Tanggungjawab Warganegara [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

1.0 Pengenalan Malaysia merupakan negara yang terkenal dengan rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai bangsa,budaya serta agama.Walaupun yang demikian,Malaysia masih mampu menjadi sebuah negara yang aman,selamat dan berdaya saing di rantau ASIA mahupun dunia.Ini adalah disebabkan rakyatnya yang bersatu padu dalam melahirkan sebuah negara yang aman untuk didiami.Sesebuah negara tidak mungkin dapat berdiri sendiri tanpa rakyatnya. Setiap warganegara seharusnya sedar akan tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam memastikan Malaysia akan terus menjadi sebuah negara yang aman,maju serta disegani oleh seluruh dunia.Salah satu daripada tanggungjawab seorang warga negara adalah memilih pemimpin yang akan dipertanggungjawabkan untuk menerajui negara.Setiap warganegara yang sudah berumur 21 tahun dan ke atas layak untuk menunaikan tanggungjawab ini.Memilih pemimpin yang benar dan layak adalah penting bagi memastikan negara yang tercinta tidak diperintah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan boleh memusnahkan segala yang telah dimiliki.Ini kerana,setiap pemimpin yang telah dipilih akan diberi mandat selama 5 tahun untuk menerajui negara. Muktahir ini,pelbagai isu yang telah dibangkitkan setiap kali tibanya pilihan raya umum mahupun pilihan raya kecil.Isu-isu yang telah timbul ini telah membuatkan kredabiliti dan kepercayaan yang telah diberikan kepada pihak yang bertanggungjawab sewaktu proses pilihan raya dijalankan terutamanya Suruhan Jaya Pilihan Raya mula dipertikaikan.



2.0 Pilihan Raya yang tidak bersih Isu pilihan raya yang tidak bersih sering kali dibangkitkan mutakhir ini.Pelbagai perkara telah dilakukan dalam menyelesaikan isu terutama oleh Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) yang berperanan untuk memantau sebarang aktiviti sewaktu pilihan raya agar tiada sebarang kepincangan atau penyelewengan sewaktu pilihan raya dijalankan.Namun yang demikian,isu pilihan raya yang tidak bersih dan telus tetap menjadi tajuk perbalahan utama dikalangan ahli politik dan rakyat menjelang pilihan raya.Terdapat beberapa faktor yang dilihat menyumbang terhadap isu ini. 2.1 Faktor-faktor yang menyebabkan isu pilihan raya tidak bersih







Perasaan tidak puas hati pihak tertentu Walaupun berbagai cara telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memastikan satu pilihan raya yang bersih dan telus dapat dijalankan,masih terdapat pihak tertentu yang tidak puas akan usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan.Ini mungkin disebabkan keputusan yang terhasil dari pilihan raya itu tidak memenuhi dan menepati ramalan dan kehendak mereka sendiri.Perkara ini juga mungkin terjadi disebabkan terdapat agenda tertentu yang dirancang oleh pihak tertentu demi kepentingan mereka sendiri.







Undi Hantu Undi hantu merupakan isu yang sudah tidak asing lagi menjelang pilihan raya.Undi hantu adalah undi daripada mereka yang berumur lebih daripada 120 tahun Pengundi beralamatkan rumah yang mengandungi lebih daripada 20 orang.Pengundi itu tiada kaitan dengan pemilik alamat berdaftar pengundi berkenaan.Pengundi yang sama didaftarkan lebih daripada sekali. Ini sering berlaku di kalangan pengundi tentera yang merupakan pengundi pos dan juga pengundi biasa. Dalam konteks ini, mereka didaftarkan dengan nombor tentera untuk undian pos manakala nombor kad pengenalan Malaysia untuk undian biasa.Rajah 1 yang diambil dari laman web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ini memaparkan butiran seorang pengundi yang berumur 128 tahun pada tahun 2008 jika masih hidup.







Aktiviti lompat parti oleh calon pilihan raya Aktiviti lompat parti oleh calon yang bertanding semakin kerap terjadi muktakhir ini.Aktiviti seperti ini merupakan aktiviti yang tidak sihat kerana boleh menimbulkan perasaan syak wasangka di kalangan rakyat yang sudah pun membuat pilihan calon kegemaran mereka.Dengan mengubah haluan dan parti yang diwakili,calon boleh menimbulkan persoalan dikalangan penyokong mereka akan punca dan mengapa mereka berbuat demikian.Sikap tidak berterus terang dan berdiam diri boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan penyokong dan seterusnya boleh menimbulkan huru-hara atau rusuhan.







