Penulisan Reflektif Pengajaran Makro [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

PRKA3012Penulisan Reflektif Pengajaran Makro



PISMP JUN 2018 SEMESTER4 PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PRKA 3012)



PENULISAN REFLEKTIF PENGAJARAN MAKRO NAMA



MIR AHMAD FADZLY BIN MOHD FAUDZI 4 PISMP SAINS 2



OPSYEN NOMBOR KAD PENGENALAN



990202-10-6731



NOMBOR KAD MATRIK



2018122340078



NAMA PENSYARAH



PUAN FARIDAH BINTI SURATMAN



INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM



PRKA3012Penulisan Reflektif Pengajaran Makro BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS Nama pelajar :



Angka Giliran Pelajar:



MIR AHMAD FADZLY BIN MOHD FAUDZI



2018122340078



Tajuk Tugasan: PENULISAN REFLEKTIF PENGAJARAN MAKRO Pensyarah: PUAN FARIDAH BINTI SURATMAN Tarikh Hantar: 26 MAC 2020



Kod/Kursus PRKA 3012 Tarikh Diterima: 18 MAC 2020



Pengakuan Pelajar Saya mengaku tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan : ----------------------------------------------------(MIR AHMAD FADZLY BIN MOHD FAUDZI)



Perincian Maklum Balas Tugasan Pemeriksa: Kekuatan:



Aspek yang boleh diperbaiki:



Tandatangan:



Moderator: Kekuatan:



Aspek yang boleh diperbaiki:



Tarikh:



Tandatangan:



Tarikh:



Pengesahan Pelajar Terhadap Maklumbalas Yang Diberikan Pensyarah. Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:



______________________________________ ( Tarikh:



)



PRKA3012Penulisan Reflektif Pengajaran Makro 1.0 PENGENALAN: Selepas menjalankan aktiviti pengajaran makro didalam bilik interaktif sains, penulisan reflektif perlu dilaksanakan untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri semasa menjalankan pengajaran makro serta membaik pulih pengajaran yang akan dilaksanakan pada masa hadapan. Penulisan refleksi adalah untuk membolehkan penulis untuk memperlihatkan pengalaman, menyatukan pengajaran dan memastikan ianya relevan dengan tujuan (Indiati, dan Sumardiyani, 2012). Berdasarkan penyataan tersebut, penulisan rekletif adalah signifikan dalam usaha memperbaiki profesionalisme sebagai pendidik merangkumi rancangan pengajaran serta pengajaran yang dilakukan didalam bilik darjah. Melalui penulisan reflektif ini, penulis mampu menguhubungkaitkan sebab dan akibat terhadap setiap tindakan yang telah dilakukan sebelum ini dalam sesi pengajaran lepas. Oleh itu, penulis mampu fokuskan perkara yang perlu diubah suai dan dipertambahbaik selepas memperoleh borang penialaian daripada penilai dalam sesi pengajaran makro yang telah dilaksanakan. Borang penilaian akan membantu memperjelaskan perkara atau tindakan yang dilakukan oleh pengajar dari perspektif yang berbeza oleh penilai-penilai. Semasa pengajaran makro dilaksanakan, terdapat 3 jenis penilai yang akan membuat penilaian iaitu penialaian oleh dua orang murid yang berbeza, dan seorang pensyarah. Oleh itu, penulisan reflektif akan dilaksanakan berdasarkan hasil dapatan penilai-penilai tersebut untuk memperbaiki kaedah pengajaran didalam bilik darjah kearah yang lebih berkesan.



2.0 HASIL PENILAIAN: 2.1 Berdasarkan Penilaian Pelajar pertama: Penilai pertama ini bernama Siti Nur Aisyah Binti Zahari yang menilai pengajaran makro dengan menggunakan borang penilaian pengajaran makro berskala (lampiran A) yang telah disediakan oleh pesnyarah, Puan Faridah Binti Suratman. Berdasarkan borang penilaian tersebut, terdapat dua kompenan utama yang dinilai. Kompenan tersebut ialah Perancangan sebanyak 40% dan Pelaksanaan sebanyak 60%. Tambahan pula, skala yang boleh diberikan oleh penilai adalah dari skala pertama sehingga empat sahaja. Berdasarkan kompenan pertama dalam perancangan, didapati terdapat 3 aspek yang dinilai. Aspek tersebut termasuklah pengintegrasian pengetahuan, kemahiran dan nilai murni, kreativiti dan inovasi serta kepelbagaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Didapati bahawa aspek yang pertama, pengintegrasian pengetahuan, kemahiran dan nilai murni diberikan skala sebanyak 3. Merujuk kepada panduan penggunaan borang penilaian, skala ketiga bermaksud sebahagian nilai murni dapat diterapkan melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Hal ini menunjukkan bahawa pengajar hanya menerapkan



