Tarannum - Lengkap [PDF]

  • Author / Uploaded
  • izwan
  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

1.0 PENDAHULUAN Tarannum ialah suatu ilmu atau satu kaedah suara yang diperbagaikan bunyi mengikut proses nada, rentak dan irama yang tertentu, untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan, khususnya bacaan al-Quran. (Haji Nik Jaafar, 1998) Rasulullah s.a.w. menerima Al-Quran pada tahun 610 masihi. Baginda memerintahkan umatnya membaca Al-Quran dengan suara yang elok serta diperindahkan lagi (tazyin / tarannum). Kemudian terdapat beberapa orang sahabat yang masyhur sebagai qari-qari yang baik antaranya Abdullah bin Mas’ud RA, Abu Musa Asy’ari dan ramai lagi. Kemudian pada zaman tabiin muncul pula qari-qari seperti Alqamah bin Qis di Kufah (Tahun 62 hijrah). Abdullah b Saib di Mekah (70 hijrah) dan lain-lain. Begitulah sejarah pembacaan Al-Quran bertarannum yang terus berkembang sehingga ke hari ini. Oleh kerana tarannum sesuatu yang bersifat seni pendengaran (sima’i), maka Jumhur qurra bersepakat bahawa tidak diketahui secara sanadnya bagaimanakah bacaan berlagu Rasulullah s.a.w. itu. Ketika zaman keagungan Islam dahulu, cabang-cabang ilmu Islam begitu pesat berkembang serta mempunyai berbagai aliran (mazhab). Seiring dengan itu, ilmu tarannum juga membangun serta mempunyai berbagai aliran yang popular antaranya: Misri (Mesir).Hijazi (Mekah dan Madinah), Iraqi, Kurdi (sempadan Iraq dan Turki), ‘Ajami (Iran) dan lain-lain. Kini aliran yang paling popular dan diterima di seluruh dunia ialah aliran Misri. Qari-qari Mesir yang muktabar telah mengambil dan mengubah suai tarannum-tarannum atau lebih mereka sebutkan sebagai ilmu maqamat itu dari aliran-aliran di atas mengikut budaya mereka serta mengarabkannya untuk bacaan Al-Quran.



1



2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN TARANNUM HIJAZI, NAHAWAND, SIKAH DAN JIHARKAH. Menurut



Kamus



Dewan



Edisi



Keempat,



tarannum



bermaksud



kaedah



memperelok atau memperindah bacaan al-Quran secara berlagu. Manakala menurut Haji Nik Jaafar (1998) tarannum ialah suatu ilmu atau satu kaedah suara yang diperbagaikan bunyi mengikut proses nada, rentak dan irama yang tertentu, untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan, khususnya bacaan al-Quran. 2.1 Tarannum Hijazi Hijaz adalah nama bagi suatu kawasan meliputi beberapa daerah di negara Arab Saudi. Dinamakan tarannum ini sebagai Hijaz kerana ia berasal dari Negara Arab. Oleh kerana ia berasal dari tanah Arab, maka ia telah dipelopori dan dipopularkan oleh Qari-qari Hijazi mengikut budaya bangsanya yang tinggal di kawasan berpadang pasir yang tandus lagi panas. Ia telah berkembang ke seluruh dunia dan dipelajari oleh setiap Qari dan Qariah dari pelbagai negara. Seperti tarannum-tarannum lain, ia juga telah mengalami pengubahsuaian oleh pakar-pakar tarannum Mesir. Di Malaysia, boleh dikatakan ia mula popular sejak Musabaqah Tilawah al-Quran diperkenalkan. Ia dimulai oleh tokoh-tokoh tarannum yang hebat ketika itu seperti Allahyarham Ma’som Pergau dari Kelantan, Allahyarham Ismail Hasyim dari Kedah dan lain-lain. Tokoh-tokoh hebat tarannum ini masing-masing mempunyai cara yang berlainan dalam melagukan lagu Hijaz ini dan lagu-lagu lain. Kemudiannya ia diwarisi oleh murid-murid mereka dari generasi ke generasi selepas mereka sehinggalah ke generasi yang ada pada waktu ini. Berdasar kepada pemerhatian, para Qari dan Qariah di Malaysia amat menggemari tarannum ini terutamanya mereka yang memiliki suara yang tinggi dan lantang. Boleh dikatakan setiap kali mereka memperdengarkan bacaan al-nQuran secara bertarannum, maka setiap kali itulah mereka tidak akan ketinggalan untuk memasukkan tarannum Hijaz sebagai salah satu lagu daripada susunan beberapa lagu lain yang mereka susun.



