Pertanian Komersial [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Pertanian Komersial   Di Johor sistem kangcu dijalankan. 1840an orang Cina dibawa masuk untuk mengerja ladang gambir dan lada hitam. Mereka diberi Surat Sungai iaitu hak untuk menanam lada hitam dan gambir di sepanjang sungai. Hasil dipasarkan melalui Singapura.   Tanaman kopi secara besar-besaran di Selangor, Perak, N. Sembilan dan Johor oleh pedagang Eropah.  Penanaman lada hitam dan gambir   Pemerintah Johor iaitu Temenggung Ibrahim telah memperkenalkan sistem Kangcu pada tahun 1833 dan memajukan perdagangan lada hitam dan gambir. Beliau mengawal dan mengawasi penanaman lada hitam dan gambir melalui sistem kangcu.  Melalui sistem ini, orang cina diberikan surat kebenaran yang dikenali sebagai surat sungai untuk menetap dan mengusahakan tanaman lada hitam dan gambir di tebing sungai. Setiap Kangkar diketuai oleh seorang Kangcu yang memerintah dan memungut cukai.   Penanaman lada hitam dan gambir dilakukan secara komersial dan membawa kepada peningkatan eksport dan mendapat sambutan yang baik di pasaran singapura dan eropah. Penanaman Padi   Masyarakat peribumi mengusahakan penanaman padi secara tradisional tetapi telah menjurus ke arah tahap komersial apabila padi dieksport ke negeri lain. Padi dieksport ke negara jiran terutama dari kawasan yang subur. Kedah dan Kalantan menjadi pembekal padi utama. Kedah membekalkan padi ke Pulau Pinang manakala Kelantan pula ke Singapura.   Begitu juga Selangor, Perak dan Terengganu. Pada abad ke-19, Selangor menjadi pengeluar padi dan tidak perlu mengimportnya lagi. Pertanian komersil di Tanah Melayu , Sarawak dan Sabah pada abad ke-19 1) Sejak abad ke-19 pertanian komersil memainkan peranan penting dalam ekonomi Tanah Melayu. 2) Pertanian komersil dibahagikan kepada dua peringkat perkembangan iaitu peringkat pertama pertanian jangka pendek seperti lada hitam,gambir, ubi kayu, tebu dan kopi. 3) Manakala peringkat kedua ialah penanaman getah yang berupa tanaman komersil yang paling penting. Pada umumnya orang Cina , Eropah dan pembesar Melayu terlibat dalam pertanian komersil. 4) Gambir dan lada hitam banyak ditanam di negeri Johor dan Sarawak kemudian diperluaskan ke Selangor dan Negeri Sembilan. Tanaman gambir dan lada hitam dimajukan oleh pembesar dan raja di negeri masing-masing . Cth : Temenggung Ibrahim telah menjemput orang Cina dari Singapura utk membuka ladang gambir dan lada hitam di tebing sungai Selatan Johor di bawah sistem Kangcu.



