Rumusan [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

RUMUSAN Pencemaran alam sekitar memberi banyak kesan yang sangat buruk terhadap dunia pada masa kini. Kejadian hujan asid, kesan rumah hijau, penipisan ozon adalah antara kesankesan pencemaran alam sekitar yang serius dan perlu ditangani segera sebelum ia menjadi lebih kritikal. Manusia dan juga hidupan lain saling berkait untuk terus hidup di dunia ini. Manusia memerlukan bahan makanan. Sekiranya sumber makanan dicemari, maka tiadalah sumber makanan untuk manusia. Sebenarnya, punca utama kemusnahan alam sekitar adalah manusia yang tidak mempunyai nilai peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat. Penduduk Taman Putra Perdana



seharusnya bertanggungjawab dan menjaga serta memulihara alam sekitar. Jika



pencemaran dibiarkan berterusan, bumi akan kehilangan keindahannya dan mungkin suatu hari nanti, dunia ini tidak boleh lagi didiami oleh sebarang hidupan termasuklah manusia. Penduduk juga seharusnya memulakan usaha-usaha untuk melakukan pemuliharaan terhadap alam sekitar yang telah musnah ataupun terjejas pada masa sekarang. Rasa cinta dan sayang kepada alam sekitar, patuh kepada undang-undang, sikap bertanggungjawab dan bijak dalam membuat pertimbangan perlu disemai ke dalam diri setiap individu. Kesimpulannya, penduduk Taman Putra Perdana harus peka terhadap isu-isu alam sekitar dan berusaha untuk mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran serta berusaha memulihara alam sekitar untuk kesejahteraan hidup masa hadapan.