2



2.2 Tarannum Nahawand Tinjauan dari sudut bahasa mendapati bahawa perkataan Nahawand adalah nama bagi tempat yang terletak di daerah Hamadan, Parsi. Manakala dari sudut istilahnya pula, Nahawand bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari daerah tersebut mengikut citarasa dan sosiobudayanya yang tersendiri. Menurut sejarah, Nahawand ini adalah merupakan suatu nama tempat di daerah Hamadan yang terletak di negara Parsi atau sekarang dikenali sebagai Iran. Sebenarnya daerah Hamadan adalah sebuah kota yang sangat popular suatu ketika dahulu di mana di sana lahirnya sebuah karya yang terkenal dalam bidang perubatan iaitu al-Qanun Fi al-Tibb yang ditulis oleh Bapa Perubatan, iaitu Ibnu Sina atau nama sebenarnya ialah Abu Ali al-Husayn bin Abdullah binHasan bin Ali bin Sina. Sebagaimana



berlaku



perubahan



dan



pengubahsuaian



terhadap



beberapatarannum seperti Husayni dan Kurdi, tarannum Nahawand juga tidak terlepas daripada perubahan ini. Perkara ini berlaku hasil daripada pengubahsuaian paraQurra’ dari Mesir yang mengubahnya mengikut selera budaya mereka. Walau bagaimanapun identiti asalnya iaitu alunan rentak irama Nahawand masih lagi dikekalkan. 2.3 Tarannum Sikah Tarannum Sikah adalah sebuah lagu yang berasal dari negara Parsi. Setelah diubahsuai, ia diterima pakai oleh pakar-pakar tarannum al-Quran dari Negara Hijazi dan dipopularkan kepada seluruh Qari di segenap pelusuk dunia ini mengikut lahjah Arab Hijazi bermula dari kurun ketujuh sehingga kurun kesembilan belas Masihi. Sehingga kini, ia telah dipopularkan semula oleh para Qari Mesir yang dikenali dengan nama Sikah Misri, di mana bentuk dan alunannya lebih lembut dan lebih bersopan.



3



2.4 Tarannum Jiharkah Tarannum Jiharkah adalah sebuah lagu yang berasal dari Parsi. Ia telah diterima pakai sebagai tarannum al-Quran oleh para Qari Hijazi dan telah melalui fasa pengubahsuaian mengikut kesesuaian dalam pembacaan al-Quran. Kini, Tarannum Jiharkah telah dipopularkan oleh para Qari Mesir mengikut kesesuaian budaya mereka ( Muhd. Ali bin Abu Bakar, 1997). Tarannum Jiharkah adalah satu seni alunan bacaan al-Quran bagi menunjukkan kehebatan al-Quran secara halus. Walaupun ia telah melalui fasa perubahan, namun pada hakikatnya keaslian seni lagu tarannum ini masih kekal. Malaysia tidak ketinggalan dalam menerima pengaruh lagu ini sehinggakan ia turut diaplikasikan di dalam laungan takbir Hari Raya. Namun, menurut pemerhatian yang dijalankan ke atas bacaan para peserta tilawah al-Quran di semua peringkat di Malaysia, didapati bahawa lagu yang paling jarang dibawa oleh mereka adalah Jiharkah.



4



3.0 SIFAT DAN PERANAN TARANNUM HIJAZI, NAHAWAND, SIKAH DAN JIHARKAH. 3.1.1 Sifat Tarannum Hijazi Secara umumnya, tarannum Hijaz dikenali sebagai sebuah lagu yang mempunyai gerak yang ringkas dan tegas. Ia biasanya sesuai dibawa pada nada nawa, jawab dan jawabul jawab. Pergerakan lagunya tidak begitu kompleks dan fleksibel seperti tarannum-tarannum lain, akan tetapi ia tetap mampu memberi kesan yang mendalam terhadap para pendengar setanding dengan tarannumtarannum lain. Oleh kerana sebahagian daripada keseluruhan gerakan harakat tarannum Hijaz ini berada di tahap suara jawab, maka ia memerlukan kelantangan suara untuk merealisasikannya dengan berkesan. Justeru, tarannum ini amat sesuai dengan para Qari dan Qariah yang mempunyai suara yang lantang dan tinggi. Jika tidak, berkemungkinan pembawaan lagu ini akan menjadi sedikit hambar kerana Qari ataupun Qariah yang membawa lagu ini tidak mampu mencapai tahap jawab dan jawabul jawab yang merupakan tahap kemuncak dalam lagu ini.



mempunyai gerak yang agak lambat tetapi tegas dan berkesan.



mempunyai gerak yang tegas dan bersifat lancar yang mampu menghidupkan.



mempunyai kesesuaian dengan semua tabaqah suara khususnya tabaqah jawab.



mempunyai kesesuaian dengan ayat al-Quran yang berbentuk perintah tegahan dan suruhan, peringatan, marah dan azab.



mempunyai gerakan yang mampu menghidupkan suara.