Lada hitam dan gambir merupakan tanaman eksport utama negeri Johor sehingga tahun 1910. Modal penanaman lada hitam dan gambir di Johor dibiayai oleh Cina dari Singapura. Di Sarawak lada hitam juga merupakan tanaman eksport yang penting. Sarawak lada hitam juga merupakan tanaman eksport yang penting. Sarawak memberikan konsesi kepada orang Cina dari Singapura utk menanam lada hitam di Kuching-Serian dan Sarikei-Maradong. Hasil meningkat dan Sarawak menjadi pengeluar lada hitam terbesar di dunia. Pertengahan abad ke-19, peladang Eropah dan China telah membuka ladang tebu di Province Wellesley, Pulau Pinang dan Melaka. Mulai 1870-an tanaman tebu diperluaskan ke Perak , terutamadi daerah Kerian. Orang Eropah telah mendirikan kilang memproses gula di Perak menyebabkan gula muncul sbg eksport penting negeri Perak sehingga permulaan abad ke-20. Ubi kayu juga telah ditanam secara komersil oleh orang Cina di Melaka dan diperluaskan ke Negeri Sembilan pada tahun 1880-an. Hasil ubi kayu Tanah Melayu dieksport ke Britain. Tanaman kopi juga diusahakan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Penglibatan orang Cina dalam pertanian ini menyebabkan kopi menjadi eksport penting Tanah Melayu mulai tahun 1880-an. Tanaman sagu untuk eksport juga ditanam di Mukah dan Oga di Sarawak. Tanaman tembakau telah diusahakan di Sabah tetapi gagal akibat serangan penyakit dan persaingan daripada Amerika Syarikat. Tanaman getah diperkenalkan pada akhir abad ke-19 dan mengalami perkembangan pesat pada abad ke 20. H.N Ridley menggalakkan tanaman getah dengan memperkenalkan pisau toreh dan memberi dorongan kepada penduduk Tanah Melayu supaya menanam getah. Adanya pelaburan daripada syarikat Eropah seperti Sime Darby, Harrisons and Crosfield dan tenaga buruh yang murah menggalakkan perkembangan tanaman getah. Kerajaan juga menggalakkan penanaman getah dengan menyediakan kemudahan perhubungan dan pengangkutan, penyelidikan turut memajukan tanaman getah. Pertanian komersil telah menjadi tulang belakang ekonomi Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak selepas mencapai kemerdekaan. Pertanian : o Dari aspek pertanian, padi merupakan tanaman utama. Terdapat dua jenis padi utama. Padi sawah ditanam di kawasan lembah sungai atau t anah rendah dan rata. Ia memerlukan air yang banyak. Padi huma atau padi bukit ditan am dikawasan tanah tinggi atau lereng bukit dan tidak memerlukan air yang banyak. o



Kawasan penanaman padi yang utama ialah di Kedah Perlis,Seberang Prai, Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan.



o



Sistem pengairan dapat memajukan sistem penanaman padi pada awal abad ke-19.



o



Terdapat 3 jenis pengairan yang digunakan iaitu kincir air, terusan dan empangan.



o



Pada tahun 1885, terusan Wan Mat Saman sepanjang 32km telah dibina di Kedah untuk mengairi sawah padi. Padi dari negeri Kedah dan Perlis mendapat pasaran yang baik di Pulau Pinang. Selain itu, Kedah turut menjalankansistem pajak (ampun kurnia) yang dianugerahkan oleh raja kepada tauke-tauke dari Pulau Pinang untuk mengusahakan kegiatan ekonomi tertentu



o



Selain itu, terdapat juga tanaman lain seperti kopi, tembakau, sagu, pisang, jagung,tebu, ubi kayu, lada hitam dan gambir. Pokok buah-buahan juga ditanam untuk kegunaan sendiri seperti kelapa, durian, manggis, langsat danlain-lain. Terdapat juga pokok pinang, kabung, nibung dan nipah yang mempunyai nilai-nilai perniagaan. Jika berlebihan, ia akan dijual untuk membeli bar



Pertanian Dagangan : o Sebelum campur tangan British, penduduk Tanah Melayu juga menjalankan sistem ekonomi komersial berlandaskan pertanian dagangan. o



Awal abad ke-19, ladang-ladang gambir yang luas milik kongsi Cina t elah dimajukan di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor. Di Johor, lada hitam dan gambir diusahakan di antara tahuntahun 1840-1850-an. Kedua-dua tanaman ini ditanam di bawah sistem Kangchu. Tanaman ini mendapat pasaran yang menguntungkan diSingapura dan Eropah



o



Di Seberang Prai, buah pala,cengkih dan tebu telah diusahakan oleh saudagar-saudagar Eropah pada awal abad ke-19.



o



Ubi kayu ditanam di Melaka pada pertengahan abad ke-19. Dianggarkan pada tahun1860, terdapat kira-kira 400 hektar ladang ubi kayu di Melaka.