPGKBM. Pelbagai pengalaman dan cerita menarik yang dikongsi sepanjang kami bersama dengannya. Namun, apabila pulang daripada sekolah, kami dikehendaki berpindah dari tapak perkhemahan kepada tempat menginap yang lain ekoran terdapat pihak lain yang ingin menggunakan tempat tersebut. Tetapi, hal itu tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan program kami di sini. Tambahan pula, kami diberitahu bahawa pengarah IPGKBM iaitu Dr Hajah Maridah akan datang untuk sesi majlis penutupan. Segala nasihat dan pujian yang telah diucapkan oleh Dr Hajah Maridah kepada kami. Pada sebelah malam pula, aktiviti kebudayaan telah dilakukan seperti tarian tradisional, bicara berirama dan sebagainya. Bagi saya, ini adalah satu memori yang tidak dapat dilupakan kerana ukhuwah yang sudah lama terjalin menjadi lebih rapat. Hal yang paling menarik sekali ialah apabila para pensyarah menyanyi bersama-sama kami dengan penuh semangat. Gelak dan tawa pelajar menghiasi kawasan itu kerana kerenah comel para pensyarah. Selesai aktiviti kebudayaan, pelajar perempuan dikehendaki tidur manakala pelajar lelaki dikehendaki melakukan rondaan malam. Tibalah hari yang terakhir kami di Melaka. Usai sarapan pagi, Encik Zulkifly mengkehendaki setiap kumpulan perlu menghantar wakil untuk memberi refleksi sepanjang berprogram selama lima hari empat malam. Terdapat banyak pengalaman dan kelebihan yang kami peroleh sepanjang berprogram di Melaka. Setelah itu, kami semua bergerak pulang ke IPGKBM pada jam 9:30 pagi dengan menaiki bas yang sama.



4



y K g P rp b m jM d n u tiv h la o k e s c W c A )T s ti O P (S K



3.0 Analisis SWOT keseluruhan aktiviti Bina Insan Guru Fasa 1



Rajah 1



Analisis SWOT merupakan singkatan bagi Strengths (kekuatan), Weakness (kelemahan), Opportunities (peluang) dan Threats (ancaman). Berdasarkan rajah analisis SWOT yang telah



saya bina, saya mendapati program BIG ini mempunyai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman. Bagi aspek kekuatan, saya mendapati bahawa saya dapat membina semangat kerjasama dalam organisasi. Hal ini kerana, saya telah ditugaskan oleh pengerusi untuk



menjadi AJK Makanan. Bidang tugas yang perlu saya lakukan ialah memastikan kelengkapan alat di dapur serta mengurus sarapan pagi pada hari ketiga. Ini memerlukan saya



berkomunikasi dengan rakan-rakan serta meminta mereka melaksanakan tugas sesuai dengan arahan saya. Bukan itu sahaja, semangat kerjasama juga dapat saya peroleh menerusi aktiviti



ikhtiar hidup, aktiviti kayak dan berakit. Ia memerlukan saya dan rakan-rakan bekerjasama menyelesaikan tugasan ikhtiar hidup dan mendayung rakit.



