Penubuhan Taska [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PENGENALAN Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, penubuhan taska telah tumbuh dan berkembang dengan pesatnya. Penubuhan ini adalah disebabkan kepesatan penduduk dan perkembangan ekonomi negara yang menggalakkan ibu bapa untuk keluar bekerja bagi meningkatkan sosio ekonomi keluarga. Oleh itu taska menjadi rumah kedua bagi anak-anak semasa ibubapa mereka keluar bekerja. Kementerian Kebajikan Masyarakat merupakan tunjang utama bagi memastikan mutu asuhan yang baik dari segi fizikal, alat kelengkapan, kebersihan persekitaran dan keselamatan anak-anak . Justeru itu, perlu diwujudkan satu undang-undang atau garis panduan yang menjadi rujukan kepada individu atau pengusaha untuk menubuhkan Taska. Rentetan daripada itu ,Akta Taman Asuhan kanak-kanak menjadi garis panduan yang perlu dipatuhi sama ada untuk pendaftaran, pengawalan dan pemantauan



(A) Akta Taman Asuhan kanak-kanak (Akta 308) adalah ditakrifkan sebagai “….. mana-mana premis di mana empat orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun dan lebih daripada satu isi rumah diterima masuk untuk dijaga dengan upah “. Akta ini memberi pengecualian kepada institusi-institusi yang berikut : (a) Hospital Kerajaan ataupun swasta yang berlesen di bawah Akta Hospital Swasta, 1971. (b) Institusi yang dikecualikan daripada peruntukan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984, oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat. (c) Sekolah kindergarten ataupun asuhan yang didaftarkan di bawah Akta Pelajaran 1961. (d) Rumah Kanak-kanak yang diselenggarakan oleh Kerajaan Persekutuan ataupun Negeri.



1



Akta ini merangkumi dua kategori TASKA iaitu :(a) TASKA di rumah yang menerima masuk kurang daripada sepuluh kanak - kanak. (b) TASKA di institusi yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih kanak - kanak. Tujuan pembentukan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) : •



Akta Taman Asuhan kanak-kanak adalah termaktub di dalam Undang –undang Malaysia.







Akta ini merupakan garis panduan yang mesti dipatuhi sama ada untuk pendaftaran, pengawalan dan pemantauan.







Semua Taman Asuhan Kanak-kanak sama ada di tempat kerja, persendirian, institusi adalah tertakluk kepada akta.







Akta diwujudkan bertujuan untuk menjamin kualiti perkhidmatan kanak-kanak.







Sekiranya tidak mematuhi akta dan peraturan yang telah ditetapkan boleh akan didakwa di mahkamah.



Akta 308 dapat menggalakkan dan memudahkan kemajuan sesuatu sistem pendaftaran dan pengawalan yang sempurna bagi semua taska di negara ini. Di dalam akta ini terkandung beberapa seksyen yang perlu dipatuhi oleh setiap pengusaha taska. Berikut adalah antara seksyen yang terkandung dalam Akta 308 : •



Seksyen 4 : Semua taman asuhan kanak-kanak mesti didaftarkan di bawah Kebajikan Masyarakat.



2







Seksyen 6 (2): Denda kali pertama tidak melebihi RM1000.00.Kesalahan bagi kali kedua dan seterusnya dikenakan denda tidak melebihi RM2000.00







Seksyen 11 (3) Tiap-tiap perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah peruntukan seksyen ini adalah sah selama dua belas bulan kalendar.







Seksyen 12 : Pendaftaran taska boleh dibatalkan jika tidak mematuhi peraturan, tidak memaklumkan perubahan terkini, dan pemilik taska yang melibatkan keburukan akhlak.







Seksyen 14 : Pegawai yang diberi kuasa berhak memeriksa taska dari segi kesihatan , pengurusan, peralatan , persekitaran dan kecemasan.







Seksyen 15 dan 16 : Pihak berkuasa berhak memberi arahan secara bertulis



untuk



menutup



sementara



taman



asuhan



jika



didapati



membahayakan kanak-kanak. •



Seksyen 24 : Permohonan boleh dibuat untuk menerima kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas dengan syarat mendapat kebenaran pihak berkuasa.



