Latihan Bahasa Standard 4&5 Jawapan [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

MODUL BAHASA MELAYU STANDARD



Contoh soalan: Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis petikan tersebut semula dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Setelah datang kepada Patih Gajah Mada, Kcrtala Sari pun duduk menyembah. Maka kata Patih Gajah Mada. "Hai anakku Kertala Sari, sebab aku menyuruh memanggil anakku ini, kerana pesan bapamu kepada aku, "Jangan tiada dikasihi anakku ini," kerana bapamu sudahlah mati dengan pekerjaan Seri Betara. Akan sekarang anakku hendak dijadikan penggawa agung.” Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan, dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia [6 markah] Soalan 4 – Bahasa Melayu Standard Markah Deskripsi 6 Isi lengkap, mengikut urutan dan ayat gramatis



5-6



Isi lengkap, mengikut urutan dan ayat kurang gramatis 3-4 Isi tidak lengkap, mengikut urutan dan ayat gramatis Isi tidak lengkap, mengikut urutan dan ayat tidak gramatis Ayat disalin bulat-bulat/ Isi tidak mengikut urutan/ salah fakta



1-2 0



Cadangan jawaban: Apabila Kertala Sari berjumpa dengan Patih Gajah Mada, dia pun duduk menghormatinya. Patih Gajah Mada pun berkata "Wahai Kertala Sari aku memanggil kamu datang kerana ada amanat daripada bapa kamu, "Jangan kamu tidak dididik diasuh/dijaga," setelah bapa kamu sudah mati kerana menjalankan perintah/arahan Seri Bentara. Sekarang ini kamu akan dijadikan penggawa/ketua kampung / penghulu yang ternama.” [Maksimum : 6 markah] 1



MODUL BAHASA MELAYU STANDARD



Fahami kosa kata klasik Teks Kepimpinan Melalui Teladan KLASIK



MODEN



1. hamba



Hamba/saya



2. pakanira



Engkau/tuan hamba



3. bertitah



berkata



4. murka



marah



5. kurnia



belas kasihan/timbang rasa/kasih



6. junjung



terima



7. pustaka



Kitab ramalan/jampi



8. kepetangan



Licik/handal/pandai membuat helah



9. alah



Kalah/tewas



10. penjurit



Pencuri/penjarah/askar upahan/pejuang



11. gemeretak



Bunyi bising (seperti hujan menimpa atap)



12. firasat



ramalan



13. teririk



terpijak



14. syahwat



Alat sulit/kemaluan



15. karar



Tenteram/aman



16. afwah



Tuah/orang yang keramat



17. bahana



Bunyi bising yang tak keruan/riuh-rendah



18. diirisnya



dipotong



19. endah



Ada/mempunyai minat



20. kula



Patik/saya



21. melampar



Tidak tersusun/berserak-serak, bertebaran



22. mong-mongan



Canang/gong kecil



23. perlente



Penjahat/pencuri



24. radak-meradak



Tusuk-menusuk/tombak-menombak



25. tanpa kedep tembung laku Kurang ajar/tidak mengendahkan orang, bahasa dan laku 26. penggawa agung



Penggawa/ketua kampung/penghulu/ternama/terkenal



27. persalin



Persalinan/pakaian



28. kecurian



Mengalami kecurian/mangsa curi



29. kemalu-maluan



malu



30. empunya



Tuan punya 2



MODUL BAHASA MELAYU STANDARD



Fahami kosa kata klasik Teks Burung Terbang Dipipiskan Lada KLASIK



MODEN



1. gundik



Perempuan simpanan



2. terpermanai



Sangat banyak



3. fiil



perangai



4. hisab



nasib



5. puan



bekas



6. bertanak



memasak



7. berkenan



setuju



8. berbelah



Terbahagi dua/berbalah



9. senantiasa beringgit



Selalu bergaduh



10. cula



Ubat kuat



11. olang-oleng



Terumbang-ambing



12. lasykar



askar



13. keramat



tuah



14. mohon patik



setuju



15. berasal



berpangkat



16. di bawah angin



Negeri-negeri di Timur



17. berjalan darat



Mengikut laluan darat



18. jangan kemakanan matanya



Jangan dibiarkan mata pedang tumpul



19. dicerca



dihina



20. berkisar



bergerak



21. kedengaran khabar



Mendapat berita



22. gila-gila bahasa



Sedikit gila



23. tambati puntung api



Menambat kayu api



24. delapan ratus sum



800 kapal



25. dewal orang berzikir



Tembok/dinding



26. melaka tiada alah



Melaka tidak kalah



27. menyembah



menghormati



28. seraya



lalu



29. ditalak baginda



Diceraikan oleh baginda



30. tiada terbilang



Tidak terkira



3



MODUL BAHASA MELAYU STANDARD



PROSA TRADISIONAL TINGKATAN 4 (KEPIMPINAN MELALUI TELADAN) MUKA SURAT 27 Alkisah maka tersebutlah perkataan Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada dan peri mengatakan penjurit ketujuh bercakap kepada Seri Betara dan Patih Gajah Mada hendak mengalahkan negeri Melaka itu dengan seorang dirinya, peri mengatakan tatkala Laksamana membunuh penjurit tujuh bersaudara di Bukit Cina itu. Berapa lamanya didengar oleh Patih Gajah Mada penjurit yang tujuh bersaudara yang dititahkan Seri Betara pergi ke Melaka itu sudah mati. Maka Patih pun hairan. Maka Patih Gajah Mada pun fikir dalam hatinya. ‘Adapun negeri Melaka itu sukar binasa maka puas hatiku. Adapun seperti khabar penjurit tujuh bersaudara yang di Bukit Cina itu, jika tiada ia mati, nescaya alahlah Melaka itu. Mengikut cerita, Seri Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada serta peri mengatakan bahawa ketujuh-tujuh askar upahan bercakap kepada Seri Betara dan Patih Gajah Mada bahawa mereka hendak mengalahkan negeri Melaka itu dengan sendirinya, peri mengatakan perkara itu semasa Laksamana membunuh tujuh orang askar upahan bersaudara di Bukit Cina itu. Tidak berapa lama kemudian didengar oleh Patih Gajah Mada bahawa askar upahan tujuh bersaudara yang dititahkan oleh Seri Betara pergi ke Melaka itu sudah mati. Patih berasa hairan. Patih Gajah Mada berfikir di dalam hatinya. Sekiranya negeri Melaka yang kuat itu berjaya dibinasakan puas hatinya. Seperti khabar askar upahan tujuh bersaudara di bukit Cina itu jika mereka tidak mati, sudah pasti kalahlah Melaka itu.



Setelah sudah ia fikir, maka Patih Gajah Mada pun ingat akan Petala Bumi itu. Maka Patih Gajah Mada pun segera menyuruh kepada bini Petala Bumi bertanyakan anaknya yang bernama Kertala Sari pergi mencuri ke Daha itu, sudahkah datang dari Daha atau belumkah. Maka orang Patih Gajah Mada pun pergilah kepada bininya Petala Bumi. Setelah habis berfikir, Patih Gajah Mada teringat akan Petala Bumi. Patih Gajah Mada segera menyuruh isteri Petala Bumi bertanyakan anaknya yang bernama Kertala Sari yang pergi mencuri ke Daha itu, sudah pulang dari Daha atau belum. Pengikut Patih Gajah Mada pergi berjumpa dengan isteri Petala Bumi.



MUKA SURAT 28 Tatkala itu Kertala Sari sudah datang dari Daha, terlalu banyak beroleh harta daripada emas dan perak dan pakaian dan pitis berpuluh-puluh juta dan orang banyak dicurinya. Setelah sudah Kertala Sari datang ke rumahnya, maka ia pun bertanya kepada ibunya “Hai ibuku, ke mana pergi bapaku, maka tiada aku lihat ini?” Ketika itu Kertala Sari sudah pulang dari Daha, terlalu banyak mendapat harta daripada emas, perak, pakaian dan wang berpuluh-puluh juta milik orang yang dicurinya. Setelah Kertala Sari pulang ke rumahnya, dia bertanya kepada ibunya, "Wahai ibuku, ke mana pergi bapaku kerana aku tidak melihatnya?"



4



MODUL BAHASA MELAYU STANDARD



Setelah sudah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, maka ibunya pun menangis, seraya berkata, “Hai anakku,yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu,bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.” Setelah Kertala Sari mendengar Kata ibunya demikian itu, maka Kertala Sari pun terlalu marah, katanya, “Siapa menyuruh membunuh bapaku itu supaya negeri Majapahit ini habis kubinasakan?” Setelah ibunya mendengar kata-kata anaknya itu, ibunya menangis kemudian berkata "Wahai anakku bapamu telah mati dibunuh oleh seorang Melayu yang bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka." Setelah Kertala Sari mendengar kata-kata ibunya itu, Kertala Sari terlalu marah, katanya, "Siapa yang membunuh bapaku, jangan sampai negeri Majapahit ini habis kuhancurkan ?”



Maka oleh ibunya segala hal-ehwal dari mulanya datang kesudahnya diceritakannya pada anaknya. Setelah Kertala Sari mendengar ceritera ibunya demikian itu, maka Kertala Sari pun terlalu sangat amarahnya, “Ceh, Ratu Melaka dan Laksamana! Mati engkau olehku! Tanpa kedep tembung laku. Syahadan negeri Melaka pun habis kubinasakan. Jikalau tiada kuperbuat demikian, bukanlah aku anak penjurit yang berani dan kepetangan.” Seterusnya, ibunya menceritakan semua perkara dari awal hingga akhir kepada anaknya. Setelah Kertala Sari mendengar cerita ibunya itu, lalu kertala Sari sangat marah, "Ceh, Ratu Melaka dan Laksamana ! Matilah engkau sekelip mata di tanganku ! kurang ajar. Kemudian, negeri Melaka habis kumusnahkan. Jika aku tidak berbuat begitu, aku bukan anak askar upahan yang berani dan licik



Setelah sudah Kertala Sari berkata-kata demikian itu, maka orang penyuruh daripada Patih Gajah Mada itu pun datanglah. Maka dilihatnya Kertala Sari sedang berkata- kata dengan ibunya seperti laku orang berkelahi, Setelah dilihatnya oleh Kertala Sari orang datang itu, maka kata Kertala Sari kepada orang itu, “Siapa tuan hamba ini?" Setelah Kertala Sari berkata demikian, orang suruhan Patih Gajah Mada pun datang. Kertala Sari sedang bercakap dengan ibunya seperti orang bergaduh. Setelah Kertala Sari melihat orang suruhan tersebut, Kertala Sari bertanyakan kepada orang itu, “Siapakah tuan hamba ini?”



