Pengertian Tarannum [PDF]

  • 0 0 0
  • Suka dengan makalah ini dan mengunduhnya? Anda bisa menerbitkan file PDF Anda sendiri secara online secara gratis dalam beberapa menit saja! Sign Up
File loading please wait...
Citation preview

Taranum dari segi bahasa adalah lagu. Taranum dari segi istilah pula memberi maksud mencantikkan dan mengelokkan suara mengikut proses nada, rentak dan irama tertentu. Ia membawa maksud ilmu atau kaedah memperelok atau memperindah bacaan al-Quran secara berlagu.[1] Tujuan mengalunkan seni suara ini adalah untuk memberi kefahaman kepada para pembaca terhadap kecantikan dan keindahan kalimah-kalimah Allah serta mampu menghayati uslub-uslub al-Quran sehingga dapat memahami maksud pada akal, hati, roh, serta dapat beramal dengannya. Di Malaysia, kaedah ini dikenali dengan nama Taranum al-Quran sempena sepotong hadis Rasulullah yang bermaksud, "Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang selalu mengelokkan lagu (taranum) bacaan al-Quran."[2] Terdapat pelbagai aliran taranum seperti misri, hijazi, iraqi, kurdi dan ajami. Kini aliran yang paling popular dan diterima di seluruh dunia ialah aliran misri.[2] Rujukan[sunting | sunting sumber] 1. 2.



Jump up↑ Taranum di Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP ↑ Jump up to:2.0 2.1 Keindahan alunan seni taranum Utusan Malaysia Online - Johor. 10 Disember 2010



Pautan luar[sunting | sunting sumber] 



Hukum Taranum Al-Quran.



Ilmu tarannum Maksud tarannum dari sudut bahasa ialah lagu, nyanyian, dindangan, manakala dari segi istilah suatu ilmu atau suatu kaedah suara yang di pelbagaikan bunyi mengikut proses nada, rentak dan irama yang tertentu untuk menambahkan kecantikan seni bunyi sesuatu bacaan, khususnya bacaan Al-Quran. . "‫ " ليس منا من لم يتغن با لقرءان‬: ‫قال رسول الله‬ Maksudnya : Bukanlah dari golonganku sesiapa yang tidak melagukan bacaan Al-Quran



Sejarah perkembangan ilmu tarannum dengan Al-Quran Sejarah tarannum dengan Al-Quran bermula dari sejarah turunnya Al-Quran di Gua Hira’ pada tahun 610 masihi, yang mana Rasulullah S.A.W. membaca Al-Quran dengan baik, elok dan cantik. Baginda menyarankan kepada umatnya agar membaca Al-Quran dengan bertarannum, bertazyin dan bertahsin.



Bertarannum, bertahsin dan bertazyin dengan Al-Quran tersebut dipusakai dan dikembangkan oleh para sahabat nabi seperti Ibnu Mas’ud, Abi Bin Ka’ab, Salim Maula Abi Huzaifah, Abu Musa Al-As’hari kepada para tabi’in yang bertanggungjawab untuk menyampaikan kepada tabi’ tabi’in dan seterusnya. Pegembangan dan pengawalan bacaan tersebut adalah dilaksanakan dengan lebih berkesan dan lebih meluas oleh para tabi’in, seperti Alqamah Bin Qais di Kufah ( 62 Hijrah ), Abdullah Bin Saib ( 70 Hijrah ), Abu Abdul Rahman As-Salmi di Kufah (73 Hijrah), Abdullah Bin I’yash di Madinah (78 Hijrah) dan lain-lain lagi.



Kemudian diterima dan disebarkan dengan meluas oleh para tabi’tabi’in seperti Omar Bin Abdul Aziz, Imam Muhammad Bin Idris Ash-Syafie, termasuklah imam-imam qiraat ( para-para qura’ ) seterusnya para guru-guru Al-Quran dan para qari dan qar’iah Yang mu’tabar kezaman ini.



Pengajian ilmu tarannum dengan Al-Quran bekembang selaras dengan perkembangan agama Islam itu sendiri, ianya telah disebarkan oleh pedagang-pedagang Islam dari Negara Arab ke bumi melayu (nusantara)bermula pada qurun pertama hijrah (qurun ke-7 masihi / 648 masihi) semasa pemeritahan khalifah-khalifah Bani Umaiyah berkuasa di Negara Arab. Ianya telah menjadi bahan hiburan yang telah berakar umbi di nusantara trutama pada qurun 10-15 masihi, iaitu sebelum kedatangan penjajah barat seperti Portugis, Belanda, Inggeris, Siam dan Jepun. Bermula pada pertengahan qurun 20 masihi sehingga kini perkembangan agama Islam dan perkembangan pengajian tarannum dengan Al-Quran, tidaklagi bergantung kepada orang-



orang Arab, malah boleh berdikari dengan sendiri sehinggakan boleh mencabar kmahiran orangorang Arab dalam pembacaan Al-Quran secara bertarannum seperti didalam majlis musabaqah / tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa yang telah dianjurkan. Lagu-lagu Tarannum Dengan Al-Quran Yang Mutawatir : 1) Tarannum Arab Hijazi :



