Panduan Rancangan Pendidikan Individu [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PANDUAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI) MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS



RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU 1. Pengenalan Melalui Seksyen 41 Akta Pendidikan 1996 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2007 mengariskan: ”Rancangan Pendidikan Individu” ertinya satu dokumen yang menjelaskan matlamat perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid pendidikan khas dan dijadikan panduan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh menyatakan tahap pencapaian murid. Rancangan Pendidikan Individu (RPI) diguna pakai dalam pelaksanaan kurikulum Pendidikan Khas yang digubal oleh Panel Khas RPI juga berperanan sebagai rekod pengajaran guru. Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2004: Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, para (5) menyebut, “Bagi memastikan keberkesanan kurikulum ini (kurikulum alternatif) Rancangan Pendidikan Individu (RPI) setiap murid hendaklah di sediakan”. 2. Definisi RPI RPI merupakan satu dokumentasi perancangan berstruktur dengan langkah yang berbeza dan keperluan pengajaran yang sepatutnya untuk membantu murid berkeperluan khas mencapai objektif yang telah dikenalpasti. 3. Rasional Penghasilan RPI Mengikut Renault (1987), penghasilan RPI bukan sahaja untuk murid-murid bermasalah pembelajaran, tetapi juga digalakkan bagi murid-murid yang mempunyai prestasi pencapaian yang amat rendah berbanding dengan rakan se kelas atau sebaya dalam sebahagian besar kurikulum, serta memerlukan langkah-langkah intervensi jangka panjang. Dalam konteks murid berkeperluan khas, pembentukan RPI adalah untuk menghasilkan program pembelajaran yang berkesan serta sesuai dengan kebolehan dan keperluan murid berkenaan. Ini bermakna RPI bukan sahaja sesuai bagi murid bermasalah pembelajaran tetapi juga murid berkeperluan khas lain, seperti mereka yang mempunyai masalah pendengaran, penglihatan, pemulihan khas, cacat anggota dan lain-lain kecacatan. Adalah penting kemahiran dan tugasan pembelajaran (learning tasks) yang disasarkan untuk murid berkeperluan khas adalah selaras dengan keperluan dan ke fungsian murid berkenaan. Usaha perlu dilaksanakan untuk mengenal pasti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang 1



diperlukan oleh murid tersebut bagi meningkatkan lagi tahap pencapaian sedia ada dalam, (i) interaksi sosial/emosi (ii) kemahiran (iii) pengurusan diri, (iv) intelek, supaya akhirnya mereka boleh berdikari selepas. tamat sesuatu tahap persekolahan dan (v) komunikasi. Jika ini tidak dilakukan, pengalaman pembelajaran yang diperoleh tidak menjurus kepada pencapaian yang sewajarnya dan lebih malang lagi jika impak pembelajaran memperkukuhkan lagi ketidakupayaan murid. Interaksi sosial diperlukan bagi membolehkan murid berkeperluan khas menyesuaikan diri dalam komuniti setempat dan menjadi sebahagian daripada komuniti tersebut. Ia juga akan membantu murid mengamalkan tabiat sosial yang boleh diterima semasa bekerja dan bergaul dengan masyarakat. Ada kalanya cara bersosial perlu diajar secara khusus, terutamanya kepada murid bermasalah pembelajaran, kerana pembelajaran kebetulan (incidental learning) dan proses peniruan (modelling) adalah kurang berkesan. Di samping itu juga keupayaan untuk mengurus dan mengawal emosi adalah salah satu faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan sahsiah seseorang murid itu. RPI yang disediakan adalah untuk meningkatkan kecerdasan emosi di kalangan murid-murid ini. Kemahiran dalam konteks murid berkeperluan khas bermaksud kemahiran fizikal dan di peringkat lebih tinggi, kemahiran vokasional. Penguasaan kemahiran terbatas kepada kecacatan yang dialami oleh murid. Sebagai contoh, jika murid menghadapi masalah cacat anggota yang teruk, kebolehannya untuk menguasai kemahiran motor halus dan kasar amat terhad. Perkara ini perlu diambil kira semasa penjanaan RPI untuk murid tersebut. Penguasaan kemahiran motor kasar dan halus serta kemahiran vokasional yang tertentu seharusnya tidak dijadikan sasaran utama murid cacat anggota teruk ini. Kebolehan mengurus diri seperti membersihkan diri merupakan aspek terpenting bagi murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran terutama di peringkat prasekolah dan sekolah rendah. Pengurusan diri peringkat tinggi juga amat diperlukan bagi murid berkeperluan khas lain. Justeru pengurusan diri kebiasaannya merupakan sasaran yang sering diutamakan dalam penghasilan RPI murid berkeperluan khas. Bagi murid yang mengikuti program inklusif akademik samada masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah pembelajaran dan pelbagai kecacatan, RPI haruslah dibina berdasarkan aspek sosial, emosi dan rohani. Bagi murid yang mempunyai keupayaan kognitif rendah, di mana sebahagian besarnya terdiri daripada murid bermasalah pembelajaran, penekanan adalah kepada pengetahuan gunaan (functional). Contohnya, walau pun murid ini tidak boleh membuat kiraan secara mental, mereka boleh diajar matematik gunaan menggunakan kalkulator. Selain daripada itu, penekanan diberikan kepada penguasaan membaca dan menulis tetapi tidak kepada penguasaan pengetahuan akademik. Keupayaan murid untuk berkomunikasi juga adalah di antara sasaran matlamat dalam pembinaan RPI. Kebolehan berkomunikasi dengan baik akan membantu murid berkeperluan 2



