Refleksi TMK [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

REFLEKSI Pengajaran hari ini: Pada hari ini merupakan kelas pertama saya untuk mengajar tahun 4 Zuhrah kumpulan A bagi subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun 4. Sub topik yang diajar adalah tajuk Memahami Peranti Komputer, murid diajar mengenai peranti input dan peranti output. Kelas ini berlangsung pada pukul 12.15 tengah hari hingga 1.15 petang iaitu selama 60 minit. Saya memulakan kelas dengan sesi perkenalan untuk mengenal diri murid-murid kemudian diteruskan dengan isi pengajaran yang telah dirancang. Kekuatan: Pengajaran hari ini berjalan lancar dengan kerjasama yang diberikan murid sangat memberangsangkan. Murid-murid memberikan respon yang sangat baik ketika sesi soal jawab antara guru dan murid mereka. Hal ini juga dapat dilihat bahawa komunikasi antara guru dan murid sangat baik. Selain itu penggunaan suara yang lantang dan jelas juga dapat menarik minat murid untuk memberikan perhatian kepada pengajaran yang dilakukan. Kelemahan: Namun demikian, terdapat beberapa kelemahan yang terdapat di dalam sesi pengajaran pada hari ini. Pertama ialah, penggunaan masa yang tidak teratur, hal ini disebabkan kerana, saya menggunakan masa yang lama ketika proses perkenalan dengan murid-murid sehingga menyebabkan masa aktiviti terpaksa dipendekkan. Selain itu juga, objektif pengajaran pada hari ini terdapat beberapa orang murid yang tidak mencapai objektif yang diberikan. Hal ini kerana murid tersebut tidak terbiasa dengan komputer berbanding rakan yang lain mempunyai komputer di rumah. Kesimpulan dan penambahbaikan: Bagi mengatasi masalah yang dihadapi saya perlu peka dengan pengurusan masa mengajar supaya dapat mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Selain itu bagi mengatasi masalah pelajar saya perlu membuat aktiviti yang lebih menarik dan membantu pelajar supaya mudah memahami apa yang diajar walaupun mereka baru mengenal komputer.



REFLEKSI Pengajaran hari ini: Pada hari ini merupakan kelas pertama saya untuk mengajar tahun 4 Utarid kumpulan B bagi subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun 4. Sub topik yang diajar adalah tajuk Memahami Ukuran Data, murid diajar mengenai unit piawai ukuran data iaitu bit; bait, kilobait, megabait dan gigabait. Kelas ini berlangsung pada pukul 8.45 pagi – 9.45 pagi tengah hari iaitu selama 60 minit. Pengajaran hari ini, tidak menggunakan rancangan pengajaran harian yang telah dihasilkan dan rancangan tersebut ditunda pada kelas berikutnya. Saya mengajar murid topik peranti komputer iaitu peranti input dan output untuk mengetahui tahap pengetahuan murid berkaitan komputer. Kekuatan: Pengajaran hari ini berjalan lancar di mana murid dapat mengikuti dan memberikan respon yang sangat baik dalam proses pengajaran yang dijalankan. Murid-murid juga mudah memahami pengajaran yang diajar pada hari ini dengan penggunaan suara yang lantang dan jelas ketika proses pengajaran. Murid-murid juga mudah untuk mengingat apa yang diajar dan objektif pengajaran dijalankan dicapai oleh semua murid. Kelemahan: Namun demikian, terdapat beberapa kelemahan yang terdapat di dalam sesi pengajaran pada hari ini. Pertama ialah, pengawalan murid ketika di dalam kelas agak tidak terkawal pada awalnya hal ini menyebabkan pada permulaan kelas tidak berjalan dengan baik. Selain itu murid tidak memberikan perhatian yang baik ketika awal pengajarannya, mereka suka berbual dan membuat bising apabila sesi soal jawab. Kesimpulan dan penambahbaikan: Bagi mengatasi masalah ini saya perlu menunjukkan sikap tegas ketika mengajar supaya murid memberikan perhatian ketika proses pengajaran. Hal ini dapat dilihat ketika pertengahan proses pengajaran saya menunjukkan sikap tegas murid mula mengikut pengajaran yang dilaksanakan. Selain itu saya perlu membuat aktiviti yang lebih menarik dalam pengajaran murid tertarik dengan aktiviti pengajaran.



