Latihan Rumusan [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Latihan Rumusan Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri dan cabaran untuk melaksanakannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kesihatan amat penting bagi menjamin keceriaan hidup seseorang individu. Kesihatan merujuk keadaan tubuh yang tidak mengalami sebarang masalah. Terdapat pelbagai langkah yang boleh diamalkan untuk memiliki tahap kesihatan yang baik. Langkah pertama ialah kesedaran bahawa tubuh sangat memerlukan penjagaan. Perkara yang kedua dengan mendapatkan maklumat tentang penjagaan kesihatan. Sukar untuk kita menjaga tubuh jika tidak tahu apa-apa mengenainya. Ibaratnya, kita hendak melawan musuh tetapi tidak memahami sebab dan cara untuk bertindak. Antara kaedah yang dapat diambil termasuklah pemeriksaan kesihatan berkala sekurang-kurangnya tiga kali setahun. Pemeriksaan begini mampu mengesan penyakit ketika masih pada peringkat awal seperti cogan kata ‘mencegah lebih baik daripada merawat’. Oleh itu, sebelum apa-apa yang tidak diingini berlaku, lebih baik jika kita melakukan tindakan awal pencegahan. Selain itu, aspek pemakanan juga amat penting bagi menjamin kesihatan yang baik. Kita haruslah mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat dalam kehidupan. Pengambilan makanan mengikut piramid makanan sangat disarankan oleh pakar kesihatan bagi menjamin tahap kesihatan yang baik berterusan. Diet yang seimbang dapat memastikan tubuh seseorang memiliki zat yang diperlukan. Di samping itu, kita perlu melakukan senaman dua atau tiga kali seminggu agar tubuh dapat berfungsi dengan baik. Amalan minum air kosong juga perlu dititikberatkan bagi menggantikan cecair yang telah hilang di dalam badan. Tekanan juga dapat dihilangkan menerusi senaman. Oleh itu, untuk memperoleh kesihatan yang baik, rakyat Malaysia hendaklah mengamalkan senaman yang konsisten. Rehat dan tidur secukupnya juga merupakan ubat yang mujarab untuk mengekalkan kesihatan. Kita digalakkan tidur tidak kurang dari lapan jam sehari. Individu yang tidak mempunyai rehat yang cukup berasa letih dan mudah jatuh sakit, malah tidak dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti yang dilakukan. Sebagai kesimpulannya, kesihatan amat penting dalam kehidupan. Oleh itu, sudah sampai masanya untuk kita mengambil berat tentang kesihatan diri. Tiada cara lain untuk kekal sihat selain mengubah gaya hidup harian agar tahap kesihatan semakin meningkat dari sehari ke sehari. (Dipetik dan diubah suai daripada ‘Nilai Kesihatan’ oleh Nur Amira Talib, Dewan Siswa, November 2016) Soalan 2 (a) - Petikan Umum Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.



(i)



Berikan maksud rangkai kata tindakan awal. [2 markah]



(ii) (iii)



Pengarang ada menyatakan beberapa kepentingan menjaga kesihatan diri. Apakah kepentingan-kepentingan tersebut? [3 markah] Pelbagai langkah telah dilakukan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan diri. Pada pendapat anda, apakah peranan pihak sekolah untuk menimbulkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dalam kalangan murid. [4 markah]



SKEMA RUMUSAN-- CARA-CARA MENJAGA KESIHATAN DIRI DAN CABARAN UNTUK MELAKSANAKANNYA. PENDAHULUAN PEND JAWAPAN Petikan membincangkan usaha-usaha / langkah-langkah / kaedah- kaedah / P1 pendekatan menjaga kesihatan diri di Malaysia / di negara kita. P2



Rumusan ini membincangkan usaha-usaha / langkah-langkah kaedah-kaedah / pendekatan menjaga kesihatan diri dan cabaran untuk melaksanakannya.



ISI TERSURAT (Cara-cara menjaga kesihatan diri) ISI JAWAPAN S1 kesedaran bahawa tubuh sangat memerlukan penjagaan. S2 mendapatkan maklumat tentang penjagaan kesihatan.



MARKAH 2



/



2



MARKAH 2 2



S3



pemeriksaan kesihatan berjadual sekurang-kurangnya tiga kali setahun.



2



S4 S5 S6 S7 S8



mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat. melakukan senaman dua atau tiga kali seminggu. amalan meminum air kosong. mengamalkan senaman yang konsisten. rehat dan tidur yang secukupnya.



2 2 2 2 2



ISI TERSIRAT (Cabaran untuk melaksanakannya) ISI JAWAPAN T1 banyak makanan tidak berkhasiat di pasaran. T2 sibuk dengan tugas harian. T3 kurang pengetahuan tentang cara penjagaan kesihatan diri. T4 nafsu makan yang tidak terkawal. T5 kurang prasarana / kemudahan melakukan aktiviti senaman / riadah. T6 kurangmendapat galakan daripada keluarga/pihak bertanggungjawab.