PRKA3012Penulisan Reflektif Pengajaran Makro beberapa nilai semasa pengajaran dilaksanakan. Iaitu pengajar tidak menerapkan nilai pada setiap fasa pengajaran. Hal ini telah disokong didalam ulasan yang dilakukan oleh penilai mengatakan bahawa guru perlu menyelitkan lebih banyak nilai murni. Untuk aspek kreativiti dan inovasi pula diberikan skala sebanyak 3. Hal ini berkemungkinan pengajar melaksanakan sebahagian sahaja pengajaran dan pembelajaran secara kreatif dan inovatif. Tambahan pula, pengajar tidak mendapat skala sebanyak 4 didalam aspek ini berkemungkinan kerana unsur inovasi kurang ditonjolkan. Sebagai contoh, pengajar hanya menggunakan video dan akronim untuk pengajaran didalam kelas. Untuk aspek yang terakhir didalam kompenan perancangan ialah kepelbagaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran diberikan skala sebanyak 4. Hal ini berkemungkinan kerana, pengajar melaksanakan pelbagai aktiviti yang berbeza-beza dalam setiap fasa. Sebagai contoh, pengajar melaksanakan aktiviti berkumpulan dalam fasa aplikasi idea dan melaksanakan permainan kecil diakhir pengajaran. Jumlah markah yang diperoleh dalam kompenan perancangan ialah sebanyak 33.3/40. Seterusnya untuk kompenan B iaitu pelaksanaan, terdiri daripada 3 bahagian yang dinilai iaitu kemahiran saintifik, pelaksanaan kaedah, serta sikap dan sahsiah. Didapati bahawa dalam aspek mengaplikasikan kemahiran proses sains dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah sebanyak 3. Hal ini berkemungkinan kerana kebanyakan proses sains yang digunakan adalah berulang. Oleh itu, kemahiran proses sains hendaklah dipelbagaikan bagi melatih murid dalam mengaplikasikannya dalam pembelajaran. Seterusnya, untuk aspek penggunaan teknik yang betul semasa melakukan kemahiran manipulatif tidak diberikan skala kerana kemahiran ini tidak diaplikasikan didalam pengajaran. Iaitu, pengajaran yang dilaksanakan tidak membabitkan sebarang eksperimen. Beralih kepada bahagian ke-dua iaitu pelaksanaan kaedah. Aspek kesesuaian kaedah dengan objektif pelajaran diberikan sebanyak 4 skala. Hal ini berkemungkinan kerana kaedah pengajaran yang disampaikan disetiap fasa pengajaran tidak lari daripada objektif yang telah ditetapkan. Aspek yang kedua ialah penglibatan murid yang aktif diberikan skala sebanyak 3. Hal ini berkemungkinan disebabkan oleh pengajar melibatkan semua pelajar didalam fasa-fasa tertentu sahaja. Sebagai contoh, pengajar melibatkan semua murid secara aktif dalam aktiviti pada fasa pencetusan idea, aplikasi idea dan refleksi, manakala melibatkan sebahagian murid sahaja pada fasa yang lain. Aspek seterusnya dalam pelaksanaan kaedah ialah pengurusan aktiviti pembelajaran yang berkesan diberikan skala sebanyak 4. Hal ini menunjukkan bahawa, setiap aktiviti pembelajaran yang dijalankan berjaya memberikan impak kepada murid-murid melalui tindak balas dan perubahan tingkahlaku yang ditunjukkan (Embi, 2011). Aspek yang terakhir didalam bahagian pelaksanaan kaedah ialah penggunaan pelbagai sumber diberikan skala sebanyak 4.



PRKA3012Penulisan Reflektif Pengajaran Makro Menurut Mohd Faeez Ilias et.al (2016), mengatakan bahawa sumber dalam pengajaran ialah koleksi bahan dan media dalam pelbagai format yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran. Jika dikaitkan dengan skala yang diberikan, menunjukkan bahawa pengajar berjaya menggunakan pelbagai sumber yang berkesan dalam membantu pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Sebagai contoh, guru menggunakan kepingan kertas berbentuk soalan pada fasa cetusan idea, dan menggunakan bahan lain seperti bahan maujud untuk fasa aplikasi idea. Bahagian ketiga didalam kompenan pelaksanaan ialah sikap dan sahsiah. Aspek yang pertama dalam bahagian ini ialah penampilan diri. Menurut Mang (2008), penampilan diri ini bermaksud cara seseorang memperagakan dirinya dari segi fizikal mengikut kesesuaian. Jika dikaitkan dengan skala yang diberikan, pengajar berjaya menampilkan dirinya mengikut kesesuaian sebagai seorang guru dalam mengajar. Sebagai contoh, pengajar tersebut berpakain kemas dan kengkap menunjukkan ciri-ciri seorang guru yang mengajar subjek sains bukan pendidikan jasmani dan kesihatan. Aspek seterusnya ialah keperihatinan diberikan skala sebanyak 4. Keperihatinan dalam perspektif penilai ialah guru mendekati pelajar dan memuji murid (berdasarkan bahagian ulasan). Keperihatinan merujuk kepada