REFLEKSI Pengajaran hari ini: Pada hari ini merupakan kelas pertama saya untuk mengajar tahun 4 Zuhrah kumpulan B bagi subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun 4. Sub topik yang diajar adalah tajuk Memahami Peranti Komputer, murid diajar mengenai peranti input dan peranti output. Kelas ini berlangsung pada pukul 11.15 pagi hingga 12.15 tengah hari iaitu selama 60 minit. Saya memulakan kelas dengan sesi perkenalan untuk mengenal diri murid-murid kemudian diteruskan dengan isi pengajaran yang telah dirancang. Kekuatan: Pengajaran pada hari ini berjalan lancar di mana murid mudah memberikan kerjasama dan memberikan respon yang baik ketika proses pengajaran dijalankan. Objektif pengajaran pada hari ini dapat dicapai dengan baik di mana murid dapat menerangkan maksud dan contoh peranti input dan output dengan baik. Kelemahan: Namun demikian terdapat beberapa kelemahan dari pengajaran saya pada hari ini iaitu saya mengajar tidak mengikut langkah di dalam pengajaran yang dihasilkan hal ini kerana pengajaran saya banyak menggunakan paparan slaid dari projektor, tetapi pada hari ini saya tidak menggunakan paparan slaid. Pada permulaannya pengajaran agak suram namun demikian ketika pertengahan iaitu semasa pelaksanaan aktiviti, pengajaran menjadi semakin menarik perhatian murid dan murid memberikan respon yang baik. Kesimpulan dan penambahbaikan: Bagi mengatasi masalah ini saya seharusnya peka untuk menyediakan bahan pengajaran yang lengkap untuk kegunaan mengajar. Selain itu, saya juga perlu menyediakan perancangan sampingan untuk mengatasi masalah penggunaan slaid iaitu sebagi contoh saya membuat aktiviti melukis peranti input dan output untuk membolehkan murid mengenal dan memahami peranti input dan output dengan lebih mudah walaupun tanpa paparan slaid.



REFLEKSI Pengajaran hari ini: Pada hari ini saya mengajar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun 4 iaitu bagi kelas 4 Utarid Kumpulan A seramai 14 orang. Saya mengajar bagi tajuk Memahami Ukuran Data di mana di dalam tajuk ini murid diajar tentang maksud data dan unit piawai ukuran data iaitu data bit, bait, kilobait, megabait dan gigabait. Kelas ini berlangsung pada pukul 9.45 pagi – 8.45 pagi iaitu selama 60 minit. Kekuatan: Pengajaran pada hari ini berjalan lancar dengan kerjasama dan respon yang baik dari murid. Hal ini disebabkan dengan penggunaan suara yang lantang dan jelas yang memberikan kemudahan yang baik kepada murid untuk menerima arahan dan menjalankan aktiviti dengan baik. Pada hari ini rancangan pengejaran yang dihasilkan dapat dilaksanakan dengan sempurna mengikut langkah yang telah dihasilkan. Murid-murid juga memberikan respon yang baik dan objektif pengajaran hari ini dapat dicapai baik. Kelemahan: Namun



demikian



beberapa kelemahan



dapat



dikesan ketika



proses



pengajaran



dilaksanakan. Pertama sekali kelemahan bahan pengajaran saya iaitu paparan projektor saya agak kecil dan sukar untuk murid melihatnya dengan jelas ketika proses pengajaran dan menyebabkan murid terpaksa ke hadapan untuk menjawab soalan dari paparan projektor. Selain itu, penggunaan masa ketika aktiviti murid tidak terkawal menyebabkan masa untuk membuat aktiviti terlalu lama. Kesimpulan dan penambahbaikan: Bagi mengatasi masalah ini saya perlu menyediakan bahan yang sesuai kepada murid. Sebagai contoh saya perlu membuat tetapan pada paparan komputer saya supaya murid dapat melihat dengan jelas dari tempat duduk mereka. Selain itu, saya perlu membuat tetapan masa pada aktiviti murid agar murid melaksanakan aktiviti dengan masa yang digunakan tidak mengganggu peruntukan masa aktiviti lain.