B) Bagi memastikan mutu asuhan kanak-kanak berkualiti bersesuaian dengan kehendak Akta Taman Asuhan Kanak-kanak, pengusaha perlulah memastikan pengasuh yang diterima bekerja mempunyai kelayakan seperti berikut : a) Mematuhi syarat minimum umur iaitu 18 tahun ke atas. b) Mempunyai pengalaman yang cukup dalam bidang pengasuhan kanak-kanak . c) Mempunyai kelulusan kursus Asas Asuhan Kanak-kanak yang diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam tempoh satu tahun mula bekerja di Taska. d) Telah melalui pemeriksaan oleh Pegawai Perubatan. 3



Peraturan Taman Asuhan kanak-kanak di Institusi (1985) merupakan lanjutan daripada Akta Taman Asuhan kanak-kanak (1984) di mana Peraturan 5 (1) adalah merujuk kepada nisbah kanak – kanak dan pengasuh seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah : Nisbah Antara Pengasuh dan Kanak-kanak Umur Kanak-kanak Di bawah 3 tahun Antara 3 – 4 tahun Kanak-kanak tidak upaya



Bilangan Kanak-kanak 5 10 4



Bilangan Pengasuh 1 1 1



bawah 4 tahun Puan Aminah pada peringkat awalnya mempunyai bilangan kanak-kanak seramai 7 orang (2 orang berumur 6 bulan dan 5 orang berumur 3 tahun). Menurut senarai menunggu, seramai 4 bayi baru lahir , 6 kanak-kanak berumur 3 tahun dan seorang kanak-kanak kurang upaya akan mendaftar.Oleh yang demikian, nisbah kanak- kanak dan penjaga yang perlu disediakan oleh Puan Aminah adalah seperti berikut : Umur Kanak-kanak Di bawah 3 tahun Antara 3 – 4 tahun Kanak-kanak tidak upaya



Bilangan Kanak-kanak 6 11 1



Bilangan Pengasuh 2 2 1



bawah 4 tahun



C) Asuhan kanak - kanak perlu diberi perhatian terutama dalam konteks pembangunan negara kini. Kewujudan sesebuah pusat asuhan kanakkanak perlu mematuhi peraturan yang sedia ada untuk mempastikan 4



ianya beroperasi mengikut keperluan yang ditetapkan. Justeru itu, Puan Aminah perlu mengambil kira faktor peralatan dan kemudahan fizikal yang sepatutnya ada di dalam bangunan untuk menjaga kesihatan dan keselamatan kanak-kanak di Taska. Dari segi kesihatan, Puan Aminah hendaklah mematuhi Peraturan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak sebagaimana yang telah digariskan oleh Jabatan Kesihatan. Peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi adalah : 1) Kehendak Persekitaran (Operasi) a) Premis dan kawasan sekeliling hendaklah sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih: i) rumput dipotong dari semasa ke semasa. ii) Tiada bahan buangan serta botol / tin yang menakung air. 2) Kehendak Bangunan a) Kehendak Kemudahan kebersihan a. Menyediakan ‘elbow tap’ b. Menyediakan susur tangan untuk kanak-kanak yang kurang upaya. c. Mangkuk tandas tidak melebihi 150mm tinggi dari paras lantai. d. Basin mencuci tangan tidak melebihi 600mm hendaklah disediakan dengan secukupnya.