Membeli undi Menjelang pilihan raya,pelbagai cara dilakukan oleh segelintir pihak demi meraih kemenangan dalam pilihan raya termasuklah dengan membeli undi.Demi mendapat sokongan dan meraih undi,sesetengah pihak sanggup membayar atau merasuah pengundi untuk mencapai matlamat mereka.Perkara ini telah menyumbang kepada timbulnya isu pilihan raya yang tidak bersih di Malaysia.Menurut artikel yang dipetik dari laman rasmi akhbar Berita Harian yang bertarikh 1 November 2010,pihak SPR telah mengesyaki terdapat pihak yang cuba membeli undi dengan menawarkan bayaran untuk balik mengundi ke kampung halaman masing-masing.Ini menunjukkan fenomena membeli undi sudah berlaku sejak mula lagi walaupun tarikh pilihan raya masih jauh.



2.2 Implikasi terhadap isu pilihan raya tidak bersih Isu pilihan raya yang tidak bersih telah menimbulkan pelbagai masalah dalam negara.Masalah yang timbul bukan sahaja terjadi di kalangan pemimpin,rakyat juga secara tidak langsung telah terkesan oleh isu ini.Antara implikasi daripada isu ini adalah: 



Perhimpunan bersih Perhimpunan ini merupakan perhimpunan yang disertai oleh pihak pembangkang,NGO dan pertubuhan lain.Mula ditubuhkan pada 10 November



2007.Perhimpunan ini diadakan dengan tujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk menuntut pilihan raya yang adil.Bagaimanapun,perhimpunan ini telah menyebabkan berlakunya huru-hara di kalangan masyarakat setempat yang secara tidak langsung telah menggugat keselamatan rakyat dan negara.Menurut artikel yang dipetik dari akhbar Sinar Harian yang bertarikh 30 April 2012,sejumlah 486 peniaga di Kompleks Pertama terpaksa menanggung kerugian bernilai RM 1 juta disebabkan perhimpunan bersih 3.0 yang diadakan di sekitar ibu kota pada 28 April 2012. 



Perbalahan di kalangan pemimpin dan rakyat Isu pilihan raya yang tidak bersih telah menyebabkan berlakunya perbalahan di kalangan pemimpin dan rakyat yang mempunyai fahaman politik yang berbeza.Kekalahan calon dan parti politik masing-masing telah menyebabkan timbulnya perasaan marah dan tidak puas hati di kalangan pemimpin dan rakyat sehingga saling menyalahkan dan menuduh antara satu sama lain demi menuntut keadilan untuk kepentingan masing-masing.Perkara seperti ini boleh menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan rakyat dan pemimpin sehingga mampu menggugat keamanan dan keselamatan negara.







Imej negara tercemar Malaysia merupakan salah satu negara yang terkenal dengan aktiviti pelancongan.Ramai pelancong asing gemar ke Malaysia disebabkan imej Malaysia yang terkenal dengan rakyatnya yang hidup aman dan sejahtera serta selamat untuk dikunjungi.Walaubagaimanapun,disebabkan isu-isu yang timbul akibat pilihan raya,himpunan-himpunan haram yang dilakukan,tidak mustahil akan menggugat imej Malaysia di mata dunia.Malaysia yang dulu terkenal dengan rakyatnya yang tinggi budi pekerti,ramah serta bencikan keganasan mungkin berubah.Merujuk kepada artikel yang dipetik dari laman rasmi Utusan Malaysia yang bertarikh 3 Mei 2012, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata,berlakunya penurunan terhadap jumlah pelabur yang ingin melabur di Malaysia disebabkan perhimpunan bersih.



2.3 Langkah-langkah mengatasi pilihan raya tidak bersih Walaupun masih tidak terdapat cara yang boleh menyelasaikan isu ini secara menyeluruh,terdapat beberapa cara yang dilihat mampu untuk mengurangkan masalah yang timbul daripada isu pilihan raya tidak bersih.Antara cara-cara dan usaha-usaha yang boleh dilakukan adalah: 



Menubuhkan suruhan jaya khas Suruhan Jaya Khas perlu ditubuhkan menjelang pilihan raya agar aktiviti pilihan raya dapat diperhatikan dengan lebih terperinci dan telus.Suruhan Jaya Khas ini haruslah terdiri daripada golongan berkecuali yang tidak terikat dengan mana-mana parti yang bertanding untuk menyakinkan semua pihak tentang keadilan yang akan diperolehi dengan tertubuhnya Suruhan Jaya Khas ini.Melantik pihak luar sebagai pasukan pemantau juga boleh dilakukan demi mengatasi masalah ini.







Menyekat aktiviti lompat parti Aktiviti seperti ini hendaklah disekat demi memastikan isu-isu pilihan raya tidak bersih tidak akan timbul.Ini adalah kerana,aktiviti seperti ini mampu menggugat kepercayaan rakyat terhadap sistem pilihan raya yang terdapat di negara ini.Calon yang melompat parti di saat-saat akhir mungkin boleh menimbulkan syak wasangka terhadap timbulnya isu politik wang di kalangan pemimpin di Malaysia.Justeru,aktiviti seperti ini seharusnya diberikan perhatian yang serius oleh semua pihak bertanggungjawab.