khas untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat dan hidup bersama-sama dengan rakan-rakan dari aliran perdana.



4. Elemen Rancangan Pendidikan Individu Fokus kepada 3 atau 4 sasaran utama dipilih daripada komponen yang berkaitan dengan bidang utama komunikasi, literasi, matematik, tingkah laku, dan kemahiran sosial yang sesuai dengan keperluan murid. Elemen utama yang perlu ada: 4.1 Sasaran jangka pendek yang ditentukan untuk atau oleh murid 4.2 Strategi pengajaran yang akan digunakan 4.3 Kemudahan atau perkhidmatan sokongan yang perlu ada 4.4 Penyemakan semula perancangan 4.5 Hasil pencapaian yang akan direkodkan semasa penyemakan semula rancangan pendidikan individu (dokumentasi) 4.6 Kerjasama melalui perkongsian maklumat, keputusan bersama, kebolehpercayaan bagi objektif pengajaran dan pembelajaran serta prosedur penilaian 4.7 Meletakkan terlalu banyak sasaran pada masa adalah amat tidak sesuai. 4.8 Fokus kepada 3 atau 4 sasaran utama dipilih daripada komponen yang berkaitan dengan bidang utama komunikasi, literasi, matematik, tingkah laku dan kemahiran sosial yang sesuai dengan keperluan murid.



5. Ciri-ciri Rancangan Pendidikan Individu 5.1 Komprehensif dan merangkumi pelbagai bidang 5.2 Matlamat yang spesifik dan objektif yang boleh diukur 5.3 Berasaskan urutan perkembangan kemahiran 5.4 Bersesuaian dan realistik (boleh dicapai) 5.5 Penggunaan bahasa yang mudah difahami 5.6 Digubal dan dipersetujui bersama pasukan pelbagai disiplin 3



6. Konsep RPI 1. RPI menjadi perancangan berasaskan: i) ‘Apa’ yang diajar ii) ‘Bagaimana’ sepatutnya diajar iii) ‘Kekerapan’ pengetahuan, kefahaman dan kemahiran sasaran sepatutnya diajar melalui penambahan atau aktiviti yang berbeza dari bukan pendidikan khas melalui kurikulum alternatif



2. RPI merupakan satu dokumentasi perancangan berstruktur dengan langkah yang berbeza dan keperluan pengajaran yang sepatutnya untuk membantu murid berkeperluan khas mencapai objektif yang telah dikenalpasti.



