Identiti Persatuan [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG 11700 GELUGOR, PULAU PINANG



KERTAS CADANGAN PENUBUHAN PERSATUAN “DO IT YOURSELF (DIY)”



KERTAS CADANGAN PENUBUHAN PERSATUAN “DO IT YOURSELF (DIY)” INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG



1.0



PENGENALAN Penubuhan Kelab Seni, Muzik & Kebudayaan merupakan suatu inisiatif



ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti murid-murid sebagai insan yang aktif bukan sahaja dari aspek kurikulum malahan dari aspek kokurikulum. Ia juga selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dalam melahirkan bakal pendidik yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan juga sosial. Penubuhan persatuan ini pada dasarnya adalah untuk mencungkil bakat bakal-bakal murid yang terpendam dalam diri masing-masing.



2.0



NAMA PERSATUAN KELAB SENI, MUZIK & KEBUDAYAAN



3.0



LOGO PERSATUAN



Penerangan Logo i.



Warna perang “DIY”: mewakili bahan terbuang



ii.



Perkataan “DIY”: Bermaksud sesuatu proses yang perlu dilalui oleh setiap pelajar guru mengikut kemahuan atau kehendak sendiri untuk menghasilkan sesuatu produk baru



iii.



Simbol tangan: Memberi maksud pelajar guru perlu membina sendiri sesuatu produk baru dengan tangan sendiri



iv.



Simbol alatan: Menunjukkan alatan yang diperlukan oleh pelajar guru dalam penghasilan sesuatu produk baru



4.0



MOTO PERSATUAN “Berusaha untuk kehidupan yang lebih selesa’’.



5.0



Visi Menjadi sebuah persatuan yang berdaya saing, kreatif dan inovatif.



6.0



Misi Persatuan ini adalah untuk melibatkan pelajar guru secara aktif dalam



kegiatan persatuan dan menerapkan sikap inovasi pelajar guru dalam kehidupan seharian serta memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar guru.



7.0



Rasional Rasional persatuan ini ditubuhkan adalah untuk mencungkil bakat yang



terpendam dalam setiap diri murid.



8.0



MATLAMAT PERSATUAN



Matlamat penubuhan Kelab Seni, Muzik & Kebudayaan adalah untuk: i.



Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.



9.0



OBJEKTIF PERSATUAN



Objektif penubuhan Persatuan “DO IT YOURSELF (DIY)” adalah : i.



Pelajar



guru



dapat



menggunakan



bahan



terbuang



untuk



menghasilkan produk DIY. ii.



Pelajar guru dapat menghasilkan produk yang berpotensi bersaing dengan produk yang ada di pasaran.



iii.



Pelajar guru dapat membaiki produk yang rosak dengan tangan sendiri.



iv.



Pelajar guru dapat menambahbaikan produk yang sedia ada.



10.0



LOKASI PERJUMPAAN Lokasi yang dicadangkan bagi Kelab Seni, Muzik & Kebudayaan untuk



beroperasi adalah di bilik Seni.



11.0



JADUAL WAKTU Aktiviti Kelab Seni, Muzik & Budaya akan dijalankan seperti mana jadual



di bawah:-



Hari



Masa



Rabu



2:00 petang – 3:00 petang



Berdasarkan jadual di atas, persatuan ini akan diadakan pada setiap bulan seminggu sekali seperti yang ditetapkan pada Mesyuarat Agung.



12.0



Yuran Bulanan Persatuan ini akan mengutip yuran RM 5 bagi setiap bulan.



13.0



Keahlian i.



Dibuka kepada semua murid tetapi terhad kepada 25 orang murid sahaja.



ii.



Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.



iii.



Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan aktif bagi menjayakan tujuan persatuan ini.



iv.



Semua ahli mesti hadir setiap perjumpaan, ahli yang tidak hadir perlu menunjukkan alasan yang munasabah.



11.0 Cadangan aktiviti Kelab Seni, Muzik & Budaya



Bil



Cadangan program / aktiviti



Catatan



1



Lantikan AJK



21.1.2017



2



Menyanyi lagu dan menyalin lirik lagu Nilam



28.1.2017



3



Menulis tulisan berantai dan gambar



4.2.2017



4



Membuat origami rama-rama



25.2.2017



5



Latihan kompang rentak zapin



4.3.2017



6



Membuat sarang telur daripada kertas warna



1.4.2017



7



Membuat model itik 3D menggunakan kertas warna



15.4.2017



8



Menyanyi lagu pantun



29.4.2017



9



Mencipta alat perkusi daripada bahan terbuang



29.7.2017



10



Melukis dan mewarna poster sempena bulan



12.8.2017



Kemerdekaan 11



Mencipta lirik lagu untuk hari kanak-kanak



16.8.2017



12



Prtandingan membuat origami



7.10.2017



14.0 Guru Penasihat 14.1



Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.