Maka kata orang itu, “Manira ini disuruhkan oleh Patih Gajah Mada melihat pakanira, sudahkah datang dari Daha atau belumkah, kerana Patih Gajah Mada hendak bertemu dengan manira.” Maka Kertala Sari segera mengambil kerisnya lalu berjalan diiringkan oleh orang itu, Orang itu berkata, “Patih Gajah Mada menyuruh saya melihat kamu/engkau sama ada sudah datang atau belum dari Daha, kerana Patih Gajah Mada hendak bertemu dengan saya.” Kertala Sari segera mengambil kerisnya lalu berjalan beriringan dengan orang itu, 5



MODUL BAHASA MELAYU STANDARD



MUKA SURAT 29 Setelah datang kepada Patih Gajah Mada, Kertala Sari pun duduk menyembah. Maka kata Patih Gajah Mada, “Hai anakku Kertala Sari, sebab aku menyuruh mernanggil anakku ini, kerana pesan bapamu kepada aku. 'Jangan tiada dikasihi anakku ini,' kerana bapamu sudahlah mati dengan pekerjaan Seri Betara. Akan sekarang anakku hendak dijadikan penggawa agung." Apabila datang kepada Patih Gajah Mada, Kertala Sari duduk menghormatinya. Patih Gajah Mada berkata, “Wahai anakku Kertala Sari, aku meminta kamu datang kerana bapamu telah berpesan kepadaku. ‘janganlah tidak dikasihi anakku ini’ kerana bapamu telah mati kerana menjalankan tugas Seri Betara. Sekarang, engkau akan dilantik sebagai ketua kampung/penguhulu/penggawa yang terkenal.”



Setelah Kertala Sari mendengar kata Patih Gajah Mada itu, maka Kertala Sari pun terlalu sukacita hatinya, seraya menyembah kaki Patih Gajah Mada. Maka sembah Kertala Sari, "Endah apatah pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu? Pada hati manira, jika negerinya pun dapat manira alahkan dengan seorang kula juga, syahadan segala anak bininya orang Melaka itu pun dapat manira ambil. Adapun jika belum manira bunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu belum mati, tiada mahu manira jadi penggawa." Setelah Kertala Sari mendengar kata Patih Gajah Mada, Kertala Sari terlalu gembira hatinya, lalu menyembah kaki Patih Gajah Mada. Setelah itu, Kertala Sari memberikan hormat. “Saya tidak kisah akan pekerjaan/tugas membunuh Ratu Melaka dan Laksamana? Pada hati saya, jika negerinya dapat saya kalahkan dengan seorang diri, semua anak isteri orang Melaka pun dapat saya ambil. Jika saya belum membunuh Ratu Melaka dan Laksamana belum mati, saya tidak mahu menjadi ketua kampung.



Setelah patih Gajah Mada mendengar demikian itu maka ia pun terlalu sukacita, seraya diperjamunya makan minum dan bersuka-sukaan dan diberinya persalin. Setelah sudah maka Kertala Sari pun dibawanya rnasuk menghadap Seri Betara. Maka sembah patih Gajah Mada, "Adapun penjurit tujuh orang yang dititahkan oleh paduka Betara pergi ke Melaka itu khabarnya sudah mati dibunuh oleh Laksamana ketujuhnya. Setelah Patih Gajah Mada mendengar keadaan itu lalu dia berasa sangat gembira, sambil dijamu dengan makanan, minuman dan bergembira serta diberikan pakaian. Setelah selesai, Kertala Sari dibawa masuk menemui Seri Betara. Lalu sembah Patih Gajah Mada, “Tujuh orang pahlawan yang disuruh oleh Paduka Betara pergi ke Melaka dikhabarkan telah mati dibunuh oleh Laksamana.” 6



MODUL BAHASA MELAYU STANDARD



Sebermula negeri Melaka pun sedikit alah olehnya. Akan sekarang baharulah patik beroleh penjurit terlalu kepetangan; inilah penjuritnya. Kertala Sari namanya, anak Petala Bumi yang dipesan oleh bapanya kepada patik.” Setelah Seri Betara mendengar sembah Patih Gajah Mada demikian itu, maka titah Seri Betara, “Hai Kertala Sari, dapatkah engkau kutitahkan membunuh Ratu Melaka dan hulubalang yang bernama Laksamana itu?” Sejak mula lagi negeri Melaka memang sukar untuk dikalahkan. Sekarang patik telah mendapat askar upahan yang sangat licik; inilah dia. Namanya Kertala Sari, anak kepada Petala Bumi yang diamanahkan oleh ayahnya kepada patik.” Setelah Seri Betara mendengar Patih Gajah Mada menyembah demikian itu, Seri Betara bertitah, “Wahai Kertala Sari, bolehkah engkau kuperintahkan untuk membunuh Ratu Melaka dan hulubalang Melaka yang bernama Laksamana itu?”



MUKA SURAT 30 Maka sembah Kertala Sari, “Daulat tuanku andika Betara, endah apatah pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu, sedang negeri Daha patik alahkan?” Setelah Seri Betara mendengar cakap Kertala Sari itu, maka titah Seri Betara, “Segeralah kau pergi ke Melaka itu Kerajaan seperti cakapmu itu supaya engkau kujadikan penggawa agung,” Kertala Sari menyembah, “Daulat tuanku andika Betara, apa yang perlu dirisaukan dengan tugas membunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu, sedangkan negeri Daha pun dapat patik kalahkan?” Setelah Seri Betara mendengar kata-kata Kertala Sari itu, Seri Betara bertitah, “pergilah kau segera ke Kerajaan Melaka itu seperti yang engkau beritahu supaya aku dapat melantik engkau menjadi penggawa yang terkenal,”



Maka sembah Kertala Sari, “Jikalau tuanku hendak menithkan patik aji, baiklah segera patik suruh hantarkan ke Melaka dengan sebuah perahu supaya patik segera kerjakanseperti titah paduka Betara itu.” Maka titah Seri Betara, “Hai Patih Gajah Mada, segeralah suruh hantar ke Melaka.” Maka Patih Gajah Mada pun berlengkap sebuah perahu dengan sepuluh orang sertanya yang pergi. Setelah sudah lengkap maka Kertala Sari pun belayarlah.



Kertala Sari menyembah, “Sekiranya tuanku hendak menitahkan patik aji, sediakanlah sebuah perahu untuk patik supaya dapat menjalankan tugas dengan segera seperti titah paduka Betara itu.” Seri Betara bertitah, “Wahai Patih Gajah Mada, sediakan dengan segera kelengkapan untuk ke Melaka.” Patih Gajah Mada pun menyediakan sebuah perahu yang lengkap dengan sepuluh orang pengikut.. Setelah segala persiapan lengkap Kertala Sari belayar ke Melaka. 7



MODUL BAHASA MELAYU STANDARD



Berapa lamanya maka Kertala Sari pun sampailah ke Melaka. Maka ia pun singgah di luar kota pada kampung segala Jawa yang banyak itu. Maka Kertala Sari pun menyamarkan dirinya kepada segala Jawa yang banyak itu. Maka Kertala Sari pun sedia kala berjalan keluar masuk bermain-main segenap kampung orang kaya-kaya dan saudagar. Tidak lama kemudian Kertala Sari pun sampai ke Melaka. Dia singgah di luar kota perkampungan masyarakat orang Jawa. Kertala Sari menyamar menjadi orang Jawa yang ramai tinggal di situ. Kertala Sari bebas berjalan ke sana dan ke sini di seluruh pelosok kampung orang-orang kaya dan saudagar-saudagar.



Setelah diketahuinya, maka Kertala Sari pun masuk menyamar pada orang Patih Kerma Wijaya. Tatkala itu Kertala Sari pun masuk seorangnya mengikut Patih Karma Wijaya pergi mengadap sama dengan Jawa yang banyak itu. Maka oleh Kertala Sari segala hulubalang yang mengadap sama-sama itu dilihatmya seorang kepada seorang. Maka Kertala Sari pun pandang pada Laksamana; maka ia pun fikir dalam hatinya, “Dialah gerangan hulubalang Ratu Melaka yang bernama Laksamana itu. Jikalau demikian lakunya, sungguhlah ia dapat membunuh bapaku, kerana ia penjurit besar lagi kepetangan. Setelah diketahuinya, Kertala Sari masuk menyamar menjadi orang suruhan Patih Karma Wijaya. Ketika itu, Kertala Sari masuk seorang diri mengikut Patih Karma Wijaya untuk berjumpa dengan orang Jawa yang ramai itu. Kertala Sari melihat semua hulubalang yang datang seorang demi seorang. Kertala Sari terpandang Laksamana dan Kertala Sari berfikir di dalam hatinya, “Dialah hulubalang Ratu Melaka yang digelar Laksamana itu. Sekiranya itulah Laksamana, tidak hairan dia boleh membunuh bapaku kerana dia seorang askar yang gagah dan licik/hebat.



MUKA SURAT 31 Setelah sudah ia fikir demikian, maka Kertala Sari pun dilihat pula perihal penghadapan dan tempat orang bertunggu raja itu. Setelah dilihatnya ratalah, maka Kertala Sari pun kembali pada tempatnya singgah itu, maka ia pun berjalanlah mencari tempat akan menaruh harta. Maka dilihatnya oleh Kertala Sari ada sebuah bukit di luar kota itu. Maka ia pun pergi ke atas bukit itu. Maka dilihatnya tempat Itu terlalu baik menaruh harta. Maka ia pun berjalanlah turun dari Bukit Cina itu. Setelah berfikir, Kertala Sari melihat ke hadapan iaitu di tempat orang menunggu raja. Setelah dilihatnya tempat itu kosong, Kertala Sari pun kembali semula di tempat persinggahannya itu lalu dia pun berjalan mencari tempat untuk menyimpan harta. Kemudian Kertala Sari melihat sebuah bukit di luar kota itu. Dia kemudiannya pergi ke atas bukit itu. Kertala Sari merasakan tempat itu sesuai untuk dia menyimpan harta. Dia pun berjalan turun dari Bukit Cina itu.



Berapa lamanya hatta hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun bersikap dirinya; maka lalu berjalan masuk ke dalam kota. Maka ia masuk ke rumah seorang saudagar yang kaya. Maka dilihat oleh Kertala Sari saudagar itu lagi makan nasi laki isteri. Maka Kertala Sari pun masuk 8



MODUL BAHASA MELAYU STANDARD



makan bersama-sama dengan saudagar itu. Hatta setelah jauh malam, maka saudagar itu pun masuk tidur. Maka oleh Kertala Sari dicurinya segala harta saudagar itu sekuasa-kuasa ia membawa dan bini saudagar itu pun dicabulinya. Maka ia pun kembali pada tempatnya singgah itu. Setelah beberapa lama, hari pun malam. Kertala Sari pun menyiapkan diri lalu memasuki kota. Kertala Sari memasuki rumah saudagar kaya. Lalu Kertala Sari melihat saudagar kaya sedang makan dengan isterinya. Dia pun duduk makan dengan saudagar dan isterinya. Setelah larut malam, saudagar itu pun tidur. Kertala Sari mencuri semua harta saudagar semampunya dan mencabuli/menodai isteri saudagar tersebut. Kertala Sari balik ke tempat persinggahannya itu.