3) Kehendak Bangunan Operasi a) Komponen bangunan



5



i)



Dinding di dalam dan di luar bangunan, syiling dan lantai sentiasa dalam keadaan bersih.



ii)



Lantai bilik mandi, tandas dan tempat buang air kecil serta parit sentiasa di dalam keadaan bersih, tidak licin dan tiada air bertakung.



iii)



Mengadakan dapur , bilik mandi dan tandas yang sesuai serta sentiasa bersih.



iv)



Mempunyai



ruang



dengan



kemudahan



membasuh



yang



mencukupi. v)



Mempunyai tempat membuang sampah atau menggunakan tong sampah dan karung plastik seperti yang ditetapkan.



vi)



Mematuhi kehendak minimum keluasan lantai 3.5 meter persegi (Taska).



vii)



Longkang hendaklah ditutup dengan papan tetulang konkrit,



b) Peralatan / perabot / kemudahan dalam bangunan i)



Semua perabot dan alat-alat elektrik dalam keadaan bersih.



ii)



Mengadakan katil / tempat tidur yang sesuai.



iii)



Menyediakan barang-barang permainan yang sesuai dan tidak berbentuk tajam.



iv)



Kelengkapan permainan sesuai dan selamat.



v)



Mengadakan telefon di bangunan pusat.



vi)



Mangadakan



buku



daftar



kanak-kanak



dengan



butir-butir



ibu/bapa/penjaga. vii)



Mengadakan buku pelawat.



c) Kehendak Perubatan dan Kesihatan i)



Mengadakan peti kecemasan di tempat yang sesuai.



ii)



Mengadakan pegawai perubatan pelawat.



iii)



Mengadakan seorang yang berkelayakan dan berpengalaman untuk menjaga kanak-kanak.



6



iv)



Mengemukakan laporan pemeriksaan perubatan tahunan bagi pengusaha dan pekerja.



v)



Orang yang mengidap sebarang penyakit berjangkit dilarang masuk ke dalam taska dan jika terdapat sebarang penyakit berjangkit perlu dilaporkan segera kepada pegawai perubatan.



vi)



Binatang-binatang peliharaan tidak dibenarkan berada di dalam bangunan.



d) Penyediaan makanan i)



Menyediakan makanan yang seimbang untuk kanak-kanak.



ii)



Dilarang menyediakan makanan ringan kepada kanak-kanak.



iii)



Semua botol susu dan puting mesti dibasmi kuman.



iv)



Makanan halal hendaklah disediakan untuk kanak-kanak yang beragama Islam.



v)



Alat-alat yang digunakan untuk menyediakan makanan hendaklah bersih.



vi)



Keadaan menyediakan tempat makan hendaklah bersih.



vii)



Tempat stor bahan-bahan makanan mestilah bersih dan selamat.



e) Kehendak umum i)



Mengadakan peraturan keselamatan yang memuaskan.



ii)



Menyediakan jadual harian yang sempurna bagi kanak-kanak yang berada di Taman Asuhan penjagaan kanak-kanak melebihi 4 jam



Dari segi keselamatan pula, Puan Aminah perlulah mematuhi kehendak Akta Taman Asuhan Kanak-kanak (1984). Antara peraturan-peraturan tersebut adalah seperti yang digariskan oleh Jabatan Perkhidmatan Bomba ialah : 1) Kehendak Bangunan a) Keadaan bangunan yang dibenarkan :



7



i)



Mempunyai lebih daripada satu tangga bagi bangunan bertingkat.



ii)



Tidak mengandungi bahan-bahan bahaya.



iii)



Kedudukan taska tidak melebihi had kelengkapan tangga jentera bomba :



iv)



-



bandaraya 40 meter



-



Bandar kecil 10 meter



Bukan bangunan tingkat basement :



b) Ciri-ciri keselamatan bangunan i)



Berhampiran dengan tangga keselamatan bagi taska yang terletak dalam bangunan bertingkat.



ii)



iii)



Mematuhi perjalanan maksimum -



Tiada sistem sprinkler 30 meter



-



Mempunyai sistem sprinkler 45 meter



-



Had jalan mati 9 meter



-



Jarak minimum antara 2 pintu 5 meter.



Mematuhi had maksimum mengikut bilangan pintu keluar. -



Bilangan orang maksimum bagi 1 pintu - 12 orang termasuk pengasuh.



-



Bilangan orang maksimum bagi 2 pintu – 23 orang termasuk pengasuh.



iv)



Kehendak teknikal dinding -



Antara Taman Asuhan dengan bahagian-bahagian lain (dinaikkan ke paras tingkat – tempoh ketahanan api (TKA) 2 jam.