3. RPI adalah satu dokumen kerja bagi semua warga sekolah.



4. RPI mestilah mudah diakses dan difahami oleh semua yang berkenaan.



5. Perlu diingat, RPI adalah relevan untuk semua kategori murid berkeperluan khas dan bukan untuk murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran sahaja seperti yang diamalkan sekarang. RPI sesuai dihasilkan bagi murid berkeperluan khas yang mengikuti kurikulum kebangsaan, alternatif atau lain-lain yang diguna pakai oleh murid berkenaan. Adalah diharapkan penjanaan RPI bagi murid berkeperluan khas akan membangunkan jati diri murid berkenaan dan membolehkan mereka hidup berdikari selepas tamat persekolahan dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup mereka.



7. Kepentingan Rancangan Pendidikan Individu Proses RPI memberi pelbagai kebaikan kepada: 7.1 Murid 7.1.1 Setiap RPI yang digubal untuk mengenalpasti keperluan murid-murid dan



4



cara bagaimana keperluan-keperluan tersebut dapat dipenuhi. Contoh-contoh adalah seperti berikut: (a) Peralatan khas seperti alat bantu mendengar, kanta pembesar dan mesin Braille (b) Bidang khas seperti orientasi dan mobiliti, kemahiran hidup dan bahasa isyarat 7.2 Guru-guru 7.2.1 Memberi peluang untuk mendapat maklumat tentang murid 7.2.2 Menyediakan forum untuk mendapatkan sokongan dan khidmat bantu daripada pihak yang berkenaan 7.2.3 Menyediakan dokumentasi bagi tujuan kesinambungan amalan dalam khidmat bantu sokongan diperlukan. 7.2.4 Memastikan bidang tugas yang memerlukan nasihat golongan professional 7.3 Ibu Bapa 7.3.1 Memberi peluang untuk terlibat secara langsung dalam penyediaan matlamat dan objektif pembelajaran anak mereka 7.3.2 Memberi peluang untuk mendapat penerangan dengan jelas tentang perkara yang perlu dilakukan bagi membantu pembelajaran anak mereka di rumah. 7.3.3 Menyediakan forum untuk meminta pertolongan, resos, sokongan dan perkhidmatan daripada pihak yang berkenaan. 7.3.4 Memberi peluang untuk berkongsi maklumat dengan golongan professional yang terlibat secara langsung dengan anak mereka 7.4 Ahli Pasukan Pelbagai Disiplin yang berkaitan (Sila rujuk ke Lampiran …) 7.4.1 Memperolehi maklumat yang sistematik melalui penilaian pelbagai disiplin untuk mengenal pasti keperluan individu murid 7.4.2 Mengenal pasti program latihan dan penilaian semula yang bersesuaian dengan keperluan murid.



5



8. Peranan dan Sumbangan Ahli Jawatankuasa RPI



8.1 RPI dilaksanakan berasaskan secara kumpulan atau pasukan. Hala tuju adalah dibentuk dan dipersetujui bersama melalui kolaborasi dan kerjasama ahli-ahli pasukan RPI. 8.2 Ahli-ahli pasukan RPI adalah berbeza bergantung kepada keperluan individu murid yang terlibat. Contohnya, ahli-ahlinya boleh terdiri daripada murid itu sendiri, ibu bapa, guru, kaunselor kerjaya, pentadbir sekolah, pegawai khidmat bantu , pembatu pengurusan murid dan pegawai komuniti yang telah dikenalpasti.