REFLEKSI Pengajaran hari ini: Pada hari ini saya mengajar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun 4 iaitu bagi kelas 4 Utarid Kumpulan B seramai 15 orang. Saya mengajar bagi tajuk Memahami Ukuran Data di mana mereka akan belajar berkaitan maksud data dan saiz piawaian ukuran data iaitu bit, bait, kilobait, megabait, dan gigabait. Kelas ini berlangsung pada pukul 9.15 pagi hingga 10.15 pagi iaitu selama 60 minit. Kekuatan: Pengajaran hari ini berjalan lancar dengan kerjasama antara murid dapat melaksanakan tugasan dan memberikan respon yang baik apabila disoal. Selain itu, objektif pengajaran hari ini, dapat dicapai dengan jayanya di mana murid dapat mengetahui unit piawaian data berserta maksudnya. Mereka juga dapat memberikan perbezaan ukuran data dengan betul. Kelemahan: Kelemahan proses pengajaran pada hari ini adalah beberapa aktiviti murid tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan masa disebabkan pada awal waktu kelas murid menjawab soalan soal selidik yang diedarkan oleh guru. Selain itu, kelemahan pengawalan kelas terutama aktiviti yang melibatkan kumpulan di mana terdapat murid yang tidak menyertai aktiviti dengan alasan tiada tugasan dan mereka mengganggu rakan lain. Kesimpulan dan penambahbaikan: Bagi mengatasi masalah ini saya perlu memikirkan beberapa rancangan sampingan bagi mengatasi masalah kekurangan masa jika berlaku aktiviti yang tidak dirancang. Selain itu saya juga perlu memperbaiki aktiviti kumpulan iaitu dengan memastikan aktiviti kumpulan perlu melibatkan semua murid.



REFLEKSI Pengajaran hari ini: Pada pengajaran hari ini adalah bagi kelas 4 Zuhrah Kumpulan B dengan murid seramai 19 orang. Pengajaran pada hari ini dari tajuk Dunia Komputer topik Memahami Peranti Komputer. Murid diajar berkaitan dengan peranti storan komputer iaitu nama dan kegunaan peranti storan. Kelas pada hari ini berlangsung selama 60 minit iaitu pada pukul 9.45 pagi hingga 10.45 pagi. Pada hari ini juga merupakan penyeliaan kedua oleh pensyarah pembimbing iaitu En. Zunaidi Bin Yusoh. Kekuatan: Pengajaran hari ini berjalan lancar dengan kerjasama antara murid dapat melaksanakan tugasan dan memberikan respon yang baik apabila disoal. Selain itu, objektif pengajaran hari ini, dapat dicapai dengan jayanya di mana murid dapat beberapa menyenaraikan peranti storan berserta kegunaannya. Mereka juga dapat membuat lembaran kerjanya dengan jayanya. Selain itu, aktiviti dan penggunaan bahan maujud menarik minat murid dan memudahkan murid memahami peranti yang diajar. Objektif pada hari ini dapat dicapai dengan baik di mana murid dapat menyenaraikan peranti storan serta kegunaannya. Kelemahan: Kelemahan yang dilihat di dalam proses pengajaran pada hari ini adalah pengurusan masa semasa aktiviti agak lama di mana murid mengambil masa yang lama untuk melaksanakan aktiviti kumpulan. Hal ini menyebabkan masa langkah 3 iaitu masa pengukuhan murid diedarkan lembaran kerja dan masa yang digunakan bagi aktiviti ini menjadi singkat dan murid tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberi mengikut masa yang sepatutnya. Kesimpulan dan penambahbaikan: Bagi mengatasi masalah ini semasa melaksanakan tugasan kumpulan saya perlu menetapkan masa supaya murid peka terhadap masa yang diberikan. Sebagai contoh saya perlu sering memberi peringatan kepada murid terhadap masa yang tinggal untuk aktiviti disiapkan. Hal ini membolehkan murid peka kepada masa yang diberikan kepada merekan dan mereka sentiasa berusaha lebih gigih untuk menyiapkan tugasan.