Maka hari pun sianglah. Maka saudagar itu pun gemparlah mengatakan dirinya kecurian. Hatta maka hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun masuk mencuri pula sebuah rumah saudagar yang lain. Setelah sudah banyaklah ia beroleh harta, maka ia pun kembali pada tempatnya pula. Dengan demikian habislah segala harta saudagar yang kaya-kaya itu dicurinya. Maka segala saudagar dan orang kaya-kaya itu pun masuk menghadap raja berdatang sembah, “Ya tuanku, patik mohonkan ampun, Adapun patik sekalian ini habis kecurian tinggal sehelai sepinggang.” Setelah baginda mendengar sembah orang itu, maka baginda pun terkejut seraya menamparnampar pahanya. Maka titah baginda, “Wah, datanglah pula bala atas negeriku!” Setelah hari siang, saudagar menjerit mengatakan hartanya telah dicuri. Hari pun menjelang malam. Kertala Sari memasuki rumah saudagar yang lain dan mencuri harta benda. Kertala Sari banyak memperoleh harta lalu kembali ke tempatnya. Hal ini telah menyebabkan semua harta benda saudagar-saudagar yang kaya telah dicurinya. Semua saudagar yang kecurian harta benda menghadap raja secara hormat, “Ya, Tuanku, ampunkan patik, semua harta kami telah dicuri sehingga hanya tinggal sehelai sepinggang.” Setelah baginda mendengar aduan golongan saudagar kaya, baginda terkejut lalu menampar-nampar paha baginda. Baginda bertitah, “Aduh, malang menimpa negeri beta!”



MUKA SURAT 32 Baiknya ada Laksamana: jikalau Laksamana kuutuskan ke negeri orang, binasalah negeri ini.” Maka baginda pun bertitah kepada Temenggung ,”Hai Temenggung , suruh orang berkawal dan segala saudagar berkawal pada kampungnya!’’ Maka Temenggung pun menyuruhkan orangnya berkisah orang kaya-kaya dan saudagar berkawal pada kampungnya. Setelah hari malam, maka Temenggung pun menyuruh orangnya berkawal, terlalu banyak dengan lembing perisai dan segala saudagar pun masing-masing berkawal pada kampungnya. Nasib baik ada Laksamana; jikalau Laksamana beta utuskan ke negeri orang, pasti binasalah negeri ini.” Kemudian baginda pun bertitah kepada Temenggung, “Wahai Temenggung, suruh orang berkawal dan semua saudagar juga berkawal di kampung masing-masing!” Lalu 9



MODUL BAHASA MELAYU STANDARD



Temenggung pun menyuruh orangnya memberitahu orang kaya-kaya dan saudagar supaya berkawal di kampung masing-masing. Setelah hari malam, Temenggung pun menyuruh orangnya berkawal, terlalu banyak orang membawa lembing dan perisai bersama-sama dan semua saudagar pun berkawal di kampung masing-masing.



Sebermula maka Kertala Sari pun masuk ke dalam. Maka dilihatnya oleh Kertala Sari orang berkawal terlalu banyak dengan alat senjatanya. Maka Kertala Sari pun membaca pustakanya lalu berjalan di tengah orang banyak itu. Maka ia pun pergi ke rumah seorang kaya. Maka dicurinya harta yang kemas-kemas itu lalu dibawanya kembali dan bini orang kaya-kaya itu dicabulinya. Maka ia pun kembali ke tempatnya. Pada mulanya Kertala Sari pun masuk ke dalam kota. Kemudian dilihat oleh Kertala Sari orang berkawal terlalu banyak berserta dengan senjata masing-masing. Kemudian Kertala Sari pun membaca kitabnya lalu dia berjalan di tengah-tengah orang yang ramai itu. Dia pun pergi ke sebuah rumah orang kaya. Dicurinya harta yang tersimpan itu lalu dibawanya pulang dan isteri orang kaya-kaya itu dicabulinya. Dia pun pulang ke tempatnya semula.



Setelah hari pun siang maka orang kaya-kaya itu pun datang menghadap raja megadukan halnya kecurian semalam itu. Maka baginda pun hairan serta bertitah pada Temenggung. “ Hai Temenggung, tiadakah menyuruhkan orangnya berkawal tadi?” Maka sembah Temenggung, “ Daulat tuanku Syah Alam, patik menyuruh orang berkawal semalam tadi, seorang pun tak bertemu. Patik hamba itu pun hairanlah akan penjurit itu.” Maka titah baginda, “ Apatah sebabnya maka dapat dicurinya oleh penjurit itu?” Setelah siang, orang kaya-kaya itu pun pergi menghadap raja untuk mengadukan hal kecurian semalam. Baginda berasa hairan serta bertitah kepada Temenggung. “ Wahai Temenggung, tidakkah menyuruh orang berkawal tadi?” Lalu Temenggung menyembah, “ Daulat tuanku Syah Alam, patik ada menyuruh orang berkawal pada malam tadi, namun tiada sesiapapun yang ditemui. Patik berasa hairan dengan penjurit itu.” Lalu baginda bertitah, “ Apakah sebabnya askar upahan itu berjaya mencuri?”



Maka baginda pun murka sedikit akan Temenggung. Maka baginda pun menyuruh memanggil Laksamana: Laksamana pun segera datang lalu duduk menyembah. Maka titah baginda,” Hai kekasihku Laksamana, datanglah bala ke atas negeriku dan banyaklah orang aku kecurian: masing-masing mengadukan halnya pada kita.” Baginda sedikit murka kepada Temenggung. Baginda pun menyuruh memanggil laksamana. Laksamana pun datang dengan segera lalu duduk menyembah. Baginda bertitah, “ Wahai kekasihku Laksamana, negeriku ditimpa bala dan banyak berlaku kecurian . Semua mengadu hal masing-masing kepada beta.” 10



MODUL BAHASA MELAYU STANDARD



MUKA SURAT 33 Maka sembah Laksamana, “Daulat tuanku, mohonkan ampun dan kurnia; adapun penjurit ini bukan penjurit negeri ini, penjurit negeri lain.” Maka titah baginda, “Apatah sebabnya maka dapat dicurinya oleh penjurit itu?” Maka sembah Bendahara. “Daulat tuanku Syah Alam, adapun pekerjaan berkawal itu pekerjaan Temenggung; apabila Temenggung tiada bercakap, Laksamana pula mengerjakan dia.” Laksamana pun menyembah,”Daulat tuanku, ampunkan patik dan mohon belas kasihan;sesungguhnya penjahat itu bukan berasal dari negeri ini tetapi dari negeri lain. Baginda bertitah,”Apakah yang menyebabkan penjahat itu dapat mencuri?” Bendahara menyembah,”Daulat tuanku Syah Alam, tugas berkawal itu merupakan tugas Temenggung;apabila Temenggung diam, Laksamana pula melakukan tugasnya.



Maka titah raja, “Pada malam ini Temenggung sendiri keluar berkawal.” Maka sembah Temenggung, “Daulat tuanku, patik sendiri masuk berkawal.” Maka Temenggung pun bermohon kembali ke rumahnya berkerah segala hambanya lima ratus orang dengan alat senjatanya. Raja pun berkata, “Pada malam ini temenggung sendiri akan keluar mengawal.” Temenggung memberi penghormatan sambil berkata, “ Daulat tuanku, patik/saya sendiri yang akan masuk mengawal.” Temenggung pun memohon untuk pulang ke rumahnya bersama lima ratus orang hambanya bersama senjata masing-masing.



Setelah hari malam maka Kertala Sari pun masuklah ke dalam kota. Maka didengarnya bunyi orang berkawal dan bunyi lembing perisai gemeretak. Maka Kertala Sari pun membaca pustakanya lalu ia berjalan pada tengah orang banyak itu lalu masuk ke rumah Bendahara. Maka dicurinya harta yang kemas-kemas lalu dibawanya kembali. Setelah hari siang maka Bendahara pun gemparlah mengatakan kecurian.



Setelah malam Kertala Sari pun masuk ke dalam kota. Dia mendengar bunyi orang berkawal dan bunyi lembing perisai gemeretak. Kertala Sari pun membaca kitab/jampinya lalu dia berjalan di tengah orang ramai itu lalu masuk ke rumah Bendahara. Dia mencuri harta dan barangan berharga lalu dibawanya pulang. 11



MODUL BAHASA MELAYU STANDARD



Setelah hari siang, Bendahara pun gemparlah mengatakan kecurian.



Maka Bendahara pun berdatang sembah, “Ya tuanku, patik mohonkan ampun, pada malam ini patik habis kecurian, habislah harta yang kemas-kemas.” Maka titah raja, “Hai Temenggung, tidakkah kita titahkan Temenggung sendiri pada malam berkawal? Mengapakah pada malam ini mamak Bendahara kecurian ini?” Bendahara pun datang menyembah, “Ya tuanku, patik mohon ampun, pada malam ini patik mengalami kecurian, habislah harta yang berharga/mahal-mahal.” Titah raja, “Wahai Temenggung, tidakkah kita/beta titahkan Temenggung sendiri berkawal malam tadi? Mengapakah pada malam ini mamak Bendahara masih mengalami kecurian ini?



Maka sembah Temenggung, “Ya tuanku, patik mohonkan ampun dan kurnia; adapun pada malam ini patik sendirinyalah berkawal. Pada segenap pintu dan rumah saudagar dan orang kaya-kaya patik sudah tunggui; maka seorang pun tiada bertemu dengan patik-patik itu. Temenggung menyembah, “Ya tuanku, patik memohon maaf dan belas kasihan; malam tadi patik sendiri turut mengawal. Segenap pintu dan rumah saudagar serta orang kaya telah dijaga: namun tiada seorang pun yang berjumpa dengan para pencuri tersebut.



MUKA SURAT 34 Maka Laksamana pun berdatang sembah, “Ya tuanku, adapun penjurit yang datang ini bukan barang - barang penjurit, lebih tahunya daripada patik. Jika ada derma kurnia, patik hendak memohon ke bawah duli hendak cuba, bermain dengan penjurit itu.” Maka titah raja, “Adapun Laksamana itu tiadalah dapat jauh daripada kita. Jikalau Laksamana pergi berkawal,siapa teman kita di istana ini? Yang kita harap hanyalah Laksamana.” Maka Laksamana pun berdiam dirinya mendengar titah raja demikian itu. Laksamana datang menyembah, “Ya tuanku, pencuri yang datang ini bukan pencuri biasa, dia lebih tahu daripada patik. Jika ada belas kasihan/izin, patik hendak memohon ke bawah duli hendak berlawan/menguji pencuri itu.” Raja bertitah, “Laksamana itu tidak boleh berada jauh daripada beta. Jika Laksamana pergi berkawal, siapa yang akan menemani beta di istana ini? Yang beta harap hanyalah Laksamana.” Laksamana hanya berdiam diri apabila mendengar titah daripada raja itu.