5



3.1.2 Peranan Tarannum Hijazi Tarannum Hijaz mempunyai peranannya yang tersendiri di dalam sesebuah bacaan. Secara umumnya, ia juga seperti tarannum-tarannum lain yang memainkan peranan untuk menghidupkan sesuatu bacaan serta memberi kesan yang mendalam terhadap pendengar. Namun, ia tidak terhenti di situ sahaja, bahkan tarannum Hijaz mempunyai peranan-peranan lain seperti di bawah:



memberikan tenaga kepada tarannum yang akan dibaca selepasnya.



menjadikan persembahan bacaan al-Quran lebih lancar dan fasih.



memberikan semangat kepada sesuatu persembahan bacaan al-Quran.



memberikan kepuasan dan kekusyukan kepada pembac dan pendengar.



menyampaikan mesej ayat yang dibaca kepada pendengar secara tegas dan berkesan.



3.2.1 Sifat Tarannum Nahawand



mempunyai gerak yang ringan mempunyai kesesuaian dengan ayat yang menggambarkan pemohonan dan penceritaan



mempunyai kelembutan yang penuh bersopan sifat-sifat alunan tarannum Nahawand



mempunyai kehalusan seni yang mempersonakan



mempunyai unsur kesederhanaan yang mampu memikat jiwa mempunyai kesesuaian dengan tabaqah sederhana



6



3.2.2 Peranan Tarannum Nahawand Setiap tarannum mempunyai misi dan visinya yang tersendiri dalam mewarnai kepelbagaian kaedah penghayatan menghayati isi kandungan al-Quran. Jelasnya, kepentingan mengetahui peranan tarannum Nahawand akan menerangkan dan memberi gambaran jelas serta panduan berhubung dengan hala tuju dalam sesuatu persembahan bacaan al-Quran. Di antara peranan dan tugasan tarannum Nahawand adalah seperti yang dinyatakan di bawah: peranan persembahan tarannum Nahawand mampu melembutkan bacaan al-Quran mampu menenangkan jiwa pembaca dan pendengar mampu menggambarkan suasana kegembiran, permohonan dan penceritaan mampu memantapkan kefasihan sebutan huruf-huruf al-Quran mampu melahirkan kemukjizatan al-Quran dari sudut bacaan



3.3.1 Sifat Tarannum Sikah Tarannum Sikah adalah sebuah tarannum yang unik. Gerakannya yang tampak ringan dan bersahaja membuatkan ia berbeza daripada tarannum-tarannum lain dari sudut bentuk lagunya. Ia amat sesuai digunakan pada ayat-ayat yang menceritakan tentang kerohanian, kisah-kisah nabi atau sesuatu kaum di dalam alQuran, hari kiamat dan sebagainya. Di antara Qari-qari Mesir kontemporari yang masyhur dan sering menggunakan tarannum ini dalam bacaan berlagu mereka ialah Syeikh Shahhat Mohammad Anwar, Dr. Nua’na dan lain-lain. Manakala Syeikh Saad al-Ghamidi yang sering dikumandangkan bacaannya oleh rakyat Malaysia pula sering juga menggunakan tarannum ini dalam bacaan murattalnya 7



mempunyai gerak lembut yang ringan dan meyakinkan



mempunyai kelembutan yang menusuk kalbu



mempunyai kesesuaian dengan mana-mana tabaqah



mempunyai kesesuaian dengan ayat-ayat yang menunjukkan tentang cerita, merayu, memohon, merintih dan sebagainya



3.3.2 Peranan Tarannum Sikah



8



Tarannum Sikah mempunyai peranannya yang tersendiri dalam sesebuah persembahan.



Di



antara



peranan-peranan



tersebut



ialah:



Peranan Tarannum Sikah



memberi ketenangan dengan bacaan yang lembut di dalam persembahan



memberikan kepuasan kepada pembaca dan pendengar



membawa perasaan khusuk dan keinsafan



menambah seni pembacaan al-Quran



melahirkan keagungan dan sifat mukjizat alQuran



3.4.1 Sifat Tarannum Jiharkah Tarannum Jiharkah amat dikenali dengan sifat yang mendayu-dayu dan merintih serta sedih. Oleh itu, ia amat sesuai digunakan pada ayat-ayat yang menceritakan tentang hari kiamat, rintihan atau doa. Ia juga sesuai pada ayat- ayat yang bersifat dalaman ataupun rohaniah dan aqidah.



