Tarannum [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

1.0 Pendahuluan Tarannum ialah suatu ilmu atau satu kaedah suara yang dipelbagaikan bunyi mengikut proses nada, rentak dan irama yang tertentu untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan, khususnya tarannum Al-Quran1. Ilmu tarannum adalah satu cabang ilmu yang terpenting dalam pembacaan Al- Quran. Terdapat beberapa hadis sahih yang menunjukkan bahawa sejarah tarannum Al-Quran bermula sejak pada zaman Rasulullah s.a.w lagi. Antaranya:



Sabda Rasulullah s.a.w:



ِ ‫لَْيس ِمنَّا من لم َيتغَ َّن بِال ُق‬ ‫يجه ُر ِبه‬ َ :‫ وزاد غيره‬.‫رآن‬ َ َ Maksudnya: Bukanlah dari kalangan kami (umatku) orang yang tidak melagu- lagukan suara apabila membaca Al-Quran, dan riwayat yang lain berkata membaca dengan kuat atau lantang2. Sabda Rasulullah s.aw:



ِ ‫وت بِال ُق‬ ِ ‫الص‬ ِ ِ ِ ٍ َ ِ‫َما أ َِذ َن اهللُ ل‬ ‫جه ُر به‬ َّ ‫س ِن‬ َ َ‫رآن ي‬ َ ‫شيء َّما أَذ َن لنَّب ِّي َح‬ Maksudnya: Allah s.w.t tidak mendengar (dengan penuh perhatian) terhadap sesuati perkara seperti mana Allah s.w.t menumpukan perhatian kepada seseorang nabi yang memperelokkan lagu (tarannum) Al-Quran3.



Berdasarkan hadis-hadis berikut, jelaslah bahawa membaca Al-Quran secara bertarannnum merupakan perkara yang dituntut dan juga merupakan sunnag Rasulullah s.a.w. Bertarannum ketika membaca Al-Quran bukan sahaja sesuai dengan kehendak jiwa bahkan juga sesuai dengan kehendak huruf- huruf Al-Quran. Ia juga selaras dengan ragamragam ayat dan mencapai matlamat pembacaan Al-Quran yang sebenar.



1



Nik Jaafar Nik Ismail. (1998). Qawaid Tarannum. Kuala Lumpur: Darul Fikr. Kamus Dewan Edisi Keempat. Hadis riwayat Bukhari. Kitab At-Tauhid. No.7527. 3 Hadis riwayat Bukhari. Kitab At-Tauhid. No. 7544. 2



1



2.0 Tarannum 2.1 Istilah Tarannum Tarannum dari segi bahasa berasal daripada perkataan ( ‫م‬ َ َّ ‫ )ت َ َرن‬yang bererti menyanyi, mendendang dan memperelokkan suara terhadap sesuatu4. Tarannum juga dikenali dengan makna (‫ن‬ َ َ ‫ )ل‬dan jamaknya َ ‫ح‬



‫أَحلَ ا َن َوحُلُ و َن َوحَلَ َن يِف قَِرائَتِ ِه‬,



5



maksudnya nada



suara yang indah atau suara yang dibawakan dalam bentuk seni. Selain itu, tarannum juga seerti dengan



ِ ِ ِ ِ ‫الص‬ ِ َّ ‫ "حَتْسني‬dan “‫الق راءة‬ ِ "‫وت‬ َّ ‫"رفَ ُع‬ ُ ْ‫ "حَت‬،"‫الص وت‬ ُ َ ،"‫ "التغَيِّن " اجلَ ْه ُر بال َقرآن‬،"‫سني الق راءَة‬ َ



‫ ”اجملَ َّو َد ِة‬. Tarannum juga disebut dengan “‫َّغام‬ ُ ‫”الن‬. Kata terbitan “‫( ”النَّغامة‬bentuk muannas dari “َّ‫الن‬ 6



‫)”غ ُام‬, jamaknya ialah “‫”النَّغام ات‬



7



bererti lagu dalam konteks memperindahkan suara dalam



bacaan Al-Quran. Dari segi istilah, tarannum merujuk kepada lagu Al- Quran atau dengan perkataan lain, membaca Al-Quran dengan suara yang merdu dan berlagu. Istilah ini digunakan oleh Dewan Juri Majlis Tilawah Al-Quran Nasional dan Internasional di Malaysia 8. Di Malaysia, istilah tarannum telah menjadi sinonim dengan merujuk kepada tarannum Al-Quran, lagulagu Al-Quran atau seni lagu Al-Qura. Bagi negara arab, istilah “Tarannum” tidak masyhur kerana mereka menggunakan istilah “ ‫َّغام‬ ُ ‫ ”الن‬dan “‫ ”النَّغامات‬untuk maksud tarannum Al-Quran termasuk Indonesia9.