8.3 Kelebihan bergerak secara pasukan bagi RPI adalah: 8.3.1 Membentuk pemahaman yang sama tentang keupayaan sebenar murid yang terlibat. 8.3.2 Dapat berbincang tentang kemudahan (contohnya penterjemah bahasa isyarat dan lainlain) yang dapat membantu murid belajar dengan lebih berkesan. 8.3.3 Membuat cadangan pembelian alatan khas contohnya alat bantu dengar. 8.3.4 Mengenalpasti bentuk khidmat bantu yang diperlukan. 8.3.5 Menyediakan rangka panduan pembelajaran yang selari dengan keperluan pentaksiran kurikulum 8.3.6 Setiap ahli dapat berkongsi maklumat tentang tingkah laku dan bentuk atau kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan individu murid. 8.4 Menentukan peranan dan tanggungjawab setiap ahli pasukan setiap ahli memainkan peranan penting dan perlu bekerjasama di dalam proses membina RPI. 8.4.1 Pentadbir (Pengetua/Guru Besar) (a) Melantik seorang penyelaras (bukannya membina) pelaksanaan RPI (b) Menggerakkan program kolaborasi, penilaian dan pengemaskini (c) Memastikan perlaksanaan RPI dengan menilai dan mengemaskini laporan sekurangkurangnya sekali setiap tempoh laporan yang dipersetujui dalam borang RPI (d) Memastikan cadangan keperluan bahan sokongan dan khidmat bantu dalam penyediaan RPI diambil perhatian dan dapat dipenuhi. 6



(e) Memastikan murid yang terlibat dimaklumkan tentang pembinaan RPI jika berkenaan (?) (f) Memastikan perbincangan keperluan transisi dapat diusahakan bersama pihak ibu bapa, komuniti tempatan dan juga institusi pendidikan tinggi. (g) Memastikan salinan dokumen RPI disediakan untuk ibu bapa dan murid. (h) Memastikan RPI disimpan dan difailkan dengan baik serta hasil laporan dimasukkan dalam rekod kemajuan atau profil murid



8.4.2 Guru kelas/Guru matapelajaran/Guru resos (a) Menyediakan penilaian diagnostik yang sesuai bagi memastikan kekuatan dan keperluan murid. (b) Menyemak , mengemaskini matlamat dan objektif di awal tempoh persediaan RPI. (c) Memberi nasihat bagi keperluan peralatan khas. (d) Bertanggungjawab membina aktiviti pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan murid, (e) Mengajar dan menilai pencapaian setiap objektif RPI. (f) Mengekalkan komunikasi dan hubungan baik dengan pihak ibu bapa, guru-guru lain, profesional dan pegawai khidmat bantu yang terlibat. (g) Bekerjasama , mengekalkan komunikasi dengan guru-guru lain dan juga kakitangan (warga) sekolah yang lain.



8.4.3 Pembantu guru (a) Membantu murid dengan aktiviti pembelajaran di kelas mengikut arahan guru kelas (b) Membantu guru mendapatkan bantuan peralatan khas (c) Merekod , memantau pencapaian objektif-objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah dikenalpasti



7



8.4.4 Murid (a) Membantu ahli pasukan mengenalpasti cara pembelajaran yang sesuai (b) Membantu pasukan menentukan keperluan khidmat bantu dan peralatan khas (c) Membantu menentukan matlamat pembelajaran (d) Memahami proses pembentukan RPI



8.4.5 Ibu bapa (a) Menyediakan maklumat terkini tentang murid (b) Memaklumkan kemahiran, minat, kegemaran dan kecenderungan murid (c) Memaklumkan maklumat latar belakang pendidikan awal, sebelum dan pencapaian murid (d) Memberi peluang kepada murid untuk meneruskan aktiviti pembelajaran di rumah (e) Sentiasa berkomunikasi dengan pihak sekolah



8.4.6 Ahli professional lain (a) Menyediakan khidmat bantu (bentuk nasihat, terapi dan sebagainya) (b) Menyediakan nasihat dari segi keperluan peralatan khas (c) Menyediakan bantuan teknikal (d) Menjadi sumber sokongan bagi keluarga (e) Melaksanakan penilaian bila diperlukan



