Prosedur Penubuhan Persatuan [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN Semester 4 Tahun 2



MPU3081 KOKURIKULUM PERSATUAN



TUGASAN PROJEK INDIVIDU NAMA PELAJAR NUR SYAZWANI BT MOHD ZUKRI ANGKA GILIRAN 2015232340014 NO. KAD PENGENALAN 950122-11-5236 KUMPULAN/ UNIT BNK (A) NAMA PENSYARAH EN RIZAM BIN ZAMRI TARIKH SERAHAN 15 MAC 2017



SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA BESUT, 22300 KUALA BESUT, BESUT, TERENGGANU



KERTAS KERJA PENUBUHAN



PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK SK KUALA BESUT



1.0 PENGENALAN Penubuhan persatuan sains dan matematik merupakan suatu inisiatif kearah pembinaan dan pembentukan individu sebagai insan yang aktif bukan sahaja dari aspek kurikulum malahan dari aspek kokurikulum. Ia juga selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam melahirkan murid – murid yang sihat dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan juga sosial. Penubuhan persatuan ini pada dasarnya adalah untuk mewujudkan minat murid-murid terhadap matapelajaran Sains dan Matematik. Dengan menyertai persatuan ini, murid-murid dapat melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang bermanfaat pada masa lapang.



2.0 RASIONAL Sains dan Matematik merupakan matapelajaran teras bagi setiap murid. Matapelajaran ini amat sukar dan kurang diminati oleh murid-murid. Dengan adanya aktiviti kokurikulum seperti ini, pembelajaran matapelajaran Sains dan Matematik akan lebih berkesan dan dapat menarik minat murid berdasarkan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan. 3.0 MATLAMAT PERSATUAN Memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan potensi dan minat mereka secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek seterusnya menjadikan Persatuan Sains dan Matematik sebagai wadah penting dalam membentuk modal insan yang berkompeten selaras dengan matlamat Wawasan 2020 yang menjadi teras pembangunan kemajuan negara Malaysia. 4.0



Visi Menjadikan Persatuan Sains dan Matematik sebagai persatuan yang aktif, berkemampuan melahirkan murid yang mendapat pencapaian terbaik dalam matapelajaran Sains dan Matematik.



5.0 Misi 5.1 Mengadakan aktiviti-aktiviti persatuan yang berfaedah dan menyeronokkan. 5.2 Menggalakkan ahli-ahli bergerak aktif menyertai dan memberi kerjasama sepanjang aktiviti dijalankan. 5.3 Mewujudkan hubungan rapat dan mesra antara ahli-ahli persatuan.



6.0 OBJEKTIF PERSATUAN 6.1 Meningkatkan minat murid terhadap matapelajaran Sains dan Matematik 6.2 Memberi kesedaran kepada murid mengenai keseronokkan matapelajaran Sains dan Matematik. 6.3 Memupuk semangat kerjsama dan berdaya saing dalam diri murid 6.4 Meningkatkan pencapaian dan prestasi murid dalam matapelajaran Sains dan Matematik 7.0 KEAHLIAN 7.1 Murid - murid Tahap 2 Sekolah Kebangsaan Kuala Besut



8.0 PENGISIAN PROGRAM DAN AKTIVITI PERSATUAN 8.1 Lawatan ke Petrosains 8.2 Explorace Sains 8.3 Minggu Sains 8.4 Pameran Sains 8.5 Explorace Matematik 8.6 Minggu Sudoku



9.0 SUMBER KEWANGAN 9.1 Sumber kewangan Persatuan Sains dan Matematik ialah dari yuran pendaftaran persatuan yang akan dikenakan kepada semua pelajar yang menyertai kelab ini. Yuran pendaftaran dikenakan sebanyak RM3.00 setiap individu.



10.0



AHLI JAWATANKUASA PENAJA



Guru Penasihat : En. Rosli bin Hamid Pengerusi : Mohd Zarmizi Bin Abdul Rahman Setiausaha:Nur Syazwani Binti Mohd Zukri



Ahli : Suzita Binti Shafie Hasruzi Binti Husin Mohd Fauzi Bin Chik



11.0



KELULUSAN PENUBUHAN



Disediakan oleh,



…………………………………………….. (NUR SYAZWANI BT MOHD ZUKRI) Setiausaha Persatuan Sains dan Matematik SK Kuala Besut . Diluluskan oleh,



……………………………………. ( TUAN HASHIM BIN ABDULLAH ) Guru Besar SK Kuala Besut.