2.2 Sejarah Tarannum Tarannum Al-Quran adalah suatu ilmu yang mempunyai sandaran syara’ yang kuat dengan didokongi oleh hadis- hadis riwayat yang sahih. Ia telah wujud sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi. Dalam kalangan masyarakat arab, telah menjadi budaya mereka 4



Ibn al-Manzur, Muhammad bin Mukarraam al-Ifriqi al-Misri. (1956). Lisanul Arab. Beirut: Darul Masadir. Jilid 2 Halaman 256. 5 Ibn al-Manzur, Muhammad bin Mukarraam al-Ifriqi al-Misri. (1956). Lisanul Arab. Beirut: Darul Masadir. Jilid 2 Halaman 263 6 Syeikh Ahmad bin Ahmad bin Muhammad Abdullah at-Tawil. (199). Fan at-Tartil wa Ulumah. Madinah Muawwarah: al Mamlakah al-Arabiyyah as-Saudiyah. Jilid 1, halaman 157,165 dan 179. 7 Ilyas. (1972). Modern Dictionary Arabic English. Beirut: Darul Jayl. Halaman 1719. 8 Peraturan Kehakiman Jabatan Perdana Menteri. (1992). Buku Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke 33. Kuala Lumpur. 9 Khalid Isa. (2011). Tan Sri Dato’ Haji Hassan Azhari: Sumbangannya dalam Ilmu Tarannum Al-Quran di Malaysia. Tesis Ijazah Sarjana Usuluddin, Jabatan Al-Quran dan Al-Hadis, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.



2



bertarannum (menyanyi) di serata tempat- tempat dengan syair- syair mereka, sama ada ketika perjalanan atau bermukim. Setelah kedatangan Islam, Rasulullah s.a.w tidak pernah menegahnya malah menganjurkan supaya mereka menukarkan lagu- lagu mereka kepada bertarannum dengan Al-Quran mengikut kesesuaian Al- quran itu sendiri10.



2.3 Hukum Tarannum Hukum bertarannum harus sekiranya tidak melapaui batas iaitu tidak merosakkan lafaz Al-Quran seperti menambah atau mengurangkan baris, memendekkan mad dan sebagainya. Sekiranya ia merosakkan atau mencacatkan salah satu hukum- hukum tajwid atau melakukan perkara- perkara- perkara yang dilarang dalam tarannum Al-Quran, maka jelas pengharamannya11.



2.4 Ciri- ciri Taranum Tarannum ialah suatu ilmu atau satu kaedah suara yang dipelbagaikan bunyi mengikut proses nada, rentak dan irama yang tertentu untuk menambahkan keelokan seni bunyi sesuatu bacaan Al-Quran12. Setiap tarannum Al-Quran tidak akan terpisah dariapada ciri- cirinya iaitu nada, rentak dan irama. Nada ialah tingkatan atau tekanan bunyi suara. Rentak pula ialah gerakan untuk menghidupkan bunyi suara dan irama ialah alunan atau bentuk bunyi. Sesuatu bunyi yang tidak mengandungi ketiga- tiga ciri tersebut tidaklah dikatakan sebagai tarannum bil Quran.