9. Garis Panduan Penghasilan RPI Penghasilan RPI merupakan proses penting dalam usaha menyediakan program pendidikan yang berkesan dan bertepatan dengan berkeperluan khas murid yang berkenaan. Murid berkeperluan khas mempunyai keperluan yang berbeza untuk berdikiri atau/dan untuk mencapai kejayaan searas dengan murid biasa. Matlamat utama pendidikan bagi murid berkeperluan khas adalah untuk menyediakan mereka agar dapat hidup dalam komuniti 8



setempat. Justeru, pihak sekolah perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kandungan kurikulum yang berkesan serta berkait rapat dengan keperluan setempat. Untuk menghasilkan RPI yang berkesan perkara-perkara berikut perlu diambil kira. Jawatankuasa RPI hendaklah dianggotai oleh, (i) pengetua atau guru besar, (ii) guru penolong kanan pendidikan khas atau penyelaras program pendidikan khas, (iii) semua guru pendidikan khas, (iv) semua ibu bapa atau wakil (v) kumpulan‘multi-disciplinary’ mengikut keperluan dan (vi) murid.



9.1 Proses Penghasilan RPI Pembinaan RPI bagi murid berkeperluan khas adalah penting bagi memaksimumkan keberkesanan dan impak pelaksanaan aktiviti pembelajaran. Tahap keberkesanan aktiviti ini pula bergantung pada ketelitian dan ketepatan RPI yang dihasilkan. Berasaskan kepada garis panduan yang disenaraikan dalam para 3, berikut adalah langkah-langkah yang disarankan dalam proses pembinaan RPI.



Jadual 1: Langkah-langkah pembinaan RPI ngkah pembinaan RPI Langkah



Ujian Diagnostik



Tugasan



Tindakan



· Menyediakan ujian diagnostik



· Menubuhkan Jawatankuasa penyediaan ujian diagnostik



· Menjalankan ujian diagnostik · Menganalisis dan keputusan ujian diagnostik



· Guru pendidikan menjalankan diagnostik secara merekod ujian pemerhatian, temubual, ujian lisan, ujian bertulis



9



Pembentukan Ahli Jawatankuasa.



· Kenal pasti serta hubungi ahli · Lantikan rasmi dibuat. jawatankuasa.



· Mengeluarkan surat Menetapkan · Menyediakan laporan baseline tarikh, tempat, masa dan kekerapan setiap murid. mesyuarat yang akan diadakan. · Mendapatkan persetujuan AJK bagi menentukan baseline setiap · Agenda mesyuarat (Melapor murid. baseline RPI yang telah dikenalpasti, mengesahkan cadangan).



· Fokus adalah hanya satu RPI bagi seorang murid dalam satu masa.



10



Pembinaan RPI



· Cerakinkan matlamat jangka panjang · Rekod ujian psychometric yang kepada sasaran jangka pendek. pernah dibuat ke atas murid.



· Kenal pasti sumber yang diperlukan · Sebarang maklumat yang boleh untuk mencapai sasaran. membantu ahli membina RPI yang bertepatan dengan keperluan murid. · Membahagikan tanggung jawab bagi mencapai sasaran kepada setiap ahli.



· Hasilkan bertulis.



dokumen



RPI



secara



· Menyediakan senarai objektif untuk satu RPI dalam tempoh masa yang sesuai.



11



Peningkatan RPI sedia ada.



Dapatkan:



· Semak prestasi pencapaian murid. · RPI sedia ada. Dapatkan baseline terkini. · Dapatkan sebarang laporan · Senaraikan matlamat baru jangka terkini. panjang. · Susun matlamat baru jangka panjang mengikut keutamaan. · Cerakinkan matlamat baru jangka panjang kepada sasaran jangka pendek baru. · Kenal pasti sumber tambahan yang diperlukan untuk mencapai sasaran baru. · Membahagikan tanggung jawab untuk mencapai sasaran baru kepada setiap ahli. · Hasilkan bertulis.



dokumen



RPI



12



secara



Penghasilan program pembelajaran dan pelaksanaan.



