Laporan Reflektif Lestari [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

TUGASAN 3 : Penulisan Reflektif Gaya hidup lestari adalah gaya hidup mesra alam yang perlu diaplikasi dalam semua aktiviti kita seharian. Ini bermakna kehidupan lestari diasaskan kepada amalan dan gaya hidup sesuai dengan keperluan generasi sekarang dan akan dating. Gaya hidup yang lestari harus dijadikan struktur hidup baru bagi semua golongan terdiri daripada individu, komuniti, Negara dan dunia. Amalan hidup dan perubahan sikap manusia amatlah diperlukan bagi merealisasikan gaya hidup lestari. Oleh itu, gaya hidup lestari perlulah diterapkan dalam kehidupan harian dan diaplikasikan di kediaman masing-masing. Perkara ini kerana hasil kajian-kajian sebelum ini menunjukkan



tahap



kesedaran



alam



sekitar



masyarakat Malaysia masih berada



pada tahap yang rendah jika dibandingkan dengan negara maju seperti Jepun, Denmark dan Jerman (Jabatan Alam Sekitar Malaysia 1997). Salah satu cabaran besar dalam kehidupan manusia dan masyarakat moden khususnya di bandar ialah pengurusan persekitaran terutamanya pengurusan sisa pepejal atau sampah sarap buatan manusia agar kualiti hidup terpelihara dan kehidupan menjadi lebih selesa dan sejahtera. Pengurusan sisa pepejal satu keperluan dalam usaha untuk melindungi alam sekitar dan menjamin kelestarian serta kualiti hidup masyarakat. Sisa pepejal merupakan hasil buangan daripada aktiviti sosio- ekonomi manusia yang mempunyai sifat kotor dan dianggap tidak berguna dan pengurusan sisa pepejal adalah antara masalah utama yang di hadapi oleh kebanyakan bandar di negara membangun (Hasnah, et.al, 2012). Sebagai suatu bahan atau sumber yang tidak lagi digunakan kerana tidak mempunyai nilai ekonomi sebelum ia melalui proses akhir (Soew dan Indera, 2016 ). Antara kelebihan mengamalkan gaya hidup lestari di kawasan kediaman adalah mewujudkan suasana persekitaran yang bersih, cantik dan harmoni. Apatah lagi jika dihiasi dengan lanskap atau tanaman bunga-bungaan yang cantik dan menghijau. Tambahan pula, menggalakkan tanaman hijau. Kesannya, alam sekitar yang hijau dapat memberikan udara yang nyaman dan segar kepada penghuninya sekali gus dapat menghijaukan alam sekitar. Oleh hal demikian, kita digalakkan untuk menjaga persekitaran alam sekitar di kawasan kediaman kita dan salah satunya ialah menjaga persekitaran daripada sisa-sia pepejal. Antaranya jangan gunakan dan membuang beg plastik di kawasan kediaman kerana ianya memakan masa beratus tahun untuk mengurai dan reput. Gunakan bakul atau beg sendiri ketika membeli belah. Belilah produk mesra alam yang diiktiraf kerana ini menunjukan anda telah membantu mengurangkan beban kepada alam sekitar. Belilah barangan yang mempunyai bahan pembungkusan yang boleh diguna semula dan dikitar semula (kertas, kaca dan logam).



Pengasingan sampah yang dihasilkan di rumah patut dibuat. Dengan cara ini kita boleh mengumpul dan menjual barangan ini. Perkara ini dilakukan kerana ramai yang berpendapat bahawa jalan terbaik untuk mengatasi masalah alam sekitar adalah dengan mengubah sikap dan



amalan



seharian



masyarakat



dari



berfokuskan



kepentingan



diri



kepada



berfokuskan alam sekitar (Knap 1999; Callicott 2000). Selain itu, pengurusan sisa pepejal telah diswastakan dan dikendalikan oleh empat konsortium yang yang dilantik iaitu Alam Flora Sdn. Bhd (AFSB) (beroperasi di Wilayah Tengah/Timur), Northern Waste Industries (NWI) (beroperasi di Wilayah Utara), Southern Waste Management (SWM) (beroperasi di Wilayah Selatan) dan Eastern Waste Management (EWM) (beroperasi di Malaysia Timur) Penswastaan ini bermatlamat supaya perkhidmatan berkaitan pengurusan sisa pepejal menjadi lebih cekap dengan kos perkhidmatan yang lebih efektif selain berkemampuan menggunakan jentera yang lebih cekap serta disokong oleh pekerja yang berkemahiran tinggi (Utusan Online, 20 September 2011). Untuk kawasan kediaman saya di Kedah dikendalikan oleh Northern Waste Industries (NWI) (beroperasi di Wilayah Utara) iaitu mereka akan menyediakan tong sampah besar untuk orang kampung membuang sampah-sampah dari rumah mereka. Tong sampah yang disediakan berwarna hijau. Amalan 3R yang boleh diamalkan oleh pengguna adalah labelkan bekas kitar semula berdasarkan jenis bahan yang akan dikitar semula seperti 1 tong untuk kaca, 1 tong untuk aluminium dan plastik dan 1 tong untuk kertas. Selain itu, menggunakan barang yang lama seperti tayar-tayar buruk boleh digunakan sebagai pasu untuk tumbuh-tumbuhan dan pastikan air hujan tidak boleh bertakung untuk mengelakkan pembiakan nyamuk. Kebaikannya ialah ia dapat memerangkap haba untuk kegunaan tanah bagi tumbuh-tumbuhan. Bekas aiskrim boleh digunakan semula untuk menyimpan makanan dalam penyejuk beku, sebagai bekas biskut atau tepung atau boleh dijadikan sebagai bekas untuk krayon, pensil mainan atau warna. Pengguna dapat menggunakan semula kotak, reben-reben serta kertas pembalut yang masih berkeadaan baik untuk membalut buku atau hadiah-hadiah. Botol-botol plastik atau tin boleh digunakan dengan kreatif sebagai pemegang-pemegang atau aktiviti-aktiviti kraftangan. Hal demikian dapat mengurangkan sampah sarap di kawasan kediaman kita dan dapat mengelakkan berlakunya bencana alam serta dapat mengurangkan kos dengan mengitar semula sisa-sisa pepejal



Kesimpulannya, pengguna yang bijak mampu melakukan banyak perkara untuk membantu melindungi alam sekitar dan sekali gus membantu diri sendiri dalam menjaga kesihatan diri. Perkara paling mudah yang boleh dilakukan adalah mengekalkan gaya hidup yang mampan. Dengan mengamalkan 3R iaitu mengurangkan, menggunakan semula dan kitar semula bahan-bahan yang terdapat di kediaman rumah kita dapat mengelakkan pembaziran sumber-sumber alam semula jadi. Ini dapat menyelamatkan sumber yang tidak terhingga nilainya untuk kegunaan masa hadapan serta mengurangkan jumlah sisa-sisa buangan. Walaupun di mana jua kita berada, kita hendaklah mengetahui tempat letaknya pusat kitar semula supaya kita boleh menjadikan amalan kitar semula sebagai sebahagian daripada rutin harian anda.