-



Bilik penyediaan dengan Taman Asuhan (dinaikkan ke paras lantai tingkat ) TKA 2 jam.



-



Dinding pejabat – TKA ½ jam.



8



v)



Kehendak kemudahan keluar dan pengosongan premis. -



Mengadakan tanda keluar lampu kecemasan jenis kuasa tersendiri dalam premis tersebut.



-



Mengadakan troli nisbah 1 : 6.



-



Mengujudkan refuge area: - ruang legar - koridor - kawasan terlindung dalam kawasan taman asuhan .



vi)



Mengadakan alat pencegahan kebakaran -



2 bilangan 4.5 kg alat pemadam api mudahalih jenis debu.



-



Alat pengesan asap jenis kuasa tersendiri (self contained)



2) Kehendak Operasi a) Kehendak-kehendak langkah keselamatan. i) Tidak dibenarkan menggunakan lilin atau pelita. ii) Tidak dibenarkan menggunakan ubat nyamuk. iii)Tidak dibenarkan merokok dalam premis. iv)Tidak dibenarkan pembakaran terbuka. v)Tidak dibenarkan kanak-kanak masuk /dibawa ke dalam ruang bilik penyediaan. vi)Plug point yang rendah hendaklah ditutup dengan kemas. vii)Tidak dibenarkan menggunakan penyambung wayar.



9



Selain daripada mematuhi kehendak-kehendak dari Jabatan Kebajikan Masyarakat,



Jabatan Kesihatan,



Jabatan Bomba dan Penyelamat,



pengusaha Taska juga perlu mematuhi kehendak Pihak Berkuasa Tempatan bagi mendapatkan kelulusan



Penubuhan Taman Asuhan



Kanak-kanak. Antara kehendak pihak berkuasa tempatan adalah : i) Kehendak Perancangan a) pengusaha perlu mengemukakan pelan-pelan dan dokumendokumen seperti ;



iii)



-



Pelan tapak



-



Pelan lantai



Urusan tanah / percukaian a) Salinan hakmilik tanah yang disahkan oleh Pejabat Tanah Daerah. b) Salinan cukai taksiran c) Salinan cukai tanah d) Lain-lain dokumen seperti : -



Salinan Sijil Kelayakan Menduduki (CFO)



-



Surat perjanjian / kebenaran dari pemilik bangunan (jika bangunan disewa)



iv)



Kesesuaian tapak / jenis bangunan a) Jenis bangunan yang sesuai b) Rumah sebuah (banglo) c) Rumah teres (lot tepi dengan kawasan lapang dan tidak menyebabkan kesesakan kepada gangguan lalulintas) d) Rumah pangsa (tingkat bawah)



10



e) Bangunan pejabat (tingkat 1 hingga 2 kecuali dengan sokongan Jabatan Perkhidmatan Bomba) f) Bangunan



Komersil



(mengikut



sokongan



Jabatan



Perkhidmatan Bomba) g) Bangunan Kilang (mengikut sokongan Jabatan Kesihatan dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) v)



Kesesuaian tapak a) Tidak terletak di hadapan jalan utama b) Jalan keluar masuk sekurang-kurangnya 10 meter dari simpang utama c) Mempunyai kawasan permainan yang secukupnya di luar bangunan pusat.



vi)



Kehendak pengudaraan dan pencahayaan a) Pengudaraan boleh kawal hendaklah 20 % daripada keluasan lega lantai. b) Pengudaraan bebas hendaklah 10 % daripada keluasan lega lantai c) Pencahayaan semulajadi hendaklah 20 % daripada keluasan lega lantai.



vii) Kehendak tingkap dan pintu a) Semua pintu dan tingkap hendaklah dibuka dari bahagian dalam b) Tingkap jenis bebilah (louvers) tidak dibenarkan. c) Semua pintu dan tingkap di tingkat atas bangunan yang dipasang dengan jeriji hendaklah dari jenis yang boleh dibuka. d) Semua jeriji yang digunakan di tingkat bawah hendaklah dari jenis yang tidak tajam dan merbahaya serta boleh dibuka.



