REFLEKSI [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

REFLEKSI Pada semester kali ini saya dan rakan–rakan telah diwajibkan untuk menyertai Persatuan Kewartawanan WAJ 3113. Kursus WAJ 3113 ini merupakan satu elemen wajib bagi semua guru pelatih yang menjalani kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan



(PISMP)



untuk



melahirkan



insan



guru



yang



berpengetahuan,



berketrampilan dan berdaya saing.



Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi, dengan limpah dan kurnianya, tamatlah sudah kursus WAJ 3113 ini dengan jayanya. Sesungguhnya, banyak pengalaman yang dapat saya timba sepanjang saya menyertai persatuan kewartawanan ini di bawah bimbingan pensyarah yang banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan iaitu Encik Ahmad Rozi bin Abu.



Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijayakan oleh Persatuan Kewartawanan ialah Laporan Aktiviti Tahunan Unit Kokurikulum sepanjang tahun 2013 sama ada dalam bentuk video dan penulisan. Selain itu, persatuan kami juga telah membantu mengelola dari segi teknikal dan urusan pendokumentasian hampir kesemua aktivitiaktiviti sepanjang Minggu Kokurikulum dan Akademik yang telah dijalankan pada 30 September 2013 sehingga 3 Oktober 2013 bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dikelola oleh Persatuan Kewartawanan ialah Majlis Perasmian Minggu Akademik dan Kokurikulum, Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum, Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform IPG KPT dan bermacam-macam lagi.



Selain itu, kami juga ada membuka gerai kewartawanan yang berkonsepkan ‘photobooth’



untuk



para



pengunjung



Minggu



Akademik



dan



Kokurikulum



mengabdikan kenangan manis mereka di sini. Sesungguhnya, pengalaman mengelola aktiviti-aktiviti yang melbatkan orang kenamaan sebegini amat bermakna bagi kami para guru pelatih yang belum pernah diberikan kepercayaan sebegini.



Saya berasa amat bersyukur kerana terpilih untuk bersama-sama rakan yang lain dalam persatuan yang sarat dengan ilmu pengetahuan yang bukan sahaja bermakna sekarang, tetapi juga amat bermanfaat untuk diamalkan ketika kami menjadi guru kelak. Kami akan lebih bijak mengurus sesuatu aktiviti yang akan diserahkan oleh Guru Besar kepada kami kerana kami telah berpengalaman mengurus aktiviti yang lebih besar seperti Minggu Akademik dan Kokurikulum ini.



Seterusnya, saya juga banyak belajar mengenai kamera DSLR dan kamera VHS daripada pensyarah yang berpengalaman seperti Tuan Haji Aris Ng dan juga staf yang sangat berpengalaman iaitu Mr. Pallan. Saya juga belajar bagaimana menguruskan hal-hal berkaitan dengan teknikal sesuatu majlis melalui pengalaman menguruskan aktiviti-aktivit sepanjang semester ini.



Kesimpulannya, saya amat berpuas hati dan bersyukur kerana diberi peluang untuk menjayakan aktiviti sepanjang saya menyertai Persatuan Kewartawanan ini. Saya berharap, ilmu dan pengalaman yang saya perolehi ini akan digunakan pada masa akan datang. Saya juga berharap ilmu ini dapat saya kongsi dengan masyarakat di sekeliling.