PENULISAN REFLEKTIF PENGAJARAN MAKRO AutoRecovered [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PENULISAN REFLEKTIF PENGAJARAN MAKRO



1.0 PENDAHULUAN Menurut ringkasan Ee Ah Meng (2001), pengajaran makro didefinasikan sebagai satu proses pengajaran lengkap yang menggabungkan teknik-teknik pengajaran mikro bermula dari pendahuluan, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup. Pengajaran ini bertujuan untuk membantu guru pelatih membiasakan diri melaksanakan pelbagai kemahiran dalam satu sesi pengajaran di samping dapat memperbaiki kelemahan sebelum mereka menghadapi situasi pengajaran sebenar di bilik darjah di sekolah. Menurut Sulaiman E. (2004), pengajaran makro yang dilakukan oleh guru pelatih dinilai berdasarkan 4 fasa



sh is ar stu ed d v i y re aC s o ou urc rs e eH w er as o. co m



iaitu fasa persediaan, fasa imaginasi, fasa perkembangan serta fasa tindakan. Oleh itu, refleksi ini akan membincangkan kekuatan dan kelemahan yang dikenalpasti semasa menjalankan pengajaran makro serta memberikan cadangan-cadangan penyelesaian untuk mengatasi kelemahan yang telah dikemukakan berdasarkan rakaman dan maklum balas rakan-rakan sebaya. 2.0 REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO



Pada hari Jumaat yang lepas bersamaan dengan 3 Mac 2017, satu pengajaran makro telah



dilaksanakan mengenai topik pembelajaran Membaca perkataan KV+KV, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KSSR Tahun 2, terhadap 4 orang guru pelatih yang bertindak sebagai



murid-murid Tahun 2 selama 60 minit. Borang-borang maklum balas telah diedarkan kepada guru-guru pelatih untuk menilai dan memberikan komen mereka sepanjang menjalankan pengajaran makro tersebut.



Th



Antara kekuatan yang dapat dikenalpasti pada fasa persediaan adalah penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran yang menarik minat dan perasaan ingin tahu murid, yang mana pada set induksi guru telah menerapkan elemen Teknologi Maklumat dan



Komunikasi bersesuaian dengan perlaksanaan pengajaran abad ke-21 masa kini. Guru memperkenalkan tajuk pelajaran dengan menayangkan slaid gambar haiwan untuk merangsang murid meningkatkan sifat inkuiri supaya murid dapat mengaitkan slaid yang dilihat tersebut dengan tajuk yang akan dipelajari. Pada fasa ini juga, guru telah berjaya memastikan kesediaan belajar murid yang mana sebelum memulakan kelas guru telah meminta murid bersedia dan mengutip sampah di tempat duduk masing-masing. Perkataan ‘bersedia’ yang digunakan dalam pelbagai situasi seperti bersedia untuk bermain, bersedia



This study source was downloaded by 100000799070858 from CourseHero.com on 03-28-2021 02:00:11 GMT -05:00



https://www.coursehero.com/file/28194607/PENULISAN-REFLEKTIF-PENGAJARAN-MAKRO-AutoRecovereddocx/



untuk berbincang, bersedia untuk diperiksa dan perbuatan mengutip sampah merupakan satu keadaan yang mana murid itu sendiri sedar bahawa mereka perlu bersedia untuk memulakan aktiviti pembelajaran. Kelemahan yang telah dibuat oleh guru pada fasa ini adalah guru terus menanyakan soalan tentang pembelajaran lepas tanpa menjelaskan terlebih dahulu tajuk yang telah mereka pelajari sebelumnya. Perkara ini telah menjadikan murid termangu-mangu dan keliru untuk menjawab soalan kerana konteks soalan yang tidak jelas atau mungkin mereka sudah lupa pada topik pembelajaran lepas. Bagi fasa imaginasi, teknik mengajar yang digunakan oleh guru sangat baik. Guru telah menggunakan bahan bantu mengajar iaitu kad suku kata dan kad gambar haiwan untuk membantu murid membaca perkataan KV+KV. Gambar tunggal yang terdapat pada kad gambar dan huruf yang terdapat pada kad suku kata juga sangat jelas dan besar yang