Memperhalusi Undang-undang sedia ada Undang-undang yang berkaitan dengan pilihan raya perlu diperhalusi lagi supaya aktiviti-aktiviti yang tidak sihat seperti membeli undi,lompat parti,rasuah dan sebagainya dapat dicegah.Tindakan undang-undang yang tegas harus dikenakan kepada mereka yang didapati bersalah demi memberi pengajaran kepada semua pihak dan demi menunjukkan komitmen kerajaan



dalam menyelesaikan isu pilhan raya tidak bersih yang terjadi dalam Malaysia.



3.0 Akta Universiti dan Kolej Universiti(AUKU) Pelajar merupakan generasi masa hadapan yang akan menerajui dan memimpin sesebuah negara.Sebagai sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi,kerajaan Malaysia tidak pernah menghalang mana-mana pelajar yang layak untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai warganegara Malaysia dan sebagai pengundi yang sah.Walaubagaimanapun,terdapat peraturan dan syarat yang harus dipatuhi oleh pelajar di bawah Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU) demi memastikan mereka tidak terlalu obsess berpolitik sehingga melupakan matlamat utama sebagai pelajar.Di bawah undang-undang AUKU,pelajar tidak dibenarkan menyertai mana-mana parti politik dan kesatuan sekerja serta mana-mana gabungan di antara badan-badan pelajar semasa masih menuntut di mana-mana institusi pengajian sama ada di dalam atau luar negara.Terdapat pelbagai isu yang telah dibangkitkan berkenaan perkara ini.Antara persoalan yang telah dibangkitkan adalah,wajarkah pelajar dibenarkan berpolitik secara menyeluruh?wajarkah AUKU dimansuhkan dan sebagainya.Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada timbulnya isu-isu seperti ini.



3.1 Faktor-faktor yang menimbulkan isu hak AUKU dan Pelajar.







Hasutan pihak ke-tiga Terdapat sesetengah pihak yang telah mengambil kesempatan dalam meraih undi daripada golongan pelajar.Ini kerana,golongan pelajar merupakan golongan yang boleh memberikan undi majoriti kepada pihak yang bertanding.Hasutan daripada pihak tertentu telah menyebabkan golongan pelajar merasakan hak mereka telah dimanipulasikan dan merasakan undangundang yang sedia adil bersifat tidak adil sehingga menyebabkan mereka memberontak demi meraih keadilan.







Sifat lalai pelajar terhadap tanggungjawab sendiri Sebagai golongan yang berpendidikan tinggi,golongan pelajar seharusnya menyedari dan memahami tanggungjawab utama mereka sebagai seorang pelajar.Sifat lalai terhadap tanggungjawab sebagai warganegara boleh menyebabkan timbulnya sikap tidak puas hati dan bersyukur dalam apa jua yang telah diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada golongan pelajar.Selain itu,sifat lalai ini juga boleh menyebabkan golongan pelajar terjerumus dalam aktiviti politik secara lebih mendalam tanpa mereka sedar.







Terlalu obsess dengan aktiviti politik Terdapat segelintir pelajar yang terlalu obses berpolitik sehingga mereka bertindak di luar kawalan dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang pelajar.Sikap obses ini telah menyebabkan mereka memberontak sehingga memilih jalan penyelesaian yang tidak sepatutnya dan dikenakan tindakan undang-undang.Sifat obsess ini mungkin berpunca daripada pengaruh orang luar yang telah berjaya mempengaruhi pemikiran segelintir pelajar untuk menjerumuskan diri di dalam politik secara mendalam.



3.2 Implikasi terhadap isu tanggungjawab dan hak pelajar sebagai pengundi Isu-isu seperti AUKU yang dikatakan menindas hak golongan pelajar serta politik di kalangan pelajar telah memberikan implikasi yang tidak elok baik kepada negara mahu pun pelajar itu sendiri.Antara implikasi yang mungkin terjadi adalah: 



Penglibatan pelajar dalam dalam aktiviti politik yang tidak sihat Merujuk kepada artikel yang dipetik dari laman rasmi akhbar Sinar Harian yang bertarikh 6 Januari 2012,seorang pelajar universiti tempatan telah dipanggil beri keterangan berhubung tindakannya menurunkan bendera tertera gambar Datuk Seri Najib Tun Razak di pekarangan Ibu Pejabat Umno .Perkara ini jelas menunjukkan isu-isu seperti ini sewajarnya diberikan perhatian yang serius oleh semua pihak untuk memastikan hal yang sama tidak berulang kembali.