2.5 Istilah- istilah dalam Tarannum Di dalam ilmu tarannum, terdapat beberapa istilah yang perlu difahami iaitu burdah, qit’ah, mahattoh, tabaqat, harakat, salalim, ikhtilal dan wuslah. Burdah (‫ )بردة‬bunga- bunga lagu atau getaran suara. Burdah terbahagi kepada dua iaitu burdah asli dan burdah sina’i. Burdah asli (‫لي‬



‫)ب ردة أص‬



ialah bunga suara yang hidup dan mempunyai getaran yang



10



Khalid Isa. (2011). Tan Sri Dato’ Haji Hassan Azhari: Sumbangannya dalam Ilmu Tarannum Al-Quran di Malaysia. Tesis Ijazah Sarjana Usuluddin, Jabatan Al-Quran dan Al-Hadis, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 11 Khalid Isa. (2011). Tan Sri Dato’ Haji Hassan Azhari: Sumbangannya dalam Ilmu Tarannum Al-Quran di Malaysia. Tesis Ijazah Sarjana Usuluddin, Jabatan Al-Quran dan Al-Hadis, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 12 Nik Jaafar Nik Ismail. (1998). Qawaid Tarannum. Kuala Lumpur: Darul Fikr. Halaman 112.



3



semulajadi manakala burdah sina’I (‫صناعي‬



‫ )بردة‬ialah bunga suara yang sengaja digubah dan



disusun rapi mengikut kehendak ayat. Qit’ah (‫ )قطعة‬ialah alunan irama yang paling pendek tanpa mahattah (penghujung) tertentu. Terdapat dua jenis qit'ah iaitu qit'ah diwakafkan dan diwasalkan. Qit'ah diwakafkan ialah mengikut kehendak kalimah ayat.Manakala qit'ah diwasalkan adalah sambungan kepada beberapa ayat sehingga kepada mahatah yang sempurna. Qit’ah berperanan sebagai daya penggerak, daya penghidup, membawa kepada pnekanan jiwa bagi yang menyampaikan dan dapat memberi penyesuaian kepada ayat2 tertentu. Mahattoh (‫ )حمطة‬pula ialah bentuk atau gaya penghujung kepada suatu alunan. Peranan mahattah ialah dapat memvariasikan harakat yang berbeza. Selain itu, ini juga dapat membezakan bacaan di antara qari-qari yang lain. Kemudian dapat menyesuaikan dengan gaya dan tabaqat yang tertentu. Tabaqat adalah tingkatan suara yang dibawa oleh lagu-lagu yang tertentu. Terdapat beberapa tabaqat suara iaitu suara rendah atau Qarar ( ‫)ق رار‬. Suara ini dari suara dada. Selain itu terdapat tabaqat yang lain iaitu tingkatan suara sederhana atau Nawa (‫)ن اوا‬. Sumber suara ini dari suara tekak. Seterusnya ialah suara tinggi atau Jawab (‫)جواب‬. Sumber suara ini dari suara hidung. Tabaqat yang seterusnya ialah tingkatan suara yang tertinggi atau Jawabul jawab (‫اجلواب‬



‫)جواب‬. Sumber suara ini ialah suara otak. Peranan tabaqat ialah



memberi tenaga dan peningkatan kepada sesuatu bacaan. Harakat (‫ )حركة‬ialah suatu alunan irama yang mengandungi beberapa qit’ah dengan satu mahattah. Harakat pertama perlu disesuaikan dengan harakat terakhir. Harakat kedua berperanan memberi semangat, ransangan atau galakan kpada harakat- harakat berikutnya. Harakat ketiga berada pada tabaqat suara jawab (tinggi) manakala harakat empat pada peringkat jawabul jawab (tertinggi. Harakat kelima menurun dan harakat keenam merupakan harakat penutup. Salalim (‫ )سالمل‬terbahagi kepada dua iaitu salalim su’ud ( ‫صعود‬ (‫زول‬



‫)س المل ن‬.



‫ )سالمل‬dan salalim nuzul



Salalim su’ud ialah susunan alunan suara yang menarik secara menaik



manakala salalim nuzul ialah susunan alunan suara yang menarik secara menurun.



4



Ikhtilal (‫ )اختالل‬membunyikan suara dengan nada kesumbangan pada mana- mana irama yang tertentu. Wuslah ( ‫ )وصلة‬ialah satu gaya harakat yang dicampurkan antara dua irama tarannum yang berbeza bagi menambahkan kecantikan seni kepada sesuatu harakat dan tarannum.