sh is ar stu ed d v i y re aC s o ou urc rs e eH w er as o. co m



mana menurut Che Nudin (2007), spesifikasi ini membantu murid masalah pembelajaran



untuk menginterpretasi gambar serta kad tersebut dengan mudah dan sekaligus menarik minat murid untuk kekal fokus. Selain itu, bahan bantu mengajar tersebut juga telah



digunakan secara maksimum oleh guru pada setiap fasa pembelajaran bagi memudahkan



kefahaman murid masalah pembelajaran untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta mengukuhkan lagi konsep KV+KV yang baru dipelajari.



Dalam fasa perkembangan, didapati guru telah berjaya mewujudkan situasi baru untuk menguji kefahaman murid. Guru telah melaksanakan aktiviti ‘Match It Right’ yang mana dalam aktiviti ini guru mewujudkan satu situasi baru yang belum pernah mereka lalui pada fasa sebelumnya untuk menguji kefahaman murid daripada apa yang telah mereka belajar. Hal ini bermakna, guru telah berhasil menyediakan situasi baru kepada murid



supaya murid dapat mengaplikasikan pemahaman mereka dalam konteks pengalaman sebenar. Aktiviti yang dilaksanakan juga telah berhasil menarik minat murid kerana wujudnya persaingan secara sihat antara kumpulan untuk merebut gelaran sebagai pemenang. Guru juga telah memberikan token dan pujian kepada semua murid atas usaha



Th



mereka supaya mereka lebih bermotivasi dalam setiap aktiviti.



Di samping itu juga, aktiviti ini juga telah dibahagikan dengan sebaiknya oleh guru



kepada dua aras berbeza berdasarkan tahap kefahaman murid supaya murid yang lemah



tidak merasa terpinggir dan dapat mengikuti pelajaran tersebut. Soalan yang digunakan oleh guru juga ringkas dan mudah difahami oleh murid masalah pembelajaran. Kaedah



pembelajaran koperatif juga turut digunakan apabila guru meminta murid-murid berbincang untuk mendapatkan jawapan yang dipersetujui sesama mereka dalam kumpulan. Kaedah pembelajaran ini sangat bagus dipraktikkan oleh guru kerana menurut Tay (2000), kemahiran ini dapat membentuk kemahiran berinteraksi, hormat-menghormati dan



This study source was downloaded by 100000799070858 from CourseHero.com on 03-28-2021 02:00:11 GMT -05:00



https://www.coursehero.com/file/28194607/PENULISAN-REFLEKTIF-PENGAJARAN-MAKRO-AutoRecovereddocx/



berkomunikasi secara positif oleh murid. Selain itu, kelemahan yang dikenalpasti pada fasa ini adalah kesalahan penggunaan bahasa oleh guru yang mana guru telah mencampur adukkan perkataan Bahasa Inggeris iaitu ‘games’. Perkara ini secara tidak langsung boleh menyebabkan kekeliruan penggunaan istilah kepada murid masalah pembelajaran. Beralih kepada fasa tindakan pula, guru telah menggunakan lembaran kerja yang jelas dan menarik semasa menjalankan pengajaran makro bagi mengekalkan minat dan motivasi mereka sepanjang aktiviti pembelajaran. Guru juga telah berupaya untuk mewujudkan komunikasi yang berkesan melalui interaksi dua hala yang baik dengan murid. Komunikasi yang berkesan dapat menghasilkan iklim pembelajaran yang kondusif dan murid-murid akan lebih aktif dalam proses PdP (Mok, 2008). Semasa membincangkan lembaran kerja, guru berinteraksi dengan murid dan melibatkan murid dalam perbincangan



sh is ar stu ed d v i y re aC s o ou urc rs e eH w er as o. co m



dengan meminta murid-murid memberikan pendapat atau jawapan mereka dan bertanya kepada murid-murid yang lain sama ada mereka bersetuju dengan jawapan murid tersebut.



Hal ini secara tidak langsung menyebabkan mereka sentiasa melibatkan diri secara aktif sepanjang proses PdP serta membolehkan mereka lebih mengingati kandungan pembelajaran yang telah diajar.