kebolehan



guru



untuk



mengesan,



memahami,



membaca



dan



mentafsir



kepelbagaian latar belakang pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran (Sivakumar dan Md Nasir Masran, 2006). Oleh itu, pengajar diberikan skala senayak 4 berkemungkinan kerana guru sentiasa prihatin terhadap keadaan dan situasi setiap murid dalam bilik darjah. Sebagai contoh, pengajar mendekati murid yang tidak membuat kerja, dan murid yang tidak memahami pembelajaran untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Aspek yang seterusnya ialah pekerti yang diberikan skala sebanyak 4. Pekerti ialah bersatunya antara gerak fikiran, perasaan dan kehendak atau kemahuan, yang kemudiannya menilbulkan tindakan (Abdul Kadir Sahlan, 2018). Jika dikaitkan dengan skala yang diberikan menunjukkan bahawa pengajar berjaya menunjukkan contoh tingkahlaku yang baik terhadap murid-murid dialam bilik darjah. Aspek yang terakhir didalam kompenan sikap dan sahsiah ialah sifat profesional. Skala yang diberikan ialah 3. Menurut penilai dalam ulasannya mencatatkan bahawa pengajar ialah seorang yang tegas dan kawalan kelas yang baik. Menurut Lieberman (2003) dalam penulisan Sidjabat (2008), orang yang perfosional mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap pekerjaan tidak mementingkan pendapatan atau ganjaran kewangan. Dalam erti kata lain, guru menjalankan pekerjaannya sebaik mungkin dalam mendidik kerana mementingkan kemenjadian murid, bukan pendapatan. Jika dikaitkan dengan skala yang diberi, pengajar berjaya menunjukkan salah satu sifat profesional dalam keguruan. Jumlah markah yang diperoleh pada kompenan



PRKA3012Penulisan Reflektif Pengajaran Makro pelaksanaan ialah 50/60. Oleh itu jumlah markah keseluruhan yang diberikan oleh penilai menerusi kompenan-kompenan dalam pengajaran makro ialah 83.3%.



2.2 Berdasarkan Penilaian Pelajar kedua: Penilai kedua merupakan seorang pelajar juga yang bernama Nur Arifah Binti Zamri. Penilai ini menggunakan borang penilaian berfasa (Lampiran B) yang diberikan oleh pensyarah, puan Faridah Binti Suratman. Fasa yang perlu dinilai terdiri daripada 5 fasa Needham (Orientasi, Pencetusan Idea, Penstrukturan Semula Idea, Aplikasi Idea, dan Refleksi). Pada fasa Orientasi, penilai memberi komen bahawa video yang digunakan oleh pengajar semasa sesi induksi dapat merangsang kognitif murid. Hal ini bermakna, penggunaan video yang bersesuaian dan menarik dapat merangsang murid-murid untuk berfikir dan bersedia untuk belajar matapelajaran baru. Pada fasa pencetusan idea, penilai mencatat bahawa pengajar berjaya mencungkil pengetahuan sedia ada murid. Hal ini menunjukkan bahawa pengajar dapat mengaitkan matapelajaran baru yang akan diajar dengan pengetahuan lepas melalui kaedah penyoalan. Pada fasa Penstrukturan Semula Idea, penilai mencatatkan bahawa paparan slaid yang digunakan untuk mengajar murid adalah menarik. Hal ini bermakna, slaid yang dihasilkan oleh pengajar dapat menarik tumpuan murid-murid untuk fokus dihadapan ketika guru mengajar. Tambahan pula, penilai turut mencatatkan bahawa penyampaian isi pembelajaran yang jelas. Hal ini menunjukkan bahawa pengajar berjaya meyampaikan isi kandungan matapelajaran dengan berkesan diikuti dengan paparan slaid yang menarik. Pada fasa aplikasi idea, penilai memberi komen bahawa guru menggunakan peta pemikiran sebagai aktiviti untuk fasa ini. Iaitu pengajar melibatkan murid-murid untuk mengaplikasikan pengajaran yang telah dipelajari melalui peta pemikiran (peta buih). Penilai juga mencatat bahawa murid dapat mengaplikasikan pembelajaran dengan baik. Hal ini bermakna dalam menjalankan aktiviti menggunakan peta buih, majoriti murid-murid dapat menjawab soalan dengan baik. Penilai juga ada mencatat pembelajaran yang berlangsung ketika fasa ini adalah aktif. Hal ini menunjukkan bahawa, pengajar berjaya melibatkan murid secara aktif semasa fasa ini iaitu melibatkan setiap individu didalam kumpulan dalam bekerjasama, berbincang dan menyelesaikan masalah melalui peta buih. Pada fasa yang terakhir iaitu fasa refleksi, penilai mencatatkan bahawa murid dapat meyimpulkan pembelajaran secara kognitif. Hal ini menunjukkan bahawa diakhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh pengajar dengan berkesan. Penilai turut mencatakan bahawa aktiviti refleksi yang kreatif. Hal ini kerana, pengajar melibatkan bahan-bahan maujud dalam membuat permainan kecil yang harus dimainkan oleh murid-murid dalam menyimpulkan perkara yang