3.0 Tarannum Hijaz Hijaz adalah nama bagi suatu kawasan meliputi beberapa daerah di negara Arab Saudi. Dinamakan tarannum Hijaz kerana ia berasal dari negara arab. Ia telah dipopularkan oleh qari- qari hijaz mengikut buadaya bangsanya yang hidup di kawasan padang pasir tandus yang berbukit-bukau13. Tarannum hijaz telah berkembang ke seluruh dunia dan dipelajari oleh setiap qari dan qariah dari pelbagai negara. Tarannum hijaz dibawa masuk ke nusantara oleh para qari ke nusantara sebelum tahun 40-an14. Tarannum hijaz popular di Malaysia sejak Musabaqah Tilawah Al-Quran diperkenalkan. Taranum ini dipopularkan oleh tokoh- tokoh tarannum yang hebat pada ketika isu seperti Dato’ Haji Ismail Hashim, Haji Matsom Pergau dan ramai lagi 15. Tokohtokoh hebat ini mempunyai cara masing- masing yang berlainan dalam melagukan tarannum hijaz ini dan lagu- lagu lain. Kemudiannya, ia diwarisi oleh murid- murid mereka dari generasi ke generasi selepas mereka sehinggalah generasi hari ini. Tarannum hijaz mempunyai sifat- sifat khusus seperti gerak yang agak lambat, tegas dan berkesan. Ia biasanya sesuai dibawa pada nada nawa, jawab dan jawabul jawab. Sebahagian daripada keseluruhan gerakan harakat tarannum hijaz berada pada tahap suara jawab dan memerlukan kelantangan suara untuk merealisasikannya dengan berkesan. Tarannum hijaz sesuai untuk ayat- ayat berusur perintah, larangan dan marah16. Tarannum hijaz mempunyai peranan yang tersendiri di dalam sesebuah bacaan. Tarannum hijaz menjadikan persembahan bacaan Al-Quran lebih fasih dan lancar serta memberikan semangat kepada sesuatu persembahan bacaan Al-Quran. Tarannum hijaz juga berperanan meberikan tenaga kepada tarannum yang akan dibaca selepasnya di samping menyampaikan mesej ayat yang dibaca kepada pendengar secara tegas dan berkesan. 13



Haji Nik Jaafar bi Nik ismail. (1998). Qawaid Tarannum. Kuala Lumpur: Darul Fikr. Halaman 135 Khalid Isa. (2011). Tan Sri Dato’ Haji Hassan Azhari: Sumbangannya dalam Ilmu Tarannum Al-Quran di Malaysia. Halaman 108. 15 Haji Norkhairi Mohd Raus & Dr. Adnan Mohamed Yusoff. (2008). Pengajaran Ilmu Tarannum Al-Quran. Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn. Bhd. 16 Mohd. Ali bin Abu bakar. (1991). Seni Lagu al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur: Darul Fikr. Halaman 56. 14



5



Contoh Tarannum Hijaz: Surah Al- Jumu’ah:



ۡ ِ ِ ِٰ ‫ين‬ َ ‫َوٱللَّهُ اَل يَ ۡهدي ٱ لَق ۡوَم ٱلظَّلم‬



Harakat 1: Nawa



Atas Tengah Bawah



ٰٓ ِ َّ ۡ‫اد ٓاْو إِن َز َع تُۡممۡ أَنَّ ُك م‬ ُ ‫ين َه‬ َ ‫قُ ۡل ي َىأَ ُّي َها ٱلذ‬



Harakat 2: Jawab



ِ ‫إِن َز َع ۡتمُ مۡ أَنَّ ُك مۡ أَ ۡولِيٓاء لِلَّ ِه ِمن ُد‬ ِ ‫ون ٱلن‬ ‫َّاس‬ َُ



Harakat 3: Jawabul jawab



Harakat 4: Nawa/



ِ ِ ٰ ۡ‫ت إِن ُكنتُ م‬ ‫ين‬ َ‫َّواْ ٱ ۡل َم ۡو‬ َ َ ‫صدق‬ ُ ‫َفتَ َمن‬



Atas Tengah Bawah



Atas Tengah Bawah



Atas Tengah Bawah



qarar



Di dalam tarannum hijaz Surah Al- Jumu’ah, harakat pertama menggunakan tabaqat suara nawa, harakat kedua menggunakan tabaqat suara jawab, harakat ketiga menggunakan



tabaqat



suara jawabul



jawab



dan



akhir



sekali,



menggunakan tabaqat suara nawa dan terus menurun hingga ke qarar.