Iaitu tarannum Arab yang berlahjah hijazi yang mana iramanya di pengaruhi oleh suasana padang pasir yang berbukit- bukausuhu kepanasan yang agak tinggi, irama ladan rentaknya agak lebih lincah disamping nada suara yang meninggi kehagatan. 2) Tarannum Arab Misri :



Iaitu tarannum Arab yang berlahjah misri yang mana iramanya dipengaruhi oleh suasana Lembahan Nil yang subur menghijau dengan suhunya yang sederhana dan nyaman. Irama dan rentaknya yang dirasakan lembut berkesupanan disamping nada suara yang sederhana kemanisannya. Pengertian suara Suatu getaran bunyi yang diproses oleh udara dari peparu menerusi alatsalur suara kerunggakerungga mulut atau hidung, kemudian akan ditentukan buyinya oleh alat-alat pertuturan yang lain. Peranan suara ) ( ‫صوت‬ 1) Memberi penyesuaian dengan kehendak bahasa Al-Quran. 2) Memberi penyesuaian dengan bentuk dan ragam ayat-ayat Al-Quran. 3) Memberi penyesuaian dengan irama lagu dan tarannum dengan Al-Quran. 4) Memberi penyesuaian dengan lahjah arab ‫( )لهجة العرب‬



Tobaqat suara mempunyai empat tabaqat / tingkatan( ‫)طبقات‬ 1) Tabaqat pertama ialah suara yang berfungsi di dada atau suara nada qarar merupakan tingkatan suara rendah. 2) Tobaqat kedua ialah suara yang berfungsi ditegak atau suara nada nawa merupakan tingkatan suara sederhana. 3) Tobaqat ketiga ialah suara yang berfungsi di rungga hidung atau suara nada jawab merupakan tingkatan suara tinggi. 4) Tobaqat keempat ialah suara yang berfungsi pada rungga otak atau suara nada jawabul jawab (‫ )جواب الجواب‬merupakan tingkatan suara tertinggi.



Kepentingan Dan Peranan Lagu Al-Quran 1) Untuk



mencapai



tahap



ketartilan



yang



sebenar



dan



menambahkan



kecantikan membaca Al-Quran. 2) Untuk memberi penghormatan kepada status Al-Quran sebagai mukjizat terunggul dan terbesar. 3) Untuk menambahkan kekhusyukan dan keinsafan dikalangan pembaca, pendengar dan pencipta Al-Quran. 4) Untuk mendapat rahmat daripada allah dengan pemahaman isi kandungan Al-Quran sebagai hidayah. 5) Untuk penambahan seni Al-Quran sebagai daya tarikan masyarakat kepada pembaca Al-Quran.



Lagu-lagu Yang Popular Sebagai lagu Pokok Lagu bayati, soba, hijaz, nahawan, rast, sika, jiharkah ini semua dinamakan lagu dasar atau lagulagu utama. Terdapat lagu-lagu furu’ atau lagu cabangan antaranya ialah lagu ajam, syura, kardi, husaini, bustanjar, Iraqi, nawa asar, zanjaran, romal, isyaqi dan lain-lain lagi.



Sejarah Lagu-lagu Tarannum 1) Lagu Bayati Perkataan “bayati” berasal dari kalimah arab yang bererti rumah (permulaan kepada Segala lagu). Wujudnya lagu bayati dari kumpulan lahan Misri, ianya dimasyur dan dipopularkan oleh qari-qari Misri. 2) Lagu Soba Perkataan “soba” berasal dari kalimah arab yang bererti rindu. Lagu soba diamalkan dalam kumpulan lahan Misri, ianya dikemaskinikan dan di masyurkan oleh qari-qari Misri. 3) Lagu Hijaz Nama “hijaz” berasal dari suatu kawasan didalam negara Arab Sau’di. Ianya diubahsuai dan dimasyurkan oleh pakar-pakar tarannum Misri dengan alunan yanglebih menarik. 4) Lagu Nahawan Nama “nahawan” berasal dari satu tempat di daerah Hamdan didalam Negara Parsi. Lagu nahawan ini juga dipopularkan oleh qari-qari daerah tersebut mengikut zuq budaya tempatan dan diubahsuai oleh pakar tarannum Misri seperti dihayati sekarang. 5) Lagu Rast Nama “rast” berasal dari negara Parsi, pada waktu itu telah diubahsuai dan diterima pakai oleh pakar-pakar tarannum lahan Hijazi dengan dipopularkan keseluruh dunia Islam mengikut lahan Hijazi. Di samping itu, lagu ini telah diubahsuai semula oleh pakar-pakar tarannum