REFLEKSI Pengajaran hari ini: Pada hari ini saya mengajar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun 4 iaitu bagi kelas 4 Zuhrah Kumpulan B seramai 19 orang. Saya mengajar bagi tajuk Memahami Ukuran Data di mana mereka akan belajar berkaitan maksud data dan saiz piawaian ukuran data iaitu bit, bait, kilobait, megabait, dan gigabait. Kelas ini berlangsung pada pukul 11.15 pagi hingga 12.15 tengah hari iaitu selama 60 minit. Kekuatan: Pengajaran hari ini berjalan lancar dengan kerjasama antara murid dapat melaksanakan tugasan dan memberikan respon yang baik apabila disoal. Selain itu, objektif pengajaran hari ini, dapat dicapai dengan jayanya di mana murid dapat mengetahui unit piawaian data berserta maksudnya. Mereka juga dapat memberikan perbezaan ukuran data dengan betul. Iaitu dari nilai yang besar kepada nilai yang kecil mengikut ukuran menaik dan menurun. Kelemahan: Kelemahan bagi pengajaran pada hari ini adalah sebilangan murid kurang mahir menggunakan komputer. Hal ini menyebabkan murid sukar untuk mengikut pengajaran yang menggunakan komputer. Oleh hal demikian, murid sukar untuk melaksanakan tugasan yang diberikan memerlukan komputer sebagai bahan. Kesimpulan dan penambahbaikan: Bagi mengatasi masalah ini saya akan membuat pemantauan yang kerap kepada beberapa murid yang kurang mahir menggunakan komputer. Hal ini membolehkan murid dibantu untuk menggunakan komputer bagi melaksanakan tugasan. Selain itu, murid yang kurang mahir juga ditempatkan dengan murid yang mahir supaya mereka mudah dibantu apabila mengalami kesukaran.



REFLEKSI Pengajaran hari ini: Pada hari ini saya mengajar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun 4 iaitu bagi kelas 4 Utarid Kumpulan A seramai 14 orang. Saya mengajar bagi tajuk Memahami Ukuran Data di mana mereka akan belajar berkaitan penukaran ukuran data iaitu dari Kilobait kepada Bait, Megabait kepada Kilobait dan Gigabait kepada Megabait. Kelas ini berlangsung pada pukul 8.45 pagi hingga 9.45 pagi iaitu selama 60 minit. Kekuatan: Pengajaran hari ini berjalan lancar dengan kerjasama antara murid dapat melaksanakan tugasan dan memberikan respon yang baik apabila disoal. Selain itu, objektif pengajaran hari ini, dapat dicapai dengan jayanya di mana murid dapat membuat pertukaran nilai ukuran data. Murid tertarik dengan penggunaan bahan bantu mengajar iaitu dengan menggunakan aplikasi penukaran unit menggunakan komputer. Kelemahan: Kelemahan proses pengajaran pada hari ini adalah beberapa aktiviti murid tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan masa disebabkan oleh murid lewat masuk ke kelas, hal ini menyebabkan murid tidak dapat melaksanakan satu langkah pengajaran iaitu murid menggunakan



perisian



aplikasi



penukaran



unit



menggunakan



komputer.



Hal



ini



menyebabkan murid tidak berpeluang menggunakan komputer untuk melaksanakan tugasan. Kesimpulan dan penambahbaikan: Bagi mengatasi masalah ini saya perlu memikirkan beberapa rancangan sampingan bagi mengatasi masalah kekurangan masa jika berlaku aktiviti yang tidak dirancang. Selain itu, saya perlu peka dengan masa iaitu menasihati murid supaya masuk kelas murid dan sering menasihati murid supaya pentingkan ketetapan masa supaya murid dapat belajar mengikut perancangan yang ditetapkan.