9



mempunyai gerak ringan yang berkesan



mempunyai kesesuaian dengan tabaqah sederhana



mempunyai kelembutan yang menusuk kalbu mempunyai unsur-unsur ketenangan dan keharmonian



mempunyai kesesuaian dengan ayatayat yang menunujukkan merayu, memohon, merintih dan sebagainya



3.4.2 Peranan Tarannum Jiharkah Tarannum Jiharkah berperanan sebagai suatu tarannum yang mampu memberi keinsafan kepada para pendengar tentang ayat-ayat yang dibaca di samping menambah kekhusyukan mereka. Selain itu, tarannum Jiharkah juga memainkan beberapa peranan lain seperti yang diterangkan di bawah:



m em beri ketenangan ke ten anga n dan m eng urang kan kete gana gn dalam memberi mengurangkan keteganagn dalam bacaan bacaan



m elem butka n bbacaan acaa n dalam ersem bahan melembutkan dalam ppersembahan m e m ba w a perasaan keinsafan se rta m en zah irkan membawa perasaan khusuk dan dan keinsafan serta menzahirkan kehe batan al-Q uran kehebatan al-Quran m am pu menemubual m e nem ub ual perasaan perasaan rintihan, ra yua n dan mampu rayuan dan harapan harapan



m em beri kefasihan ke fasihan dan uran secara memberi dan bacaan bacaan al-Q al-Quran secara tartil 4.0 JENIS-JENIS TARANNUM DAN HARAKAHNYA DALAM BACAAN ALQURAN 4.1 Jenis-jenis Tarannum Lagu-lagu tarannum terbahagi kepada dua kumpulan besar iaitu tarannum Arab Hijazi dan tarannum Arab Misri. Tarannum Arab Hijazi ialah tarannum Arab



10



yang berlahjah Hijazi yang mana iramanya dipengaruhi oleh suasana padang pasir yang berbukit bukau dengan suhu kepanasan yang agak tinggi, irama dan rentaknya agak lebih lancar disamping nada suara yang sederhana kemanisannya. Tarannum Arab Misri pula ialah tarannum Arab yang berlahjah Misri yang mana iramanya dipengaruhi oleh suasana lembah Nil yang subur menghijau dengan suhunya yang sederhana dan nyaman. Irama dan rentaknya yang dirasakan lembut berkesopanan disamping nada suara yang sederhana kemanisan. 4.2 Harakah dalam Bacaan Al-Quran Setiap qari perlu mengetahui peranan harakah secara umum sebagaimana berikut: 1.



Untuk mempelbagaikan seni bunyi.



2.



Untuk menghidupkan bacaan.



3.



Untuk meningkatkan persembahan.



4.



Untuk menjadi pengukur kepada lagu-lagu yang akan dibaca sesudahnya. Seseorang qari yang mengalunkan taranum al quran tanpa mengetahui



peranan harakahnya umpama seorangn musafir yang meneruskan perjalanannya tanpa matlamat, sentiasa hanyut mengikut arus. 4.2.1 Peranan Khusus Kepada Tiap-tiap Harakah Tiap-tiap harakah itu memang mempunyai peranannya yang khusus dan setiap qari perlu memahaminya dengan betul, demi untuk menyusun dan menyesuaikan satu harakah kepada harakah yang lain dengan lebih rapi dan lebih sempurna sebagaimana berikut:1.



Mempunyai peranan penyesuaian



2.



Mempunyai peranan ransangan



3.



Mempunyai peranan jawab



4.



Mempunyai peranan jawabul jawab



5.



Mempunyai peranan persediaan



6.



Mempunyai peranan penutup 11



4.2.2 Memahami Kehebatan dan Kecanggihan Harakah Di



antara



cirri-ciri



kehebatan



dan



kecanggihan



harakat



itu



adalah



sebagaimana berikut:1.



Harakah yang mempunyai ‫ ساللم النزول‬iaitu tangga –tangga untuk menurun.



2.



Harakah yang mempunyai ‫ ساللم صعود‬iaitu tangga-tangga untuk menaik.



3.



Harakah yang mempunyai ‫لة المماثلة‬UU‫ وص‬iaitu gabungan dua angin lagu atau



lebih. 4.



Harakah yang mempunyai ‫ إختالل اللحن‬iaitu kesumbangan untuk menurun atau



menaik. 5.