6



harakat



keempat



4.0 Tarannum Nahawand Tarannum nahawand berasal daripada Parsi. Menurut sejarah, Nahawand adalah nama tempat yang terletak di daerah Hamadan, Parsi. Tarannum mahawand digubal semula oleh qurra’ Mesir dan menjadi kumpulan tarannum mesir. Walau bagaimanapun, identiti asal iaitu alunan rentak dan irama nahawand masi lagi dikekalkan17. Tarannum nahawand mempunyai gerak alunan ringan, cepat, lemah lembut dan sesuai untuk tabaqat suara yang sederhana. Ia mempunyai kehalusan seni yang mempersonakan. Tarannum nahawand berperanan sebagai melembutkan bacaan dan ia lebih sesuai dibaca pada ayat yang menggambarkan kegembiraan, permohonan dan penceritaan.



Contoh Tarannum Nahawand: Surah Al- Waqiah



Harakat 1: Nawa



Harakat 2: Jawab



َ ِ ‫ أُولَٰئ‬10 ‫ن‬ ‫ك‬ َ ‫سابِقُو‬ َ ‫سابِقُو‬ َّ ‫ن ال‬ َّ ‫وَال‬ 11 ‫ن‬ َ ‫مق ََّربُو‬ ُ ْ ‫ال‬



)12( ِ ‫ت ٱلنَّعِيم‬ ِ َّٰ ‫جن‬ َ ‫فِي‬



Atas Tengah Bawah



Atas Tengah Bawah



ٓ َ ۡ ‫ة م‬ٞ َّ ‫ثُل‬ ‫ين‬ ِ ‫ن ۡٱلأ‬ ِّ ٞ‫) وَقَلِي ل‬13( ‫ين‬ َ ِ‫خر‬ َ ‫م‬ َ ِ ‫ن ٱلأوَّ ل‬ َ ِّ )14( Harakat 3:



Atas Tengah Bawah



Jawabul jawab



Harakat 4: Nawa/



َ ‫ين ع َل َ ۡيهَا‬ ُ ‫م ۡو‬ ُ ‫ى‬ ُّ )15( ٖ‫ضون َ ة‬ َّ ‫س ُر ٖر‬ َ ِ ‫متَّكِئ‬ ٰ ‫ع َل‬ )16( ‫ين‬ ُ َ ِ ‫متَقَٰبِل‬



Qarar



17



Atas Tengah Bawah



Haji Nik Jaafar bin Nik Ismail. (1998). Qawaid Tarannum. Kuala Lumpur: Darul Fikr. Halaman 139.



7



Harakat 5: Nawa



)17 ( ‫ن‬ ُ ‫يَطُو‬ َ ‫مخَلَّدُو‬ ُّ ‫ن‬ٞ َٰ ‫ف ع َل َ ۡيهِ مۡ وِ ۡلد‬



Atas Tengah Bawah



Di dalam tarannum nahawand surah Al-Waqiah, harakat pertama menggunakan tabaqat suara nawa, disusuli harakat kedua menggunakan tabaqat jawab dan harakat ketiga tabaqat suara jawabul jawab. Seterusnya harakat empat tarannum nahawand surah AlWaqiah menggunakan tabaqat nawa sehingga qarar dan akhir sekali harakat kelima menggunakan tabaqat suara nawa.



5.0 Bacaan Tarannum Mujawwad dan Murattal Dalam konteks aplikasi tarannum melalui bacaan Al-Quran biasanya terbahagi kepada dua kaedah iaitu bacaan secara mujawwad dan murattal. Mujawwad bermaksud bacaan yang bertajwid. Tajwid merupakan asas kepada bacaan Al-Quran bertujuan memastikan bacaan terpelihara daripada al-Lahn iaitu kesalahan dalam pembacaan AlQuran. Murattal pula bermaksud bacaan yang agak cepat tetapi tetap mematuhi hukumhukum tajwid18. Di Malaysia, para qari dan qariah biasanya mengaplikasikan beberapa tarannum dalam bacaan mereka secara mujawwad khasnya yang terlibat dalam majlis Tilawah AlQuran di semua peringkat. Bacaan yang perlahan dan cermat dipersembahkan dengan menggunakan suara yang merdu serta tarannum yang disusun rapi dan kemas. Manakala tarannum yang diaplikasikan oleh para imam pula mempunyai pilihan sama ada meniru gaya bacaan imam- imam al-Haramayn atau menerapkan pelbagai tarannum berdasarkan pengetahuan masing- masing dalam bidang tarannum.