Misri dengan cara persembahan yang lebih lembut dan dan minat denagan dipopularkan keseluruh dunia Islam sehingga kini. 6) Lagu Sikah Nama “sikah” berasal dari negara Parsi. Ianya telah diubahsuai dan diterima pakai oleh Pakar tarannum Hijazi. Lagu ini juga dipopularkan kepada seluruh qari \ qariah mengikut lahan Hijazi bermula qurun ke-7 hingga ke-19 masihi dan diubahsuai oleh pakar tarannum lahan Misri dengan alunan yang lebih lembut kemudiannya hingga sekarang. 7) Lagu Jiharkah Nama “Jiharkah” berasal dari negara Parsi dan diterima pakai oleh qari negara Hijazi dengan pengubahsuaian, Ianya dimasyurkan oleh qari-qari Mesir dengan bentuk yang lebih lembut. Pengertian Istilah-istilah Dalam Alunan Tarannum 1) Maqam (‫)مقام‬ Nama kepada satu-satu lagu yang biasanya lahir dari sesuatu tempat, kampung atau daerah di dalam sesebuah wilayah, negeri atau negara. 2) Harkat (‫)حركة‬



Sesuatu gerak bacaan dalam satu nafas yang disudahi dengan mahattoh ‫ ( )محطة‬yang sempurna. 3) Mahattoh (‫)محطة‬ Penghujung atau penutup kepada harkat atau lagu. 4) qit’ah (‫)قطعة‬



Suatu gerak bacaan yang pendek tanpa mahattoh, gabungan beberapa qit’ah lengkap dengan mahattoh boleh menghasilkan satu harkat yang baik. 5) Burdah (‫)البردة‬



Bunga lagu atau suara sama ada asli atau sina’i berbentuk halus, sederhana atau kasar, Jarang atau rapat mengikut kesesuian. 6) Iqtilalul Lihan (‫)اختللل اللحن‬



Satu gaya atau cara bacaan kesumbangan tali suara atau lagu yang sengaja di buat untuk memanis dan mencanggihkan lagi persembahan. 7) Salalim Su’ud ‫( )سللم الصعود‬



Jalan atau tangga suara atau lagu meningkat naik (tanga mendaki). 8) Salalim Nuzul (‫)سللم النزول‬



Jalan atau tangga suara dan lagu menurun 9) Tobaqat (‫)طبقات‬



Tingkatan-tingkatan suara sama ada rendah, sederhana, tinggi dan tertinggi. 10) Zuq (‫)ذوق‬



Rasa kepuasan sesuatu persembahan sama ada dari pembaca atau pendengar. 11) Lahjah ‫( ) لهجة‬ Pelat kearaban



12) waslihi ( ‫) وصله‬



Gabungan dua lagu atau lebih yang boleh mendorong kepada kemantapan sesuatu Harkat. Tobaqat Atau Tingkatan Suara Terbahagi Kepada Empat : 1) Tobaqat rendah (suara dada) dikenali dengan tobaqat qarar. 2) Tobaqat sederhana (suara tekak) dikenali dengan tobaqat nawa.



3) Tobaqat tinggi (suara rongga hidung) dikenali dengan tobaqat jawab. 4) Tobaqat tertinggi (suara rongga otak atau kepala) dikenali dengan tobaqat jawab jawab. Harkat-harkat lagu : Harkat tarannum ialah suatu gerakan-gerakan lagu bacaan dalam satu nafas yang disudahi dengan mahattoh yang sempurna. Kebiasaan susunan harkat sesuatu lagu atau tarannum itu mempunyai minimanya empat harkat dan maksimumnya terserah kepada pembaca untuk melakukannya. 1) Harkat pertama dinamakan harkat penerapan atau pengenalan. 2) Harkat kedua dinamakan harkat atau gerakan rangsangan. 3) Harkat ketiga dinamakan harkat jawab. 4) Harkat keempat dinamakan harkat jawab jawab 5) Harkat kelima dinamakan harkat persediaan. 6) Harkat keenam harkat penutup P OS T ED BY QU RRATU L_A IN AT 11:24 AM 0 COMMENTS: Post a Comment Newer PostOlder PostHome



Subscribe to: Post Comment