Harakah yang mempunyai ‫ردة‬UUU‫ ب‬yang tersusun iaitu bunga-bunga yang



menarik. Tetapi perlu diingatkan dalam mencari kecanggihan harakah janganlah sampai kepada tahap menghilangkan kualiti al quran. Jika berlaku sedemikian maka ianya adalah dipertikaikan oleh ulama apakah ianya diharuskan atau diharamkan.



5.0 REFLEKSI Setelah mendapat tugasan bagi kursus Tarannum Al-Quran (PQE 3103), saya diberi keterangan berkenaan soalan yang diberikan. Saya berasa bertuah kerana dapat mendalami sedikit sebanyak mengenai tarannum pada semester ini.



12



Pada umunya tugasan ini adalah berkaitan dengan sejarah perkembanagan tarannum Hijazi, Nahawand, Sikah dan JIharkah, sifar dan peranan tarannum, serta jenis-jenis tarannum dan harakahnya. Semasa melaksanakan tugasan ini, saya mencari sumber rujukan yang berkaitan dengan tarannum, tidak banyak rujukan tarannum dalam bahasa Melayu, kebanyakannya dalam bahasa Arab, tetapi saya tetap meneruskan usaha mencari beberapa nama buku rujukan tarannum di dalam internet bagi memudahkan saya untuk mencari buku tersebut di perpustakaan. Alhamdulillah, saya terjumpa beberapa rujukan mengenai tarannum dalam bahasa Melayu. Walaupun begitu, masih terdapat kekurangan kerana tidak dapat menjawab soalan tugasan secara keseluruhannya. Oleh itu, saya mencari rujukan selain daripada buku iaitu mencari maklumat daripada internet. Maklumat-maklumat yang diperoleh di internet sedikit banyak dapat membantu dalam menjawab soalan tugasan ini. Semasa proses menyiapkan tugasan ini. Terdapat beberapa masalah yang dihadapi, antaranya ialah semasa proses pengumpulan bahan, bahan dan sumber rujukan daripada buku untuk tarannum ini agak terhad dalam bahasa Melayu. Selain itu,saya juga dapat merasai aras soalan tugasan semakin mencabar yang memerlukan kepada tahap penilaian yang tinggi. Begitu juga terdapat soalan yang mudah tetapi untuk menjawab soalan tersebut mestilah merujuk kepada sumber yang sahih. Namun berkat daripada pertolongan Allah, segala masalah yang timbul dapat diselesaikan. Bagi mengatasi masalah rujukan buku yang terhad mengenai tarannum, saya mengakses internet bagi mengenalpasti sumber rujukan buku yang berkaitan dengan tarannum, selain itu, saya juga banyak bertanya rakan bagi membantu saya dalam meyiapkan tugasan ini. Saya juga meningkatkan keyakinan diri untuk menyiapkan tugasan ini. Selain itu,saya mengakses internet dan mencari rujukan internet supaya dapat menambah sedikit sebanyak input mengenai tarannum. Diakhir kerja kursus ini, saya dapat membuat renungan bahawa tugasan yang saya lakukan ini adalah satu usaha dalam saya mempelajari kehidupan sebagai seorang bakal guru yang akan mengajar pendidikan Islam. Tugasan tarannum ini akan ditanggung oleh saya suatu hari nanti dan kerja kursus inilah sebagai bekalannya. InsyaAllah.



13



Selain itu, saya juga mendapat pengalaman yang bermakna untuk dijadikan sebagai panduan sebagai bakal guru suatu hari nanti. Antara pengalaman yang saya dapat ialah mengetahui dan sedikit sebanyak mengenai tarannum dari aspek sejarah perkembangan, sifat dan peranannya serta jenis-jenis tarannum dan harakahnya.



6.0 BIBLIOGRAFI Manna Khalil Qattan. (1998). Mabahis Fi `Ulum al-Quran. Beirut: Muassasah alRisalah. 14



Muhammad Abdul Azim al-Zalqani. (2001). Manahil al-Irfan fi Ulum al-Quran. Beirut: Al-Maktabah al-Asriyyah. Muhammad Khazar al-Mujali. (2003). Al-Wajiz Fi `Ulum al-Kitab al-`Aziz. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Muhd. Ali bin Abu Bakar. (1997). Seni lagu al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur: Darul Fikr. Nik Jaafar bin Nik Ismail. (1998). Qawaid Tarannum. Kuala Lumpur: Darul Fikr. Kamus Dewan Edisi Keempat http://www.scribd.com/doc/39029653/Taranum-Siap-Kejapbaru-Copy



15