Menjejaskan sistem pendidikan yang sedia ada Isu-isu yang melibatkan pelajar secara tidak langsung telah menjejaskan sistem pengajaran dan pembelajaran di Malaysia.Ini kerana terdapat segelintir pelajar yang mungkin mengabaikan tanggungjawab utama mereka sebagai pelajar kerana terlalu taksub dengan isu-isu begini sehingga menjejaskan pelajaran mereka.







Membantutkan usaha melahirkan pelajar yang cemerlang,gemilang dan terbilang Disebabkan isu-isu seperti ini,usaha untuk melahirkan golongan pemangkin masa hadapan yang lebih cintakan tanah air dan bersatu padu dalam membangunkan negara dilihat semakin sukar.Ini kerana,disebabkan isu-isu seperti ini,perpecahan mula terjadi dikalangan pelajar disebabkan fahaman dan pemikiran politik yang berlainan.Pelajar yang diharapkan untuk menjadi pelapis kepada pemimpin masa kini mungkin tidak akan seperti diimpikan oleh semua pihak.



3.3 Langkah-langkah mengatasi isu hak dan tanggungjawab pelajar sebagai pengundi Terdapat beberapa langkah yang dilihat mampu mengatasi implikasi-implikasi yang terjadi akibat daripada isu yang telah dibangkitkan.Antara langkah-langkah yang dilihat mungkin dapat mengatasi masalah ini adalah: 



Pemantauan ibu-bapa Ibu-bapa merupakan insan yang terpenting dalam mencorak dan melahirkan pelajar yang berkualiti.Ibu-bapa tidak seharusnya terlepas pandang akan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka.Ini kerana,walaupun pelajar yang terlibat merupakan golongan yang sudah cukup umur dan layak membuat keputusan sendiri,mereka masih lagi berada di bawah tanggungjawab ibu-bapa sebagai pelajar.Ibu-bapa merupakan golongan yang paling rapat dan layak untuk menasihati golongan pelajar yang terlibat dalam isu-isu seperti ini.







Pemantauan pihak institusi pengajian Pihak institusi seharusnya memantau setiap aktiviti pelajar mereka bagi memastikan tidak berlaku sebarang aktiviti tidak sihat di kalangan pelajar terutamanya dalam aktiviti-aktiviti politik.Pihak institusi pengajian juga seharusnya menerapkan semangat cintakan tanah air di kalangan penuntut mereka agar tidak melakukan sebarang perkara yang boleh menggugat keamanan negara.Pelajar seharusnya diberikan penjelasan yang lebih jelas tentang hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengundi dan juga warganegara bagi mengelakkan sebarang salah faham di kalangan pelajar dan pihak yang memerintah negara.







Memperketatkan dan memperhalusi undang-undang sedia ada Tindakan tegas dari segi undang-undang seharusnya dikenakan kepada pelajar yang didapati terlibat secara tidak sihat ketika berpolitik untuk memberikan pengajaran kepada pelajar lain supaya tidak mengulangi perbuatan yang sama.Ini kerana,kemungkinan untuk pelajar lain terpengaruh dengan golongan pelajar bermasalah seperti ini adalah tinggi jika tiada sebarang tindakan atau hanya tindakan ringan dikenakan terhadap pelajar tersebut.Selain daripada itu,pihak berkuasa juga seharusnya menghalusi dan menyemak semula undang-undang sedia ada demi mencari penyelesaian yang terbaik terhadap isu-isu seperti ini.



4.0 Kesimpulan Secara kesimpulannya,setiap warga negara harus memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing demi memastikan kedaulatan dan keharmonian yang telah dikecapi sekian lama tidak tergugat.Sifat pentingkan diri sendiri dan tidak bersatu hati tidak seharusnya wujud di dalam diri setiap warganegara.Fahaman dan pemikiran politik yang berlainan tidak seharusnya dijadikan punca berlakunya perpecahan dikalangan kita.Prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang seharusnya dipegang dan disemat di dalam hati setiap warganegara Malaysia agar tidak berlaku sebarang keraguan terhadap undang-undang yang sedia ada.Setiap warganegara Malaysia tidak seharusnya melupakan pengorbanan generasi terdahulu demi memastikan keamanan dan keharmonian dapat dikecapi oleh generasi masa kini dan masa hadapan.Berpeganglah kepada kata ‘Bersatu Kita Teguh,Bercerai Kita Roboh’.



Rujukan



1. Undang-undang Malaysia Akta 30 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 2. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0629&pub=Utusan_ Malaysia&sec=Rencana&pg=ot_02.htm#ixzz2Q8IllzdK 3. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SPRanggapPAScubabeliundi/pili hanraya/PRU13/Article/ 4. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0503&pub=Utusan_ Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_26.htm