MARKAH 2 2 2 2 2 2



T7



iklan / promosi / jualan murah.



KESIMPULAN ISI JAWAPAN K1 Kesimpulannya, setiap individu perlu menjaga kesihatan diri agar dapat melahirkan masyarakat yang sihat. K2 Kesimpulannya, semua pihak haruslah menyedari kepentingan menjaga kesihatan diri agar terhindar daripada penyakit.



2



MARKAH 2 2



SKEMA PEMAHAMAN -- CARA-CARA MENJAGA KESIHATAN DIRI DAN CABARAN UNTUK MELAKSANAKANNYA. PENDAHULUAN SOALAN (i) Maksud rangkai kata tindakan awal : PILIHAN JAWAPAN (i) langkah / terlebih dahulu / mula-mula sekali / permulaan (ii) tindakan / terlebih dahulu / mula-mula sekali / permulaan (iii) Langkah / awal



MARKAH 2 1 1



SOALAN (ii) Kepentingan-kepentingan : ISI 1 2 3



JAWAPAN menjamin keceriaan hidup individu. menjamin tahap kesihatan yang baik berterusan. tahap kesihatan semakin meningkat dari sehari ke sehari.



MARKAH 1 1 1



SOALAN (iii) Peranan pihak sekolah untuk menimbulkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan dalam kalangan murid : ISI JAWAPAN MARKAH 1 kempen / ceramah / pameran kesedaran menjaga kesihatan. 1 2 mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan / Sains. 1 3 aktiviti unit beruniform. 1 4 Program 1Murid 1Sukan. 1 5 pemeriksaan kesihatan di sekolah secara percuma. 1 6 jadual aktiviti riadah dan sukan 1 7 lawatan ke hospital. 1



Latihan Rumusan Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah memulihara alam sekitar dan kepentingan penjagaannya kepada manusia. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Alam sekitar ialah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan manusia kerana kita banyak bergantung pada sumber semula jadi. Namun begitu, alam sekitar kini semakin tercemar kerana terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan pencemaran, termasuklah pembuangan sampah di sungai, penggunaan baja kimia dan pembuangan sisa toksik. Pemuliharaan terhadap alam sekitar amat penting untuk mengelakkan kepupusan. Ekosistem dan ekologi alam semula jadi akan terganggu apabila berlaku kepupusan flora atau fauna. Cuaca juga akan menjadi panas dan kering jika penebangan hutan dilakukan secara tidak terancang. Habitat semula jadi turut musnah jika pembakaran hutan dilakukan secara terbuka. Pelbagai jenis haiwan bergerak ke kawasan baharu untuk mencari tempat perlindungan. Akhirnya fenomena ini mengakibatkan kepupusan haiwan dan tumbuh tumbuhan. Permasalahan alam sekitar memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua pihak dan perlu ditangani secara bersama. Setiap lapisan masyarakat seharusnya menyuburkan amalan gaya hidup yang mengutamakan penggunaan sumber secara berhemah demi memulihara alam sekitar dan sumber yang semakin berkurang. Hutan yang menjadi sumber ekonomi negara juga perlu dipulihara dan diurus dengan baik untuk memastikan kelangsungan peranan serta sumbangannya kepada kesejahteraan manusia sejagat. Bencana banjir dan tanah runtuh yang kerap berlaku ada kaitan dengan kegiatan pembalakan dan kemusnahan hutan. Oleh itu, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan perlu menghentikan kegiatan pembalakan haram untuk mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku. Pencemaran sungai terus berlaku di mana-mana sahaja sehingga menimbulkan pelbagai masalah. Pelbagai langkah boleh dilakukan untuk menyelamatkan sungai di negara kita, termasuk mengadakan Kempen Cintai Sungai secara bersepadu di seluruh negara. Dengan berbuat demikian, orang ramai sentiasa diingatkan tentang pentingnya menjaga sungai. Skop pendidikan di sekolah tentang alam sekitar juga perlu diperluas dalam usaha mendidik generasi muda agar menyedari kepentingan sungai. Kerajaan juga telah mewujudkan hutan simpanan kekal yang diurus dan diklasifikasikan sebagai hutan perlindungan, hutan berhasil, hutan lipur dan hutan penyelidikan dan pembelajaran. Kawasan hutan ini bukan sahaja menjadi habitat kepada haiwan, malah berperanan sebagai muzium hidup yang memaparkan kehidupan alam semula jadi yang perlu dipelihara. Dalam usaha menjaga alam sekitar, bukan kerajaan sahaja yang harus dipertanggungjawabkan, tetapi semua pihak perlu melibatkan diri secara akur. Kempen kesedaran perlu ditingkatkan pada peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi dan masyarakat awam. Pelaksanaannya memerlukan kerjasama setiap individu dengan sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). UMW Toyota telah menyumbangkan sebanyak RM6 juta bagi mendedahkan golongan pelajar sekolah terhadap kepentingan memelihara alam sekitar dan menghijaukan bumi. Secara tuntasnya, alam sekitar yang sihat penting untuk menjamin kesejahteraan rakyat. Semua pihak perlu bekerjasama menggembleng tenaga dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar demi kehidupan yang berkualiti pada masa depan. Dipetik dan diubah suai daripada ‘MemeliharaAlam Sekitar’ oleh Samat Buang, Dewan Siswa, Disember 2016 Soalan 2 (a) - Petikan Umum Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.