Hatta beberapa hari maka segala orang kaya-kaya dan saudagar itu pun habis kecurian; syahadan semuanya datang menghadap raja. Maka raja pun tiada terkata-kata lagi. 12



MODUL BAHASA MELAYU STANDARD



Maka sembah Laksamana, “Pada firasat patik, pada malam itu datang pula penjurit itu ke istana kita ini.” Maka titah raja, “Apa bicara kita supaya penjurit itu tiada beroleh masuk ke istan ini?” Setelah beberapa hari, semua orang kaya-kaya dan saudagar itu habis kecurian; Semuanya datang menghadap raja. Raja tidak dapat berkata-kata lagi Sembah Laksamana, “Pada firasat patik, pada malam ini datang pula pencuri itu ke istana kita ini.” Raja bertitah, “Apa rancangan kita supaya pencuri itu tiada dapat masuk ke istana ini”



Maka sembah Laksamana, “Daulat tuanku, ada suatu perbuatan; hikmat itu daripada penjurit yang tahu patik peroleh.” . Maka titah baginda, “Segeralah perbuat, kekasihku Laksamana, hikmat itu.” Maka sembah Laksamana, “Ya tuanku, pada malam ini lepaskanlah patik pergi berkawal, ‘tiada jauh.” Maka baginda bertitah, “Baiklah. Laksamana menyembah, “Daulat tuanku, ada suatu perbuatan; iaitu penghalang daripada pencuri itu yang patik tahu.” . Baginda bertitah, “Buatlah dengan segera, kekasihku Laksamana, penghalang itu.” Laksamana menyembah, “Ya tuanku, pada malam ini izinkan patik untuk pergi berkawal, ‘tidak jauh.” Baginda bertitah, “Baiklah.



Maka Laksamana pun menyuruh membawa segala senjata yang banyak-bayak itu, lembing dan tombak dan kayu. Maka diatur oleh Laksamana berkeliling istana itu. Maka dibubuhnya suatu hikmat, radak-meradak dan tetak-menetak sama sendirinya dan kayu itu pun palu memalu, terlalu gemuruh bunyinya. Laksamana mengarahkan orangnya supaya membawa semua senjata yang banyak, lembing, tombak dan kayu. Laksamana menyusun atur semuanya untuk mengelilingi istana itu. Diletaknya satu penghalang , radak-meradak dan tetak-menetak sesama sendiri dan kayu itu palu-memalu, terlalu kuat bunyinya.



Maka hari pun malamlah. Maka Laksamana memakai serba hitam lalu berjalan. Maka Kertala Sari pun masuklah. Maka dilihat oleh Laksamana seorang penjurit; maka Laksamana pun



13



MODUL BAHASA MELAYU STANDARD



berselindung pada suatu tempat. Maka Kertala Sari pun menyimpang pada tempat lain masuk mencuri Hari pun malam. Laksamana memakai pakaian serba hitam lalu berjalan. Kertala Sari masuk. Laksamana melihat seorang pencuri; Laksamana berselindung di satu tempat. Kertala Sari beralih arah ke tempat lain untuk masuk mencuri. MUKA SURAT 35 Maka dilihat oleh Laksamana seorang penjurit, maka Laksamana pun berselindung pada suatu tempat. Maka Kertala Sari pun menyimpang pada tempat yang lain masuk mencuri. Maka Kertala Sari pun fikir dalam hatinya hendak mencuri harta raja; apabila habislah harta raja itu maka ia pun hendak membakar serta mengamuk .”Adapun bini raja muda-muda itu kuambil akan biniku.” Dilihat oleh Laksamana seorang askar upahan, Laksamana bersembunyi di suatu tempat. Kertala Sari menyimpang di tempat yang lain dan masuk mencuri. Kertala Sari berfikir di dalam hatinya hendak mencuri harta raja ; Setelah habis harta itu dicurinya, dia bercadang hendak membakar dan mengamuk. “Isteri raja yang muda-muda itu akan diambil menjadi isterinya.”



Maka ia pun sampailah ke istana .Didengar bunyi gemuruh, maka dihampirinya: maka dilihatnya senjata dan kayu palu-memalu,tikam-menikam dan radak-meradak. Maka Kertala Sari pun hairan, berfikir dalam hatinya,”adapun hikmat ini bukan hikmat Melayu, hikmat penjurit Jawa yang tahu-tahu juga.” Kertala Sari sampai di istana. Terdengar bunyi gemuruh, dihampirinya: Dilihatnya senjata dan kayu palu- memalu, tikam-menikam dan radak meradak. Kertala Sari berasa hairan dan berfikir dalam hatinya, “ hikmat itu bukan hikmat orang Melayu tetapi hikmat askar upahan Jawa kerana hanya mereka sahaja yang tahu hikmat tersebut.” Maka diambil suatu kayu,maka disarungnya. Maka dipalu oleh kayu hikmat Laksamana itu gemuruh bunyinya. Maka didengarnya oleh orang berkawal bunyi kayu itu terlalu gemuruh. Maka ia pun hendak pergi mendapatkan, maka ia teringat akan pesan Laksamana: tiada diberinya bergerak,masing-masing pada tempatnya. Diambil suatu kayu, disarungkannya. Dipalu kayu hikmat oleh Laksamana itu kuat bunyinya. Didengarnya oleh orang berkawal bunyi kayu itu terlalu kuat. Dia pun hendak pergi melihatnya, lalu teringat akan pesan Laksamana: tiada diberinya bergerak, masing-masing pada tempatnya. Maka kata penjurit itu, “Apa tipunya aku masuk ini,kerana senjata itu ada bertikam.Jika aku masuk nescaya kalahlah aku oleh senjata ini?” 14



MODUL BAHASA MELAYU STANDARD



Maka penjurit itu pun kembali pula pergi pada tempat yang lain.Maka dicurinya lalu dibawanya pada tempat itu. Askar upahan itu berkata, “Apa muslihatnya aku masuk ke sini kerana senjatapun saling bertikam. Kalau aku masuk juga sudah tentulah aku kalah.” Askar upahan itu pergi pula ke tempat lain. Dicurinya di tempat itu pula.



Maka hari pun sianglah.Maka Laksama pun kembali.Maka kata Laksamana pada orang yang bertunggu itu, “Adakah tuan-tuan dengar bunyi kayu dan senjata itu lain daripada bunyi sedia kala?” Maka sahut orang itu, “ Adapun pada pendengaran sahaya, kayu itu memalu kayu lainlah.” Maka Laksamana pun melihat, sungguh . Maka Laksamana pun masuk menghadap. Maka titah raja, “Hai kekasihku, adakah bertemu dengan penjurit itu?” Hari telah siang. Laksamana telah pulang. Laksamana berkata kepada orang yang sedang menunggu itu, “Adakah tuan-tuan mendengar bunyi kayu dan senjata itu lain daripada bunyi sedia kala?” Orang itu menjawab, “ Pada pendengaran saya, kayu itu memalu kayu lain.” Laksamana telah datang melihat dan perkara itu benar. Kemudian Laksamana pun masuk menghadap. Raja bertitah, “ “Hai kekasihku, adakah bertemu dengan askar upahan itu?”



MUKA SURAT 36 Maka sembah Laksamana, “Daulat tuanku, tiada patik bertemu. Innsya-Allah Taala, kelak malam patik cuba main penjurit itu, dengan berkat arwah guru patik.” Maka raja pun diamlah. Setelah hari malam maka Kertala Sari pun memakai pakaian yang indah-indah dan memakai bau-bauan yang harum lalu masuk ke dalam kota, dalam hatinya, “Pada malam ini aku masuk membakar dan mengamuk, kerana harta orang Melaka itu pun habis aku curi.” Laksamana menyembah, “Daulat tuanku, tidak patik temui. Insya-Allah Taala, malam nanti patik cuba menguji pencuri itu, dengan restu arwah guru patik.” Kemudian raja pun diam. Pada sebelah malam, Kertala Sari memakai pakaian yang cantik dan bau-bauan yang wangi dan telah pergi ke kota, dia bermonolog, ‘Pada malam ini, aku akan masuk untuk membakar dan mengamuk kerana harta orang Melaka telah habis dicurinya.”



Sebermula maka Laksamana pun memakai pakaian penjurit. Maka Laksamana pun berjalanlah. Pada malam itu kelam-kabut dan hujan pun rintik-rintik. Maka Kertala Sari pun masuklah ke dalam kota. Maka Laksamana pun tidur di tengah pasar itu. Maka didengar oleh Laksamana kaki Kertala Sari itu terlalu gemuruh bahananya. Maka Laksamana pun tahulah akan Kertala Sari datang itu. Maka Kertala Sari pun berjalanlah ke tengah pasar itu. Maka tertendang kakinya pada tubuh Laksamana. 15



MODUL BAHASA MELAYU STANDARD



Pada mulanya, Laksamana memakai pakaian askar upahan. Laksamana pun berjalan. Malam itu agak kelam-kabut dan hujan rintik-rintik. Kertala Sari masuk ke dalam kota. Laksamana berbaring di tengah pasar itu.Laksamana mendengar kaki Kertala Sari itu terlalu kuat bunyinya. Laksamana tahu bahawa Kertala Sari datang. Kertala Sari berjalan ke tengah pasar itu. Kakinya tertendang pada tubuh Laksamana. Maka Kertala Sari pun berdirilah atas kepala Laksamana itu, katanya, “Teririk bangkai pula aku ini!” Adapun akan Laksamana tidur itu kerisnya sudah terhunus, lalu ia bangun melompat menikam dada Kertala Sari terus ke belakangnya. Maka Laksamana pun berkata, “Ceh, mati engkau olehku!” Kertala Sari berdiri di atas kepala laksamana dan berkata, “aku terpijak mayat” Ketika laksamana sedang terbaring, kerisnya sudah ditarik dari sarungnya, lalu berdiri dan melompat untuk menikam Kertala Sari di dada menembusi hingga ke belakangnya. Laksamana berkata, “Ceh, kamu akan dibunuh olehku”



Setelah Kertala Sari merasai luka itu, maka dihunusnya kerisnya pula mengusir Laksamana. Dua tiga langkah maka ia pun rebah terjerumus lalu mati. Maka oleh Laksamana dihirisnya syahwatnya diambilnya lalu ia kembali ke rumahnya. Setelah hari hampir siang maka orang pun lalu. Maka dilihatnya seorang perlente mati; maka segera dikeratnya telinga dibawa kepada raja, sembahnya, “Ya tuanku, inilah tandanya patik membunuh penjurit yang terlalu buas itu.” Setelah Kertala Sari merasai luka itu, dia mengeluarkan kerisnya dan menghalau laksamana. Dua atau tiga langkah, dia jatuh lalu mati. Laksamana memotong kemaluannya dan membawa pulang ke rumah. Setelah hari hampir siang ada seseorang melihat penjahat meninggal dunia lalu dia memotong telinganya dan dibawa kepada raja. Katanya, “ Ya tuanku, ini adalah buktinya patik telah membunuh askar upahan yang buas/ganas/kejam itu”.



MUKA SURAT 37 Maka datang pula seorang lagi, dikeratnya kepala, lalu dibawa menghadap raja katanya, “Inilah tandanya patik membunuh penjurit pada malam tadi.” Dengan demikian habislah kaki tangan Kertala Sari dikeratnya dibawanya kepada raja. Maka baginda pun menjadi hairan. Maka titah baginda kepada Bendahara, “Ayo mamak Bendahara, kita pun hairan kelakuan ini. Siapakah juga yang sungguh ini?” 16



MODUL BAHASA MELAYU STANDARD



Seorang lagi datang, dikerat kepalanya, dibawa menghadap raja dan berkata, “Inilah bukti bahawa patiklah yang membunuh askar upahan pada malam tadi.” Dengan demikian, semua kaki dan tangan Kertala Sari dikerat dan dibawanya kepada raja. Baginda menjadi hairan. Baginda bertitah kepada Bendahara, “Wahai Mamak Bendahara, beta berasa hairan dengan perlakuan ini. Siapakah yang sebenarnya bercakap benar?”