PROSEDUR PENUBUHAN PERSATUAN



Langkah 1 : Mewujudkan Jawatankuasa Penaja dan kertas kerja Dalam menubuhkan sesebuah persatuan di sekolah, jawatankuasa penaja sangat penting untuk merangka sesuatu persatuan yang baharu seperti Persatuan Sains dan Matematik. Jawatankuasa penaja ini merupakan penggerak bagi permulaan penubuhan persatuan yang dianggotai sekurang-kurangnya 7 orang ahli. Jawatankuasa penaja terdiri daripada beberapa jawatankuasa seperti pengerusi, setiausaha dan selebihnya sebagai ahli. Pengerusi menjadi tunjang utama dalam menggerakkan ajk penaja dan setiausaha berperanan dalam penyediaan kertas kerja penubuhan persatuan. Setelah Jawatankuasa penaja dibentuk, mesyuarat jawatankuasa penaja perlu dilakukan untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan penubuhan Persatuan Sains dan Matematik, matlamat dan objektif, peraturan-peraturan, perlembagaan, keahlian, senarai aktiviti dan sebagainya. Setiap perbincangan yang dilangsungkan akan direkodkan bagi tujuan pendokumentasian. Pelaksanaan skop tugas hasil mesyuarat adalah mengikut jawatankuasa masing-masing. Kertas kerja penubuhan Persatuan Sains dan Matematik akan disediakan oleh setiausaha dan diserahkan kepada Guru Besar bersama surat permohonan menubuhkan Persatuan Sains dan Matematik untuk mendapatkan kelulusan. Maklum balas berkenaan kelulusan permohonan adalah setelah mendapat surat rasmi kelulusan permohonan penubuhan daripada Guru Besar.



Langkah 2 : Mesyuarat AJK penaja dan perlantikan penasihat Mesyuarat penubuhan persatuan diadakan bersama ahli-ahli sebaik sahaja permohonan diluluskan untuk memutuskan dan mengesahkan perlembagaan dan peraturan-peraturan, senarai aktiviti atau program dan senarai ahli jawatankuasa yang akan melaksanakan skop tugasan masing-masing sehingga ke tarikh Mesyuarat Agung pertama. Setelah mesyuarat dijalankan, permohonan rasmi pengesahan penubuhan Persatuan Sains dan Matematik SK Kuala Besut perlu dilaksanakan dengan menghantar surat rasmi kepada Guru Besar. Surat pengesahan penubuhan daripada Guru Besar menandakan bahawa Persatuan Sains dan Matematik tersebut boleh bergerak dengan aktif sebagai persatuan yang sah dan diiktiraf. Apabila persatuan tersebut mendapat kelulusan dan pengesahan daripada Guru Besar, satu surat perlantikan penasihat Persatuan Sains dan Matematik SK Kuala Besut diserahkan kepada guru yang dipilih oleh Guru Besar dan mendapat persetujuan oleh ahli-ahli AJK penaja.



Langkah 3 : Mesyuarat Agung Setelah mendapat kelulusan tersebut, satu mesyuarat Agung akan diadakan bersama warga sekolah. Satu notis pemberitahuan mesyuarat Agung diedarkan untuk memaklumkan berkenaan mesyuarat tersebut sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung tersebut dijalankan. Atur cara majlis Mesyuarat Agung adalah seperti berikut: a. Ucapan alu-aluan pengerusi b. Ucapan penasihat persatuan c. Ucapan perasmian d. Mesyuarat agung Agenda bagi mesyuarat agung kali pertama : 



Perlantikan ahli jawatankuasa baharu dalam kalangan murid i.



Pengerusi



ii.



Naib pengerusi



iii.



Setiausaha



iv.



Naib setiausaha



v.



Bendahari



vi.



Naib bendahari



vii.



Ahli jawatankuasa (minimum 7 orang)







Pembentangan dan perbahasan Perlembagaan (persetujuan/pindaan)







Pernyataan dan penjelasan peraturan-peraturan







Sumber kewangan persatuan







Cadangan aktiviti







Hal-hal lain







Ucapan penangguhan



Segala maklumat mesyuarat telah direkodkan dalam bentuk minit mesyuarat sebagai rujukan pada masa akan datang dan untuk mesyuarat agung yang seterusnya. Pengurusan fail juga amat penting untuk menyimpan dokumen-dokumen penting persatuan yang terdiri dariapada fail induk persatuan, fail setiausaha dan fail kewangan. AJK Penaja dibubarkan setelah perlantikan ajk baharu bagi persatuan tersebut. Langkah 4 : Pelaksanaan tugas Ahli jawatankuasa persatuan yang dilantik dalam mesyuarat agung perlu mengadakan mesyuarat sesama ahli bagi membincangkan pelaksanaan Persatuan Sains dan Matematik. Setiap ahli melaksanakan tugasan dan tanggungjawab yang diberi sebaiknya.



CARTA ALIR PROSES PENUBUHAN PERSATUAN



Membentuk Jawatankuasa Penaja



Mengadakan mesyuarat peubuhan persatuan



Penyediaan kertas kerja, perlembagaan dan undang-undang kecil persatuan



Menyerahkan kertas kerja kepada Guru Besar untuk mendapatkan kelulusan



Lulus



Prosedur surat menyurat



MESYUARAT AGONG Pembubaran jawatankuasa penaja dan perlantikan jawatankuasa baru



Minit mesyuarat



Rujukan



Hamid Abdullah. (2005). Mesyuarat agung. Kuala Lumpur: BAKTI. Persatuan Perpustakaan Malaysia. (1900). Mesyuarat agung - Persatuan Perpustakaan Malaysia. Kuala Lumpur: Author. Suhailah, I. (2011). Menyertai persatuan sekolah. Kelantan: Pustaka Sukses. Universiti Teknologi Malaysia. (2007). Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif bil 10: Minit mesyuarat dan kertaskerja. Utusan, & Malaysia. (2013). Persatuan Pesara UUM ditubuh. Utusan Malaysia.