Selain itu, semangat kerjasama adalah satu sikap yang perlu ada dalam diri saya



5



sebagai seorang guru pelatih supaya saya dapat melaksanakan tugas-tugas di sekolah bersama-sama guru-guru lain juga. Tambahan pula, semangat kerjasama juga perlu ada dalam diri seorang guru untuk memudahkan hubungan antara guru dan murid. Hal ini dapat dibuktikan dalam tulisan Wentzel, K. R. (2009) dalam Ahmad Firdaus Mohd Noor, Kamarul Azmi Jasmi dan Khairunnisa A Shukor (2016) yang mengatakan guru yang berkesan adalah guru yang dapat membina hubungan yang baik dengan pelajarnya dari segi emosi yang intim, selamat dan boleh dipercayai. Oleh itu, jika guru tidak mempunyai semangat kerjasama dalam diri, ianya agak sukar bagi seorang guru itu mempunyai hubungan yang baik dengan muridnya. Kekuatan yang kedua yang saya peroleh melalui program BIG ialah sikap yakin bercakap di hadapan khalayak ramai. Contoh yang dapat saya berikan ialah ketika saya membentangkan refleksi tentang aktiviti-aktiviti BIG di surau bersama-sama rakan-rakan yang lain. Ia adalah satu peluang untuk saya menceritakan pengalaman saya dengan sehabis baik di hadapan pensyarah yang menilai. Menerusi sikap yakin ini, saya akan dapat berkomunikasi secara baik dengan murid apabila saya sudah bergelar seorang guru. Komunikasi ini amat penting bagi seorang guru kerana guru perlu menyusun strategi agar suasana komunikasi antara guru dan murid dapat berlaku secara harmonis, saling bantu membantu, hormat menghormati supaya tidak timbul sebarang masalah atau konflik (Mohd Khairuddin Abdullah, Khalid Hj Johari, Ag Yusof Ag Chuchu dan Halimah Laji, 2014). Oleh itu, program BIG ini dapat memberikan keyakinan kepada guru pelatih untuk berkomunikasi dengan baik apabila ditempatkan di sekolah kelak. Walaupun terdapat kekuatan dalam program ini, namun terselit beberapa kelemahan. Kelemahan yang pertama ialah ketidaksesuaian tempat. Walaupun tempatnya cantik dan menyenangkan, tetapi menurut saya, tasik di Pusat Rekreasi Redtma tidak sesuai untuk dijalankan aktiviti keyakinan air kerana ia memerlukan guru pelatih untuk berendam di dalam air tasik yang keruh dan berbau. Hal ini kerana, menurut Ang Kean Hua (2015), air yang agak berbau dan keruh warnanya atau dalam erti kata lain air yang sudah tercemar menyebabkan guru pelatih terkena wabak penyakit seperti penyakit kulit gatal dan kemerahan. Ini akan menyebabkan mereka tidak selesa dan berasa terganggu ketika melakukan tugasan di program tersebut. Di samping itu, saya mencadangkan agar aktiviti keyakinan air ini dapat dilakukan di kawasan air yang jernih dan tidak berbau seperti kolam renang atau pantai kerana aktiviti ini memerlukan pelajar untuk berendam di dalam air dalam masa yang lama. Oleh itu, kolam atau pantai adalah tempat yang sesuai untuk melakukan aktiviti keyakinan air dalam program BIG.



6



Selain itu, kelemahan yang kedua pula ialah pengurusan pihak Mini Malaysia and ASEAN Cultural Park dan Pusat Rekreasi Redtma. Apa yang terjadi di sana ialah pelajar diminta untuk mengosongkan tempat perkhemahan pada hari keempat ekoran sudah ada tempahan pada hari tersebut dengan alasan mereka terlepas pandang tempahan tempat oleh IPGKBM dan tempahan tempat oleh sebuah sekolah. Ini jelas menunjukkan kelemahan pengurusan tempat oleh kedua-dua pihak kerana menyebabkan perkara ini berlaku. Oleh itu, sebagai penyelesaiannya, pelajar semester 5 diminta oleh Tuan Haji Mustafa Kamal untuk meruntuhkan khemah dan berpindah ke kawasan perkhemahan yang lain. Pelajar perempuan berpindah ke salah sebuah rumah penginapan di situ manakala pelajar lelaki berpindah tempat ke surau. Namun, ia tetap tidak mematahkan semangat pelajar semester 5 pada hari keempat tersebut untuk meneruskan aktiviti dan tugasan mereka di sana. Seterusnya, dari segi aspek peluang pula, aktiviti-aktiviti lasak yang dijalankan dalam program BIG ini amat penting bagi memberi pendedahan kepada guru tentang aktiviti lasak untuk diajarkan kepada murid kelak. Selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Guru yang menginginkan guru itu perlu serba boleh dalam segala hal, oleh itu, guru juga perlu memantapkan diri dengan ilmu-ilmu selain ilmu pedagogi di dalam bilik darjah (Noriati A. Rashid et. Al, 2016). Ia juga menjadikan satu kepentingan untuk guru-guru apabila membawa murid melakukan aktiviti lasak di luar sekolah terutamanya guru-guru yang muda. Hal ini kerana, murid lebih mempercayakan dan lebih mengenali gurunya berbanding orang luar kerana mereka akan merasa lebih selamat melihat gurunya sendiri yang mengajar aktiviti lasak seperti abseiling. Oleh kerana itulah, para guru perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu baharu selain ilmu pedagogi dan ilmu teknologi demi melahirkan murid yang cerdas minda dan cergas fizikalnya. Bagi aspek ancaman pula, saya mendapati bahawa dua faktor yang boleh membawa kepada ancaman ialah keselamatan di dalam air dan gangguan murid SK Gangsa ketika saya dan rakan-rakan melakukan aktiviti gotong-royong membersihkan stor sukan di sekolah tersebut. Ancaman yang pertama iaitu keselamatan dalam air. Ia boleh dilihat sewaktu pelajar semester 5 dikehendaki melakukan aktiviti keyakinan air yang mengharuskan pelajar untuk berenang dari jeti hingga ke tengah tasik. Apabila melakukan aktiviti air dalam air yang keruh dan tidak bersih, ini akan membawa kepada bahaya kerana masing-masing tidak tahu bahaya yang menanti di dalam air. Bahkan, pengawasan ketika melakukan aktiviti keyakinan air juga tidak begitu rapi apabila tenaga pengajarnya hanya berdiri di sisi jeti sahaja. Ini amat membahayakan keselamatan para pelajar semester 5 yang antaranya baru pertama kali