· Terjemahan sasaran kepada objektif Dapatkan: tingkah laku pembelajaran & · Butiran Perancangan. pengajaran. · Pilih strategi pengajaran dan kaedah penilaian untuk mengukur pencapaian objektif. · Mendapatkan sumber pengajaran dan pembelajaran yang dikenal pasti. · Melaksana dan memantau program yang dirancang di peringkat sekolah dan rumah. · Tetapkan tarikh mengkaji semula RPI.



13



Langkah Kaji RPI



Tugasan



Tindakan



semula · Kumpul dan bandingkan data. · Meneliti perkembangan pencapaian murid.



Dapatkan: dan · RPI sedia ada



· Laporan pencapaian terkini di · Pinda matlamat jangka panjang peringkat sekolah dan rumah. dan sasaran jangka pendek mengikut keperluan. · Runding semula peranan ahli jawatankuasa dalam usaha mencapai sasaran. · Hasilkan dokumen baru RPI yang telah dibuat perubahan mengikut persetujuan secara bertulis. · Tetapkan tarikh kaji semula yang berikutnya,



Penghasilan dokumen RPI perlu dibincangkan bersama oleh ahli jawatankuasa yang dilantik khas dan mempunyai kepentingan terhadap perkembangan pendidikan murid berkeperluan khas. Penulisan dokumen ini adalah tanggung jawab guru yang ditugaskan untuk mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid berkenaan. Walau bagaimana pun bantuan daripada ahli jawatankuasa lain untuk menghasilkan dokumen bertulis terbut bolehlah dirundingkan. Yang pentingnya setiap murid berkeperluan khas mempunyai dokumen RPI yang lengkap. 10. Keperluan Transisi Proses transisi dari setiap peringkat persekolahan memerlukan satu proses adaptasi kepada persekitaran, orang-orang yang berada disekiling dan aktiviti di dalam linkungan persekolahan. Tujuannya adalah untuk memberi kesediaan murid bagi untuk melangkah dari satu proses yang tidak formal kepada formal contohnya dari persekitaran di rumah ke alam persekolahan bagi murid prasekolah dan dari ke satu tahap rendah ke tahap yang lebih tinggi contohnya dari sekolah rendah ke sekolah menengah atau dari zaman kanak-kanak ke alam dewasa. 14



Adaptasi ini memerlukan satu tempoh masa dan ruang penyesuaian supaya berlakunya kesediaan untuk maju ke tahap yang baru. Satu program yang singkat perlu diwujudkan untuk menyediakan ruang transisi tersebut. GARIS PANDUAN PENULISAN BORANG RPI A. Isikan maklumat murid 1. Nama (HURUF BESAR) 2. Jantina 3. Keturunan M – Melayu C – Cina I – India K – Kadazan B – Iban L - Lain-lain 4. Tarikh Lahir 5. Umur 6. No pendaftaran OKU (Rujuk Kad OKU) 7. Kelas Kelas mengikut penempatan 8. Tarikh Mula (Tarikh Perlaksanaan) 9. Tempoh Perlaksanaan. Jangka masa RPI dilaksanakan. (Contoh:- Dicadangkan 1 Tahun: Januari 2010 hingga Disember 2010) 10. I) Kategori : Ikut kecacatan murid (Setiap pada boring BPKKK 1 (Pin. 2003) – Laporan perubatan II) Nyatakan kategori yang spesifik



15



a) Masalah Pembelajaran : Specific Learning Disability Speech or Language Impaired Mentally Retarded Emotionally Disturb Slow Learner Cerebral Palsy ADHD Down Snydrome Dan lain-lain (Nyatakan) b) Masalah Pendengaran : Profound Severe Moderate Mild c) Masalah Penglihatan : Low Vision Total Blind



d) Pelbagai Kecacatan : (Nyatakan)