PRKA3012Penulisan Reflektif Pengajaran Makro dipelajari pada hari tersebut. Akhir sekali penilai mencatatkan bahawa kesimpulan yang dilaksanakan adalah jelas. Iaitu guru berjaya membuat kesimpulan kepada murid melalui aktiviti permainan kecil, kesimpulan dari murid dan pengajar membuat rumusan ringkas berkenaan perkara yang telah dipelajari sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran adalah jelas dan berkesan. Selepas penilai menilai menggunakan setiap fasa Needham, penilai juga mencatatkan penilaian keseluruhan bagi pengajaran makro yang telah dilaksanakan. Pertama, pengajar dapat mengawal kelas dengan baik. Perkara ini juga turut di catatkan oleh penilai pertama dalam borang penilaian berskala. Oleh itu, murid-murid berjaya dikawal oleh pengajar sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kedua, aktiviti yang dilaksanakan oleh pengajar sangat sesuai dan menarik. Hal ini bermakna, aktivitiaktiviti yang dilasanakan oleh pengajar kepada murid-murid bersesuaian dengan topik yang dipelajari oleh murid-murid dan berjaya melibatkan murid untuk mengikuti aktiviti didalam kelas dengan baik kerana aktiviti yang disediakan adalah menarik. Seterusnya, penilai turut mencatatkan bahawa murid melibatkan diri dengan aktif didalam bilik darjah. Hal ini menunjukkan bahawa murid sentiasa komited dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh pengajar dalam usaha membentuk pembelajaran yang berkesan. Akhir sekali, penilai mencatatkan bahawa guru menerapkan nilai murni dalam diri murid-murid. Hal ini bertepatan dengan penilai pertama yang turut menyentuh berkenaan nilai murni yang telah diterapkan kepada murid. Iaitu pengajar berjaya menerapkan sebahagian nilai murni dalam diri murid terutamanya ketika menjalankan aktiviti didalam bilik darjah. 3.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN: Berdasarkan hasil penialaian berikut, rumusan berkenaan kekuatan dan kelemahan dapat diperoleh. Analisis terhadap kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran adalah signifikan dalam usaha membaiki objektif, teknik, kaedah, strategi, dan penggunaan bahan pelajaran pengajarannya mengikut tahap dan minat muridnya. Oleh demikian, analisis kekuatan dan kelemahan dapat membantu guru untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan menarik minat murid, sejurus menjadikan suasana bilik darjah yang harmoni pada masa akan datang. 3.1 Kekuatan: Berdasarkan hasil penialaian dari pelajar pertama dan kedua, terdapat beberapa kekuatan yang perlu diperjelaskan bagi mengukuhkan dan menambahbaik kekuatan tersebut. Kekuatan yang pertama ialah pengajar menggunakan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengajar berbuat demikian untuk meningkatkan penglibatan murid secara “hands on”. Kaedah ini menekankan penggunaan objek fizikal dan maya untuk



PRKA3012Penulisan Reflektif Pengajaran Makro mewakili maklumat dan konsep sasaran (Marley dan Carbonneau, 2014). Strategi ini sering dicadangkan sebagai teknik yang berkesan untuk mengajar di banyak bidang pembelajaran lebih-lebih lagi melibatkan subjek sains. Subjek sains memerlukan murid untuk banyak mengingati dan memahami fakta, konsep dan perkara abstrak. Oleh itu, pembelajaran secara ini dapat meningkatkan keupayaan pelajar untuk berfikir secara kritikal kerana melibatkan pengalaman pelajar sepenuhnya. Lebih banyak aktiviti yang digunakan semasa pengajaran didalam bilik darjah, semakin mudah untuk murid memahami dan mengingati pembelajaran kerana murid sendiri yang melalui pengalaman tersebut dalam menyelasikan masalah berbanding belajar dengan menggunakan buku teks sahaja. Oleh itu, kekuatan ini harus diteruskan dalam usaha menggunakan kekreatifan guru sendiri dalam merancang aktiviti yang sesuai dengan pembelajaran murid. Kekuatan yang seterusnya ialah pengajar menggunakan kaedah yang sesuai dengan objektif pembelajaran. Pengajar berbuat demikian kerana fokus yang ingin dicapai adalah objektif pembelajaran murid. Objektif pembelajaran murid akan tercapai dengan menggunakan kaedah yang bersesuaian. Oleh itu, pengajar menggunakan pelbagai aktiviti yang sesuai dengan pelajaran murid. Sebagai contoh, pengajar menggunakan bahan maujud iaitu haiwan-haiwan kecil dalam melaksanakan aktiviti permainan kecil yang berkaitan dengan tajuk pengkelasan organ pernafasan haiwan. Jika aktiviti yang dilaksanakan oleh guru tidak bersesuaian dengan objektif pembelajaran murid, maka murid tidak dapat membuat perkaitan berkenaan aktiviti yang dijalankan bersama mata pelajaran yang dipelajari. Disebabkan itu, murid-murid tidak akan mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan oleh pengajar sendiri. Secara spesifiknya, objektif pengajar ialah murid dapat menentukan organ pernafasan haiwan serta merumuskan bahawa terdapat haiwan yang mempunyai lebih daripada satu organ pernafasan didalam satu aktiviti iaitu murid akan berbincang dan berkomunikasi dalam membentuk peta buih berkenaan organ pernafasan haiwan secara menyeluruh. Berdasarkan kaedah tersebut, perkaitan antara aktiviti yang dilaksanakan bersesuaian dengan objektif pelajaran. Oleh itu, murid akan mencapai pembelajaran yang berkesan dengan kaedah yang sesuai. Kekuatan yang seterusnya ialah pengajar menguruskan aktiviti pembelajaran yang berkesan. Pengajar berjaya menguruskan aktiviti yang dijalankan didalam bilik darjah dengan memfokuskan kawalan kelas. Kawalan kelas yang baik menjurus kepada pengurusan aktiviti pembelajaran yang lancar. Pengajar telah mengamalkan kaedah ganjaran dan hukuman untuk mengawal kelas iaitu menjanjikan bahawa murid yang berjaya menyiapkan tugasan dengan baik dan betul akan diberikan ganjaran, manakala murid yang tidak peka didalam kelas akan diminta untuk membuat penjelasan semula. Kaedah ini merupakan kaedah dari Teori pelaziman Operan Skinner. Menurut Ngu (2009) menyatakan



