Rumusan [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Soalan 1: Rumusan [30 markah] Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang langkah-langkah memajukan sektor pertanian di Malaysia dan kebaikan-kebaikannya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Pertanian memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Selain meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara, sektor ini juga menyediakan peluang pekerjaan yang menjadi sumber pendapatan rakyat di negara ini. Disebabkan kepentingannya, maka kawasan pertanian baharu diteroka dari semasa ke semasa, malah kini sektor pertanian telah dibangunkan secara komersial untuk eksport. Tanaman buah-buahan juga mula diusahakan secara besar-besaran untuk menampung permintaan yang semakin meningkat. Faktor cuaca di negara ini yang panas dan hujan sepanjang tahun serta tanah yang subur membolehkan bidang pertanian dimajukan di peringkat yang optimum. Jenis tanaman perlu dipelbagaikan dan pengeluaran hasil pertanian dapat ditingkatkan sekiranya kerajaan terus memberikan sokongan kepada sektor ini. Usaha ke arah ini jelas kelihatan menerusi pertukaran nama Kementerian Pertanian kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Tanah rancangan FELDA juga akan dimajukan lagi sebagai kawasan pertanian raksasa untuk menyeimbangkan pertumbuhan sosioekonomi antara kawasan bandar dengan luar bandar. Menerusi usaha yang berterusan ini diharapkan produk pertanian negara lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa. Di samping itu, Malaysia boleh menjadi pusat agensi pelancongan, iaitu dengan menjadikan kawasan pertanian sebagai pusat tarikan pelancongan. Untuk mencapai tujuan tersebut, usaha membangunkan kawasan pertanian perlu dilakukan secara serius. Jika kita mahu melihat sektor pertanian terus maju, orientasi dan persepsi masyarakat tentang bidang pertanian perlu diubah. Pertanian tidak seharusnya dikaitkan dengan kemiskinan dan pekerjaan golongan bawahan, sebaliknya pertanian boleh dijadikan landasan untuk meningkatkan taraf hidup dan sosioekonomi rakyat. Selain itu, kempen untuk menggalakkan lebih ramai anak muda menceburi bidang ini juga perlu dijalankan bagi menghapuskan tanggapan bahawa pekerjaan ini bertaraf rendah berbanding dengan sektor perkhidmatan. Mereka juga perlu diingatkan bahawa hasil penglibatan mereka dalam bidang ini akan dikecapi oleh generasi yang akan datang. Perhijrahan ke bandar juga dapat dielakkan dengan syarat tarikan, seperti kemudahan asas, pinjaman, insentif, dan bantuan lain dapat disediakan dengan lebih banyak dan berkesan. Seterusnya, program melahirkan petani moden dan berilmu perlu dilaksanakan secara tekal. Dengan yang demikian, lebih banyak institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus yang berkaitan dengan penyelidikan pertanian telah ditubuhkan. Di samping itu, program penyelidikan perlu dijalankan secara bersungguh-sungguh untuk meningkatkan hasil pertanian. Malaysia boleh belajar dari Thailand atau dari negara Asia yang lain yang menjadikan produk pertanian sebagai bahan eksport. Kesimpulannya, negara perlu mengorak langkah yang berkesan untuk menjadikan sektor pertanian lebih kompetitif, berkembang pesat, dan seterusnya dapat meningkatkan hasil pertanian negara. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan April 2004) Soalan 2: Pemahaman Soalan 2 (a) Petikan Umum



Ekonomi,



)



Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Berikan maksud rangkai kata lebih kompetitif. markah] Apakah peranan sektor pertanian dalam pembangunan negara?



[2 [3 markah]



(iii)Pada pendapat anda, apakah sumbangan yang perlu diberikan oleh masyarakat dalam membantu kerajaan memajukan sektor pertanian? [4 markah]