11. Penempatan Ikut Program



12. Nama Sekolah



16



B. Latar Belakang Pendidikan / Perubatan / Tingkah Laku / Sosial Aspek yang berkaitan dengan keperluan



1. Sumber Maklumat ( Doktor, terapi, ibu bapa, guru mata pelajaran, dlln) 2. Tarikh (Perjumpaan dengan sumber member maklumat berdasarkan B-1) 3. Ringkasan Laporan (Keterangan daripada sumber maklumat ringkas dan tepat serta berfokus kepada RPI)



C. Analisis Penguasaan dan Kelemahan Murid 1. Bidang Penguasaan (Pengetahuan/kelebihan sedia ada murid) 2. Bidang Keperluan (Aspek utama yang menghalang murid proses pengajaran dan pembelajaran murid contohnya: urus diri, tingkah laku, masalah pertuturan) 3. Memerlukan khidmat bantu ( perubatan/peribadai) – sekiranya ia Ya, nyatakan bantuan yang diperlukan contohnya: bantuan pertuturan juru pulih anggota dan lainlain. 4. Keperluan Peralatan khas (contohnya kerusi roda , brailler, alat bantuan pendengaran, dll) D. Rancangan RPI (*Bulatkan RPI yang dibina mengikut semester) 1. Matlamat (DIcadangkan 1 tahun) 2. Tarikh Mula (Tarikh pembinaan RPI) 3. Objektif Jangka Pendek (Kemahiran yang ingin dicapai dalam jangka waktu terdekat) 4. Strategi/pendekatan (contohnya tunjuk cara, sesi soal jawab, bimbingan fizikal, bimbingan lisan dlln) 5. Penilaian semasa/tarikh (contohnya pemerhatian, skor ujian, lembaran kerja, dlln)/ (Tarikh penilaian dijalankan atau dilaksanakan) E. Semakan Pencapaian Murid



17



i) Untuk Semester 1 ii) Untuk Semester 2 1. Pencapaian (Boleh diukur contohnya 10 daripada 15 soalan betul, peratus kemajuan yang telah dicapai, perubahan tingkah laku, dlln. 2. Pendekatan berkesan (Contohnya belajar menggunakan computer, muzik, teka-teki, dllm 3. Rumusan/Cadangan - Tindakan susulan guru dan ibu bapa di rumah - Pelbagaikan aktiviti menggunakan computer, muzik, dll 4. Tarikh Semakan - 2 kali setahun - Dicadangkan Jun dan Oktober F. Pengesahan Ahli Jawatankuasa Pembina RPI 1. Nama Ahli · Semua yang terlibat dengan murid berkenaan. (Contoh, pentadbir, guru kelas, guru mata pelajaran, kaunselor, guru disiplin, doctor, pembantu pengurusan murid dan lainlain · Penglibatan semua ahli jawatankuasa amatlah digalakkan · RPI tetap dilaksanakan walaupun hanya 2 atau 3 ahli jawatankuasa sahaja terlibat 2. Jawatan/Gelaran · Contoh, guru besar, doctor pakar, penolong kanan pendidikan khas, penyelaras, guru kelas, pembantu pengurusan murid, dlln 3. Tarikh (Tarikh perjumpaan ahli jawatankuasa RPI) 4. Tandatangan (Untuk Pengesahan) G. Perancangan Transisi 1. Prasekolah · Awal kemasukan, contohnya transisi dari rumah ke sekolah. Fokus kepada kemahiran 18



urus diri dan bersosial 2. Ke Sekolah rendah · Tumpuan kepada kemahiran hidup berdikari, pengusaan 3M dan aktiviti sukan dan seni 3. Ke Sekolah Menengah · Tumpuan kepada kemahiran hidup berdikari, peneguhan penguasaan 3M, aktiviti sukan dan seni ke tahap yang lebih tinggi 4. Ke Kerjaya / Dewasa · Penekanan kemahiran vokasional sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan dan hidup berdikari



19