(i) (ii)



(iii)



Berikan maksud rangkai kata memastikan kelangsungan. [2 markah] Pengarang mengatakan bahawa penebangan hutan yang dilakukan secara tidak terancang akan menimbulkan pelbagai kesan negatif. Kemukakan kesan-kesan tersebut. [3 markah] Tanggungjawab memelihara alam sekitar perlu dipupuk sejak kecil agar masyarakat sentiasa menjaga dan menghargainya.Huraikan peranan pihak sekolah untuk memupuk kesedaran tentang



kepentingan memulihara alam sekitar.



[4 markah]



SKEMA RUMUSAN-- LANGKAH-LANGKAH MEMULIHARA ALAM SEKITAR DAN KEPENTINGAN PENJAGAANNYA KEPADA MANUSIA. PENDAHULUAN PEND JAWAPAN P1 Petikan membincangkan usaha-usaha / cara-cara / kaedah-kaedah / strategistrategi memulihara alam sekitar di negara kita. Petikan membincangkan usaha-usaha / cara-cara / kaedah-kaedah I. strategiP2 strategi memulihara alam sekitar dan kesan-kesan negatif penebangan hutan yang dilakukan secara tidak terancang. P3 Rumusan membincangkan usaha-usaha / cara-cara / kaeNah-kaedah / strategistrategi memulihara alam sekitar dan kepentingan penjagaannya kepada manusia. P4 Petikan / Rumusan membincangkan usaha-usaha / cara-cara / kaedah kaedah / strategi-strategi memulihara alam sekitar. P5 Petikan membincangkan langkah-langkah memulihara alam sekitar. / Rumusan membincangkan langkah-langkah memulihara alam sekitar. ISI TERSURAT (Langkah- langkah memulihara alam sekitar) ISI JAWAPAN S1 masyarakat seharusnya menyuburkan amalan gaya hidup yang mengutamakan penggunaan sumber S2 hutan perlu dipulihara dan diurus dengan baik S3 kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan perlu menghentikan kegiatan pembalakan haram S4 mengadakan Kempen Cintai Sungai secara bersepadu di seluruh negara S5 skop pendidikan di sekolah tentang alam sekitar juga perlu diperluas S6 kerajaan juga telah mewujudkan hutan simpanan kekal S7 kempen kesedaran perlu ditingkatkan pada peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi dan masyarakat awam S8 kerjasama setiap individu dengan sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ISI TERSIRAT (Kepentingan penjagaannya kepada manusia) ISI JAWAPAN T1 dapat membekalkan oksigen yang mencukupi T2 T3 T4 T5 T6



dapat menghirup udara yang segar / nyaman menjadi tempat rekreasi / riadah dapat membekalkan sumber air yang bersih / selamat menjadi punca pendapatan menjadi kawasan yang selamat untuk didiami



KESIMPULAN ISI JAWAPAN K1 Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama memulihara alam sekitar agar khazanah alam dapat dilestarikan. K2 Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama memulihara alam sekitar. K3 Kesimpulannya, alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan manusia.



MARKAH 2 2



2



1 0



MARKAH 2 2 2 2 2 2 2 2



MARKAH 2 2 2 2 2 2



MARKAH 2 1 0



SKEMA PEMAHAMAN-- LANGKAH-LANGKAH MEMULIHARA ALAM SEKITAR DAN KEPENTINGAN PENJAGAANNYA KEPADA MANUSIA. SOALAN (i) Maksud PILIHAN JAWAPAN (i) Menentukan / menetapkan / berterusan . berkesinambungan (ii) Memastikan / berterusan / berlanjutan / berkesinambungan (iii) Menentukan / menetapkan / kelangsungan



berlanjutan



SOALAN (ii) Kesan – kesan : ISI JAWAPAN 1 Cuaca juga akan menjadi panas dan kering 2 Habitat semula jadi turut musnah 3 Kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan 4 Bencana banjir dan tanah runtuh yang kerap berlaku SOALAN (iii) Peranan pihak sekolah ISI JAWAPAN 1 Memperkasa aktiviti kelab / persatuan agar mereka mendapat pendedahan yang menyeronokkan tentang alam sekitar 2 Mengadakan gotongroyong membersihkan kawasan agar persekitaran terus terjaga 3 Menerapkan dalam mata pelajaran agar mereka lebih memahami tanggungjawab menaga alam sekitar 4 Mengadakan kempen berkaitan alam sekitar yang melibatkan semua murid untuk menjayakannya



,



MARKAH 2 1 1



MARKAH 1 1 1 1



MARKAH 1+1 1+1 1+1 1+1