PRKA3012Penulisan Reflektif Pengajaran Makro bahawa Skinner (1958) mempercayai bahawa sesuatu tingkah laku itu dipengaharuhi oleh faktor peneguhan sama ada ganjaran atau dendaan. Berdasarkan penyataan tersebut, dengan adanya ganjaran dan hukuman yang sesuai, maka tingkah laku posisitf dapat dikekalkan manakala tingkah laku yang negatif murid-murid akan diubah. Hal ini berjaya diaplikasikan oleh pengajar dengan memberikan ganjaran jika murid bertindak seperti apa yang diiginkan. Oleh itu ganjaran tersebut akan menggalakkan murid lain untuk mengikuti tingkahlaku yang baik demi mendapatkan ganjaran tersebut. Tambahan pula, pengajar bertindak tegas supaya murid sentiasa fokus dan tidak bermain-main ketika belajar. Bersikap tegas ini bukan bermaksud bersifat suka memarah murid tetapi tegas dalam memberikan arahan supaya murid mengambil serius berkenaan apa yang disampaikan oleh guru. Langkah-langkah ini akan mendorong murid-murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti didalam bilik darjah. Oleh itu bersifat tegas dan mengamalkan ganjaran dan hukuman mendorong kawalan kelas yang baik menjurus kepada pengurusan aktiviti pembelajaran yang berkesan. Sehubungan dengan itu, pengajar harus meningkan lagi cara kawalan kelas yang lebih baik untuk meneruskan pengurusan aktiviti yang berkesan didalam bilik darjah. Kekuatan yang seterusnya ialah pengajar menggunakan pelbagai sumber. Pengajar berbuat demikian adalah untuk memaksimumkan pelbagai kaedah bagi murid belajar. Menurut Ikhsan dan Norila (2005), cara murid belajar boleh dikategorikan melalui pembacaan daripada bahan-bahan bacaan, mendengar pengalaman orang lain, mengamati dan meniru sesuatu perbuatan serta melalui pengalaman langsung. Berdasarkan penyataan tersebut, dengan terdapatnya pelbagai sumber pengajaran, murid-murid dapat belajar dengan pelbagai cara iaitu membaca, memerhati, mendengar, menampal, menulis, dan melukis. Secara tidak langsung merangsang penggunaan pelbagai deria murid-murid dalam mempelajari ilmu pengetahuan.



Penggunaan



pelbagai



deria (multisensory) dalam



pengajaran lebih baik dan efektif untuk pembelajaran murid (Shams dan Seitz, 2008). Oleh itu, pengajar telah menggunakan video diawal pengajaran dan diiakhir pengajaran bagi melibatkan deria mendengar, melihat, dan membaca murid untuk mendapat gambaran awal dan kesimpulan pembelajaran. Selain itu, pengajar menggunakan bahan bercetak yang mendorong murid untuk menampal jawapan yang sesuai ke dalam peta pemikiran yang disediakan. Selain itu, pengajar turut melibatkan murid-murid untuk menulis pada lembaran kerja pada fasa pencetusan idea. Oleh itu, pengajar telah memaksimumkan penggunaan bahan yang sesuai pada setiap fasa untuk membantu pengajaran murid dengan lebih efektif. Hal ini turut berkaitan dengan pembelajaran berpusatkan bahan. Oleh itu, tindakan pengajar dalam menggunakan pelbagai bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran mendorong untuk menggerakkan proses pembelajaran murid dengan efisien. Sehubungan