Maka sembah Bendahara, “Ya tuanku, pada bicara patik dua pertandaan lagi, maka sungguh; tambahan Laksamana belum datang.” Seketika lagi maka Laksamana pun datang membawa syahwat dan keris Kertala Sari. Maka sembah Bendahara, “Inilah, tuanku pertandaan yang sungguh. Pada bicara patik, jika lain daripada Laksamana, tiada akan dapat membunuh penjurit itu. Jangankan membunuh dia, menentang matanya pun tiada dapat.” Maka segala mereka itu pun masing-masing tunduk kemalu-maluan, lalu kembali. Sembah Bendahara, “Ya tuanku, pada pendapat patik terdapat dua petanda lagi, sungguh; tambahan pula Laksamana belum datang.” Tidak beberapa lama kemudian, Laksamana pun datang membawa alat sulit dan keris Kertala Sari. Bendahara menyembah, “ Inilah bukti yang sebenarnya. Pada pendapat patik, selain daripada Laksamana, tidak ada sesiapapun yang akan dapat membunuh askar upahan itu. Jangankan membunuh Kertala Sari, bertentang matanya pun tidak dapat. Semua orang masing-masing tertunduk malu lalu beredar.



Maka titah baginda, “Bagaimana tipu Laksamana maka dapat membunuh penjurit itu?” Maka diceritanya segala hal-ehwalnya. Maka baginda pun hairan terlalu sukacita. Maka baginda pun memberi anugerah akan Laksamana. Maka sembah Laksamana, “Ya tuanku, baiklah titahkan segala rakyat berangkut segala harta itu.” . Baginda bertitah,"apakah helah yang digunakan oleh Laksamana sehingga dapat membunuh askar upahan itu? "Laksamana lalu menceritakan segalanya.Baginda berasa hairan tetapi pada masa yang sama berasa terlalu gembira. Baginda lalu memberikan anugerah kepada Laksamana.Laksamana tunduk hormat dan berkata,"Wahai tuanku,lebih baik tuanku menitahkan agar semua rakyat dapat mengangkut semua harta itu.



Maka titah raja pada Tun Kasturi, “Pergilah Bentara menghadapi orang mengangkut segala harta dan kerahkan segala orang mengangkut harta itu.” 17



MODUL BAHASA MELAYU STANDARD



Maka Bentara pun menyembah lalu pergi dengan rakyat mengangkut segala harta itu di Bukit Cina. Maka harta itu pun terlalu banyak. Maka segala harta itu ditimbunkan di halaman balairung, tujuh hari tujuh malam berangkut segala harta itu. Raja bertitah kepada Tun Kasturi,”pergilah Bentara mencari orang untuk mengangkut semua harta itu dan kerahkan mereka untuk mengangkutnya”. Bentara tunduk hormat lalu pergi bersama rakyat yang membawa semua harta di Bukit Cina.Harta itu terlalu banyak. Semua harta itu dikumpulkan di halaman balairung, tujuh hari tujuh malam tempoh untuk mengangkut semua harta itu.



MUKA SURAT 38 Setelah sudah maka sembah Laksamana, “Baik juga Duli Yang Dipertuan menitahkan orang memalu mong-mongan suruh mari mengenal hartanya.” Maka baginda pun bertitah pada Temenggung menyuruh orang memalu mong-mongan. Maka dipalu oranglah berkeliling negeri. Maka segala orang yang kehilangan itu pun semuanya berhimpun masuk ke dalam pergi mengenal segala harta, seorang pun tiada tinggal. Maka kata seorang, “Ini harta patik, tuanku.” Selepas itu, sembah Laksamana, “Eloknya/ Baiknya jika Duli Yang Dipertuan menitahkan orang memalu /memukul gong untuk menyuruh rakyat datang mengenal pasti / mengecamkan harta masing-masing.” Baginda pun menitahkan Temenggung untuk menyuruh pengikut/ orang bawahan/ orang memalu /memukul gong. Gong dipalulah / dipukullah orang di sekitar negeri. Semua orang yang kehilangan harta benda itu masuk ke dalam istana dan berhimpun untuk mengenal pasti/ mengecamkan semua harta benda itu dan tiada seorang pun yang tertinggal Kata salah seorang,”Ini harta patik,tuanku.”



Maka seorang, “Ini pun ia harta patik, tuanku.” Maka kata seorang, “Ini tuanku benda patik.” Kata seorang, “Ini bantal patik, tuanku.” Setelah habislah dikenalinya segala yang empunya, maka titah raja, ”Hai segala kamu sekalian, hendaklah segala harta ini dibahagi tiga, dua bahagi akan Laksamana, sebahagi akan orang yang empunyanya harta, kerana harta ini sudahlah hilang beroleh akan Laksamana.” Seorang berkata, “ ini harta patik, tuanku.” seorang lagi berkata ‘“ ini barang patik tuanku”. seorang lagi berkata, “ ini bantal patik tuanku.” Setelah selesai mengenali barang masing-masing, lalu raja bertitah, “Wahai rakyat sekalian, semua harta ini hendaklah dibahagi kepada tiga iaitu dua bahagian diserahkan kepada Laksamana, satu bahagian kepada pemilik harta, kerana Laksamana yang telah menemukan harta yang telah hilang ini. ”



18



MODUL BAHASA MELAYU STANDARD



Maka sembah orang itu, “Daulat tuanku, mana titah patik junjung.” Maka sembah Laksamana, “Ya tuanku, jika demikian, sahaja aniayalah duli yang maha mulia dan sukacitalah sekalian empunya harta, Yang sebahagi itu akan patik. Dalam pada itu pun, mana kasih hatinya hendak memberi akan patik,” Maka titah baginda, ‘Hai segala kamu, sukakah seperti kata Laksamana ini?” Orang itu menyembah, “ Daulat tuanku, semua titah tuanku, patik junjung.” Kemudian, sembah Laksamana, “Ya tuanku, jika demikian, sahaja aniayalah baginda yang maha mulia dan bergembiralah sekalian pemilik harta, Yang sebahagian itu akan patik terima. Dalam pada itu pun, mana yang tulus hatinya hendak memberikan harta kepada patik,” Titah baginda, ‘wahai segala rakyat, bersetujukah dengan kata Laksamana ini?”



Maka sembah mereka itu, “Sukalah patik sekalian memberikan Laksamana. Demi Allah dan Rasul-Nya, dengan tulus ikhlas hati patik sekalian.” Masing-masing pun memberikan segala hartanya akan Laksamana. Mereka semua menyembah “Kami semua suka untuk menyerahkan kepada laksamana. Demi Allah dan Rasul-Nya, kami tulus ikhlas” Masing-masing memberikan harta mereka kepada Laksamana.



MUKA SURAT 39 Maka Laksamana pun membahagi tiga, diambil oleh Laksamana harta itu sebahagi. Maka yang sebahagi Laksamana ambil itu dibahagi tiga pula; yang sebahagi itu didermakan pada segala fakir miskin dan yang sebahagi lagi diberikan pada segala pegawai yang tiada penguasaan dan sebahagi diberikan pada segala orangnya. Maka segala harta itu pun habislah, suatu pun tiada diambil oleh Laksamana. Laksamana membahagikan tiga dan satu daripada tiga itu diambil oleh Laksamana. Harta yang diambil oleh Laksamana itu dibahagikan pula kepada tiga bahagian. Sebahagian harta didermakan kepada semua fakir miskin. Sebahagian lagi diberikan kepada pegawai yang tidak berkuasa dan sebahagian diberikan kepada segala orang. Segala harta habis habis dibahagi dan tidak ada apa apa yang harta diambil untuk Laksamana.



Maka baginda pun terlalu amat kurnia akan Laksamana; barang sesuatu bicara; jikalau tiada Laksamana, tiadalah putus. Maka negeri Melaka pun kararlah. Berapa lamanya maka terdengar ke Majapahit kepada Patih Gajah Mada bahawa Kertala Sari sudah mati dibunuh oleh Laksamana. Maka Patih Gajah Mada pun mencari daya dan upaya hendak mengalahkan negeri Melaka dan membunuh Laksamana itu juga, sentiasa menyuruh ke gunung dan segenap bukit bertanyakan orang yang bercakap membunuh Laksamana dan Ratu Melaka. Demikianlah pekerjaannya. 19



MODUL BAHASA MELAYU STANDARD



Baginda sangat gembira kepada Laksamana dan bertitah bahawa jika Laksamana tiada,tiadalah kata putus. Negeri Melaka pun aman. Setelah beberapa lama, Patih Gajah Mada yang berada di Majapahit terdengar bahawa Kertala Sari sudah mati dibunuh oleh Laksamana. Patih Gajah Mada pun mencari jalan untuk mengalahkan negeri Melaka dan membunuh Laksamana. Baginda sentiasa pergi ke gunung dan segenap bukit untuk bertanya tentang perihal orang bersembang tentang membunuh Laksamana dan Ratu Melaka. Begitulah tugasnya.



PROSA TRADISIONAL TINGKATAN 5 (BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA) Kata sahibulhikayat, maka tersebutlah perkataan Raja Benua Siam. Dari zaman dahulu kala negeri Siam itu Syahrunnuwi namanya disebut orang, dan raja-raja di bawah angin ini semuanya takluk kepadanya, dan nama rajanya Bubunnya. Telah kedengaran ke benua Siam bahawa Melaka negeri besar yang tiada takluk kepadanya, maka Paduka Bubunnya pun menyuruh ke Melaka hendak minta surat sembah. Maka Sultan Muzaffar Syah tiada mahu menyembah ke benua Siam. Maka Raja Benua Siam terlalu marah, lalu menyuruh berlengkap akan menyerang Melaka; Awi Cakri nama panglimanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai lagi. Maka dipersembahkan orang ke bawah Duli Sultan Muzaffar Syah bahawa Raja Benua Siam menitahkan hulubalang, Awi Cakri namanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai banyaknya, berjalan darat terus ke hulu Pahang. Menurut tukang cerita, tersebutlah kisah tentang Raja Benua Siam. Sejak zaman dahulu kala negeri Siam itu disebut orang sebagai Syahrunnuwi, dan raja-raja di bawah angin semua di bawah taklukannya, dan nama rajanya ialah Bubunnya.Benua Siam telah mendengar bahawa negeri Melaka sebuah negeri yang besar sehingga semua ditaklukinya, Paduka Bubunnya mengarahkan ke Melaka untuk meminta surat sembah. Sultan Muzaffar Syah tidak mahu menyembah benua Siam. Raja Benua Siam terlalu marah, lalu menyuruh bersedia untuk menyerang Melaka; Panglimanya yang bernama Awi Cakri, membawa rakyat rakyat yang terlalu banyak sehingga tidak terkira. Terdapat orang yang menyampaikan ke bawah Duli Sultan Muzaffar Syah bahawa Raja Benua Siam menitahkan hulubalang bernama Awi Cakri membawa rakayat yang terlalu banyak sehingga tidak terkira , berjalan dari darat terus ke hulu Pahang