REFLEKSI Pengajaran hari ini: Pada hari ini saya mengajar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun 4 iaitu bagi kelas 4 Utarid Kumpulan B seramai 15 orang. Saya mengajar bagi tajuk Memahami Ukuran Data di mana mereka akan belajar berkaitan penukaran ukuran data iaitu dari Kilobait kepada Bait, Megabait kepada Kilobait dan Gigabait kepada Megabait. Kelas ini berlangsung pada pukul 8.45 pagi hingga 9.45 pagi iaitu selama 60 minit. Kekuatan: Pengajaran pada hari ini berjalan lancar dengan mengikut perancangan rancangan mengajar yang ditetapkan. Selain itu, respon dan kerjasama yang diberikan oleh murid dapat memudahkan lagi pengajaran guru pada hari ini. Penggunaan bahan bantu mengajar yang digunakan merangsang murid untuk memberikan perhatian kepada pengajaran guru. Objektif pada hari ini dapat dicapai oleh semua murid. Kelemahan: Kelemahan pengajaran pada hari ini adalah dari segi penyediaan bahan bantu mengajar yang mencukupi kepada setiap pelajar. Hal ini disebabkan oleh masalah talian internet yang menyukarkan guru untuk memberikan contoh aplikasi penukaran data pada netbook yang disediakan. Pada hari ini, hanya beberapa Netbook sahaja yang boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti murid. Perkara ini menyebabkan murid berebut untuk mencuba aplikasi yang diajar. Hal ini juga menyebabkan terdapat murid yang terpinggir untuk mencuba aplikasi yang diajar. Kesimpulan dan penambahbaikan: Bagi mengatasi masalah ini saya perlu sebelum memulakan kelas saya perlu memastikan bahan pengajaran yang hendak digunakan mencukupi untuk semua murid. Hal ini memudahkan murid belajar tanpa perlu berebut dengan murid lain. Selain itu, saya juga perlu membuat peraturan iaitu semua murid perlu mencuba aplikasi untuk menyiapkan tugasan dan murid perlu memberi peluang kepada setiap ahli kumpulan perlu memberikan peluang kepada rakan-rakan untuk mencuba.



REFLEKSI Pengajaran hari ini: Pada hari ini saya mengajar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun 4 iaitu bagi kelas 4 Zuhrah seramai 36 orang. Saya mengajar bagi tajuk Dunia Komputer di mana mereka akan belajar berkaitan memahami peranti komputer dan membentuk sebuah set komputer lengkap berdasarkan pemilihan peranti dan perkakasan. Kelas ini berlangsung pada pukul 11.15 pagi hingga 12.15 tengah hari iaitu selama 60 minit. Pengajaran hari ini, merupakan pengajaran berpasangan Kekuatan: Pengajaran pada hari ini berjalan lancar dengan mengikut perancangan rancangan mengajar yang ditetapkan. Selain itu aktiviti kumpulan yang dihasilkan dapat merangsang murid untuk lebih mudah memahami pengajaran yang disampaikan. Pengajaran berpasangan yang dilakukan menarik minat murid dan memudahkan pengajaran apabila aktiviti kumpulan dijalankan. Kumpulan yang mengalami masalah dapat dibantu dengan lebih pantas dengan adanya dua guru yang mengajar. Objektif pengajaran pada hari ini dicapai dengan baik oleh semua murid. Kelemahan: Kelemahan pengajaran pada hari ini adalah pengurusan masa yang tidak mencukupi hal ini kerana murid masuk lewat 15 minit. Hal ini menyebabkan masa aktiviti terpaksa dipendekkan dan hal ini menyebabkan proses pengajaran terpaksa terkejar-kejar kerana kekurangan masa. Selain itu semasa aktiviti kumpulan terdapat ahli yang tidak aktif di dalam kumpulan semasa aktiviti dijalankan. Hal ini menyukarkan murid untuk bekerjasama antara satu sama lain ketika proses perbincangan. Kesimpulan dan penambahbaikan: Bagi mengatasi masalah ini saya perlu menasihati murid agar masuk awal ke kelas supaya masa yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan baik. Saya juga menetapkan supaya murid datang lima minit awal sebelum kelas supaya mereka dapat memulakan kelas pada masa yang ditetapkan. Saya juga akan memberikan tugasan kepada semua murid supaya semua mempunyai peranan dalam aktiviti kumpulan.