Pada fasa penutup, guru telah mengakhiri pembelajaran dengan penutup kognitif iaitu teka-teki dan penutup sosial iaitu “Tepuk-Tepuk Sayang” yang mana untuk penutup kognitif guru telah berjaya merangsang murid-murid untuk merumuskan hasil pembelajaran



pada hari itu. Guru juga telah menerapkan nilai kasih sayang dan semangat kekitaan sesama ahli kelas melalui penutup sosial yang dilaksanakan.



Cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi mengatasi kelemahan yang telah dilakukan semasa perlaksanaan pengajaran makro adalah pada set induksi yang mana guru perlu mengemukakan soalan dalam konteks yang lebih jelas berkenaan pembelajaran lepas bagi membolehkan murid mengimbas kembali apa yang telah mereka



pelajari kerana menurut K. A. Razhiyah (2005), murid masalah pembelajaran mempunyai



Th



masalah ingatan jangka pendek. Contohnya, guru boleh bertanya ‘senaraikan perkataan V+KV yang awak belajar semalam’ dan memberikan satu contoh kepada murid untuk merangsang ingatan mereka pada pembelajaran lepas. Selain itu, guru perlu peka dalam menggunakan sebarang istilah untuk mengelakkan kekeliruan murid melalui persediaan yang lebih awal ataupun melalui catatan nota guru.



Pembelajaran baharu yang diperoleh hasil daripada pengajaran makro ini adalah sebelum melaksanakan pengajaran makro, guru pelatih perlu merancang dan menyediakan persediaan mengajar yang lengkap dan baik. Perancangan yang lengkap dan baik merupakan aspek penting dalam sesuatu pengajaran berkesan kerana akan meningkatkan



This study source was downloaded by 100000799070858 from CourseHero.com on 03-28-2021 02:00:11 GMT -05:00



https://www.coursehero.com/file/28194607/PENULISAN-REFLEKTIF-PENGAJARAN-MAKRO-AutoRecovereddocx/



pencapaian akademik murid dan mengurangkan masalah disiplin (Abd Ghafar Md Din, 2003).



3.0 PENUTUP Kesimpulannya, refleksi pengajaran makro yang dibuat dapat menilai kekuatan dan kelemahan guru pelatih dalam pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Langkah memperbaiki kelemahan perlu dilaksanakan bukan sekadar membiarkannya sahaja tanpa mengambil tindakan yang sewajarnya. Di samping itu, guru pelatih juga dapat meneliti setiap fasa pengajaran dengan cara yang lebih sistematik dan mendapatkan maklum balas dengan segera untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Hal demikian kerana, guru yang komited seharusnya sentiasa memikirkan cara yang terbaik untuk proses pengajaran dan



Th



sh is ar stu ed d v i y re aC s o ou urc rs e eH w er as o. co m



pembelajarannya.



This study source was downloaded by 100000799070858 from CourseHero.com on 03-28-2021 02:00:11 GMT -05:00



https://www.coursehero.com/file/28194607/PENULISAN-REFLEKTIF-PENGAJARAN-MAKRO-AutoRecovereddocx/



4.0 Rujukan



Abd Ghafar Md Din. (2003). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd. Che Nudin. (2007). Penyeliaan Pensyarah Terhadap Pengajaran Guru Pelatih Semasa Latihan Mengajar. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Ijazah Sarjana Muda. Ee Ah Meng. (2001). Pedagogi II Semesta II. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mok Song Sang. (2008). Murid dan Alam Belajar. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd



sh is ar stu ed d v i y re aC s o ou urc rs e eH w er as o. co m



Sulaiman E. (2004). Pengenalan Pedagogi. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Tay. (2000). Kaedah Pembelajaran Koperatif: Ke Arah Pembelajaran Bacaan Pemahaman



Th



Teks Yang Berkesan. Jurnal Akademik MPSAH, 8, 1-8.



This study source was downloaded by 100000799070858 from CourseHero.com on 03-28-2021 02:00:11 GMT -05:00



https://www.coursehero.com/file/28194607/PENULISAN-REFLEKTIF-PENGAJARAN-MAKRO-AutoRecovereddocx/ Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)