Maka telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka baginda menyuruh menghimpunkan segala rakyat teluk rantau berhimpun ke Melaka. Dan akan Tun Perak membawa orang Kelang ke Melaka dengan anak isterinya sekali. Maka orang Kelang berdatang sembah kepada Sultan, “Ya tuanku, segala teluk rantau yang lain semuanya menghadap dengan laki-laki juyga; akan patik sekalian dibawa oleh Tun Perak dengan perempuan sekali.” Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar tersebut, baginda menitahkan semua rakyat dihimpunkan dari semua teluk rantau untuk berhimpun di Melaka. Tun Perak membawa orang Kelang ke Melaka bersama-sama anak dan isteri. Orang Kelang datang menyembah kepada Sultan “ Ya tuanku, semua dari teluk rantau yang lain datang menghadap ialah lelaki. patik semua dibawa oleh Tun Perak bersaama-sama perempuan”. 20



MODUL BAHASA MELAYU STANDARD



Adapun Seri Amerta itu asalnya orang Pasai, tanah Samudera namanya; sebab ia cerdik, lagi tahu berkata-kata, maka dijadikan baginda bentara, digelar baginda Seri Amerta. Maka diperbuatkan baginda satu bangku tebal, di bawah lutut baginda, di sanalah ia memikul pedang, ialah yang menyampaikan titah raja barang sesuatu. Seri Amerta berasal dari Pasai, Samudera dan orangnya cerdik, serta pandai bercakap lalu dijadikan bentara yang mendapat gelaran Seri Amerta. Setelah itu, baginda membuat sebuah bangku yang tebal dan diletakkan di bawah lutut baginda serta di sana diletakkan pedang untuk menyampaikan semua perintah raja.



MUKA SURAT: 29 Syahadan, pada suatu hari, maka Tun Perak datang menghadap, duduk di tanah sama- sama orang banyak. Maka kata bentara bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak, “Tuan Tun Perak, segala orang Kelang ini menghadap baginda mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan. Adapun orang teluk rantau yang lain semuanya menghadap laki-laki juga; adapun orang Kelang ini menghadap dibawa Tun Peruk dengan membawa perempuan sekali. Mengapakah maka demikian fiil tuan?” Pada suatu hari, Tun Perak datang menghadap, dia duduk di tanah bersama-sama orang ramai. Kata bentara bergelar Seri Amerta kepada Tun Perak, “Tuan Tun Perak, semua orang Kelang ini menghadap baginda untuk mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan. Orang teluk rantau yang lain semuanya menghadap laki-laki sahaja, namun orang Kelang ini menghadap oleh Tun Perak dengan membawa perempuan sekali. Mengapakah perlakuan tuan sedemikian?”



Maka tiada disahut oleh Tun Perak kata itu. Sekali lagi Seri Armerta berkata, itu pun tiada disahuti oleh Tun Perak. Genap tiga kali Seri Amerta berkata itu, maka barulah disahuti oleh Tun Perak, katanya, “Hai Seri Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba sebilah itu juga, hendaklah baik-baik tuan hamba peliharakan, jangan diberi berkarat, jangan kemakanan matanya. Akan pekerjaan kami orang bekerja ini, di mana tuan hamba tahu? Adapun akan sekarang Duli Yang Dipertuan di dalam negeri ini dengan perempuan anak isteri dan segala perkakas. Maka benarkah pada fikir tuan hamba kami sekalian datang dengan laki-laki juga, dengan begini jauh Selat Kelang? Jikalau satu hal negeri ini, apa hisab pada kami sekalian? Tidak dijawab oleh Tun Perak kata-kata itu. Sekali lagi Seri Amerta berkata, itu juga tidak dijawab oleh Tun Perak. Cukup tiga kali Seri Amerta berkata-kata, barulah dijawab oleh Tun Perak, katanya, “Wahai Seri Amerta, tuan hamba dengan pedang tuan hamba yang sebilah itu, hendaklah tuan hamba peliharakan sebaik-baiknya, jangan dibiarkan berkarat, jangan dibiarkan tumpul matanya. Tugas kami orang bekerja, bagaimanakah tuan hamba tahu? Sekarang Duli Yang Dipertuan di dalam negeri ini bersama perempuan anak isteri dan semua kelengkapan. Benarlah pada fikiran tuan hamba kami sekalian datang bersama lakilaki juga, dengan begini jauh dari Selat Kelang? Jika berlaku sesuatu hal di negeri ini, siapakah peduli kepada kami sekalian?



21



MODUL BAHASA MELAYU STANDARD



Sebab itulah maka segala orang Kelang ini hamba suruh bawa dengan anak isterinya sekali. Nescaya berperang dengan musuh bersungguh-sungguh hatinya; kurang-kurang ia berlawankan Duli Yang Dipertuan lebih ia berlawankan anak isterinya bersungguh-sungguh.” Maka oleh Seri Amerta kata Tun Perak itu semuanya dipersembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan. Maka baginda pun tersenyum, seraya bertitah, "Benar seperti kata Tun Perak itu.” Sebab itulah semua orang Kelang ini hamba suruh bawa bersama anak isterinya sekali. Sudah tentu berperang dengan musuh bersungguh-sungguh hati meraka; sekurangkurangnya mereka berlawan untuk Duli Yang Dipertuan malah berlawan demi anak isteri mereka dengan bersungguh- sungguh.” Kata-kata Tun Perak itu semuanya dipersembahkan oleh Seri Amerta ke bawah Duli Yang Dipertuan. Baginda pun tersenyum, lalu bertitah, “Betul seperti kata Tun Perak itu.”



Maka diambil baginda sirih dari puan baginda, disuruh berikan kepada Tun Perak. Maka titah baginda kepada Tun Perak, “Bahawa Tun Perak tiada patut diam di Kelang lagi; baiklah Tun Perak diam di negeri.” Hatta, maka orang Siam pun datanglah, lalu perang dengan orang Melaka. Ada beberapa lamanya berperang, maka banyaklah rakyat Siam yang mati, Melaka tiada alah. Maka rakyat Siam pun kembalilah, seraya ia pulang segala rotan ikat barang-barangnya semuanya dicampakkannya di hulu Muar. Baginda mengambil sirih dari bekas dan disuruh diberikan kepada Tun Perak.Baginda bertitah kepada Tun Perak “ Tun Perak tidak patut tinggal di Kelang lagi; sebaiknya Tun Perak tinggal di Melaka.” Kemudian, orang Siam datang berperang dengan orang Melaka. Setelah berperang untuk beberapa lama banyaklah rakyat Siam yang mati dan negeri Melaka beroleh kemenangan. Lalu rakyat Siam kembali ke negeri mereka. Sebelum pulang semua rotan yang digunakan untuk mengikat barang-barang dicampakkan di hulu Melaka.



MUKA SURAT 30 Maka rotan itu pun tumbuh; itulah dinamai orang Rotan Siam, manakala pasungan kayu ara itu pun tumbuh juga, datang sekarang di hulu Muar jua, dan tumang Siam tempat bertanak itu pun tumbuh juga, datang sekarang. Telah rakyat Siam sudah pulang, maka segala orang teluk rantau pun kembalilah masing-masing ke tempatnya. Maka Tun Perak tiada diberi baginda pulang lagi ke Kelang; diam di Melaka, dijadikan baginda bentara. Rotan itu pun tumbuh; dinamakan Rotan Siam, pasungan kayu ara juga tumbuh, tiba di hulu Muar, pancang kecil Siam tempat memasak juga tumbuh. Setelah rakyat Siam pulang, semua orang di teluk rantau pun kembali ke tempat masing-masing. Tun Perak tidak dibenarkan pulang lagi ke Kelang; tinggal di Melaka, dilantik baginda sebagai bentara.



22



MODUL BAHASA MELAYU STANDARD



Maka ada seorang orang Kelang mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak sedikit. Maka ia berdatang sembah ke bawah duli baginda. Maka baginda memberi titah kepada bentara Seri Amerta, menyuruh berkata kepada Tun Perak. Maka Tun Perak pun datang menghadap. Maka Seri Amerta pun berkata kepada Tun Perak, "Orang ini, ya Tuan Tun Perak, mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertua, mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak. Mengapakah maka demikian pekerti tuan hamba?"



Ada seorang orang Kelang menyatakan dirinya dianiaya Tun Perak. Dia datang menyembah ke bawah duli baginda. Baginda bertitah kepada bentara Seri Amerta, supaya memanggil Tun Perak. Tun Perak datang menghadap. Seri Amerta berkata kepada Tun Perak, "Orang ini mengadu kepada Duli Yang Dipertua, menyatakan dia dianiaya oleh Tun Perak. Mengapa begitu sikap tuan hamba?"



Maka diam Tun Perak tiada disahutinya kata Seri Amerta itu. Setelah tiga kali Seri Amerta berkata-kata itu, maka barulah disahutinya oleh Tun Perak, katanya, "Tuan Seri Amerta, akan tuan hamba yang dijadikan Yang Dipertuan Bentara, dianugerahi pedang sebilah itu jua tuan hamba peliharakan baik-baik, usahakan jangan diberi berkarat kemakanan. Akan pekerjaan kami orang memegang negeri di mana tuan hamba tahu? Jikalau sebesar tempurung sekalipun, negeri namanya; baik juga kepada kami, maka kami kerjakan, kerana Yang Dipertuan tahu akan baiknya juga kepada kami, tiada tahu akan jahatnya. Tetapi jikalau Duli Yang Dipertuan hendak mencerca hamba sebab orang itu, pecatlah hamba dahulu, maka cercakan hamba dengan dia. Jikalau hamba belum dipecat, bagaimana hamba hendak dicerca?" Tun Perak diam tidak menjawab kata-kata Seri Amerta. Setelah tiga kali Seri Amerta bertanya, barulah Tun Perak menjawab, katanya, "Tuan Seri Amerta, apabila tuan hamba dilantik sebagai Yang Dipertuan Bentara, serta diberikan sebilah pedang dan tuan hamba perlu menjaganya dengan baik, supaya tidak berkarat. Bagaimanakah tuan hamba mengetahui pekerjaan kami yang menjaga negeri? Sekiranya negeri itu sebesar tempurung, tetap digelar negeri; jika mendatangkan kebaikan kepada kami, tetap kami akan laksanakannya, kerana Yang Dipertuan hanya tahu kebaikannya kepada kami, tetapi tidak tahu keburukannya. Tetapi jika Duli Yang Dipertuan hendak mencaci hamba disebabkan orang itu, pecatlah hamba dahulu, lalu cacilah hamba dihadapannya. Jika hamba tidak dipecat, bagaimana hamba hendak dicaci?"



Syahadan, maka berkenan Sultan Muzaffar Syah mendengar kata Tun Perak itu. Pada hati baginda, "Adapun Tun Perak ini tidaklah patut jadi bentara lagi, patut menjadi Perdana Menteri." Maka digelar baginda Paduka Raja, disuruh duduk di seri balai setara Seri Nara Diraja. Maka Paduka Raja pun naiklah duduk dekat Seri Nara Diraja di seri balai, maka Seri Nara Diraja berkisar ke tengah. Hatta, maka Seri Nara Diraja pun pindahlah ke sebelah kanan, jadi Paduka Raja duduk pada tempat bendahara.