7



melakukan aktiviti air yang lasak seperti ini. Oleh kerana itulah saya mencadangkan bahawa aktiviti keyakinan air dalam program BIG yang akan datang dibuat di tempat yang selamat dan airnya tidak berbau dan bersih. Ancaman yang kedua pula ialah gangguan murid-murid SK Gangsa ketika pelajar semester 5 melakukan kerja pembersihan atau gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Dari aspek pengalaman saya yang ditugaskan membersihkan stor sukan, terdapat banyak alatan-alatan yang membahayakan keselamatan murid-murid seperti tiang gol bola jaring yang sudah berkarat dan berlubang. Bahkan, pelajar semester 5 yang ditugaskan untuk membersihkan stor sukan juga harus mengeluarkan semua alatan di dalam stor sukan dan diletakkan di tapak lapangan. Ancaman ini terjadi apabila murid-murid SK Gangsa keluar dari bilik darjah kerana waktu rehat persekolahan. Ada antara mereka yang berlari dan mengusik alatan dan barangan sukan seperti pagar halangan dan kayu-kayan yang reput. Ini amat membahayakan keselamatan mereka kerana dikhuariti mereka akan terkena besi yang karat atau kayu yang sudah reput. Oleh itu, sebagai penyelesaiannya, pihak sekolah perlu lebih peka terhadap keselamatan murid-murid dengan memberi amaran atau peringatan dengan lebih awal supaya tidak mendekati kawasan yang dilakukan pembersihan oleh pelajar semester 5 agar dapat mencegah bahaya dengan lebih awal.



4.0 Penutup Kesimpulannya, Program Bina Insan Guru kali ini telah memberikan banyak faedah dari



8



segi ilmu pengetahuan, pengalaman dan nilai-nilai murni kepada pelajar semester 5. Aktiviti seperti LDK telah memberikan pelajar semester 5 pengalaman berkomunikasi dengan lebih rapat bersama rakan-rakan manakala aktiviti lasak seperti abseiling, keyakinan air, berkayak, berakit, kembara dan ikhtiar hidup pula memberikan pengalaman yang baru dan meningkatkan keberanian dan jati diri dalam diri. Program ini juga dapat menyatupadukan para pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum. Ini telah dapat dibuktikan apabila para pelajar melakukan aktiviti-aktiviti dan tugasan-tugasan yang diberikan. Oleh itu, program ini benar-benar telah mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh pihak IPG.



5.0 Rujukan



Ang Kean Hua. (2015). Kualiti sumber air di Malaysia: satu analisis. Geografia: Malaysian Journal of Society and Space, 11(6). hlm 98-108.



Ahmad Firdaus Mohd Noor, Kamarul Azmi Jasmi dan Khairunnisa A Shukor. (2016). Pembinaan hubungan antara guru dan pelajar. Jurnal Teknikal dan Sains Sosial, hlm



138-148.



Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Buku Panduan Akademik Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Sesi 2017/2018. Cyberjaya: Pusat Pembangunan Akademik Institut Pendidikan Guru Malaysia.



Mohd. Khairuddin Abdullah, Khalid Johari, Ag Yusof Ag Chuchu dan Halimah Laji. (2014). Komunikasi guru dalam bilik darjah dan tingkah laku delinkuen murid sekolah. Jurnal



9



Pemikir Pendidikan 5(1), hlm 59-78.



Nor Hanisah Kamaruzaman. (Isnin, 4 April 2016). Lahir guru serba boleh. Dilayari daripada



https://www.hmetro.com.my/node/127630. Diakses pada 13 Oktober 2019.



Norhiza Mohd Salleh, and Faridah Nazir, and Farah Mukhtar. (2014). Pemupukan kemahiran insaniah melalui Kursus Bina Insan Guru dalam kalangan siswa guru Institut Pendidikan Guru. Jurnal Personalia Pelajar (17), hlm 9-17.



Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkifli Mahayudin dan Zakiah Noordin (2016). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.



6.0 Lampiran Hari Pertama



10



11



12



13



14



Hari Kedua



15



16



17



Hari Ketiga



18



19



20



Hari Keempat



21



22



23



24



25



26



Hari Kelima



27



28