6.0 Tokoh- tokoh Tarannum Rasulullah s.aw. menerima Al- Quran secara berperingkat bermula 610 Masiihi. Bagida memerintahkan umatnya membaca Al-uran dengan suara yang baik.



))‫((زيِّنوا ال ُقرآ َن بِأَصواتِكم‬ َ :‫ قالى‬، ‫ عن النبي‬،‫عن البَراء بن عازب‬ 18



Ikmal Zaidi Hashim, Muhammad Fairuz A.Adi & Shaharuddin Saad. (2018). Aplikasi Tarannum Murattal dalam Solat Tarawih dan Kesannya. Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.



8



Maksudnya: Daripada Al Barra’ bin Azib r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Hiasilah AlQuran dengan sara- suara kamu19. Hasil darpada galakan ini, lahirlah generasi sahabat yang dikenali sebagai qari yang masyhur seperti Abdullah bin Masud, Abu Musa al- Asy’ari dan beberapa sahabat besar yang lain. Kemudian ilmu ini dikembangkan keserata pelusuk tanah arab. Pada zaman tabiin, muncul qari- qari seperti Ubaidullah bin Umar, al- Qamah bin Qis di Kufah, AlMughirah bin Abi Syihab al-Makhzumi di Syam dan ramai lagi. Ilmu membaca Al-Quran secara bertarannum terus berkembang sehingga hari ini.



6.1 Qari Antarabangsa Terdapat begitu ramai qari- qari antarabangsa yang masyhur dan terkenal diseluruh dunia sehingga bacaan tarannum mereka menjadi ikutan seluruh dunia termasuklah Malaysia hingga sekarang. Antara qari yang masyhur ialah Syeikh Mustafa Ismail dari Mesir. Beliau dilahirkan di kampong Mayyit Ghazal yang berhampiran dengan bandar Tanta, Wilayah al-Gharbiyyah, Mesir pada tahun 17 Jun 1905. Beliau meninggal dunia pada hari Jumaat, 22 Disember 1978 dan dikebumikan di halaman rumah beliau sendiri. Ini disebabkan wasiat beliau yang inginkan agar jasad beliau dikebumikan berhampiran dengan masjid yang dibinanya. Beliau digelar sebagai “Imam Qurra’”.Kaedah, teknik dan gaya bacaan tarannum beliau tersebar luas di dunia dan menjadi ikutan utama oleh para qari dan qariah Malaysia masa kini20. Qari masyhur yang lain ialah Syeikh Muhammad Rifa’at yang digelar sebagai “Amirul Muqri’in”. Beliau dilahirkan di kampong al-Darb al- Ahmar, Kaherah, Mesir pada hari Isnin, 9 Mei 1882 dalam keadaan sempurna pancainderanya. Namun, setelah berusia dua tahun, beliau ditimpa penyakit sehingga menjadikan beliau cacat penglihatan. Beliau telah meninggal dunia pada hari Isnin, 9 Mei 1950 21. Qari- qari masyhur yang lain ialah Syeikh Dr. Ahmah Nu’ayna digelar sebagai “Qari at-Tabib” Syeikh Ali Mahmud yang digelar sebagai “Syeikh al-Munsyidin” Syeikh Mahmud Khalil al-Husari, Syeikh Abdul Basit Abdul Samad dan ramai lagi22.



19



Ibn Hibban, Abdullah bin Hibban. (1993). Sahih Ibn Hibban Bi Tartib Ibn Bulban. Beirut: Mussasah Ar-Risalah. Jilid 3, Bab Zikr Ibahah Tahsin al-Mar’I Sawtahu bil Quran. Halaman 25 20 Al-Qadi, Syukri. (2000). ‘Abaqirah al-Tilawah. Dlm Khalid Isa. (2011). Tan Sri Dato’ Haji Hassan Azhari: Sumbangannya dalam Ilmu Tarannum Al-Quran di Malaysia. 21 Atayt Abd al-Khaliq Khalil & Nahid Ahmad Hafiz. (1984). Fan Tarbiyah Al- Sawt. Dlm Khalid Isa. (2011). Tan Sri Dato’ Haji Hassan Azhari: Sumbangannya dalam Ilmu Tarannum Al-Quran di Malaysia. 22 Khalid Isa. (2011). Tan Sri Dato’ Haji Hassan Azhari: Sumbangannya dalam Ilmu Tarannum Al-Quran di Malaysia. Halaman 70, 71.