11



e) Menyediakan 2 pintu yang berasingan (1 hadapan dan 1 belakang) vii)



Kehendak Kegunaan ruang a) Menyediakan ruang untuk kemudahan belajar dan bermain. b) Ruang bermain / aktiviti dalam bangunan. c) Ruang tidur. d) Menyediakan ruang berasingan (sick bay)



viii)



Menyediakan ruang dapur a) Menyediakan pintu yang tidak mudah dibuka dan dimasuki kanak-kanak. b) Dipisahkan daripada ruang aktiviti yang lain. c) Menyediakan ruang penyediaan makanan. d) Mempunyai ruang penyimpanan makanan.



ix)



Pengasingan ruang antara bayi dengan kanak-kanak lain.



D) Bagi memastikan pengurusan Taman Asuhan kanak-kanak dapat dijalankan secara professional , berkualiti dan memenuhi hak kanakkanak, kami mencadangkan agar Puan Aminah



mengetahui Prosedur



Pendaftaran Taman Asuhan kanak- kanak dengan betul.Antara langkah – langkah yang perlu diambil oleh Puan Aminah ialah :







Mendapatkan Buku Garis Panduan Prosedur Memproses Permohonan Penubuhan Taska yang boleh didapati di Jabatan Kebajikan Masyarakat.







Mendaftarkan



operasi



taskanya



dengan



Pejabat



Pendaftaran



Perniagaan. 



Mengemukakan permohonan kepada agensi teknikal seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan bagi mendapatkan



12



kelulusannya dengan memastikan permohonan disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan yang lengkap. 



Menyediakan senarai menu, senarai aktiviti harian, senarai aktiviti bersama



ibu



bapa,



pelan



lantai



berserta



pengiraannya



dan



melengkapkan borang permohonan (Jadual 2 – rujuk lampiran). 



Mengemukakan permohonan pendaftaran TASKA ke Pejabat Jabatan Kebajikan



Masyarakat



Daerah



dengan



memastikan



dokumen-



dokumen di bawah disertakan : -



Jadual 2 telah dilengkapi



-



Kelulusan dari 3 agensi teknikal (Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan)



-



Pelan lantai yang menunjukkan ukuran panjang dan lebar dalam meter berserta dengan pengiraannya.



-



Senarai aktiviti harian



-



Senarai menu



-



Senarai aktiviti bersama ibu bapa.



-



Perakuan Pendaftaran Perniagaan.



-



Senarai kakitangan (nama, nombor kad pengenalan,jawatan dan sijil)



-



Wang Pos atau cek atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia.







Permohonan akan disemak dan sekiranya ianya didapati tidak lengkap pemohon akan diminta oleh Pegawai Taska di daerah berkenaan untuk melengkapkannya atau mengemukakan maklumat tambahan.







Bagi permohonan yang lengkap , seliaan oleh Pegawai Taska di daerah berkenaan akan dilakukan sebelum permohonan dikemukakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri.







Permohonan akan disemak oleh Pegawai Penyelaras Taska Negeri sebelum permohonan



dikemukakan kepada Jabatan



Masyarakat Malaysia.



13



Kebajikan







Permohonan akan diproses dan sekiranya lengkap dan mematuhi Akta dan Peraturan Taska, suatu Perakuan Pendaftaran TASKA yang tempoh sahnya adalah setahun dari tarikh mula diluluskan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia akan dikeluarkan.







Bagi permohonan pendaftaran semula, pemohon diminta membeli satu set Borang Pendaftaran Semula pada harga RM4 untuk dilengkapi dan mengemukakan permohonan itu beserta dokumen-dokumen sokongan seperti di perkara 6(a) hingga (i) kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berkaitan.







Pemohon adalah diingatkan supaya menyediakan wang pos atau cek hanya setelah permohonannya lengkap.