23



MODUL BAHASA MELAYU STANDARD



Sultan Muzaffar Syah sangat bersetuju dengan kata-kata Tun Perak. Dalam hati baginda berkata, "Tun Perak sebenarnya tidak layak jadi bentara lagi, tetapi lebih layak menjadi Perdana Menteri." Baginda kemudiannya menggelarkan Tun Perak sebagai Paduka Raja, diminta duduk di seri balai bersama dengan Seri Nara Diraja. Paduka Raja pun naik duduk bersebelahan dengan Seri Nara Diraja di seri balai, Seri Nara Diraja bergerak ke tengah. Seri Nara Diraja kemudiannya berpindah ke sebelah kanan, supaya Paduka Raja dapat duduk di tempat bendahara. MUKA SURAT 31 Adapun Seri Nara Diraja pun telah tualah tiada beranak laki-laki, dan beranak dengan isterinya, anak Bendahara Seri Amar Diraja itu seorang perempuan, Tun Putih namanya, diperisteri oleh Raja Abdullah; dan beranak dengan gundik seorang laki-laki, Tun Nina Madi Namanya, tiada diaku oleh Seri Nara Diraja sebab takut akan isterinya. Maka Tun Nina Madi pun besarlah. Beranak bercucu. Maka isteri Seri Nara Diraja pun matilah. Seri Nara Diraja telah tua dan tidak mempunyai anak lelaki bersama dengan isterinya, Bendahara Seri Amar Diraja mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Tun Putih, isteri Raja Abdullah, dan mendapat anak lelaki bersama dengan gundik yang bernama Tun Nina Madi. Seri Nara Diraja tidak mengaku anaknya kerana takut kepada isterinya. Tun Nina Madi telah besar/meningkat dewasa dan beranak cucu. Seri Nara Diraja pun mati.



Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai, dihadap orang banyak. Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat, lalu diribanya oleh Seri Nara Diraja. Maka kata Seri Nara Diraja pada segala orang yang duduk itu, “Tahukah tuan hamba sekalian bahawa ia ini anak hamba?” Maka sembah segala orang banyak itu, “Sahaya semua tahu juga; oleh tuanku tiada mengaku, sahaya semua takut mengatakan dia anak tuanku.” Pada suatu ketika, Seri Nara Diraja sedang duduk di balai dihadap oleh orang ramai. Tun Nina Madi berjalan lalu. Seri Nara Diraja menyuruh Tun Nina Madi naik dan duduk dekat dengannya. Seterusnya, Seri Nara Diraja meriba Tun Nina Madi. Seri Nara Diraja pun berkata kepada semua orang yang duduk di situ, “ Anda semua tahukah dia ialah anak saya?” Semua orang pun menyembah, “ Kami semua tahu juga. Oleh sebab tuanku tidak mengaku, kami semua takut hendak mengatakan dia anak tuanku.”



Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum. Maka Tun Nina Madidigelar oleh Sultan Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, sebelah pada Paduka Raja, setengah pada Seri Nara Diraja, kerana kedua-duanya sama orang berasal. Maka Seri Nara Diraja tidak muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit juga; beberapa kali lain Paduka Raja kedapatan dengan Paduka Raja dalam kampung Seri Nara Diraja. Maka Sultan Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu maka terlalulah dukacita baginda melihat kelakuan Paduka Raja 24



MODUL BAHASA MELAYU STANDARD



dengan Sei Nara Diraja itu. Maka fikir di dalam hati baginda, “Jikalau demikian binasalah negeri ini, kerana orang besarnya tidak muafakat sama orang besar.” Seri Nara Diraja pun tersenyum. Seterusnya Tun Nina Madi digelar sebagai Sultan Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja menjadi orang besar, orang-orang Melayu pun berpecah belah kepada dua kumpulan. Sekumpulan menyokong Paduka Raja. Sekumpulan menyokong Seri Nara Diraja. Kedua-dua mereka ialah orang berpangkatberpengaruh. Seri Nara Diraja tidak bermuafakat dengan Paduka Raja dan senantiasa bergaduh. Terdapat beberapa kali Paduka Raja bertembung dengan Paduka Raja dalam kampung Seri Nara Diraja. Sultan Muzaffar Syah pun tahu akan masalah mereka. Baginda amat dukacita melihat perbuatan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja itu. Dengan itu baginda berfikir, “Jikalau demikian negeri ini akan musnah, disebabkan orang-orang besarnya tiada muafakat..”



Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun hadirlah. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun hadirlah. Maka titah Sultan Muzaffar Syah, “Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?” Baginda pun berfikir untuk menyatukan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja. Baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja, kemudian dia pun datang. Baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja, kemudian dia pun datang. Sultan Muzaffar Syah bertitah. "Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?"



Maka sembahnya, “Jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan, baiklah, tuanku.” Maka titah baginda, baginda,”Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Bulan, anak Orang Kaya Hitam?” Maka sembahnya, “Mohon patik tuanku.” Maka titah baginda, baginda, “Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?” Dia menyembah, “Jikalau ada belas kasihan Duli Yang Dipertuan, baiklah, tuanku.” Baginda bertitah, “Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Bulan, anak Orang Kaya Hitam?” Dia menyembah, “Tidak mahu patik tuanku.” Baginda bertitah, “Mahukah kamu dengan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?”



25



MODUL BAHASA MELAYU STANDARD



MUKA SURAT : 33 Maka titah baginda, “ Mahukah akan Tun Kanaka, saudara Bendahara Seri Wak Maka sembahnya, “Mohon patik tuanku”. Maka beberapa anak orang besar-besar ditanyakan oleh sultan, tiada juga berkenan pada Seri Nara Diraja. Maka titah sultan,”Mahukah Seri Nara diraja akan tun Kudu, anak Bendahara Seri Wak Raja, saudara Paduka Raja?” Maka sembahnya,”Daulat, tuanku.” Baginda bertitah, “Mahukah akan Tun Kanaka, saudara Bendahara Seri Wak Raja?” Dia menyembah, “Tidak mahu patik tuanku.” Beberapa anak orang besar-besar dicadangkan oleh sultan, namun Seri Nara Diraja tidak juga berkenan. Sultan pun bertitah, “Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Kudu, anak kepada Bendahara Seri Wak Raja, saudara kepada Paduka Raja? Seri Nara Diraja menyembah, “Daulat, tuanku.”



Adapun akan Tun Kudu itu diperisterikan Duli Yang Dipertuan, terlalu baik rupanya, tetapi matanya juling sedikit. Telah baginda mendengar sembah Seri Nara Diraja demikian, maka dengan sesaat itu juga ditalak baginda, dihantarkan ke rumah Paduka Raja, diberi belanja, disuruh berhadir akan kahwin dengan Seri Nara Diraja. Tun Kudu merupakan isteri kepada Duli Yang dipertuan, rupanya sangat cantik tetapi matanya juling sedikit. Setelah baginda mendengar sembah Seri Nara Diraja itu, baginda menceraikan Tun Kudu, dan segera dihantar pulang ke rumah Paduka Raja, diberi belanja serta disuruh berkahwin dengan Seri Nara Diraja.



Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja, “Bagaimana maka datuk hendak beristeri muda, kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan kening sudah bertemu?” Maka kata Seri Nara Diraja, “Di mana kamu sekalian tahu? Jikalau demikian sia- sialah cula dibeli oleh bapaku sekati emas di benua Keling itu.” Semua anak buah Seri Nara Diraja bertanya, “Bagaimana datuk hendak beristeri muda, kerana datuk sudah tua, bulu mata dan kening sudah bertemu?” Seri Nara Diraja pun berkata, “Kamu semua mana tahu? Jika demikian sia-sia sahaja azimat yang dibeli oleh bapaku dengan sekati emas di benua Keling itu.” Dan telah sudah lepas idah, maka Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu. Maka menjadi muafakatlah Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja, menjadi berkasih-kasihan seperti saudara sejalan jadi. Maka sembah Seri Nara Diraja pada Sultan Muzaffar Syah, “Tuanku, baiklah Paduka Raja dijadikan bendahara, kerana ia sedia anak bendahara.” 26



MODUL BAHASA MELAYU STANDARD



Maka titah baginda, “Baiklah.” Maka Paduka Raja pun dijadikan bendahara. Setelah habis tempoh idah, Seri Nara Diraja pun bernikah dengan Tun Kudu. Hubungan antara Seri Nara Diraja dan Paduka Raja pun bertambah erat seperti saudara sendiri. Seri Nara Diraja pun berjumpa Sultan Muzaffar Syah, dan memberi pendapatnya. “Tuanku, baik jadikan Paduka Raja sebagai bendahara kerana dia merupakan anak bendahara.” Baginda setuju dan bertitah, “Baiklah.” Paduka Raja pun dilantik sebagai bendahara.



Syahadan, Bendahara Paduka Raja itulah yang dikatakan orang bijaksana, kerana pada zaman itu tiga buah negeri yang sama besarnya: pertama, Majapahit;kedua,Pasai;ketiga,Melaka. Di dalam negeri tiga buah itu, ada tiga orang yang bijaksana; di Majapahit,Patih Aria Gajah Mada;dan di Pasai, Orang Kaya Kanayan; dan di Melaka, Bendahara Paduka Raja; dan Seri Nara Diraja menjadi penghulu bendahari. Bendahara Paduka Raja itu merupakan seorang yang bijaksana, kerana pada zaman itu ada tiga buah negeri yang sama besarnya; pertama, Majapahit; kedua, Pasai; ketiga, Melaka. Di setiap negeri itu, mempunyai seseorang yang sangat bijaksana;di Majapahit,dikenali sebagai Patih Gajah Mada; di Pasai pula, Orang Kaya Kanayan; sementara di Melaka, Bendahara Paduka Raja; dan Seri Nara Diraja kekal menjadi penghulu bendahari.



MUKA SURAT 34 Hatta, berapa lamanya maka datang pula orang Siam menyerang Melaka; Awi Dicu nama panglimanya. Maka kedengaran khabarnya ke Melaka; maka dipersembahkan orang kepada Sultan. Maka baginda pun menitahkan Bendahara Paduka Raja berlengkap akan mengeluari orang Siam. Seri Bija Diraja dan segala hulubalang sekaliannya dititahkan baginda mengiringkan Bendahara Paduka Raja itu. Adapun Seri Bija Diraja itu sedia asal Melayu, Tun Hamzah namanya, asalnya daripada Muntah Lembu; ialah dipanggil orang Datuk Bongkok. Apabila berjalan atau duduk, bongkok ia. Oleh sebab sangat gagah berani ia menjadi hulubalang besar, duduk di atas segala hulubalang. Telah sudah lengkap, maka Bendahara Paduka Raja pun pergilah mengeluari Siam itu, bersama-sama dengan Seri Bija Diraja , dengan segala hulubalang banyak, Maka orang Siam pun hampir ke Batu Pahat. Setelah beberapa lama, orang Siam pula datang untuk menyerang Melaka; panglimanya bernama Awi Dicu. Apabila mendengar khabar bahawa Awi Dicu datang ke Melaka, orang pun memberitahu kepada Sultan. Baginda menitahkan Paduka Raja agar bersedia untuk mengusir orang Siam. Baginda menitahkan Seri Bija Diraja dan semua hulubalang mengiringi Bendahara Paduka Raja. Seri Bija Diraja itu asalnya orang Melayu, namanyaTun Hamzah, lahir daripada Muntah Lembu; orang memanggilnya Datuk Bongkok kerana apabila berjalan atau duduk dia bongkok. Oleh sebab sangat gagah dan berani, beliau menjadi hulubalang besar, ketua kepada semua hulubalang. Setelah bersedia, Bendahara Paduka Raja pun pergi mengusir orang Siam itu dengan dibantu oleh Seri Bija Diraja dan hulubalang yang ramai. Oleh itu, orang Siam telah pergi berdekatan Batu Pahat.