14.2



Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti.



14.3



Guru Penasihat mempunyai kuasa mutlak, merancang atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.



14.4



Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan



15.0



Ahli Jawatankuasa 15.1



Dilantik semasa Mesyuarat Agung.



15.2



Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.



15.3



Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.



15.4



Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.



15.5



Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.



15.6



Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri daripada : 15.6.1 Pengerusi 15.6.2 Naib Pengerusi 15.6.3 Setiausaha 15.6.4 Penolong Setiausaha 15.6.5 Bendahari 15.6.6 Penolong Bendahari 15.6.7 Ahli Jawatankuasa(bilangan bergantung keperluan) 15.6.8 Juruaudit (2 orang)



16.0



Tugas Dan Tanggungjawab Jawatankuasa 16.1



Pengerusi 16.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat 16.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya 16.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.



16.2



Naib Pengerusi 16.2.1 Membantu



pengerusi



dalam



menjalankan



tugas



dan



tanggungjawab yang diberi. 16.2.2 Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi. 16.2.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.



16.3



Setiausaha 16.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat. 16.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan. 16.3.3 Mencatat kehadiran ahli 16.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.



16.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. 16.4



Penolong Setiausaha 16.4.1 Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya. 16.4.2 Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan Setiausaha. 16.4.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.



16.5



Bendahari 16.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan 16.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya. 16.5.3 Menyebdiakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya. 16.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa. 16.5.5 Menyediakan



Laporan



Kewangan



untuk



di



audit



dan



dibentangkan dalam Mesyuarat Agung. 16.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. 16.6



Penolong Bendahari 16.6.1 Menjalankan



tugas-tugas



Bendahari



tugas-tugas



lain



sewaktu



ketiadaan



Bendahari. 16.6.2 Menjalankan



yang diarahkan oleh Guru



Penasihat dari masa ke semasa. 16.7



Ahli Jawatankuasa 16.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala



program



dan



aktiviti yang dilaksanakan. 16.7.2 Mempengerusikan biro sekiranya dilantik. 16.7.3 Menjalankan



tugas-tugas lain yang



diarahkan



oleh



Guru



Penasihat dari masa ke semasa 16.8



Juruaudit 16.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan bertangungjawab keatasnya. 16.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.



17.0



KEWANGAN 17.1



Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui



kutipan yuran



bulanan dari murid sebanyak RM5.00 sebulan seperti yang diputuskan semasa Mesyuarat Agung 17.2



Persatuan juga boleh memperolehi



kewangan melalui aktiviti



17.3



Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh memberi sumbangan khas bagi membiayai aktiviti tersebut.



17.4



Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SUWA sekolah, sekiranya mendapat kebenaran Guru Besar.



18.0



KEHADIRAN/PENYERTAAN 18.1



Ahli persatuan dikhendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun.



18.2



Kegagalan berbuat demikan sebanyak tiga kali berturut-turut dikhendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.



19.0



AKTIVITI 19.1



Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.



19.1



Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada pengetahuan ahli.



20.0



PERATURAN-PERATURAN 20.1



Peraturan sekolah dirujuk sebagai peraturan asas.



20. 2



Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.



20.3



Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.



21.2



TINDAKAN DISIPLIN 21.1



Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapka.



21.2



Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:i.



Amaran Lisan



ii.



Amaran Bertulis



21.3



Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang dimabil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.



22.0



PINDAAN PERLEMBAGAAN 22.1



Mana-mana bahagian dalam pelembagaan ini sah sehingga ia dipinda.



22.2



Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, guru penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.



22.3



Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.



22.4



Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah di pamirkan dan disahkan oleh Guru Besar.



23.0



PEMBUBARAN PERSATUAN 23.1



Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan ini jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.



23.2



Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.



24.0



HAL-HAL LAIN 24.1



Setiap ahli perlu mngetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan.



24.2



Ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.



25.0



PENUTUP Kesimpulannya, penubuhan Kelab Seni, Muzik & Kebudayaan di



sekolah merupakan satu langkah yang bermakna kepada warga sekolah untuk mencungkil bakat serta kreativiti seseorang murid yang terpendam. Justeru, adalah sangat diharapkan bahawa kertas cadangan penubuhan Kelab Seni,



Muzik & Budaya ini mendapat pertimbangan sewajarnya daripada pihak pengurusan sekolah.