PRKA3012Penulisan Reflektif Pengajaran Makro dengan itu, pengajar harus mengukuhkan lagi kaedah menggunakan pelbagai sumber bagi menambahbaik pengajaran didalam bilik darjah. Kekuatan yang lain ialah sikap dan sahsiah pengajar. Berdasarkan borang penilaian pertama, sikap dan sahsiah yang diberikan adalah berskala 4 majoritinya. Iaitu guru berjaya menunjukkan sikap dan sahsiah yang bertepatan dengan profesion keguruan. Tujuan pengajar bertindak sedemikian adalah untuk membentuk satu contoh tauladan yang baik terhadap murid-murid. Selain itu, tujuan pengajar berbuat demikian adalah untuk mematuhi segala elemen-elemen penting dalam Falsafah Pendidikan Guru. Hal ini kerana Falsafah Pendidikan Guru dirangka untuk membentuk guru yang berkualiti selaras dengan objektif pendidikan kebangsaan. Guru adalah agen perubahan kepada generasi masa hadapan. Oleh itu, sebagai agen perubahan, perlu bertindak terlebih dahulu dalam menunjukkan sahsiah yang baik supaya murid dapat mencontohi keperibadian guru. Sebagai contoh, pengajar mempunyai penampilan fizikal yang bersih dan kemas semasa mengajar. Oleh itu, murid-murid akan memandang tinggi kredibiliti bagi seorang guru, sejurus mendorong murid untuk menghormati guru. Pengajar turut menunjukkan keprihatinannya didalam bilik darjah, iaitu dengan mendekati pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan dan mempunyai masalah. Jika seorang guru tidak berbuat demikian, pelajar yang mempunyai masalah dalam pembelajaran akan tertinggal dan akan terasa hati kerana tidak diberikan perhatian. Oleh itu, guru sewajarnya prihatin terhadap setiap individu didalam bilik darjah bagi memastikan keberkesanan pengajaran. Selain itu, pengajar menunjukkan pekerti yang mulia iaitu walaupun terdapat murid yang bermasalah, guru tidak memarahi pelajar tersebut dengan menggunakan perkataan yang menjatuhkan identiti murid, malah guru bersifat tegas terhadap murid tersebut dengan memberikan nasihat serta dendaan yang memanfaatkan murid sendiri. Disebabkan itu, murid yang bermasalah akan menyesal terhadap tingkahlaku yang tidak baik dan tidak akan mengulangi tingkahlaku yang tidak diingini. Sehubungan itu, kepentingan penggunaan bahasa yang betul dan sopan amat signifikan dalam membentuk iklim bilik darjah yang harmoni. Oleh demikian, pengajar harus mengekalkan sikap dan sahsiah yang baik semasa pengajaran didalam atau diluar bilik darjah supaya membentuk bilik darjah yang kondusif dan harmoni. 3.2 Kekurangan Berdasarkan penialain-penialaian yang telah dibuat, pengajar turut mempunyai beberapa kekurangan yang perlu diatasi. Hakikatnya, pengajar sendiri berkemungkinan tidak sedar akan kesilapan atau kekurangan semasa menjalankan pengajaran didalam bilik darjah. Oleh itu, penilaian yang dilakukan amat penting bagi seorang pengajar sedar akan kesilapan dan kekurangan yang telah dilakukan. Antara kekurangannya termasuklah



PRKA3012Penulisan Reflektif Pengajaran Makro pengajar hanya menerapkan nilai pada sebahagian fasa-fasa dalam pengajaran. Hal ini bermaksud pengajar dapat menerapkan nilai kebersihan sebelum memulakan fasa orientasi dan penerapan nilai kerjasama semasa melakukan aktiviti berkumpulan dalam fasa aplikasi idea sahaja. Kekurangan yang seterusnya ialah pengajar tidak melibatkan murid secara menyeluruh pada setiap fasa pengajaran. Iaitu pengajar hanya melibatkan semua individu pada fasa tertentu sahaja. Menurut penialaian dan komen dari pensyarah sendiri (Lampiran C), pengajar kurang menggunakan soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam pengajaran. Iaitu pengajar kurang menerapkan soalan yang dapat merangsang pemikiran yang kritis dan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran. Akhir sekali, pensyarah turut meberi komen bahawa arahan yang diberikan perlu ditingkatkan agar lebih jelas. Iaitu pengajar kurang memberikan arahan yang jelas untuk murid ikuti perkembangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan setiap kekurangan yang telah dinyatakan, cadangan untuk mengatasi kelemahan tersebut akan dihuraikan. 4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Berdasarkan beberapa kekurangan yang telah dinyatakan, beberapa cadangan akan dikemukakan



untuk



memperbaiki



kekurangan



dan



kelemahan



semasa



pengajar



menjalankan proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) didalam bilik darjah. Antaranya termasuklah pengajar harus menerapkan nilai murni pada setiap fasa iaitu fasa Orientasi, fasa Pencetusan Idea, fasa Penstrukturan Semula, fasa Aplikasi Idea dan fasa Refleksi. Hal ini kerana tugas guru bukan sahaja mengajar, malah membentuk insan yang berakhlak mulia. Justeru kepentingan penghayatan nilai murni dalam kalangan murid amat penting kerana nilai murni yang dihayati akan mencetuskan jenis insan yang diingini. Menurut Mohamad Khairi Othman dan Asmawati Suhid (2010), bahawa pendidikan tidak akan bermakna dan sempurna tanpa penerapan nilai murni. Nilai-nilai yang akan diterapkan dalam pendidikan tidak boleh dipisahkan, kerana nilai-nilai inilah yang akan membentuk cara seseorang individu untuk bertingkahlaku, berfikir dan bertindak sehingga mencorakkan kebudayaan atau norma sesebuah masyarakat (Mohd Arif Ismail, Mohd Jasmy Abd. Rahman dan Rosnaini Mahmud, 2005). Oleh itu, pengajar seharusnya menerapkan nilai secara formal atau tidak formal didalam setiap fasa Needham untuk membentuk insan yang berakhlak mulia. Insan yang berakhlak mulia akan memberikan impak yang besar dalam melancarkan proses PdPc didalam bilik darjah, maka penerapan nilai amat penting bagi pengajar terapkan didalam diri murid-murid. Selain itu, pengajar seharusnya melibatkan setiap murid ketika sepanjang PdPc berlangsung. Hal ini bermaksud, selain menerapkan nilai dalam setiap fasa Needham, penglibatan setiap murid juga harus dipertimbangkan didalam setiap fasa. Hal ini bertujuan