9



6.2 Qari Tempatan Perkembangan pembelajaran tarannum di Malaysia turut meluas. Pada peringkat awal perkembangan tarannum di Malaysia mula bertapak di Kedah dan Kelantan. Negeri Kedah dan Kelantan dicatatkan sebagai negeri yang mempunyai tokoh terkemuka di mana nama mereka telah terpahat dalam arena tilawah Al-Quran. Perkembangan tarannum di negeri Kelantan bermula menerusi perantaraan qari seperti qari Syeikh Musa, Haji Sulong sekitar tahun 1890 hingga 1899. Manakala Haji Wan Mahmud (Tok Mesir), Haji Nik Wan bin Tengku Mahmud, Haji Awang bin Syeikh Musa sekitar tahun 1899 hingga 1920. Sekitar tahun 1920 hingga 1940 pula, lahirnya qari- qari seperti Haji Yusuf Kedondong, Haji Pak Muda, Haji Che Musa Mahmud, Muhammad Yunus, Haji Abdul Rahman, Cik Yam dan Hajah Raja Maryam23. Setelah itu disusuli dengan ramai lagi qari selepas mereka seperti Almarhum Haji Ahmad bin Matson atau lebih dikenali sengan gelaran Haji Ahmad Pergau atau Matsom Pergau atau Tok Pergau. Haji Ahmad dilahirkan pada sekitar 1915 di Kampung Jaber, Mukim Lunok Bongor Jeli, Kelantan dan meninggal dunia pada 1 November 1087 di Kampung Banggol, Mukim Tok Jering, Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau belajar ilmu al-Quran berpuluh- puluh tahun di tanah arab seperti Mekah dan Mesir. Guru- guru beliau ialah Syeikh Taha al-Fasyani, Sheikh Mustafa Ismail, Syeikh Mahmud Khalil Husari dan ramai lagi24. Pada tahun 1961, beliau telah mendapat johan dalam Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Malaysia. Menurut Wan Helmi (2014), gaya pendekatan yang dibawa oleh Matsom Pergau ialah pedekatan tarannum ala Misri25. Rentetan daripada peristiwa tersebut, Haji Ahmad mula menjadi tempat rujukan dalam bidang tarannum AlQuran di Malaysia. Tambahan pula, tahap keilmuan beliau dalam perkara- perkara berkaitan pengajian Al-Quran dan hukum- hakam keagamaan yang tinggi 26. Legasi ini kemudiannya diteruskan oleh beberapa orang anak murid beliau antaranya Haji Hassan Bin Musa, Haji Abdullah bin Che Hassan, Dato’ Paduka Haji Nik Jaafar bin Nik ismail, Haji Nordin bin Idris, Haji Abdul Rahim bin Ahmad, Hajah Faridah binti Mat Saman dan ramai lagi.



23



Mohammad Haji Yusoff. (1992). Pengajian Al-Quran berlagu di Kelantan, Sejarah dan Perkembangannya. Halaman 76, 76 24 Wan Fakhrul Razi bin Wan Mohamad. (2008). Haji Ahmad b, Mat Som Pergau dan Sumbangannya dalam Pengajian Taranum di Kelantan. Tesis Kesarjanaan Jabatan Al-Quran dan Al-Hadis. Kuala Lumpur: Universiti Malaya (UM). 25 Wan Hilmi Wan Abdullah. (2014). Pengaruh Tarannum Qari- qari Mesir terhadap Qari-qari di Malaysia. Tesis Sarjana. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 26 Ermy Azziaty & Mohd Samsuddin. (2005). Ketokohan Haji Matson Pergau dan Sumbangannya dalam Pengajian Al-Quran di Kelantan dan Terengganu. Prosiding Dakwah Ulama’ Nusantara III.