REFLEKSI Pengajaran hari ini: Pada hari ini saya mengajar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun 4 iaitu bagi kelas 4 Utarid Kumpulan A seramai 14 orang murid. Saya mengajar bagi tajuk Dunia Komputer di mana mereka akan belajar berkaitan memahami ukuran data di mana mereka diajar menghubungkait fail data dan bait dan membanding saiz fail dengan menggunakan aplikasi ‘Notepad’ untuk membanding saiz fail. Kelas ini berlangsung pada pukul 8.45 pagi hingga 9.45 tengah hari iaitu selama 60 minit. Kekuatan: Pengajaran pada hari ini berjalan lancar dengan mengikut perancangan rancangan mengajar yang ditetapkan. Selain itu aktiviti kumpulan yang dihasilkan dapat merangsang murid untuk lebih mudah memahami pengajaran yang disampaikan. Objektif pengajaran pada hari ini dapat dicapai dengan baik di mana semua pelajar mencapai objektif yang diharapkan. Penggunaan bahan bantu belajar seperti Netbook kepada setiap murid memudahkan lagi pemahaman murid di mana setiap murid dapat meneroka sendiri penggunaan aplikasi Notepad untuk membuat pembandingan saiz fail. Kelemahan: Kelemahan yang terdapat pada pengajaran pada hari ini adalah murid mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Hal ini kerana, ramai di antara murid tidak mahir dalam penggunaan asas komputer. Hal ini menyebabkan murid lambat untuk melaksanakan tugasan yang diberikan. Selain itu, pengawalan guru semasa murid menggunakan Netbook yang disediakan di mana guru tidak sempat untuk membantu semua murid yang kurang mahir melaksanakan tugasan. Hal ini menyebabkan murid menjadi kurang bersemangat untuk membuat tugasan diberikan. Kesimpulan dan penambahbaikan: Bagi mengatasi masalah ini saya meletakkan murid secara berkumpulan di mana setiap kumpulan mempunyai rakan yang mahir dalam asas komputer supaya dapat membantu rakan yang memerlukan bantuan ketika tugasan jika guru tidak sempat membantunya. Hal ini dapat memupuk semangat kerjasama untuk saling membantu rakan yang kesusahan.



REFLEKSI Pengajaran hari ini: Pada hari ini saya mengajar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun 4 iaitu bagi kelas 4 Utarid seramai 29 orang. Saya mengajar bagi tajuk Dunia Komputer di mana mereka akan belajar berkaitan menjaga keselamatan data dan komputer iaitu penggunaan perisian antivirus untuk mengimbas komputer. Kelas ini berlangsung pada pukul 8.45 pagi hingga 9.45 tengah hari iaitu selama 60 minit. Kekuatan: Pengajaran pada hari ini berjalan lancar dengan mengikut perancangan rancangan mengajar yang ditetapkan. Selain itu aktiviti kumpulan yang dihasilkan dapat merangsang murid untuk lebih mudah memahami pengajaran yang disampaikan. Murid tertarik dengan pengajaran disampaikan di mana berkaitan dengan persekitaran dan isu semasa yang hampir dengan mereka. Mereka banyak memberikan pendapat apabila bertanya tentang virus penyakit yang terdapat di persekitaran mereka. Objektif pada hari ini berjalan dengan dicapai oleh semua murid. Kelemahan: Kelemahan pengajaran pada hari ini adalah dari penggunaan bahan bantu mengajar yang tidak mencukupi di mana saya tidak menyediakan Netbook kepada setiap orang murid untuk menjalankan aktiviti amali hal ini menyebabkan semasa aktiviti amali murid sedikit tidak terkawal di mana murid yang menunggu giliran untuk menggunakan Netbook tidak memberi perhatian dan membuat hal lain serta mengganggu rakan lain. Selain itu, penerangan saya untuk melaksanakan amali juga kurang jelas di mana murid yang kurang mahir asas komputer sukar untuk melaksanakan tugasan. Kesimpulan dan penambahbaikan: Bagi mengatasi masalah ini saya perlu prihatin tentang penggunaan BBM yang mencukupi kepada semua murid supaya mereka dapat melaksanakan amali atau tugasan yang diberikan dengan lancar. Selain itu saya juga perlu memperbaiki kaedah penerangan saya supaya murid mudah mengikuti arahan untuk melaksanakan tugasan. Saya juga perlu memberikan arahan secara bertulis supaya murid dapat memahami dan mengikuti langkah yang diajar dengan kaedah yang betul.