CARTA ALIRAN PROSEDUR PENDAFTARAN TASKA (BARU/PENDAFTARAN SEMULA)



14



Pemohon membeli Buku Garis Panduan Penubuhan TASKA pada Harga RM10.00 (Pendaftaran baru) atau Borang Pendaftaran Semula pada harga RM4.00 dari PKMD/JKMN/JKMM



Pemohon mendaftarkan perniagaan/ pertubuhan



Pemohon mendapatkan permohonan dari 3 agensi teknikal



Pemohon mengemukakan permohonan yang lengkap ke PKMD Yang berhampiran berserta wang pos/cek bernilai RM50.00 Pemohonan disemak oleh Pegawai TASKA di PKMD Pemohonan dikemukakan ke JKMN Permohonan disemak oleh Pegawai Penyelaras TASKA Negeri di JKMN Pemohonan dimajukan ke pihak JKMM (Ibu pejabat) Permohonan diproses dan dikemukakan kepada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia untuk dipertimbangkan kelulusannya. Perakuan Pendaftaran TASKA yang tempoh sahnya selama setahun dikeluarkan.



15



Kanak-kanak dilahirkan di dunia ini dengan bermacam-macam perlakuan dan berbeza sifatnya.Kita sangat bertuah dilahirkan dalam keadaan yang sempurna.Namun, ketentuan Tuhan adalah tidak terduga.Ada individu yang dilahirkan dengan sempurna dari segi fizikal dan rohani.Kumpulan ini dipanggil sebagai kumpulan normal.Tetapi segolongan mereka dilahirkan dengan kekurangan seperti mempunyai kecacatan fizikal, kecacatan mental dan sebagainya.Kanak-kanak istimewa merangkumi golongan kurang upaya dan juga pintar.Pengesanan awal ke atas keistimewaan mereka dapat membantu dan mengenalpasti program dan perkhidmatan yang bersesuaian dengan kehendak mereka.Walaubagaimana pun, mereka tetap memerlukan kasih sayang,penerimaan dan dihormati daripada orang dewasa. Selain dari mengambil kanak-kanak yang normal, Puan Aminah juga mengambil seorang kanak-kanak kurang upaya.Oleh yang demikian, Puan Aminah perlu mengenal pasti apakah kekurangan atau kecacatan kanakkanak ini.Ini membolehkannya menyediakan kemudahan fizikal yang bersesuaian dengan kanak-kanak tersebut seperti laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda, tempat makan ataupun tandas khas.Dengan ini pasti Puan Aminah dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti terhadap semua kanak-kanak yang berada di taskanya.



RUMUSAN



16



Kanak-kanak di dalam lingkungan umur di bawah 4 tahun memerlukan pendedahan kepada pengasuhan dan persekitaran yang kaya dengan unsur pembelajaran. Mereka juga memerlukan peluang untuk melibatkan diri di dalam berbagai jenis pengalaman. Pendedahan dan penglibatan ini penting untuk mereka berkembang dengan sempurna.Oleh yang demikian, segala keperluan kanak-kanak perlulah dipenuhi .Taska yang berkualiti akan melahirkan kanak-kanak yang mempunyai etika ,budi pekerti yang baik serta akan menjadi pemimpin di masa akan datang.Selaras dengan konsep masyarakat penyayang dan mengambilkira peningkatan golongan wanita dalam sektor pekerjaan, maka pihak kerajaan menggalakkan penubuhan taska di tempat kerja selain daripada taska persendirian yang lain. Pengusaha-pengusaha taska juga diingatkan supaya tidak mementingkan keuntungan kewangan semata-mata tetapi juga perlu memikirkan keuntungan jangka panjang iaitu kanak-kanak hari ini merupakan aset terpenting negara demi mencapai wawasan 2020.Penglibatan ibu bapa di dalam aktiviti yang dirancang



oleh



pihak



taska



amatlah



digalakkan



bagi



membantu



perkembangan peribadi seorang kanak-kanak. Dengan adanya pusat penjagaan kanak-kanak dapat membantu dan memperkembangkan potensi –potensi amalan asuhan yang dapat menjamin kesejahteraan kanak-kanak.Harapan kami semoga Puan Aminah dapat meningkatkan profesionalisme dalam pengasuhan kanak-kanak di taskanya.



17