10



Perkembangan tarannum, di Kedah pula mula berkembang melalui sentuhan Almarhum Dato’ Haji Ismail bin Hasyim. Dato’ Haji Ismail Hashim dilahirkan pada 11 Mac 1932 di Jerlun, Kedah. Pada tahun 1960, beliau telah berjaya merangkul kejuaraan dalam tilawah Al-Quran peringkat kebanggsaan dan antarabangsa. Beliau juga telah melakar nama sebagai salah seorang qari tanah melayu yang berjaya mendapat johan sebanyak sembilan kali di peringkat kebangsaan dan lapan kali di peringkat antarabangsa. Oleh itu, beliau kerap dijemput ke Thailand pada tahun 1963, Sudan pada tahun 1966, Mesir pada tahun 1976 dan banyak lagi27. Beliau meninggal dunia pada 7 Ogos 1996. Kesimpulannya, tokoh- tokoh tarannum tempatan ini telah banyak memberikan sumbangan dalam memperkembang lagi ilmu tarannum di Malaysia dan luar negara.



7.0 Kesimpulan Kesimpulannya, ilmu tarannum merupakan suatu ilmu yang membincangkan tentang lagu- lagu dalam bacaan Al-Quran dengan suara yang merdu dan elok didengar dan tidak melanggar kaedah hukum tajwid. Lagu- lagunya seperti bayyati, nahawand, rast, sikah, dan lain- lain. Ilmu ini mesti dipelajari secara bertalaqqi dan musyafahah dengan guru- guru tarannum Al-Quran.



27



JAKIM. (2007). 50 Tahun Tilawah Al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur: JAKIM.



11



8.0 Rujukan



Ermy Azziaty & Mohd Samsuddin. (2005). Ketokohan Haji Matson Pergau dan Sumbangannya dalam Pengajian Al-Quran di Kelantan dan Terengganu. Prosiding Dakwah Ulama’ Nusantara III. Haji Norkhairi Mohd Raus & Dr. Adnan Mohamed Yusoff. (2008). Pengajaran Ilmu Tarannum Al-Quran. Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn. Bhd. Ibn al-Manzur, Muhammad bin Mukarraam al-Ifriqi al-Misri. (1956). Lisanul Arab. Beirut: Darul Masadir. Ibn Hibban, Abdullah bin Hibban. (1993). Sahih Ibn Hibban Bi Tartib Ibn Bulban. Beirut: Mussasah Ar-Risalah. Ikmal Zaidi Hashim, Muhammad Fairuz A. Adi & Shaharuddin Saad. (2018). Aplikasi Tarannum Murattal dalam Solat Tarawih dan Kesannya. Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Ilyas. (1972). Modern Dictionary Arabic English. Beirut: Darul Jayl. JAKIM. (2007). 50 Tahun Tilawah Al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur: JAKIM. Khalid Isa. (2011). Tan Sri Dato’ Haji Hassan Azhari: Sumbangannya dalam Ilmu Tarannum Al-Quran di Malaysia. Tesis Ijazah Sarjana Usuluddin, Jabatan Al-Quran dan AlHadis, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Mohammad Haji Yusoff. (1992). Pengajian Al-Quran berlagu di Kelantan, Sejarah dan Perkembangannya. Latihan Ilmiah Sarjana Muda Jabatan Pengajian Al-Quran dan As- Sunnah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd. Ali bin Abu bakar. (1991). Seni Lagu al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur: Darul Fikr. Nik Jaafar Nik Ismail. (1998). Qawaid Tarannum. Kuala Lumpur: Darul Fikr. Peraturan Kehakiman Jabatan Perdana Menteri. (1992). Buku Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke 33. Kuala Lumpur. Sahih al-Bukhari. Syeikh Ahmad bin Ahmad bin Muhammad Abdullah at-Tawil. (199). Fan at-Tartil wa Ulumah. Madinah Muawwarah: al Mamlakah al-Arabiyyah as-Saudiyah.



12



Wan Fakhrul Razi bin Wan Mohamad. (2008). Haji Ahmad b, Mat Som Pergau dan Sumbangannya dalam Pengajian Taranum di Kelantan. Tesis Kesarjanaan Jabatan Al-Quran dan Al-Hadis. Kuala Lumpur: Universiti Malaya (UM). Wan Hilmi Wan Abdullah. (2014). Pengaruh Tarannum Qari- qari Mesir terhadap Qari-qari di Malaysia. Tesis Sarjana. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.



13