27



MODUL BAHASA MELAYU STANDARD



MUKA SURAT 35 Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani, kelakuannya gilagila bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja suluh perahu Siam itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya olang-oleng. Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka dilanggarnya sekali, dua tiga buah perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah; maka ia berbalik, dilanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga buah perahu Siam alah. Maka Tun Umar pun kembalilah. Maka orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar itu. Telah hari malam, maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu api-api itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung api. Telah dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam, “Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita.’’ Anak Seri Bija Diraja yang bernama Tun Umar sangat berani, dan kelakuannya gila- gila bahasa. Bendahara Paduka Raja menyuruh Tun Umar melihat perahu Siam.Tun Umar melihat perahu Siam. Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahu yang kecil. Setelah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, Tun Umar melanggar perahu tersebut. dengan sekali rempuhan,dua tiga buah perahu Siam dapat dikalahkan.Kemudian,dia terus ke sebelah dan melanggar perahu yang lain pula sehingga dua tiga perahu Siam tewas. Tun Umar pun pulang. Orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan Tun Umar.Setelah malam Awi Dicu pun datang. Bendahara Paduka Raja menyuruh untuk menambat putung api pada setiap pohon kayu bakau, nyirih dan tumpu api.Hulubalang Siam berkata,”kelengkapan perahu Melaka terlalu banyak sehingga tidak terbilang,sekiranya ia datang tidak pasti apakah keadaan kita,sedangkan sebuah perahu pun tidak dapat kita kalahkan,”.



MUKA SURAT 36 Maka kata Awi Dicu, “Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali sementara belum siang ini.” Maka segala orang Siam pun kembalilah. Adapun perig di Batu Pahat itu, orang Siamlah membuat dia. Maka diikut oleh Bendahara Paduka Raja sampai ke Singapura. Maka bendahara pun kembali ke Melaka menghadap Sultan Muzaffar Syah. Maka segala perihal ehwal itu sekaliannya dipersembahkan oleh bendahara Ke Bawah Duli Sultan. Maka baginda pun terlalu suka; maka baginda pun memberi persalin akan Bendahara Paduka Raja daripada pakaian yang mulia-mulia, dengan segala hulubalang yang pergi bersama-sama itu semuanya dianugerahi baginda persalin masingmasing pada kadarnya. Awi Dicu berkata, “Betullah seperti kata kamu itu, maka marilah kita kembali sebelum hari belum siang.” Semua orang Siam pulang. Sebenarnya perigi di Batu Pahat itu, orang Siam yang membuatnya. Bendahara Paduka Raja mengikut sampai ke Singapura. Bendahara pulang ke Melaka untuk mengadap Sultan Muzaffar Syah. Semua hal ehwal itu disampaikan oleh bendahara ke Bawah Duli Sultan. 28



MODUL BAHASA MELAYU STANDARD



Baginda terlalu teruja dan memberikan persalinan kepada Bendahara Paduka Raja daripada pakaian yang cantik-cantik, dan juga semua hulubalang yang pergi bersama-sama itu semuanya dianugerahi oleh baginda masing-masing sepersalinan mengikut jumlahnya.



Adapun segala orang Siam yang kembali itu, telah ia sampai ke benua Siam, maka Awi Dicu pun masuk menghadap Paduka Bubunnya. Maka Paduka Bubunnya pun terlalu marah; maka ia sendiri hendak pergi menyerang Melaka itu. Maka ada seorang anak Paduka Bubunnya, Cau Pandan namanya. Maka ialah bercakap Ke Bawah Duli Paduka Bubunnya hendak menyerang Melaka, sembahnya “Duli Pra Cau, lengkapi patik, patiklah mengalahkan Melaka itu.” Sebenarnya semua orang Siam yang pulang itu, setelah mereka sampai ke benua Siam, Awi Dicu masuk menghadap Paduka Bubunnya. Paduka Bubunnya terlalu marah; baginda sendiri yang hendak pergi menyerang Melaka. Paduka Bubunnya mempunyai seorang anak yang bernama Cau Pandan. Cau Pandan bercakap ke Bawah Duli Paduka Bubunnya bahawa dia hendak menyerang Melaka, dia menyembah, “Duli Pra Cau, sediakanlah patik, kerana patik akan mengalahkan Melaka itu.”



Maka Paduka Bubunnya pun terlalu suka mendengar sembah Cau Pandan itu. Maka baginda pun menyuruh berlengkap kepada Pra Kelong delapan ratus sum, lain perahu kecil-kecil tiada terbilang lagi, sekadar menantikan musim juga lagi. Maka kedengaranlah ke Melaka, Cau Pandan, anak Bubunnya, akan dititahkan menyerang Melaka. Maka ada seorang hamba Allah diam di Melaka, bangsanya Arab, Sidi Arab namanya disebut orang. Maka tuan itu senantiasa bermain panah lasykar, seperti dewal orang berzikir. Barang ke mana tuan itu pergi, panah itu dibawanya. Maka tatkala itu Tuan Sidi Arab itu pun ada menghadap Sultan Muzaffar Syah. Telah tuan itu mendengar khabar Cau Pandan akan datang ke Melaka itu, maka tuan itu pun berdiri di hadapan baginda. Maka dihalakannya panahnya itu ke benua Siam. Maka kata Tuan Sidi Arab, sambil menarik panahnya itu, “Mati engkau, Cau Padan.” Maka Sultan Muzaffar Syah pun tersenyum; maka titah baginda pada Tuan Sidi Arab itu, “Jikalau sungguh mati Cau Pandan, sungguhlah tuan keramat.” Paduka Bubunnya sangat suka mendengar sembah Cau Pandan itu. Baginda menyuruh Pra Kelong bersedia dengan lapan ratus sum berserta perahu-perahu kecil yang tidak terbilang banyaknya, sekadar menantikan waktunya sahaja. Mendapat pengkhabaran di Melaka bahawa Cau Pandan akan kepada Bubunnya yang diarahkan untuk menyerang Melaka. Ada seorang hamba Allah yang menetap di Melaka, berbangsa Arab yang disebut orang Sidi Arab. Tuan Sidi Arab senantiasa bermain panah lasykar, seperti tembok orang berzikir. Ke mana sahaja Tuan Sidi Arab, panah itu akan dibawanya bersama. Ketika itu, Tuan Sidi Arab pun menghadap Sultan Muzaffar Syah. Setelah Tuan Sidi Arab mendengar berita bahawa Cau Pandan akan datang ke Melayu, Tuan Sidi Arab berdiri di hadapan baginda. Dihalakan Tuan Sidi Arab panahnya ke benua Siam. Tuan Sidi Arab berkata dengan menarik panahnya itu, “Mati engkau, Cau Padan.”



29



MODUL BAHASA MELAYU STANDARD



Sultan Muzaffar Syah tersenyum; baginda bertitah kepada Tuan Sidi Arab, “Jikalau Cau Pandan benar-benar mati, maka Tuan Sidi Arab adalah orang yang hebat/wali tuhan.”



MUKA SURAT 37 Adapun Cau Pandan itu, lagi di benua Siam, maka berasa kepada dadanya seperti kena panah, maka Cau Pandan pun sakit muntahkan darah lalu mati. Maka tidaklah jadi Siam menyerang Melaka, sebab mati Cau Pandan itu. Maka itulah diperbuatkan orang nyanyi: Cau Pandan anak Bubunnya, Hendak menyerang ke Melaka; Ada cincin berisi bunga, Bunga berladung si air mata. Cau Pandan yang berada di benua Siam, berasa dadanya seperti dipanah, seterusnya Cau Pandan pun jatuh sakit sehingga memuntahkan darah lalu mati. Siam tidak jadi menyerang Melaka disebabkan kematian Cau Pandan. Peristiwa tersebut dinyanyikan orang: Cau Pandan anak Bubunnya, Hendak menyerang ke Melaka; Ada cincin berisi bunga, Bunga berladung si air mata.



Syahadan, maka kedengaran di Melaka bahawa Cau Pandan sudah mati, sakitnya muntahkan darah ,dadanya seperti kena panah. Telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka titah baginda, “ Sungguhlah Tuan Sidi Arab ini hamba Allah keramat.” Maka berapa puji baginda akan Tuan Sidi Arab itu dan dianugerahi baginda dengan sepertinya. Kedengaran di Melaka tentang kematian Cau Pandan, yang jatuh sakit sehinggakan muntah darah, dadanya seperti dipanah. Setelah Sultan Muzaffar Syah mendengar perkhabaran itu, baginda bertitah, “Sesungguhnya Tuan Sidi Arab ini merupakan seorang hamba Allah yang amat mulia.” Baginda memuji-muji akan Tuan Sidi Arab serta mengurniakannya anugerah.



30



MODUL BAHASA MELAYU STANDARD



MUKA SURAT 38 Setelah empat puluh dua tahun lamanya Sultan Muzaffar Syah di atas kerajaan, maka baginda pun mangkatlah. Maka anakanda baginda yang bernama Raja Abdullah itulah menggantikan kerajaan ayahanda baginda, gelar baginda di atas kerajaan , Sultan Mansur Syah, umur baginda tatkala naik raja itu dua puluh tujuh tahun. Dan baginda beristerikan anak Seri Nara Diraja yang bernama Tun Patih Nur Pualam; dan ada beranak dengan gundik baginda seorang perempuan bernama Puteri Bakal. Adapun Sultan Mansur Syah itu terlalu baik parasnya, serta dengan adilnya lagi pemurah; seorang pun raja-raja di dalam ala mini tiada sepertinya pada zaman itu. Setelah empat puluh dua tahun Sultan Muzaffar Syah memerintah kerajaan, baginda pun mangkat. Seterusnya, anakanda baginda yang bernama Raja Abdullah menggantikan kerajaan ayahanda baginda memerintah kerajaan dengan gelaran Sultan Mansur Syah, umur baginda ketika menjadi raja ialah dua puluh tujuh tahun. Baginda beristerikan anak kepada Seri Nara Diraja yang bernama Tun Patih Nur Pualam; dan mempunyai seorang puteri dengan perempuan baginda bernama Puteri Bakal. Sultan Mansur Syah itu sangat elok rupa parasnya, adil lagi pemurah; tidak ada seorang pun daripada raja-raja di dalam alam ini seperti baginda pada zaman itu.



TAMAT



31