PRKA3012Penulisan Reflektif Pengajaran Makro untuk memastikan setiap murid akan memainkan peranan masing-masing dalam melancarkan proses PdPc. Menurut Nor Hasliza Mohamed (2012) didalam laporannya menyatakan bahawa Berita Harian pada 25 Disember 2009, telah melaporkan bahawa kaedah belajar secara berkumpulan serta tumpuan yang diberikan dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran telah membolehkan sembilan belas orang pelajar Sekolah Maahad Tahfiz Kuantan, Pahang mendapat pangkat A bagi sembilan mata pelajaran yang diambil dalam Penilaian Menengah Rendah 2009. Manakala seramai 7,987 calon Sijil Pelajaran Malaysia 2009 telah mendapat keputusan yang cemerlang hasil daripada pembelajaran secara berkumpulan (Berita Harian 12 Mac 2010).



Ini telah



membuktikan bahawa pembelajaran koperatif adalah satu pendekatan pembelajaran yang perlu diwujudkan dalam suasana pembelajaran di samping mempertingkatkan lagi mutu prestasi pelajar dalam akademik. Oleh hal yang demikian, pengajar harus menerapkan pembelajaran secara koperatif dalam menigkatkan penglibatan setiap murid. Hal ini kerana murid-murid dapat bekerjasama dan berbincang dalam menyelesaikan masalah yang diberikan. Tambahan pula, pembelajaran secara koperatif juga mewujudkan nilai kesefahaman dalam mendorong pelajar yang lebih baik dalam suatu pelajaran untuk membantu pelajar yang kurang faham dalam bahasa mereka (bahasa yang mudah). Oleh itu, pengajar perlu meningkatkan kegiatan pembelajaran koperatif dalam fasa yang sesuai bagi meningkatkan pencapaiam dan kefahaman murid didalam bilik darjah. Seterusnya, pengajar disarankan untuk memperbanyakkan soalan-soalan KBAT terhadap murid-murid semasa sesi PdPc dijalankan. Hal ini demikian kerana, soalan-soalan bukan rutin akan menjana pemikiran yang lebih kritis dan kreatif murid melalui penyelesaian masalah berkenaan kehidupan seharian, kehidupan sebenar dan isu-isu semasa. Pengajar harus bijak dalam membina soalan berbentuk aras yang tinggi ini dengan menggunakan ciriciri kata tugas yang sesuai dalam tahap pemikiran aras tinggi (mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta). Sebagai contoh, pengajar mengajar berkenaan organ pernafasan haiwan memberikan soalan seperti “Mengapakah ikan paus tidak bernafas seperti ikan-ikan yang berada didalam lautan”? Daripada soalan tersebut terdirinya kata tugas pada aras pemikiran menganalisis dan soalan yang diberikan menunjukkan situasi sebenar dalam kehidupan murid-murid. Dalam erti kata lain, guru juga boleh menerapkan soalan berbentuk KBAT dalam aspek penyelesaian masalah. Dalam menerapkan Soalan KBAT, tugas juga boleh diberikan dalam bentuk kumpulan atau individu mengikut kehendak guru. Objektif utama dalam pengaplikasian soalan-soalan KBAT dalam PdPc adalah untuk melatih murid berfikir secara kritis dan kreatif dengan kebolehan mengaitkan pengetahuan sedia ada serta pengajaran yang baru dipelajari dalam menyelesaikan suatu masalah baru. Oleh itu, muridmurid akan sentiasa dilatih untuk berfikir dalam meyelesaikan masalah sejurus membentuk



PRKA3012Penulisan Reflektif Pengajaran Makro idea-idea baru, membuat keputusan sendiri malah kebolehan mebentuk objek baru. Penerapan soalan KBAT adalah selaras dengan pembelajaran abad ke-21. Iaitu menjurus kearah pembentukan kemahiran untuk keperluan kerjaya abad ke-21. Oleh itu, pengajar seharusnya menambahkan penggunaan soalan bukan ruti didalam bilik darjah untuk membentuk pengajaran yang lebih efektif kepada murid-murid. Akhir sekali, pengajar harus memberikan arahan didalam pengajaran secara jelas. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang salah faham oleh murid-murid. Salah faham ini akan mendorong murid untuk tidak berupaya mengikuti perkembangan di sepanjang PdPc berlangsung.



Oleh itu, guru perlu memberikan arahan sama ada dalam memberikan



tugasan dan menjalankan aktiviti dengan baik. Iaitu pengajar memberikan arahan dengan bahasa yang mudah difahami oleh murid-murid dan jelas. Untuk menambahkan kejelasan dalam memberikan arahan, guru boleh mengulagi beberapa kali arahan soalan bagi memastikan murid memahami arahan yang diberikan. Jika murid berjaya memahami arahan dari seorang guru, maka proses PdPc akan berjalan dengan lebih lancar. Tambahan pula, pengajar boleh merancang serta menyediakan arahan soalan untuk diletakkan didalam rancangan pengajaran harian. Hal ini bertujuan untuk merujuk kembali arahan tersebut bagi memberikan arahan yang ringkas dan mudah kepada murid-murid. Pengajar juga boleh mengamalkan pertanyaan berkenaan arahan yang disampaikan sama ada jelas atau tidak. Hal ini bertujuan memastikan setiap murid sama ada sudah memahami arahan yang diberikan atau tidak. Jika memerlukan pengulaangan arahan, maka guru harus mengulangi arahan tersebut. Oleh itu, pengajar harus memperbaiki cara dan kaedah dalam memberikan arahan kepada murid-murid untuk melancarkan sesi PdPc didalam bilik darjah.



5.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, penulisan reflektif sangat membantu pengajar dalam menilai tahap keberkesanan dirinya sebagai guru dan menyoal tujuannya. Saranan ini selaras dengan pandangan yang menganggap bahawa amalan refleksi memberi peluang kepada pengajar untuk menyiasat secara kritis kepercayaan dan anggapan-anggapan yang tersirat. Seterusnya penulisan reflektif juga membolehkan pengajar menjadi self-directed, iaitu mempunyai tanggungjawab terhadap perkembangan kendiri. Tambahan pula, analisis dapat dibuat berdasarkan hasil penilaian daripada penilai-penilai yang berbeza membantu pengajar untuk mengetahui kekuatan yang perlu dikukuhkan dan kelemahan yang harus diperbaiki. Oleh itu, pengajar harus konsisten dalam menerapkan kekuatan yang dapat dikenal pasti serta melaksanakan cadangan penambahbaikan dalam mengatasi kekurangan



PRKA3012Penulisan Reflektif Pengajaran Makro semasa pengajaran makro untuk menghasilkan pengajaran yang lebih bermakna dan profesional secara konsisten pada masa hadapan.



Rujukan: Abdul Kadir Sahlan (2018). Mendidik perspektif psikologi. Yogyakarta: Diterbit oleh Deepublish.



Embi, M. A. (2011). Panduan Amalan Pengajaran & Pembelajaran Berkesan. Educator & Trainer in e-Learning at Universiti Kebangsaan Malaysia.



Ikhsan, O., & Norila, M.S. 2005. Kurikulum & Pengajaran Sekolah Rendah, Aspek-aspek yang Berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books.



Ilias, M. F., Husain, K., Noh, M. A. M., Rashed, Z. N., & Abdullah, M. (2016). Sumber bahan bantu mengajar dalam kalangan guru Pendidikan Islam sekolah bestari. e-Academia Journal, 5(2).



Indiati, I., & Sumardiyani, L. (2012). Pengembangan model reflective microteaching untuk pembentukan calon guru profesional. AKSIOMA: Jurnal Matematika dan Pendidikan Matematika, 1(1/Maret).



Mang, C. K. (2008). KUALITI GURU PERMULAAN KELUARAN SEBUAH INSTITUT



PRKA3012Penulisan Reflektif Pengajaran Makro PERGURUAN: SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF PENTADBIR SEKOLAH. Journal of Educators & Education/Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 23.



Marley, S. C., & Carbonneau, K. J. (2014). Theoretical perspectives and empirical evidence relevant to classroom instruction with manipulatives.



Mohamad Khairi Othman Asmawati Suhid (2010). Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Mumi: Satu Sorotan MALIM SEA Journal of General Studies II.



Mohd Arif Hj Ismail, Mohd Jasmy Abd. Rahman & Rosnaini Hj. Mahmud. (2005). Nilai-nilai murni dan pendidikan berscpadu: ke arah kemanusiaan sejagat. Prosiding wacana Pendidikan Islam (Siri 4): Pendidikan Islam ke arah kemanusiaan sejagat. Sangi: Fakulti Pendidikan UKM.



Ngu,



M,



K.



2009.



MENINGKATKAN



KEBERKESANAN



KAWALAN



KELAS



MENGGUNAKAN KAEDAH GANJARAN DAN HUKUMAN UNTUK MURID-MURID TAHUN 3 Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.132-146.



NOR HASLIZA BINTI MOHAMED (2012). PENGLIBATAN PELAJAR DALAM PEMBELAJARAN KOPERATIF DI SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia



Shams, L., & Seitz, A. R. (2008). Benefits of multisensory learning. Trends in cognitive



PRKA3012Penulisan Reflektif Pengajaran Makro sciences, 12(11), 411-417.



Sidjabat, B. S. (2008). Mengajar Secara Profesional: Mewujudkan Visi Guru Profesional.



Sivakumar, M. P., & Md Nasir, M. (2006). Keprihatinan Guru Terhadap Pelajar-pelajar Lemas Semasa Proses Pengajaran Dan Pembelajaran: satu Kajian Kes (Doctoral dissertation, universiti pendidikan sultan idris).



LAMPIRAN A



PRKA3012Penulisan Reflektif Pengajaran Makro



LAMPIRAN B



PRKA3012Penulisan Reflektif Pengajaran Makro



LAMPIRAN C



PRKA3012Penulisan Reflektif Pengajaran Makro